PERSEPSI PELAJAR 4 SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) PROGRAM j-qaf DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON PENGERANG, JOHOR

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

PERANAN NGO ISLAM TERHADAP PERLAKSANAAN ISLAH DAN DAKWAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT NORSHIELA BINTI MD SAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN SISWI UTM NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

FAKTOR INSANIAH DALAM PENGURUSAN KUALITI: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

BUTIRAN PERIBADI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTEGRASI KEFAHAMAN BERAGAMA DALAM AMALAN KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR BERASASKAN KOMPUTER DI MAKTAB PERGURUAN. Oleh NIZAM BIN ABD LATIB

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRAK. menghidupkan syiar Islam di Brunei Darussalam. Oleh yang demikian, kajian ini

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR TERHADAP PERSONALITI LELAKI LEMBUT DI UTM

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Amar Makruf Nahi Mungkar

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN ( PENGAJIAN ISLAM ) TERHADAP KAHWIN KETIKA BELAJAR : KAJIAN DI UTM SKUDAI

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

RETORIK PEMBUJUKAN DAKWAH DALAM LAGU NASYID: KAJIAN TERHADAP LAGU OPICK DAN HAFIZ HAMIDUN ABSTRAK

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

KHULUK DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002: KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BHARU, KELANTAN

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

Transcription:

PERSEPSI PELAJAR 4 SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERSEPSI PELAJAR 4SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SESI PENGAJIAN : 2007 / 2008 SAYA : SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD ALAMAT TETAP : LOT 1554, KAMPUNG CHABANG EMPAT, 16210 TUMPAT KELANTAN UST HJ. MOHD ISMAIL MUSTARI Nama Penyelia Tarikh : 30 APRIL 2008 Tarikh : 30 APRIL 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

"Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)." Tandatangan : Nama Penyelia : USTAZ HJ. MOHD ISMAIL BIN MUSTARI Tarikh : 30 APRIL 2008

PERSEPSI PELAJAR 4 SPI TERHADAP AKTIVITI DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2008

ii "Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja yang dilakukan oleh diri saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya." Tandatangan : Nama Penulis : SITI ZAHARAH BINTI HUSSIN Tarikh : 30 APRIL 2008

iii DEDIKASI بسم االله الرحمن الرحيم Segala puji-pujian hanya pa Mu Ya Allah Ku panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang tak terkira Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w Teristimewa buat Ayahanda & Bonda Tersayang... Hj. Hussin Bin Sulaiman & Hjh. Mek Bidah Binti Senik Hj. Mat Ail Bin Senik, & Hjh Che Limah Binti Yaacob, Jasa dan pengorbanan serta doa kalian azimat kekuatan bagiku, Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala pengorbanan yang tidak ternilai ini. Buat kekanda dan adinda... Janganlah leka dengan kenikmatan hidup yang sementara ini, Serta mereka yang banyak membantu... Terutamanya Azmi Bin Nordin dan kepada semua sepupu tersayang Terima Kasih Di Atas Bantuan Yang diberikan...jasa Kalian Tidak Terbalas Tidak lupa buat Pensyarah dan Guru. Terutamanya Ust Mohd Ismail Bin Mustari... Sekalian yang tidak pernah jemu mendidik dan mencurahkan ilmu, Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Halalkan segala ilmu yang pernah ku pelajari... Sahabat-sahabat seperjuangan... Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar kalian. Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku buat selama-lamanya...

