Kewangan Sosial Islam ISLAMIC SOCIAL FINANCE

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGAGIHAN ZAKAT OLEH INSTITUSI ZAKAT DI MALAYSIA: MENGAPA MASYARAKAT ISLAM TIDAK BERPUAS HATI?

ZAKAT COLLECTION AND DISTRIBUTION IN MALAYSIA

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

LOKALISASI TADBIR URUS ZAKAT DI MASJID: KAJIAN DI BANDAR BARU BANGI SELANGOR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

JAWHAR. JURNAL PENGURUSAN. Vol. 4, No. 1, 2010 ISSN KANDUNGAN JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR) JURNAL

Kewangan Sosial Islam ISLAMIC SOCIAL FINANCE

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

LOKALISASI PENGAGIHAN ZAKAT DAN CADANGAN KHIDMAT SOSIAL Satu Tinjauan Awal di Malaysia

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Zakat: Analisis Pengurusan dan Trend Agihan di Melaka

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Prosiding SEMINAR KEBANGSAAN EMAS DALAM INSTITUSI KEWANGAN DI MALAYSIA. 22 Mac Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Agihan Zakat: Perbandingan antara Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

WAR 24 MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI DALAM PENILAIAN KEBERKESANAN PROSEDUR PERMOHONAN ZAKAT PENDIDIKAN SECARA ELEKTRONIK (E-DERMASISWA)

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

JURNAL PENGURUSAN JAWHAR

LOKALISASI PENGAGIHAN ZAKAT DAN CADANGAN KHIDMAT SOSIAL: SATU TINJAUAN AWAL 1

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR PENENTU MEMBAYAR ZAKAT DI BADAN AMIL ZAKAT NASIONAL (BAZNAS) DALAM KALANGAN PEMBAYAR ZAKAT DI KOTA MEDAN, INDONESIA

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

KEPERLUAN KEPADA SKIM BANTUAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) ATAU LIFELONG LEARNING UNTUK FAKIR MISKIN MENERUSI ZAKAT

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

HAIRUNNIZAM WAHID 1 SANEP AHMAD 2 MOHD ALI MOHD NOR 3 MARYAM ABD RASHID 4 Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Nur Aliah Mohd Sukeri 1 Zulaikha Mohd Hanafiah 2 Hairunnizam Wahid 3

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Ahmad Fahme, M.A., Mohd Faisol, I., Muhammad Ridhwan, A.A., & Fuadah, J.

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PROGRAM USAHAWAN BAGI MEMPERKASAKAN EKONOMI GOLONGAN ASNAF: PEMANTAUAN DARI APLIKASI MYEMA ABSTRACT

Penerimaan Masyarakat Terhadap Perlindungan Takaful

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

PEMERKASAAN SISTEM ZAKAT DI MALAYSIA: PERMASALAHAN DAN CADANGAN PELAKSANAAN

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Jurnal Pengurusan JAWHAR LEMBAGA EDITOR

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

Transcription:

Kewangan Sosial Islam ISLAMIC SOCIAL FINANCE PROSIDING PERSIDANGAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM MALAYSIA KE-3 2016 PROCEEDINGS OF THE 3 RD CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016 Disunting oleh: Sharifah Shazwani Syed Mohamed Muhammad Hakimi Mohd Shafiai Amiratul Nadiah Hasan Suhaili Alma amun UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI 2016

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016 PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM (CMIEF) 2016 Cetakan Pertama, 2016 Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu. Diterbitkan dan dicetak oleh Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia http://www.ekonis-ukm.my/ Tarikh dan Tempat Persidangan: 24 Ogos 2016 / 21 Zulkaedah 1437 International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Jalan Elmu Off Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur Anjuran Bersama: Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Islam Hadhari UKM, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF), KUIS, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi Islam, UKM ISBN 978-983-3198-94-8 ii

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016 ISI KANDUNGAN Isi Kandungan Kata Pengantar iii vi WAQF & CROWDFUNDING Aplikasi Konsep Istibdal ke Arah Penjanaan Dana Wakaf Oleh Perbadanan Wakaf Selangor Oleh Afiffudin Mohammed Noor & Che Zuina Ismail Peranan Waqaf Dalam Meningkatkan Pendapatan Nelayan Tradisional di Kuala Langat Oleh Aidil Afandi Mohamad Alias, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Mohd Adib Ismail Potensi Waqf Dalam Pengurusan Bekalan Sumber Air Terawat di Kalangan Negara Islam Terpilih Oleh Mohammad Nasrul Hakim Roslan & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai Wakaf Penerbangan Sebagai Bentuk Baru Perniagaan Sosial Islam : Kajian di Air Riths Airline. Oleh Mohd Salleh Abd Kadir & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Oleh Nur Fahana Zahari, Nur Adila Ayub & Hairunnizam Wahid Isu-isu dan Penglibatan Organisasi Bukan Kerajaan di Dalam Crowdfunding Oleh Anisa Syazwani Aris Equity Crowdfunding Patuh-Syariah di Malaysia Oleh Hud Sabri, Shahida Shahimi & Suhaili Alma amun Dana Untuk Pendidikan di Universiti Melalui Crowdfunding: Satu Kajian Awal Oleh Nur Saadah Rozali, Suhaili Alma amun & Shifa Mohd Nor Potensi Sukuk dalam Membangunkan Tanah Wakaf di Malaysia: Satu Tinjauan Oleh: Latifah Nuroniah Selamat & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai Proposal Penubuhan Platform Crowdfunding Berasaskan Wakaf Dari Segi Perundangan Malaysia Oleh Nur Sakinah Nabilah Nor Saeran, Suhaili Alma amun & Asma Hakimah Ab. Halim The Role of Muslim Millionaires in Enhancing Waqf-Based Crowdfunding: A Proposed Framework Oleh Wan Shamilah Wan Mohammed, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, Mohd Fairuz Md Salleh 1 8 18 31 43 53 62 78 89 104 129 iii

