HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI DARUL UKHUWAH, JOHOR BAHRU CHE KU SHALIHAH BT CHE KU ABDUL SATAR

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Penilaian Terhadap Kursus Mualaf Di Selangor. The Evaluation to the Mualaf Courses in Selangor

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR TERHADAP PERSONALITI LELAKI LEMBUT DI UTM

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU RUMAH TANGGA DALAM KALANGAN BAKAL PENGANTIN: KAJIAN DI PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

AL-HIKMAH. Jilid 9 ISSN M No H

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

TRANSFORMASI HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA DARI SUDUT EMOSI SELEPAS MEMELUK ISLAM DI JOHOR

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

PERSEPSI MUALAF TERHADAP PENGISIAN PENGISLAMAN DAN PROGRAM PEMBANGUNAN MUALAF: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN 1

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Pengurusan Agihan Zakat Asnaf Mu allaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) PROGRAM j-qaf DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON PENGERANG, JOHOR

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

PERSEPSI PELAJAR LELAKI SPI TERHADAP TABARRUJ DALAM KALANGAN SISWI UTM NORSAFAR BTE MD. KAMARZAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

FAKTOR INSANIAH DALAM PENGURUSAN KUALITI: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

ABSTRAK. menghidupkan syiar Islam di Brunei Darussalam. Oleh yang demikian, kajian ini

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESEJAHTERAAN DIRI MUALAF: ISU DAN CABARAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Journal of Nusantara Studies (JONUS)

PERANAN NGO ISLAM TERHADAP PERLAKSANAAN ISLAH DAN DAKWAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT NORSHIELA BINTI MD SAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

Transcription:

HUBUNGAN KEKELUARGAAN SAUDARA KITA: SATU KAJIAN DI DARUL UKHUWAH, JOHOR BAHRU CHE KU SHALIHAH BT CHE KU ABDUL SATAR Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC, 2004

iii DEDIKASI Ayahanda tersayang, YM Che Ku Abdul Satar Bin Sulong Dorongan dan semangatmu menyuluh diri tatkala kealpaan Tidak ada pemberian orang tua kepada anaknya yang lebih baik daripada budi (pendidikan) yang baik Hadis Riwayat al-tirmizi Bonda tercinta, Puan Fatimah @ Rokiah Bt Muda Kasih dan sayangmu mewarnai hidupku Tidaklah menimpa seseorang mukmin (lelaki mahupun perempuan) suatu kesusahan atau suatu penyakit atau suatu kegelisahan, walaupun sebatang duri yang menusuk kakinya, melainkan semuanya itu menjadi kifarat dari dosa yang dilakukannya Hadis Riwayat Muslim Mi & keluarga Pengorbananmu sentiasa terpahat di sanubari ini Kekanda dan adinda yang sentiasa di ingatan. Di mana pun ku berdiri kau kan tetap kuingati Kau selalu dekat dalam hati ini Buat nana,anim,eli dan zu Terima kasih kerana setiakawanmu, Kenangan bersamamu akan tetap di ingatan Daku bertuah kerana memiliki rakan-rakan sepertimu

iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta izin-nya, maka laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan dengan sempurna. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia projek yang dihormati, Ustaz Idris bin Ismail di atas segala nasihat, dorongan dan bimbingan serta tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan laporan PSM ini. Seterusnya, sekalung terima kasih buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor, pihak Jabatan Agama Johor, tenaga pengajar dan saudara kita di Darul Ukhuwah, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, pihak PERKIM Terengganu, dan sahabat-sahabat seperjuangan tahun 4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam usaha menyiapkan projek ini. Akhir kata, buat semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung, terima kasih diucapkan. Semoga berkat kerjasama ini, Allah s.w.t akan melipatgandakan pahala amalan kalian seterusnya mengurniakan kejayaan di dunia dan akhirat.aamin.

