PRINSIP ASAS LATIHAN DALAM ISLAM KE ARAH PENINGKATAN PRESTASI KERJA GURU

Similar documents
MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

KAJIAN PEMIKIRAN DAN AMALAN REFLEKSI DI KALANGAN GURU PELATIH SAINS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NOR HASNIZA BINTI IBRAHIM

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

KAJIAN PEMIKIRAN DAN AMALAN REFLEKSI DI KALANGAN GURU PELATIH SAINS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NOR HASNIZA BINTI IBRAHIM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Persepsi Siswa/Siswi Terhadap Kaedah Merujuk Buku Dalam Peperiksaan: Satu Kajian Kes Di Institut Teknologi Tun Hussein Onn. 1.0 PENGENALAN sejarah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

PROSIDING PERKEM IV, JILID 2 (2009) ISSN: X

DINAMIKA PENDAKWAH MELAKSANA DAKWAH PELBAGAI ETNIK

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

KAEDAH PAMERAN DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN GURU PELATIH KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH.

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

APLIKASI ROBOT ḤAJARUL ASWAD DALAM MEMBANTU MENGINGAT PERISTIWA PERLETAKAN ḤAJARUL ASWAD PENDIDIKAN ISLAM

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

Transcription:

PRINSIP ASAS LATIHAN DALAM ISLAM KE ARAH PENINGKATAN PRESTASI KERJA GURU Zety Azlin Elias, Ahmad Marzuki Mohamad, dan Mohd Nasir Ripin Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia. zety.azlin@yahoo.com Abstrak Kajian ini dijalankan untuk memberi panduan kepada guru-guru untuk menggunakan latihan yang pernah diterima sebelum atau sewaktu menjadi seorang guru. Seorang guru perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang diperlukan sebagai asas pengajaran agar bersesuaian dengan suasana pembelajaran yang berubah mengikut peredaran masa (Fullan & Mascall, 2000). Sebagai seorang pendidik, latihan yang diperolehi oleh mereka adalah bertujuan untuk membekalkan kemahiran dalam melaksanakan kurikulum serta meluaskan pengetahuan mereka tentang sesuatu perkara disamping dapat menambah pengetahuan tentang kebolehan akademik, profesional, prinsip dan kaedah pendidikan (Rosley, 1998). Dalam Islam, guru mempunyai tanggungjawab yang besar dan sangat berperanan dalam menjayakan matlamat pendidikan Islam (Al-Kaylani, 2005). Ini adalah kerana, ia melibatkan pengajaran ilmu agama sebagai panduan hidup dan pembangunan diri insan secara menyeluruh demi mencapai matlamat di dunia dan di akhirat (Al-Nahlawy, 1983; Al-Kaylani, 2005; Halim.et.al, 2012; al- Sad 38:67). Perwatakan guru amat penting kerana ia menggambarkan personaliti mereka. Ia boleh dipupuk melalui sifat-sifat spiritual seperti, jujur, ikhlas, kasih sayang, sabar, taqwa, warak dan ditambah juga dengan sifat fizikal seperti pakaian, tempat tinggal, tutur kata, tingkah laku, kebersihan diri dan sebagainya. Kesemua faktor yang bakal digariskan adalah ke arah peningkatan prestasi kerja guru yang diharapkan. Kata Kunci : Latihan Dalam Islam, Peranan Guru, Prestasi Kerja Guru 1.0 PENGENALAN Latihan merupakan satu keperluan kepada sesebuah organisasi atau bagi sesuatu tempat pekerjaan di mana ia dikendalikan oleh bahagian sumber manusia atau seksyen latihan. Sesuatu latihan itu akan dapat meningkatkan kemampuan kerja, pengetahuan dan kemahiran di dalam tempoh perkhidmatannya. Apabila seseorang pekerja itu diberi latihan, ia akan dapat mengikuti arus perubahan dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan pekerjaannya (Kahirunnezam, 2004). Apabila kemahiran dan pengetahuan ditingkatkan, pekerja menjadi lebih berkeyakinan dan kerjaya mereka juga boleh berkembang kerana latihan yang diberikan dapat membawa kepada peringkat yang lebih tinggi seterusnya motivasi kerja juga turut meningkat (Zafir dan Fazilah, 2003). Justeru itu, sesebuah organisasi perlulah memikirkan apakah langkah-langkah ke arah peningkatan prestasi pekerjanya seperti guru yang sentiasa terdedah dengan perubahan era globalisasi agar matlamat melahirkan generasi yang maju dan berjaya dapat di capai. Di dalam kajian ini, tumpuan adalah pada aspek latihan perguruan yang memfokuskan kepada teknik pengajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, guru perlu dibekalkan dengan latihan yang bersesuaian agar pengajaran dapat

