PENGADAPTASIAN TEKNIK NYANYIAN BEL CANTO DALAM LAGU MELAYU ASLI SARAWAK

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

KAJIAN ORNAMENTASI DALAM MUZIK MELAYU ASLI : PERMAINAN VIOLIN GAYA HAMZAH DOLMAT NIK SHAREENA ROSNY BINTI MOHD ROSLY

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

MUZIUM : PENGURUSAN KOLEKSI PAMERAN DI RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

REKA BENTUK CORAK GEOMETRI ISLAM PADA SENI BINA MASJID NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA NORLIS BINTI ISMAIL

MODELLING AND VIBRATION CONTROL OF PIEZOELECTRIC ACTUATOR

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KONSEP KAFFAH DALAM KUMPULAN CERPEN PILIHAN BERDASARKAN GAGASAN SASTERA PROFETIK

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN SURREALISME

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Transcription:

PENGADAPTASIAN TEKNIK NYANYIAN BEL CANTO DALAM LAGU MELAYU ASLI SARAWAK Ermi SaD isba BiDti Suran Sarjana Muda SeDi GunaaD dengan KepujiaD (Muzik) 2013

PENGADAPTASIAN TEKNIK NYANYIAN BEL CANTO DALAM LAGU MELAYU ASLI SARAWAK ERMI SANISHA BINTI SURAN Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Muzik) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2013 UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN JUDUL: PENGADAPTASIAN TEKNIK NYANYIAN BEL CANTO DALAM LAGU MELAYU ASLI SARAWAK. SESI PENGAJIAN : 2010/2013 Saya ERMI SANISHA BINTI SURAN mengaku membenarkan tesis/ Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pengdigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. *sila tandakan SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA 1972) (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan Tandatangan Penulis Tarikh : Tarikh : Alamat Tetap: No.150, Lorong 22-28G2E, Taman Samarindah, Jalan Dato Muhd. Musa, 94300, Kota Samarahan, Sarawak Tandatangan Penyelia Catatan: * Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Muda * Jika Tesis/ Laporan SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Projek bertajuk Pengadaptasian Teknik Nyanyian Bel Canto Dalam Lagu Melayu Asli Sarawak ini telah disediakan oleh Ermi Sanisha Binti Suran dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian dalam program Muzik. Diterima untuk diperiksa oleh : Connie Lim Keh Nie Tarikh : i

PENGAKUAN Penulis mengakui bahawa tidak terdapat bahagian penyelidikan, dihasilkan atau dilaporkan dalam tesis ini yang telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk suatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti ini atau institusi pengajian tinggi lain. (ERMI SANISHA BINTI SURAN) No. Matrik: 26230 ii

PENGHARGAAN Assalammualaikum. Alhamdulillah dan rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah S.W.T kerana dengan ketentuan serta kehendak-nya yang telah membawa saya ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ini untuk membenarkan saya menyambung pengajian dan mendampingi saya dalam melalui pelbagai cabaran sepanjang tiga tahun ini. Tanpa kurniaan kekuatan, keyakinan, ketabahan dan keredhaan daripada-nya, saya yakin saya tidak akan mampu untuk menghabiskan Ijazah Sarjana Muda ini. Saya juga ingin mengucapkan sebanyak penghargaan kepada ahli keluarga saya terutama bapa saya, Suran Bin Daraup, ibu saya, Saniah Binti Haji Limbing, dan suami saya, Jamian Bin Bodi yang banyak dan senantiasa berdoa, bertimbang-rasa dan memberi kepercayaan serta sokongan sepenuhnya ke atas apa yang saya lakukan sepanjang pengajian saya di UNIMAS. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada penyelia projek tahun akhir saya, Puan Connie Lim Keh Nie, kerana beliau lah yang telah banyak menyumbangkan masa, tenaga, idea, cadangan, nasihat, motivasi, sokongan, dan bimbingan kepada saya untuk projek ini. Selain itu, ribuan terima kasih saya ingin ucapkan kepada semua pensyarah program muzik terutamanya Prof. Madya Dr. Hasnizam bin Abdul Wahid, selaku Dekan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Drs. Yoesbar Djaelani selaku penyelaras bagi kursus Penyelidikan dan iii

