AL-USWAH DALAM PENDIDIKAN KEROHANIAN : SATU PENDEKATAN OLEH BADIIUZZAMAN SAID AL-NURSI. Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia.

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) YEAR 2009

BAB PERTAMA PENDAHULUAN

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

FANA MENURUT WACANA BADIUZZAMAN SAID NURSI DALAM MENCAPAI KESEMPURNAAN HIDUP TAMADUN MANUSIA.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

ASSOCIATE EDITORS. Department of Al-Quran & Al-Hadith Academy of Islamic Studies University of Malaya Kuala Lumpur Malaysia

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

AN ANALYSIS OF INTRINSIC ELEMENTS AS PORTRAYED IN LOUISA MAY ALCOTT S NOVEL LITTLE WOMAN

The Malay Narrative Story Writing in the 1920S

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Siti Fatimah Mohd Rahimah Embong Hanif Md Junid Mohamad Zaidin Mohamad

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KONSEP SAHSIAH REMAJA MENURUT PERSPEKTIF AL- QURAN

Tema-tema Pemikiran Muhammad Iqbal dalam Penyelidikan Ilmiah Tinggi di Malaysia. Themes of Muhammad Iqbal s Thoughts in Malaysia s Scientific Research

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 1-6 MASHITOH YAACOB * Centre for General Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRACT

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

ABSTRAK

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

Khadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin ***

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

CLASSROOM TECHNIQUES USED TO IMPROVE STUDENTS SPEAKING SKILL: A NATURALISTIC STUDY AT ENGLISH TUTORIAL PROGRAM AT UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH SURAKARTA

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 6. Wasatiyyah Ialah Keseimbangan Dalam Beragama Bukan Kesederhanaan

Transcription:

499 AL-USWAH DALAM PENDIDIKAN KEROHANIAN : SATU PENDEKATAN OLEH BADIIUZZAMAN SAID AL-NURSI Nur Najihah Ismail 1 & Syed Hadzrullathfi Syed Omar 2 1 Fakulti Pengajian Kontemporari Islam 2 Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia. nurjihah90@gmail.com sylutfi@unisza.edu.my Abstrak Al-uswah (memberi keteladanan) merupakan pendidikan yang dilakukan dengan cara memberi contoh yang baik atau al-uswah al-hasanah. Al-uswah ditonjolkan dalam bentuk nyata khususnya dari aspek ibadat dan akhlak dan tingkah laku atau pergerakan. Oleh itu, didapati tidak kurang para ilmuan mengetengahkan kaedah al-uswah dalam pelbagai bidang tanpa menfokuskan kepada pendidikan kerohanian. Kajian ini diketengahkan untuk melihat pendekatan al-uswah yang diperkenalkan oleh Badiiuzzaman Said al-nursi dalam pendidikan kerohanian menerusi karyanya yang berjudul risalah al-nur. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan tentang al-uswah yang digunakan bagi melengkapkan kajian yang dijalankan. Kajian mendapati Al-uswah yang ditonjolkan bukan sahaja datang menerusi al-quran dan keperibadian Rasulullah SAW tetapi datang menerusi Said Nursi serta keluarganya. Al-uswah yang diketengahkan tidak hanya meliputi satu aspek tetapi meliputi banyak aspek seperti akhlak, pendidikan, dakwah dan sebagainya. Kesemua aspek tersebut bermula dari proses penghayatan melalui al-quran dan al-sunnah. Kajian menyimpulkan bahawa pendekatan yang dikemukakan oleh al-nursi boleh dijadikan sebagai satu metode dalam pendidikan kerohanian dalam membentuk jati diri yang unggul bagi melahirkan mukmin yang sejahtera dunia dan akhirat. Kata kunci: al-uswah, pendidikan kerohanian, risalah al-nur, al-nursi 1. PENDAHULUAN Al-uswah merupakan salah satu daripada pelbagai metode pendidikan yang diketengahkan oleh Badiuzzaman Said al-nursi. Al-uswah bukanlah perkataan yang asing bagi masyarakat kerana perkataan tersebut sudah biasa digunakan. Ini dibuktikan melalui kamus dewan edisi empat yang membawa maksud contoh atau ikutan (Pusat Rujukan Persuratan Melayu 2015). Meneliti kajian literatur terdahulu, kebanyakan mereka menyentuh tentang keutamaan al-quran dalam kehidupan Said al-nursi, di mana Said al-nursi sangat mengutamakan al-quran dalam kehidupannya termasuklah pemikirannya, di mana al-quran dijadikan petunjuk dan rujukan. Melalui dasar inilah gerakan yang dikenali sebagai gerakan kembali kepada al-quran diketengahkan. Menerusi tunjang ini juga, Said Nursi mengajak umat kembali kepada al-quran (Hamzah t.t, 4). 1924M menjadi sejarah hitam di mana jatuhnya sistem Khilafah Uthmaniyah seterusnya menjadi titik tolak kepada kemunduran masyarakat Islam. Kesan kejatuhan tersebut telah membawa kepada penubuhan pemerintahan sekular oleh Kamal Atartuk. Hasil dari pemerintahan tersebut telah membawa kepada penguasaan dan kemajuan dalam pendidikan Sains dan Teknologi sehingga membawa kepada pengusaan ekonomi dunia oleh negara Barat. Namun disebalik