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016 ZAKAT & PERCUKAIAN Analisis Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor Oleh Ahmad Fathi Aminuddin, HairunnizamWahid & Mohd Ali Mohd Nor Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat Oleh Mohd Yusof Bin Ismail Hairunnizam Wahid Zulkefly Abdul Karim Localization Model for Education Zakat Distribution Among University Students: A Theoretical Proposal to Islamic Religious Councils in Malaysia (IRC) With Cooperation of Selangor Zakat Board (LZS) Oleh Noor Afiqah Che Soh, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor Lokalisasi Agihan Zakat Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian Atas Status Anak Negeri Oleh Nurul Aqilah Jalaludin, Noor Afiqah Che Soh & Hairunnizam Wahid Lokalisasi dan Sosialisasi Antara Amil Dan Asnaf: Kajian di Malaysia Oleh Ramizah Begam Abd Aziz, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Oleh Samsiah Jumati, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor Analisis Perubahan Pola Agihan Zakat: Kajian Kes Negeri Kelantan Oleh Wan Nurhanini Wan Hassim & Hairunnizam Wahid Layanan Cukai Terhadap Amalan Kewangan Sosial Islam di Malaysia Oleh Nur Liyana Omar, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Suhaili Alma mun 142 158 167 181 191 200 213 226 TAKAFUL Review On Trust in Takaful Agent-Client Relationship Oleh Aimi Fadzirul Kamarubahrin & Syadiyah Abdul Shukor Melindungi Golongan Berpendapatan Rendah Melalui Takaful Mikro: Prospek & Cabaran Oleh Mardziah Idris & Hendon Redzuan Penganggaran Tahap Kesolvenan Pengendali Takaful Dengan Skor-Z Altman Oleh Noor Huzaidah Husin, Rubayah Yakob & Hairunnizam Wahid Kajian Empirikal Terhadap Penentu Kepada Polisi Luput Pelan Takaful Keluarga Oleh Norasykeen binti Mohd Baharom & Rubayah Yakob Penerimaan Penjawat Awam Terhadap Skim Perlindungan Takaful Keluarga di Putrajaya Oleh Ratna Edayu Bt Jumiran & Hendon Redzuan 236 245 264 280 291 iv

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016 KONTRAK DAN PEMBIAYAAN ISLAM Potensi Pembiayaan Kewangan Islam Dalam Peningkatan Produktiviti Perladangan Kelapa Sawit di Kalangan Pekebun Kecil Oleh Muhammad Zaid Fahmi Bin Mahadzir Kontrak Al-Murabahah Purchase Order (MPO): Implementasi Dalam Produk Pembiayaan Kenderaan Daripada Sudut Memenuhi Keperluan Pengguna Oleh Nazhatul Shima Abdul Rahman & Hairunnizam Wahid Pengurusan Dana Masjid Di Malaysia: Satu Kajian Mengenai Penggunaan Akaun Amanah Oleh Norakma Sabran, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad Pemahaman Penjawat Awam Terhadap Produk Pembiayaan Perumahan Secara Islam Oleh Kerajaan Oleh Norzulaily Binti Ahmad Kamal, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Ruzian Markom Maqasid Al-Shariah in Ar-Rahnu Oleh Nur Rasyidah Kamaruzaman & Salina Haji Kassim 313 322 334 343 357 LAIN-LAIN ISU BERKAITAN EKONOMI ISLAM Impak Kepercayaan Dan Kesetiaan Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) Terhadap Risiko Kecairan Oleh Nurul Ain Mohd Pauzi, Aisyah Abdul Rahman & Shifa Mohd Nor Tingkah Laku Perancangan Persaraan dan Isu Caruman KWSP Pekerja Sektor Swasta di Melaka Oleh Nurul Fariha Jamaludin, Suhaili Alma amun & Hairunnizam Wahid Faktor-faktor Mempengaruhi Pemilihan Produk Halal Farmaseutikal Oleh Rabiatul Aiisyah Muhammad, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid Perkembangan Industri Makanan Halal Jepun di Malaysia Oleh Sharifah Shazwani Syed Mohamed, Mohd Ali Mohd Noor & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai Pasar Islam: Sebuah Model Masyarakat Ekonomi Madani Kajian Menerusi Al-Quran, Hadis Dan Pasar Pada Masa Khulafaurrasyidin Suwandi, Muhammadi Hakimi Mohd Shafiai & Wan Nasyrudin Wan Abdullah 367 381 394 405 414 v

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016 KATA PENGANTAR Persidangan Ekonomi dan Kewangan Islam Malaysia (CMIEF) 2016 ini bertemakan KEWANGAN ISLAM SOSIAL. Penganjuran persidangan ini merupakan kesinambungan daripada persidangan CMIEF 2015 di mana penganjurnya adalah Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Institut Islam Hadhari, UKM. Namun pada tahun 2016, pihak EKONIS telah bekerjasama dengan Institut Islam Hadhari UKM, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF) KUIS, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi Islam, UKM bagi sama-sama menjayakan penganjuran CMIEF 2016 Persidangan ini diadakan adalah lebih tertumpu bagi membincangkan hasil kajian dalam bidang kewangan Islam sosial dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan Islam. Disamping itu, persidangan ini juga merupakan menjadi wadah perbincangan ilimah antara penyelidik, pensyarah, pelajar pascasiswazah dan juga pengamal industri di Malaysia. Melalui prosiding persidangan ini, kertas kerja yang mempunyai potensi akan diterbitkan di dalam jurnal berindeks selain dikumpulkan untuk memberi manfaat kepada semua pihak. vi

