ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: KAJIAN KESERAGAMAN DAN KETIDAKSERAGAMAN BAGI PERUNTUKAN KESALAHAN TATASUSILA

Similar documents
UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Jasri Jarnal Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasnizam Hashim' Universiti Sains Islam Malaysia. Abstrak

ANALISIS TERHADAP PERUNTUKAN KESALAHAN TATASUSILA DALAM ENAKMEN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

QAZAF DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: SUATU ANALISIS SEMASA

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG- UNDANG DAN PERUNDANGAN JENAYAH DI MALAYSIA

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

PENGUATKUASAAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH BERHUBUNG KESUSILAAN DI NEGERI MELAKA: KAJIAN DAN SARANAN PENAMBAHBAIKAN

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

SEMAKAN KEHAKIMAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: ULASAN LITERATUR

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

PERINTAH ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH: SOROTAN KES ABDUL KAHAR B. AHMAD

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

SKOP DAN PERANAN BADAN PENGUATKUASA JENAYAH SYARIAH NEGERI SARAWAK: KUPASAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Kehamilan Luar Nikah dari Perspektif Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia dan Pengawalannya melalui Program Pencegahan

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU TENTANG NASAB ANAK TAK SAH TARAF: KRISIS PERUNDANGAN?

Harta Sepencarian vs Harta Perkahwinan dalam Perundangan Sivil: Satu Sorotan Ringkas. Mohd Norhusairi Mat Hussin 1 Mohd Hafiz Jamaludin 2 ABSTRAK

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Faraq Perkahwinan bagi Pasangan Tak Sah Taraf di Negeri Sembilan

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PERKAHWINAN KANAK-KANAK MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM, SIVIL DAN ADAT DI MALAYSIA : REALITI DAN CABARAN MASA KINI

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI MALAYSIA DARI ASPEK SOSIO PERUNDANGAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

ISLAM, UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Saya ucapkan terima kasih kepada Sisters In Islam kerana sudi

KESALAHAN KHALWAT MENURUT HUKUM ISLAM DAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia

KE ARAH PENUBUHAN BADAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA 1

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

KONSEP HISBAH DAN PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM MAIS DAN JAIS DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

PUSAT UNDANG-UNDANG KULLIYYAH UNDANG-UNDANG AHMAD IBRAHIM UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

Transcription:

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: KAJIAN KESERAGAMAN DAN KETIDAKSERAGAMAN BAGI PERUNTUKAN KESALAHAN TATASUSILA Nor Adha Ab Hamid 1, Mohamad Hafifi Hassim 2, Azizah Mat Rashid 1, Maffuza Salleh 1, Mohd Farok Mat Nor 1. 1 Jabatan Undang-Undang (JUU), Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 2 Pusat Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) noradha@kuis.edu.my Abstrak Kesalahan tatasusila secara literalnya merujuk kepada kesalahan yang berkaitan moral, perilaku baik dan juga yang menyentuh mengenai akhlak Islamiah seseorang baik di hadapan khalayak ramai ataupun sebaliknya. Kesalahan mengenai kesusilaan dinyatakan dengan jelas di dalam enakman jenayah negeri-negeri di Malaysia. Namun, istilah bagi jenis kesalahan ini berbeza-beza mengikut enakmen negeri-negeri di Malaysia. Sebagai contoh, sesetengah enakmen negeri mempunyai peruntukan khusus mengenai kesalahan berkaitan kesusilaan dan sesetengah negeri tidak mempunyai peruntukan kesalahan khusus tersebut tetapi diletakkan di bawah kategori kesalahan pelbagai. Sesetengah negeri pula tidak mempunyai peruntukan langsung tentang kesalahan tertentu yang diperuntukkan dalam enakmen lain. Instrumen secara temubual berstruktur dilakukan untuk mendapatkan data yang terkini yang lebih praktikal, seperti menemubual Ketua Hakim Syarie, Pendakwa Syarie dan Penguatkuasa Agama, serta kaedah dokumentasi yang menjelaskan mengenai teori. Kajian ini dijangka berupaya mengupas itemitem yang telah seragam dan juga item-item yang masih lagi tidak seragam dan sejauh mana ketidakseragaman itu memberi kesan dalam penguatkuasaan, pendakwaan dan kehakiman syariah. Analisa yang diperolehi dapat membantu dalam pemantapan institusi penguatkuasaan syariah, institusi kehakiman dan pendakwaan di dalam kes-kes jenayah syariah. Kata kunci : Tatasusila, penguatkuasaan, pendakwaan, jenayah syariah, keseragaman. 1.0 PENDAHULUAN Pada dasarnya undang-undang jenayah Islam di Malaysia hanya meliputi ruang lingkup takzir. Hingga kini tiada sebarang undang-undang khas hudud mahupun qisas dilaksanakan walaupun terdapat usaha-usaha untuk melaksanakannya di Kelantan dan Terengganu satu ketika dulu. Malahan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah juga amatlah terhad jika dibandingkan dengan Mahkamah Sivil. Sebelum adanya enakmen jenayah syariah negerinegeri, undang-undang berkaitan dengan jenayah syariah kebanyakannya diperuntukkan di bawah Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam negeri-negeri. Dari aspek bidangkuasa jenayah, hukum maksimun yang diperuntukkan di dalam enakmen-enakmen sebelum tahun 1965 hanya merangkumi denda sebanyak lima ribu atau penjara selama tempoh tidak melebihi 4 bulan atau kedua-duanya sekali. Had hukuman maksimum ini telah ditingkatkan pada tahun 1965 dengan denda seribu atau penjara tidak melebihi enam bulan atau keduaduanya sekali. 21

