Kajian dan Pendidikan Sejarah Asas Pengukuhan Melayu Islam Beraja: Pengalaman Negara Brunei Darussalaam. Muhammad Hadi MD Melayong

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

1MALAYSIA DARI SUDUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF KEHARMONIAN SOSIAL: KAJIAN DI LEMBAH KELANG

PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK Dl MELAKA: SATU ANALISA NorAzilah Ahmad Nor Fazilah Abdul Hamid

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

KONSEP HISBAH DAN PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM MAIS DAN JAIS DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Ulasan Buku / Book Review

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Islamic Governance: Strategies for Relevance 1

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat: Dinding Pemisah Antara Ugama dan Negara?

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA SERTA LANGKAH- LANGKAH MENGATASINYA

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera

SIARAN AKHBAR MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1438H / 2017M ANJURAN YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

KEPERLUAN PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN MELALUI MICROSOFT OFFICE SHAREPOINT SYSTEM (MOSS) DIKALANGAN WARGA NUKLEAR MALAYSIA.

1.0 Pengenalan. 1 Abdullah Zakaria, Historia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1984, hlm. 277.

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PERUNDANGAN DAN PERATURAN DALAM PENGURUSAN REKOD

Transcription:

Kajian dan Pendidikan Sejarah Asas Pengukuhan Melayu Islam Beraja: Pengalaman Negara Brunei Darussalaam Muhammad Hadi MD Melayong Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja Negara Brunei Darussalam Kertas kerja ini cuba untuk memperlihatkan kepentingan sejarah yang merupakan bahan kajian sebagai sumber dalam proses pendidikan samada formal atau informal bagi menanam semangat jatidiri dan identiti Bangsa Brunei untuk mengujudkan perpaduan hidup bermasyarakat dan bernegara dalam sebuah negara yang terdiri dari berlainan agama, budaya dan keturunan. Dalam hal, pembuktian berasaskan kepada sejarah tentang kewujudan dan pengamalan cara hidup Melayu Islam Beraja (MIB) yang diwarisi oleh Bangsa Brunei adalah amat penting di sebarluaskan dan dimantapkan dalam era globalisasi yang penuh cabaran bagi kesejahteraan dan kemakmuran kehidupan rakyat di Negara Brunei Darussalam. Tugas dan tanggungjawab bagi menyelidik, mengkaji, memelihara dan menyimpan warisan sejarah negara yang bernilai ini adalah dipikul oleh beberapa buah jabatan kerajaan yang telah ditubuhkan sebelum dan setelah pencapaian kemerdakaan Negara Brunei Darussalam pada bulan Januari tahun 1984; antaranya ialah Pusat Sejarah Brunei, Universiti Brunei Darussalam (Akademi Pengajian Brunei), Jabatan-Jabatan Muzium Brunei (Arkib Negara), Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja, Dewan Bahasa dan Pustaka, Balai Kenangan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan lain-lain lagi. Bagaimanapun tanggungjawab untuk membuat kajian dan menjadikan sejarah sebagai bahan pendidikan adalah merupakan tanggungjawab semua rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bertepatan dengan pemashyuran kemerdekaan Negara Brunei Darussalam untuk mengekalkan kewujudan Brunei sebagai sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka dan berdaulat. Oleh itu, untuk membuktikan sumber sejarah amat penting bagi pengukuhan status Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu yang mengamalkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara dan bersistem politik Beraja. Maka perbincangan ini akan cuba untuk memperlihatkan bahan-bahan sejarah yang diperolehi untuk dipergunakan dalam proses pendidikan seumur hidup supaya nilai-nilai MIB ini akan terus diamalkan dan dihayati oleh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam. Perkara ini akan disentuh dalam pembincangan kertaskerja yang bertajuk Kajian dan Pendidikan Sejarah Asas Pengukuhan Melayu Islam Beraja: Pengalaman Negara Brunei Darussalaam. Dalam hal, pembuktian berasaskan kepada fakta-fakta sejarah tentang kewujudan dan pengamalan cara hidup Melayu Islam Beraja yang diwarisi oleh Bangsa Brunei adalah amat penting di sebarluaskan dan dimantapkan dalam era globalisasi yang penuh cabaran khususnya kepada generasi masa kini yang akan menjadi pewaris Bangsa Brunei masa akan datang. Melayu Islam Beraja adalah merupakan satu konsep cara hidup ataupun falsafah bagi Negara Brunei Darussalam. Ianya bukan satu perkara yang baru tetapi telah diwarisi dan di amalkan lebih daripada 600 tahun yang lalu. Bagaimanapun ianya baru didelkrasikan pada tahun 1984 setelah Brunei mencapai sebuah negara yang 21 P a g e