Prinsip Asas Latihan Dalam Islam Ke Arah Peningkatan Prestasi Kerja Guru disampaikan dengan lebih berkesan dan menepati kehendak kurikulum yang ditetapkan (Santyasa, 2010; Mustafa dan Norasmah, 2011). Tambahan pula terdapat beberapa kaedah latihan yang dianjurkan Islam yang sesuai dilaksanakan di sekolah oleh guru yang pernah menerima latihan dengan menggabungjalin pengetahuan sedia ada dengan teknik-teknik latihan seperti yang pernah diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat yang boleh dijadikan panduan. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Pada kebiasaannya program latihan yang diberikan oleh pihak yang mengendalikan latihan kepada guru akan dapat meningkatkan komitmen, menambah ilmu, membina kemahiran, berkomunikasi, mentadbir dan merancang. Perlu diketahui setiap program latihan adalah berkonsepkan serta bertujuan menggalakan peningkatan keupayaan fizikal dan teknikal, membentuk sikap berkumpulan, mengasuh mentaliti agar bersikap positif dan peningkatan kerohanian. Ia juga untuk menghasilkan generasi yang mengetahui keperluan mereka, menyelesaikan masalah bukannya sebahagian dari masalah (Hisham, 1992). Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberikan panduan kepada warga pendidik untuk menambahbaik teknik pengajaran dan pembelajaran serta sikap dan perwatakan guru ketika menyampaikan sesuatu ilmu. Antara masalah yang dihadapi oleh guru ialah kebanyakan guru suka menghabiskan sukatan pelajaran secara tradisional. Guru merasakan sesuatu pengisian latihan yang pernah diterima gagal menarik minat guru kerana kaedah konvensional tidak dapat menandingi kaedah PdP secara tradisional (Azizah, 2006). Persepsi begini menyebabkan guru masih kekal dengan pendekatan sedia ada dan lebih selesa mengamalkan budaya lama. Masalah ini sebagaimana kajian Azizah (2006) yang mendapati kaedah tradisional belum mampu menandingi PdP secara konvensional seperti penggunaan perisian kursus dalam kalangan guru dan pelajar sekolah di Malaysia serta gagal menarik minat mereka. Oleh itu, pihak pengurusan latihan perlulah mengambil langkah yang lebih baik agar masalah ini boleh diatasi ke arah melahirkan guru yang lebih inovatif, kreatif serta bijak untuk mencuba sesuatu yang boleh mengubah kebiasaan mereka. Di samping itu juga, kebanyakan guru lemah dalam penguasaan ilmu, pengkaedahan PdP, penggunaan atau pengaplikasian ICT terutama dalam PdP, selain keperibadian dan personaliti (Ab Halim, 2010; Nik Rosila, 2007; Syed Najmuddin et.al, 2009; Kamarul Azmi, 2010, Siti Fatimah & Ab. Halim, 2010; Kamarul Azmi et.al, 2011; Nor Fadhlina, 2014) merupakan antara perkara yang dikesan dalam sistem pendidikan di sekolah. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil agar guru merasa selesa dan senang untuk mengadaptasikan pemikiran dan cara mereka. Apabila banyak perkara dibaiki, ia akan menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja guru. Spector (2003) mengatakan prestasi kerja yang baik akan dapat meningkatkan produktiviti organisasi. Viveswaran dan Ones (2000), mengatakan prestasi kerja adalah tindakan berskala, tingkah laku dan hasil kerja pekerja yang berhubung dengan sumbangan mereka terhadap matlamat organisasi. Selain daripada itu, latihan yang pernah diberikan kepada guru didapati kurang efektif dan menepati serta memenuhi kehendak guru (Mumtaz, 2002) turut menyumbang kepada kelemahan PdP guru di dalam bilik darjah. Kandungan bahan latihan yang disampaikan semasa latihan perlulah mempunyai kepelbagaian bahan yang sesuai dengan keperluan semasa guru agar dapat diaplikasikan di peringkat sekolah (Mulyasa, 2005; Hendri Joprison, 2009; Mustafa dan Norasmah, 2011). Berdasarkan beberapa permasalahan yang terdapat dalam kajian ini, maka prinsip asas latihan yang bercirikan Islam perlu dibina untuk menjadi panduan kepada guru ke arah peningkatan kerja mereka. Konsep latihan menurut Islam, ianya bersumberkan al-quran dan 40