500 kemajuan tersebut, mereka telah memisahkan bidang agama dari pemerintahan. Terkesan melalui peristiwa itu Said al-nursi berpandangan perlu ada satu perubahan terhadap sistem pendidikan Islam untuk diselarikan dengan kemodenan dunia (Muaz & Faizuri 2012, 136). Kajian lain mengupas tentang kaedah penerapan pendidikan berasaskan al- Quran dan al-sunnah dengan menganalisis pemikiran Said al-nursi melalui risalahnya iaitu Risalah al-nur. Kajian tersebut menyentuh tentang pembinaan insan yang digarap melalui falsafah pendidikan dan falsafah pembangunan insan (Nurulwahidah & Hakan Gulerce 2014). Manakala Hisyam Nor pula menyentuh tentang pendidikan akhlak menurut Said Nursi. Menurut pengkaji tersebut, pendidikan akhlak yang digagaskan oleh Said Nursi adalah bertunjangkan pemahaman terhadap al-quran dan al-sunnah. Pendidikan akhlak amat berkait rapat dengan pembinaan akhlak mulia yang mana keteladanan boleh didapati melalui al- Quran dan sebagaimana ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW (Hisyam Nor 2012). Artikel ini diketengahkan untuk melihat pendekatan al-uswah yang diperkenalkan oleh Badiiuzzaman Said al-nursi dalam pendidikan kerohanian menerusi karyanya yang berjudul Risalah al-nur. Bagi melengkapkan kajian ini penulis menggunakan kaedah analisis kandungan untuk mengenalpasti metode al-uswah yang ditonjolkan oleh Said al-nursi di dalam karya teragungnya iaitu Risalah al-nur. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menghuraikan al-uswah yang terdapat di dalam Risalah al-nur dan mengukur perkaitannya dengan pendidikan kerohanian. Oleh itu, biodata ringkas tentang Said al-nursi dijadikan pendahuluan untuk artikel ini. Said Nursi dilahirkan pada tahun 1877M bersamaan 1294H. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di perkampungan kecil di daerah Khizan (Hizan) dalam wilayah Bitlis di Timur Turki. Kampung tersebut diberi nama Nurs (Muaz & Faizuri 2012, 137). Permulaan pendidikan beliau, beliau mendapat pendidikan secara tidak langsung dari keluarganya. Selain itu, Said al-nursi juga menerima pendidikan dari ulamaulama terbaik di Bitlis. Antara guru-guru beliau ialah Mullah Muhammad Amin dan Syeikh Muhammad Jalali dan beberapa ulama lain lagi. Said Nursi mempunyai kehebatan yang sangat luar biasa sehingga mampu menghafal al-quran, mengusai Ilmu Fiqh, Ilmu Pidato, dan lain-lain ilmu serta mampu menghafal kitab seperti al- Muhit, Jami al-jawami dan lain-lain lagi (Wan Jafree 2015, 16). Dari sudut yang lain, Said al-nursi mempunyai keperibadian yang baik di samping sentiasa menjaga diri serta maruahnya tanpa melibatkan diri dengan kemaksiatan. Melalui sahsiah yang ditonjolkan oleh dirinya sangat sesuai untuk dijadikan al-uswah atau keteladanan yang baik kepada sesiapa sahaja (Wan Jafree 2015, 145-146). Berkaitan dengan pemikiran kerohanian pula, pemikiran Syeikh Abd al-qadir al-jilani dan Syeikh Ahmad Sirhindi dan tokoh-tokoh lain telah banyak mempengaruhi pemikiran spiritual Said al-nursi. Pemikiran tersebut dijadikan sumber penyelesaian masalah yang berkaitan kerohanian beliau menerusi peninggalan karya-karya tokoh tersebut. Namun setelah meneliti pemikiran tersebut, Said Nursi mendapati bahawa al-quran seharusnya dijadikan sebagai panduan utama (Vahide t.t, 11). 2. AL-USWAH DAN RISALAH AL-NUR

