PEMBUKTIAN MELALUI TELEVISYEN/ KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DALAM KES-KES JENAYAH: TINJAUAN UMUM BERDASARKAN UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM

Similar documents
UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG- UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN MAHKAMAH SIVIL DI MALAYSIA: SUATU KAJIAN PERBANDINGAN

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

TUNTUTAN FASAKH: KAJIAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG TATACARA MAL. Fasakh Proceedings: A Study from Perspective of Shariah Courts Civil Procedure

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

QAZAF DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: SUATU ANALISIS SEMASA

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

Konflik di Antara Fatwa dan Keputusan Panel Penasihat Syariah dalam Kes Muamalat di Mahkamah Malaysia

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

WAQF MANAGEMENT AND ADMINISTRATION IN MALAYSIA: ITS IMPLEMENTATION FROM THE PERSPECTIVE OF ISLAMIC LAW

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DALAM KONTEKS PERUNDANGAN MALAYSIA.

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Secara keseluruhannya bab ini akan membincangkan tentang kes Shamala. ditulis oleh Yang Arif Hakim menghuraikan secara terperinci tentang hak hadanah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

MUD FLOOD AS A SUITABLE MATERIAL FOR SUBGRADE LAYER OF LOW TRAFFIC VOLUME NURUL AIN BINT! IBRAHIM

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

BIOMIMETIC PATTERN RECOGNITION FOR WRITER IDENTIFICATION USING GEOMETRICAL MOMENT FUNCTIONS

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SEMAKAN KEHAKIMAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: ULASAN LITERATUR

Transcription:

VOL 7 JUNE 2018 (pp. 87-103) ISSN: 1985-7454 E-ISSN: 2590-4396 www.mjsl.usim.edu.my PEMBUKTIAN MELALUI TELEVISYEN/ KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DALAM KES-KES JENAYAH: TINJAUAN UMUM BERDASARKAN UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM Evidence Based on CCTV In Criminal Cases An Overview Based On Islamic Law of Evidence i* Wan Abdul Fattah Wan Ismail, i Syahirah Abdul Shukor, i Hasnizam Hashim, i Ahmad Syukran Baharuddin i Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. * (Corresponding Author) email: wanfattah@usim.edu.my ABSTRAK Televisyen/ Kamera Litar Tertutup (Closed-Circuit Television) atau singkatannya CCTV diklasifikasikan sebagai dokumen elektronik. Sebarang rakaman elektronik, berdasarkan tafsiran dalam Seksyen 3, Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1997 adalah termasuk dalam kategori dokumen dan diguna pakai sebagai salah satu kaedah pembuktian termasuk dalam kes-kes jenayah. Pada 12 Julai 2017, satu pindaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan terhadap Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang memperuntukkan pegawai Penguat kuasa Agama Islam Negeri Kelantan untuk menggunakan gari terhadap suspek dan membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan bagi kes-kes jenayah termasuk zina, qazaf dan seumpamanya. Kertas kerja ini akan membincangkan pembuktian melalui CCTV dalam kes-kes jenayah hudud, qisas dan takzir berdasarkan undang-undang Keterangan Islam. Perbincangan juga akan melihat sejauh manakah CCTV ini dapat dijadikan bahan bukti dan apakah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dilalui oleh pihak tertuduh mahupun pendakwa sebelum ia diterima sebagai bahan bukti bagi mensabitkan pertuduhan yang telah dibuat di dalam mahkamah. 87

Malaysian Journal of Syariah and law مجلة الشريعة والقانون بماليزيا Vol 7, June 2018 Kata Kunci: CCTV, pembuktian kes-kes jenayah, undangundang Keterangan Islam ABSTRACT Closed-circuit Television or its short name CCTV is classified as electronic document. Any recorded electronic, based on Section 3 of the Evidence Act of Syariah Court ( Federal Territories) 1997 will be included as document categories and applicable as one the methods in evidence including criminal cases. On 12 July 2017, an amendment to the Syariah Criminal Procedure Enactment (Amendment 2017) which provides the enforcement officers from the Religious Department of Kelantan to use hand-cuff towards suspect and to allow video as an evidence in cases related to criminal cases inlducing zina, qazaf and others. This paper will discuss on the proof via CCTV in cases of criminal in hudud, qisas and takzir based on the Law of Evidence Law. The discussion will discuss how far CCTV is being used as evidence and the operational standard of procedure which might be faced by the offender as well as the prosecutor to convict the charge in the court. Keyword (s): CCTV, proof in criminal cases and Islamic Law of Evidence Pendahuluan CCTV atau Televisyen/ Kamera Litar Tertutup secara umumnya amat sukar untuk diterima oleh sesetengah pihak sebagai salah satu kaedah pembuktian dalam kes-kes jenayah. Namun demikian, realiti pada hari ini memperlihatkan bahawa pembuktian melalui dokumen lebih dipercayai berbanding kaedah-kaedah yang lain termasuklah ikrar dan syahadah. Ini kerana ikrar dan syahadah berkemungkinan akan berubah atas sebab-sebab tertentu seperti lupa, kematian dan sebagainya. Pun begitu, kaedah pembuktian melalui dokumen termasuklah CCTV akan berkekalan walaupun telah berlaku dalam tempoh yang lama. Di Eropah, khususnya Britain, penggunaan CCTV sudah 88