Projek Tahun Akhir dan Cik Laura Pranti Tutom, yang sudi memberi nasihat dan teguran yang berharga kepada saya sebagai panduan bagi membaiki projek ini. Juga tidak dilupakan, saya juga ingin berterima kasih kepada kesemua responden kerana sudi meluangkan masa untuk berkongsi pendapat serta ilmu bagi membantu dalam melengkapkan lagi projek tahun akhir saya ini. Sehubungan itu, saya turut ingin merakamkan penghargaan kepada Encik Lembad Anak Subit selaku Juruteknik yang secara tidak langsung juga banyak membantu menjayakan projek ini. Pada masa yang sama, tanpa bantuan dan sokongan daripada rakan-rakan seperjuangan yang amat dihargai, kajian ini tidak akan berjaya. Akhirnya, saya ingin berterima kasih kepada ahli keluarga muzik saya iaitu orkestra dari Unimas Symphony Orchestra and Choir Society serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam projek ini. Saya berharap agar projek ini dapat memanfaatkan para mahasiswa-mahasiswi pada masa depan dan menjadikan kajian ini sebagai satu rujukan kepada sesiapa yang ingin meneruskan kajian ini dengan lebih lanjut. iv

ISI KANDUNGAN Halaman Tajuk Borang Pengesahan Status Tesis Pengesahan dan Tandatangan Penyelia Pengakuan Pelajar Penghargaan Isi Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Gambar Abstrak Abstract i ii iii v ix x xi xii xiii 1. BAB 1 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Skop Kajian 4 1.3 Permasalahan Kajian 4 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Hipotesis 5 1.6 Kepentingan Kajian 5 1.7 Kajian Literasi 7 1.7.1 Bel Canto 7 1.7.2 Melayu Asli 8 2. BAB 2 METODOLOGI 11 2.1 Pengenalan 11 2.2 Pemilihan Sampel 11 2.3 Pengumpulan Data 11 2.3.1 Kaedah Primer 11 v

2.4 2.3.1.1 Temubual/Temuramah 11 2.3.1.2 Fotografi 12 2.3.1.3 Pemerhatian 12 2.3.2 Kaedah Sekunder 13 2.3.2.1 Rujukan buku dan Jurnal 13 Penciptaan Karya 13 3. BAB 3 DAPATAN KAJIAN 14 3.1 Pengenalan 14 3.2 Hasil Temubual bersama Encik Awang Kaderi Awang Lihi 14 3.3 Hasil Temubual bersama Encik Hoo Kie Hua 17 3.4 Ciri ciri Lagu Melayu Asli Sarawak 18 3.4.1 Lagu Melayu Asli Sayang Sarawak 19 3.4.2 3.4.3 3.4.4 3.4.5 Lagu Melayu Asli Seri Sarawak Lagu Melayu Asli Ros Kalas Lagu Melayu Asli Ros Kalas 2 Lagu Melayu Asli Puteri Sarawak 20 21 22 23 3.5 3.6 3.7 Ciri ciri Lagu Melayu Asli di Sarawak Secara Keseluruhan Ciri ciri Teknik Nyanyian Bel Canto 3.6.1 Contoh Skor dengan Teknik Nyanyian Bel Canto 3.6.2 Contoh Skor dengan Teknik Nyanyian Melayu Asli Persamaan dan Perbezaan Lagu Melayu Asli di Sarawak dan Semenanjung Malaysia 24 26 27 28 29 3.8 Penciptaan Karya 3.8.1 Full Score 3.8.2 Langkah langkah Penciptaan Karya 3.8.1.1 Langkah Pertama : Condense Score 3.8.1.2 Langkah Kedua : Membahagikan rentak 3.8.1.3 Langkah Ketiga : Membahagikan Alat Instrument 3.8.1.4 Langkah Ketiga : Membahagikan Peranan Alat Instrument 29 30 48 48 48 49 50 vi

