Travelog Mobiliti Antarabangsa: Dari Universiti di Rimba Hijau Ke Kota Makasssar

Similar documents
IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK: PENGURUSAN PENGANJURAN EKSPO INOVASI ISLAM (i-inova) USIM

MATA PELAJARAN UMUM (MPU) PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN HOLISTIK. Universiti Selangor (UNISEL)

HHHC 9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 7) LAPORAN

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Laporan Sesi Dialog Town Hall Meeting (Sesi 1)

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

KERTAS KONSEP SEMINAR PELANCONGAN IMT-GT MEMANFAATKAN POTENSI PELANCONGAN SEBAGAI SUMBER PERTUMBUHAN BARU DI BAWAH KERANGKA KERJA PELANCONGAN IMT-GT

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

HENDRA SAPUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera

MODAL INSAN KOPERASI :

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

DINAMIKA PENDAKWAH MELAKSANA DAKWAH PELBAGAI ETNIK

KAEDAH PAMERAN DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN GURU PELATIH KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN ISLAM:

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

Transcription:

Travelog Mobiliti Antarabangsa: Dari Universiti di Rimba Hijau Ke Kota Makasssar Mohamad Ghozali Hassan, Nor Azura A. Rahman, Mohd Azril Ismail & Faizal Md. Hanafiah UNIVERSITI UTARA MALAYSIA ABSTRAK Kuliah Kerja Nyata (KKN) atau Bakti Siswa adalah satu konsep dimana aktiviti penyelidikan, pengajaran dan khidmat masyarakat dalam satu-satu masa. KKN mempunyai konsep yang hampir sama seperti program mahasiswa bersama komuniti. Pada tahun 2006 KKN telah diberi nafas baru dengan tambahan unsur pembelajaran pemerkasaan masyarakat atau PPM. Hasilnya KKN-PPM telah menjadi satu khidmat pembelajaran yang berkesan untuk mahasiswa. Bukan hanya berkembang di Indonesia, sebaliknya KKN wujud diperingkat serantau asia tenggara dan juga antarabangsa. Unit Pelaksana Teknis (UPT) Unhas memulakan langkah kerjasama bersama Universiti Utara Malaysia pada tahun 2013. Disamping itu tiga (3) universiti diperingkat serantau telah dijadikan destinasi KKN sebagai persiapan menyediakan kertas kerja pelaksanaan KKN peringkat serantau. Sembilan buah universiti anggota ASEAN telah melibatkan diri antaranya, Indonesia, Malaysia, Thailand, Burma, Kemboja, Laos, Vietnam, Singapura dan Brunei. KKN berupaya untuk membuang sikap prejudis dan stereotaip sesama anggota Asean, terutama bagi masyarakat yang mendiami di sempadan negara. Transformasi KKN yang telah mengubah lanskap ke peringkat antarabangsa ini membuka ruang untuk melahirkan pemimpin-pemimpin muda di peringkat lebih tinggi. Matlamat utama yang ingin dicapai KKN Asean adalah (1) Meningkatkan semangat persaudaraan sebagai bangsa Asia Tenggara dan merasai persaudaraan mahasiswa di seluruh Asia Tenggara, (2) Menggalakkan dan merangsang pembangunan negara di setiap negara anggota dengan memupuk motivasi masyarakat untuk turut serta dalam pembangunan melalui kerjasama dengan ASEAN Community (3) Meningkatkan peranan serta sumbangan universiti dan mahasiswa dalam menggalakkan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). (4) Membangunkan wawasan, perwatakan dan kemahiran mahasiswa, (5) Mendidik jiwa dengan nilai-nilai kebersamaan, keyakinan, etika kerja dan tanggungjawab, dan (6) Sebagai medan silang budaya antara negara-negara Asia Tenggara. Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) telah berkunjung ke Unhas untuk mengkaji mekanisma pelaksanaan KKN secara lebih mendalam. Unhas merupakan universiti yang aktif dalam menghantar mahasiswa ke kawasan konflik, antaranya di Pulau Miangas, Sulawesi Utara yang merupakan kawasan sempadan Indonesia-Filipina. Kata kunci: kuliah kerja nyata, bakti siswa, Asean Community PENGENALAN Kuliah Kerja Nyata Sebagai Satu Konsep Kuliah Kerja Nyata (KKN) adalah satu konsep pembelajaran dalam pengajian tinggi yang berkonsepkan Tri Dharma iaitu satu konsep dalam pengajian tinggi yang mana pelajar perlu melakukan aktiviti berbentuk penyelidikan, pengajaran dan khidmat masyarakat dalam satu 443