PEMBUKTIAN MELALUI TELEVISYEN/ KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DALAM KES-KES JENAYAH: TINJAUAN UMUM BERDASARKAN UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM diterima dan dijadikan sebagai bukti yang kukuh dalam pendakwaan. Di dalam kes R v Doherty [2016] Criminal Division, Mac 03, 2016, [2016] EWCA Crim 246, CCTV sering digunakan untuk tujuan pengawasan di kawasan-kawasan yang memerlukan pengawasan seperti bank, pejabat, lapangan terbang, pangkalan tentera, pasar raya-pasar raya dan sebagainya. Kemajuan teknologi hari ini telah membuktikan bahawa CCTV telah mencapai kelasnya yang tersendiri. Pelbagai penyelidikan yang telah dibuat oleh orang Islam bagi membuktikan tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Umpamanya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya menghasilkan kamera litar tertutup (CCTV) pertama di dunia yang mampu merakam imej tiga dimensi (3D) dan berupaya mengecam imej penjenayah dengan tepat dalam tempoh 15 minit. Ketua Kumpulan Penyelidik Fotogrametri dan Pengimbasan Laser, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Dr. Zulkepli Majid menjelaskan bahawa sistem pengawasan keselamatan itu berjaya dibangunkan dengan menggunakan gabungan teknologi terkini dalam bidang pengimejan moden dan bidang geomatik.(utusan Malaysia, 2010) Di Mahkamah Syariah, kaedah pembuktian melalui CCTV dan Dokumen Elektronik ini masih agak baru berbanding dengan kaedah-kaedah pembuktian lain. Penerimaannya sebagai kaedah pembuktian masih lagi diperdebatkan dan diragui oleh sesetengah pihak. Namun, jika diteliti konsep keterangan menurut Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim yang menyatakan bahawa Setiap apa sahaja yang dapat menjelaskan dan menzahirkan kebenaran dinamakan sebagai keterangan (Ibnu Taimiyyah, Ahmad, 2001). Maka CCTV yang diklasifikasikan sebagai dokumen elektronik juga sebenarnya tergolong dalam ruang lingkup keterangan yang boleh diterima. Kertas kerja ini memfokuskan perbincangan kepada penggunaan CCTV sebagai salah satu kaedah pembuktian dan sejauh manakah ia dapat dijadikan bahan bukti bagi mensabitkan atau menafikan sesuatu dakwaan khususnya dalam kes-kes jenayah. Perbincangan juga akan turut melihat realiti, persediaan, permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh Mahkamah Syariah di Malaysia di dalam mengendalikan kes-kes berkaitan keterangan elektronik. 89

Malaysian Journal of Syariah and law مجلة الشريعة والقانون بماليزيا Vol 7, June 2018 Definisi Dokumen Elektronik dan CCTV Dokumen Elektronik Dokumen elektronik ditakrifkan sebagai nota atau dokumen yang dibuat, disimpan atau diekstrak, disalin atau dihantar atau diterima atau dikomunikasi dengan cara elektronik melalui peralatan elektronik lain dan dapat difahami dan dilihat dengan jelas. (Muhammad Fawwaz, 2008). Dokumen elektronik juga ditakrifkan sebagai sebarang bentuk maklumat probatif yang disimpan atau direkodkan atau disalurkan dalam bentuk elektronik di mana bahan tersebut boleh dikemukakan di mahkamah sebagai bahan bukti untuk menyokong atau menyangkal dakwaan. Sumber bahan bukti elektronik dan digital ialah seperti chip VLSI, SDD, hard disk, telefon selular, kamera digital, komputer, alat cetak, mesin fotostat, pita sokongan, kad SDD, alat pengimbas, CD, DVD, VCD, rangkaian internet, perisian dan protokol komunikasi. (Mohamad Ismail Bin Hj. Mohamad Yunus, 2006), Berdasarkan takrifan dokumen elektronik, jelas menunjukkan bahawa CCTV adalah termasuk dalam kategori dokumen elektronik. Definisi CCTV (Closed-Circuit Television) Televisyen litar tertutup atau CCTV (Closed-Circuit Television) adalah kamera yang merakam imej video dan menghantar isyarat video komposit tempat-tempat tertentu. CCTV sering digunakan untuk tujuan pengawasan yang biasanya terdapat di bank, lapangan terbang, bangunan-bangunan malah sekarang ini juga digunakan di rumah-rumah. CCTV pertama telah dipasang oleh Syarikat Jerman Siemens AG pada Test Stand VII di Peenemunde, Jerman pada tahun 1942, digunakan untuk memerhati pelancaran roket V-2. Kelengkapan utama dalam sistem operasi CCTV adalah Kamera, Digital Video Recorder (DVR) dan Monitor. Kaedah Pembuktian dalam Kes-Kes Jenayah berdasarkan Perundangan Islam 90

