KOD ETIKA DAKWAH (SATU SOROTAN RINGKAS)

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Amar Makruf Nahi Mungkar

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PERANAN WANITA ISLAM DALAM MENYAMPAIKAN MESEJ DAKWAH KEPADA MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

DINAMIKA PENDAKWAH MELAKSANA DAKWAH PELBAGAI ETNIK

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Welcome to ALI 440: Topical Tafsir of Quran Family Relationships

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Takrifan Etika ethos

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

1 Yahya 1:1 1 1 Yahya 1:9. 1 Yahya

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

KONSEP DAN HAK JIRAN DI DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH: SATU KAJIAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Ayatul Kursi (2: )

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

ISLAMIC CREED ( I ) Instructor: Dr. Mohamed Salah

THE UNIQUENESS OF MYSTIC AMONG THE SOCIETY OF MANDAILING IN LONGAT

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PENILAIAN PENGETAHUAN

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

ABSTRACT The Title: The contribution of the Endowment in supporting the Scientific an Educational Foundations in Makkah Al-Mukarram during Othmani

KONSEP RABBANI DALAM GERAK KERJA PENYELIDIKAN

Ulasan Buku / Book Review

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BAB 2 KONSEP ETIKA KERJA ISLAM PELAKSANAAN ETIKA KERJA ISLAM: KAJIAN KES DI JOHOR CORPORATION.

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

AN ANALYSIS OF INTRINSIC ELEMENTS AS PORTRAYED IN LOUISA MAY ALCOTT S NOVEL LITTLE WOMAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UNIVERSITY OF NORTH SUMATERA FACULTY OF CULTURE STUDIES DIPLOMA III ENGLISH STUDY PROGRAM MEDAN JUNE 2011

BAB 4 MONOTHEISM DAN POLYTHEISM

Being Grateful. From the Resident Aalima at Hujjat KSIMC London, Dr Masuma Jaffer address:

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

ALI 340: Elements of Effective Communication Session Six

PENERAPAN ELEMEN AL-TADARRUJ DALAM MODUL PENGAJARAN SAUDARA BARU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

ALI 241: Akhlāq of the Ahlul Bayt c

MENANGANI KONFLIK HADIS DAIF DAN PALSU DALAM MASYARAKAT AWAM: MENGALIH PERHATIAN KEPADA PENGAJIAN HADIS SAHIH DAN HASAN

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Knowing Allah (SWT) Through Nahjul Balagha. Khutba 91: Examining the Attributes of Allah

ALI 340: Elements of Effective Communication Session Four

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

QUR ANIC ARABIC - LEVEL 1. Unit ٢٦ - Present Passive

THE PRINCIPLES OF ISLAMIC PREACHING ACCORDING TO AL-QUR AN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

PELAKSANAAN TUGASAN DIALOG TENTANG ISLAM MENERUSI FACEBOOK DALAM KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAKWAH

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

The Virtues of Surah An-Nasr

Race2Jannah-4: Quran Question Bank for Group D. Angel Jibreel (A)

A Glimpse of Tafsir-e Nur: Verses of Surah al-an am

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

ALI 256: Spiritual and Jurisprudential aspects Salaat

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGARUH BERBAGAI KETEBALAN MULSA SABUT KELAPA DAN INTERVAL PENYIRAMAN TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN SUKUN (Artocarpus communis) DI RUMAH KACA

BAB SATU PENDAHULUAN. peradaban umat manusia telah tercatat betapa pentingnya perniagaan untuk

Transcription:

Jurnal Maw izah Maw izah s Journal Jilid 1 2018 : 1-14 KOD ETIKA DAKWAH (SATU SOROTAN RINGKAS) Zikmal Fuad zikmal@kuis.edu.my Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Siti Makbulah Yayasan Fathan Mubina Cibedug, Ciawi Bandung ABSTRAK Etika merupakan medium bagi individu di dalam masyarakat untuk menyampaikan mesej dakwah. Kejayaan sesebuah dakwah sangat bergantung kepada etika dakwah itu sendiri. Kertas kerja ini dibuat untuk membincangkan tentang kod etika dakwah. Objektif yang ingin dicapai melalaui kajian ini ialah untuk mengenalpasti pengertian etika dan dakwah, kod etika dakwah Islam dan etika dakwah tercela. Di samping menjelaskan etika dan tanggung jawab dalam dakwah serta hikmah kod etika dakwah. Metodologi yang digunakan oleh penulis adalah berdasarkan kepada kajian kepustakaan dengan membuat rujukan-rujukan kepustakaan. Malalui Kajian ini, penulis mendapati bahawa kod etika dalam dakwah meliputi banyak hal. Justeru itulah, penulis merasakan satu kajian perlu dibuat agar menjadi bahan renungan dan untuk diaplikasikan di medan dakwah. Kata Kunci: Kod, Etika, Dakwah, Medium, Masyarakat 1