Proceeding of 1 st International Conference on Research, Language, and Education (ICoRaLE2017) 11th October 2017, Dr. Zainuddin Jaafar Hall Auditorium, International Islamic University College Selangor eisbn: 978-967-2122-23-4 Sunnah. Ini adalah kerana tujuan ia diturunkan untuk melatih manusia menjadi baik dalam semua bidang kehidupan, sama ada secara fizikal, spiritual, sosial, politik, ekonomi, pendidikan dan sudah pasti akan melahirkan modal insan yang cemerlang (Hazarudin, 2007). 3.0 SOROTAN LITERATUR Menurut Bagheri dan Khosravi, (2006) dan Abderrahman Hassi (2012), menyatakan bahawa latihan dari segi Islam, melibatkan tindakan dan tidak hanya secara kognitif, tetapi adalah secara praktikal bagi membangunkan keupayaan mereka. Seorang guru juga perlu mempunyai kebijaksanaan praktikal dan bukan sekadar mengetahui teori sahaja supaya ia menghasilkan PdP yang maksimum dan bermanfaat. Beberapa konsep Islam boleh dikaitkan secara langsung terhadap latihan dan pembangunan profesional guru. Abderrahman Hassi (2012), menyatakan bahawa perkara tersebut adalah: 3.1 Itqan Ia bermaksud kesedaran tentang peningkatan diri. Menurut Brainine dan Pollar (2006), ia adalah perjuangan berterusan dalam diri seseorang untuk memperbaiki dirinya dalam usaha untuk mencapai kerja yang lebih baik. 3.2 Al-Falah Ia bermaksud keadaan seseorang untuk mencapai kecemerlangan, kesempurnaan dan kejayaan dalam kerjayanya. Ia termasuklah nilai-nilai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam hal peribadi dan professional kerana ia merupakan sesuatu yang ideal bagi seorang Muslim melakukan kerja dengan lebih baik, mementingkan kualiti hasil kerja, mempelajari kemahiran yang baru serta memperolehi pengetahuan yang baru. 3.3 Ihsan Ia bermaksud kewajipan kerohanian yang selari dengan prinsip akauntabiliti, ketelusan, keikhlasan dan keadilan antara majikan dan pekerja (Ali, 2005). Oleh itu, latihan dalam Islam amatlah penting bagi mencapai dan menentukan perkembangan organisasi Islam supaya masyarakat dan mereka yang terlibat akan lebih relevan dan bermakna dalam tindakannya serta sesuai dilaksanakan di mana-mana sahaja. Dalam Islam, guru mempunyai tanggungjawab yang besar dan sangat berperanan dalam menjayakan matlamat pendidikan Islam (Al-Kaylani, 2005). Ini adalah kerana, ia melibatkan pengajaran ilmu agama sebagai panduan hidup dan pembangunan diri insan secara menyeluruh demi mencapai matlamat di dunia dan di akhirat (Al-Nahlawy, 1983; Al- Kaylani, 2005; Halim.et.al, 2012; al-sad 38:67). Berdasarkan kajian yang pernah dijalankan oleh Al-Ghazali, t.th; Abdul Fattah, 2011; Kamarul Azmi dan Ab Halim, 2007; Ahmad dan Ab Halim, 2010 dan Ab Halim et.al, 2012 merumuskan beberapa komponen yang perlu diberikan perhatian dalam aspek prinsip asas latihan guru adalah sebagaimana berikut : (a) Personaliti Guru Personaliti adalah perwatakan seseorang individu dan dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah lakunya di dalam situasi pada sesuatu ketika. Perwatakan guru amat penting kerana ia menggambarkan personaliti mereka. Ia boleh dipupuk melalui sifat-sifat spiritual seperti, 41