Proceeding of 2nd International Conference on Law, Economics and Education (ICONLEE) eisbn: 978-967-2122-17-3 13th -14th December 2017, Grand Bluewave Hotel Shah Alam, Malaysia. Pindaan pada Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) telah dibuat pada tahun 1984 dan setelah itu hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah ialah denda lima ribu atau penjara tiga tahun atau enam kali sebatan atau kombinasi mana-mana hukuman. Dengan itu, kebanyakan negeri telah memperkenalkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah masing-masing. Pada tahun 1988 telah berlaku pindaan di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 121(1A) yang telah membawa kepada penambahan kewibawaan Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah telah diberi kuasa eksklusif yang mana bidangkuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dicampuri oleh Mahkamah Sivil. Dari era sebelum merdeka hingga hari ini, kita telah menyaksikan beberapa pembaharuan dan perkembangan terhadap ruang lingkup undang-undang jenayah Islam di Malaysia. Secara umumnya undang-undang jenayah syariah ini boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis kesalahan yang merangkumi kesalahan berhubung dengan seksual, minuman keras, akidah, kesusilaan, judi, rukun Islam, kesucian agama Islam dan institusinya, matrimoni dan juga kesalahan-kesalahan lain. 2.0 LATAR BELAKANG ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH Islam mula berkembang dengan pesat pada abad ke-15 Masihi melalui empayar Kesultanan Melayu Melaka. Raja dan rakyat negeri Melaka mula memeluk agama Islam pada awal abad ke-15. Dalam masa yang singkat, Islam telah tersebar ke seluruh Tanah Melayu, Pulau Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kedatangan Islam ini bukan sahaja mengubah sosio budaya dan pemikiran masyarakat tempatan di Kepulauan Melayu, bahkan juga telah membawa perubahan dari sudut perundangan dan pentadbiran. 1 Bukti sejarah menunjukkan undangundang Islam telah pun diamalkan di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat, meliputi hukum Islam secara menyeluruh sama ada jenayah, urus niaga atau muamalat, kekeluargaan, prosedur dan keterangan. Teks perundangan yang berkuat kuasa di negeri-negeri Melayu seperti Hukum Kanun Melaka atau juga dikenali sebagai Undang-undang Melaka, membuktikan penerimaan dan pelaksanaan undang-undang Islam pada masa tersebut. Sebahagian besar kandungan undangundang tersebut berasaskan undang-undang Islam dalam semua bidang termasuklah soal jenayah, urus niaga, kekeluargaan, keterangan dan acara. Umpamanya terdapat hukuman bunuh balas atau qisas, hukum hudud seperti sebat atau rejam bagi kesalahan zina dan liwat, hukuman sebat terhadap kesalahan qazaf atau menuduh zina tanpa saksi, hukuman mati bagi kesalahan murtad, hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri, hukuman sebat bagi kesalahan minum arak, kesalahan merompak sambil membunuh, dan hukuman mati bagi penderhaka. Hukum Kanun Melaka juga memperuntukkan hukuman berkaitan dengan hukum takzir dan diat, di samping beberapa peruntukan berkaitan dengan urus niaga atau muamalat seperti pengharaman riba, kesahihan sesuatu kontrak, kontrak jual beli, pinjaman dan amanah yang selari dengan hukum Islam. Pada zaman penjajahan British pula, ianya bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874 yang merupakan titik tolak peluasan pengaruh Inggeris di Tanah Melayu. Perjanjian antara Inggeris dengan pemimpin Melayu menghendaki pemimpin Melayu menerima seorang penasihat Inggeris di negeri Perak. Nasihat beliau perlu diminta dan diikuti dalam semua hal pentadbiran kecuali perkara-perkara yang menyentuh agama dan adat resam orang Melayu. Antara undang-undang awal berkaitan jenayah syariah yang mana mempunyai pengaruh Inggeris di dalamnya ialah Adultery By Muhammadan yang telah dikuatkuasakan di Perak 1 Musa Awang. (t.t.) Di Manakah Kita dalam Pemantapan Pentadbiran Keadilan Jenayah Syariah?. 27 KANUN (1). Hlm 57. 22