masa. KKN mula diperkenalkan di Indonesia oleh Universitas Gajah Mada (UGM) dengan kerjasama Universitas Andalas dan Universitas Hasanuddin (UNHAS) pada tahun 1971. Pada ketika itu, KKN merupakan satu projek percubaan untuk melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat dengan menggunakan pendekatan multidisiplin yang berasaskan kepada penyertaan atau penglibatan pelajar. KKN menekankan aspek pembelajaran melalui pengalaman dengan menghubungkan konsep akademik dengan kehidupan realiti manusia. Selain daripada KKN, telah wujud konsep yang hampir sama dengan cara pembelajaran melalui pengalaman seperti Student Community Service, Field Work Experience, Service Learning Program, Student Service Program dan Community Outreach Program. Namun begitu, keistimewaan KKN adalah terletak kepada konsep Tri Dharma seperti yang telah dijelaskan di atas. KKN dijadikan sebagai syarat penting kurikulum untuk pelajar ijazah sarjana muda atau mahasiswa. Keunikan KKN berbanding konsep-konsep yang lain juga adalah KKN menggabungkan pengetahuan teori dengan pengalaman sebenar dalam kehidupan nyata bagi membolehkan pembentukan personaliti dan membina keyakinan diri dalam kehidupan sosial mahasiswa. Dari semasa ke semasa, KKN telah berkembang dengan baik sejak diperkenalkan melalui projek percubaan pada tahun 1971. Hasil projek tersebut telah dibincangkan bersama rektor-rektor institut pengajian tinggi yang lain di Indonesia. Hasilnya, sebanyak 13 buah universiti bersetuju untuk meneruskan KKN. Pada tahun 2006, KKN telah diberi nafas baru menjadi satu program pembelajaran yang semakin berkembang selari dengan tekanan globalisasi dalam masyarakat di Indonesia dengan tambahan unsur pembelajaran pemerkasaan masyarakat atau PPM. Sejak dari itu, KKN-PPM menjadi satu aktiviti khidmat pembelajaran yang berkesan untuk mahasiswa. LATARBELAKANG MASALAH KKN Asean Tercetus Di Kedah Idea KKN yang sangat bermanfaat untuk mahasiswa dan juga masyarakat tidak hanya diperkembang di Indonesia. Unit Pelaksana Teknis (UPT) dari UNHAS telah membuka langkah untuk mengadakan KKN diperingkat antarabangsa. Usaha KKN UNHAS untuk menempa sejarah baru dalam bidang khidmat masyarakat ini dimulakan dengan memilih kerjasama bersama Universiti Utara Malaysia (UUM). Pertemuan bersejarah pertama kali diadakan pada 5 Jun 2013 bagi membincangkan usaha murni ini di antara Ketua UPT KKN Unhas, Dr. Hasrullah dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Abdul Malik bin Abdul Karim. Pertemuan ini juga telah menghasilkan satu gagasan yang luar biasa iaitu membentuk KKN yang bersifat antarabangsa dalam aspek hubungan serantau dan dapat menyatukan beberapa universiti di Asia Tenggara untuk berkolaborasi dalam kerja-kerja sosial di kawasan persempadan sebagai satu bentuk usaha untuk menggalakkan semangat akademik dalam menyambut ASEAN Community 2015 (AC15). Idea yang bernas ini disampaikan oleh Dr. Hasrullah selaku Ketua Delegasi dan Penyelia Unhas. Idea ini telah mendapat sambutan yang positif dari UUM ketika beliau menghantar mahasiswa KKN Unhas ke Kedah. Malah Prof. Dr. Abdul Malik yang diiringi oleh Dr. Mohamad Ghozali sebagai Ketua Penyambutan Mahasiswa KKN Unhas memberi penghargaan yang cukup tinggi terhadap pelaksanaan KKN ASEAN yang telah dirancang 444

