ii
KASIM MANSUR PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Kota Kinabalu Sabah Malaysia http://www.ums.edu.my 2016 Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)
Universiti Malaysia Sabah, 2016 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dikeluarkan ke dalam sebarang bentuk sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit Universiti Malaysia Sabah, kecuali seperti yang diperuntukkan dalam Akta 332, Akta Hak Cipta 1987. Keizinan adalah tertakluk kepada pembayaran royalti atau honorarium. Segala kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku ini tidak semestinya mewakili atau menggambarkan pendirian mahupun pendapat Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Pembaca atau pengguna buku ini perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebelum menggunakan sebarang maklumat yang terkandung di dalamnya. Pandangan yang terdapat dalam buku ini merupakan pandangan ataupun pendapat penulis dan tidak semestinya menunjukkan pendapat atau polisi Universiti Malaysia Sabah. Penerbit Universiti Malaysia Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah mahupun kesulitan yang timbul, sama ada secara menyeluruh atau sebahagian, yang diakibatkan oleh penggunaan atau kebergantungan pembaca terhadap kandungan buku ini. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Kasim Mansur, 1961- Perburuhan daripada Perspektif ISLAM ke arah Melestarikan Pertumbuhan EKONOMI / KASIM MANSUR. Includes index Bibliography: page ISBN 978-967-0521-71-8 1. Labor--Religious aspects--islam. 2. Economic development--religious aspects--islam I. Judul. 331.088297 Muka taip teks: Saiz taip teks dan leading: Diterbitkan oleh: Dicetak oleh: Times New Roman 11/14 poin Penerbit Universiti Malaysia Sabah Tingkat Bawah, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu, Sabah. Percetakan Keningau Sdn Bhd Lot 26, Phase 1, HSK Industrial Centre, km 8, Jalan Penampang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.
KANDUNGAN Prakata Bab 1 PERBURUHAN ISLAM Konsep Perburuhan dalam Islam Hal Ehwal Kebajikan Buruh Rangka Kerja dan Pekerjaan dalam Islam Falsafah Penggunaan dan Pengeluaran Menurut Islam Perkongsian Untung Rugi Ekonomi Tanpa Riba Sifat Ekonomi Islam Definisi Mal (Harta) Definisi Kepemilikan Teori Pemilikan (Milkiyyah) Kebebasan Pemilikan: Hurriyah Milkiyyah dan Ibahatu al-milkiyyah Kebebasan Bekerja Hak Berpersatuan dan Hak Buruh 1 Bab 2 AKTIVITI EKONOMI PADA AWAL KEDATANGAN ISLAM Struktur Ekonomi pada Era Sebelum dan di Awal Kedatangan Islam Aktiviti Ekonomi Sewaktu Zaman Pemerintahan Khulafa ar-rasyidin Perdagangan Pertanian Penjawat Awam Kebajikan Gaji Pegawai Tinggi Hak Buruh 59 v
Bab 3 PEKERJAAN DALAM EKONOMI ISLAM Konsep Pekerjaan Menurut Islam Buruh antara Empat Faktor Pengeluaran Manusia sebagai Khalifah Sumber Pendapatan yang Halal Hubungan Pekerja dengan Majikan Prinsip Perburuhan Islam Bab 4 PENENTUAN UPAH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Konsep dan Pengertian Upah atau Gaji Penentuan Upah Penjawat Awam - Upah Maksimum dan Upah Minimum Piawaian Upah dalam Perburuhan Islam Tingkat Upah Minimum dan Maksimum dalam Konteks Ekonomi Konvensional Kadar Upah Minimum dan Maksimum di Malaysia 1 59 Bab 5 PROFESIONALISME DAN ETIKA PERBURUHAN ISLAM Etika Kerja Islam Mengabdikan Diri Hanya kepada Allah SWT Jujur, Ikhlas dan Amanah Komited, Cekap dan Konsisten Bekerja Sebagai Satu Pasukan Bekerja untuk Kebahagiaan Manusia Sejagat Bersyukur dan Bertawakal vi
Bab 6 KEADILAN SOSIOEKONOMI DALAM PERBURUHAN ISLAM Jaminan Sosial Musyawarah Keadilan Kebebasan Kesaksamaan Kesederhanaan (Wasatiyyah) Kesimpualan Bab 7 PENGURUSAN SECARA PROFESIONAL DALAM PERBURUHAN ISLAM Pengurusan Sumber Manusia Secara Umum Prinsip Asas Pengurusan dalam Perspektif Islam Pengurusan Profesional dalam Islam Kejujuran Keadilan dan Kesaksamaan Ihsan dan Jihad Kerjasama dan Demokrasi Bekerja Secara Berkumpulan Penilaian Prestasi dan Pemberian Upah/ Faedah Tadbir Urus Menurut Islam Pengurusan Sumber Manusia Menurut Perspektif Islam Perburuhan Islam dalam Pengurusan Sumber Manusia vii