501 Al-uswah berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud keteladanan iaitu perbuatan baik yang ditonjolkan dan dapat ditiru oleh orang lain. Rasulullah SAW merupakan model al-uswah yang terbaik. Bahkan seluruh kehidupan Rasulullah SAW adalah contoh keteladanan yang baik yang boleh dilaksanakan oleh manusia untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Manakala dalam pendidikan, guru atau pendidik dijadikan model al-uswah al-hasanah dalam kehidupan anak didik (H.M. Kamil Ramma Oensyar 2013, 51-52). Al-Uswah dalam diri Said Nursi bermula dari keluarganya. Menurut Zaidin menerusi kata-kata yang dinukilkan oleh Ahmad, ibu bapa Said al-nursi telah menerapkan nilai agama dalam diri Said al-nursi dan adik beradik yang lain sejak kecil lagi dan menjadikan diri mereka sebagai al-uswah dalam mendidik anak-anak mereka. Oleh kerana sering didedahkan tentang persoalan agama oleh ibu bapanya, Said al-nursi berusaha untuk menjawab persoalan tersebut sehingga membuatkan dirinya sentiasa memikirkan masalah yang berkaitan dengan persoalan hidup, mati dan juga hal yang melibatkan masyarakat. Said al-nursi juga sentiasa melibatkan diri dengan kelas-kelas ilmu (Ahmad t.t, 38). Menurut Saleh sebagaimana yang dinukilkan oleh Ahmad, Risalah al-nur karya Said Nursi ini menggunakan al-quran sebagai rujukan penulisan. Risalah al-nur juga merupakan tafsiran al-quran (Ahmad t.t, 57). Karya Said Nursi ditulis dalam bahasa Turki dan Arab. Antara tajuk tulisan yang ditulis di dalam bahasa Turki ialah Maktubat, Sualar, Sozler, Lemalar, Mesnevi Nuriye, Asa-yi Musa, Iman ve Kufur Nuvazeneleri, Sikke-I Tadiki Gaybi, Kastamonu Lahikasi, Barla Lahikasi dan Emirdag Lahikasi. Manakala tulisan yang ditulis dalam bahasa Arab iaitu al-i jaz dan Masnawi al Araby an-nury (Ahmad t.t, 57-58). Antara kandungan Risalah al-nur yang diberi nama al-lama at iaitu yang membawa maksud penerangan banyak menceritakan tentang peristiwa pengajaran yang disebut di dalam al-quran. Penceritaan tersebut hanya diceritakan secara ringkas di dalam Risalah al-nur. Di dalam risalah ini menceritakan tentang akhlak mulia, peribadi soleh, teladan yang baik dan sebagainya. Kesemua sifat tersebut boleh dijadikan al-uswah untuk manusia sejagat (Badiuzzaman Said Nursi 1987, ix). 3. AL-USWAH DI DALAM AL-QURAN Said al-nursi sangat mengutamakan al-quran dan al-sunnah sebagai sumber utama dalam kehidupan terutama dalam aspek pemikiran dan akidah. Baginya al- Quran merupakan alat yang paling ampuh dalam membentuk akidah yang sebenar bagi umat Islam, manakala al-sunnah pula dijadikan sebagai landasan dalam membimbing manusia ke jalan yang benar (Abdul Shukor 1999, 5). Allah SWT menurunkan Al-Quran kepada umat manusia bukanlah satu perkara yang sia-sia, di mana Said al-nursi telah menjadikan al-quran sebagai asas dalam pemikirannya. Said al-nursi telah mejadikan al-quran sebagai satu medium atau rujukan dalam menghuraikan persoalan yang menyentuh soal hati, minda, perasaan dan juga emosi manusia (Abdul Shukor 1999, 8). Sebagai contoh, kisah Nabi Yunus AS yang ditelan oleh ikan besar, bagi menghilangkan rasa takut dengan keadaan itu, Nabi Yunus AS berdoa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh dan penuh pengharapan kepada Allah SWT agar dibebaskan dari kekuasaan ikan besar, lautan yang luas serta kegelapan di dalam perut ikan tersebut. Berkat doa yang sungguh-sungguh Allah SWT menolong hamba- Nya. Al-uswah yang boleh di ambil ialah, kita sebagai hamba yang taat kepada Allah

