Jurnal AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 1 (3), June 2017:

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Biografi Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Mohd Amin (Tuk Syeikh Duyong)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Pengajian Tarannum Sebelum Dan Semasa Era Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman

TOK SENGGORA : PEMEGANG SANAD KEMASUKAN BACAAN AL-QURAN DI MALAYSIA. SHAHARUDDIN SAAD MOHD FAIRUS A.

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Sumbangan Orang Arab dalam Pendidikan di Malaysia

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

AN EARLY OVERVIEW : THE BIOGRAPHY OF 'UTHMAN SHIHAB AL-DIN AL-FUNTIANI A MALAY INDONESIAN ARCHIPELAGO TRANSLATION SCHOLAR

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

HAJI MUHAMMAD SA'ID BIN JAMALUDDIN AL-LINGGI:

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

The Malay Narrative Story Writing in the 1920S

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SUMBANGAN MUALIM HAJI WAHID DALAM BIDANG DAKWAH DI MELAKA

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PENGAJIAN TAFSIR DI KELANTAN:

PERKEMBANGAN INSTITUSI KEILMUAN DI ANDALUS PADA ABAD KE 10M HINGGA 13M

Sumbangan Haji Mat Lintar dalam Pengajaran Al-Quran di Terengganu

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Ulasan Buku / Book Review

Sumbangan Tok Ku Paloh dalam Kegiatan Dakwah dan Pendidikan di Terengganu, Malaysia

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Sumbangan Haji Muhammad bin Ahmad Al Kelantani ( m) dalam Bidang Pengajian al-quran. Ahmad Najib Abdullah 1 Muhamad Zul Ikhwan Zahari 2

PENDAHULUAN SUMBANGAN DANIEL DJUNED ( ) DALAM PENGAJARAN DAN PEMIKIRAN HADITH

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

KOMUNIKASI MASJID: KAJIAN TERHADAP HEBAHAN AKTIVITI MASJID AL-HASANAH BANDAR BARU BANGI KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

HUBUNGAN DAKWAH DENGAN AHLI KORPORAT. Oleh: Ab. Aziz bin Mohd Zin. Abstract

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

SUMBANGAN ULAMA TASAWUF KALIMANTAN SELATAN ABAD KE-18 (CONTRIBUTION OF SUFI SCHOLARS IN SOUTH KALIMANTAN IN THE 18 TH CENTURY)

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

HUBUNGAN RENTAS SEMPADAN DAN PENGARUHNYA TERHADAP PEMBENTUKAN PEMIKIRAN HUKUM ISLAM DI KELANTAN

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

AMALAN PENGURUSAN ZAKAT DI INSTITUSI MASJID DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL

AN ANALYSIS OF INTRINSIC ELEMENTS AS PORTRAYED IN LOUISA MAY ALCOTT S NOVEL LITTLE WOMAN

RADON AND THORON STUDY IN AREAS OF ELEVATED BACKGROUND RADIATION IN PALONG, SEGAMAT, JOHOR NUR AMIRA BINTI ABD WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