Kod Etika Dakwah (Satu Sorotan Ringkas) Zikmal Fuad & Siti Makbulah THE DA WAH CODE OF ETHICS (A BRIEF ANALYSIS) ABSTRACT Ethics is a medium for individuals in the community to convey da wah messages. Hence, the success of a da'wah depends on the etiquette of the da'wah itself. For this reason, this paper is made to discuss the code of ethics of da'wah. The objective to be achieved through this study is to identify the meaning behind ethics and da'wah, the code of ethics of Islamic da'wah and the ethical issues related to despicable da wah in addition to explaining the ethics and responsibility of da'wah and the wisdom behind the ethics of da'wah. The methodology used by the authors is based on the literature review by making bibliographic references. Accordingly, through this study, the authors have discovered that the code of ethics in da'wah covers various issues. Therefore, the authors strongly feel that a study should be carried out to be a reflection so as to be implemented in the da'wah field. Keywords: Code, Ethics, Da wah, Medium, Community. PENDAHULUAN Dakwah merupakan medium untuk mempengaruhi orang lain dan ianya harus dijalankan dengan serius, melalui aturan-aturan yang benar sehingga diterima dengan komitmen yang sama terhadap kebenaran ajaran yang dibawa oleh Islam. Objektif dakwah adalah bebas dari paksaan, ancaman, serta nila-nilai yang bersifat merusak bahkan cenderung kepada anarki. Karena itu para pelaku dakwah tidak diperintahkan menyeru Islam kecuali dengan aturan-aturan yang telah ditetapkan. Hal ini diperintahkan agar tidak terjadi hal-hal yang tidak diingini ke atas pendakwah mahupun sasaran dakwah. Dakwah Islam tidak bersifat melontarkan isu-isu yang bersifat fanatik, memaksa, provokatif, celaan-celaan yang menimbulkan permusuhan. Etika manusia memandang dakwah yang dipaksakan sebagai pelanggaran berat. Oleh itu, Dakwah Islam mengkhususkan penggunaannya secara bijaksana. Secara umum, etika dakwah adalah etika Islam itu sendiri, di mana seorang dai sebagai seorang muslim dituntut untuk memiliki etika-etika yang terpuji dan menjauhkan diri dari perilaku-perilaku yang tercela. Namun secara khusus, dalam dakwah terdapat etika-etika tersendiri seperti yang dicontohkan oleh Nabi SAW ketika melakukan dakwah. Mengetahui metode-metode dakwah dan secara konsisten mematuhi segala peranan dan etikanya merupakan satu perkara yang wajib bagi para pendakwah sebelum berada di medan dakwah. Hal demikian kerana telah muncul banyak metode-metode dakwah yang secara vokal disampaikan oleh 2

Jurnal Maw izah Maw izah s Journal Jilid 1 2018 : 1-14 orang yang mendakwa dirinya sebagai penyambung amanah dakwah padahal ucapan mereka sama sekali tidak sesuai dengan perbuatannya. Lebih menyedihkan lagi kerana mereka tidak mengetahui selok-belok dakwah dan tidak mengendahkan kod etik dakwah itu sendiri. Tulisan ini mencuba untuk menghuraikan kod-kod etika dakwah Islam dalam pelaksanaan dakwah Islam. Selain itu menghuraikan kod etika yang dicontohkan Nabi SAW. PENGERTIAN KOD ETIKA DAN DAKWAH Etika berasal dari kata ethos iaitu untuk suatu kehendak baik yang tetap. Etika berhubungan dengan soal baik atau buruk, benar atau salah. Etika adalah jiwa atau semangat yang menyertai suatu tindakan. Dengan demikian etika dilakukan oleh seorang untuk perlakuan yang baik agar tidak menimbulkan keresahan dan orang lain menganggap bahawa tindakan tersebut memang memenuhi landasan etika (Samsul Munir Amin 2009. 240). Dalam kamus Dewan, kata Etika diartikan sebagai ilmu atau prinsip-prinsip akhlak atau moral, prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (Kamus Dewan 2007: 401). Dari pengertian di atas semakin jelas bahawa kajian berkenaan dengan etika dakwah adalah penting dalam medan dakwah sebab manusia adalah makhluk dinamis yang mengalami perubahan-perubahan. Seseorang yang menganggap suatu perbuatan itu baik, belum tentu di anggap baik pula oleh orang lain, bergantung pada kebiasaan yang dipakai oleh tiap-tiap kelompok. Meskipun demikian, etika berlainan dengan adat, kerana adat hanya memandang lahir, melihat tindakan yang di lakukan, sementara etika lebih memperhatikan hati dan jiwa orang yang melakukan dengan maksud apa dilakukan (Husain Muhammad Yusuf 2000: 13). Seterusnya pengertian dakwah di tinjau dari segi bahasa bererti: Panggilan atau seruan. Bentuk perkataan itu disebut masdar. Adapun bentuk kata kerja atau fi c ilnya adalah da c â-yad c u yang berarti memanggil, menyeru atau mengajak. Dakwah dalam erti seperti itu dapat dijumpai dalam al-qur an, surah Yunus 10: 25: الل ي ذ ػ ا إ ل د ار الس ل م ي ذ م ه ي ش آء إ ل ص ز ط م س ت ق يم (Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah (s.w.t.) menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahnya menurut undang-undang peraturannya ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu). 1 1 Semua terjemahan ayat al-qur an dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir al-qur an, Pimpinan al-rahman Kepada Pengertian al-qur an.2002. Cetakan ke-13. Kuala Lumpur: Darulfikri. 3