merdeka dan berdaulat. Dengan lain perkataan kewujudan Brunei sebagai sebuah kerajaan yang tua bukan sahaja di Pulau Borneo bahkan di Alam Melayu telah terbukti berdasarkan kepada kajian sejarah oleh sejarawan tempatan mahupun luar negara. Oleh itu, kajian sejarah amat penting sekali dilaksanakan untuk mengukuhkan lagi pengamalan dan pengekalan nilai-nilai hidup Melayu Islam Beraja yang menjadi tradisi Bangsa Brunei. Ini bermakna bahawa peranan atau tugas untuk membuat kajian sejarah ini adalah tanggungjawab semua rakyat Brunei bertepatan dengan pemashyuran kemerdekaan Negara Brunei Darussalam untuk mengekalkannya kewujudan Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka dan berdaulat. Oleh itu, untuk membuktikan dan meyakinkan kepercayaan orang ramai khususnya rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, bahan-bahan sejarah perlu diketengahkan bagi mengukuhkan lagi rasa kecintaan dan ketaatan kepada raja, agama dan negara. Maka sejarah adalah faktor penting yang boleh dijadikan sandaran bagi pengamalan dan penghayatan nilai-nilai MIB dalam perpaduan hidup bermasyarakat dan bernegara sebagaimana titah Baginda Sultan; Sejarah adalah lidah kebenaran: Lidah yang paling petah. Kita tidak boleh kunci lidah ini, melainkan, biarkan saja ia berkata-kata, kerana kata-katanya itu sangat telus dan amat berharga. Sejarah tidak boleh dibisukan. Bangsa yang membisukan sejarahnya adalah pengecut. Oleh itu, wajar bagi kita menjadi bangsa yang berani: berani menyoal serta menyuluh ke dalam diri sendiri. Ini caranya kita belajar dari sejarah dan berguru kepada sejarah. Bangsa yang suka berguru kepada sejarah adalah bangsa besar. Daripada sejarah kita bermula, dan daripada sejarah juga kita melakar nama. Demikianlah hebatnya sejarah itu. Sejarah Brunei Darussalam, sedia terisi dengan satu nilai besar Melayu Islam Beraja (MIB). Ia bukanlah pilihan tetapi anugerah. Anugerah daripada Allah Subhanahu Wata ala. Selaku anugerah, nilainya tetntulah lebih tinggi daripada apa yang dihasilkan oleh tangan sendiri. Dengan hal itu, kita yakin bahawa fakta sejarah banyak memainkan peranan untuk menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat dan kenegaraan. Sejarah perlu dipelihara dengan tidak mengira samada kecil atau besar kerana tanpa usaha untuk memelihara dan menyimpannya, lama kelamaan sejarah sesebuah negera itu akan terkubur dan hilang ditelam zaman sebegitu sahaja. Oleh itu, bangsa dan negara yang tidak mempunyai sejarah adalah bangsa yang merempat dan miskin; dan akhirnya bangsa di negara tersebut tidak punya identiti dan semangat jati diri pada negara dan bangsanya. Sejarah juga adalah guru yang menjadi panduan dan rujukan untuk meneruskan perjalanan yang lurus yang tidak tersasar dari matlamat yang ingin dicapai. Apakah yang dimaksudkan dengan Melayu Islam Beraja itu? Melayu Islam Beraja itu sebenarnya adalah cara hidup masyarakat Brunei yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Memandangkan ianya merupakan nilai-nilai asli kehidupan masyarakat tempatan maka setiap indidvidu dan masyarakat Brunei yang berpijak di 22 P a g e