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Di Malaysia: Kajian Keseragaman Dan Ketidakseragaman Bagi Peruntukan Kesalahan Tatasusila melalui Perintah No.1 1894. Undang-undang yang sama juga telah dikuatkuasakan di Selangor pada tahun yang sama dikenali sebagai The Prevention of Adultery Regulation. 2 Selepas itu, The Muhammadan Law s Enactment 1904 dikuatkuasakan di Negeri- Negeri Melayu bersekutu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Undangundang ini bertujuan menghukum orang Islam yang melakukan kesalahan tertentu. Berbagaibagai pindaan kemudiannya telah dibuat terhadap undang-undang ini di negeri-negeri berkenaan sehinggalah diletakkan di bawah Chapter 198 Revised Law of Federated of Malay States 1935. Sebelum merdeka, kesalahan-kesalahan jenayah syariah adalah diperuntukkan di dalam satu peruntukan khas yang bersifat umum iaitu Enakmen Pentadbiran Majlis Agama Negeri-negeri. 3 Dekad 80-an dan 90-an sehingga kini menyaksikan beberapa negeri mengkanunkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah. Negeri yang paling awal memiliki Enakmen dalam bajunya sendiri seperti yang ada sekarang ialah dengan terkanunnya Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kelantan 1985 yang kekal digunakan sehingga sekarang, diikuti oleh Kedah pada tahun 1989, negeri-negeri lain pula membuat pindaan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam masing-masing pada awal 90-an seperti Sarawak (1991), Perlis (1993), Johor (1992), Selangor (1995), Pulau Pinang (1996), Wilayah Persekutuan (1997). 4 3.0 PERUNTUKAN BAGI JENIS KESALAHAN DALAM ENAKMEN JENAYAH SYARIAH Pada umumnya, orang Islam adalah tertakluk kepada Undang-undang Jenayah Negeri. Walau bagaimanapun terdapat juga undang-undang jenayah yang digubal oleh Persekutuan yang perlu dipatuhi oleh seluruh umat Islam. Sebagai contoh, kesalahan yang bersangkut paut dengan harta benda seperti mencuri, merompak dan lain-lain kesalahan yang berkait dengan negara seperti penderhakaan dan sebagainya. Kesemua kesalahan ini terdapat dalam Kanun Keseksaan di mana orang-orang Islam adalah tertakluk kepada undang-undang tersebut. Kesalahan-kesalahan jenayah yang diperuntukkan dalam enakmen-enakmen berkenaan adalah terlalu sedikit dan amat terhad termasuk peruntukan hukumannya. Hukuman yang diperuntukkan hanyalah merangkumi takzir iaitu penjara, denda atau sebatan. Peruntukan ini boleh dilihat dalam beberapa enakmen negeri-negeri seperti Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kelantan) 1985 dan Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (pindaan) (Kelantan) 1986. Bagi negeri yang masih tidak mempunyai enakmen jenayah syariah, peruntukan kesalahan terdapat di dalam enakmen pentadbiran undangundang Islam negeri masing-masing. Selain daripada itu terdapat juga kesalahan jenayah syariah yang diperuntukkan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Bahagian Iv dan X yang dikenali sebagai kesalahan matrimoni seperti Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Johor) 2003. 5 Bagi menjelaskan intipati perbincangan, pengklasifikasian kesalahan jenayah syariah ini dapat diringkaskan seperti berikut: 6 2 Mahmood Zuhdi Abd Majid. 2007. Pengantar Undang-Undang Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 137. 3 Jasri Jamal & Hasnizam Hashim. 2014. Transformasi Mahkamah Syariah di Malaysia: Keperluan Kajian Semula Terhadap Bentuk Hukuman bagi Kes-Kes Jenayah Syariah. Vol.12 (June) 2014. Hlm 91. 4 Siti Zubaidah Ismail. 2009. Tinjauan Semula Terhadap Undang-Undang Jenayah Syariah Di Malaysia. [2 ShLR xlvii]. 5 Zulkifli Hasan, 2007. Undang-undang Jenayah Syariah Di Malaysia & Sejauh Manakah Pelaksanaanya. dlm. Azman Ab Rahman et al., Isu-isu Semasa Global Sempena Kemerdekaan Ke-50. Nilai: Pusat Pengajian Umum USIM. 6 Jasri Jamal & Hasnizam Hashim. 2014. Transformasi Mahkamah Syariah di Malaysia: Keperluan Kajian Semula Terhadap Bentuk Hukuman bagi Kes-Kes Jenayah Syariah. Vol.12 (June) 2014. Hlm 92. 23