Kod Etika Dakwah (Satu Sorotan Ringkas) Zikmal Fuad & Siti Makbulah Kata dakwah juga mengandung erti ajakan. Seperti firman Allah (s.w.t.) dalam al-qur an, surah al-nahl 16: 125. اد ع إ ل س ب يل ر ب ك ب بل ح ك م ت ال م ػ ظ ت ال ح س ى ت ج ذ ل م ب بل ت أ ح س ه إ ن ر ب ك أ ػ ل م ب م ه ض ل ػ ه س ب يل ۦ أ ػ ل م ب بل م ت ذ يه. Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. Sedangkan dakwah dari segi istilah menurut pandangan para ulama adalah sebagai berikut: Syeikh c Ali Mahfuz (1975: 7), dalam kitabnya Hidayah al-murshidin memberikan definisi dakwah: حث الىبس ػل الخيز ال ذ األمز ببلمؼز ف الى ي ػه المىكز ليف س ا بسؼبدة الؼبجل االجل. Mendorong manusia untuk memperbuat kebaikan dan menurut petunjuk, menyeru mereka berbuat kebaikan dan mencegah mereka dari perbuatan munkar, agar mereka mendapat kebahagian hidup di dunia dan di akhirat. Dakwah menurut Hamka (1990: 29) adalah: Membawa dan menyedarkan orang kepada kebenaran yang dapat di pertanggungjawabkan di dunia dan di akhirat. Tujuannya agar umat Islam kembali kepada kepangkuan al-qur an dan bukan membangkitkan konfliks khilafiyah. Menyedarkan manusia bahawa mereka tidak bergerak sendirian, melainkan gerak menyeluruh meliputi segala bidang: ekonomi, sosial, politik, muamalât dan kebudayaan, yang satu coraknya, iaitu tauhid. Dakwah menurut A. Hasjmi (1974: 28) adalah: Mengajak orang lain untuk meyakini dan mengamalkan akidah dan syari'at Islam yang terlebih dahulu diyakini dan diamalkan oleh pendakwa sejati. Dari pelbagai pengertian dakwah di atas, sama ada pengertian secara etimologi mahupun terminologi, maka dakwah adalah: Suatu proses upaya mengubah sesuatu keadaan kepada keadaan lain yang lebih baik yang diridhai Allah (s.w.t), atau proses mengajak manusia ke jalan Allah (s.w.t) dengan berbagai macam cara dan media yang diperbolehkan oleh ajaran Islam. 4

