TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO' DR

Similar documents
UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. MAZLAN YUSOFF PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA WACANA TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

SENARAI EDARAN. Pengurusan Tertinggi. 1. YH. Profesor Dato' Dr. Daing Mohd Nasir Bin Daing Ibrahim Naib Canselor

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Haji Zainul Ariff Bin Haji Hussain, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis dan Yang Berbahagia Puan Seri.

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

BULETIN MARPA Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (Malaysian Radiation Protection Association)

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS ANUGERAH GEMILANG SISWA UniMAP MAC 2010

TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN INTAN LEADERSHIP DEVELOPMENT PARK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

Mengukuhkan Tindak Balas Terhadap Krisis Bot Serantau

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

ISI KANDUNGAN SEKSYEN/ RUJUKAN 1.0 TUJUAN OBJEKTIF DAN SKOP 3

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS ANUGERAH GEMILANG SISWA 2011 (AGS) 12 APRIL 2011

KEPERLUAN PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN MELALUI MICROSOFT OFFICE SHAREPOINT SYSTEM (MOSS) DIKALANGAN WARGA NUKLEAR MALAYSIA.

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

HHHC 9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 7) LAPORAN

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

& International Food Festival

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

BULETIN JABATAN PENGAJIAN AM

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

KEBITARAAN PROGRAM PENGAJIAN BAHASA MELAYU: PERSEPSI DAN HARAPAN MAHASISWA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

PEJABAT NAIB CANSELOR. Prosedur ini menerangkan tatacara pengurusan Mesyuarat JKKP-UPM dan JKKP-PTJ.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia. Seterusnya staf Universiti Malaysia Perlis yang saya kasihi sekalian.

Laporan Sesi Dialog Town Hall Meeting (Sesi 1)

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

MODEL PENGURUSAN SURAU ORANG ASLI DI SELANGOR

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Transcription:

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO' DR. DAING MOHD NASIR IBRAHIM NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2017 PADA 26 APRIL 2017, PUKUL 11:30 PAGI DI ASTAKA, UMP KAMPUS GAMBANG [DIBACAKAN OLEH TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI)] SALUTASI Saudara Pengacara Majlis, Rakan-rakan saya: Yang Hormat Profesor Dato' Dr. Rosli Mohd Yunus, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa); Profesor Dr. Mashitah Binti Mohd. Yusoff, Timbalan Naib Canselor, (Penyelidikan & Inovasi); Encik Ab Hamid Majid, Pendaftar; 1

Yang Hormat Profesor Dato Dr. Ishak Ismail, Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Korporat & Kualiti); Profesor Dr. Jamil Ismail, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat); Encik Zainuddin Othman, Bendahari; Haji Ruslan Che Pee, Ketua Pustakawan; Yang Berbahagia Datin Hajah Wan Maizurina Wan Othman, Penasihat Undang-undang; Encik Muhammad Hairynizam Muhd Taib, Pengarah Pejabat Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UMP; Dekan-dekan, Pengarah-pengarah dan Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab; Wakil-wakil Agensi Kerajaan; 2

Tuan-tuan dan puan-puan; Warga kerja dan mahasiswa yang dikasihi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. KATA PEMBUKA 1. Alhamdulillah, sukalah saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Ta ala, kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan izin- Nya, maka saya dapat turut serta bersama tuan-tuan dan puan-puan dalam Majlis Perasmian Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2017 Peringkat Universiti Malaysia Pahang pada pagi ini. 3

2. Terlebih dahulu, saya ingin menyampaikan salam takzim daripada Naib Canselor, Yang Hormat Profesor Dato Dr. Daing Nasir Ibrahim yang tidak dapat hadir ke majlis ini berikutan urusan tertentu yang tidak dapat dielakkan. Beliau telah mewakilkan saya untuk membacakan ucapan ini dan seterusnya menyempurnakan perasmian Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2017 Peringkat UMP ini. 3. Saya amat sukacita atas inisiatif yang diambil oleh Pejabat Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UMP (OSHMO) yang diterajui oleh Encik Muhammad Hairynizam Muhd Taib selaku Pengarahnya untuk menganjurkan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang julung-julung kalinya diadakan di Universiti ini. 4. Sesungguhnya, penganjuran acara ini adalah manifestasi kepekaan warga UMP terhadap kepentingan kesedaran berhubung kesihatan dan keselamatan pekerjaan (Occupational Safety and Health OSH) dalam konteks keteraturan pengoperasian urusan seharian kita di Universiti ini, sama ada oleh warga kerja atau mahasiswa yang seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan semua. 4