v ABSTRAK Golongan saudara kita menghadapi pelbagai polemik dan cabaran dalam menghadapi dunia baru mereka sebagai seorang Muslim. Golongan ini hendaklah dikasihi dan disayangi oleh masyarakat Islam memandangkan ia merupakan keluarga baru kita dan sesetengah daripadanya sudah hilang tempat bergantung, bermanja dan bermesra ekoran disingkir keluarga asal mereka. Kajian ini ditumpukan kepada hubungan kekeluargaan saudara kita, yang mengkhususkan kepada reaksi ahli keluarga terhadap keislaman mereka serta faktor-faktor penerimaan dan penolakan keluarga terhadap keislaman. Seramai 41 orang saudara kita yang mengikuti kelas pengajian di Darul Ukhuwah, Johor Bahru dipilih sebagai sampel kajian. Bagi memenuhi objektif, borang soal selidik yang menggunakan Skala Likert telah digunakan sebagai instrumen kajian. Selain itu, temu bual turut dijalankan bagi menambah maklumat. Data dianalisis secara statistik deskriptif dengan menumpukan kepada kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian mendapati hampir 80 peratus daripada responden tidak mendapat tentangan keluarga setelah mereka memeluk Islam. Di akhir kajian, beberapa cadangan juga telah dikemukakan sebagai panduan kepada pihak yang terlibat.

vi ABSTRACT The Muslim converts or our new brothers in Islam are facing variety of challenges and polemics through their new life as a Muslim. Supposedly, they should be showered with love and tender by Islamic society because they are part of our society. Moreover, some of them are no longer accepted by their family. The objective of this study is focused on their family relationship, especially family members reaction to their convertion beside acceptance and decline factors of family to convertion. The sample consist of 41 respondents at Darul Ukhuwah, Johor Bahru. Quiestionnaires method using Likert Scale had been used to achieve the objectives mentioned. Interviews had been conducted also in order to get more information. The study utilizes the descriptive analysis in the form of frequent, percentage and mean as the method to analyze the data. Result showed that almost 80 percent of the respondents are not facing any rejection from their family after their convertion to Islam. At the end of this study, some suggestions have been made as a guidance for those who involved.

vii SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN I Ii Iii Iv V Vi Vii Xiii Xiv Xv Xvi BAHAGIAN SATU PENGENALAN BAB I PENGENALAN 1.0 Pendahuluan 1 1.1 Latar Belakang Masalah 7

viii 1.2 Pernyataan Masalah 10 1.3 Objektif Kajian 11 1.4 Persoalan Kajian 11 1.5 Kepentingan Kajian 12 1.6 Batasan Kajian 13 1.7 Definisi Istilah 13 1.8 Penutup 15 BAHAGIAN DUA SOROTAN KAJIAN BAB II SOROTAN KAJIAN 2.0 Pendahuluan 16 2.1 Institusi Keluarga 16 2.2 Definisi Keluarga 18 2.2.1 Hubungan Kekeluargaan Saudara Kita 19 2.2.2 Tanggungjawab Saudara Kita Terhadap Keluarga Mereka 21 2.2.3 Kisah Pada Zaman Sahabat 23 2.2.4 Kes-Kes Mengenai Hubungan Kekeluargaan Saudara Kita 26 2.3 Pusat Aktiviti Saudara Kita, Darul Ukhuwah 30 2.4 Saudara Kita Pada Pandangan Fiqh Islam 31 2.4.1 Zakat 31 2.4.2 Pewarisan 34 2.4.3 Pemilikan Harta Benda 34 2.4.4 Pengurusan Harta Benda 35 2.5 Sorotan Kajian-Kajian Lepas 36 2.6 Penutup 39

ix BAHAGIAN TIGA METODOLOGI KAJIAN BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 40 3.1 Reka Bentuk Kajian 41 3.2 Lokasi Kajian 42 3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 42 3.4 Instrumen Kajian 43 3.5 Prosedur Kajian 44 3.6 Kajian Rintis 45 3.7 Analisis Data 46 3.8 Penutup 46 BAHAGIAN EMPAT ANALISIS DATA BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pendahuluan 47 4.2 Bahagiaan A: Latar Belakang Responden 48 4.3 Bahagian B : Reaksi Keluarga Terhadap Keislaman 57 4.3.1 Reaksi Ibu Terhadap Keislaman 59 4.3.2 Reaksi Ayah Terhadap Keislaman 60 4.3.3 Reaksi Adik Beradik Terhadap Keislaman 62 4.4 Bahagian C : Faktor Penerimaan Keluarga Terhadap Keislaman 65 4.5 Bahagian D : Faktor Penolakan Keluarga Terhadap Keislaman 69