PEMBUKTIAN MELALUI TELEVISYEN/ KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DALAM KES-KES JENAYAH: TINJAUAN UMUM BERDASARKAN UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM Terdapat dua kaedah utama dalam mensabitkan kes-kes jenayah iaitu Pengakuan (Ikrar) dan Kesaksian (Syahadah): (i) Pengakuan (Ikrar) Ikrar adalah merupakan satu cara pengakuan atau pengiktirafan yang khusus sebagai salah satu cara pembuktian bagi mensabitkan hak atau kepentingan orang lain ke atas dirinya sendiri, atau mensabitkan sesuatu kesalahan atau tanggungan ke atas dirinya seperti pengakuan berzina (Mahmud Saedon A. Othman, 2003). Seksyen 17 (1) Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1997 menjelaskan bahawa Ikrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak. Sesuai dengan panggilan sebagai Penghulu Pembuktian, ikrar diterima sebagai kaedah pembuktian dalam semua kes sama ada kes-kes mal atau jenayah. (ii) Kesaksian (Syahadah) Kesaksian atau Syahadah adalah pemberitahuan tentang sesuatu hak atau kepentingan bagi orang lain dengan menggunakan lafaz Asyhadu (aku bersaksi)(abd al-mutalib Abd Rzak Hamdan, 2007). Seksyen 3 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1997 mentafsirkan Syahadah sebagai apaapa keterangan yang diberikan di Mahkamah dengan menggunakan lafaz asyhadu untuk membuktikan suatu hak atau kepentingan. Walaupun kesaksian merupakan kaedah pembuktian yang disepakati oleh para ulama, namun bagi kes-kes jenayah, ia memerlukan nisab yang tertentu. Majoriti ulamak bersetuju bahawa bilangan saksi bagi kes zina adalah empat orang (Mutawalli, Mahmud Aisyh, t.t) berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan orangorang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka 80 puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima kesaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik 91

Malaysian Journal of Syariah and law مجلة الشريعة والقانون بماليزيا Vol 7, June 2018 (Surah al-baqarah: Ayat 4). Bilangan saksi bagi kes-kes hudud dan qisas, selain jenayah zina dan qazaf, para ulama bersepakat bahawa hendaklah disaksikan sekurang-kurangnya oleh dua orang saksi lelaki, firman Allah SWT yang bermaksud: Dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu (Surah al-baqarah: 282). Kedudukan CCTV sebagai kaedah Pembuktian bagi kes-kes Jenayah dalam Perundangan Islam Hakikatnya, tidak terdapat nas secara khusus yang mengiktiraf CCTV (dokumen elektronik) sebagai kaedah pembuktian. Namun pensyariatan CCTV merujuk kepada pensyariatan umum dokumen sebagai kaedah pembuktian. Pandangan ulamak terhadap penerimaan dokumen termasuklah dokumen elektronik ini terbahagi kepada dua pandangan. (Al-Zuhaily, Muhammad, 1994) (i) Jumhur ulamak yang terdiri daripada Hanafi, Maliki dan sesetengah pengikut Syafie dan Hanbali menolak penerimaan dokumen sebagai kaedah pembuktian. (Al- Syīraziyy, 1995, Ibn Farhūn, 1995, Ibnu Qayyim, 1991 & Ibn Qudāmah, 1996). Hujah penolakan jumhur terhadap dokumen sebagai kaedah pembuktian adalah kerana dokumen mudah terdedah kepada pemalsuan. (ii) Menurut mazhab Maliki, sesetengah riwayat Ahmad dan sesetengah ulamak muta akhirin, dokumen sebenarnya adalah merupakan salah satu kaedah pembuktian yang dibenarkan syarak (Ibn Farhūn, Juz 1, Ibn Qayyim, Mohammad bin Abi Bakar, 2002, Al-Turuq al-hukmiyyah, Al-Qaherah, Dar al-hadith, Ibn Muflih, Muhammad, 2003). Setelah pengamatan dibuat, pendapat golongan ini lebih tepat kerana kekuatan hujah dikemukakan. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan Dengan hutang piutang Yang diberi tempoh hingga ke suatu masa Yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. (Surah Al-Baqarah: 2: 282). Di dalam ayat ini, Allah SWT menyebut perintah dokumen (menulis). Sekiranya dokumen tidak dapat dijadikan 92