bumi Brunei atau bernaung di bawah payung pemerintahan baginda Sultan perlu mengamalkan dan menghayati nilai-nilai hidup ini dalam hubungan hidup bermasyarakat dan bernegara. Dan setiap rakyat dan penduduk khususnya golongan belia di negara ini tidak mengira apapun bangsa, agama dan keturunannya hendak mengetahui dan memahami cara hidup Melayu Islam Beraja yang menjadi sumber kesejahteraan, keamanan dan perpaduan kehidupan di bumi Brunei Darussalam. Dari segi prespektif sejarah warisan Melayu Islam Beraja ini secara lengkapnya telah diamalkan turun-temurun sejak pengislaman Awang Alak Betatar yang dikenali sebagai Sultan Muhammad Shah pada tahun 1368 Mesehi. Melayu Islam Beraja telah menjadi falsafah negara setelah Negara Brunei Darussalam mendapat kembali statusnya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat di mana konsep ini telah diproklamasikan oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 1hb Januari 1984. Melayu adalah merujuk kepada Bangsa Brunei yang tujuh puak iaitu Melayu Brunei, Belait, Bisaya, Dusun, Kedayan, Murut dan Tutong. Ini jelas sebagai tercatat mengikut dalam Akta Taraf Kebangsaan 1961. Di samping itu, berdasarkan Perlembagaan Negeri Brunei pada tahun 1959 dan pindaan 2004 serta 2008 telah dinyatakan bahawa dalam Bab 82 Ceraian 1 Bahasa rasmi bagi Negara Brunei Darussalam adalah Bahasa Melayu. Baginda Sultan juga pernah bertitah sempena sambutan Hari Keputeraan Baginda yang ke 42 tahun yang antara lain berbunyi:...beta ingin mengingatkan supaya usaha ke arah mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara tidak akan diabaikan. Adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat dan penduduk di negara ini mengamalkan Bahasa Melayu terutama dalam urusanurusan rasmi menurut peraturan yang ditetapkan termasuklah juga meningkatkan penggunaan tulisan jawi. Islam pula adalah Agama Rasmi bagi Negara Brunei Darussalam yang diamal dan dianuti oleh orang-orang Brunei sejak enam ratus tahun yang lalu. Ini tercatat dalam perlembagaan Negeri Brunei 1959 dan dipinda pada tahun 2004/2008 dalam Dokumen- Dokumen Perlembagaan NBD, Bab 3 Ceraian (1), Pindaan 2004. Ugama rasmi bagi Negara Brunei Darussalam adalah Ugama Islam. Tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan sempurna oleh mereka yang mengamalkannya. Beraja yang merupakan sistem pemerintahan yang diamalkan di Negara Brunei Darussalam. Sistem Beraja sekarang ini telah menjadi darah dajing Bangsa Brunei yang telah diamalkan sejak dari 1400 tahun yang lalu iaitu sebelum lagi datangnya Agama Islam ke bumi Brunei. Dalam sistem beraja ini, rakyat wajib mentaati perintah raja sebagaimana yang terkandung dalam buku Adat Istiadat Diraja Brunei dan juga mengikut ajaran Agama Islam. Oleh itu, dalam sistem pemerintahan Melayu Islam Beraja ini, rakyat tidak boleh menderhaka dan raja tidak boleh zalim. Ini adalah merupakan ikatan atau kontrak yang dibuat di antara rakyat dan raja. Dalam Dokumen-dokumen Perlembagaan - Bab 4 ceraian (1) Pindaan 2004 /2008 jelas dinyatakan bahawa kuasa memerintah hendaklah dijalankan oleh KDYMM Sultan dan Yang Di-Pertuan. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Nisaa Ayat 59 yang bermaksud: 23 P a g e

Hai orang-orang yang beriman, ta atlah Allah dan ta atlah Rasul(nya) dan Ulil Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah (Al-Quraan) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. Dalam hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda: Barangsiapa yang taat kepadaku, maka berarti ia taat kepada Allah. Dan barangsiapa yang bermaksiat kepadaku, maka ia berarti bermaksiat kepada Allah. Barangsiapa yang mentaati amirku, maka ia berarti mentaatiku. Dan barangsiapa yang bermaksiat kepada amirku, maka ia bermaksiat kepadaku. Oleh itu, mentaati raja, berdasarkan budaya Melayu, ajaran Agamaa Islam dan amalan sistem beraja adalah merupakan pegangan bagi semua rakyat Brunei untuk mendokong dan menanai tugas dan tanggungjawab yang tidak berbelah bagi dalam mengujudkan satu kesatuan yang utuh dalam pembinaan dan pengukuhan negara bangsa yang merdeka dan berdaulat. Kesemua nilai-nilai ini akan ditanam dan disemai kepada semua golongan masyarakat melalui proses pendidikan formal atau tidak formal. Ia adalah merupakan satu proses sosialisasi sepanjang hayat bagi pembentukan seorang insan yang beracuan Melayu Islam Beraja untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Bahasa dan budaya adalah identiti dan jati diri bangsa Brunei yang perlu diketahui dan difahami bahkan dihayati bagi keharmonian kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Manakala Agama Islam pula adalah untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam tanpa mengira agama dan bangsa. Manakala beraja adalah merupakan sistem politik yang menjamin kestabilan dan kemantapan dalam bidang ekonomi dan sosial yang telah diamalkan melebihi 1400 tahun. Oleh itu rakyat dan penduduk negara ini dituntut untuk mentaati Ketua Negara termasuk undang-undang negara dan perlembagaan berdasarkan nilai-nilai dalam budaya dan istiadat Melayu Brunei dan ajaran-ajaran Agama Islam yang bersandarkan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Ini bermakna apa jua nilai-nilai yang terdapat dalam ketiga-tiga komponen dalam Melayu Islam Beraja perlu diketahui, difahami dan diamalkan dalam kalangan belia-belia masa ini dalam menghadapi anasir yang kurang sihat dalam kehidupan era globalisasi masa kini. Cara penghidupan Melayu Islam Beraja ini telah di huraikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam: Dari tiga rangkai kata Melayu Islam Beraja, terdapat unsur-unsur atau nilai-nilai yang positif untuk ketahanan negara, umpamanya dari Melayu itu, ialah bahasanya. Siapapun tak boleh menyangkal, bahawa Bahasa Melayu itu adalah satu-satunya alat perpaduan kita yang paling elektif. Tanpa bahasa ini, kita tentunya tidak akan dikenali sebagai satu bangsa yang berdaulat lagi mempunyai identiti. Demikian juga Islam, ialah ugama yang menjamin seluruh kepentingan rakyat dan penduduk dengan tidak mengira apa jua ugama, suku kaum dan keturunan. Pendeknya ugama Islam adalah jaminan keselamatan dan kesejahteraan untuk semua. Kerana itu tidak siapa perlu takut atau ragu mengenainya. Sementara 24 P a g e