x 4.6 Perincian Peratusan Item Bagi Responden Yang Bersetuju Dengan Item 73 4.6.1 Reaksi Keluarga Terhadap Keislaman 74 4.6.1.1 Reaksi Ibu 74 4.6.1.2 Reaksi Ayah 75 4.6.1.3 Reaksi Adik Beradik 76 4.6.2 Faktor Penerimaan Keluarga Terhadap Keislaman 77 4.6.3 Faktor Penolakan Keluarga Terhadap Keislaman 78 4.6 Penutup 79 BAHAGIAN LIMA PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN BAB V PERBINCANGAN KAJIAN 5.1 Pendahuluan 80 5.2 Perbincangan 81 5.2.1 Bahagian A 81 5.2.2 Bahagian B 86 5.2.3 Bahagian C 88 5.2.4 Bahagian D 90 5.3 Rumusan 96 5.4 Cadangan 97 5.4.1 Pertubuhan Kerajaan Dan Bukan Kerajaan 97 5.4.2 Keluarga Asal Saudara Kita 97 5.4.3 Masyarakat Islam 98 5.4.4 Saudara Kita 99 5.5. Cadangan Kajian Lanjutan 99 5.6. Penutup 100

xi BAHAGIAN ENAM SENARAI RUJUKAN SENARAI RUJUKAN 101 BAHAGIAN TUJUH LAMPIRAN LAMPIRAN 113

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Skala Likert 43 4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 48 4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 49 4.3 Taburan Responden Mengikut Status 49 4.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 49 4.5 Taburan Responden Mengikut Agama Asal 50 4.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 50 4.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa 51 4.8 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 52 4.9 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 52 4.10 Taburan Responden Mengikut Pendidikan Bapa 53 4.11 Taburan Responden Mengikut Pendidikan Ibu 54 4.12 Taburan Responden Mengikut Bilangan Adik Beradik 54 4.13 Taburan Responden Mengikut Anak Ke Berapa 55 4.14 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 56 4.15 Taburan Responden Mengikut Tahun Memeluk Islam 56 4.16 Taburan Responden Mengikut Ahli Keluarga Islam 57 4.17 Taburan Item Yang Dijawab Oleh Responden 58 4.18 Taburan Skor Bagi Item (ITEM A) 59 4.19 Taburan Skor Bagi Item (ITEM B) 61 4.20 Taburan Skor Bagi Item (ITEM C) 62 4.21 Taburan Skor Bagi Item 1 65 4.22 Taburan Skor Bagi Item 2 65 4.23 Taburan Skor Bagi Item 3 66

xiii 4.24 Taburan Skor Bagi Item 4 66 4.25 Taburan Skor Bagi Item 5 67 4.26 Taburan Skor Bagi Item 6 67 4.27 Taburan Skor Bagi Item 7 68 4.28 Taburan Skor Bagi Item 8 68 4.29 Taburan Skor Bagi Item 1 69 4.30 Taburan Skor Bagi Item 2 70 4.31 Taburan Skor Bagi Item 3 70 4.32 Taburan Skor Bagi Item 4 71 4.33 Taburan Skor Bagi Item 5 71 4.34 Taburan Skor Bagi Item 6 72 4.35 Taburan Skor Bagi Item 7 72 Taburan Skor Bagi Item 8 73 5.1 Min Bagi Ketiga-Tiga Objektif Kajian 96

xiv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.1 Bilangan Saudara Kita Yang Memeluk Islam Bagi Tahun 2000-2003 4 1.2 Bilangan Saudara Kita Yang Memeluk Islam Mengikut Jantina Bagi Tahun 2000-2003 5 4.1 Bilangan Dan Peratus Responden Yang Menjawab Item B 64 4.2 Peratusan Bagi Item Di Bahagian B (ITEM A) Reaksi Ibu Terhadap Keislaman 74 4.3 Peratusan Bagi Item Di Bahagian B (ITEM B) Reaksi Bapa Terhadap Keislaman 75 4.4 Peratusan Bagi Item Di Bahagian B (ITEM C) Reaksi Adik Beradik Terhadap Keislaman 76 4.5 Peratusan Bagi Item Di Bahagian C Faktor Penerimaan Keluarga Terhadap Keislaman 77 4.6 Peratusan Bagi Item Di Bahagian C Faktor Penerimaan Keluarga Terhadap Keislaman 78

xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Set Soal Selidik 106 B Item Temu Bual 113 C Surat Perakuan Fakulti Untuk Menjalankan Kajian 114 D Statistik Data Pengislaman Saudara Kita Tahun 2000-2001 115 E Jadual Kelas Pengajian 118