Jurnal Maw izah Maw izah s Journal Jilid 1 2018 : 1-14 KOD ETIKA DAKWAH ISLAM Dakwah Islam merupakan satu misi yang harus dilakukan oleh setiap muslim yang memahami syarat-syarat tertentu seperti firman Allah (s.w.t) dalam al- Quran: ل ت ك ه م ىك م أ م ت ي ذ ػ ن إ ل ال خ ي ز ي ؤ م ز ن ب بل م ؼ ز ف ي ى ن ػ ه ال م ىك ز أ ل ئ ك م ال م ف ل ح ن. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang Berjaya (Surah Ali Imran : 104). Dakwah hendaklah disampaikan dengan jelas dan berdalil. Seperti firman Allah (s.w.t) dalam al-quran: ق ل ذ ي س ب يل ي أ د ػ إ ل للا ػ ل ب ص يز ة أ و ب م ه ات ب ؼ ى ي س ب ح بن للا م ب أ و ب م ه ال م ش ز يه. Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah (s.w.t) dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (s.w.t) (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain (Surah Yusuf : 108). Dakwah Islam bukanlah wahana untuk melontarkan isu-isu fanatik, provokasi, celaan-celaan yang boleh menimbulkan permusuhan dan bukan pula merupakan aktiviti-aktiviti yang bersifat destruktif. Namun dakwah merupakan wahana yang ketentuannya telah ditetapkan oleh Allah (s.w.t). Firman Allah (s.w.t) dalam al-quran, Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia juga yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-nahl: 125). 5

Kod Etika Dakwah (Satu Sorotan Ringkas) Zikmal Fuad & Siti Makbulah Sebagai satu usaha untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan dan keselamatan umat, hendaklah tidak dilakukan dengan secara paksaan dan kekerasan (Surah al-baqarah: 256), kerana jika dilakukan dengan secara paksaan dan kekerasan itu hanya akan menjadi sia-sia dan tidak akan membawa sebarang manfaat. Oleh itu, untuk menghindari perkara tersebut, dakwah harus diperkemaskan sebaik mungkin melalui metode yang tepat, sesuai dengan metode yang telah diajar oleh Allah (s.w.t) kepada Nabi (s.a.w). Apabila melihat kepada surah al-nahl ayat 125 di atas, maka di dalamnya terkandung suatu metodologi dakwah yang merupakan rujukan atau undang-undang dasar yang tinggi bagi setiap pendakwah, iaitu metode bi al-hikmah, bi al mau izah al-hasanah, dan yang ketiga al-mujadalah bi-al-lati hiya ahsan atau perbahasan dengan cara yang baik. Dakwah juga sebagai suatu aktiviti di dalam kehidupan seorang muslim, maka sudah tentu aktiviti tersebut haruslah berlandaskan kepada dasardasar ajaran islam itu sendiri, di mana asas landasan ajaran Islam adalah al- Quran dan Sunnah Rasul (s.a.w) (Hafi Anshari 1993: 127). Tambahan pula pelaksanaan dakwah berkait dengan komunikasi antara sesama manusia dalam sesebuah masyarakat, maka perlulah juga diperhatikan peraturan-peraturan yang berlaku di dalam sesebuah masyarakat tersebut. Supaya dengan demikian pelaksanaan dakwah itu tidak akan banyak mengalami kesulitan. Menurut Syeikh Muhammad Abduh yang dinukilkan oleh Muhamamd Natsir (1992) tentang surah al-nahl di atas, terdapat tiga golongan manusia yang berbeza yang akan dihadapai oleh para pendakwah, iaitu: 1. Golongan pertama adalah golongan cendekiawan cerdik pandai yang cinta akan kebenaran dan mampu berfikir secara kritis dan peka terhadap persoalan. Mereka ini dipanggil hikmah, yakni dengan alasan-alasan, dalil-dalil dan hujah yang dapat diterima oleh kekuatan akal mereka. 2. Golongan kedua ialah golongan awam, mereka belum dapat berfikir secara kritis dan mendalam serta menangkap pengertian-pengertian yang tinggi. Mereka ini dipanggil dengan mau izah hasanah, dengan anjuran dan didikan yang baik serta ajaran-ajaran yang mudah difahami. 3. Golongan ketiga ialah golongan yang berada di antara keduanya, iaitu mereka yang tahap pemikirannya tidak dapat mencapai pada tingkat sebagai ahli fikir atau ahli ilmu yang matang, namun juga tidak jatuh ke tingkat taraf berfikir orang awam. Mereka ini dipanggil dengan mujadalah billati hiya ahsan, yakni dengan bertukar fikiran, serta mendorong supaya berfikir secara sihat, antara satu sama lain dengan cara yang lebih baik. 6