3.9 Analisis Skor Pengkaji 3.9.1 Tanda Nada, Tanda Masa dan Tempo 3.9.2 Gerakan Kord atau Chord Progression 51 51 52 3.10 Orchestration 53 3.10.1 Pembukaan (Introduction) [bar1 bar8] 53 3.10.2 3.10.3 3.10.4 3.10.5 3.10.6 3.10.7 3.10.8 Bahagian Solo Vokal yang diadaptasikan teknik bel canto Gendang dan gong rhythm pattern yang digunakan dalam komposisi Aplikasi Melody Filler Aplikasi Melody Accompaniment Interlute [bar 41-bar 56] Rangkap 3 (Verse 3) [bar 58-bar 73] Kodetta (Codetta) [bar 73-bar 75] 55 56 58 60 61 62 64 3.11 Pemerhatian 66 4 BAB 4 PERBINCANGAN 68 4.1 Pengenalan 68 4.2 Temubual 69 4.2.1 Temubual dengan Puan Wong Yong Fung 69 4.2.2 4.2.3 4.2.4 Temubual dengan Puan Chia Yee Yean Temubual dengan Encik Amir Hamzah Temubual dengan Encik Awang Kaderi Awang Lihi 71 73 74 4.3 4.4 Analisis Data Kesimpulan 76 77 5 BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 78 5.1 Kesimpulan 78 5.2 Cadangan 79 vii

BIBLIOGRAFI 80 GLOSARI 82 LAMPIRAN A BIODATA RESPONDEN YANG MEMBERI MAKLUMAT LAMPIRAN B SAMPEL SOALAN PANEL 84 89 LAMPIRAN C GAMBAR 93 LAMPIRAN D PANEL CETUSAN INSPIRASI PELAJAR TAHUN AKHIR 96 LAMPIRAN E HASIL KARYA DALAM BENTUK RAKAMAN DVD 97 LAMPIRAN F DATA HASIL KARYA DALAM BENTUK DVD 98 viii

SENARAI JADUAL Jadual 3.8.1.2 Membahagikan rentak lagu untuk setiap bahagian 48 Jadual 3.8.1.3 Jadual 3.8.1.4 Membahagikan alat instrumen muzik dalam bahagian masingmasing Membahagikan peranan alat instrumen muzik dalam bahagian masing-masing 49 50 Jadual 3.9.1 Tanda Nada, Tanda Masa dan Tempo 51 ix

SENARAI RAJAH Rajah 3.6.1 Contoh Skor dengan teknik nyanyian bel canto 27 Rajah 3.6.2 Contoh Skor dengan teknik nyanyian melayu Asli 28 Rajah 3.10.1 Pembukaan (Introduction) [Bar 1-8] 53 Rajah 3.10.2 Bahagian Solo Vokal yang diadaptasikan teknik bel canto 55 Rajah 3.10.3 Drum, Gendang dan gong rhythm pattern 56 Rajah 3.10.4 Aplikasi Melodi Filler 58 Rajah 3.10.5 Aplikasi Melodi Accompaniment 60 Rajah 3.10.6 Interlute [bar 41-bar 56] 61 Rajah 3.10.7 Rangkap 3 (Verse 3) [bar 58-bar 73] 62 Rajah 3.10.8 Kodetta (Codetta) [bar 73-bar 75] 64 x