iv PENGHARGAAN بسم االله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya, dapatlah Projek Sarjana Muda ini disiapkan tetap pada masanya. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Ustaz Hj. Mohd Ismail Bin Mustari selaku penyelia dan pembimbing kerana sanggup meluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan yang amat berguna. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam menyiapkan projek ini amatlah dihargai dan disanjungi. Semoga Allah S.W.T. melimpahkan rahmatnya di atas segala jasa baik yang dihulurkan. Dikesempatan ini juga, jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga yang tidak pernah jemu memberi sokongan dan dorongan sama ada dari segi moral dan kewangan walaupun berada jauh di perantauan. Selain itu, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua rakan-rakan seperjuangan. Terima kasih diucapkan kerana sudi memberikan tunjuk ajar, kerjasama yang baik, perkongsian idea dan pandangan serta kritikan yang membina agar projek ini dapat dihasilkan dengan baik dan sempurna. Semoga segala usaha dan cita-cita diberkati Allah S.W.T. Akhir sekali, ucapan tarima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T. Sekian. Wassalam

v ABSTRAK Kajian yang berbentuk diskriptif ini bertujuan untuk mengetahui kegiatan dakwah dalam kalangan pelajar. Seramai 46 orang responden terdiri daripada pelajar 4 SPI telah terlibat dalam kajian ini. Sebanyak 60 soalan telah dibina dan instrument kajian yang digunakan ialah soal selidik. Terdapat dua bahagian dalam soal selidik iaitu bahagian A yang menerangkan latar belakang responden manakala bahagian B digunakan untuk menghasilkan dapatan kajian. Data-data yang diperolehi menerusi kajian ini dianalisis menggunakan Statistical Package of Social Science (SPSS) For Windows version 14.0 dengan memberi tumpuan kepada kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan ialah α = 0.932. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden memberikan persepsi yang positif terhadap aktiviti dakwah yang dijalankan serta memberi maklum balas yang baik terhadap kepentingan aktiviti dakwah. Sebagai maklum balas terhadap kajian yang dijalankan, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan untuk meningkatkan lagi keberkesanan dakwah terhadap pelajar.

vi ABSTRACT This descriptive research is to determine dakwah activities among students. The respondents comprise of 46 of 4 SPI students. Methodology used for this research is a questionnaire method. The questionnaire is divided to 2 sections which is into section A and section B. Section A is about demographic of respondent while in the section B researcher will get input for research. The data obtained then will be analyzed using a software Statistical Package of Social Science (SPSS) For Windows version 14.0. It is focusing on frequency, percentage and mean. Reliability value of the research instrument is α = 0.932. The results show that the respondents are aware to the dakwah activities held and its important. The results then will be used in this research in order to enhance the dakwah activities and hope it can be used for the future planning.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN i ii iii iv v vi vii xi xiv BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Penyataan Masalah 4 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6 Kepentingan Kajian 6 1.7 Batasan Kajian 7 1.8 Definisi Istilah 7 1.9 Kesimpulan 14

viii BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 15 2.2 Pengertian dakwah 15 2.3 Kriteria Pendakwah 18 2.3.1 Siddiq (jujur/benar) 18 2.3.2 Sabar 19 2.3.3 Pengasih 21 2.3.4 Ikhlas 22 2.3.5 Berjiwa Kental 23 2.3.6 Menuntut Ilmu 23 2.4 Persediaan pendakwah 23 2.4.1 Kefahaman yang mendalam 24 2.4.2 Keimanan yang mantap 27 2.4.3 Hubungan yang intim dengan Allah 28 2.5 Metodologi dakwah 29 2.5.1 Hikmah 30 2.5.2 Nasihat yang baik 31 2.5.3 Berbincang dengan cara yang paling sesuai 32 2.5.4 Metod Ceramah 32 2.5.5 Metod Kaunseling 33 2.5.6 Metod Risalah 34 2.5.7 Metod Usrah 35 2.5.8 Metod 'Qudwah Hasanah' 36 2.5.9 Metod Lawatan 37 2.5.10 Metodologi Dakwah Kepada Pelajar 37 2.5.10.1 Dakwah Secara Umum 38 2.5.10.2 Dakwah Secara Khusus 39 2.6 Penambahbaikan Dalam Aktiviti Dakwah 39 2.6.1 Melengkapkan Diri Pendakwah 40 Dengan Ilmu 2.6.2 Kerjasama Semua Organisasi Dakwah 41 2.6.3 Saluran Media 41 2.7 Kajian Lepas 42 2.8 Kesimpulan 43