PROCEEDING OF THE 3 rd CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016 PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016 LOKALISASI DAN SOSIALISASI ANTARA AMIL DAN ASNAF: KAJIAN DI MALAYSIA Ramizah Begam Abd Aziz 1 Hairunnizam Wahid 2 Mohd Ali Mohd Nor 3 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600, UKM Bangi, Selangor ABSTRAK Institusi zakat memainkan peranan penting dalam konteks mewujudkan keadilan dan pengagihan semula kekayaan. Selain dari kepuasan ganjaran pahala dan keberkatan hidup, pembayar zakat juga mengharapkan agar dana tersebut dapat diagihkan dengan cekap dan efisyen. Kebelakangan ini timbul isu ketidakcekapan dalam pengagihan zakat dimana ianya menimbulkan masalah lebihan zakat yang tidak diagihkan. Pihak pengurusan zakat dikatakan tidak dapat mengenalpasti asnaf yang berkelayakan secara tepat terutamanya golongan fakir dan miskin. Sehubungan itu dicadangkan kaedah lokalisasi iaitu pengecilan kawasan agihan zakat bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya dibantu oleh amil yang profesional sebagai pemangkin untuk menjayakan dan melaksanakan kaedah lokalisasi pengagihan zakat. Justeru itu kajian ini akan mengenalpasti peranan penting amil dalam lokalisasi pengagihan zakat. Ianya turut menunjukkan hubungan diantara amil dan asnaf serta bagaimana hubungan ini dapat mengatasi masalah pengagihan zakat. Seterusnya kajian ini juga akan menunjukkan jurang yang wujud antara amil dan asnaf serta cara untuk mengatasi jurang tersebut. Kajian ini dianalisis secara deskriptif berdasarkan data primer dari enam negeri di Malaysia iaitu Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Kedah dan Melaka. Hasil kajian mendapati bahawa amil berperanan penting sebagai medium kepada lokalisasi pengagihan zakat. Kajian ini juga akan menjelaskan beberapa ciri penting yang perlu ada pada setiap ami lagar jurang yang wujud dapat dirapatkan. Beberapa cadangan dan implikasi dasar juga turut dicadangkan dalam kajian ini. PENGENALAN Allah S.W.T telah mewajibkan zakat sebagai salah satu jaminan sosial kepada masyarakat terutama kepada golongan yang amat memerlukan. Dalam aspek ekonomi Ia dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang melalui agihan semula kekayaan dalam masyarakat dan sebagai satu bentuk penyucian dan pembangunan rohani setiap Muslim. Tambahan lagi ia bertindak sebagai satu mekanisma yang penting kepada sesebuah negara Islam bagi menjamin kemaslahatan rakyat seluruhnya. Zakat juga mempunyai keupayaan dan kekuatan bagi membasmi kemiskinan dan menjamin keseimbangan jurang antara golongan kaya dan miskin melalui mekanisma agihan semula kekayaan dalam masyarakat. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengaplikasikan zakat sebagai satu instrumen penting untuk memenuhi kemaslahatan penduduk dalam ekonomi Islam disamping memastikan pengagihannya dilakukan dengan adil dan telus. 1 Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM.e-mail: mardhiyyahnawfal@gmail.com 2 Pensyarah Kanan di FEP, UKM; email; hairun@ukm.edu.my 3 Pensyarah Kanan di FEP, UKM; email; ali@ukm.edu.my 191