SENARAI SINGKATAN Saw SRP SPM STPM SWT JAJ JHEAT PERKIM Sallahualaihiwasalam Sijil Rendah Pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Subhanahu Wa Taala Jabatan Agama Johor Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Saudara baru merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada orang-orang yang baru memeluk agama Islam. Istilah ini mula diguna pakai pada tahun 1970-an. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, saudara baru sama ada Cina, India atau masyarakat lain sering dirujuk dan diistilahkan sebagai mualaf oleh masyarakat Islam amnya dan masyarakat Melayu khasnya. Mualaf bermaksud orangorang yang dipujuk atau dijinakkan hatinya dengan harapan dapat menguatkan pegangan mereka terhadap Islam atau orang-orang yang dipujuk supaya tertarik untuk memeluk Islam (Amran Kasimin 1985 : 9). Penggunaan istilah ini adalah untuk menyesuaikan dengan firman Allah dalam al-quran :

2 Maksudnya : Sesungguhnya sedeqah-sedeqah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir miskin, amil-amil yang menguruskan zakat, orang-orang yang dijinakkan hatinya (menerima Islam), hamba-hamba yang hendak dibebaskan, orang-orang yang berhutang dan bagi dibelanjakan ke jalan Allah dan orang-orang yang musafir, sebagai satu kewajipan yang diwajibkan Allah, dan Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. ( Al Taubah : ayat 60 ) Al-Qurtubi dalam tafsirnya menjelaskan bahawa ayat di atas secara jelas dan terang telah menyenaraikan senarai mereka yang berhak untuk menerima zakat antaranya ialah golongan mualaf. Sementara itu, al-qaradawi dalam kitabnya Fiqh al-zakat telah menyebut bahawa mualaf ialah mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya atau keyakinannya dapat bertambah terhadap Islam, atau sekurang-kurangnya akan terhalang niat jahatnya untuk melakukan kejahatan terhadap muslimin, atau pun dengan harapan akan adanya sebarang kemanfaatan mereka dalam membela dan menolong kaum muslimin daripada sebarang ancaman musuh. Manakala Imam Syafi e, Imam Hassan dan al-zuhri berpendapat, golongan mualaf adalah merujuk kepada orang yang asalnya beragama selain Islam, kemudiannya memeluk Islam. Kebanyakan mereka masih lemah imannya dan amat memerlukan bimbingan dalam perkara-perkara keagamaan. Di samping itu, golongan ini juga memerlukan bantuan dan sokongan dalam aspek-aspek lain seperti kebajikan, kewangan dan sebagainya. Perkataan mualaf merupakan satu istilah yang pernah dipopularkan sedikit masa dahulu dengan merujuk kepada mereka yang baru memeluk agama Islam daripada pelbagai etnik dan keturunan. Namun begitu, kebanyakan saudara baru menganggap kalimah mualaf cukup janggal bagi mereka. Malah, penggunaan kalimah itu menyebabkan mereka merasa tersisih dan tersinggung. Ada di kalangan