Proceeding of 2nd International Conference on Law, Economics and Education (ICONLEE) eisbn: 978-967-2122-17-3 13th -14th December 2017, Grand Bluewave Hotel Shah Alam, Malaysia. (a) Kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan akhlak, seperti berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai dan lelaki berlagak seperti perempuan di tempat-tempat awam. (b) Kesalahan-kesalahan seks seperti bercumbuan antara pasangan yang bukan suami isteri, bersekedudukan atau berkhalwat, berkelakuan sumbang, berzina, mukaddimah zina, liwat, musahaqah, hamil atau melahirkan anak di luar nikah dan melacurkan diri. (c) Kesalahan-kesalahan berhubung dengan amalan agama seperti mengeluarkan atau menyebarkan kata-kata yang bertentangan dengan hukum syarak, menganjur, menggalak atau melakukan maksiat, meminum minuman yang memabukkan, menjual dan membeli minuman yang memabukkan dan tidak berpuasa di bulan Ramadhan. (d) Kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan kesejahteraan orang lain seperti menghasut atau memujuk mana-mana perempuan bersuami atau beristeri supaya bercerai, melarikan atau menyebabkan seseorang isteri orang lain meninggalkan rumah tangga yang ditentukan oleh suaminya, melacurkan anak atau kanak-kanak di bawah jagaan, melarikan atau mempengaruhi seseorang perempuan supaya lari dari jagaan ibu bapanya, menjadi muncikari iaitu menjadi orang tengah untuk tujuan menyalahi syarak dan mempertikaikan keislaman orang lain. (e) Kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan pentadbiran hukum- hukum Islam seperti mengingkari, membantah, melanggar atau mengeji mana-mana kadhil hakim atau pegawai hal ehwal agama, mufti, mungkir mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa di mahkamah, melanggar dan mengingkari atau menghina mana-mana perintah mahkamah. (f) Bersubahat dalam melakukan apa-apa kesalahan di atas. (g) Pelbagai kesalahan yang tidak ternasuk dalam ketegori di atas. 3.1.1.2 Selain itu, kesalahan-kesalahan jenayah syariah juga turut terdapat di dalam Akta dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri. Kesalahan-kesalahan tersebut ialah: (Akta dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri): (a) Penalti berhubung dengan akad nikah dan pendaftaran perkahwinan seperti tidak hadir di hadapan dan Pendaftar dalam masa yang ditetapkan, gangguan terhadap perkahwinan, akuan atau penyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan dan akad nikah perkahwinan yang tidak dibenarkan. (b) Penalti am seperti poligami tanpa kebenaran Mahkamah, penceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkarnah, menganiaya isteri atau suami dan sebagainya. 4.0 KESERAGAMAN DAN KETIDAKSERAGAMAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH BERKAITAN TATASUSILA DALAM ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan moral sebagai ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak manakala akhlak didefinisikan sebagai budi pekerti, kelakuan atau tabiat. 7 Bagi menganalisis kesalahan berkaitan moral dalam enakmen kesalahan jenayah syariah, penulis telah merujuk kepada kesalahan-kesalahan yang telah diklasifikasikan di bawah kesalahan tatasusila kerana ia telah ditakrifkan sebagai adat sopan santun dan budi pekerti yang baik. Jelas, ketiga-ketiga istilah ini saling menpunyai pengertian yang berkait dan merujuk kepada maksud yang sama. Berdasarkan kepada takrifan yang diberikan 7 Kamus Dewan Edisi Keempat. 24