502 SWT harus yakin dengan pertolongan Allah SWT (Badiuzzaman Said Nursi 1987, 6-7). Kisah contoh teladan kedua yang diketengahkan beliau ialah keadaan Nabi Ayub AS yang diuji dengan penyakit kronik. Walau diuji sedemikian Nabi Ayub AS tetap sabar menerima ujian Allah SWT. Di saat ulat-ulat mengigit luka di badan nabi Ayub AS, baginda berzikir untuk mengurangkan rasa sakit yang dihadapinya. Begitu kuat semangat baginda dalam menghadapi ujian dari Allah SWT. Disebalik kesakitan yang menimpa akhirnya Allah SWT menganugerahkan kesihatan yang terbaik buat Nabi Ayyub AS (Badiuzzaman Said Nursi 1987, 14) 4. AL-USWAH DALAM DIRI SAID NURSI Fitrah manusia memerlukan role model dalam membentuk keperibadian mereka. Bagi membentuk keperibadian yang terbaik, role model memainkan peranan yang penting. Oleh itu pemilihan role model atau al-uswah yang terbaik harus diteliti. Aluswah datangnya dari tokoh yang baik. Selain dari para nabi dan rasul, ulama, dan salihin boleh dijadikan role model yang terbaik. Melaluinya penghayatan tersebut secara langsung dapat membentuk akhlak dan keperibadian kita. Al-uswah dapat dibentuk melalui pemikiran, keperibadian dan rohani kita (Wan Jafree 1999, 16). Antara tokoh yang boleh dijadikan al-uswah ialah Badiuzzaman Said al-nursi (Wan Jafree 1999, 1). Pembentukan diri Said Nursi bermula dari ibu bapanya sendiri. Ibu bapanya sangat menjaga akhlak mereka sebelum kelahiran sehingga kepada kelahiran Said al-nursi ke dunia. Hasil dari tarbiah mereka berdua serta keluarganya bukan sahaja membentuk akhlak dan keperibadian Said al-nursi bahkan memberi impak yang positif kepada keilmuan, ibadat, kekuatan lahiriah, dan keberanian. Antara contoh yang boleh dijadikan al-uswah kepada manusia ialah bagaimana Said al-nursi mendapat gelaran Badiuzzaman. Kehebatan Said al-nursi dalam bidang keilmuan tiada tolok bandingnya. Melalui kehebatan itulah Syeikh Fadlullah Efendilah telah menganugerahkan gelaran Badiuzzaman kepada Said Nursi (Wan Jafree 1999, 3). Al-uswah yang cuba ditonjolkan beliau menerusi akhlak pula ialah tidak melupakan ibu bapanya walaupun beliau seorang yang terkenal. Ini dibuktikan melalui kisah, di mana bapa beliau Sufi Mirza datang berjumpa Said al-nursi dengan berpakaian biasa sahaja. Walaupun datang dalam keadaan sedemikian Said al-nursi tetap menyambut bapanya dengan penuh rasa hormat dan memperkenalkan bapanya kepada orang ramai dan membawa bapanya ke tempat duduk di sebelah Gabenor Tahir Basya (Wan Jafree 1999, 8). Melalui ibadat yang dilakukan oleh Said al-nursi juga terdapat al-uswah yang boleh dicontohi oleh manusia. Al-uswah yang cuba ditonjolkan oleh beliau ini diceritakan oleh adik iparnya iaitu Rabi ah. Menurut Rabi ah, Said Nursi tidak pernah tidur pada waktu malam sepanjang berada dengan mereka. Said Nursi banyak menghabiskan masa dengan beribadat kepada Allah SWT. Walapun sibuk dengan hal dunia namun beliau juga tidak meminggirkan akhirat dalam kehidupannya (Wan Jafree 1999, 11). 5. PENDIDIKAN DAN KEROHANIAN Perkataan pendidikan berasal dari perkataan didik dan perkataan didik adalah diambil dari kata dasar addaba dalam bahasa Arab yang membawa maksud mendidik dan mengajar adab atau akhlak. Dari perspektif Islam menurut Ahmad,