3 mereka yang tidak gemar dengan identiti mualaf kerana merasakan kehidupan mereka agak asing dari segi interaksi mahupun komunikasi dalam masyarakat. Selain itu, persepsi masyarakat terhadap konsep mualaf haruslah diperbetulkan. Jika tidak, ia akan menambahkan jurang antara Melayu Muslimdengan Muslimdari bangsa lain. Situasi ini sudah tentu tidak bertepatan dengan semangat persaudaraan dalam Islam. Justeru, ia ditukar kepada istilah lain, iaitu saudara baru. Mengenai penggunaan kata saudara baru pula, para pengkaji mendapati bahawa istilah tersebut bukanlah berasal daripada istilah Arab atau pun terjemahan daripadanya, tetapi diambil daripada penyesuaian kata mualaf yang bermaksud orang yang dijinakkan hatinya, yang hampir keseluruhan mereka masih lemah imannya dan memerlukan bimbingan dan tarbiah. Tarikh bermulanya saudara baru memeluk Islam di Malaysia tidak dapat dipastikan dengan tepat. Mungkin sejarahnya sama dengan kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu. Dari segi kuantiti, jumlah mereka yang memeluk agama Islam semakin bertambah dari masa ke masa. Secara keseluruhannya, jumlah teramai saudara baru yang memeluk Islam di Malaysia adalah terdiri daripada etnik Cina (Amran Kasimin : 1985 : 30). Keadaan ini berlaku mungkin secara kebetulan ianya seiringan dengan jumlah orang Cina yang paling ramai di Malaysia selepas orang Melayu, diikuti etnik Iban, India, orang Asli, Dayak, dan lain-lain. Berdasarkan statistik Data PengIslaman Saudara Kita bagi Daerah Johor Bahru, Negeri Johor Darul Takzim bagi tahun 2000-2002, seramai 355 orang daripada kaum Cina memeluk Islam, diikuti 253 orang etnik Iban, 249 orang daripada kaum India, 94 orang daripada kaum Kadazan, Bidayuh seramai 71 orang, Orang Asli pula seramai 22 orang, warga asing sejumlah 103 orang dan bangsabangsa lain seramai 63 orang.

4 Peratusan pemeluk Islam kian meningkat saban tahun di seluruh dunia. Sekalipun dikekang dan dihambat, kekangan dan hambatan terus gagal. Ibarat air yang deras membuak, semakin disekat, isipadu air semakin berkumpul kukuh. Apabila saat dan ketikanya sampai, keupayaan bendungan menjadi goyah sedang bendungan terdesak, retak, runtuh dan pecah. Air terus menghambur, membaur dan mengalir pantas dengan membentuk cawangan-cawangan kecil bagi faedah seluruh penghuni alam maya. Begitulah perumpamaan yang dapat menggambarkan penganut-penganut Islam daripada pelbagai bangsa dewasa ini. Meskipun menghadapi pelbagai dugaan, cabaran dan ancaman, mereka tetap teguh dalam pegangan dan tidak memberi kesan sama sekali kepada pertambahan jumlah pemeluk Islam meskipun terdapat pelbagai cerita pahit manis, suka duka pemeluk-pemeluk Islam sebelumnya. Bagi tahun 2000 sahaja, sebanyak 348 orang memeluk agama Islam dengan pelbagai latar belakang dan bangsa. Pada tahun 2001, seramai 406 orang memeluk Islam dan jumlah ini dilihat bertambah pada tahun berikutnya, tahun 2002 seramai 456 orang. ( Rujuk Rajah 1.1 dan 1.2). Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 :Bilangan Saudara Kita Yang Memeluk Agama Islam Rajah 1.1: Bilangan Saudara Kita Yang Memeluk Islam Bagi Tahun 2000 Hingga 2002 B i l a n g a n 500 400 300 200 100 0 456 406 348 2000 2001 2002 2000 2001 2002

5 Rajah 1.2 : Bilangan Saudara Kita Yang Memeluk Islam Mengikut Jantina Dari Tahun 2000 Hingga 2002 B Bil i an l ga a n g a n 350 300 250 200 150 100 50 0 332 295 230 118 111 124 2000 2001 2002 Lelaki Perempuan Tahun Sumber : (Statistik Data PengIslaman Saudara Kita), Jabatan Agama Johor. Tatkala membicarakan persoalan saudara baru, timbul persoalan yang terlintas di minda, apakah golongan ini patut digelar saudara baru semata-mata kerana ia baru sahaja memeluk Islam? Jawapannya sudah tentu tidak. Sebaliknya, penggunaan kata ini hanyalah sebagai landasan perbezaan antara seorang Muslim secara keturunan dan mereka yang baru memeluk agama Islam. Pengkelasan ini bertujuan untuk memudahkan pihak-pihak tertentu seperti badan-badan dakwah untuk berinteraksi dan berkomunikasi serta menjalankan operasi dakwah ke atas mereka. Sebagai perbandingan makna dengan Kamus Dewan (2002 : 900), mualaf diertikan sebagai orang yang baru memeluk agama Islam atau saudara baru. Saudara baru adalah perkataan yang digunakan secara meluas dewasa ini. Terdapat pelbagai reaksi masyarakat terhadap penggunaan perkataan ini. Segelintir masyarakat tidak menyukai bahkan tidak bersetuju dengan pemakaian istilah tersebut dengan berasaskan rasional bahawa ia hanya akan meletakkan golongan ini di lapisan kedua dalam heirarki masyarakat Muslim. Namun begitu, kedapatan juga masyarakat dan mereka yang baru memeluk Islam sendiri yang tidak bersetuju dengan pemakaian istilah ini atas alasan dan sebab-sebab yang tertentu. Meskipun begitu,

