KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG- UNDANG DAN PERUNDANGAN JENAYAH DI MALAYSIA

Similar documents
UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

KESAN PERTUKARAN AGAMA IBU BAPA TERHADAP STATUS AGAMA ANAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

MAQASID AL-SYARIAH DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SUATU PERBAHASAN AWAL

Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Jasri Jarnal Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasnizam Hashim' Universiti Sains Islam Malaysia. Abstrak

PERINTAH ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH: SOROTAN KES ABDUL KAHAR B. AHMAD

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Undang-Undang di Malaysia dan Jaminan Hak Orang Kurang Upaya untuk Bekerja

SEMAKAN KEHAKIMAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: ULASAN LITERATUR

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Secara keseluruhannya bab ini akan membincangkan tentang kes Shamala. ditulis oleh Yang Arif Hakim menghuraikan secara terperinci tentang hak hadanah

Pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam Pentadbiran Harta Pusaka Masyarakat Islam menurut Kerangka Federalisme di Malaysia

Kata Kunci: Calon Non Muslim, Calon Wanita, Fiqh Siyasah, Perundangan dan Pilihan Raya.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

IAIS Malaysia Policy Issue Papers

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

SKOP DAN PERANAN BADAN PENGUATKUASA JENAYAH SYARIAH NEGERI SARAWAK: KUPASAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

Autoriti Agama di Malaysia: Kedudukan dan Kritikan

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

TUNTUTAN FASAKH: KAJIAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG TATACARA MAL. Fasakh Proceedings: A Study from Perspective of Shariah Courts Civil Procedure

HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Amalan Pengurusan Pekerja Kurang Upaya dalam Sesebuah Organisasi Berdasarkan Undang-undang di Malaysia

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

SEMINAR PEBANDINGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972 DAN AKTA PELINDUNGAN PERMBERI MAKLUMAT 2010.

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

ISLAM, UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Saya ucapkan terima kasih kepada Sisters In Islam kerana sudi

KEHAKIMAN DAN PENGHAKIMAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA: SATU SOROTAN

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF KEHARMONIAN SOSIAL: KAJIAN DI LEMBAH KELANG

Transcription:

KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG- UNDANG DAN PERUNDANGAN JENAYAH DI MALAYSIA Wafaa binti Yusof (Dr.) Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia. wafaa@ukm.edu.my Pendahuluan Malaysia tidak terkecuali dari masalah ketidakstabilan statistik penglibatan kanak-kanak sebagai pelaku jenayah. Contohnya, data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2015 menunjukkan sedikit penurunan dari tahun 2014. Sebanyak 5096 kanak-kanak terlibat dalam jenayah pada tahun 2014 dan pada tahun 2016 data menunjukkan penurunan kepada 4569 orang. Namun pada tahun 2016 data menunjukkan lonjakan kembali kepada 4886 orang kanak-kanak. Data-data ini walau bagaimanapun mewakili kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang jenayah di bawah bidangkuasa mahkamah kanak-kanak atau mahkamah awam sivil dan tidak melibatkan kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang jenayah syariah. Hakikatnya, kesalahan jenayah yang dilakukan oleh kanak-kanak bukan sahaja melibatkan bidang kuasa Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) tetapi juga bidang kuasa enakmen jenayah syariah negeri-negeri di Malaysia. Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor contohnya, mempamerkan peningkatan drastik kes kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah khalwat iaitu daripada 33 kes pada tahun 2014 melonjak kepada 50 kes pada tahun 2015 (Bahagian Penguat kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor 2015). Perlakuan sebegini tidak dianggap satu jenayah bagi masyarakat Malaysia berbangsa dan beragama selain daripada Islam. Malahan ia sekadar menyentuh isu pelanggaran moral, adab dan tatasusila sahaja. Namun bagi umat Islam ia sesuatu jenayah yang berat dan melibatkan bukan sahaja hak manusia sesama manusia bahkan hak manusia dengan Allah Rabb al- c ālamīn. 589