PEMBUKTIAN MELALUI TELEVISYEN/ KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DALAM KES-KES JENAYAH: TINJAUAN UMUM BERDASARKAN UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM kaedah pembuktian, apa gunanya Allah SWT memerintahkan dokumen apabila transaksi hutang dibuat. Rasulullah SAW bersabda: Tidak berhak seorang Muslim yang memiliki sesuatu yang untuk diwasiatkan dan ia masih mempunyai kesempatan hidup selama dua malam melainkan hendaklah ia mempunyai wasiat yang ditulis. (Muslim, Ibn al-hujjaj al-qushairiy al-nisaburiy, 1997) Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menyuruh umatnya menulis wasiat. Sekiranya penulisan wasiat tidak penting dan tidak berfaedah, maka sudah tentulah Rasulullah SAW tidak akan menggesa umatnya berbuat demikian. (Al-Bukhari, Abu Abdullah Muḥammad Ibn Isma il. (1992), Al-Mawardiy, Ali bin Muhammad bin Habib, 1982).Terdapat hadis-hadis lain yang menyebut akan perihal Rasulullah SAW mengutuskan surat kepada raja-raja termasuk di Rom dan Parsi yang bertujuan untuk menyeru mereka kepada Islam. Ada antara hadis-hadis yang menyatakan Rasulullah menurunkan cap rasmi kerajaan, kerana sesetengah kerajaan tidak akan melayan mana-mana surat tanpa ada cap rasmi seperti dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra (Al-Zarqa, Mustafa Ahmad, 2007). Selain itu, Kaedah Fiqh (Qawaid al-fiqhiyyah) ada menyebut Al-Kitabah ka al-khitab yang bermaksud dokumen sama dengan lafaz (dalam menzahirkan kehendak dan niat di hati). (Ibn Abidin, 1995, Al-Bahutiy, Mansur bin Yunus, 2000, Ibn Qayyim, hlm 174). Kesemua hujah-hujah ini sebenarnya secara tidak langsung mengiktiraf CCTV sebagai kaedah pembuktian dalam perundangan Islam. Analisis Pandangan Ulamak terhadap penggunaan CCTV sebagai kaedah Pembuktian Tidak dinafikan kekuatan ikrar dan syahadah dalam pembuktian lebih-lebih lagi apabila ia dikukuhkan dengan nas-nas al-quran dan al-hadith. Pada masa yang sama, tiada seorang ulamak pun yang menafikan kekuatan pembuktian ikrar dan syahadah sebaliknya mereka bersepakat mengenai perkara ini. Namun demikian, timbul persoalan khususnya berkenaan dengan kesaksian; adakah saksi-saksi yang ada pada hari ini dalam keskes jenayah khususnya dalam kes zina menepati kehendak syarak. Dengan kerosakan yang berlaku pada hari ini, hampir mustahil 93

Malaysian Journal of Syariah and law مجلة الشريعة والقانون بماليزيا Vol 7, June 2018 saksi-saksi dapat memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan syarak. Jika perkara ini tidak diselesaikan, maka Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) [Akta 355] yang diperjuangkan oleh banyak pihak selama ini adalah hanya angan-angan kosong. Berbeza dengan keterangan melalui dokumen (CCTV), ia amat konsisten dan berkekalan jika disimpan dengan baik. Ia juga boleh disimpan sampai bila-bila masa sekalipun keterangan kesaksian atau ikrar telah dibuat puluhan tahun atau mereka yang terbabit telah meninggal dunia. Realiti, Persediaan dan cabaran Mahkamah Syariah di malaysia dalam Mengendalikan Kes-Kes Berkaitan Keterangan Elektronik Sehingga kini, Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa yang terhad kepada kes-kes kekeluargaan dan jenayah moral yang membabitkan umat Islam. Persoalannya, sekiranya diberikan bidang kuasa yang lebih luas, adakah Mahkamah Syariah bersedia untuk mengendalikan kes-kes yang menggunakan keterangan elektronik seperti CCTV? Di Malaysia, sememangnya tidak dinafikan penguasaan pengamal undangundang sivil mengenai dokumen elektronik lebih terkedepan berbanding Mahkamah Syariah. Keadaan ini bukan bermakna pengamal undang-undang di Mahkamah Syariah menolak pembuktian melalui keterangan elektronik. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka jarang didedahkan dengan kes-kes berkaitan dengan dokumen elektronik sedangkan penggunaannya sangat meluas pada hari ini. Di Mahkamah Syariah, tiada Akta khusus yang memperuntukkan tentang dokumen elektronik. Berbeza dengan Mahkamah Sivil, terdapat akta-akta khusus berkaitan dokumen elektronik misalnya Akta Tandatangan Digital 1997 dan Akta Perdagangan Elektronik 2006. Sekalipun Mahkamah Syariah tidak memperuntukkan maksud dokumen elektronik, namun skop dokumen sepertimana dalam seksyen 3 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, telah menunjukkan bahawa CCTV diklasifikasikan sebagai dokumen. Seksyen 3 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1997 menjelaskan bahawa apa-apa huruf, 94