Jurnal Maw izah Maw izah s Journal Jilid 1 2018 : 1-14 Pembahagian tiga golongan di atas berlandaskan sabda Rasulullah (s.a.w): خبطب ا لىبس ػل قذر ػق ل م )ر اي المسلم( Berbicaralah kepada manusia mengikut tahap pemikiran mereka. (Hadis Riwayat Muslim) Sebagai seorang pendakwah perlu mencontohi kod etika yang ditunjukkan oleh Nabi (s.a.w). Beberapa kod etika yang dimaksud adalah sebagai berikut: 1. Tidak memisahkan antara ucapan dan perbuatan. Apa yang dimaksudkan dengan tidak memisahkan antara ucapan dan perbuatan adalah perlu seiringnya perkataan dan perbuatan dalam berdakwah. Etika dakwah seperti ini merupakan suatu keharusan yang perlu ada pada para diri setiap pendakwah. Tanpa etika dakwah, sukar untuk mencapai matlamat dakwah yang ditetapkan. Allah (s.w.t) telah mengecam orang yang hanya pandai berbicara tanpa melakukan apa yang dikatakannya: ي بأ ي ب ال ذ يه آم ى ا ل م ت ق ل ن م ب ال ت ف ؼ ل ن. ب ز م ق ت ب ػ ى ذ للا أ ن ت ق ل ا م ب ال ت ف ؼ ل ن. Wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya? amat besar kebenciannya di sisi Allah (s.w.t) bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya (Al-Shaf (61) :2-3). 2. Tidak melakukan tolak ansur dalam beragama. Toleransi merupakan sesuatu yang dituntut oleh agama, tetapi dalam masalah akidah, Islam tidak membuka ruang toleransi, tolak ansur, kompromi dan seumpamanya. Nabi (s.a.w) pernak diajak oleh orang-orang musyrikin Mekkah untuk melakukan toleransi dalam beragama seperti pernyataan mereka: Wahai Muhammad, ikutilah agama kami, kami juga akan mengikuti agama mu, kamu menyembah tuhan-tuhan kami selama setahun dan seterusnya kami pula menyembah tuhan mu selama setahun. Apabila ternyata agama mu yang benar, maka kami pasti memperoleh kebenaran itu, tetapi apabila ternyata agama kami yang benar, maka sudah pasti kamu juga memperoleh kebenaran tersebut (Al-Thabari 1420H 24/623). Daripada kejadian ini, maka turunlah Surah al-kafirun yang membantah perkara tersebut. 7

Kod Etika Dakwah (Satu Sorotan Ringkas) Zikmal Fuad & Siti Makbulah 3. Tidak memperlekehkan sembahan musuh. Nabi (s.a.w) pernah dituduh oleh masyarakat musyrik Mekkah bahawa beliau mempersendakan dan mencerca tuhan-tuhan mereka, lalu mereka mencerca dan mempersendakan Allah (s.w.t). Daripada peristiwa ini, maka turunlah ayat al- Quran: ال ت س ب ا ال ذ يه ي ذ ػ ن م ه د ن للا ف ي س ب ا للا ػ ذ ا ب غ ي ز ػ ل م. Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah (s.w.t), kerana mereka kelak, akan mencerca Allah (s.w.t) secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan (Surah al-an am:108). 4. Tidak melakukan diskriminasi. Dalam menjalankan tugas dakwah, Nabi (s.a.w) tidak melakukan diskriminasi sosial dalam kalangan orang yang didakwahkannya. Baginda (s.a.w) tidak mengutamakan orang-orang kenamaan atau kaya sahaja, tanpa menghiraukan kelas bawahan. 5. Tidak mengharapkan balasan. Adalah suatu perkara yang sangat penting bagi setiap pendakwah agar jangan menerima balasan dalam bentuk apapun daripada sasaran dakwah. Nabi Muhammad (s.a.w) tidak pernah mengharap balasan daripada sasaran dakwah, tetapi beliau hanya mengharapkan balasan dari Allah (s.w.t) sahaja. Sikap ini sesuai dengan firman Allah (s.w.t) berikut: ق ل م ب س ؤ ل ت ك م م ه أ ج ز ف ل ك م إ ن أ ج ز إ ال ػ ل الل ػ ل ل ش ء ش يذ. Katakanlah balasan apapun yang aku minta kepadamu, maka itu untuk kamu (kerana aku tidak meminta balasan apapun daripadamu), balasanku hanya dari allah. Dialah yang maha mengetahui setiap sesuatu.(surah al-saba: 47) Sikap pendakwah yang tidak meminta balasan daripada sasaran dakwah ini akan menjadikan dakwahnya lebih berkesan, di samping itu pendakwah juga terhindar daripada terperangkap dengan bebanan moral, kecuali hanya bebanan daripada Allah (s.w.t) sahaja. 6. Tidak bersahabat dengan orang yang melakukan maksiat. Di antara etika dalam berdakwah adalah tidak bersahabat dengan pelaku maksiat kecuali yang sudah bertaubat. Bersahabat dengan orang yang melakukan maksiat akan memberikan impak yang serius, kerana orang yang melakukan maksiat akan beranggapan bahawa perbuatan itu direstui oleh seorang pendakwah yang bersahabat dengannya. 8