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Di Malaysia: Kajian Keseragaman Dan Ketidakseragaman Bagi Peruntukan Kesalahan Tatasusila terhadap istilah-istilah ini, dapat dirumuskan bahawa kesalahan berhubungan tatasusila dilihat amat bertepatan untuk dirujuk sebagai kesalahan berkaitan moral atau akhlak. Perbincangan ini akan memfokuskan terhadap kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan tatasusila dan moral sahaja. Kesalahan yang berkaitan dengan tatasusila yang terdapat di dalam Enakmen-Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri secara umumnya, merangkumi kesalahan melibatkan kesusilaan, seksyen 30 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 memperuntukkan kesalahan lelaki berlagak perempuan 8 dan seksyen 31 kesalahan perbuatan tidak sopan di tempat awam yang mana kedua-duanya memperuntukkan hukuman boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Bagi kesalahan yang berkaitan dengan seksual pula, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 9 terdapat lapan peruntukan yang berkaitan dengan kesalahan seksual seperti perbuatan sumbang mahram, pelacuran, muncikari, persetubuhan luar nikah, perbuatan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah, hubungan jenis antara orang yang sama jantina, persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii dan khalwat. Terdapat empat peruntukan lagi yang berkaitan iaitu memujuk lari perempuan bersuami, menghalang pasangan yang sudah bernikah hidup sebagai suami isteri, menghasut suami atau isteri menjalankan kewajipan dan menjual atau memberi anak kepada orang bukan Islam. Susulan daripada punca kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan Dewan Undangan Negeri menggubal kesalahan-kesalahan jenayah syariah setekat mana yang dibenarkan, maka dengan itu lahirlah bermacam-macam bentuk undangundang kesalahan jenayah syariah. Pendekatan yang tidak seragam ini akan membawa kepada kesulitan dalam aspek penguatkuasaan dan pendakwaan. Berdasarkan temubual yang dilakukan dengan Ketua Pendakwa Syarie, Bahagian Pendakwaan Syariah Negeri Perak beliau menyatakan : 10 Ketidakseragaman memang banyak kesan terutamanya kepada pihak pendakwaan sendiri dan juga mahkamah lah bila tak berlaku keseragaman so masyarakat yang bukan Islam dia akan nampak lah kenapa undang-undang Syariah ni tak menyeluruh Analisis awal mendapati keseragaman yang boleh dilihat adalah hampir keseluruhan enakmen kesalahan jenayah syariah negeri-negeri mempunyai peruntukan berkaitan persetubuhan haram, persediaan melakukan persetubuhan haram, muncikari, khalwat, perbuatan tidak sopan di tempat awam, pelacuran, menjual atau memberi anak kepada orang bukan Islam, hamil luar nikah, lelaki berlagak seperti perempuan, berkelakuan sumbang, liwat musahaqah, menjual atau memberi anak kepada orang bukan Islam dan galakan maksiat. Namun sejauh mana penguatkuasaan terhadap peruntukan tersebut dilakukan memerlukan kajian lanjut. Perbincangan ini turut melihat keseragaman dari aspek hukuman bagi kesalahankesalahan. Had kuasa yang diberikan oleh Akta 355 kepada Mahkamah Syariah untuk menghukum adalah penjara tidak melebihi 3 tahun, denda tidak melebihi lima ribu ringgit dan tidak melebihi enam sebatan. Dengan meneliti peruntukan yang sedia ada, sebagai contoh di Perak, terdapat enam peruntukan yang mempunyai peruntukan hukuman yang tinggi iaitu bagi kesalahan sumbang mahram, pelacuran, muncikari, persetubuhan luar nikah, liwat dan 8 Lihat Pendakwa Syarie Selangor v Fahyu Hanim, Noni Mohamad dan Sharina Shaari. Jurnal Syariah 8:1 (2000). 9 Peruntukan yang seragam boleh dilihat juga di dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 1996. 10 Temubual bersama Ketua Pendakwa Syarie, Bahagian Pendakwaan Syariah Negeri Perak Tuan Muhammad Ridzuan bin Haji Yusof bertempat di Kompleks Islam Darul Ridzuan pada 5 Jun 2017. 25