Prinsip Asas Latihan Dalam Islam Ke Arah Peningkatan Prestasi Kerja Guru jujur, ikhlas, kasih sayang, sabar, taqwa, warak dan ditambah juga dengan sifat fizikal seperti pakaian, tempat tinggal, tutur kata, tingkah laku, kebersihan diri dan sebagainya. Oleh itu setiap guru perlu mempersiapkan diri mereka bagi membolehkan diri mereka dihormati oleh pelajar dan masyarakat. Mereka yang terlibat dengan perancangan latihan perlu mencungkil personaliti seorang guru agar mereka berketrampilan dan berusaha menjadi manusia yang mengetahui tentang kelebihan di dalam diri mereka. Apabila seorang guru itu mempunyai keyakinan diri yang tinggi, ia akan menjadikan mereka tampil dengan perwatakan yang menarik dan berkeyakinan. (b) Pengetahuan Pedagogi Kandungan Seorang guru perlu mempunyai pengetahuan yang kukuh tentang pedagogi dalam PdPnya. Ia merujuk bagaimana guru menentukan bentuk pengajaran yang sesuai di dalam kelas terutama tentang kandungan mata pelajaran meliputi elemen pendekatan, strategi, teknik, pengurusan bilik darjah, interaksi guru dan kesesuaian BBM yang digunakan (Shulman, 1987; Kamarul Azmi, 2012). Sehubungan itu, guru perlu berkemampuan untuk melaksanakan metodologi pengajaran tilawah Al-Quran, hadis, sejarah, sirah, ibadah dan juga akhlak dengan cara yang berbeza (Ahmad Yunus dan Ab.Halim, 2010). Oleh itu, pengurusan latihan perlu menitikberatkan pedagogi dalam pendidikan dengan mengulang semula kaedah pengajran yang dipelajari oleh mereka sewaktu menerima latihan guru dahulu. (c) Kepelbagaian Kemahiran Guru Guru hendaklah mempunyai kemahiran mengajar termasuklah bimbingan dan penilaian, pengelolaan, perancangan, penyampaian supaya ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan berkesan melalui strategi, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar disamping mengikut teori PdP (Kamarul Azmi, 2012). Ia termasuklah peringkat permulaan PdP diikuti dengan peringkat perkembangan konsep dan diakhiri dengan aktiviti peneguhan dan pengukuhan (Kamarul Azmi dan Ab.Halim, 2007; Kamarul Azmi, 2012). Justeru itu, penekanan kepada pelbagai teknik untuk mengenalpasti kemahiran guru perlu diambil kira. Ini adalah kerana, kemahiran seseorang itu berbeza mengikut pengalaman dan pendedahan yang dilalui. (d) Motivasi Dalam PdP Seorang guru perlu membangkitkan motivasi untuk belajar kepada pelajar kerana pembelajaran bukan merupakan satu keutamaan bagi sesetengah manusia. Motivasi merupakan salah satu unsur penting yang membolehkan PdP berlangsung dalam keadaan yang berfaedah dan bermakna (Al-Ghazali, t.th; Kamarul Azmi, 2012). Oleh itu, seorang guru bukan sahaja perlu mempunyai dan bersedia mempunyai kemahiran mengajar dan penguasaan ilmu, malah perlu bijak menggunakan teknik motivasi yang pelbagai untuk mendorong minat pelajar seterusnya menjayakan proses pemindahan ilmu (Ali Murad, 2003; Kamarul Azmi, 2012). (e) Ilmu Pengetahuan Guru Sebagai seorang guru, ia perlu meningkatkan pengetahuannya sama ada cara mengajar atau bidang yang diajarnya (Al-Abrasyi, 1974; Kamarul Azmi, 2012). Ia termasuklah penguasaan tentang perkara lain seperti pengetahuan agama, sejarah, geografi, matematik, bahasa dan sebagainya (Al-Nahlawy, 1983; Kamarul Azmi, 2012). Ini adalah kerana ketinggian ilmu akan menjadikan seorang guru itu dihormati dan dipercayai oleh pelajarnya. Guru perlu diberikan latihan berterusan kerana kebanyakan guru mempunyai latar belakang pendidikan dan kelulusan yang berbeza-beza. Oleh itu, latihan yang mantap berkaitan dengan pengetahuan guru tersebut perlu diambil kira agar seorang guru itu boleh menjadi pakar dalam bidang yang diceburinya itu. 42