Data-data ini tidak akan wujud kecuali kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang ini telah melalui proses keadlian samada di bawah bidang kuasa mahkamah kanak-kanak dan mahkamah awam sivil atau mahkamah syariah. Suatu kodifikasi undangundang berkaitan tatacara pra perbicaraan yang sesuai dan sempurna serta penguatkuasaan yang tegas merupakan salah satu mekanisme penting bagi menjamin keadilan terlaksana terhadap kanak-kanak ini. Oleh itu, penulisan ini akan mengemukakan beberapa isu berkaitan kedudukan kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang serta penguatkuasaan undang-undang dan amalan yang berlaku di Malaysia. Kanak-kanak dan Perundangan Jenayah Istilah kanak-kanak hakikatnya tidak diguna pakai dan ditafsirkan dalam undang-undang jenayah dan tatacara jenayah syariah negeri-negeri di Malaysia. Penggunaan istilah pesalah muda atau pesalah remaja diguna pakai dalam perundangan jenayah syariah menggantikan istilah kanak-kanak di bawah bidang kuasa ini. Penggunaan istilah yang berbeza ini bukan suatu yang menghairankan. Pelbagai definisi telah diberikan terhadap kanak-kanak bergantung pada bidang kuasa dan negara yang terlibat. Penggunaan istilah yang pelbagai merujuk kepada kanak-kanak tidak memberi impak kepada status mereka sebagai individu di bawah umur. Walaupun demikian, keselarasan penggunaan istilah masih diperlukan untuk mengelak kekeliruan dan konflik dalam pelaksanaan undang-undang berkaitan. Tahap umur lebih diambil kira untuk menentukan status kanak-kanak dan secara tidak langsung menentukan tanggungjawab jenayah mereka. Namun, konflik masih juga berlaku dalam penentuan tahap umur tanggungjawab jenayah kanak-kanak bukan sahaja di Malaysia (Anita Abdul Rahim & Wafaa Yusof 2012) tetapi seluruh bidang kuasa jenayah di negara lain (https://www.crin.org/en/home/ages. [16 Julai 2010]). Rentetan daripada penentuan tahap umur tanggungjawab jenayah kanak-kanak, suatu undang-undang berkaitan tatacara jenayah sama ada pada peringkat pra perbicaraan, perbicaraan atau pasca perbicaraan terhadap mereka wajar menyusul. Penulisan ini walau bagaimanapun memfokuskan kepada tatacara pra perbicaraan kanak-kanak yang melibatkan penangkapan, penahanan, penggeledahan dan penyiasatan. Tatacara pra 590