503 pendidikan berperanan dalam melahirkan manusia yang berakhlak dan bermoral (Abdul Hafiz Mat Tuah, Zakaria Stapa & Ahmad Munawar 2012, 25). Manakala kerohanian merujuk kepada perihal rohani, sifat-sifat rohani atau rohaniah (Dewan Bahasa dan Pustaka 1997). Menerusi definisi yang diberikan pendidikan merupakan alat dalam mendidik sifat-sifat rohani dalam diri seseorang dan dilakukan menerusi al-uswah. Said Nal-ursi sangat mementingkan pendidikan. Oleh kerana itulah bagi Said al- Nursi kebodohan boleh menjadi penyebab kepada kemunduran dan ia menjadi alasan yang sangat ampuh umat Islam dijajah. Bagi mengatasi masalah tersebut, beliau berpandangan bahawa agama dan sains harus bergerak seiring (Hamzah t.t, 6). Said al-nursi bukan sahaja berjuang dalam bidang agama tetapi turut memperjuangkan bidang sains. Malahan perjuangannya bertepatan dengan wawasan yang diperjuangkan iaitu menjadikan Islam sebagai al-din yang mementingkan ilmu dunia dan akhirat (Fadhlullah Jamil 1996, 7). Said Nursi berpendapat, ilmu-ilmu agama harus diajar disekolah sekular, manakala ilmu sains pula diajar diajar di sekolah-sekolah moden. Menurut beliau dengan cara ini, kekufuran dikalangan pelajar disekolah moden dapat dikawal dan pelajar di sekolah agama pula dapat dibendung sifat fanatik (Abdullah 1999, 5). Kesungguhan Said al-nursi dalam pendidikan harus dijadikan al-uswah dalam pendidikan di Malaysia agar ilmu agama dapat bergerak seiring dengan ilmu-ilmu lain. Sesuatu yang berkait dengan kerohanian pula merupakan persoalan yang melibatkan soal hati. Oleh itu al-uswah seharusnya bermula dari hati yang bersih. Kerohanian bermula apabila berjaya menghidupkan hati dan minda manusia yang telah mati dengan melakukan proses tazkiyah al-nafs (Abdul Shukor 1999, 1). Kaitan antara pendidikan dengan kerohanian ialah proses mendidik seharusnya bermula dalam diri manusia. Ini kerana menurut Abdul Halim El-Muhammady, pengukuhan dalaman manusia atau rohani manusia dapat dilakukan melalui pendidikan (Mohd & Wan Mohd Tarmizi 2011). Oleh kerana itu bagi mencapai matlamat yang diimpikan, Said al-nursi telah berjumpa Sultan Abdul Hamid II (1876-1908) untuk mengusulkan pembinaan sebuah universiti baru di Turki. Said al-nursi telah menerangkan kepentingan penubuhan universiti tersebut kepada Sultan Abdul Hamid II (1876-1908). Antara kepentingannya ialah memberi peluang kepada orang Islam untuk menimba ilmu pengetahuan (Abdullah 1999, 5). Al-uswah yang cuba ditonjolkan oleh tokoh agung ini ialah kesungguhan beliau dalam memperjuangkan bidang pendidikan yang secara tidak langsung menerusi pendidikan dapat membentuk kerohanian seseorang ke arah yang lebih baik. KESIMPULAN Al-uswah yang ditonjolkan bukan sahaja datang menerusi al-quran dan keperibadian Rasulullah SAW tetapi datang menerusi Said Nursi serta keluarganya. Al-uswah yang diketengahkan tidak hanya meliputi satu aspek tetapi meliputi banyak aspek seperti akhlak, pendidikan, dakwah dan sebagainya. Kesemua aspek tersebut bermula dari proses penghayatan melalui al-quran dan al-sunnah. Said al-nursi menulis Risalah al-nur sebagai tafsir dari kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat Islam. Said Nursi sendiri telah menjadikan dirinya sebagai model aluswah untuk diikuti ketokohannya oleh manusia yang lain. Kesimpulannya, al-uswah