Bab 8 SUMBER PENDAPATAN BEBAS RIBA Pengharaman Riba Riba dalam Hutang Riba dalam Jual Beli Produk-produk dalam Sistem Perbankan Islam Sistem Insurans Ciri-ciri Usahawan Diberkati dan Bebas Riba Bab 9 PENDAPATAN DAN KEWAJIPAN BERZAKAT Konsep Zakat Syarat Umum Wajib Membayar Zakat Golongan yang Layak Menerima Zakat Pembahagian Zakat Peranan Zakat daripada Aspek Sosial Peranan Zakat daripada Aspek Ekonomi Zakat Fitrah Jenis dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah Kadar Bayaran Zakat Fitrah di Malaysia Bagi Tahun 2013-2015 Bibliografi Indeks viii
Prakata engan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. D Segala pujian bagi Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya, para sahabat, para tabiin dan seluruh umat Islam yang mengikut sunah Rasulullah hingga akhir hayat. Syukur alhamdulillah ke hadrat SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya, buku ini dapat dihasilkan. Ilham untuk menghasilkan buku ini tercetus atas kesedaran tentang kurangnya bahan-bahan rujukan yang menyentuh isu perburuhan daripada perspektif Islam. Penulisan buku ini juga didorong oleh rasa pertanggungjawaban untuk memenuhi bahan bacaan di peringkat institusi pengajian tinggi. Memandangkan isu yang berkaitan dengan perburuhan Islam kini merupakan satu isu yang menarik dan berkembang dengan pesat terutamanya di Malaysia dan di rantau Nusantara, maka difikirkan sudah tiba masanya untuk diterbitkan satu buku rujukan dalam bahasa Melayu bagi membincangkan isu ini. Disebabkan kepakaran penulis adalah dalam bidang ekonomi konvensional justeru, buku ini tidak berhasrat untuk melakukan tafsiran atau ulasan terperinci berkenaan ayat-ayat al-quran yang banyak dimuatkan dalam penulisan ini. Sebaliknya, perbincangan yang berkaitan dengan ayat-ayat al-quran dibuat secara umum untuk memudahkan pembaca melakukan rujukan dalam banyak kitab tafsir al-quran yang dibuat oleh ilmuwan Islam yang muktabar secara lebih mendalam. Oleh itu, diharapkan buku ini dapat digunakan bagi kegunaan akademik di peringkat pengajian tinggi mahupun sebagai bahan rujukan umum. Perubahan arus globalisasi kini telah merubah pola perburuhan dalam pasaran buruh. Pendekatan ekonomi Islam juga telah semakin mendapat perhatian, bukan sahaja dalam kalangan negara Islam tetapi juga di negara-negara lain di dunia. Arus kepesatan perkembangan perburuhan Islam tidak terkecuali, maka adalah mustahil dalam jangka masa yang singkat dan dengan ix
ruang yang terhad untuk memuatkan suatu perbincangan yang lengkap dan menyeluruh di dalam buku ini. Dalam serba keterbatasan, penulis telah memilih beberapa tajuk yang bersesuaian, yang perlu diketahui umum untuk memahami isu yang dibincangkan. Buku ini memuatkan sembilan bab keseluruhannya. Setiap bab ditulis dalam bahasa yang mudah difahami, sementara konsep-konsep yang digunakan adalah konsep seharian serta dalam konteks perburuhan Islam. Akhir kata, penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam usaha menerbitkan buku ini. Ucapan terima kasih ditujukan khusus kepada mahasiswimahasiswi Program Perburuhan dalam Islam sesi 2013 2014, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang banyak memberi input, cadangan dan komen yang membina dalam membicarakan isu-isu Perburuhan Islam. Setinggi penghargaan juga ditujukan kepada Saudara Famie Mohd Foad dan rakan-rakan dalam kursus Perburuhan Islam sesi 2013 2014 FPEP, UMS yang banyak membantu dalam proses penyusunan isi kandungan buku ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada pegawai-pegawai di Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS yang membantu menyemak keseluruhan isi kandungan yang terdapat dalam buku ini. Kepada pensyarahpensyarah Program HE11 Ekonomi Sumber Manusia, FPEP, UMS khususnya Cik Rostika, Hajah Hanim Pazim, Puan Roslina Mahmud, penulis merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas sokongan dan dorongan yang berterusan sehingga terhasilnya penulisan ini. Penulis mendoakan agar Allah SWT memberi keberkatan atas usaha murni yang disumbangkan. Prof. Datuk Dr. Kasim Mansur, PhD Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah 2016 x