ix BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan 44 3.2 Reka Bentuk Kajian 44 3.3 Tempat Kajian 45 3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 45 3.5 Instrumen Kajian 46 3.6 Kajian Rintis 47 3.7 Analisis Data 48 3.8 Jangkamasa Kajian 48 3.9 Kesimpulan 49 BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pendahuluan 50 4.2 Bahagian A: Analisis Demografi Responden 51 4.3 Bahagian B: Analisis Data Maklum Balas 53 Responden 4.3.1 Kepekaan Pelajar Terhadap Aktiviti 53 Dakwah 4.3.2 Persepsi Pelajar Terhadap Metodologi 61 Dakwah 4.3.3 Penambahbaikan Dalam Pelaksanaan 68 Aktiviti Dakwah 4.4 Rumusan Min Dapatan Kajian 76 4.5 Kesimpulan 83 BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 84 5.2 Perbincangan 84 5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 85

x 5.2.2 Mengenalpasti Kepekaan Pelajar 86 4SPI Terhadap Aktiviti Dakwah Dalam Kalangan Relajar. 5.2.3 Persepsi Pelajar Terhadap Metodologi 88 Dakwah. 5.2.4 Penambahbaikan Dalam Pelaksanaan 91 Aktiviti Dakwah Kepada Pelajar. 5.3 Rumusan 93 5.4 Cadangan 94 5.4.1 Pelajar 94 5.4.2 Pendakwah 95 5.4.3 Badan-Badan Dakwah Yang Lain 95 5.4.4 Pihak Kolej dan Jawantankuasa 96 Kolej Mahasiswa (JKM) 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 96 5.6 Kesimpulan 97 BIBLIOGRAFI 98 LAMPIRAN 102

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Pemeringkatan Skala Likert 47 3.2 Pengkelasan Maklum Balas 47 3.6 skala Bagi Min Untuk Tahap Persetujuan 48 4.1 Taburan Responden Mengikut Kelompok Jantina 51 4.2 Taburan Responden Mengikut Latar Belakang 52 Pendidikan 4.3 Taburan Responden Mengikut Tahap 52 Pendidikan Terakhir Sebelum Memasuki UTM 4.4 Skala Likert 53 4.5 Taburan Skor Bagi Item 1 54 4.6 Taburan Skor Bagi Item 2 54 4.7 Taburan Skor Bagi Item 3 54 4.8 Taburan Skor Bagi Item 4 55 4.9 Taburan Skor Bagi Item 5 55 4.10 Taburan Skor Bagi Item 6 56 4.11 Taburan Skor Bagi Item 7 56 4.12 Taburan Skor Bagi Item 8 56 4.13 Taburan Skor Bagi Item 9 57 4.14 Taburan Skor Bagi Item 10 57 4.15 Taburan Skor Bagi Item 11 57 4.16 Taburan Skor Bagi Item 12 58 4.17 Taburan Skor Bagi Item 13 58 4.18 Taburan Skor Bagi Item 14 59 4.19 Taburan Skor Bagi Item 15 59 4.20 Taburan Skor Bagi Item 16 59 4.21 Taburan Skor Bagi Item 17 60 4.22 Taburan Skor Bagi Item 18 60 4.23 Taburan Skor Bagi Item 19 60