pada tahun 2014. Menurut Prof. Dr. Abdul Malik, pelaksanaan KKN yang semakin berkembang ke peringkat serantau diharapkan dapat menyumbang kepada penyelesaian pelbagai masalah yang dihadapi oleh negara-negara ASEAN dan memberikan semangat baru berserta kesepakatan yang baru untuk kemajuan ASEAN. Cetusan idea KKN ASEAN tidak dapat dipisahkan dari keserasian kerjasama antara Unhas dan UUM yang sama-sama bertanggungjawab membawa komuniti ASEAN dari sudut pandang akademik supaya KKN dapat menjadi inspirasi dan model yang ideal dalam mewujudkan persefahaman antara peserta KKN yang datang dari pelbagai negara ASEAN. Objektif lainnya, KKN ASEAN berupaya untuk mewujudkan persefahaman dalam bidang politik, ekonomi dan sosiobudaya serta menghapuskan sikap prejudis dan stereotaip di kalangan negara-negara Asean. Oleh hal yang demikian, kewujudan KKN dianggap sebagai interaksi silang budaya yang tersemat dalam kebersamaan. Antara program yang penting untuk membina ASEAN Community, antaranya ialah program KKN di kawasan persempadanan. Oleh itu, Penyelia KKN mencadangkan pelaksanaan pertama KKN ASEAN adalah di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia di Pulau Sebatik. Hal ini kerana pulau ini bukan sahaja sebagai wilayah sempadan Indonesia-Malaysia tetapi juga kawasan yang perlu diberi perhatian oleh Unhas sebagaimana ianya telah ditetapkan sebagai pulau yang akan dibangunkan dari Kementerian Kelautan dan Perikanan Republik Indonesia (RI). Setelah itu, akan diteruskan di kawasan-kawasan sempadan lainnya yang melibatkan negara-negara ASEAN. Hal ini adalah kerana, kawasan sempadan merupakan salah satu tema penting yang menjadi titik kritikal dan dijangka memberi contoh atau kayu ukur dalam membina kehidupan sebagai masyarakat serumpun. Semoga gagasan yang cemerlang antara Unhas-UUM menjadi universiti perintis dalam membuktikan dan melaksanakan University Social Responsibility (USR). Tahniah UPT KKN Unhas dan UUM. OBJEKTIF 1. Meningkatkan semangat persaudaraan sebagai bangsa Asia Tenggara dan merasai persaudaraan mahasiswa di seluruh Asia Tenggara 2. Menggalakkan dan merangsang pembangunan negara di setiap negara anggota dengan memupuk motivasi masyarakat untuk turut serta dalam pembangunan yang bekerjasama dengan ASEAN Community. 3. Meningkatkan peranan serta sumbangan universiti dan mahasiswa dalam menggalakkan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). 4. Membangunkan wawasan, perwatakan dan kemahiran mahasiswa. 5. Mendidik jiwa dengan nilai-nilai kebersamaan, keyakinan, etika kerja dan tanggungjawab. 6. Sebagai medan silang budaya antara negara-negara Asia Tenggara. PENDEKATAN TEORI Malaysia Belajar KKN di Unhas Perkembangan Program Kuliah Kerja Nyata (KKN) Antarabangsa Unhas yang meluas ke banyak negara, seperti: Jepun, Malaysia, Thailand dan Afrika Selatan telah membawa Unhas ke arah Universiti Kelas Dunia (WCU). Gagasan yang cukup terkedepan ini menyebabkan 445