Jurnal AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 1 (3), June 2017: 103-114 PERANAN ULAMA DALAM PERKEMBANGAN ISLAM DI BESUT, TERENGGANU: SATU PEMERHATIAN AWAL ABSTRAK Mohd Ekhbar Daud & Farid Mat Zain Golongan Ulama merupakan nadi utama kepada perubahan masyarakat setempat. Mereka memainkan peranan penting dalam memupuk kesedaran masyarakat kepada kehidupan yang baik berlandaskan syariat Islam. Artikel ini bertujuan untuk meneroka peranan golongan ulama dalam perkembangan Islam di Besut, Terengganu. Sebuah daerah yang istimewa, Besut berada dalam negeri Terengganu namun bersempadan sangat rapat dengan negeri dan masyarakat Kelantan. Jaringan ini membuatkan Besut membentuk ulama yang tersendiri yang kurang dikaji dan diketengahkan kepada khalayak umum. Makalah ini menumpukan kepada dua orang ulama iaitu Tuan Haji Hasan Besut dan Haji Husain Kampung Lapu. Latar belakang peribadi serta penglibatan dalam perkembangan Islam di Besut akan diteliti. Makalah ini berbentuk kualitatif menggunakan pendekatan analisis sejarah terhadap tokoh yang terlibat dengan analisis dokumen dan temubual. Data dihasilkan dapat dijadikan sumber rujukan kepada generasi akan datang. Sesungguhnya sangat besar jasa dan sumbangan ulama Besut dalam memberikan sinar Islam kepada masyarakat setempat. Kata Kunci: Ulama, Besut, Perkembangan Islam THE ROLE OF ISLAMIC SCHOLARS IN ISLAMIC DEVELOPMENT IN BESUT, TERENGGANU: AN INITIAL OBSERVATIONS ABSTRACT Islamic Scholars are the pulses to change the local community. They play an important role in fostering public awareness to the good life based on Islamic law. This article aims to explore the role of the Islamic scholars to the development of Islam in Besut, Terengganu. A special area, Besut in Terengganu but is bordered very closely with the state and the people of Kelantan. These networks make Besut establish its own scholars which are less studied and presented to the public.

104 Peranan Ulama Dalam Perkembangan Islam Di Besut, Terengganu: This paper focuses on the two scholars, Tuan Haji Hasan Besut and Haji Husain Kampung Lapu. Personal background and involvement on the development of Islam in Besut will be studied. This study is a qualitative research which used an historical analysis approach toward the personages involved in the analysis of documents and interviews. The data produced can be used as a reference to the next generation. Truly, Besut scholars had given a enormous contributions to the Islamic development and local community. Keywords: Scholars, Besut, Islamic Development PENGENALAN Rombongan ulama Patani pertama dikesan tiba di Terengganu ialah rombongan yang dipimpin oleh Tok Shaykh Qadi- Haji Wan Muhammad Amin Wan Ya kub. Beliau adalah ayah kepada Shaykh Duyung. Peristiwa ini terjadi pada tahun 1820-an atau lebih awal, selepas gagal melepaskan diri daripada pihak Siam antara tahun 1789,1791 dan 1808) Mengiringi rombongan ini ialah Shaykh Abdul Kadir (beliau masyhur dengan gelaran Shaykh Abdul Kadir Bukit Bayas). Beliau telah dikenali sebagai orang alim di Patani pada waktu itu. Seorang lagi ulama dari Terengganu yang terkenal dan berasal dari Patani ialah Shaykh Duyung, beliau mengikuti ayahnya ke negeri Terengganu melalui proses penghijrahan ini. Pada waktu itu, Shaykh Duyung masih lagi kecil dan beliau mendalami ilmu daripada ayahnya di Kampung Paya Bunga dan juga berguru dengan Shaykh Abdul Kadir Bukit Bayas. Selain daripada Shaykh Abdul Kadir Bukit Bayas atau juga dikenali juga sebagai Tuan Bukit Bayas dan Tuk Shaykh Duyung, turut sama berhijrah selepas itu ialah keluarga Shaykh Daud Al-Fatani dan Shaykh Nik Dir Al-Fatani (Nik Abdul Kadir Bin Wan Abdul Rahman). Mereka berdua tidak bermukim dan menetap di Terengganu, tetapi hanya sekadar singgah untuk beberapa ketika di Pulau Duyung kecil sebelum berangkat ke Mekah dan menetap di sana. Selain daripada itu, tiga lagi ulama yang berasal dari Patani dan bermukim di Terengganu ialah Tuan Hasan Besut atau nama lengkapnya ialah Shaykh Hasan Ibn Ishak Al-Jawi Al-Fatani (Junior