SENARAI GAMBAR Gambar 3.1 Sesi temubual bersama Encik Awang Kaderi Bin Awang Lihi 14 Gambar 3.2 Sesi temubual bersama Encik Hoo Kie Hua 17 Gambar 4.2.1 Temubual dengan Puan Wong Yung Fong 69 Gambar 4.2.2 Temubual dengan Puan Chia Yee Yean 71 Gambar 4.2.3 Temubual dengan Encik Amir Hamzah 73 Gambar 4.2.4 Temubual dengan Encik Awang Kaderi Bin Awang Lihi 74 xi

ABSTRAK Bel Canto membawa makna nyanyian yang indah dalam Bahasa Itali. Teknik nyanyian bel canto ini amat menumpukan kesempurnaan tepat untuk lontaran suara, kemahiran dalam teknik legato, daftar suara atas yang ringan, vibrato serta lirik yang jelas, kawalan pernafasan yang baik, felksibiliti suara serta timbre yang merdu. Pengkaji akan menghasilkan suatu bentuk penyampaian lagu Melayu Asli yang baru dengan pengadaptasian teknik nyanyian bel canto dalam lagu Melayu Asli di Sarawak. Pengkaji akan menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian bagi mengkaji keberkesanan pengadaptasian teknik nyanyian bel canto dalam lagu Melayu Asli di Sarawak. xii

ABSTRACT Bel Canto carries the meaning nyanyian indah which is bring the meaning of beautiful singing. Bel canto singing technique it is exact to focus on perfection, vocal projection skills in the legato technique, express the voice, clear vibrato and lyrics, good respiratory control, flexibility voice and timbre merdu. Researchers will produce a new form of presentation in Asli Malay song with applied the bel canto singing technique to the Asli Malay song at Sarawak. Researchers will use the interviews and observation method for studying the effectiveness of bel canto singing technique into Asli Malay song at Sarawak. xiii

BAB 1 PENDAHULUAN 1. PENGENALAN 1.1 Latar belakang Menurut Martha Elliott (2007), terdapat pelbagai bentuk teknik-teknik nyanyian yang digunakan dalam arts song iaitu di antaranya ialah ornamentation (perhiasan lagu), bel canto iaitu ditakrifkan sebagai beautiful singing/nyanyian indah, portamento, vibration (getaran), aggiustamento (pengubahsuaian vokal), recitative dan juga aggiustamento. Ornamentation boleh membuatkan sesuatu muzik itu menjadi lebih ekspresif. Sebagai contoh, getaran suara itu mungkin melambangkan kegembiraan. Ornamentation turut membantu dalam menjelaskan struktur muzik, misalnya memberi perhatian kepada pendengar dengan menggunakan irama yang penting dan klimaks lagu. Bahagian ini juga membantu seseorang penyanyi itu untuk menunjukkan suaranya sebenar dengan fleksibilitinya. Bel canto dalam bahasa Itali bermaksud beautiful singing atau "nyanyian merdu" iaitu merujuk kepada seni dan teknik vokal yang berasal dari Itali pada akhir kurun ke-16 dan berada di kemuncaknya pada awal kurun ke-19 semasa era opera bel kanto. Corak nyanyian bel canto amat menumpukan kesempurnaan suara yang tepat, kemahiran legato yang sangat baik, daftar tingkat suara yang ringan dan tangkas, fleksibiliti suara dan timbre lirik yang 1