perbicaraan jenayah terhadap kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang menuntut suatu pelaksanaan yang berbeza dan khusus bersesuaian dengan tahap pertumbuhan fizikal dan kognitif kanak-kanak. Kecenderungan pengendalian tatacara jenayah terhadap suspek kanak-kanak sewajarnya berdasarkan pilihan yang paling tidak memudaratkan. Contohnya, pengamalan falsafah parens patriae yang dipegang oleh kebanyakan sistem keadilan jenayah di Barat. Setiap kanak-kanak terbabit diletak di bawah penjagaan dan pengawalan bidang kuasa mahkamah bagi memastikan kebajikan serta kepentingan kanak-kanak didahulukan. Pada masa yang sama kepentingan masyarakat juga diimbangi. Falsafah parens patriae ini menegaskan kebertanggungjawaban mahkamah untuk memberi jaminan keselamatan serta perlindungan yang sewajarnya seperti mana mereka berada di bawah jagaan ibu bapa mereka setelah mereka dipindahkan daripada kawalan ibu bapa mereka (National Reports 2006) yang mana ia memberi mahkamah kuasa budi bicara yang luas dalam memutuskan satu hukuman dalam kes kanak-kanak (Commonwealth v. Fisher [1905] 27 Pa. Super 175). Walaupun pengamalan ini menimbulkan kontroversi dan telah diputuskan sebaliknya kemudian, ia boleh dianggap sebagai satu kegagalan pelaksanaan sahaja kerana pengamalan falsafah itu sendiri sebenarnya adalah sesuatu yang baik (In re Gault [1967] 387 U.S. 1). 1 Falsafah ini jika diamati adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan hukum syarak untuk berpegang. Sememangnya kemaslahatan dan kebajikan kanak-kanak sentiasa dijaga oleh Islam dan menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memastikan kanak-kanak mendapat pengadilan yang wajar. Namun, mereka tidak boleh menggunakan kuasa budi bicara mereka dengan meluas tanpa merujuk kepada ketetapan hukum Islam yang terbina atas prinsip-prinsip Islam dan kaedah-kaedah pembinaan hukum bersumberkan al-qurān, ḥadīth dan sunnah Rasulullah (s.a.w). 1 In re Gault [1967] 387 U.S. 1; Kes ini menyentuh tentang pemisahan mahkamah dewasa dan kanak-kanak serta pindaan berkaitan keistimewaan kanak-kanak yang kelima dan keenam. Gerald Gault, seorang kanak-kanak berumur 15 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara maksimum 6 tahun di sekolah pemulihan negeri atas kesalahan membuat panggilan telefon lucah kepada seorang perempuan. Kes ini pada mulanya didengar di mahkamah juvenil dalam satu prosiding mahkamah yang terlalu tidak formal. Tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam dan malahan tidak ada transkrip perbicaraan langsung. Mahkamah Agong memutuskan bahawa mahkamah juvenil mesti melindungi hak keberpelembagaan kanak-kanak serta peraturan dan undang-undang mestilah dilaksanakan dalam sistem keadilan kanak-kanak. 591

Isu-isu dan hukum berkaitan tatacara pra perbicaraan jenayah digariskan dan dinyatakan dalam dua sumber utama, al-qurān dan sunnah Rasulullah (s.a.w) ini secara tidak langsung dan umum. Dalil-dalil yang bersifat umum ini ditakhsiskan oleh para fuqaha melalui instrumen ijtihad. Reformasi undang-undang tatacara dipermudahkan dengan penggunaan instrumen ijtihad ini dalam kalangan para fuqaha dan pelbagai mod interpretasi undang-undang. Penggunaan instrumen ijtihad dalam formulasi, reformasi dan kodifikasi undang-undang tatacara jenayah terhadap kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang jenayah menjadi lebih relevan dan praktikal walaupun dalam bidang kuasa yang berbeza (Nishrine Abiad & Farkhanda Zia Mansoor 2010). Oleh itu, pembentukan dan pelaksanaan tatacara tersebut diserahkan kepada siyāsah shar c iyyah setiap pemerintahan Islam dengan imbangan terhadap kepentingan terbaik kanak-kanak dan masyarakat. Dengan kata lain, tiada kekangan dari sudut hukum syarak untuk mereformasi, memformulasikan dan mengkodifikasikan undang-undang tatacara penangkapan, penahanan, penggeledahan dan siasatan terhadap suspek kanak-kanak. Susulan daripada itu, undang-undang tatacara pra perbicaraan jenayah terhadap kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang jenayah di beberapa buah negara Islam yang melaksanakan hukum syarak dalam sistem perundangan mereka dikaji dan dianalisis walaupun tidak secara mendalam bagi tujuan penulisan ini. Kajian dan analisis ini sekadar untuk melihat pengaplikasian prinsip-prinsip syariah dalam pembentukan undang-undang mereka dan menjadi rujukan untuk menambah baik serta memenuhi lakuna dalam undang-undang berkaitan tatacara pra perbicaraan jenayah syariah negeri-negeri melibatkan suspek kanak-kanak. Begitu juga pandangan serta perbincangan para fuqaha daripada pelbagai mazhab dalam kitab-kitab mereka dan para ulama muktabar yang berkait perlu digarap. Disebabkan fitrah kanak-kanak yang mudah dipengaruhi serta terdedah kepada bahaya, mereka seharusnya berhak untuk dilindungi dan dilayan dengan adil walaupun pada ketika mereka didapati telah melakukan kesalahan jenayah. Prinsip syariah dengan jelas telah memberi pelindungan ke atas kanak-kanak. Asas kepada berdirinya prinsip syariah yang melindungi kanak-kanak daripada diperlakukan secara zalim atau tidak adil 592