105 Peranan Ulama Dalam Perkembangan Islam Di Besut, Terengganu: Shaykh Daud al-fatani), Haji Husin Kampung Lapu (Murid Tuan Hasan Besut) dan yang terakhir Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pombeng. (Ahmad Fathy: 2013:20-21) Latar Belakang Tuan Hasan Besut Tuan Guru Hassan Besut merupakan ulama pertama yang hadir ke bumi Besut. Ini disebabkan oleh berlakunya pergolakan di Patani. Hal ini adalah bertujuan untuk memberi pendidikan agama kepada seluruh masyarakat Besut serta ahli keluarga diraja. Hasilnya daerah Besut terkenal sebagai antara daerah yang paling banyak pondok selepas Kuala Terengganu. Peranan ulama sangat jelas iaitu menukar cara hidup masyarakat kepada lebih bersifat islamik. Antara ulama yang telah berjaya membina pondok di Besut ialah Tuan Guru Haji Hasan Al-Fatani, Tuan Guru Haji Hussein, Tuan Guru Haji Muhammad, Tuan Guru Haji Umar, Tuan Guru Haji Abas, Tuan Guru Haji Wan Latif dan Tuan Guru Haji Abdul Latif Bin Awang (Ahmad Fathy: 2013). Tuan Hassan Besut Tuan Shaykh Ishaq Al-Fathani adalah dalam kalangan ulama dan memperolehi dua orang anak. Anak beliau yang pertama ialah Shaykh Wan Ali bin Wan Ishaq yang hidup sezaman dengan Shaykh Daud bin Abdullah Al-Fathani. Sebenarnya Shaykh Daud bin Abdullah Al- Fathani adalah guru kepada Shaykh Wan Ali bin Wan Ishaq tetapi Daud banyak belajar daripada Wan Ali dalam beberapa perkara khususnya dalam Thariqat Sammaniyah. Walau bagaimanapun, Shaykh Ali banyak menjadi murid kepada gurunya iaitu Shaykh Daud. Saudara kandung Shaykh Wan Ali ialah Shaykh Wan Hassan bin Shaykh Wan Ishaq Al-Fathani inilah yang lebih masyhur dengan panggilan Tuan Hassan Besut. (Wan Mohd Shaghir, 2000: 37-38) Tuan Hassan Besut merupakan tonggak utama dalam perkembangan pendidikan Islam di Besut. Tokoh ulama ini seangkatan dengan Shaykh Abdul Kadir Bukit Bayas. Nama sebenar Tuan Hassan Besut seperti yang ditulis dalam kitab-kitab karangannya ialah Shaykh Hasan bin Ishak Al-Jawi Al-Fathani. Beliau dikenali sebagai Tuan Hasan