pelaksanaan KKN Unhas semakin progresif dan inovatif lantas telah mendapat perhatian dari Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM). Dua perwakilan dari Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia berserta dengan wakil dari kedutaan Malaysia di Jakarta, telah berkunjung ke Unhas untuk mengkaji mekanisma pelaksanaan KKN di Unhas. Ketiga tetamu dari negara jiran Malaysia terdiri dari Prof. Madya Dr. Sopian bin Bujang, Pengarah Bahagian Pembangunan Mahasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim dari Universiti Sains Islam Malaysia, dan Samsu dari Kedutaan Malaysia. Mereka disambut oleh Timbalan Rektor Kerjasama dan Inovasi Unhas, Prof Dr. Budu, PhD, dan Ketua Pengembangan dan Pengelolaan Kuliah Kerja Nyata (P2KKN) Unhas, Dr. Hasrullah, pada hari Khamis bersamaan 2 November 2017, di bilik mesyuarat Timbalan Rektor IV Bangunan Rektorat Unhas, Tingkat 6, Makassar. Timbalan Rektor dalam penjelasannya mengatakan bahawa KKN di Unhas adalah subjek yang mesti diikuti oleh setiap mahasiswa, sehinggalah semua mahasiswa dapat mengaplikasikan KKN. Sementara itu, Ketua P2KKN Dr. Hasrullah menjelaskan bahawa KKN yang dilaksanakan oleh Unhas terdapat empat jenis, iaitu KKN Regular, KKN Tematik, KKN Kebangsaan, dan KKN Antarabangsa. Di Malaysia, menurut Prof. Madya Dr. Sopian, KKN bukanlah satu kewajipan tetapi sekadar bersifat sunat muakkad. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia ingin mengkaji secara mendalam pelaksanaan KKN di Unhas, kerana KKN di Unhas jauh lebih inovatif dan kreatif daripada universiti lain di Indonesia. Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia mengarahkan kami untuk mempelajari KKN di Indonesia. Tujuan kami di sini adalah untuk belajar dan mendapatkan pengetahuan mengenai pelaksanaan KKN di Unhas. Program KKN di Malaysia adalah sunat muakkad, ulang Prof Sopian. Unhas adalah universiti ketiga yang mereka lawati untuk mendapatkan pengetahuan mengenai pelaksanaan KKN di Indonesia. Sebelum ini mereka sudah melawat Universiti Andalas di Padang dan Universiti Gadjah Mada di Yogyakarta. Mereka datang ke Indonesia untuk mempelajari pelaksanaan KKN kerana menurut pengakuan mereka, pelaksanaan KKN di Indonesia telah berkembang dan ini merupakan satu kejayaan bagi mahasiswa. Dr. Hasrullah dalam penjelasannya menerangkan secara terperinci tentang jenis KKN yang telah dilaksanakan semasa kepimpinannya di UPT KKN Unhas yang telah berjalan selama tujuh tahun. Pada kali pertama memimpin KKN, program KKN hanyalah KKN Regular itupun para pesertanya sangat sedikit. Setelah mendalami pengurusan pelaksanaan KKN dengan menguatkan falsafah KKN sebagai satu kaedah untuk membina watak pelajar sambil memperkuat kerjasama dan dedikasi kepada masyarakat, maka lahirlah inovasi untuk membuka program KKN yang lebih pelbagai dan terperinci. Itulah yang kita dengar sekarang dengan nama KKN Tematik, KKN Kebangsaan, dan KKN Antarabangsa. Unhas merupakan universiti pertama di Indonesia yang menghantar mahasiswa KKN di Daerah Poso yang merupakan kawasan konflik, di Pulau Miangas, Sulawesi Utara yang merupakan sempadan antara Indonesia-Filipina dan persempadanan kumpulan puak pemisah Abu Sayyaf, dan di Pulau Sebatik yang merupakan wilayah sempadan Indonesia- Malaysia di Kepulauan Borneo. Tambah Hasrullah, segalanya terlaksana hasil berkat bantuan dan kerjasama tentera Komando Daerah Militer (Kodam) XIV/Hasanuddin di sini. Kodam telah membantu kami di Poso, Sebatik, dan Miangas. "Ketika pemimpin pengganas Santoso ditembak di Poso, pelajar KKN Unhas masih ada di sana. Satu perkara yang perlu diberi perhatian bahawa kebanyakan mahasiswa Unhas yang melaksanakan KKN di Poso adalah wanita. Lebih hebat lagi apabila rektor kami juga 446