xii 4.24 Taburan Skor Bagi Item 20 61 4.25 Taburan Skor Bagi Item 21 61 4.26 Taburan Skor Bagi Item 22 62 4.27 Taburan Skor Bagi Item 23 62 4.28 Taburan Skor Bagi Item 24 62 4.29 Taburan Skor Bagi Item 25 63 4.30 Taburan Skor Bagi Item 26 63 4.31 Taburan Skor Bagi Item 27 63 4.32 Taburan Skor Bagi Item 28 64 4.33 Taburan Skor Bagi Item 29 64 4.34 Taburan Skor Bagi Item 30 64 4.35 Taburan Skor Bagi Item 31 65 4.36 Taburan Skor Bagi Item 32 65 4.37 Taburan Skor Bagi Item 33 65 4.38 Taburan Skor Bagi Item 34 66 4.39 Taburan Skor Bagi Item 35 66 4.40 Taburan Skor Bagi Item 36 67 4.41 Taburan Skor Bagi Item 37 67 4.42 Taburan Skor Bagi Item 38 67 4.43 Taburan Skor Bagi Item 39 68 4.44 Taburan Skor Bagi Item 40 68 4.45 Taburan Skor Bagi Item 41 68 4.46 Taburan Skor Bagi Item 42 69 4.47 Taburan Skor Bagi Item 43 69 4.48 Taburan Skor Bagi Item 44 70 4.49 Taburan Skor Bagi Item 45 70 4.50 Taburan Skor Bagi Item 46 70 4.51 Taburan Skor Bagi Item 47 71 4.52 Taburan Skor Bagi Item 48 71 4.53 Taburan Skor Bagi Item 49 71 4.54 Taburan Skor Bagi Item 50 72 4.55 Taburan Skor Bagi Item 51 72 4.56 Taburan Skor Bagi Item 52 73 4.57 Taburan Skor Bagi Item 53 73

xiii 4.58 Taburan Skor Bagi Item 54 74 4.59 Taburan Skor Bagi Item 55 74 4.60 Taburan Skor Bagi Item 56 74 4.61 Taburan Skor Bagi Item 57 75 4.62 Taburan Skor Bagi Item 58 75 4.63 Taburan Skor Bagi Item 59 76 4.64 Taburan Skor Bagi Item 60 76 4.65 Mengenalpasti kepekaan pelajar 4 SPI 77 terhadap aktiviti dakwah dalam kalangan pelajar. 4.66 Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap 79 metodologi dakwah yang digunakan. 4.67 Mengenalpasti penambahbaikan dalam 81 pelaksanaan aktiviti dakwah.

xiv SENARAI SINGKATAN SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) SPSS - Statistical Package For Social Sciences S.W.T. - Subhanahu Wa Taala s.a.w. - Sallallahu Alaihi Wasallam S - Setuju SS - Sangat Setuju KS - Kurang Setuju TS - Tidak Setuju STS - Sangat Tidak Setuju UTM - Universiti Teknologi Malaysia IPT - Institusi Pengajian Tinggi IKIM - Institut Kefahaman Islam Malysia HEP - Hal Ehwal Pelajar MSI - Masjid Sultan Ismail JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia NGO - Non Government Organisation ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia JIM - Jamaah Islah Malaysia YADIM - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia JAIN - Jabatan Agama Islam Negeri STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia PPIPS - Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial PMI - Persatuan Mahasiswa Islam JKSK - Jawatankuasa Saudara Kita KTR - Kolej Tun Razak JKM - Jawatankuasa Kolej Mahasiswa

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan Dakwah boleh didefinisikan sebagai suatu ajakan atau seruan ke arah penerimaan penghayatan ajaran dan nilai-nilai Islam kepada semua tidak kira kepada yang beragama Islam mahupun yang belum menganut Islam. Proses ini dapat direalisasikan melalui pengurusan dan perancangan yang sistematik sesuai dengan saranan al-quran supaya dakwah disampaikan secara hikmah. Allah S.W.T. mengutus, memerintah, berwasiat dan menganjurkan kepada para nabi dan rasul supaya menyampaikan dakwah kepada umat manusia. Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan supaya manusia dapat mengamalkan agama Allah S.W.T. dengan betul dan berkesan (M. Ali Chasan Umar, 1980:18). Menurut Ghazali Darusalam (1996:5), Syeikh Ali Mahfuz berkata dalam kitabnya yang bertajuk "Hidayat al-mursyidin", dakwah ialah ijad al-din iaitu "untuk memperlengkapkan agama". Adanya agama menyebabkan adanya dakwah. Oleh itu agama dan dakwah tidak boleh dipisahkan dan saling lengkap-melengkapi. Dakwah juga bertujuan untuk mempertahankan dan mengembangkan eksistensi (kewujudan) sesuatu agama.