106 Peranan Ulama Dalam Perkembangan Islam Di Besut, Terengganu: Besut kerana telah lama bermukim dan mengajar di daerah Besut termasuk di sekitar negeri Terengganu. (Ahmad Fathy, 2013:411). Sama seperti Shaykh Abdul Kadir dan ulama selepasnya Tuk Shaykh Duyung, Tuan Hasan adalah imigran dari Patani. (Ahmad Fathy, 2013: 411). Beliau mempunyai seorang saudara iaitu Syed Ali bin Ishak yang menetap di Mekah dan menjadi mertua kepada dua orang ulama yang berasal dari Patani iaitu Shaykh Nik Mat Kecik Al-Fatani dan Shaykh Nik Muhammad Bin Tuan Abdullah Kerisek (lebih dikenali sebagai Shaykh Nik Mat Besar. (Ahmad Fathy, 2013: 411). Tiada maklumat yang diperoleh tentang kampung halaman Tuan Hassan Besut. Namun begitu ada yang berpendapat bahawa beliau berasal dari sekitar Kampung Pauh Bok (Ahmad Fathy, 2013: 411). Kampung Pauh Bok ialah sebuah kampung yang banyak melahirkan ulama dari negeri Patani dan di kampung inilah lahirnya ulama besar yang seterusnya menjadi pengasas pengajian pondok di situ. Beliau ialah Shaykh Abdul Munbin bin Shaykh Jailan. Shaykh Abdul Munbin Bin Shaykh Jailan mendapat dua orang anak. Salah seorang telah menjadi ulama besar dan seorang lagi merupakan wali Allah. Wali Allah yang dimaksudkan di sini ialah Shaykh Abdur Rahman Bin Shaykh Abdul Mubin, beliau adalah guru kepada Shaykh Daud bin Abdullah Al-Fathani dan Shaykh Abdus Shamad Al- Falimbani. (Wan Mohd Shaghir, 2000: 37) Tuan Hasan Besut bergelar ulama semasa berada di Patani lagi dan ini dapat dibuktikan melalui anak muridnya iaitu Tuan Guru Haji Hussein Kampung Lapu yang memperkenalkan sistem pengajian pondok di Besut (Ahmad Fathy, 411) serta Haji Said Kampung Lama. (Ahmad Fathy: 2013: 412; Wan Zulkifli Wan Hassan & Azizi Umar: 2011). Nama Tuan Hassan Besut sangat masyhur sehingga ke seluruh pelusuk Pulau Sumatera Indonesia melalui karya yang dihasilkannya (Wan Mohd Saghir, 2000: 38) Walaupun begitu, tidak diketahui maklumat tentang guru yang pernah mengajarnya. Namun, ada pendapat yang mengatakan bahawa beliau sempat berguru dengan Shaykh Abdul Rahman dan Shaykh Mohd Saleh iaitu guru Pondok Pauh Bok yang terkenal itu. (Wan Mohd Saghir, 2000: 38). Namun, apa yang pasti Tuan Hassan Besut dan

107 Peranan Ulama Dalam Perkembangan Islam Di Besut, Terengganu: saudara kandungnya Shaykh Wan Ali belajar dengan ayah mereka iaitu Shaykh Wan Ishaq yang turut sama mengajar di Pondok Pauh Bok tersebut. Selepas itu Tuan Hassan Besut dan saudaranya Wan Ali menyambung pengajian mereka ke Kota Mekah. (Wan Mohd Saghir, 2000: 38). Tuan Hasan Besut dipercayai datang ke daerah Besut pada tahun 1830- an berikutan dengan zaman kepayahan dan kesukaran yang melanda Patani akibat ancaman dari Siam yang membawa kepada peristiwa pemberontakan Patani pada tahun 1932. (Ahmad Fathy, 2013: 411; Wan Zulkifli Wan Hassan & Azizi Umar, 2011) Penghijrahannya disambut baik oleh pemerintah Besut pada waktu itu iaitu Tengku Kadir (Muhammad Abu Bakar, 1991: 6). Beliau telah mendapat tempat di dalam istana dalam mendidik anak-anak raja, malah ada juga yang belajar secara persendirian dengan beliau (Muhammad Abu Bakar, 1991: 63-64). Beliau juga dilantik sebagai penasihat kepada Raja Besut seterusnya menjadi imam Masjid Raja di Besut. (Ahmad Fathy, 2013: 412). Muhammad Abu Bakar menyatakan dalam bukunya yang bertajuk Ulama Terengganu Suatu Sorotan bahawa Tuan Hasan Besut tinggal di Kampung Palembang. Manakala Ahmad Fathy pula menyatakan Tuan Hasan tinggal di Kampung Gong Surau, Besut melalui tulisannya dalam buku yang bertajuk Ulama Besar Dari Patani. Mengikut pendapat penulis, mereka berdua mempunyai hujah-hujah yang tersendiri mengikut kajian yang mereka jalankan sebelum ini. Menurut Ahmad Fathy dalam penulisannya yang bertajuk Ulama Besar dari Patani, Tuan Hassan menetap di Tanjung Gong Surau, Besut dan seterusnya membuka halaqah pengajiannya di sana. Semasa di Kampung Gong Surau, ramai dalam kalangan anak-anak muda yang berada di Besut dan kawasan sekitar menyertainya. Mereka mempelajari ilmu keagamaan daripada beliau kerana kedudukannya sebagai alim ulama dan peranannya selaku penasihat kepada wakil raja di Besut dalam urusan keagamaan (Muhammad Abu Bakar, 1991: 64). Beliau sangat dihormati oleh masyarakat Besut dan dianggap guru pertama bagi mereka kerana melalui beliaulah citra pengajian Islam di daerah Besut bermula.