seorang wanita yang turut melawat di kawasan Konflik Poso," kata Hasrullah dengan penuh semangat di hadapan tetamunya. Prof. Madya Dr. Sopian dengan nada terkejut bertanya, mengapa KKN berada di kawasan konflik. "Beraninya pelajar-pelajar Unhas? Apakah contoh projek KKN di kawasan konflik itu," kata Prof. Madya Dr. Sopian. Pengelola KKN Unhas menjelaskan bahawa pelajar KKN Unhas di Poso membantu orang miskin mengubahsuai rumah mereka. Dana yang digunakan adalah dari Kementerian Sosial dan Pemerintah Daerah Kabupaten Poso. Di samping itu, mahasiswa KKN Unhas juga melakukan penyembuhan trauma (trauma healing) yang dihadapi kanak-kanak akibat menjadi mangsa korban konflik sosial di Poso. KKN Tematik dilaksanakan berdasarkan perkongsian dengan agensi kerajaan atau pemerintah tempatan. Sebagai contoh, KKN Tematik Bangun Mandar di Sulawesi Barat mendapat dana dari pemerintah provinsi Sulawesi Barat, dan KKN Tematik Desa Sehat di Kabupaten Gowa yang dibiayai oleh pemerintah Kabupaten Gowa. Unhas merupakan perintis kepada KKN Kebangsaan. Universiti yang lain mengadaptasikan model dari Unhas. KKN Unhas menggabungkan duta dari beberapa universiti untuk menyertai Unhas dan menjalankan aktiviti KKN di beberapa kawasan di Indonesia. Unhas telah menjadi perintis KKN Kebangsaan dan ini telah diadaptasi oleh Kementerian Riset, Teknologi, dan Pendidikan Tinggi Republik Indonesia. Antara KKN Unhas yang sangat berprestij adalah KKN antarabangsa. Negara-negara yang menjadi matlamat KKN antarabangsa seperti Jepun, Malaysia, Thailand, dan sekarang akan berlaku gelombang kedua KKN antarabangsa iaitu menyelusuri jejak Syekh Jusuf di Afrika Selatan. Dr. Hasrullah merasakan ianya masih belum memadai. Sehingga kini, masih menunggu pengesahan dari Australia. Sekiranya sudah mendapat jawapan, maka pada tahun 2018 mahasiswa KKN antarabangsa Unhas akan menjejakkan kaki di benua Australia. "Kami mahu KKN Antabangsa Unhas menembusi kesemua benua. Asia sudah wujud, Afrika sudah wujud dan Australia masih menunggu pengesahan. Kini kami sedang meneroka ke Perancis di Eropah melalui Jabatan Pelancongan. Kami juga akan terus merintis KKN Asean, "kata Hasrullah. Khusus untuk KKN Asean, Dr. Hasrullah dan Prof. Madya Dr. Sopian mempunyai niat yang sama untuk merealisasikan impian ini. Kedua-duanya bersetuju untuk bertemu di Jakarta, di kemudian hari untuk membincangkannya bersama Ketua Pengarah Kementerian Riset, Teknologi, dan Pendidikan Tinggi Republik Indonesia. METHODOLOGI UUM menyambut baik usaha ini dan cuba menjadi perintis bersama Unhas dalam mewujudkan KKN di negara-negara ASEAN. Tambahan pula, KKN kini telah mengubah lanskapnya dengan cara mahasiswa dibawa ke peringkat antarabangsa dan berkenalan sesama mahasiswa. Hal ini dapat melahirkan pemimpin serantau dalam kalangan mahasiswa KKN.Gagasan besar ini mendapat liputan di peringkat serantau dan telah membuka mata para pemimpin mahasiswa agar dapat berinteraksi dengan lebih meluas. Transformasi KKN merupakan satu tanggungjawab sosial yang perlu dilakukan untuk meningkatkan pemikiran dan kesedaran antarabangsa mahasiswa. Lebih penting lagi, dalam merealisasikan ASEAN Community ini, universiti atau ahli akademik boleh menyumbang kepada pemikiran yang meluas dan bebas dari halangan politik. KKN ASEAN adalah satu matlamat yang mulia dalam membentuk anggota negara serantau. 447