4 2 Menurut Ab. Aziz Mohd Zin (2001:21), para rasul diutuskan kepada umat manusia untuk menyampaikan ajaran Allah S.W.T. dan memimpin mereka ke jalan yang dikehendakinya. Hal ini adalah sebagai jaminan keselamatan mereka di dunia dan akhirat. Setiap golongan manusia diutuskan rasul untuk tujuan tersebut. Para rasul mengingatkan umatnya tentang apa sahaja perkhabaran dari Allah S.W.T. sebagai panduan dan bekalan untuk mereka. Firman Allah S.W.T.: Ö ƒé tρ $pκ Ïù Ÿξyz ωî) >π Βé& ô ÏiΒ βî)uρ #\ ƒé tρuρ #Z ϱo0 Èd,ptø:$Î/ y7 oψù=y ö r&!$ ΡÎ) Maksudnya: "Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (agama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran." (Surah Fatir, 35:24) Terdapat pelbagai cara dan pendekatan yang telah digunakan oleh para nabi dan rasul dalam menyampaikan dakwah. Antaranya ialah dakwah dengan perkataan dan perbuatan. Mereka sentiasa bersemangat dalam menegakkan agama Allah S.W.T. tanpa mengira cabaran dan rintangan yang dihadapi. Ini adalah untuk menyatakan rasa cinta dan kasih kepada Allah S.W.T. Dalam melaksanakan tugas dakwah, Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan pelbagai pendekatan yang sebahagiannya berbeza dengan nabi-nabi sebelumnya. Manhaj dakwah Nabi Muhammad s.a.w. dijadikan sebagai panduan kepada umatnya dan ia sesuai digunakan sepanjang zaman. Manhaj yang dimaksudkan ialah al-quran al-karim. Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan bukan sekadar untuk memperbaiki akidah, adat, ibadat malah ia juga berbentuk pembangunan masyarakat yang mana pembinaan tamaddun dengan menghapuskan peradaban jahiliah serta perhambaan terhadap sesama manusia kerana keadaan masyarakat jahiliah pada masa itu berada dalam kegelapan dan kerosakan (Ab. Aziz Mohd Zin, 2001:41).

4 3 Justeru, dakwah ke jalan Allah S.W.T. adalah suatu tugas yang amat suci dalam Islam dan menjadi tanggungjawab ke atas setiap orang tidak kira pangkat dan kedudukan. Fokus utama ialah untuk menyebarkan ajaran Islam ke seluruh dunia supaya cahaya agama yang suci ini terus memainkan peranannya memerangi perbuatan syirik dan kufur serta segala kemungkaran yang sentiasa menyerang fitrah manusia. Firman Allah S.W.T.: Ç tã tβöθyγ Ζtƒuρ Å ρã èprùq$î/ tβρã ãβù'tƒuρ Î ö sƒø:$# n<î) tβθãô tƒ π Βé& öνä3ψïiβ ä3tfø9uρ šχθßsî=ø ßϑø9$# ãνèδ y7í s9'ρé&uρ Ì s3ψßϑø9$# Maksudnya: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Surah Ali-Imran, 3:104) 1.2 Latar Belakang Masalah Dewasa ini pelbagai masalah sosial hangat dibincangkan diperingkat global termasuk diperingkat nasional iaitu di negara Malaysia. Pelbagai kertas kerja dibentangkan dan forum berkaitan dengan keruntuhan moral serta seminar pembentukan akhlak turut diadakan. Masalah ini bukan sahaja terjadi di negara-negara membangun tetapi di negara maju dan juga dunia ketiga. Remaja masa kini yang hidup dalam era globalisasi leka dengan kamajuan dan terpengaruh dengan budaya "hendonisme." Mereka tidak lagi menghiraukan batasan agama dan hidup dalam suasana rendah akhlak dan moralnya. Ini mengakibatkan berlakunya gejala sosial yang amat teruk terutama di kalangan remaja Islam (Cahaya, Ogos 2006).