Jurnal Maw izah Maw izah s Journal Jilid 1 2018 : 1-14 7. Tidak menyampaikan perkara-perkara yang tidak diketahui. Seorang pendakwah yang menyampaikan sesuatu hukum tetapi tidak mengetahui hukum tersebut, maka dia akan menyesatkan orang lain. Sesungguhnya lebih baik jika mengatakan tidak mengetahui atau Wallah alam pada masalah tersebut. Pendakwah juga tidak boleh menjawab ikut selera dan kehendaknya, kerana persoalan yang diutarakan kepada pendakwah itu pasti masalah keagamaan yang memerlukan dalil atau bukti sama ada daripada al-quran mahupun al-hadith. Dalam hal ini Allah (s.w.t) telah menegaskan: ال ت ق ف م ب ل ي س ل ك ب ۦ ػ ل م إ ن الس م غ ال ب ص ز ال ف ؤ اد ل أ لئ ك بن ػ ى م س ال. Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukan. (Surah al-israk: 36) 8. Tidak memaksa kehendak. Di antara Etika dakwah dalam Islam adalah tidak memaksakan kehendak. Hal ini mengingat ketetapan Allah (s.w.t) dalam banyak ayat al-quran, seperti firman Allah (s.w.t): ل إ ز اي ف الذ يه ق ذ ت ب ي ه الز ش ذ م ه ال غ. Tidak ada paksaan Dalam agama Islam, yakni untuk memeluknya. Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kekufuran) (Surah al-baqarah ayat: 256). Dalam surat Yunus ayat 99, Allah (s.w.t) berfirman: ل ش ب ء ر ب ك ال م ه م ه ف األر ض ل م ج م يؼ ب ا ف ب و ت كز ي الى بس ح ت ي ك و ا م ؤ م ى يه. Dan jika Tuhanmu menghendaki tentulah beriman semua orang yang ada di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya. Secara eksplisit, ayat tersebut memberikan petunjuk khususnya kepada para da i supaya tidak melakukan paksaan dalam berdakwah sebab keyakinan (iman) seseorang hanya dapat ditumbuhkan dalam suasana bebas serta lepas dari tekanan dan paksaan. Dakwah yang disampaikan dengan cara paksa akan menghasilkan pengakuan palsu. 9

Kod Etika Dakwah (Satu Sorotan Ringkas) Zikmal Fuad & Siti Makbulah Dengan demikian, kod etika dakwah yang terdapat dalam ajaran Islam memberikan sumbangan terhadap kegiatan dakwah. Bagi umat Islam meyakini bahwa al-quran sebagai pedoman etika. Menurut Prof. Dr. Fazlur Rahman (1998: 54), tujuan utama diturunkannya al-quran adalah untuk menegakkan sebuah sistem masyarakat yang adil di muka bumi berdasarkan etika. Adapun yang dimaksud dengan kod etika dakwah agama di sini ialah ukuran baik dan buruk dalam menyebar luaskan ajaran agama yang harus dipedomani oleh para da i atau missionari. ETIKA DAKWAH TERCELA Agama Islam adalah agama yang sangat menjunjung tinggi kod etika dalam berdakwah. Para aktivis Islam tidak melakukan dakwah dengan cara-cara tercela dan tidak profosional. Cara-cara berdakwah seperti pujukan dengan barang mahupun benda dan lain-lain kepada orang yang sudah mempunyai keyakinan adalah tidak dibenarkan dalam agama Islam. Bahkan Nabi (s.a.w) mengajarkan agar jangan meminta ganjaran apapun dalam menyampaikan misi dakwah. Beberapa pelaksanaan dakwah agama tidak dibenarkan untuk ditujukan terhadap orang atau kelompok orang yang telah menganut agama lain dengan cara seperti berikut: 1. Menggunakan pujukan dengan atau tanpa pemberian barang wang, pakaian, makanan atau minuman, pengubatan, ubat-ubatan dan bentuk pemberian apapun lainnya agar orang atau kelompok orang yang telah memeluk/menganut agama yang disiarkan tersebut. 2. Menyebarkan pamflet, majalah, buletin, buku-buku dan bentuk-bentuk barang penerbitan lainnya kepada orang atau kelompok orang yang telah memeluk/menganut agama lain. 3. Melakukan kunjungan dari rumah ke rumah ummat yang telah memeluk atau menganut agama yang lain (MUI 1986: 48). ETIKA DAN TANGGUNG JAWAB DALAM DAKWAH Islam adalah agama dakwah yang diwarisi oleh para Rasul dan Nabi, dan ajaran Islam sendiri bersumberkan dari al-quran dan al-hadits. Sebagai agama yang benar, ajaran Islam mesti disampaikan dengan cara yang terbaik, kerana baik dan buruknya citra agama Islam sangat bergantung pada da i dalam menyampaikan dakwah itu. Dakwah tidak akan berkesan melainkan apabila ianya disampaikan dengan cara atau etika yang baik, bahkan Islam akan dijauhi kerana ketidak fahaman da i dalam menyampaikan dakwah. 10