108 Peranan Ulama Dalam Perkembangan Islam Di Besut, Terengganu: Percanggahan Dua Nama Tuan Hasan Besut Menurut Haji Wan Mohd Saghir bin Abdullah dalam bukunya yang bertajuk Penyebaran Dan Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu menyatakan bahawa terdapat percanggahan mengenai tokoh yang dibicarakan di atas. Jika dilihat maklumat mengenai Tuan Hasan Besut, tiada maklumat yang diperoleh secara terperinci mengenainya. Adakah terdapat dua orang yang bernama Tuan Guru Haji Hasan Al- Fathani yang masyhur? Sekiranya terdapat dua orang guru yang terkenal, kenapa seorang lagi tidak ditonjolkan? Percanggahan ini berlaku mungkin kerana penulis buku mendapat daripada sumber yang berbeza. Ia dapat dilihat melalui buku-buku terbitan mereka. Terdapat sebuah karya yang menyatakan bahawa Tuan Guru Haji Hassan Al-Fathani telah membuka pondok pada tahun 1905, manakala Shafie Abu Bakar dalam Pesaka cetakan 1983 dalam halaman 13 menyatakan Pondok Haji Hassan (Tuan Hassan) telah diasaskan pada tahun 1290/1873 di Kampung Gong Surau, Besut. Manakala satu lagi percanggahan maklumat adalah mengenai tahun kematiannya. Ada pendapat yang menyatakan bahawa Tuan Guru Haji Hassan meninggal dunia pada tahun 1910, tetapi menurut catatan yang diperoleh daripada Patani, Tuan Guru Haji Wan Hassan Bin Wan Ishaq Al-Fathani yang merupakan ulama Besut telah meninggal dunia pada tahun 1860. (Wan Mohd Shaghir, 2000: 36-37) Tercetus dua pendapat berbeza berhubung dengan tahun kematiannya. Pendapat pertama di utarakan oleh Ahmad Fathy dalam penulisannya yang bertajuk Ulama Besar dari Patani iaitu Tuan Hassan Besut meninggal pada tahun 1860, manakala Muhammad Abu Bakar dalam karyanya iaitu Ulama Terengganu Suatu Sorotan menyatakan bahawa tahun kematian Tuan Hasan Besut adalah pada tahun 1910. Walaupun begitu, kedua-duanya bersepakat bahawa Tuan Hasan Besut dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Palembang yang terletak dalam kawasan Kampung Raja, Besut. Beliau tidak mempunyai anak bagi menyambung legasi perjuangannya dalam bidang dakwah. (Ahmad Fathy, 2013: 413) Keistimewaan Tuan Hassan Besut Keistimewaan yang beliau miliki selain ilmu pengetahuan agama yang tinggi ialah beliau boleh menjadi tabib. Tabib merujuk kepada perkataan dasarnya iaitu tibb (kedoktoran) dan ia sesuai dengan