merdu. Opera bel canto pula memerlukan gaya perhiasan yang meluas dan juga memerlukan ketangkasan skala suara dan kadenza. Bel Canto lebih menekankan kepada teknik nyanyian yang betul daripada mementingkan jumlah nyanyian. Vibration pula merangkumi teknik nyanyian menggunakan cara getaran bagi menukar mood atau suasana pada sesuatu lagu tersebut. Vibration yang baik bergantung kemampuan penyanyi tersebut terutamanya pada bahagian pernafasan. Jika tidak, vibration yang dihasilkan tidak kesampaian. Menurut Hajah Noresah Baharom menerusi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ketiga (2002), perkataan Asli membawa maksud tulen tanpa campuran yang lain. Dalam erti kata lain, lagu Melayu Asli pula ditakrifkan sebagai irama lagu yang bersifat asli dan tulen, mengikut erti kata dasarnya iaitu Asli yang membawa erti asal dan semula jadi tanpa campuran apa-apa. Ini membuktikan bahawa teknik nyanyian lagu Melayu Asli adalah bersifat sebenar ataupun asal sesuatu irama tanpa digabung atau dicampuri dengan sesuatu irama yang lain di mana akan mengubah keaslian irama yang ada padanya. Nyanyian lagu Melayu Asli ini kaya dengan senikata-senikata yang amat indah serta tersusun rapi terutama dari segi rentak suku katanya. Lazimnya, seni kata bagi lagu Melayu Asli berupa pantun empat kerat yang mempunyai pembayang yang mengisahkan alam serta maksudnya yang berkisar pada tema lagu tersebut seperti tema cinta, nasib diri seumpamanya. 2

Nyanyian Melayu Asli memiliki alunan yang indah serta sukar untuk dinyanyian kerana alunan yang banyak serta dalam nada atau key yang tinggi tidak kira penyanyi lelaki ataupun wanita. Alunan patah lenggok asli ini dipanggil sebagai ornamentation dalam bahasa muzik. Teknik nyanyian ini kurang dimiliki di kalangan generasi muda pada hari ini. Mungkin juga ada segelintir kecil sahaja generasi muda yang tahu nyanyian Melayu Asli, itupun bukan irama Asli sebenar tetapi irama pop Asli yang telah dimodenkan seperti lagu Melayu Asli yang telah dinyanyikan dan dirakam oleh penyanyi etnik kreatif yang tidak asing lagi iaitu Dato Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Dato Sharifah Aini dan Dato M.Daud Mat Kilau. Ini kerana kurangnya pengetahuan serta pengalaman dalam mengetahui teknik nyanyian Melayu Asli. Rentak yang digunakan dalam muzik melayu merangkumi seperti asli, zapin, inang, joget, masri dan sebagainya. Namun disebalik keunikkan teknik nyanyian bel canto serta lagu Melayu Asli ini, pengkaji akan mengkaji seterusnya dengan mengetengahkan lagi kedua seni muzik ini dalam kalangan masyarakat terutamanya masyarakat muda pada masa sekarang sebagai seni muzik warisan melalui pendekatan baru iaitu dengan pengadaptasian teknik nyanyian bel canto dalam lagu Melayu Asli. Tapi pada kajian kali ini, pengkaji hanya ingin menumpukan teknik nyanyian bel canto dalam lagu Melayu Asli di Sarawak sahaja. Antara muzik tradisional lain yang terdapat di Malaysia, muzik Melayu Asli ini semakin kurang diketahui oleh masyarakat muda itu sendiri. Oleh yang demikian, warisan-warisan muzik seperti ini perlu dipelihara dan dijaga demi kepentingan generasi masa kini dan juga generasi akan datang. 3

1.2 Skop Kajian Fokus kajian ini adalah pengadaptasian teknik nyanyian bel canto ke dalam lagu Melayu Asli Sarawak dengan gabungan orkestra barat. Kebanyakan lagu Melayu Asli yang ada di Sarawak diterbitkan sekitar era 70-an. Antaranya ialah Puteri Sarawak, Sayang Sarawak, Sri Sarawak dan Ros Kalas. Justeru itu, satu lagu melayu Asli di Sarawak akan dipilih menggunakan teknik random sampling atau secara rawak bagi mengadaptasikan teknik nyanyian bel canto untuk mengukur keunikkan dan kelebihan yang ada padanya. 1.3 Permasalahan Kajian Berikut merupakan beberapa masalah yang telah pengkaji kenalpasti: Masalah pertama yang pengkaji kenalpasti ialah kurangnya guru muzik vokal yang berpendidikan bagi membimbing generasi sekarang untuk menyanyikan lagu dengan teknik bel canto ini menggunakan teknik nyanyian yang betul. Masalah kedua yang dapat dilihat oleh pengkaji adalah kurangnya minat generasi muda terhadap lagu Melayu Asli serta teknik-teknik nyanyian arts song seperti bel canto ini kerana mereka lebih berminat dan lebih terarah dengan aliran muzik moden. Masalah yang seterusnya, pengkaji mendapati belum ada lagi rekod bertulis berkaitan dengan lagu Melayu Asli ini diterbitkan. Ini boleh menyukarkan kajian ini dijalankan. Kajian akan dijalankan secara lisan sahaja dengan guru vokal yang sudah mahir dengan teknik nyanyian lagu Melayu Asli ini yang terdapat di Sarawak. 4