504 bukan sahaja dapat membentuk keperibadian yang mulia bahkan dapat menjadikan manusia lebih dekat dengan al-quran dan Allah SWT melalui model al-uswah yang diikuti. RUJUKAN Abdul Hafiz Mat Tuah, Zakaria Stapa, Ahmad Munawar. 2012. "Memperkasakan Jati Diri Melayu-Muslim Menerusi Pendidikan Islam dalam Pengajaran Akhlak." Jurnal Hadhari Special Edition. 23-35. Abdul Shukor bin Husin. 1999. "Pemikiran Akidah Islam Pendekatan dan Penghayatan dalam Perspektif Bediuzzaman Said Nursi." 1-11. Abdullah Muhammad Zin. 1999. "Bediuzzaman Said Nursi : Satu Kajian Terhadap Metodologi Dakwah." 1-15. Ahmad. t.t. "Metod & Pendidikan Pendidikan Islam Menurut Said Nursi." Badiuzzaman Said Nursi,. 1987. "al-lama'at : Menikmati Hidangan Langit." In Risalah al-nur (al-lama at), by Bediuzzaman Said Nursi (Fauzy Bahreisy & Joko Prayitno : penterjemah), 1-120. Rabbani Press. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1997. Kamus Pelajar cetakan ketiga belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Fadhlullah Jamil. 1996. "Hubungan Pemikiran Badi'uzzaman Sa'id Nursi dengan bidang akademik dan Gerakan Islam di Malaysia." 1-12. H.M. Kamil Ramma Oensyar. 2013. "Pembelajaran Bahasa Arab Berdasarkan Metod Pendidikan Rasulullah SAW." Jurnal al-maqoyis (vol. 1, no.2) 48-65. Hamzah. tiada tarikh. "Badiuzzaman Said Nursi & Gagasan Pembaharuan Pemikiran Islam." 1-9. Hisyam Nor. 2012. Pendidikan Akhlak Menurut Said Nursi. Tesis Sarjana, Indonesia. Ismail bin Yusoff. 1999. "Tafsir Ayat-Ayat al-qur'an dalam "Rasail al-nur". Satu Kajian Mengenai Cara Tafsirannya." 1-8. Mohd Roslan Mohd Nor & Wan Mohd Tarmizi Wan Othman. 2011. "Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia." Jun: 64. Muaz bin Mohd Noor & Faizuri Abd. Latif. 2012. "Tajdid Pendidikan Badiuzzaman Said Nursi dalam Kitab Rasail An-Nur." Jurnal Al-Tamaddun Bil. 7(1) 135-147. Nurulwahidah Fauzi & Hakan Gulerce. 2014. "Pemurnian Sistem Pendidikan Islam Berdasarkan Metod Risalah an-nur:analisis Kajian di Negara Malaysia." 1-19. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. 2015. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Ogos Isnin :24. Accessed Ogos Isnin :24, 2015. http://prpm.dbp.gov.my. Vahide, Sukran. t.t. "Toward an Intellectual Biography of Said Nursi." Wan Jafree bin Wan Sulaiman. 1999. "Badiuzzaman Sa'id Nursi. Sebagai Contoh Ikutan Kepada Belia." 1-16. Wan Jafree Wan Sulaiman: Penyunting. 2015. Mujadid Islam Syeikh Badiuzzaman Said Nursi. Ankara Turki: 1-192.