Proceeding of 1 st International Conference on Research, Language, and Education (ICoRaLE2017) 11th October 2017, Dr. Zainuddin Jaafar Hall Auditorium, International Islamic University College Selangor eisbn: 978-967-2122-23-4 4.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk : (a) Meninjau sama ada terdapat hubungan antara latihan dengan prestasi kerja guru (b) Menganalisis sama ada prinsip asas latihan menjadi peramal terhadap peningkatan prestasi kerja guru Persoalan-persoalan kajian adalah berdasarkan objektif kajian sebagaimana berikut : (c) Adakah terdapat hubungan antara latihan dengan prestasi kerja guru (d) Apakah prinsip asas latihan menjadi peramal terhadap peningkatan prestasi kerja guru 5.0 ANALISIS DATA Reka bentuk kajian adalah merupakan pelan penyelidikan bagi memperolehi bukti empirikal terhadap isu kajian (Mohd Majid, 1990; Mohd Najib, 2011; Adibah, 2013). Apabila reka bentuk tepat ia akan mencari jawapan kepada persoalan kajian. Ia juga merujuk kepada pelan pelaksanaan kajian termasuk pengumpulan dan penganalisisan data dengan menetapkan pendekatan yang sesuai bagi menjawab persoalan kajian (Othman, 2011; Adibah, 2015). Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu mengaplikasikan soal selidik yang diedarkan kepada responden yang terdiri dari guru akademik. Menurut Mohd Najib (2003), penyelidikan jenis ini bermatlamat untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku. Ia juga memerlukan pengkaji mengenal pasti pemboleh ubah dalam kajian. Kajian ini dibuat untuk mendapatkan maklumbalas mengenai objektif kajian yang telah ditetapkan sebelum ini. Dalam penyelidikan ini nilai kekerapan dan peratusan digunakan bagi menganalisis maklumat terhadap konsep latihan dalam Islam dan perestasi kerja guru. Penganalisisan pemeringkatan min menggunakan nilai skor min bagi setiap elemen latihan dalam Islam dan elemen peningkatan prestasi kerja guru dalam organisasi di sekolah. Kaedah regresi berganda merupakan kaedah yang membolehkan penyelidik membuat andaian berkaitan kolerasi nilai yang bergantung antara dua pemboleh ubah. Regresi berganda digunakan untuk mengenal pasti peramal yang terdiri daripada faktor elemen prestasi kerja guru. Kolerasi memberi penekanan penentuan terhadap hubungan antara dua pemboleh ubah iaitu kolerasi pearson (r) yang digunakan untuk mengukur darjah dan arah perhubungan secara linear antara dua pemboleh ubah. 6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN Berdasarkan latarbelakang dan penryataan masalah yang terdapat dalam kajian ini, pengkaji mengharapkan agar langkah-langkah penambahbaik yang dikemukakan akan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Seorang guru perlu juga mengambil peluang yang diberikan dengan menggunakan setiap latihan yang diberikan agar prestasi kerja yang diharapkan akan ditingkatkan. Selain daripada itu, seorang guru perlu juga ada kesedaran tentang kepentingan perubahan kaedah pengajaran yang lama kepada yang terkini memandangkan perubahan dalam sistem pendidikan adalah sangat pesat dan cepat. Teknologi dan kemudahan yang terdapat pada masa kini perlu dikuasai oleh guru agar selari dengan perkembangan minda pelajar serta tahap pemikiran mereka. Ini kerana, seorang guru tidak boleh hanya bergantung kepada pengetahuan sedia ada tanpa membuat penambahbaikan mengikut peredaran semasa. 43