sebenarnya didapati daripada prinsip yang telah melarang sebarang bentuk pembunuhan ke atas kanak-kanak semasa berlakunya peperangan. Malahan prinsip syariah juga telah turut melarang sebarang bentuk penglibatan mahupun pengeksploitasian ke atas kanakkanak dalam apa jua bentuk pun dalam strategi peperangan. Justeru, perlindungan yang sama hendaklah diberi kepada suspek kanak-kanak agar tidak dikenakan sebarang tatacara yang zalim atau tidak berperikemanusiaan semasa di peringkat siasatan (Nishrine Abiad & Farkhanda Zia Mansoor 2010). Kedudukan fizikal kanak-kanak yang mudah terdedah kepada bahaya dan pemikiran yang kurang matang menyebabkan mereka tidak dapat bertahan dengan kebanyakan layanan dan tindakan sebagaimana orang dewasa. Perkara 19(3)(a) Perjanjian OIC Hak Kanak-kanak dalam Islam (The OIC Covenant on The Rights of The Child in Islam) menegaskan bahawa layanan terhadap kanak-kanak yang disekat kebebasannya hendaklah konsisten dengan penjagaan maruah mereka dan hak-hak asasi mereka (Perkara 19(3)(a), Organization of the Islamic Conference (OIC), Covenant on the Rights of the Child in Islam 2005). Sekatan sebegini kebiasaannya berlaku ketika penguatkuasaan undang-undang terutama undang-undang tatacara pra perbicaraan kes jenayah seperti penangkapan, penahanan, penggeledahan dan penyiasatan. Perlindungan ini bukan bermakna kanak-kanak terlepas daripada keadilan jenayah. Perkara ini ditegaskan dalam beberapa instrumen antarabangsa seperti Deklarasi Hak-hak Asasi Islam Sejagat (Universal Islamic Declaration of Human Rights (UIDHR), 2 Deklarasi Cairo Mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam (The Cairo Declaration on Human Rights in Islam), Perjanjian OIC Hak Kanak-kanak dalam Islam (The OIC Covenant on The Rights of The Child in Islam), Konvensyen Hak Kanak-kanak (United Nation Conventions on The Rights of The Child (Perkara 40, UNCRC 1989) dan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (International Covenant on Civil and Polotical Rights (Perkara 14, 2 Hak-hak yang dinyatakan dalam Perkara IV, UIDHR telah diperuntukkan secara umum. namun tidak dinafikan peruntukan umum ini menawarkan perlindungan yang sama kepada kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang dan berumur di bawah 18 tahun. Perkara IV memperuntukkan setiap individu berhak untuk dilayan berdasarkan undang-undang, hak untuk tidak dilayan dengan undang-undang yang bertentangan dengan hukum syarak, hak untuk mempertahankan diri dari tuduhan dan juga untuk mendapatkan perbicaraan yang adil. Lihat nota kaki di Chapter 3, Nishrine Abiad & Farkhanda Zia Mansoor Juvenile delinquency and Islamic criminal law, Criminal Law and The Rights of The Child in Muslim States, A Comparative and Analytical Perspective, hlm.52. 593