PEMBUKTIAN MELALUI TELEVISYEN/ KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DALAM KES-KES JENAYAH: TINJAUAN UMUM BERDASARKAN UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM tanda, nombor, simbol atau isyarat yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apaapa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa jua pun peranti (alat atau perkakas) lain. Selain itu, Seksyen 49 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 secara jelas menganggap komputer sebagai keterangan primer. Seksyen 49 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 menyatakan bahawa Sesuatu dokumen yang dikeluarkan oleh komputer ialah keterangan primer. Kedua-dua seksyen ini sebenarnya membuktikan bahawa Mahkamah Syariah telah menerima CCTV sebagai kaedah pembuktian tanpa mengehadkan bagi kes-kes tertentu. Konsep dokumen dalam seksyen 3 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 ini sebenarnya telah diambil dari seksyen sama dari Akta Keterangan 1950 yang telah lama dipraktikkan di Mahkamah Sivil. Jika dilihat pengalaman Mahkamah Sivil di Malaysia berkaitan dokumen elektronik, Good J di dalam kes Munah Bte Ali lwn PP [1958] 1 MLJ 159, telah memutuskan bahawa rakaman video yang melibatkan proses boleh dikategorikan sebagai dokumen menurut takrifan seksyen 3 Akta Keterangan 1950. Selari dengan pembangunan sains dan teknologi serta perkembangan era globalisasi istilah dokumen haruslah dikembangkan dengan memasukkan bahan berbentuk elektronik dan digital dalam skop interpretasinya (Mohamad Ismail, 2006, hlm.4 & Wan Abdul Fattah, 2011, hlm.1). Begitu juga dalam kes Pendakwa Raya lwn Jawan Empaling[1996] 2 CLJ. dan Pendakwa Raya lwn Datuk Haji Sahar Arpan, [2007] 1 AMR, Mahkamah berpendapat salinan faks dan mikrofilem termasuk di bawah definisi dokumen seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 3 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Akta Keterangan 1950. Manakala dalam kes Mohd Ali Jaafar v Public Prosecutor, 1998] 4 MLJ, Mahkamah telah mensabitkan dakwaan rasuah terhadap tertuduh melalui pita rakaman. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan pita rakaman perbualan tertuduh sebagai bukti bagi mensabitkan dakwaan. Setelah penelitian pengesahan kesahihan pita rakaman tersebut, Mahkamah telah menerima pita rakaman 95

Malaysian Journal of Syariah and law مجلة الشريعة والقانون بماليزيا Vol 7, June 2018 sebagai bahan bukti bagi mensabitkan dakwaan rasuah terhadap tertuduh kerana pita rakaman suara juga dianggap sebagai dokumen (Jal Zabdi Mohd Yusof, 2008). Berdasarkan kes-kes yang dibicarakan di Mahkamah Sivil menunjukkan, dokumen memberi maksud yang cukup luas. Dokumen tidak hanya terhad kepada bentuk manual semata-mata, bahkan CCTV juga dikategorikan sebagai dokumen. Di dalam kes Ahmad Najib bin Aris v PP, 6 [2009] 2MLJ 613 meskipun tiada sijil dilampirkan, laporan pakar kimia dan rakaman CCTV diterima pakai sebagai dokumen yang dikeluarkan oleh komputer. Mahkamah Agong merujuk kepada kes Gnanasegaran dan Hanafi bahawa terdapat dua cara untuk membuktikan dokumen dikeluarkan oleh komputer sepertimana tertulis di dalam Seksyen 90A(1). Laporan kimia telah diterima pakai berdasarkan soal jawab yang teliti akan kebiasaan penggunaan CCTV dan ini telah menepati akan Seksyen 90A(3). Namun begitu, rakaman CCTV telah ditolak di dalam kes Gnanasegaran dan Hanafi oleh kerana tiada sijil dilampirkan mahupun bukti lisan dikemukakan dalam kes tersebut. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, YAA Dato Hj Zohdi Bin Hj. Toha, Ketua Hakim Selangor ketika itu pada awalnya telah meluluskan permohonan plaintif kerana plaintif berjaya mengemukakan qarinah yang boleh diterima oleh mahkamah iaitu resit/ cek sebagai dokumen dan wang bayaran balik. (Lihat Dato' Aria Diraja Dato' Hj Daud Bin Muhamad, 2002, hlm 1-11. Namun demikian, pada 4 April 2005 defendan telah membuat rayuan. Hakim Rayuan, YAA Dato Syeikh Ghazali Abd Rahman, YAA Datuk Abu Naim bin Haji Ihsan dan YAA Dato Ibrahim bin Lembut ketika itu telah menerima rayuan tersebut dan meminta penghakiman dibuat semula dengan mengemukakan saksi. Alasan penghakiman adalah pihak plaintif hendaklah mengemukakan saksi untuk menguatkan keterangannya. Kenyataan ini bersandarkan kepada seksyen 94-99, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 1991, yang mana pihak pendakwa hendaklah mengemukakan saksi dalam pendakwaan mereka. Hakim yang mengendalikan kes ini tidak merujuk kepada kes al-kindi dan Hadrami sebelum memutuskan penghakimannya. (Jurnal Hukum, 1426H). 96