PERBINCANGAN Selesai mengadakan wawancara dengan peserta KKN Asean di pejabat P2KKN Unhas, pada hari Jumaat, 19 Mei 2017, KKN Unhas mula menggiatkan lagi usahanya di peringkat antarabangsa, dengan membalas surat dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang akan membawa mahasiswa Unhas, Unifa dan UMI untuk menyertai Program Bakti Siswa Serantau yang terletak di negeri Kedah, Malaysia. Sebagai rakan usaha sama antara Unhas-UUM yang telah dirancang selama 5 tahun, UUM tidak terlepas dari mahu menjadi tuan rumah bagi KKN ASEAN yang pertama ini. Mengapa disebut sebagai KKN Asean, kerana menurut maklumat dari pihak penganjur akan menjemput universiti dari 10 negara Asean (Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Kemboja, Myanmar, Laos, Vietnam, Filipina dan Brunei) sama ada sebagai peserta aktif mahupun peserta dalam menguruskan masyarakat setempat. Berdasarkan perancangan yang telah dibincangkan oleh kedua belah pihak, maka pelaksanaan KKN akan berlangsung pada 9 Julai sehingga 9 Ogos dengan tema; International Inbound Mobility: Hand in Hand with the Asian Countries 2017. Sementara itu, aktiviti yang akan dijalankan adalah Bakti Siswa yang berlangsung selama 29 hari ini telah disusun di dalam kertas kerja merangkumi kegiatan masyarakat setempat, sesi diskusi antara peserta KKN meliputi aspek; sosio budaya, masa depan ekonomi ASEAN, isu-isu persempadanan, ekonomi perniagaan, kesihatan, dan pertanian. RUMUSAN KKN Asean ini penting kerana ianya bukan hanya menjadi diplomasi kebudayaan dan interaksi silang budaya, tetapi manfaat yang akan diperoleh peserta KKN adalah: Pertama, sebagai mahasiswa yang berasal dari universiti akan dapat meningkatkan international awareness dalam kehidupan pelbagai bangsa di negara serantau. Kedua, berlaku perubahan tanggapan bahawa mahasiswa Asean mempunyai peranan strategik, terutama dalam melahirkan pemimpin muda Asean yang berkebolehan menjadi pemimpin di rantau ini. Ini bermakna, mahasiswa Asean telah mengukuhkan komunikasi dari awal dan telah mempersiapkan diri untuk menjadi pengganti pemimpin pada masa hadapan. Ketiga, falsafah KKN yang menitikberatkan pandangan antara interdisciplinary dan multidisciplinary. Dengan itu, maka diharapkan agar mahasiswa KKN Asean boleh berpandangan luas dan menyeluruh dalam menyelesaikan masalah sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan sehingga terjadi kesatuan terutamanya di kawasan sempadan yang sentiasa menjadi pencetus konflik antara negara. Keempat, wujudnya sesi perkenalan awal yang boleh memudahkan untuk berinteraksi dan berkomunikasi sehingga menimbulkan kesedaran bahawa kita berasal dari satu rumpun persaudaraan dalam ikatan hubungan serantau. Ikatan serantau ini seterusnya diharap dapat menimbulkan kesedaran untuk hidup lebih harmoni, damai dan sejahtera. Akhirnya, KKN Asean yang berperanan sebagai khidmat sosial (social work) diharap dapat melahirkan pemimpin muda Asean yang mempunyai visi dan misi masa depan untuk membawa negara-negara Asean ke peringkat antarabangsa. Secara khususnya, semua mahasiswa Unhas-UUM adalah yang terbaik dan boleh menjadi pemimpin akan datang yang boleh bekerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 448