ICCPR 1966). Tiga instrumen terakhir yang dinyatakan merupakan instrumen yang paling sempurna setakat ini membabitkan keadilan jenayah terhadap kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang jenayah. Ketiga-tiga instrumen ini menyediakan asas kukuh untuk melindungi kanak-kanak ini dalam pentadbiran keadilan jenayah. Berbeza dengan Deklarasi Hak-hak Asasi Islam Sejagat (Universal Islamic Declaration of Human Rights (UIDHR) dan Deklarasi Cairo Mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam (The Cairo Declaration on Human Rights in Islam) menyediakan peruntukan dalam bentuk yang umum dan tiada pengkhususan kepada kanak-kanak. Malahan keduaduanya tidak mengikat dari sudut undang-undang negara-negara ahli. Namun frasa every person dalam peruntukan (Perkara IV, UIDHR) jelas menunjukkan hak-hak perlindungan yang sama diberikan kepada kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang jenayah. Nishrine Abiad dan Farkhanda Zia Mansoor (2010) menegaskan bahawa instrumeninstrumen ini walaupun menawarkan perlindungan kepada suspek kanak-kanak namun ia masih tidak mencukupi. Oleh itu, Perjanjian OIC Hak Kanak-kanak dalam Islam (The OIC Covenant on The Rights of The Child in Islam) yang merupakan satu dokumen yang mengikat secara sah menurut undang-undang negara-negara ahli dan menawarkan perlindungan yang sama terhadap golongan ini wajar memainkan peranan utama untuk memastikan kanak-kanak ini dilindungi (Nishrine Abiad & Farkhanda Zia Mansoor 2010). Walaupun instrumen-instrumen antarabangsa ini menyediakan jaminan perlindungan kepada suspek kanak-kanak namun keperluan kepada undang-undang tatacara jenayah yang lebih tepat, efisien dan jelas adalah bergantung pada setiap negara. Instrumen ini kebiasaannya dijadikan panduan dalam perangkaan dan penggubalan undang-undang setakat mana yang diratifikasikan oleh negara terbabit. Contohnya, Malaysia meratifikasi Perkara 37, 39 dan 40 daripada UNCRC dan bukannya keseluruhan Konvensyen. Setiap Perkara tersebut yang berkaitan tatacara jenayah terhadap suspek 594

kanak-kanak diperuntukkan secara umum dan perincian undang-undang berkaitannya telah diperuntukkan dalam Akta Kanak-kanak 2001(Akta 611). 3 Namun Akta 611 ini masih kurang jelas dan efisien memperuntukkan undangundang berkaitan tatacara pra perbicaraan terhadap suspek kanak-kanak. Farah Nini Dusuki menegaskan bahawa ketiadaan peruntukan undang-undang yang terperinci mengenai tatacara yang digunakan apabila kanak-kanak ditangkap, merupakan penyebab utama di sebalik ketidaksempurnaan perlindungan terhadap kanak-kanak ini di Malaysia (Farah Nini Dusuki 2010). Beliau tidak menafikan bahawa pihak polis disediakan panduan dalam bentuk arahan pentadbiran (Administrative Orders). Arahan ini walau pun demikian, tidak mengikat pihak-pihak yang terlibat sebagaimana undang-undang dan ia tidak menyediakan perlindungan yang sewajarnya kepada kanak-kanak. Sedemikian juga pihak penguat kuasa agama negeri-negeri dalam kes suspek kanak-kanak lebih bergantung pada arahan pentadbiran. Fenomena ini lebih ketara di bawah bidang kuasa jenayah syariah berbanding dengan bidang kuasa jenayah sivil disebabkan ketiadaan peruntukan dalam mana-mana enakmen tatacara jenayah negeri berkaitan kanak-kanak ini. Walau bagaimanapun, seksyen 83 daripada Akta 611 menyediakan satu klausa penyelamat yang membenarkan peruntukan umum dalam Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) berkaitan tangkapan, penahanan dan perbicaraan diaplikasikan terhadap kanak-kanak. Farah Nini menegaskan undang-undang khusus yang hendak diadakan sepatutnya tidak membenarkan pihak polis untuk menguatkuasakan undang-undang tatacara dalam Akta 593 terhadap suspek kanak-kanak. Akta tersebut hakikatnya tidak memperuntukkan tatacara yang khusus terhadap kanak-kanak ini (Farah Nini Dusuki 2010). Kes Pendakwaraya lwn. N (kanak-kanak)( [2004] 2 MLJ 299) telah dikemukakan oleh Farah Nini dalam penulisan beliau ini sebagai contoh. Kes ini menunjukkan ketiadaan suatu tempoh tahanan reman yang khusus diperuntukkan di bawah seksyen 84(2) Akta 611 telah menyebabkan seksyen 117 daripada Akta 593 diguna pakai. 3 Akta ini berbeza dengan Akta Juvana 1947 yang dimansuhkan terutama apabila Akta 2001 ini mengandungi prinsip yang dinyatakan dalam Perkara 40 UNCRC. 595