PEMBUKTIAN MELALUI TELEVISYEN/ KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DALAM KES-KES JENAYAH: TINJAUAN UMUM BERDASARKAN UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM Pada hemat penulis, penghakiman yang telah dibuat oleh YAA Dato Zohdi bin Hj Toha, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri Selangor adalah lebih bertepatan dan memenuhi kehendak nas al-quran yang menggariskan secara umum mengenai dokumen. Justifikasi penulis adalah seperti berikut: (i) Hakim Rayuan tidak merujuk Seksyen 49 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 mengenai keterangan primer: Primary evidence means the document itself produced for the inspection of the Court: Explanation 3 A document produced by a computer is primary evidence. Dalam peruntukan ini jelas menunjukkan dokumen elektronik sudah memadai untuk dijadikan kaedah pembuktian tanpa memerlukan keterangan saksi seperti mana yang telah diminta oleh hakim-hakim rayuan. (ii) Dalam kes ini, hakim-hakim rayuan juga mungkin kurang pendedahan akan pelaksanaan dokumen elektronik. Ini kerana setiap proses penyimpanan, pengeluaran dan penghantaran duit sama ada secara on-line atau melalui cek seperti dalam kes ini, kesemua datanya tersimpan di dalam sistem atau di namakan sebagai dokumen elektronik. Bahkan keterangan dengan dokumen elektronik lebih kuat dan konsisten berbanding dengan kesaksian, kerana ia tidak berubah dengan berubahnya masa sekalipun pemiliknya telah lama meninggal dunia. Berbanding dengan kesaksian yang berkemungkinan berubah dengan berubahnya masa seperti lupa atau berkemungkinan saksi itu meninggal dunia. Penerimaan bahan-bahan digital sebagai bahan bukti mula diketengahkan di Mahkamah Syariah dan mengikut kajian yang dijalankan oleh Mohamad Azhan Yahya, Ahmad Azam Mohd Shariff dan Mohd Abu Hassan Abdullah (2017), empat jenis tuntutan kes pernah mengetengahkan bahan digital sebagai bukti iaitu: (a) kes permohonan pengesahan nikah Siti Adira Suhaimi dan Adenan Abu; (b) kes tuntutan fasakh Zabariah binti Mat Piah lwn Syed Abas bin Syed Ibrahim; 97

Malaysian Journal of Syariah and law مجلة الشريعة والقانون بماليزيا Vol 7, June 2018 (c) kes tuntutan nusyuz Mohd. Nizam bin Abdul Malik lwn Fauziah binti Mohd. Isa, Ahmad Faozi bin Mansor lwn Norhafizah binti Ahmad dan Ramlee bin Ismail lwn Masuah binti Abd Rashid; (d) kes tuntutan perceraian Moriazi bin Muhammad lwn Ajmawati binti Atan. Keterangan digital tersebut juga perlu disokong dengan keterangan lain seperti keterangan daripada pakar untuk mengesahkan keaslian dokumen digital tersebut. Sungguhpun begitu, pemahaman terhadap kebolehterimaan keterangan digital adalah kurang jelas dan mengakibatkan kes (d) diperintahkan untuk didengar semula dengan mengemukakan saksi-saksi yang menyokong tuntutan (Mohamad Azhan Yahya, Ahmad Azam Mohd Shariff dan Mohd Abu Hassan Abdullah, 2017). Permasalahan dan cabaran dalam menangani bahan-bahan bukti daripada bahan digital di kedua-dua mahkamah, iaitu Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil adalah lebih kurang sama cabarannya, iaitu kebolehterimaan bahan bukti tersebut tanpa saksi dan pakar serta kurang jelas akan bahan bukti tersebut untuk mensabitkan sesuatu kes. Apatah lagi, dalam mensabitkan seseorang yang dituduh dalam kes jenayah, ianya memerlukan bukti-bukti lain bagi mengukuhkan bukti yang dikemukan di Mahkamah Syariah, sebagai contoh dalam kes-kes khalwat. MASALAH DAN CABARAN PENERIMAAN CCTV (DOKUMEN ELEKTRONIK) SEBAGAI KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM KES-KES JENAYAH. Terdapat beberapa cabaran yang timbul dalam penerimaan dokumen elektronik sebagai bahan bukti, antaranya ialah isu kesahihan rakaman yang dibuat oleh CCTV. Bahan bukti elektronik sering terdedah kepada korupsi dan pencerobohan seperti yang berlaku dalam kes Alliance dan Leicester Building lwn Ghahremani. Dalam kes ini Mahkamah telah memutuskan untuk mengetepikan bukti terbabit kerana timbul keraguan mengenai kesahihan dokumen tersebut (Mohamad Ismail Bin Hj. Mohamad Yunus, 2006). Walaupun pernah terdapat kes-kes pemalsuan dokumen yang memaksa mahkamah menolaknya sebagai bahan bukti, 98