4 Perkara ini amat membimbangkan kerana remaja merupakan aset negara yang sangat penting dalam melahirkan modal insan untuk pembangunan negara. Seks bebas, lari dari rumah, pembuangan bayi, mengedar dan menagih dadah, alkohol, ponteng sekolah, mengugut, menubuhkan kumpulan haram merupakan sebahagian dari permasalahan sosial di kalangan remaja kita. Gejala sosial dan masalah moral yang dikaitkan dengan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sering mendapat perhatian ramai. Tanggapan masyarakat terhadap pelajar-pelajar yang terlibat turut mencalar imej IPT dan sekali gus memberi gambaran yang negatif terhadap institusi pengajian tinggi yang diangggap sebagai pusat melahirkan cendekiawan yang bakal menjadi pemimpin negara. Memahami masalah yang semakin meruncing itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama Kementerian Pelajaran merangka serta menyelaras Garis Panduan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (GPPKRSK) dengan peruntukan RM20 juta yang diharap dapat menangani masalah terbabit (Berita Harian, Isnin, 12 Mac 2007) Hal ini menimbulkan persoalan, adakah program tersebut mendapat sambutan daripada para pelajar terutama yang beragama Islam? Sejauhmanakah program ini memberi manfaat kepada sasaran dan adakah ia berkesan ke atas pembentukan akhlak Islam. 1.3 Penyataan Masalah Negara kini sedang menuju kehancuran jika gejala sosial dikalangan belia yang semakin bertambah hari demi hari, tidak ditangani dan dibendung dengan segera. Kebimbangan itu diluahkan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Syed Ali Tawfik al-attas berikutan bertambahnya jumlah penagih

5 dadah, kes juvana dan penghidap HIV di seluruh negara. Beliau berkata, golongan belia perlu disedarkan dan diberi bimbingan agar nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang ada pada diri dapat disubur serta disalur ke arah kebaikan ummah (Utusan Malaysia, Rabu, 1 Nov. 2006). Masalah moral di kalangan pelajar IPT bukan perkara baru. Setiap semester pasti ada pelajar yang ditahan kerana terlibat dalam kes khalwat dan gejala sosial. Paling terbaru, seramai empat pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengaku bersalah dalam satu kes khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur (Utusan Malaysia, Rabu 27 Feb 2007). Pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengenai peningkatan penglibatan remaja dan pelajar dalam kes jenayah semakin meningkat mestilah dipandang serius. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan, jenayah yang membabitkan remaja adalah semakin meningkat iaitu 6,838 pada tahun 2006, berbanding 5,543 pada tahun 2005. Angka ini boleh dikatakan besar mengikut pandangan Tan Sri Musa Hassan. Masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia melibatkan banyak faktor yang boleh mendatangkan kerosakan terutamanya kepada diri remaja, agama dan negara. Tanggungjawab membanteras masalah sosial sebegini bukan sahaja tanggungjawab kerajaan malah ia harus dipikul oleh semua pihak. Ekoran daripada permasalahan yang dibincangkan, satu kajian dilakukan kepada pelajar 4 SPI untuk melihat persepsi mereka terhadap aktiviti dakwah dalam kalangan pelajar.

6 1.4 Objektif Kajian 1.4.1 Mengenalpasti kepekaan pelajar 4 SPI terhadap aktiviti dakwah dalam kalangan pelajar. 1.4.2 Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap metodologi dakwah yang digunakan. 1.4.3 Mengenalpasti penambahbaikan dalam pelaksanaan aktiviti dakwah dalam kalangan pelajar. 1.5 Persoalan Kajian Beberapa persoalan kajian yang ditimbulkan ialah: 1.5.1 Sejauhmana kepekaan pelajar 4 SPI terhadap aktiviti dakwah dalam kalangan pelajar? 1.5.2 Apakah persepsi pelajar terhadap metodologi dakwah yang digunakan? 1.5.3 Apakah penambahbaikan dalam pelaksanaan aktiviti dakwah dalam kalangan pelajar?