Keadaan ini menjelaskan bahawa tatacara pra perbicaraan untuk suspek dewasa telah diaplikasikan terhadap kanak-kanak di bawah bidang kuasa jenayah pihak polis dan mahkamah awam sivil di Malaysia. Fenomena yang sama berlaku di bawah bidang kuasa jenayah syariah di bawah pihak penguat kuasa agama dan mahkamah syariah (Responden 3, Responden 4, Responden 5 2013). Bidang kuasa jenayah syariah tidak pernah menggubal undang-undang berkaitan kanak-kanak atau menyediakan peruntukan klausa penyelamat seperti Akta 611. Akta 611 dan Akta 593 pula tidak berbidang kuasa terhadap kes suspek kanak-kanak di bawah bidang kuasa jenayah syariah negeri-negeri. 4 Memang tidak disangkal, undang-undang tatacara jenayah syariah untuk suspek dewasa telah dikuatkuasakan dan dilaksanakan terhadap kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang jenayah (Responden 3, Responden 4, Responden 5 2014). Tatacara pra perbicaraan jenayah syariah yang dikendalikan oleh mekanisme utama iaitu statut perundangan dan beberapa mekanisme lain seperti arahan-arahan dan perintah-perintah rasmi adalah dalam bentuk yang umum dan tiada pengkhususan untuk kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang jenayah. Peruntukan undang-undang, arahan dan perintah yang didatangkan dalam bentuk umum ini menjadi justifikasi untuk dilaksanakan tatacara ini terhadap kanak-kanak ini oleh sesetengah pihak penguat kuasa agama. Malahan peruntukan tatacara pra perbicaraan ini dianggap sudah mencukupi dan tiada keperluan kepada tatacara yang khusus. Ketiadaan undang-undang yang khusus berkaitan tatacara pra perbicaraan jenayah syariah terhadap kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang jenayah hakikatnya menyebabkan pelaksanaannya menjadi kurang formal, tidak jelas dan pendekatan tindakan yang pelbagai berbanding dengan tatacara dewasa. Contohnya, kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang jenayah berkemungkinan dilencongkan daripada tatacara pendakwaan dan perbicaraan. Amalan ini dikenali sebagai diversion (Peraturan 11, The Beijing Rules 1986) dan diamalkan di kebanyakan negara termasuk di Malaysia Malaysia. 4 Lihat Perkara 74 dan Senarai Kedua, Jadual Kesembilan dari Perlembagaan Persekutuan 596