Namun begitu isu pengagihan zakat masih lagi menimbulkan banyak perdebatan dan permasalahan seperti kaedah pengagihan, agihan zakat kepada asnaf tertentu dan masalah kemiskinan yang masih berlaku walaupun agihan zakat telah dilaksanakan. Masalah ini dapat dilihat daripada rasa tidak puas hati pembayar zakat (Muhammad Syukri 2006; Sanep et al, 2006; Hairunnizam et. al, 2009; dan Hairunnizam et al, 2010) dan pengagihan zakat yang hanya tertumpu pada asnaf fakir dan miskin sahaja (Muhammad Syukri, 2009). Ia turut diburukkan lagi oleh fenomena lebihan zakat yang tidak diagihkan setiap tahun oleh kebanyakan negeri di Malaysia (Muhammad Syukri, 2006; dan Hairunnizam et al, 2010) malah fenomena ini menjadi semakin bermasalah sekiranya pengurusan zakat diurus secara berpusat (Muhammad Syukri, 2006). Ianya telah mencacatkan prestasi dan pencapaian institusi zakat itu sendiri (Mohamed Dahan, 1998). Oleh itu, kerajaan melalui institusi zakat perlu mengambil inisiatif untuk mengenalpasti kaedah yang lebih efektif melalui pendekatan profesional dan teknologi terkini agar pengagihan zakat dapat dilaksanakan secara keseluruhan. Satu cadangan kepada penyelesaian masalah ini ialah mengecilkan kawasan tanggungjawab dan mengendurkan pemusatan tersebut dan dinamakan sebagai kaedah penyetempatan zakat (Muhammad Syukri, 2006). Kaedah ini melibatkan proses disentralisasi kuasa dimana pusat pengurusan zakat perlu mengagihkan kuasa memungut dan mengagih zakat kepada kakitangan di lokaliti tempatan seperti daerah, mukim kampung atau kariah. Kaedah ini dijangka akan meningkatkan keberkesanan proses pengurusan zakat di lokaliti tersebut. Jika dilihat daripada sejarah zaman Rasulullah s.a.w., kutipan dan pengagihan zakat secara prinsipnya dilaksanakan di lokaliti yang sama dan tidak ada fakta atau laporan yang menunjukkan lebihan dana atau zakat diagihkan ke kawasan yang lain ketika zaman Rasulullah s.a.w. (Kahf, 1999). Oleh itu dalam aspek pengagihan zakat, amil tempatan lebih mudah mengenal pasti keperluan asnaf di kawasan masing-masing terutamanya keperluan oleh kumpulan fakir dan miskin dan berusaha meningkatkan tahap kehidupan mereka. Amil boleh mengetahui keperluan asnaf sekurang-kurangnya jumlah zakat dan jenis sumbangan yang diperlukan. Kebaikan dan faedah zakat akan dapat dirasai apabila amil memainkan peranannya dengan berkesan seperti yang pernah disaksikan sepanjang sejarah umat Islam. Proses pengagihan mesti dilakukan dengan perancangan rapi dan menggunakan mekanisme terbaik. Terdapat banyak hadith yang meriwayatkan tugas dan tanggungjawab amil, antaranya sebagai pemungut zakat dari orang kaya untuk diserahkan kepada orang miskin sebagaimana hadis yang bermaksud: Hadis Ibnu Abbas meriwayatkan; berkata Nabi s.a.w ketika mengutus Mu adh bin Jabal ke Yaman, Baginda berkata Engkau akan bertemu dengan Ahli Kitab, pergi dan serulah mereka untuk bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah dan sekiranya mereka patuh kepadamu, Beritahulah kepada mereka sesungguhnya Allah telah mewajibkan mereka lima solat waktu sehari semalam dan sekiranya mereka mematuhimu, beritahulah mereka, sesungguhnya Allah telah mewajibkan mereka ke atas harta mereka itu sedekah (zakat), diambil daripada orang-orang kaya di kalangan mereka untuk diserahkan kepada orang-orang miskin di kalangan mereka, Sekiranya mereka mentaatimu seperti itu, maka bagi kamu kemuliaan harta mereka, Takutlah doa orang yang dizalimi, Sesungguhnya tiada antara mereka dan Allah itu hijab (penghadang / penghalang). (Hadith Riwayat Bukhari) Salah satu mekanisme yang mampu menyelesaikan masalah pengagihan zakat ini ialah sosialisasi antara amil dan asnaf. Sosialisasi bermaksud hubungan antara satu golongan dengan golongan yang lain disamping penyesuaian diri dan norma sesama mereka dimana ianya akan mendatangkan natijah yang positif dalam perhubungan tersebut. Walaupun terdapat beberapa kajian yang telah membincangkan isu berkaitan amil ini tetapi masih belum ada satu kajian yang memfokuskan kepada hubungan antara amil sebagai pelaksana pengagihan zakat dan asnaf sebagai penerima zakat. Oleh itu kajian ini akan memfokuskan kepada hubungan sosial ini dimana ianya mampu mengurangkan jurang diantara amil dan asnaf dan jika ianya dilaksanakan secara efisien akan dapat mengatasi masalah pengagihan yang tidak cekap. 192