perkataan Beraja pula adalah menunjukkan kepada kerajaan yang bersultan atau Beraja yang sudah wujud dan menjadi warisan zaman semenjak dari beberapa abad lagi. Bagi penyelidikan, pengumpulan dan penulisan sejarah perjalanan kewujudan dan kemerdekaan sebuah negara Melayu Islam Beraja, penyelidikan perlu dibuat bukan sahaja dalam negeri bahkan juga diluar Negara. Memandangkan Negara Brunei Darussalam pernah ditadbir dibawah naungan British maka kebanyakan bahan-bahan atau dokumen sejarah mengenai Brunei ada tersimpan di institusi-institusi akademik dan juga arkib negara di London serta beberapa buah negara yang mempunyai hubungan diplomasi atau persahabatan dengan United Kingdom. Dari sudut kajian dan penyelidikan Negara Brunei Darussalam adalah serba kekurangan dari segi bahan-bahan rujukan, maka penyelidikan pengumpulan dokumen-dokumen dari luar negara amat penting untuk mengisi ruanglingkup dalam penulisan sejarah Negara Brunei Darussalam. Dengan kelengkapan dan kesempurnaan ini orang ramai tidak akan mempersoalkan lagi tentang warisan budaya dan bangsa Brunei yang berpaksikan kepada nilai-nilai Melayu Islam Beraja sebagaimana titah baginda Sultan di Majlis Kesyukuran Anjuran Orang-Orang Yang Dikurniai Gelaran Sempena Hari Keputeraan Yang Ke-60 Tahun, Hotel Risqun, Gadong, 2hb. September 2006; untuk membetulkan sebarang tanggapan salah oleh generasi baru terhadap warisanwarisan tradisi. di antaranya yang di salah tanggap itu ialah konsep melayu islam beraja. Beta tidak faham mengapa orang harus mempertikainya? mempertikaikan konsep ini bererti kita mempertikai diri kita sendiri, dan sekaligus juga mempertikaikan sejarah asal usul. Maklumat-maklumat sejarah mengenai cabaran-cabaran dan rintangan dalam perjuangan rakyat dan pemimpin Brunei untuk mengembalikan kedaulatan dan kemerdekaannya boleh diperolehi dari surat-suratkhabar tempatan dan luarnegara, buku-buku teks, jurnal, majalah dan juga berdasarkan kepada sumber rasmi dari fail-fail dan dokumen kerajaan serta individu yang terlibat dalam hal yang berkenaan. Bagi mendapat maklumat mengenai senario perjuangan rakyat dan pemimpin negara ini ke arah kemerdekaan adalah lebih mudah diperolehi dari institusi luar negara khususnya di United Kingdom, Amerika Syarikat dan juga Negara-negara ASEAN. Misalnya di United Kingdom beberapa tempat institusi akademik boleh dilawati bagi mendapat maklumat tentang Brunei iaitu Public Record Office Garden yang dikenali sekarang sebagai National Archive, Imperial War Museum di London, Rhode House dan Boldien Library di Oxford dll. Manakala rekod-rekod perseorangan atau catatan peribadi pegawai-pegawai British yang pernah bertugas di Brunei dan di Asia Tenggara umumnya boleh di dapati banyak disimpan di Imperial War Museum dan juga di Rhode House di Oxford. Kebanyakan maklumat-maklumat mengenai Brunei sekitar tahun 1960an, 1970an dan 1980an yang terdapat di National Archives London iaitu dalam era menuju kemerdekaan boleh dirujuk dalam bahan-bahan atau dokumen-dokumen mengenai Brunei ataupun Borneo yang terdapat didalam Foreign Commonwealth Office (F.C.O), Colonial Office (C.O), Defence Office (D.O) dan lain-lain lagi. Bagaimanapun beberapa buah dokumen yang dianggap rashia masih lagi dibekukan (retain) oleh National Archieve, London walaupun telah mempunyai taraf usia 30 tahun kerana kesensitifannya. Dalam penyelidikan untuk mendapat fakta-fakta sejarah yang sebenarnya memang memerlukan ketekunan, kesabaran dan penuh komitmen khususnya dalam meneliti bahan-bahan 25 P a g e