secara tidak langsung. Diversion boleh diaplikasikan pada pelbagai peringkat prosiding dan kesalahan jenayah. Contohnya, diversion boleh dilakukan oleh pihak polis atau penguat kuasa agama sebelum atau selepas tangkapan, oleh pihak majistret, hakim atau pendakwa raya sebelum atau selepas pertuduhan, dan oleh para hakim sebelum perbicaraan (Peraturan 11.2, The Beijing Rules 1986). Diversion boleh diaplikasikan pada pelbagai kategori kesalahan jenayah. Namun kebiasaannya ia hanya digunakan dalam kes yang melibatkan kesalahan kecil atau kesalahan yang dilakukan kali pertama. Ia membentuk alternatif kepada pihak berkuasa untuk memastikan kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang jenayah tidak melalui proses perbicaraan yang formal. Amalan diversion berlandaskan kepada teori bahawa sistem keadilan jenayah yang formal boleh membawa kemudaratan kepada kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang jenayah dan malahan mereka berkecenderungan untuk mengulangi kesalahan yang dilakukan (Penal Reform International 2013) Impaknya, amalan ini kebiasaannya sama ada tidak diperuntukkan dengan jelas atau tidak diperuntukkan langsung di kebanyakan bidang kuasa jenayah. Keadaan ini menjadikan amalan ini lebih mengarah kepada tindakan tidak rasmi dan secara tidak langsung mendedahkan pihak berkuasa kepada pelanggaran hak kanak-kanak terbabit. Sesetengah bidang kuasa jenayah menyediakan peraturan-peraturan berasingan yang membenarkan diversion dilakukan sebagaimana yang berlaku di bawah bidang kuasa jenayah syariah Negeri Selangor. Tidak kurang juga yang menjadikannya sebahagian daripada undang-undang tatacara pra perbicaraan jenayah contohnya di negara Filipina (Juvenile Justice and Welfare Act of 2006, Republic Act No. 9344). Bezanya, jika ia membentuk peraturan dan berlaku pelanggaran terhadap peraturan tersebut, kebiasaannya seseorang hanya boleh didakwa atas dasar keingkaran perintah penguat kuasa undang-undang sahaja sedangkan pelanggaran terhadap undang-undang tatacara yang ditetapkan boleh menyebabkan seseorang didakwa kerana ketidakpatuhan kepada undang-undang terbabit. Oleh itu, kewajaran untuk menjadikan peraturan-peraturan tersebut suatu undang-undang yang lebih sempurna dan mengikat perlu difikirkan. 597

Amalan diversion atau pelencongan di bawah bidang kuasa jenayah syariah negeri-negeri dapat dikesan dalam Arahan Tetap S.S. Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-negeri 2007 (Responden 7 2014). Namun tidak semua negeri di Malaysia mengguna pakai arahan pentadbiran ini contohnya Wilayah Persekutuan. Penggunaan istilah diversion ini bukanlah suatu yang dikenali dalam kalangan penguat kuasa agama atau pihak yang merangka arahan pentadbiran di bawah bidang kuasa jenayah syariah negeri-negeri. Ini dapat dibuktikan daripada kandungan Arahan Tetap S.S. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, bagi melaksanakan tindakan pencegahan perlakuan tidak sopan di tempat awam. Arahan tersebut menyediakan tiga alternatif dalam pencegahan jenayah di bawah Seksyen 31 EJSS ini. Dua alternatif pertama sahaja yang menggambarkan amalan diversion. Sementara alternatif ketiga memperuntukkan penguatkuasaan tatacara sebagaimana yang diperuntukkan dalam ETJSS. Rumusan Penulis merumuskan ketiadaan peruntukan undang-undang dan arahan pentadbiran yang jelas berkaitan pelaksanaan tatacara pra perbicaraan terhadap kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang jenayah, boleh menyebabkan ketidakselarasan dalam tindakan penguat kuasa undang-undang samaada pihak polis mahupun penguatkuasa agama. Keadaan ini seterusnya boleh menyebabkan ketidakadilan kepada kanak-kanak yang terlibat. Oleh itu, keupayaan peruntukan berkaitan tatacara pra perbicaraan jenayah yang sedia ada untuk diaplikasikan terhadap kanak-kanak dan prospek undang-undang tatacara pra perbicaraan jenayah yang lebih khusus dan bersesuaian terhadap suspek kanak-kanak perlu diteliti dan dibuat semakan dari sudut undang-undang dan penguatkuasaannya. RUJUKAN Abiad, Nishrine & Mansoor, Farkhanda Zia. 2010. Juvenile delinquency and Islamic criminal law, Criminal Law and The Rights of The Child in Muslim States, A 598