Proceeding of 2nd International Conference on Law, Economics and Education (ICONLEE) eisbn: 978-967-2122-17-3 13th -14th December 2017, Grand Bluewave Hotel Shah Alam, Malaysia. musahaqah. 11 Kesalahan-kesalahan tersebut merupakan kesalahan-kesalahan yang serius dan wajar dikenakan hukuman yang maksimum. Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh, YA Tuan Mohamad Esham Bin Abdul Samad menegaskan: 12 Satu kesalahan yang berat contoh hamil luar nikah, contoh persetubuhan haram, dan sebagainya itu berat... Ataupun kalau tengok dari segi bidang kuasa Mahkamah Tinggi, dia ada hukuman sebat dan sebahagiannya itu beratlah Disebabkan terdapatnya pelbagai enakmen-enakmen kesalahan jenayah syariah di Malaysia yang digubal oleh negeri-negeri, maka sudah tentunya pelbagai ketidakseragaman yang akan wujud. Meletakkan kesalahan dalam setiap kelasnya akan memudahkan pengamal undang-undang dan juga orang awam untuk memahami peruntukan undang-undang dengan sewajarnya. Dengan menetapkan sesuatu itu mengikut kategori yang betul dan sesuai, ianya semakin mudah untuk diaplikasikan. Namun di dalam enakmen ini sendiri, terdapat beberapa ketidakseragaman dalam pengelasan kategori kesalahan. Terdapat negeri-negeri yang mengelaskan kesalahan tatasusila di dalam kategori dan bahagian yang betul. Contoh yang baik dapat diperhatikan di Negeri Sembilan di dalam Enakmenya, Negeri Sembilan meletakkan kesemua kesalahan yang berkaitan dengan tatasusila di dalam bahagian Darihal Kesalahan Mengenai Kehormatan Diri. Di dalam bahagian ini, terdapat 18 kesalahan yang tergolong dalam kategori ini misalnya memikat atau membawa pergi perempuan bersuami atau anak dara, 13 melacurkan isteri atau anak, 14 dan juga kesalahan menghasut perempuan bersuami atau lelaki beristeri. 15 Ianya berbeza dengan Negeri Melaka, Sabah dan Perlis yang meletakkan kesalahan tatasusila ini bercampur dengan kesalahan-kesalahan yang lain. Selain dari masalah yang dinyatakan di atas, masalah susunan seksyen yang tidak sekata dan tidak seragam juga menjadi masalah. Masalah akan timbul tatkala rujukan dibuat terhadap sesebuah kesalahan. Susunan seksyen yang sekata dan tidak berserabut akan memudahkan para pengamal undang-undang dan juga Pegawai Penguatkuasa Agama untuk merujuk sesuatu kesalahan di negeri yang lain. Kesalahan khalwat yang diperuntukkan di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Negeri Kelantan) 1985 berada di dalam seksyen 9 manakala di Negeri Sabah, untuk peruntukan yang sama berada di seksyen 84. Namun terdapat beberapa negeri yang cenderung untuk membuat persamaan seperti kesalahan sumbang mahram yang terletak di bawah seksyen 20 di dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 turut diikuti oleh Negeri Pulau Pinang 16 yang turut berada di dalam susunan yang sama. Terdapat juga peruntukan di dalam negeri-negeri yang bersifat berat sebelah atau bias ataupun memihak kepada satu jantina sahaja. Walhal di dalam Islam, Islam tidak pernah membezakan status jantina seseorang. Tidak kira seorang mukallaf itu lelaki mahupun perempuan, sekiranya dia melakukan dosa, dia mendapat dosa, dan begitulah sebalik. Kesalahan lelaki berpakaian terdapat di dalam semua negeri. 17 Namun, peruntukan yang sebaliknya iaitu perempuan berlagak seperti lelaki tidak wujud, kecuali di negeri-negeri yang mempunyai peruntukan sedemikian ialah Negeri Perlis, Negeri Pahang, Negeri Terengganu dan Negeri Sabah. Hal sedemikian harus dikaji semula kerana masalah wanita berpakaian 11 Lihat juga Enakmen Jenayah (Syariah) Perak 1992 dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Sabah) 1995. 12 Temubual bersama Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh, YA Tuan Mohamad Esham Bin Abdul Samad bertempat di Jabatan Kehakiman Syariah Perak pada 5 Jun 2017. 13 Seksyen 76 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2004. 14 Seksyen 72 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2004. 15 Seksyen 74 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2004. 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996. 17 Mahfudzah Mohamad. 2015. Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender: Perspektif Undang-undang Jenayah Syariah. (19 JUUM 29). Hlm 33. 26