1.4 Objektif Kajian Pengkaji mempunyai beberapa objektif dalam melakukan kajian ini, antaranya: Pengkaji ingin mengeksperimentasikan satu bentuk penyampaian baru dimana teknik nyanyian Bel Canto diaplikasikan dalam lagu Melayu Asli di Sarawak bersama orkestra barat. Kajian ini dijalankan untuk mengekplorasikan keberkesanan penggunaan teknik bel canto dalam lagu Melayu Asli di Sarawak. Untuk meningkatkan dan mengetengahkan lagu Melayu Asli ini dalam kalangan generasi muda sebagai seni muzik warisan. 1.5 Hipotesis Pengadaptasian teknik nyanyian bel canto dalam lagu Melayu Asli akan melahirkan suatu bentuk kelainan dan keunikkan terutamanya dalam bentuk nyanyian dan seterusnya diharap mampu mempelbagaikan serta memartabatkan lagi lagu Melayu Asli di persada seni. 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini penting untuk dijalankan kerana melalui kajian ini, pengkaji dapat mendedahkan lagi fenomena sebenar yang berlaku ke atas muzik lagu Melayu Asli yang semakin dilupakan oleh generasi baru masyarakat sekarang. Selain itu, kajian ini sedikit sebanyak boleh membantu dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tersebut dan juga beberapa pihak yang berkenaan seperti Jabatan Kementerian dan Kebudayaan Negeri Sarawak ( JKKN ) untuk bersama-sama memartabatkan lagi seni muzik Melayu 5

Asli supaya seni muzik ini bukan sahaja menjadi warisan masyarakat tempatan, malah boleh juga dijadikan sebagai bahan promosi untuk menarik pelancong sama ada dari dalam atau luar negara untuk melihat dan menghayati elemen seni yang sedia ada di negara kita. Ini juga dapat membantu dalam mengetengahkan kepada mereka bahawa teknik nyanyian arts song seperti bel canto yang berasal dari barat ini dapat digunakan dalam lagu Melayu Asli yang terdapat di Sarawak. Kajian ini juga dikatakan penting bagi meningkatkan serta mengetengahkan lagu Melayu Asli dalam kalangan generasi muda sebagai seni muzik warisan dan seterusnya mampu membantu dalam memulihara, mengembangkan dan memperbaharui lagu-lagu Melayu Asli di kalangan remaja khususnya. Lantaran itu juga, ia dapat meningkatkan aspirasi dan minat masyarakat itu sendiri terhadap lagu-lagu Melayu Asli yang penuh dengan tatasusilanya yang tersendiri. Di samping itu juga, kajian ini amat berguna kepada semua masyarakat tempatan dan juga badan kementerian kesenian dan kebudayaan kerana kajian ini boleh menjadi salah satu petunjuk untuk merangka langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendapat idea baru bagi memperjuangkan serta mengetengahkan lagi seni muzik ini supaya tidak terus ditelan zaman. Tambahan lagi, pengkaji juga boleh mengumpul maklumat yang berkaitan dengan kedua seni muzik ini agar maklumat yang diperolehi oleh pengkaji boleh dimanfaatkan dan digunakan sebagai bahan rujukan kepada mereka yang akan membuat kajian yang sama seperti ini pada masa akan datang. Bukan itu sahaja, melalui kajian ini pengkaji juga dapat memperkenalkan dan seterusnya menyampaikan satu bentuk baru dalam mempromosikan semula serta mendedahkan apa itu muzik Melayu 6