KAJIAN LEPAS Kajian zakat sebelum ini banyak tertumpu kepada peranan zakat dan meningkatkan jumlah kutipan zakat. Sabri (2016) telah menghuraikan implikasi agihan zakat terhadap peningkatan kesejahteraan masyarakat, terutamanya masyarakat Islam. Huraian dipaparkan menerusi konsep maqasid alsyari ah. Zakat sangat erat kaitannya dengan maqasid al-syari ah dan kesejahteraan masyarakat di mana ia telah ditetapkan oleh Allah dengan matlamat utama sebagai satu bentuk jaminan keselamatan sosial bagi mereka yang miskin dan memerlukannya, membangunkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dalam masyarakat, dan juga sebagai satu bentuk penyucian jiwa. Menurut Jasni dan Anwar (2012) tujuan utama sistem zakat ialah untuk menolong umat Islam yang lain dengan menjadikan harta zakat sebagai salah satu elemen dalam membentuk kehidupan masyarakat yang progresif dan produktif. Dalam aspek ekonomi zakat dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Menurut Zarina et al (2012) pula, zakat sebagai instrumen semula jadi dasar fiskal Islam boleh berperanan sebagai pemangkin kepada kebangkitan ekonomi negara. Namun begitu terdapat beberapa kajian semasa yang mendapati permasalahan zakat masa kini adalah melibatkan aspek pengagihan zakat. Hasil kajian Hairunnizam et al (2009) menunjukkan ramai masyarakat Islam yang tidak berpuas hati dengan kaedah pengagihan zakat oleh institusi zakat. Ini akhirnya akan menyebabkan kemungkinan mereka membayar zakat secara tidak formal malah lebih teruk lagi tidak membayar zakat. Oleh itu beberapa langkah berkesan perlu difikirkan dan dipraktikkan bagi mengatasi masalah ini. Menurut Hairunnizam et al, (2012) pihak institusi perlu melakukan perubahan dalam aspek pengagihan zakat untuk memastikan keberkesanan pengagihan zakat terhadap golongan sasaran. Kerajaan bersama dengan institusi zakat harus bersama merangka strategi untuk memastikan matlamat pengagihan zakat sebenar tercapai. Menurut Jasni dan Anwar (2012) aspek pengurusan dengan sistem kutipan dan agihan yang tersusun, serta tenaga kerja yang mencukupi perlu dititikberatkan bagi mencapai pencapaian matlamat ini. Menurut Muhammad Syukri (2006), wujudnya jurang perhubungan antara pusat-pusat pengurusan zakat dengan pembayar dan penerima zakat telah membawa kesan negatif yang mesti diperbaiki. Salah satu sebab timbulnya jurang perhubungan tersebut ialah kerana terlalu luasnya kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada sesuatu pusat pengurusan zakat tersebut. Maka penyelesaiannya tentulah mesti berkisar kepada penyelesaian masalah keluasan kawasan dan pemusatan ini. Salah satu caranya ialah dengan mengecilkan kawasan tanggungjawab dan mengendurkan pemusatan tersebut. Kaedah penyelesaian inilah yang membawa kepada satu kaedah yang dinamakan kaedah lokalisasi zakat (localization of zakat). Sehubungan itu, Hairunnizam et al (2008) telah mencadangkan pengagihan zakat perlu dilakukan oleh institusi zakat di pelbagai peringkat termasuklah peringkat kampung, bandar atau negeri mengikut kawasan penduduk Islam. Ianya akan memudahkan amil untuk mengenalpasti dan mendekati para asnaf. Seterusnya Hairunizam et al. (2012) mengatakan bahawa kejayaan pelaksanaan konsep lokalisasi ini akan meningkatkan keyakinan pembayar zakat dan akhirnya akan memperkasakan peranan institusi zakat setanding malah melebihi peranan yang dimainkan oleh institusi percukaian di Malaysia. Kaedah lokalisasi ini mampu dilaksanakan dengan kerjasama dari amil yang berdedikasi dan profesional. Hairunnizam et al (2011) berpendapat bahawa perlaksanaan penyetempatan pengagihan zakat amat bergantung kepada kualiti amil di peringkat mukim agar ia dapat menyokong kualiti pengurusan zakat di peringkat daerah dan negeri. Amil yang dilantik perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi melancarkan dan memudahkan kaedah ini. Menurut Hairunnizam (2008) pengurusan zakat pada masa kini juga memerlukan pengurus yang mempunyai ilmu-ilmu lain seperti pengurusan, keusahawanan, teknologi dan sebagainya. Ini akhirnya akan meningkatkan tahap profesionalisme pengurusan zakat, meningkatkan keyakinan pembayar zakat dan akhirnya akan meningkatkan lagi dana zakat dalam sistem kewangan Islam yang akhirnya dapat meningkatkan lagi pengagihan kepada asnaf. Seterusnya Hairunnizam et al (2012) turut berpendapat bahawa nilai-nilai keagamaan yang berkaitan dengan latar belakang pendidikan, budaya dan sebagainya antara asnaf mungkin berbeza antara kawasan, kampung atau negeri yang memerlukan pengalaman amil mukim tersebut menangani dan mengatasi isu tersebut. 193

Sehubungan itu sosialisme antara amil dan asnaf memainkan peranan yang penting bagi mengurangkan jurang yang wujud antara mereka. Wan Ali (2002) berpendapat pekerjaan dan berorganisasi merupakan sebahagian dari syariat Islamiah. Pemeliharaan hubungan yang harmoni dalam sesebuah organisasi akan membawa organisasi tersebut kearah kejayaan yang cemerlang. Amil bukan sahaja perlu berilmu tetapi bersahsiah mulia agar lebih mudah mendekati asnaf. Faridah (2006) dalam kajiannya menyatakan ilmu pengetahuan, nilai-nilai murni clan kreativiti melalui proses pengajaran clan pembelajaran memberi sumbangan yang besar kepada pembinaan akhlak individu Muslim. Ilmu pengetahuan juga mendorong individu ke arah pembentukan nilainilai murni clan kreativiti yang merupakan ciri-ciri dasar yang sejagat yang terdapat pada kesemua tokoh tamadun Islam yang muncul di dunia ini, seperti Al-Farabi, Al-Mawardi, Al-Ghazali clan Ibn Khaldun. Hairunnizam et al (2011) dalam kajiannya berpendapat program khidmat sosial dicadangkan dilakukan terhadap asnaf yang berminat serta mempunyai keupayaan serta potensi tertentu yang sesuai dengan diri mereka dan dipantau oleh amil di lokaliti dan komuniti tertentu. Ini diharapkan akan mengubah sikap mereka menjadi positif sekurang-kurangnya dapat melibatkan diri serta menyumbang tenaga dalam kegiatan kemasyarakatan. Kesempatan ini boleh diguanakan oleh amil untuk bersama sama dengan mereka dan menyelami masalah mereka. Amil juga boleh melakukan lawatan berkala kepada asnaf tertentu yang tidak berkesempatan untuk menyertai program khidmat sosial. Menurut Hairunnizam et al (2012) ramai penerima zakat yang mengeluh kerana mereka berasa amat sukar untuk membuat perjalanan yang jauh bagi memohon bantuan zakat, khususnya bagi asnaf yang sudah uzur, dan mereka telah memberikan maklum balas yang kuat supaya amil mendekati mereka atau kedudukan institusi zakat perlu hampir dengan mereka. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan diantara sosialisasi amil dan asnaf dengan pengagihan zakat. Sampel kajian ini ialah amil iaitu melibatkan amil tetap dan amil sementara yang mengutip zakat fitrah khususnya di bulan Ramadhan dan ianya tertumpu di negeri Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Terengganu dan Kedah (Jadual 1). Jadual 1: Responden Kajian Responden Jumlah Peratusan Selangor 112 27.3 Pulau Pinang 51 12.4 WP Kuala Lumpur 68 16.5 Melaka 40 9.7 Terengganu 89 21.7 Kedah 51 12.4 Jumlah 411 100.0 Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu latar belakang amil seperti umur, taraf perkahwinan, tahap pendidikan, lokasi penempatan, pengalaman dan latihan sebagai amil. Bahagian kedua pula terdiri dari peranan institusi zakat dalam perkembangan asnaf. Hasil kajian ini menjangkakan hubungan sosialisasi antara amil dan asnaf akan mengurangkan jurang antara mereka dan memudahkan lagi pengagihan zakat secara adil dan sempurna. HASIL KAJIAN Berdasarkan Jadual 2, latar belakang amil yang diperolehi dari respondan terlibat. Berdasarkan jadual tersebut didapati majoriti amil berumur 56 60 iaitu 32.5 peratus dan diikuti dengan amil yang berumur lebih 60 tahun iaitu 30.6 peratus. Selain itu amil amil terdiri dari pesara iaitu 40 194