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Di Malaysia: Kajian Keseragaman Dan Ketidakseragaman Bagi Peruntukan Kesalahan Tatasusila lelaki semakin berleluasa tambahan lagi dengan munculnya golongan pengkid yang berperwatakan seperti seorang lelaki. Selain itu, masalah penggunaan terma yang tidak seragam juga boleh mewujudkan kekeliruan. Penggunaan terma yang betul dan seragam dapat memastikan kehendak penggubal undang-undang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya mengikut hasrat mereka. Namun penggunaan terma perlulah lebih berhati-hati kerana ianya mungkin akan mewujudkan masalah teknikal di kemudian hari. Di Melaka, terma khalwat tidak diguna pakai. Tetapi diganti dengan terma bersekediaman 18 yang mempunyai unsur-unsur dan syarat yang sama seperti khalwat. Negeri Perak melalui peruntukan seksyen 51 menggunakan istilah bersekedudukan. Istilah lelaki berpakaian seperti perempuan seperti yang diguna pakai di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 namun seperti di Kedah, melalui seksyen 7 19 menggunakan terma pondan. Terma pondan ini nyatanya lebih luas skopnya berbanding dengan terma lelaki berpakaian seperti perempuan. 5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN Analisis awal terhadap beberapa peruntukan berkaitan kesalahan moral yang dibincangkan ini secara jelas menunjukkan terdapat perbezaan dan ketidakseragaman peruntukan berkaitan kesalahan moral melibatkan orang Islam. Sungguhpun ketidakseragaman ini berpunca dari kuasa pentadbiran negeri-negeri yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan terhadap undang-undang syariah, namum ketidakseragaman dalam beberapa kesalahan boleh menimbulkan persepsi negatif dan mendatangkan masalah dalam masyarakat. Sebagai contoh, negeri Perak dan Melaka mempunyai peruntukan berkaitan bersekedudukan manakala negeri-negeri lain tidak mempunyai peruntukan tersebut. Ketidakseragaman ini sudah tentu sedikit sebanyak memberi impak kepada pelaksanaan peruntukan tersebut di negeri-negeri yang berkaitan kerana masyarakat mungkin mempersoalkan dan membandingkan kedudukan undang-undang tersebut dengan negeri lain. Begitu juga dengan kes lari dari rumah atau menyembunyikan kehamilan luar nikah yang tidak terdapat di kebanyakan negeri-negeri lain, kecuali yang terdapat dalam enakmen jenayah syariah bagi negeri-negeri yang telah dijelaskan. Ia boleh menimbulkan salah tanggapan atau salah faham masyarakat terhadap sesuatu peruntukan kesalahan. Hasil analisis awal yang ringkas ini, beberapa cadangan yang dikemukakan seperti berikut mampu membantu ke arah penyeragaman dan pemantapan undang-undang jenayah syariah negeri-negeri di Malaysia. Antaranya ialah 5.1 Usaha-Usaha berterusan yang proaktif oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan serta sebagai urus setia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang mana antaranya bertanggungjawabnya dalam penggubalan dan Penyeragaman Undang-undang Syarak. JAKIM mempunyai peranan yang amat signifikan dalam memartabatkan kelangsungan undang-undang jenayah Islam di Malaysia, dan ianya perlu berterusan secara proaktif dengan mengambilkira langkah-langkah penting menangani isu-isu berkaitannya. Bagi menjalankan fungsi tersebut, JAKIM bertanggungjawab melaksanakan urusan-urusan berikut: 18 Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah (Melaka) 1995. 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014. 27

Proceeding of 2nd International Conference on Law, Economics and Education (ICONLEE) eisbn: 978-967-2122-17-3 13th -14th December 2017, Grand Bluewave Hotel Shah Alam, Malaysia. (a) (b) (c) (d) (e) Menyelaraskan dan melaksanakan arahan Majlis Raja-Raja mengenai urusan agama Islam melalui (MKI); Menyelaraskan dan menyeragamkan undang-undang Islam seluruh Malaysia; Menggubal akta dan undang- undang Islam bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan; Menyelaraskan penguatkuasaan undang-undang syarak negeri-negeri; Menyelaraskan fatwa dan pematuhan pelaksanaannya. Setakat ini, JAKIM telah berjaya dalam usaha untuk menyeragamkan lima undangundang yang lain dan telah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja iaitu undang-undang Keluarga Islam, keterangan, tatacara mal dan jenayah serta undang-undang pentadbiran. Namun, Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 21 Mac 2001 bersetuju untuk menangguhkan dahulu pelaksanaan undang-undang kesalahan jenayah syariah. 5.2 Menyediakan Arahan Tetap ataupun SOP Disebabkan terdapat ketidakseragaman di dalam peruntukan undang-undang, maka suatu Arahan Tetap Pengarah bolehlah dirangka ataupun Standard Operating Procedure - SOP yang khusus berkenaan sesuatu peruntukan yang kelihatan samar dan terdapat kesukaran dalam aspek penguatkuasaannya. Misalnya di Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengeluarkan Arahan Tetap Pengarah JAIS 2003 yang menerangkan mengenai tindakan yang boleh dilakukan oleh Penguatkuasa Agama dalam usaha pencegahan terhadap pelanggaran seksyen 31 bagi kesalahan pelakuan tidak sopan di tempat awam. Cadangan ini juga disokong oleh Ketua Penguatkuasa Agama Negeri Sarawak yang mana beliau menyatakan dengan adanya SOP yang jelas dapat memudahkan urusan penguatkuasaan dan akan menjadikan proses lebih teratur dan kemas. 20 5.3 Mengadakan kursus atau hubungan kerjasama antara negeri Suatu pendekatan proaktif yang telah diambil oleh Jabatan Agama Islam Melaka dengan pihak Jabatan Kehakiman Syariah Melaka di mana pada setiap tahun mereka akan mengadakan Muzakarah antara agensi agama yang melibatkan Bahagian Pendakwaan, Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Kehakiman. 21 Di dalam muzakarah ini, segala permasalahan akan dirungkai dari aspek yang berkaitan tafsiran perundangan, SOP dan sebagainya. Perbincangan sebegini adalah sangat baik kerana ketiga-tiga agensi agama ini akan berbincang bersama-sama untuk menyelesaikan apa jua isu dan masalah yang berbangkit dalam usaha untuk memantapkan peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah masing-masing. 6.0 PENGHARGAAN Penulisan prosiding ini merupakan sebahagian hasil kajian ilmiah di bawah Geran FRGS/1/2016/SSI10/KUIS/03/1, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi yang telah diberikan kepada penulis. Tempoh kajian FRGS ini bermula pada Ogos 2016 dan akan berakhir pada tahun Julai 2018. Penulis melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang memberikan ruang dan peluang untuk 20 Temubual bersama Ketua Penguatkuasa Agama Negeri Sarawak, Tuan Wan Saifudin Bin Wan Mahidi bertempat di Jabatan Agama Islam Sarawak, pada 15 Jun 2017. 21 Temubual bersama Ketua Hakim Syarie Melaka, YAA Datuk Mohamad Radhi Bin Abdul Latif, bertempat di Jabatan Kehakiman Syariah Melaka pada 7 Jun 2017. 28