PEMBUKTIAN MELALUI TELEVISYEN/ KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DALAM KES-KES JENAYAH: TINJAUAN UMUM BERDASARKAN UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM namun ini tidaklah bermakna kesemua bukti elektronik ditolak mentah-mentah oleh hakim dalam perbicaraan. Perundangan Islam sendiri telah menggariskan beberapa panduan untuk membuktikan kesahihan sesuatu dokumen sebelum ia boleh diterima sebagai bahan bukti antaranya ialah dengan menggunakan khidmat pakar, khususnya dalam bidang elektronik forensik. Terdapat dalil al-quran dan al-sunnah mengenai pensyariatan pendapat pakar sebagai kaedah pembuktian khususnya dalam pengesahan dokumen. Perkataan ahlu al-zikr dan khabir merujuk kepada pendapat pakar. Firman Allah SWT yang bermaksud Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.(surah al- Nahl 16:43). Selain itu juga, pengesahan maklumat melalui pendapat pakar telah diterima semenjak zaman Rasulullah SAW yang mengiktiraf kenyataan Majzaz al-madlaji yang mengesahkan pertalian keluarga antara Usamah dan Zaid r.a. Kenyataan di atas menujukkan sekiranya dokumen itu telah diiktiraf kesahihannya dari pakar dan pakar tersebut telah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak, maka dokumen tersebut boleh diterima sebagai bukti termasuklah CCTV. Seksyen 33 (1-3) Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 secara jelas menyatakan bahawa: (1) Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atas sesuatu perkara mengenai undang-undang negara asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau berhubungan dengan penentuan nasab, maka pendapat atas perkara itu daripada orang yang mempunyai kemahiran khusus dalam undang-undang negara asing, sains atau seni itu, atau dalam soal tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau berhubungan dengan penentuan nasab, ialah qarinah. (2) Orang sedemikian itu dipanggil pakar. (3) Dua orang pakar atau lebih hendaklah dipanggil untuk memberikan keterangan jika boleh tetapi jika tidak terdapat dua orang pakar, maka keterangan seorang pakar adalah memadai. Jika dua orang pakar memberikan pendapat yang berlainan, maka pakar yang 99

Malaysian Journal of Syariah and law مجلة الشريعة والقانون بماليزيا Vol 7, June 2018 ketiga hendaklah dipanggil untuk memberikan keterangan. Di Malaysia, sememangnya terdapat pakar-pakar forensik khususnya forensik elektronik yang mempunyai kepakaran dalam bidang forensik dan mendapat pengiktirafan antarabangsa. Pakar forensik ini dapat mengesahkan keaslian sesuatu dokumen yang dipaparkan melalui CCTV sebelum ia dapat dijadikan bahan bukti. Menurut Encik Zambri, Ketua Jabatan Forensik Digital, Cyber Security Malaysia, tahap kebolehterimaan DNA dalam satu kes jenayah bunuh dan seumpamanya ialah 99.99%, namun tahap kebolehterimaan terhadap dokumen dalam CCTV setelah disahkan keasliannya adalah lebih tinggi dari 99.99%. Jika DNA dapat dijadikan bahan bukti dalam kes-kes jenayah, kenapa berlaku sebaliknya pada CCTV?. RUMUSAN DAN CADANGAN CCTV sebenarnya boleh dijadikan bahan bukti kerana ia merupakan keterangan elektronik berada di bawah konsep kitabah atau dokumentari atau wathaiq yang menjadi kaedah keterangan yang utama di mahkamah, sama ada di Mahkamah Syariah atau di Mahkamah Sivil. Sekiranya pembuktian melalui dokumen elektronik seperti CCTV tidak diterima pakai, maka agak sukar pindaan Akta 355 ini hendak dilaksanakan. Ini kerana syaratsyarat saksi yang telah digariskan amat sukar untuk dipenuhi. Setiap rakaman yang telah dibuat akan terlebih dahulu melalui saringan ketat oleh pakar-pakar yang memenuhi kriteria sepertimana yang telah digariskan oleh syarak. Bagi memantapkan lagi pelaksanaan keterangan elektronik di Mahkamah Syariah, Seksyen 90A seperti yang terdapat di dalam Akta Keterangan 1950 perlu ditambah ke dalam Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Ini kerana Seksyen 90A telah menggariskan peruntukan yang agak jelas mengenai dokumen elektronik. Pengamal undang-undang Syariah pada masa yang sama perlu juga diberi pendedahan yang lebih meluas mengenai dokumen elektronik dengan mewujudkan bahagian khususnya berkaitan dengan elektronik forensik. Ini kerana masih terdapat pengamal undang-undang dan hakim mahkamah yang masih agak 100

PEMBUKTIAN MELALUI TELEVISYEN/ KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DALAM KES-KES JENAYAH: TINJAUAN UMUM BERDASARKAN UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM kabur mengenai pelaksanaan dokumen elektronik sebagai salah satu kaedah pembuktian. Dengan pelaksanaan e-syariah, sudah tiba masanya setiap pengamal undang-undang Syariah untuk memandang positif tentang pembaharuan yang berlaku. RUJUKAN (2016) Section 90A Evidence Act 1950 of Malaysia: A Time for Review, Proceedings. 5th. Annual International Conference on Law Regulation and Public Policy 30-31 May 2016, Hotel Fort Canning Singapore. Akta Keterangan 1950 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Abd al-mutalib Abd. Razak Hamdan. (2007). Al-Da wa wa Ithbatiha fi al-fiqh al-jina I al-islami. al-iskandariyyah: Dar al-fikr al-jaami, hlm. 21. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Kelantan) 2002 (Pindaan 2017 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) (Akta 355) Al-Dimyathi, Abu Bakar. (1993). Hasyiah I anah al-talibin. Beirut: Dar al-fikr. Al-Farahaidi, Abd. Al-Rahman al-khalil ibn Ahmad. (t.t). Kitab al-ain. Beirut: Dar Ihya al-turath al-arabiyy. Al-Humaidhi, Abd. Al-Rahman Ibrahim. (1989). Al-Qadha wa Nizamuhu fi al-kitab wa al-sunnah. Makkah: Maahad al- Buhuth al- Ilmiyyah. Al-Jurjani, Ali ibn Muhammad. (t.t). Kitab al-takrifat. Al- Qaherah: al-irsyad. Al-Qurafi, Ahmad ibn Idris al-sanhaji al-misriyy al-malikiyy. Al- Dzakhirah fii furu al-malikiyyah. Beirut: Dar al-kutub al-ilmiyyah. Al-Zuhailiyy, Muhammad Mustafa. (1994). Wasail al-ithbat fi al- Syariah al-islamiyyah wa-muamalat al-madaniyyah wa 101