5. Justeru, pada hemat saya, kesedaran mengenai kepentingan OSH tersebut tidaklah semata-mata terbatas semasa pelaksanaan program ini yang disejajarkan dengan sambutan World Day for Safety and Health at Work pada tarikh 28 April setiap tahun, namun perlu dibudayakan secara konsisten dalam kalangan warga kerja dan mahasiswa Universiti ini. OSH DAN AGENDA GLOBAL 6. Tuan-tuan dan puan-puan, Pada kesempatan ini, sukalah saya menarik perhatian para hadirin kepada perkaitan pembudayaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam konteks agenda global, khususnya Agenda 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pembangunan Lestari (The United Nations 2030 Agenda for Sustainable Development) yang telah diterima pakai mulai 25 September 2015 oleh negara-negara anggota PBB, termasuk Malaysia. 5

7. Pelaksanaan World Day for Safety and Health at Work yang diterajui oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organization ILO) sebenarnya mendukung pengisian Sasaran Pembangunan Lestari Ke-8 dalam kerangka Agenda 2030 yang disebut tadi iaitu penggalakan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif, pekerjaan yang menyeluruh dan produktif serta kerja berpadanan untuk semua (inclusive and sustainable economic growth, full and productive employment and decent work for all). 8. Dalam hubungan tersebut, sub-sasaran 8.8 telah menetapkan fokus terhadap perlindungan hak-hak buruh dan pelaksanaan persekitaran kerja yang selamat kepada semua pekerja, termasuk pekerja migran, khususnya wanita dan mereka yang terlibat dengan pekerjaan yang berbahaya (protection of labour rights and promotion of safe and secure working environments for all workers, including migrant workers, in particular women migrants, and those in precarious employment.) 6

9. Justeru, kita di UMP tidak terkecuali untuk mengambil agenda ini secara serius untuk dilaksanakan secara strategik dan terarah, apatah lagi kita di UMP mempunyai PTJ khusus iaitu OSHMO dan program akademik yang khas di Fakulti Teknologi Kejuruteraan iaitu Sarjana Muda Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan. 10. Dengan wujudnya cabang pentadbiran yang khusus untuk melihat aspek OSH, dan adanya para penyelidik dan ahli akademik dalam bidang ini di UMP, maka Universiti sepatutnnya lebih terkehadapan dalam menampilkan model persekitaran kerja selamat dan sihat yang boleh dicontohi oleh institusi dan organisasi lain. 11. Namun, cabaran pertama yang perlu sama-sama kita tangani ialah membentuk mentaliti dan sikap yang betul dalam kalangan warga kerja dan mahasiswa UMP berhubung kesedaran untuk mewujudkan persekitaran kampus yang selamat dan sihat kepada semua. 7

12. Pembentukan mentaliti dan sikap ini memerlukan intervensi khusus melalui pendekatan pendidikan dan seterusnya penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan kesedaran yang dinyatakan tadi tidaklah hanya bersifat sementara, tetapi konsisten sifatnya sebagai satu budaya bersama. 13. Pembentukan mentaliti dan sikap yang saya nyatakan tadi tidaklah memadai dengan penggubalan dasar di atas kertas semata-mata, tetapi menuntut satu kerangka pelaksanaan yang menyeluruh, praktikal dan mengakar-umbi dengan penyertaan seluruh warga kampus bermula dari pihak pengurusan, pegawai akademik, kakitangan pentadbiran, pemimpin mahasiswa, mahasiswa biasa, pusat-pusat tanggungjawab dan pertubuhan-pertubuhan mahasiswa. 14. Justeru, saya berharap supaya OSHMO dapat menekuni perkara ini dengan lebih mendalam dan mengenal pasti kaedah dan pendekatan yang sesuai bagi mengekalkan kesedaran dan pembudayaan persekitaran yang selamat dan sihat di UMP tanpa bermusim. 8