109 Peranan Ulama Dalam Perkembangan Islam Di Besut, Terengganu: Tibb an-nabawi iaitu cara-cara Rasulullah s.a.w mengubati menggunakan kaedah-kaedah Islam. Umumnya, semua perubatan tradisional yang dipelajari oleh hampir semua Ulama Patani adalah berasal daripada Shaykh Muhammad Shafiyuddin (tiba di Patani pada tahun 1400M). Ia merupakan satu perubatan yang menggunakan doa sebagai jampi kemudiannya digabungkan dengan tumbuh-tumbuhan alami, iaitu yang merangkumi akar-akar kayu dan daun-daun yang mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Sebagaimana ulama silam yang mempunyai keberkatannya yang tersendiri, Tuan Hassan Besut juga memiliki keberkatan tersebut sehingga beliau dihormati oleh kerabat di raja dan penduduk di sekitar daerah Besut. Beliau juga mempunyai ilmu kebatinan hasil amalan yang sering beliau amalkan antaranya ialah doa, wirid, selawat dan lain-lain lagi. Beliau juga dikatakan mempunyai keramat dan mempunyai kebolehan yang luar biasa untuk mengubati penyakit. Raja Besut sendiri segan kepadanya, begitu juga dengan masyarakat Besut yang begitu kasih kepada Tuan Hassan Besut. Hal ini demikian kerana beliau adalah seorang ulama yang tidak berbangga diri,tidak angkuh dan sombong. Beliau bergaul dengan semua ahli masyrakat tanpa memandang kepada darjat dan kedudukan seseorang samada miskin atau kaya. Masyarakat Besut menganggap Tuan Hasan Besut sebagai orang tuanya sendiri, bahkan lebih daripada itu. Hal ini demikian kerana ia dapat dibuktikan apabila setiap perintah yang dikeluarkan oleh Tuan Hassan Besut sangat diambil berat melebihi perintah yang dikeluarkan oleh seorang raja (Wan Ahmad Saghir, 2000). Karya-karya Tuan Hassan Besut Tuan Hassan telah meninggalkan dua buah karyanya. Salah satunya ialah Hidayah Al-Mukhtar iaitu sebuah terjemahan hadis 40 mengenai Kelebihan Ilmu Yang Mulia yang ditulis oleh Al-Hafiz Abdul Azim Al-Munziri. Satu lagi kitab beliau yang terkenal iaitu Ayyuha Al-Walad merupakan terjemahan karya yang ditulis oleh Imam Al-Ghazali dengan judul yang sama. Kitab pertama beliau disalin pada hari Jumaat bersamaan 26 Muharram 1249/14 Jun 1833 dan ia mungkin adalah terjemahan

110 Peranan Ulama Dalam Perkembangan Islam Di Besut, Terengganu: yang pertama sekali dalam bahasa Melayu. Manakala kitab keduanya pula selesai diterjemahkan oleh beliau pada malam Isnin bersamaan 14 Rabi Al-Awwal bersamaan 1266/27 Januari tahun 1850. Ini adalah antara sumbangan beliau dalam menyebarkan dakwah Islam melalui kegiatan menterjemah buku selain daripada mengajar di pondok. Walaupun tidak banyak meninggalkan karyanya tetapi salah satu daripadanya telah menaikkan namanya sehingga dikenali sebagai ulama dunia Melayu pada zaman tersebut. Karya tersebut telah menonjolkan namanya dan membuatkan beliau terkenal berbanding ulama-ulama Terengganu yang lain contohnya Sheikh Abdul Malik dan Sheikh Abu Qadir Bukit Bayas. Walaupun kitab Sheikh Abdul Malik yang sangat terkenal dan begitu masyhur seperti Syarah Hikam Melayu namun ketokohannya sebagai ulama tidak begitu dikenali oleh masyarakat Asia Tenggara.Walau bagaimanapun keduanya dikenali kerana nama mereka berdua banyak diperkenalkan oleh para pengkaji kerana karya dan penulisan mereka. (Wan Mohd Saghir, 2000) Hal ini pula berbeza dengan Tuan Hassan Besut yang jarang ditonjolkan oleh pengkaji sejarah kerana karya dan penulisan beliau dan oleh kerana itulah kita jarang mendengar mengenai kisah Tuan Hassan Besut melalui kitab-kitab tulisannya. Namun demikian. nama beliau telah mekar di Asia Tenggara kerana ketokohannya sebagai alim ulama walaupun karya yang dihasilkannya iaitu Hidayatul Mukhtar tidak ditonjolkan dalam penulisan sejarah. 1. Hidayatul Mukhtar Karya Tuan Hassan Besut ini sentiasa dicetak di bahagian akhir kitab Tajul Muluk. Selain daripada itu, ia juga pernah dicetak bersama-sama dengan kitab Bad-us Samawati Wal Ardhi karya Shaykh Nuruddin Ar Raniri. Cetakan ini diusahakan oleh Matba ah Maimuniyyah, Mesir pada tahun 1309H/1891M dan ditashhih oleh Muhammad Daud bin Mahmud al-fathani. Kitab Hidayatul Mukhtar ini terletak dibahagian tepinya. Karya Tuan Hassan Besut ini pernah disyarah oleh Tuan Guru Haji Muhammad Nur yang berasal dari Minangkabau yang kemudiannya dilantik sebagai Qadhi Langkat. Seterusnya beliau berpindah ke Kuala Lumpur. Pada muqaddimahnya Tuan Hassan Besut menjelaskan bahawa kitab Hidayatul Mukhtar merupakan terjemahan hadis empat puluh yang