Asli serta teknik nyanyian bel canto sebenar bukan sahaja kepada masyarakat muda sahaja malahan untuk tatapan umum juga. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat sekarang mudah tertarik kepada sesuatu benda yang baru. Oleh yang demikian, pengkaji memilih untuk menyampaikan lagu Melayu Asli yang terdapat di Sarawak serta mengaplikasikan teknik nyanyian bel canto pada bahagian solo vokalnya. 1.7 Kajian Literasi 1.7.1 Bel Canto Menurut Elliot (2007), teknik nyanyian bel canto membawa erti beautiful singing iaitu membawa erti kepada nyanyian merdu atau nyanyian indah. Teknik nyanyian ini berasal daripada Itali bermula sejak kurun ke-16 dan seterusnya semakin meluas penggunaannya pada awal kurun ke-19 terutamanya pada opera bel canto. Teknik nyanyian bel canto ini amat menumpukan kesempurnaan lontaran suara yang tepat, kemahiran legato yang baik iaitu mantap dan stabil perpindahan satu nota ke satu nota yang lain tanpa ada kesalahan atau gangguan pada vokal atau antara nada, daftar suara atas yang ringan dan tangkas, fleksibiliti suara dan timbre yang merdu. Ini adalah kelebihan dan keunikkan yang terdapat dalam teknik nyanyian bel canto ini. Ketangkasan pada tekanan suara serta penguasaan kawalan vokal jarang ditemui dalam teknik nyanyian yang lain menjadikannya satu kelebihan yang ada pada teknik nyanyian bel canto ini. Selain itu, penggunaan teknik vibrato dan sebutan lirik yang jelas dan terang serta kawalan pernafasan yang baik adalah salah satu teknik yang turut dititikberatkan dalam teknik nyanyian bel 7

canto ini. Salah satu teknik yang digunakan oleh pengajar ialah dengan menggalakkan pelajarnya mengulang dengan kerap sehingga nada atau melodi tersebut agar terus kekal dan tersemat di dalam memori pelajar tersebut. Dalam teknik nyanyian opera bel canto juga amat memerlukan gaya perhiasan yang meluas seterusnya memerlukan ketangkasan skala suara dan kadenza. Bel canto ini lebih menekankan teknik nyanyian daripada jumlah nyanyian. Antara contoh latihan yang sering dipraktiskan ialah menyanyi di hadapan lilin yang bernyala tanpa menggegarkan lilin itu. Nyanyian bel canto ini juga digunakan dalam nyanyian verismo, wagner, verdi dan juga nyanyian moden. Antara tokoh penyanyi penyanyi yang bersuara lantang menggunakan teknik bel canto ini termasuklah Eva Turner (1892-1990), Elena Nicolai (1905-1993), Todor Mazarov/Masaroff (1907-1975), Ghena Dimitrova (1941-2005), Maria Caniglia (1904-1979) dan ramai lagi. 1.7.2 Melayu Asli Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi yang ketiga, perkataan Asli pula membawa erti tulen tanpa campuran yang lain. Dalam erti kata lain, lagu Melayu Asli juga ditakrifkan sebagai irama lagu yang bersifat asli dan tulen, mengikut erti kata dasarnya iaitu Asli yang membawa erti asal dan semula jadi tanpa campuran apa-apa. Ini membuktikan bahawa teknik nyanyian lagu Melayu Asli adalah bersifat sebenar ataupun asal sesuatu irama tanpa di gabung atau di campuri dengan sesuatu irama yang lain di mana akan mengubah keaslian irama yang ada padanya. 8