sejarah yang kadang-kadang membosankan. Bagaimanapun, ini adalah merupakan rintangan dan cabaran yang dilalui setiap kajian yang dijalankan bagi tujuan untuk pembentukan dan pengukuhan sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka dan berdaulat sebagaimana yang mana telah dititahkan. Oleh itu, kita tidak boleh memandang ringan terhadap kepentingan sejarah kepada bangsa dan negara khususnya dalam era golbalisasi masa kini. Contohnya sahaja beberapa penemuan bahan sejarah yang terdapat di Arkib Negara, Kew Garden amat penting sekali diketahui dan difahami oleh generasi muda masa kini supaya mereka menghargai akan perjuangan dan usaha yang telah dibuat oleh generasi tua dalam pembentukan Negara bangsa yang telah dinikmati pada masa kini. Misalnya dokumen-dokumen berikut yang berkaitan dengan perkembangan politik Brunei sebelum era merdeka telah terkumpul di Pusat Sejarah Brunei untuk di kaji dan teliti. Antaranya contoh-contoh dokumen yang pernah diteliliti dan dikaji oleh penulis ialah; 1. FCO 24/2262 PRB Leadership 2. FCO 24/2263 Political Relations Between Brunei and Malaysia 3. FCO 24/2268 British Policy Towards Brunei 4. FCO 24/2270 Negotiations with the Sultan of Brunei 5. FCO 15/2270 Internal Situation in Brunei 6. FCO 15/2271 Australian Attitude Over Brunei 7. FCO 15/2272 Political Relations Between Brunei and Malaysia 8. FCO 15/2274 Negotiations with the Sultan of Brunei 9. DEFE 24/1464 Far East Forces Brunei withdrawal of Furkha Battalion 1977 Kenyataanya, kepentingan sejarah dalam pendidikan samada formal atau tidak formal memang tidak dinafikan. Pergolakan dan ketidak kestabilan politik yang wujud di kalangan negara-negara di dunia ini adalah akibat ketuhuran dan kebutaan tentang sejarah negara masing-masing. Sekira setiap individu atau masyarakat keseluruhannya mengetahui dan menyakini akan hakikat sejarah negaranya yang sebenarnya, maka tentu tidak timbul sebarang tentangan terhadap dasar atau polisi yang dijalankan oleh pihak pemerintah. Alhamdulillah, di Negara Brunei Darussalam deklarasi konsep Melayu Islam Beraja yang menjadi cara hidup atau falsafah negara adalah disokong dan ditanai sepenuhnya oleh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam dengan bersandarkan kepada fakta-fakta sejarah sebagaimana yang telah dititahkan oleh baginda Sultan bahawa MIB itu bukan sesuatu yang baru tetapi telah wujud dibumi Brunei lebih dari 600 tahun yang lalu. Sejak pencapaian kemerdekaan pada tahun 1984, satu badan yang pada dewasa ini dikenali sebagai Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja telah ditubuhkan atas titah perkenaan baginda Sultan yang dianggotai oleh Menteri Kabinet, Orang-Orang kenamaan, Timbalan Menteri dan juga Setiausaha-setiausaha Tetap yang bertanggungjawab untuk memantau dan menasihati Pejabat Sekretriat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja menjalan dan melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya untuk melestari dan menyebarkan Melayu Islam Beraja sebagai cara hidup rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam. 26 P a g e