Comparative and Analytical Perspective. British International and Comparative Law : London. Anderson, Kirsten. 2012. Analysis of the situation of children in conflict with the law in Tanzania. Coram Children s Legal Centre UK & UNICEF: Tanzania. Anita Abdul Rahim & Wafaa Yusof. 2012. Umur Pesalah Kanak-kanak: Ketidakseragaman Dalam Enakmen Jenayah Syariah Dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Di Malaysia. Jurnal Kanun. Dewan bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. hlm1-22. http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/wpcontent/uploads/2014 /08/1-Umur-Pesalah Kanak-kanak.pdf [02 Disember 2012]. Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (En. 9/95). http://www2.esyariah.gov.my /esyariah/mal/portalv1/enakmen/undang.nsf/listssbh [23 Januari 2014]. Farah Nini Dusuki. 2010. Criminal law and the rights of the child in Malaysia. Dlm. Nishrine Abiad & Farkhanda Zia Mansoor (pnyt.). Juvenile delinquency and Islamic criminal law, Criminal Law and The Rights of The Child in Muslim States, A Comparative and Analytical Perspective. British International and Comparative Law: London. https://www.crin.org/en/home/ages. [16 Julai 2010]. Juvenile Justice and Welfare Act of 2006. Republic Act No. 9344. Philipphine. https://www.lawphil.net/statutes/repacts/ra2006/ra_9344_2006.html. [June 2015]. Kanun Prosedur Jenayah Malaysia (Akta 593). http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/ files/publications/lom/en/act%20593%20%20criminal%20procedure%20cod e.pdf. [20 Januari 2014]. 599

National Reports. Juvenile Offenders and Victims: 2006 National Reports. National Centres for Juvenile Justice: Pittsburgh. Organization of the Islamic Conference (OIC). 2005. Covenant on the Rights of the Child in Islam, June 2005, OIC/9IGGE/HRI/2004/Rep.Final,http://www.refworld.org /docid/44eaf0e4a.html. [16 July 2016]. Penal Reform International. 2013. Protecting children s rights in criminal justice systems: a training manual anf reference point for professionals and policy makers. Penal Reform International: United Kingdom. Perlembagaan Persekutuan Malaysia. http://www.kptg.gov.my/sites/default/files/article/ perlembagaanpersekutuan.pdf. [20 Januari 2014]. Responden 1. 2010. Tatacara Pra Perbicaraan Jenayah Syariah Terhadap Suspek Kanakkanak. Jabatan Penguat kuasa Agama Sepang. Temu bual, 20 Julai 2010. Responden 2. 2012. Tatacara Pra Perbicaraan Jenayah Syariah Terhadap Kanak-kanak. Jabatan Agama Islam Hulu Langat. Temu bual. 6 Jun 2012. Responden 3. 2013. Tatacara Pra Perbicaraan Jenayah Syariah Terhadap Suspek Kanakkanak. Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, JAIS. Temu bual, 17 Julai 2013. Responden 5. 2013. Tatacara Pra Perbicaraan Jenayah Syariah Terhadap Suspek Kanakkanak. Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, JAIS. Temu bual, 17 Julai 2013. Responden 6. 2013. Tatacara Pra Perbicaraan Jenayah Syariah Terhadap Suspek Kanakkanak. Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan., JAIS. Temu bual, 17 Julai 2013. Responden 7. 2014. Tatacara Pra Perbicaraan Jenayah Syariah Terhadap Suspek Kanakkanak. Cawangan Siasatan, JAWI. Temu bual, 23 April 2014. 600

The United Nations General Assembly. 1966. International Covenant on Civil and Political Rights, Treaty Series 999. http://www.cirp.org/library/ethics/uncovenant/.[17 Julai 2010]. United Nation Conventions on The Rights of The Child (UNCRC). 1989. UN General Assembly Document A/RES/44/25. http://www.cirp.org/library/ethics/uncon vention/.[17 Julai 2010]. U.S Department of Justice & National Institute of Justice. 1986. United Nation Standard Minimum Rules for the Administration of Juvenile Justice (The Beijing Rules). Department of Public of Information: New York. Wafaa binti Yusof, Anita Abdul Rahim. 2012. The Age of Criminal Responsibility from the Perspective of Malaysian Shariah Law. Asian Social Science. Vol.10. Canadian Center of Science and Education : Canada. http://www.ccsenet.org/journal/index. php/ass/article/download /36494/ 20505. [16 Disember 2014]. 601