Malaysian Journal of Syariah and law مجلة الشريعة والقانون بماليزيا Vol 7, June 2018 al-ahwal al-syakhsiyyah. Riyadh: Maktabah al- Mu ayyad. Ibnu Abidin. (1995). Hasyiah Rad al-mukhtar ala al-durr al- Mukhtar Syarh Tanwir al-absar fii Fiqh Mazhab al-imam Abi Hanifah. Beirut: Dar al-fikr Ibnu Qayyim, Abu Abdullah Muhammad ibn Bakr. Al-Turuq al- Hukmiyyah fii al-siyasah al-syariyyah. Makkah: Dar Alam al-fawaid. Ibnu Taimiyyah, Ahmad. (2001). Majmu ah al-fatawa. Cetakan kedua. Juz 7, Al-Mansurah: Dar al-wafa, hlm 234. Lihat juga Ibnu Qayyim, 1996, Ilam al-muaqi in an Rabb al- Alamin, Juz 1, Dar al-kutub al- Ilmiyyah: Beirut, hlm. 71. Jackson, A (2013) The Admissibility of Identification Evidence Made on the Basis of Recognition from Photographs Taken at a Crime Scene R v Doherty [2016] EWCA Crim 246, The Journal of Criminal Law. Jal Zabdi Mohd. Yusoff. (2008). Pengenalan Undang-Undang Keterangan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Mahmud Saedon A. Othman. (2003). Undang-Undang Keterangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 42. Mohamad Azhan Yahya, Ahmad Azam Mohd Shariff dan Mohd Abu Hassan Abdullah (2017) Keterangan Dokumen Dalam Bentuk Digital di Mahkamah Syariah: Analisis Berkaitan Definisi serta Kebolehterimaannya di sisi Prinsip Syariah di Malaysia. Prosiding. The International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society, 4-5 Mac. 921-929 Muhammad Fawwaz (2008). Al-Wajiz fi al-uqud al-tijarah al- Elektroniyyah. Amman: Dar al-thaqafah, hlm 204. Mutawalli, Mahmud Aisyh. (t.t). Dhamanat fii al-qadha al- Islam. Beirut: Dar al-kutub al- Ilmiyyah, hlm. 103. Mohamad Ismail Bin Hj. Mohamad Yunus, Ph.D. (2006). Kedudukan Bahan Bukti (Exhibit) Elektronik Dan Digital Dalam Keterangan: Masalah Dan Cabaran Masa Kini. Kuala Lumpur: The INSAF Publication. 102

PEMBUKTIAN MELALUI TELEVISYEN/ KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DALAM KES-KES JENAYAH: TINJAUAN UMUM BERDASARKAN UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM Muslim, Ibn al-hujjaj al-qushairiy al-nisaburiy. (1997) Sahih Muslim. Juz 11, Dar al-hadith, Al-Qaherah, hlm 77. Paul, A. (2010). Evidence: Practie and Procedure. Selangor: LexisNexis Malaysia Radrakrishna, G (2012) Digital Evidence in Malaysia, Digital Evidence and Electronic Signature Law Review, 9, hlm 31-41. Sulaiman Markus. (1981). Usul al-ithbat wa Ijratuhu fii al- Mawad al-madniyyah fii al-qanun al-misriyy. Al- Qaherah: Alam al-kitab. Utusan Malaysia (2010) UTM Hasilkan CCTV imej 3D, http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt= 0619&sec=dalam_negeri&pg=dn_16.htm RUJUKAN KES R v Doherty [2016] 80(4) Crim L J 234-236. Munah Bte Ali lwn PP[1958] 1 MLJ 159. Pendakwa Raya lwn Jawan Empaling [1996] 2 CLJ. Pendakwa Raya lwn Datuk Haji Sahar Arpan [2007] 1 AMR. Mohd Ali Jaafar v Public Prosecutor [1998] 4 MLJ. Ahmad Najib bin Aris v PP6 [2009] 2MLJ 613, FC. 103

Malaysian Journal of Syariah and law مجلة الشريعة والقانون بماليزيا Vol 7, June 2018 104