peratus berbanding dengan pekerja kerajaan, swasta dan bekerja sendiri. Ini menunjukkan tugas amil ini lebih dipelopori oleh mereka yang berusia atau warga emas berbanding dengan yang muda. Oleh itu institusi zakat perlulah mengambil inisiatif untuk mendekatkan golongan muda dengan profesion amil ini dimana golongan ini akan lebih mampu untuk mendekati asnaf berbanding dengan golongan yang berusia. Golongan muda yang masih sihat dan lebih bertenaga boleh bergerak lebih aktif berbanding dengan golongan berusia yang mungkin dibatasi dengan faktor kesihatan dan lain - lain. Sehubungan itu kedua dua golongan ini dapat berganding bahu disesebuah lokaliti dimana golongan muda boleh bergerak seiringan dengan golongan berusia yang lebih berpengalaman. 93 peratus amil didapati mempumyai pengalaman melebihi dua tahun dan ada juga diantara amil yang berpengalaman melebihi 10 tahun iaitu 43.1 peratus. Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa sebahagian besar amil yang dikaji berpengalaman luas dan cekap dalam bidang tugas mereka. ITEM SELANGOR PULAU PINAN G Jadual 2 : Latar Belakang Amil KUALA LUMPUR MELAKA TERENGGANU KEDAH JUMLAH % Umur kurang 25 tahun 0 0 6 7 3 0 16 3.9 25-35 tahun 0 0 17 10 4 0 31 7.6 36-45 tahun 10 0 6 7 4 0 27 6.6 46-55 tahun 27 10 12 3 13 12 77 18.8 56-60 tahun 34 31 23 2 19 24 133 32.5 lebih 60 tahun 41 10 4 11 44 15 125 30.6 Jumlah 112 51 68 40 87 51 409 100.0 Lokasi Penempatan Bandar 94 51 64 14 14 51 288 70.4 Pinggir Bandar 0 0 3 9 36 0 48 11.7 Luar Bandar 18 0 1 16 38 0 73 17.8 Jumlah 112 51 68 39 88 51 409 100.0 Tahap pendidikan SPM dan ke 75 20 27 18 73 0 213 52.5 bawah Diploma/STPM/ 36 31 41 22 12 51 193 47.5 ke atas Jumlah 111 51 68 40 85 51 406 100 Pengalaman Amil Kurang 1 tahun 0 0 8 10 13 0 31 7.7 2-5 tahun 5 10 29 14 34 12 104 25.8 6-9 tahun 46 10 3 3 21 11 94 23.3 10-15 tahun 44 31 15 9 11 28 138 34.2 lebih 15 tahun 14 0 13 2 7 0 36 8.9 Jumlah 109 51 68 38 86 51 403 100.0 Pekerjaan kerajaan 10 0 23 25 27 1 86 21.2 swasta 0 21 6 1 4 0 32 7.9 bekerja sendiri 25 30 12 3 36 14 120 29.6 pesara 77 0 24 5 20 36 162 40.0 lain-lain 0 0 3 2 0 0 5 1.2 Jumlah 112 51 68 36 87 51 405 100.0 195