15. Maka, saya yakin dan percaya bahawa penganjuran Minggu Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2017 ini merupakan satu platform yang sesuai dan tepat pada masanya bagi mencapai hasrat yang dinyatakan tadi. Oleh yang demikian, tema sambutan yang dipilih bagi edisi sulung ini iaitu Join in Bulding a Culture of Prevention on OSH mengkonotasikan aspek penyertaan menyeluruh yang disentuh tadi. 16. Ini adalah kerana soal kesedaran dan pembudayaan secara kolektif tersebut berupaya mengelakkan sebarang kemalangan atau insiden yang boleh berlaku akibat kecuaian dan kelalaian. Bukan sahaja ini boleh mengancam keselamatan dan nyawa warga kampus, tetapi kecuaian dan kelalaian tersebut, sekiranya dibiarkan tanpa teguran dan penguatkuasaan akan memberi imej yang negatif terhadap UMP di mata umum, khususnya dari kalangan pengunjung luar yang dating berurusan di kedua-dua kampus Universiti ini. 9

17. Selain itu, kos yang perlu ditanggung sekiranya berlaku kemalangan sudah pastinya lebih tinggi nilainya berbanding kos yang perlu dikeluarkan untuk memastikan keselamatan di tempat kerja. Bukan sahaja kos rawatan, ganti rugi dan pampasan kepada keluarga mangsa perlu dibayar malah operasi universiti juga berisiko terganggu, dan bayangkanlah implikasi senario ini terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pentadbiran am. Maka itulah komitmen semua pihak di UMP dituntut untuk menjayakan agenda pembudayaan OSH ini secara serius dan konsisten. PERANAN OSHMO 18. Tuan-tuan dan puan-puan, Menyedari liabiliti undang-undang yang dipertanggungjawabkan ke atas UMP sebagai majikan, maka OSHMO telah dijadikan satu cabang pentadbiran yang bertaraf Pusat Tanggungjawab sejak tahun 2012 bagi memenuhi keperluan Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. 10

19. Saya amat sukacita atas pencapaian demi pencapaian yang diraih UMP atas pematuhannya terhadap Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) secara efisien. Pada tahun 2016, Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli telah mengharumkan nama UMP apabila memenangi MSOSH OSH Gold (Class 2) Award di samping berjaya mengekalkan persijilan OHSAS 18001:2007, MS 1722:2005 dan ISO 14001:2004 untuk tempoh 10 tahun. 20. Manakala baru-baru ini iaitu pada 15 April 2017 pula, UMP juga berjaya mencapai 6 Million Man-Hours Without LTI yang membuktikan kesungguhan warga UMP dalam sama-sama mewujudkan tempat kerja selamat dan kondusif. 21. Saya juga amat sukacita dengan peranan yang telah dimainkan oleh UMP melalui OSHMO dalam menjayakan Program OSH in School di sekolah-sekolah terpilih di sekitar negeri Pahang dengan kerjasama dan penglibatan pangamal OSH. Penglibatan OSHMO dalam program ini juga amat signifikan dalam konteks sumbangannya terhadap agenda Memasyarakatkan Teknologi dalam kerangka pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2016-2020. 11

22. Justeru, saya berharap supaya pihak OSHMO dapat terus meningkatkan keupayaan operasi dan kecemerlangan prestasi melalui jalinan kolaborasi dan perkongsian pintar dengan agensi dan organisasi berkaitan dalam merangka pelbagai program bersama seperti audit penguatkuasaan, latihan pengungsian bangunan dan penyelidikan bagi menjayakan aspirasi ZERO Accident di UMP menjelang tahun 2020. KATA PENUTUP DAN LAFAZ PERASMIAN 23. Tuan-tuan dan puan-puan, Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan setinggitinggi ucapan tahniah dan penghargaan atas komitmen cemerlang pihak OSHMO, pusat-pusat tanggungjawab dan agensi luar dalam merealisasikan penganjuran edisi sulung Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat UMP ini. 12

24. Saya berdoa ke hadrat Allah Ta ala mudah-mudahan kita semua terus berada di bawah rahmat peliharaan-nya dengan naungan keselamatan, kesihatan, kesejahteraan, kemakmuran dan kejayaan dan dilindungi kita hendaknya dari sebarang ancaman malapetaka, wabak penyakit dan bencana, Amin. 25. Dengan harapan dan doa tersebut berserta dengan lafaz yang mulia Bismillahirahmanirahim, saya dengan ini merasmikan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2017 Peringkat Universiti Malaysia Pahang. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatulkahi wabarakatuh. 13