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Di Malaysia: Kajian Keseragaman Dan Ketidakseragaman Bagi Peruntukan Kesalahan Tatasusila melaksanakan kajian ilmiah di bawah Geran FRGS ini yang bertajuk: Model Keseragaman Peruntukan berkaitan Kesalahan Tatasusila dalam Enakmen Jenayah. 7.0 RUJUKAN Ainul Bashirah Bt Ismail et.al. Kesalahan Khalwat Dan Perbuatan Tidak Sopan Dan Hukumannya Menurut Islam. Jurnal Hadhari 4 (2) (2012) Azizah Binti Mat Rashid et.al. 2016. Ketidakseragaman Peruntukan Berkaitan Kesalahan Moral Dalam Enakmen Jenayah Syariah Di Malaysia: Satu Analisis. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2016 (Irsyad 2016) Jasri Jamal & Hasnizam Hashim. 2014. Transformasi Mahkamah Syariah di Malaysia: Keperluan Kajian Semula Terhadap Bentuk Hukuman bagi Kes-Kes Jenayah Syariah. VOL.12 (JUNE) 2014. Mahfudzah Mohamad. 2015. Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender: Perspektif Undangundang Jenayah Syariah. (19 JUUM 29). Mahmood Zuhdi Abd Majid. 2007. Pengantar Undang-Undang Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Musa Awang. (t.t.) Di Manakah Kita dalam Pemantapan Pentadbiran Keadilan Jenayah Syariah? 27 KANUN (1). Siti Zubaidah Ismail. 2009. Tinjauan Semula Terhadap Undang-Undang Jenayah Syariah Di Malaysia. [2 ShLR xlvii] Zulkifli Hasan, 2007. Undang-undang Jenayah Syariah Di Malaysia & Sejauh Manakah Pelaksanaanya. dlm. Azman Ab Rahman et al., Isu-isu Semasa Global Sempena Kemerdekaan Ke-50. Nilai: Pusat Pengajian Umum USIM. Temubual Temubual bersama Ketua Penguatkuasa Agama Negeri Sarawak, Tuan Wan Saifudin Bin Wan Mahidi bertempat di Jabatan Agama Islam Sarawak, pada 15 Jun 2017. Temubual bersama Ketua Pendakwa Syarie, Bahagian Pendakwaan Syariah Negeri Perak Tuan Muhammad Ridzuan bin Haji Yusof bertempat di Kompleks Islam Darul Ridzuan pada 5 Jun 2017. Temubual bersama Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh, YA Tuan Mohamad Esham Bin Abdul Samad bertempat di Jabatan Kehakiman Syariah Perak pada 5 Jun 2017. Temubual bersama Ketua Hakim Syarie Melaka, YAA Datuk Mohamad Radhi Bin Abdul Latif, bertempat di Jabatan Kehakiman Syariah Melaka pada 7 Jun 2017. Statut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997. Enakmen Jenayah (Syariah) Perak 1992. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014. Enakmen Kesalahan Syariah (Melaka) 1995. Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2004. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996. Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. 29