6 realitinya golongan ini (saudara baru) adalah merupakan suatu aset yang amat penting dan berharga dalam konteks dakwah di Malaysia amnya, dan dalam masyarakat Muslim khasnya. Nor Raudah Siren (2000) selaku Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Manusia, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, menjelaskan dalan Jurnal Usuluddin, saudara baru merupakan masyarakat Islam yang dimuliakan di sisi Allah yang memerlukan bimbingan dan keprihatinan bagi memantapkan lagi keimanan dan keyakinan mereka terhadap agama baru yang mereka anuti. Mereka juga berharap orang Islam sendiri menerima mereka sebagai saudara seagama tanpa sebarang prejudis. Menurut Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester (Majalah I : 2003), ada yang menyarankan agar perkataan mualaf atau saudara baru digantikan dengan perkataan lain yang lebih menampakkan kemesraan dan sama tarafnya dalam masyarakat. Perkataan yang paling sesuai menurutnya ialah saudara kita yang kini kerap digunakan oleh jabatan agama Islam di seluruh negara. Perkataan saudara kita dari sudut takrif sama sahaja dengan saudara baru, iaitu merujuk kepada mereka yang baru memeluk Islam. Namun, penggunaan kalimah ini sehingga kini lebih selesa, tepat dan diterima khususnya oleh kumpulan itu sendiri. Secara global, perkataan ini dapat menghapuskan jurang perbezaan dan sebarang diskriminasi antara orang baru dan orang lama dalam agama Islam. Penulis sendiri merasakan lebih selesa dengan penggunaan istilah saudara kita agar tidak menyinggung mana mana pihak di samping menyahut reformasi umum tentang kata panggilan ini kerana kata ini dirasakan lebih mesra dan bersesuaian dengan konteks dunia globalisasi dewasa ini. Meskipun terdapat kepelbagaian kata yang digunakan, sebarang prejudis dan tanggapan negatif daripada anggota masyarakat akan terhakis sekiranya imej diri mereka dibina berlandaskan garis panduan Islam serta menjadikan Islam sebagai

7 corak hidup mereka sehinggalah ianya sebati dengan diri mereka. Akhirnya, pihak yang memandang enteng terhadap mereka selama ini akan terbuka mata mereka dengan usaha dan kegigihan para mualaf. Al Khaliq, Allah sendiri telah memberi peringatan-nya dalam al-kitab : Maksudnya : Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsabangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. ( Al Hujurat : ayat 13 ) Ayat ini sekaligus menghapuskan dasar diskriminasi serta ketidakadilan, termasuklah dalam persoalan baru atau pun lama seseorang itu memeluk agama Islam. Kayu ukur kemuliaan seseorang di sisi Allah ialah aspek ketakwaan. 1.2 Latar Belakang Masalah Saudara kita merupakan golongan yang perlu dipelihara oleh semua pihak. Mereka memerlukan khidmat nasihat dan sokongan yang padu daripada semua pihak. Masyarakat umum mengetahui bahawa pelbagai polemik dan cabaran dihadapi oleh mereka yang baru memeluk Islam. Namun begitu, berapa ramaikah daripada masyarakat yang sedar tentang masalah dan hubungan kekeluargaan para saudara kita setelah memeluk Islam. Ramai mengakui institusi keluarga memainkan peranan penting dalam perkembangan mental dan fizikal seseorang. Tidak terkecuali