Jurnal Maw izah Maw izah s Journal Jilid 1 2018 : 1-14 Dakwah adalah perjuangan cinta, artinya dakwah akan gagal apabila para penyampai dakwah tidak mencinta dakwah itu sendiri. Kejayaan para Rasul dalam menyampaikan dakwah kerana mereka sangat mencinta dakwah itu, bahkan melebihi kecintaan mereka terhadap diri mereka sendiri. Namun yang menjadi persoalan adalah bagaimana cara mewujudkan kejayaan dakwah itu. Hal ini tentunya memerlukan renungan secara mendalam. Seorang da i yang ingin berjaya dalam dakwah hendaklah memiliki kriteria-kriteria moral atau etika dakwah, kompetensi, skill atau keahlian. Dan adalah tugas pokok para da i adalah mengembangkan wawasan keilmuan, membangun spiritual, memelihara kecerdasan emosi serta meningkatkan kualiti mental. Hajir Tajiri dan Drs. Enjang As (2009) menyebutkan, bahawa bukanlah Tuhan yang berkepentingan dalam dakwah, kerana hal itu tidak memberi pengaruh kepada kemuliaan Tuhan, akan tetapi para juru dakwah yang akan mengharumkan nama mereka sendiri. Dakwah merupakan satu bentuk amalan yang mulia kerana ianya warisan para nabi dan nabi adalah ahsan al-basyar atau semulia-mulia manusia. Kemunculan para da i dengan pelbagai media dan metode yang digunakan serta matlamat dakwah yang ingin dicapai seorang da i, menjadi simbol yang penuh dengan nilai kebajikan, kesalehan dan kemaslahatan. Sasaran dakwah adalah di antara perkara yang perlu diperhatikan, sebab berjaya atau tidaknya sesebuah dakwah bergantung kepada kepada kefahaman tentang siapa sasaran dakwah itu sendiri. Setiap masyarakat dakwah memiliki budaya tersendiri, bahkan tegak dan hancurnya sesebuah masyarakat itu sangat bergantung pada budaya. Yang dimaksud dengan budaya di sini ialah seperangkat aturan, nilai-nilai, etika, kebiasaan yang dijunjung tinggi dan dipatuhi oleh masyarakat (Kamus Dewan 2007: 212). Maka apabila nilai itu tidak dijunjung tinggi dan dipatuhi kerana nilai itu dianggap rendah, mustahil manusia boleh hidup secara harmonis, bahkan sebaliknya timbul kecemasan dan putus asa serta. Kehadiran juru dakwah sebagai agen yang akan melakukan perubahan di masyarakat, terkadang telah menimbulkan sikap khawatir dari kalangan masyarakat. Oleh itu, seorang da i mesti faham metode dakwah dan etika dakwah yang benar serta memahami ilmu sosiologi dan antropologi agar dakwah yang dijalankan tidak gugur di tengah jalan. Berdasarkan penjelaskan tentang etika dakwah dan tanggung dakwah, mahu tak mahu ilmu tentang etika mutlak diperlukan oleh setiap pendakwah, kerana dengan ilmu etika seorang dai i itu dapat menimbang dan menilai secara kritis pelbagai permasalahan dakwah. Etika dakwah dapat menilai perilaku, sikap, karakter dan tabiat masyarakat. Etika memberi da i panduan bagaimana ianya menjalani hidupnya melalui rangkaian tindakan sehari-hari, serta dapat membantu da i dalam mengambil setiap keputusan. 11