Pendapatan Bulanan kurang RM1000 0 0 9 12 54 0 75 18.4 RM1001-24 9 33 18 26 35 145 35.5 RM2000 RM2001-87 42 22 7 7 16 181 44.4 RM3000 RM3001-0 0 4 1 1 0 7 1.7 RM4000 111 51 68 38 88 51 408 100 Bilangan Tanggungan tiada tanggungan 1 0 8 8 11 0 28 6.9 1-4 orang 65 30 41 23 41 40 240 59.0 5-8 orang 46 21 16 9 32 11 135 33.2 9-11 orang 0 0 0 0 4 0 4 1.0 Jumlah 112 51 65 40 88 51 407 100 Majoriti amil yang dikaji menetap di kawasan bandar dan hanya sebahagian kecil sahaja yang menetap di pinggir dan luar bandar. Namun begitu kebanyakkan asnaf terutamanya asnaf fakir miskin menetap di kawasan luar bandar dimana ianya menimbulkan kesukaran untuk amil mengenal pasti, menziarahi dan mendekati asnaf. Oleh itu lebih ramai lagi asnaf diperlukan di kawasan pinggir dan luar bandar bagi memastikan kelancaran proses pengagihan zakat. Item Selangor Pulau Pinan g Jadual 3: Latihan oleh Pusat Zakat WP Kuala Lumpur Melaka Terenggan u Kedah Jumlah % Latihan Oleh Pusat Zakat Ya 112 51 47 28 65 51 354 86.3 Tidak 0 0 21 12 23 0 56 13.7 Jumlah 112 51 68 40 88 51 410 100.0 Jenis Latihan 1-Ceramah 0 0 8 13 23 51 95 28.9 2-Kursus Jangka 0 0 2 2 6 0 10 3.0 Pendek 3-Bahan Bahan 0 0 2 1 1 0 4 1.2 Bercetak 1 Dan 2 27 0 7 3 0 0 37 11.2 1 Dan 3 1 20 4 4 7 0 36 10.9 1, 2 Dan 3 84 0 22 5 0 0 111 33.7 2 Dan 3 0 31 2 0 3 0 36 10.9 Jumlah 112 51 47 28 40 51 329 100.0 Majoriti dari amil yang dikaji telah mendapat latihan dari pusat zakat. Berdasarkan Jadual 3, 86.3 peratus amil telah mendapat latihan dan hanya 13.7 peratus sahaja yang tidak mendapat latihan. Latihan diberi dalam bentuk ceramah, kursus jangka pendek dan edaran bahan-bahan bercetak. Didapati 33.1 peratus telah mendapatkan minimum satu jenis latihan. Seterusnya 33 peratus telah mendapatkan dua jenis latihan dan 33.7 peratus pula 196

telah mendapatkan ketiga-tiga jenis latihan yang telah disediakan oleh pusat zakat. Oleh itu amil yang dilantik telah dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran agar mereka dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan telus dan cekap. Item Jadual 4: Minat dan Kekerapan Amil Menziarahi Asnaf Selango r Pulau Pinang WP Kuala Lumpur Melaka Terenggan u Kedah Jumlah % Minat menziarahi asnaf Ya 112 51 63 38 30 49 343 95.3 Tidak 0 0 5 0 10 2 17 4.7 Jumlah 112 51 68 38 40 51 360 100.0 Pernah menziarahi asnaf Ya 112 50 62 30 62 51 367 89.5 Tidak 0 1 6 10 26 0 43 10.5 Jumlah 112 51 68 40 88 51 410 100.0 Kekerapan menziarahi 1-2 Kali 12 20 22 24 40 17 135 36.2 3-5 Kali 52 31 25 2 24 20 154 41.3 Amat Kerap 48 0 17 3 2 14 84 22.5 Jumlah 112 51 64 29 66 51 373 100.0 Majoriti respondan yang dikaji juga menyatakan minat untuk menziarahi asnaf dan 89.5 peratus daripada mereka pula pernah menziarahi asnaf. Ini menunjukkan amil-amil yang dilantik sentiasa bersedia menjalankan tugas mereka untuk sentiasa berhubung dengan asnaf-asnaf terlibat. Jadual 5: Pemantauan Amil dan Pengagihan Zakat Masa Kini Item Selangor Pulau Pinan g Kuala Lumpu r Melaka Terenggan u Kedah Jumlah % Pemantauan Amil terhadap asnaf Tak Puas Hati 14 0 14 5 16 0 49 12.0 Puas Hati 92 51 54 34 68 51 350 85.4 Sangat Puas Hati 6 0 0 1 4 0 11 2.7 Jumlah 112 51 68 40 88 51 410 100.0 Pengagihan zakat masa kini Tak Puas Hati 0 0 11 5 12 0 28 6.8 Puas Hati 95 51 57 34 72 48 357 87.1 Sangat Puas Hati 17 0 0 1 4 3 25 6.1 Jumlah 112 51 68 40 88 51 410 100.0 Berdasarkan Jadual 5 didapati majoriti amil berpuas hati dengan pemantauan amil dari institusi zakat terhadap asnaf serta cara pengagihan zakat di Malaysia dan amat kurang yang tidak berpuas 197