Prinsip Asas Latihan Dalam Islam Ke Arah Peningkatan Prestasi Kerja Guru Merujuk kepada objektif kajian ini, pengkaji juga mengharapkan agar prinsip asas latihan yang digariskan akan dapat dijadikan panduan kepada guru agar latihan yang diterima dan kaedah pengajaran tidak hambar dan membosankan ketika PdP dijalankan. Sikap dan personaliti guru perlu diubah agar ia juga menjadi salah satu tarikan kepada pelajar untuk mengikuti sesi pembelajaran dalam keadaan yang selesa dan menarik. Keperluan bagi seorang guru untuk menguasai pedagogi serta ilmu yang diajar juga merupakan satu bonus yang perlu dititikberatkan agar pengetahuan itu menjadikan mereka pakar dalam bidang kerjaya mereka. 7.0 RUJUKAN Abderrahman Hassi (2012). Islamic Perspectives On Training And Professional Development, Journal of Management Development, Vol. 31 Issue: 10,pp 1035-1045 Adibah Latip (2013). Pembangunan Instrumen Penilaian Akhlak Pelajar (IMPAK) di Institut Pengajian Tinggi Awam. (Doktor Falsafah), Universiti Teknologi Malaysia, tidak diterbitkan. Ali, AJ (2005). Islamic Perspectives On Management and Organization. Edward Elgar Publishing, Cheltenham. Al-Kaylani, Majid Arsan (2005). Ahdaf al-tarbiyyah al-islamiyyah. Dubai: Dar al-qalam, Emiriah Arab Bersatu Ahmad Yunus, K. & Ab.Halim, T. (2010). Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) Pengajaran Akidah: Kajian Kes Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic Education.2 (2): 13-30. Brainine, M. and Khosravi, Z (2006). Human Resource Management With Islamic Management Principles: A Dialectic For A Reverse Diffusion in Management, Personnel Review, Vol.39 No.6, pp.712-27 Hendri Joprison (2009). Peran Pelatihan Dalam Peningkatan Kompetensi Guru di SMAN 1 Kecamatan Gunung Toar Kapubaten Kuantan Singingi Propinsi Riau. Tesis Sarjana. Program Pasca Sarjana Manajemen dan Bisnis. Institut Pertanian Bogor Hisham Altalib (1992). Panduan Latihan Bagi Petugas Islam, Penterjemah Wan Izzudin Wan Sulaiman. Nurin Enterprise, Kuala Lumpur. Hisham Altalib (1992). Panduan Latihan Bagi Petugas Islam, Penterjemah Wan Izzudin Wan Sulaiman. Nurin Enterprise, Kuala Lumpur. Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbit UTM Press. Kamarul Azmi Jasmi (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia, tidak diterbitkan. Kamarul Azmi Jasmi dan Mahussain Mohd Zain (2010). Institusi Sosial dalam Institusiinstitusi Islam. Fakulti Tamadun Islam (FTI). Universiti Teknologi Malaysia. Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab.Halim Tamuri dan Mohd Izham Mohd Hamzah (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic & Arabic Education 3 (1) Hlmn 59-74. Khairunneezam Mohd Noor (2004). Asas Konsep Program Latihan Sumber Manusia Dalam Organisasi. Fakulti Pengurusan. Penerbit USIM: Kuala Lumpur 44

Proceeding of 1 st International Conference on Research, Language, and Education (ICoRaLE2017) 11th October 2017, Dr. Zainuddin Jaafar Hall Auditorium, International Islamic University College Selangor eisbn: 978-967-2122-23-4 Mumtaz Begam Abdul Kadir (2008). Kesan Integriti Kepimpinan dan Pengurusan Kualiti Menyeluruh Dimensi Kemanusiaan Terhadap Iklim Proses Organisasi di Institut Pendidikan Tinggi MARA. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. M Nur Mustafa dan Norasmah Othman (2011). Latihan Dalam Perkhidmatan Bagi Meningkatkan Kualiti Pendidikan Guru di Pekanbaru Riau, Indonesia. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(2): 19-24 Mulyasa, E (2005). Menjadi Guru Profesional: Mencipta Pembelajaran Kreatif dan Menyenangkan. Bandung: Remaja Rosdakarya Mohd Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Noor Fadhlina Nawawi (2014). Hubungan Antara Pengajaran dan Pembelajaran Keperibadian dan Kemhairan Guru Pendidikan Islam Dengan Motivasi Pelajar. Tesis Sarjana Muda Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. tidak diterbitkan. Rosley Abdullah (1998). Latihan Dalam Perkhidmatan: Kajian Dari Perspektif Persepsi Guru. Ijazah Sarjana Sains, Universiti Malaysia Sarawak. Syed Najmuddin Syed Hassan, Ab Halim Tamuri, Ishak Othaman, Mohd Sabri Mamat (2009). Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Profesionalisme Guru Pendidikan Islam MRSM, Journal Of Islamic And Arabic Education 1 (2).hlm.31-50. Santyasa (2010). Keberadaan dan Kepentingan Pengembangan Model Pelatihan Untuk Pembinaan Profesi Guru. Tesis Sarjana. Universitas Pendidikan Ganesha. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohamad Hasun (2003). Mengurus latihan dan Kerjaya. Kuala Lumpur, Leeds Publications. 45