Kod Etika Dakwah (Satu Sorotan Ringkas) Zikmal Fuad & Siti Makbulah Oleh itu, etika dakwah telah memiliki peran yang besar dalam mempersiapkan kader da i yang beradab dan professional, membangun kaderkader da i yang memiliki nila-nilai moral yang betul di mana sahaja mereka berada, sama ada di tengah-tengah masyarakat mahupun dalam keadaan bersendirian. HIKMAH KOD ETIKA DAKWAH Peraturan-peraturan dalam berdakwah atau kod etika dakwah apabila diaplikasiakan dengan betul akan berdampak pada penyampai dakwah (da i) dan penerima dakwah (mad u). Seorang da i yang sentiasa berpegang pada etika dakwah, maka secara otomatik ianya akan memiliki akhlak yang mulia dan dihormati. Dan pada masa yang sama dakwah yang disampaikan akan mudah untuk diterima oleh masyarakat. Adapun bagi seorang mad u akan memperoleh simpati atau respon yang baik kerana dengan menggunakan etika dakwah yang benar akan terlihat bahawa bahwa Islam itu merupakan agama yang benar, harmonis, cinta damai, dan yang penuh dengan tuntunan dalam kehidupan masyarakat. Pelaksanaan kod etika dakwah yang benar adalah sebagai penuntun kebaikan dan kejayaan dakwah. Etika memberi motivasi ke arah pembentukan hidup yang lebih baik, serta mendatangkan kebaikan dan manfaat kemanfaatan bagi seorang da i dan ummat. Pada akhirnya tercapailah kerukunan antar umat beragama. PENUTUP Berdasarkan huraian di atas dapat disimpulkan bahawa kod etika dakwah adalah peraturan-peraturan yang harus dimiliki oleh seorang da i. Namun demikian secara khusus dalam dakwah terdapat kod etika dakwah tersendiri. Dalam berdakwah terdapat beberapa etika dakwah yang mesti dimiliki oleh setiap da i seperti tidak memisahkan antara ucapan dan perbuatan, tidak melakukan tolak ansur dalam beragama, tidak memperlekehkan sembahan musuh, tidak melakukan diskriminasi, tidak mengharapkan balasan, tidak bersahabat dengan orang yang melakukan maksiat, tidak menyampaikan perkara-perkara yang tidak diketahu dan tidak memaksa kehendak. Kod etika dakwah adalah satu perkara penting dalam dakwah, dan ianya mesti dimiliki oleh setiap da i agar ianya dapat dihormati dan dakwahnya dapat diterima oleh mad u. 12

Jurnal Maw izah Maw izah s Journal Jilid 1 2018 : 1-14 BIODATA PENULIS: Zikmal Fuad Bin Muhammad adalah pensyarah di Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Hajjah Siti Makbulah adalah Kepala Ibtidaiyah Pondok Pesantren Fathan Mubina Cibedug, Ciawi Bandung Indonesia. 13

Kod Etika Dakwah (Satu Sorotan Ringkas) Zikmal Fuad & Siti Makbulah BIBLIOGRAFI A. Hasjmy. 1974. Dustur dakwah menurut al-qur an. Cet. 1. Jakarta: Bulan Bintang. Al-Thabari, Imam. 1420 H. Jami al Bayan an Ta wil Ayi al Qur an. Beirut: Muassasah ar Risalah. Fazlur Rahman. 1996. Tema Pokok al-qur an. terjemahan Anas Mahyuddin. Bandung: Penerbit Pustaka. AS, Enjang dan Hajir. 2009. Etika Dakwah. Bandung: Widya Padjajaran Hamka. 1973. Tafsir al-azhar. Juz. 17. Surabaya: Penerbit: H. Abdul Karim, H. Ahcmad Sjafii, Embong Kenongo. Husain Muhammad Yusuf. 1997. Strategi Dakwah Rasulullah, Membedah Konsep Kepimpina. Jakarta. Hafi Anshari. 1993. Pemahaman dan Pengamalan Dakwah. Surabaya: al-ikhlas. Mahfuz, Ali, Shaykh. 1975. Cet. 7. Hidayah al-murshidin. Mesir: Dar al-mishr Kamus Dewan. 2007. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Edisi keempat. Muhammad Natsir. 1987. Fiqhud Dakwah. Jakarta: Dewan Dakwah Islamiah Indonesia. Majlis Ulama Indonesia. 1986. Petunjuk Bagi Umat Islam. Kerukunan Hidup Antar Umat Beragama. Jakarta. Samsul Munir Amin. 2009. Ilmu Dakwah. Jakarta: Amzah. Syukriadi Sambas dan Rosihan Abwar. 2002. Kaderisasi dan Etika Dakwah. terj. Cet ke-1. Jakarta: Pustaka Rido. 14