hati dengan perkara diatas. Oleh itu masalah pengagihan zakat sepatutnya bukanlah satu masalah yang membimbangkan dimana pengagihan sepatutnya dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa adanya lebihan zakat yang tidak diagihkan di lokaliti tersebut. Masalah timbul apabila asnaf-asnaf tertentu yang sepatutnya menerima zakat tidak dapat dikenalpasti. Ini menunjukkan amil disetiap negeri mempunyai minat untuk bersosialisasi dengan asnaf di lokaliti masing-masing tetapi kekerapan untuk bersosialisasi adalah terbatas oleh faktor-faktor tertentu. PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR Peranan asasi amil ialah mengutip serta mengagihkan zakat dan untuk memenuhi tuntutan semasa, proses pengutipan dan pengagihan ini mesti dilakukan dengan perancangan rapi dan menggunakan mekanisme terbaik seperti kreativiti dan teknologi semasa berteraskan amalan di zaman Rasulullah SAW. Hasil kajian mendapati mekanisme sedia ada sepatutnya telah melancarkan lagi proses pengagihan zakat tetapi masih ada asnaf yang tercicir dari mendapat bantuan zakat. Di sini peranan amil sangat penting dimana hubungannya dengan asnaf dilokaliti dapat mengatasi masalah keciciran asnaf ini. Oleh itu beberapa cadangan akan dibincangkan bagi mengatasi jurang yang wujud diantara mereka. Antaranya ialah profesion amil perlu dimartabatkan bagi menjayakan proses pengagihan zakat (Ram 2011). Aspek kerjaya sebagai amil perlu diperkasakan lagi dengan mewujudkan jawatan amil tetap, secara profesional serta bergaji tetap di kesemua kariah atau lokaliti agar amil bertugas sepenuh masa sepanjang tahun (Muhammad Syukri 2006). Selain itu segala kemudahan yang diperlukan oleh amil juga wajar disediakan seperti pejabat, kenderaan dan hak-hak lain seperti hak menaksir, mengaudit, mengakses maklumat dan seterusnya hak menguatkuasakan zakat. Standard penilaian juga perlu diaplikasikan dalam profesion amil dan ganjaran tertentu perlu diberikan sekiranya amil mencapai tahap piawaian yang telah ditetapkan. Amil juga perlu memperkasakan diri dengan norma norma yang murni agar keperibadian ini akan mampu mendekatkan amil dengan asnaf. Selain itu, amil juga boleh menggunakan kreativiti dan kemahiran yang ada pada diri untuk mendekati asnaf. Institusi Zakat juga perlu melakukan penilaian dari masa kesemasa dan sentiasa melakukan penambahbaikan agar dan menyediakan ruang yang secukupnya untuk amil berhubung dengan asnaf. Beberapa usaha perlu dilakukan agar golongan muda berminat untuk menceburi profesion amil ini dan seterusnya dapat mengatasi beberapa kelemahan yang wujud dalam profesion ini. KESIMPULAN Pengagihan zakat di Malaysia semakin bertambah baik kerana pelbagai langkah telah dilakukan oleh institusi zakat dan kerajaan untuk memastikan pelaksanaannya berkesan. Penambahbaikan seperti kaedah lokalisasi dan lain lain sentiasa dilakukan agar ia benar-benar dapat dilaksanakan sepenuhnya. Beberapa masalah dalam usaha ini telah dikenalpasti dan diantaranya ialah wujudnya jurang diantara amil dan asnaf yang menyebabkan keciciran asnaf tertentu. Oleh itu diharapkan agar amil dengan kerjasama institusi zakat akan cuba mengenalpasti dan merapatkan kembali jurang tersebut agar pengagihan zakat dapat dilaksanakan sepenuhnya. RUJUKAN Al Quran Faridah, Sarina. 2006. Pendekatan Psikologi Dalam Pendidikan Akhlak Muslim Sebagai Pemangkin Pembangunan Insan Dan Tamadun. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17 2006. Hairunnizam, Sanep&Radiah. 2009. Pengagihan zakat oleh institusi zakat di Malaysia: Mengapa masyarakat Islam tidak berpuas hati? Shariah Journal17(1): 89-112. Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. 2010. Pengagihan Zakat oleh Institusi Zakat kepada Lapan Asnaf: Kajian di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR. 4(1) 2010: 141-170. 198

Hairunnizam, Sanep&Radiah. 2011. Lokalisasi Pengagihan Zakat Dan Cadangan Khidmat Sosial: Satu Tinjauan Awal di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. 2011b. Lokalisasi pengagihan zakat dan cadangan khidmat sosial: Satu tinjauan awal di Malaysia. Kertas kerja di Seminar the World Universities 1st Zakat Conference 2011. PWTC, 22-24 November 2011. Anjuran IKAZ Hairunnizam, Sanep&Radiah. 2012. Cadangan Penyetempatan Pengagihan Zakat di Malaysia: Adakah Amil Sudah Bersedia? Jurnal Ekonomi Malaysia 46(2) 2012 17 27. Hairunnizam, Sanep&Radiah. 2012. Cadangan Melokalisasikan Pengagihan Zakat: Persepsi Amil dan Penerima Zakat. Jurnal Ekonomi Malaysia. Hairunnizam, Sanep&Radiah. 2012. Melokalisasikan Urus Tadbir Pengagihan Zakat: Peranan Institusi Masjid Di Malaysia. Asian Journal of Accounting and Governance 3: 71 83 (2012) ISSN ISSN 2180-3838 Jasni Sulong, Anwar Mohd Ali. 2012. Kajian Perbandingan Dalam Pentadbiran Undang-Undang Kutipan Zakat di Provinsi Aceh Dan Negeri Kedah, Penerbit Universiti Sains Malaysia Vol. 30, No.1, 2012, 107 138. Kahf, M. 1999 The performance of the institution of zakat in theory and practice. International conference on Islamic economics towards the 21st Century, Kuala Lumpur, April 26-30, 1999 Mohamed Dahan Abdul Latif. 1998. Zakat management and administration in Malaysia. Seminar of zakat and Taxation di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Muhammad Syukri Salleh. 2006. Penyetempatan pengagihan zakat: Satu cadangan teoritis Dlm Zakat: Pensyariatan, Perekonomian & Perundangan, disunting oleh Hailani & Abdul Ghafar. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad. 2006. Penswastaan Institusi Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal di Malaysia. International Journal of Management Studies 13 (2), 175-196. Wan Ali Bin Jusoh.2002. Hubungan Majikan Dan Pekerja Dari Perspektif Islam. Jurnal Teknikal Dan Kajian Sosial. Jilid 2 2002. Zarina, Sanep & Mohd Ali. 2012. Zakat sebagai Pemangkin Pembangunan Ekonomi: Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi. PROSIDING PERKEM VII, JILID 2 (2012). 199