111 Peranan Ulama Dalam Perkembangan Islam Di Besut, Terengganu: dikumpulkan oleh al- Alim al- Allamah al-hafiz Abdul Azhim al- Munziri. Hadis empat puluh yang beliau terjemahkan ke dalam bahasa Melayu itu lain daripada hadis empat puluh yang dikarang oleh Imam an-nawawi. (Wan Mohd Saghir, 2000). Tuan Guru Haji Hussein Kampung Lapu Tuan Guru Haji Hussein Kampung Lapu atau nama sebenarnya Haji Husin bin Haji Mohd Amin adalah murid kepada Tuan Hasan Besut (Sheikh Hasan bin Ishak al-fathani). Tuan Guru Haji Hussein berasal dari Nat Dang, Patani (Sekarang ini berada di Changwad atau Wilayah Yala). Tarikh lahir Tuan Guru Haji Hussein Kampung Lapu tidak diketahui. Sebelum berangkat ke Mekah, beliau telah belajar di beberapa buah pondok di Patani. Setelah beberapa lama tinggal di sana, beliau pulang dan berhijrah ke Besut seperti yang dilakukan oleh gurunya iaitu Tuan Haji Hasan Besut. (Muhammad Abu Bakar, 2013:65) Tuan Guru Haji Hussein merupakan orang pertama memperkenalkan sistem pondok di Besut dan beliau menyampaikan ilmu kepada seluruh ahli masyarakat. Ini berbeza dengan gurunya Tuan Haji Hasan Besut yang membuka halaqah pengajiannya kepada golongan di raja sewaktu berhijrah ke Besut. Wakil kerajaan negeri Terengganu yang berada di Besut selepas kematian Tengku Kadir iaitu Tengku Muda telah menganugerahkan tapak tanah bagi membina pondok dan rumah kepada Tuan Guru Haji Hussein Kampung Lapu. (Ahmad Fathy, 2013: 413) Di sini menunjukkan tradisi keagamaan yang sangat kukuh di Besut melalui pembinaan pondok dan ia memberi ruang yang cukup luas untuk para ulama menyampaikan ilmu kepada masyarakat setempat dan sekitarnya. Semasa zaman Tengku Kadir sehingga kini, Islam sentiasa berkembang dan subur di bumi Besut ini kerana salah satu faktornya ialah terbinanya sistem pondok. Kampung Lapu mempunyai kepadatan penduduk yang ramai kerana kedudukannya yang strategik sebagai pusat perdagangan barangbarang tempatan seperti padi, pinang, kongsi dan kelapa. Ini menjadikan Kampung Lapu terkenal kerana kepadatan penduduknya dan sentiasa dikunjungi oleh orang ramai yang menetap di sekitar