8 saudara-saudara kita, golongan ini lebih memerlukan sokongan dan pemahaman keluarga mereka dalam melayari dunia baru dengan berpaksikan syahadah dan takrir kepada Yang Esa. Nor Raudah Siren (2000) ketika mengulas tentang saudara baru menyatakan : saudara baru merupakan masyarakat Islam yang dimuliakan di sisi Allah yang memerlukan bimbingan dan keprihatinan bagi memantapkan lagi keimanan dan keyakinan mereka terhadap agama baru yang mereka anuti. Mereka juga berharap agar masyarakat Islam sendiri boleh menerima mereka sebagai saudara seagama tanpa sebarang prejudis. Dalam menjalani kehidupan yang serba baru, golongan saudara baru tidak terlepas dari pelbagai cabaran yang mampu menggugat keimanan mereka sekiranya ia tidak benar-benar teguh. Pelbagai masalah terpaksa didepani sama ada dari segi emosi, adat, budaya, kekeluargaan, ekonomi, kerjaya, birokrasi, perundangan dan sebagainya. Masalah-masalah ini mampu merebak dan mengesani saudara baru dengan lebih serius hingga ke peringkat kembali kepada agama asal (murtad) sekiranya ia tidak ditangani dengan segera ( Lokman Ab. Rahman 1995 : 62 ). Antara cabaran dan masalah besar yang sering membelenggu saudara kita menyentuh hubungan kekeluargaan ialah penyingkiran oleh kaum keluarga dan masyarakat asal (Anuar Puteh : 2000). Secara umumnya, masyarakat asal mereka menganggap penukaran agama kepada agama Islam sebagai satu perbuatan yang terkutuk dan amat dibenci kerana mereka beranggapan bahawa Islam adalah agama orang Melayu sahaja. Ia adalah satu bentuk pengkhianatan dan penghinaan kepada keturunan dan perjuangan bangsa. Bagi mereka juga, ia memutuskan ikatan kekeluargaan dan keturunan yang dibina selama ini.

9 Lantaran itu, ada di kalangan saudara kita yang disingkir keluarga dan masyarakat asal mereka. Masalah ini bukanlah satu fenomena yang baru bahkan ianya seakan-akan telah menjadi satu tradisi yang wujud bersama-sama dengan penerimaan saudara kita yang memeluk agama Islam. Namun begitu, sejak kebelakangan ini masalah tersebut agak berkurangan. Situasi ini mungkin terjadi ekoran kesedaran dan pengetahuan masyarakat bukan Islam itu sendiri, bahawa agama Islam itu bukan membawa kepada permusuhan dan perseteruan. Selain itu, terdapat juga situasi di mana sesetengah ahli keluarga boleh menerima keislaman saudara kita, tetapi ditentang ketua keluarga atau pun ahli keluarga yang lain. Berdasarkan temuramah yang dijalankan oleh penyelidik bersama Encik Mohd Fahmi Bin Abdullah, terdapat ugutan yang dikeluarkan oleh ketua keluarga untuk membunuh anaknya jika ia pulang ke rumah. Oleh itu, sudah pastinya individu yang berhadapan dengan ugutan ini takut untuk balik ke rumah atau kembali berhubungan seperti dahulu dengan ahli keluarganya. Berdasarkan beberapa polemik yang telah diutarakan, jelaslah di sini keluarga baru mereka setelah melafazkan syahadah, iaitu masyarakat Islam sendirilah menjadi harapan untuk mereka yang bermasalah dengan keluarga asal mereka untuk meneguhkan keyakinan dan memantapkan keimanan. Menurut Datin Sabariah Tuan Ishak (2002), selaku Pengerusi PERKIM Kelantan : nasib serta penderitaan saudara kita tetap dikongsi bersama. Jelaslah di sini bahawa saudara kita tidak keseorangan dalam menghadapi masalah dan cabaran. Justeru, seluruh umat Islam bertanggungjawab untuk samasama menghulurkan bantuan daripada pelbagai aspek, bagi meringankan beban yang ditanggung saudara-saudara kita, agar akidah dan keimanan mereka terus padu dan kukuh.

10 Memetik kata-kata Setiausaha Kehormat PERKIM Kelantan, Hj Ghazali Abd Rahman (2003) : Kita perlu membantu mereka dari segi kewangan, khidmat nasihat dan membimbing mereka menghayati Islam sepenuhnya. Justeru, umat Islam seluruhnya hendaklah bersedia menghulurkan bantuan dan sokongan serta dorongan yang mantap daripada pelbagai aspek kepada saudara kita yang pastinya mengambil masa untuk memantapkan kedudukan mereka sebagai seorang Muslim yang mengalami pelbagai polemik dan cabaran ekoran tekanan dan spekulasi daripada pelbagai pihak. Jelaslah di sini bahawa tanpa sokongan keluarga, amat payah untuk seseorang melayari kehidupan apatah lagi apabila menganut agama yang baru. Pelbagai masalah dan cabaran yang dihadapi saudara kita diketengahkan oleh ramai pengkaji dan penulis, namun sukar dan mungkin tiada rekod khusus dicatatkan tentang hubungan kekeluargaan saudara kita setelah memeluk Islam. Menyedari kekosongan penemuan berkaitan tajuk ini, penyelidik merasa terpanggil untuk memenuhi kekurangan tadinya dengan mengkaji tentang hubungan kekeluargaan saudara kita setelah mereka memeluk Islam. 1.3 Pernyataan Masalah Generalisasi tentang masuk Islam, masuk Melayu telah menjadikan sebahagian daripada saudara kita terbelenggu dengan tekanan dan penolakan daripada keluarga asal mereka. Natijahnya, kehidupan mereka sebagai seorang Muslim terpaksa diteruskan tanpa sokongan keluarga di samping terputus hubungan kekeluargaannya dengan insan-insan yang disayanginya.

11 Bertitik tolak daripada permasalahan dan situasi di atas, kajian dibuat untuk memastikan bahawa adakah benar penolakan dan reaksi negatif terhadap keislaman responden masih berlaku pada masa kini. Jika ya, apakah faktor-faktor penolakan keluarga terhadap keislaman saudara kita. Jika tidak, apakah faktor-faktor penerimaan keluarga terhadap saudara kita. Segala persoalan akan cuba dikupas dalam kajian ini. 1.4 Objektif Kajian Objektif umum penyelidikan ini adalah untuk mengetahui penerimaan keluarga terhadap para saudara kita. Antara objektif khususnya pula adalah seperti berikut : 1.4.1 Mengetahui reaksi keluarga terhadap keislaman saudara kita. 1.4.2 Mengetahui faktor-faktor penerimaan keluarga terhadap saudara kita. 1.4.3 Mengetahui faktor-faktor penolakan keluarga terhadap saudara kita. 1.5 Persoalan Kajian Bagi menjalankan penyelidikan ini, perkara tersebut telah difokuskan kepada beberapa persoalan penting berdasarkan objektif yang telah digariskan. Persoalan tersebut adalah : 1.5.1 Sejauh mana penerimaan keluarga terhadap keislaman saudara kita. 1.5.2 Adakah saudara kita menghadapi masalah kekeluargaan setelah mereka memeluk Islam.

12 1.5.3 Apakah faktor penerimaan keluarga terhadap saudara kita selepas keislaman mereka. 1.5.4 Apakah faktor penolakan keluarga terhadap saudara kita selepas keislaman mereka. 1.6 Kepentingan Kajian Diharapkan agar kajian ini dapat membantu mana-mana pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan dalam rancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti dakwah mereka terhadap saudara kita dan masyarakat Islam. Penulis juga berharap agar pihak-pihak ini dapat mempertingkatkan bantuan seperti khidmat nasihat terhadap mereka yang baru memeluk Islam. Selain itu, kajian ini juga penting buat masyarakat Islam, agar mereka beroleh informasi tentang hubungan kekeluargaan saudara kita setelah memeluk Islam. Kajian ini juga perlu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Islam umum tentang situasi saudara kita setelah memeluk Islam, agar mereka sama-sama dapat membantu dalam meringankan beban dan masalah serta penderitaan yang ditanggung oleh saudara kita. Di samping itu, kajian ini juga penting bagi orang perseorangan serta individu-individu yang berminat untuk mengkaji tentang hubungan kekeluargaan saudara kita dan ianya bermanfaat sebagai perintis kajian yang seterusnya. Mana-mana pendakwah juga boleh memanfaatkan kajian ini dalam usaha untuk menyebarkan dakwah Islamiah kepada golongan bukan Islam atau pun masyarakat Muslim sendiri. Secara umumnya, kajian ini juga bermanfaat bagi semua pihak dan dapatan kajian ini juga boleh diaplikasikan untuk aktiviti dakwah dalam usaha untuk mempertingkatkan dan memperluas syiar Islam.