112 Peranan Ulama Dalam Perkembangan Islam Di Besut, Terengganu: kampung tersebut. Oleh itu kehadiran Haji Hussein sangat dialu-alukan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh gurunya untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat setempat. (Muhammad Abu Bakar, 1991:65) Tuan Guru Haji Hussain telah membuka pondok pertama di Kampung Lapu pada tahun 1905. Pondok yang beliau bina telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk sekitarnya termasuk dari negeri Kelantan. Pada tahun 1916 terdapat 40 buah pondok yang didirikan di sekitar kawasan rumah beliau. (Muhammad Abu Bakar:1991:66). Haji Hussain menjadi tempat rujukan kepada masyarakat setempat berhubung hal-hal keagamaan. Beliau sering diajak berunding dengan wakil kerajaan Terengganu di Besut dan hal ini sangat sinonim dengan peranan yang dimainkan oleh gurunya iaitu Tuan Haji Hasan Besut yang akrab dengan raja sewaktu beliau masih hidup. (Wan Aribah, 2005) Walaupun pemimpin silih berganti namun layanan yang diberikan oleh Tengku Wok yang menggantikan Tengku Muda (setelah kemangkatan Tengku Muda) tetap sama terhadap Tuan Guru Haji Hussein. Ia tidak mengubah fungsi dan kedudukan beliau dalam kalangan keluarga bangsawan Besut. (Muhammad Abu Bakar, 1999: 66) Tuan Guru Haji Hussain meninggal dunia sewaktu pondok yang diusahakannya sedang berkembang pesat. Beliau meninggal dunia pada tahun 1917 dan digantikan pula oleh anaknya Haji Muhammad. Haji Muhammad telah berpindah ke Kuala Besut dan mendirikan pondoknya sendiri tidak lama selepas itu. Beliau telah meninggalkan pondok ayahnya kepada bapa saudaranya iaitu Tuan Guru Haji Abdullah. (Ahmad Fathy, 2013: 418) Legasi Tuan Haji Hussain: Tuan Guru Haji Muhammad Pondok Kuala Besut telah ditubuhkan pada tahun 1918 oleh Tuan Guru Haji Muhammad bin Haji Hussein. Beliau merupakan anak kepada Tuan Guru Haji Hussein dan juga murid kepada Syeikh Daud Al-Fatani (rakan seperjuangan Tuan Guru Haji Muhammad Yusof atau dikenali sebagai Tok Kenali). Pada peringkat awal pengajarannya Tuan Guru Haji Muhammad menghadapi pelbagai masalah dan rintangan. Ia berhadapan dengan

113 Peranan Ulama Dalam Perkembangan Islam Di Besut, Terengganu: masalah sikap dan budaya hidup masyarakat Kuala Besut yang hanya kuat bekerja tanpa mengambil berat soal-soal keagamaan. Mereka gemarkan hiburan untuk mengisi masa lapang mereka. Sebagai contoh, selepas penat bekerja mereka akan berhibur dengan pelbagai permainan seperti Mak Yong, Menorah, Rambong Siam dan lain-lain lagi (Abdul Haris: 2001). Menurut cerita penduduk yang berasal dari Besut,dahulu terdapat beberapa buah bangsal wayang. Lebih memburukkan lagi, apabila terdapatnya rumah-rumah pelacuran yang terkenal di kawasan Kampung Longer (Kampung Bunga) (Temubual dengan Che Esah binti Che Kasim penduduk Kuala Besut: 2015). Keadaan inilah yang terpaksa dihadapi oleh Tuan Guru dalam memberi dakwah kepada penduduk Kuala Besut untuk mengembalikan mereka kepada ajaran Islam yang sebenar. Tuan Guru mendapat sokongan yang padu dari golongan tua bagi membanteras gejala yang tidak sihat itu. Mereka telah mendesak pihak berkuasa supaya mengharamkan rumah-rumah pelacuran yang giat menjalankan operasinya. Kawasan tersebut telah dihapuskan daripada gejala maksiat yang berleluasa seperti suatu ketika dahulu. Pada masa sekarang kerajaan komited memajukan lagi Kuala Besut sebagai bandar pelancongan yang bertaraf dunia dan pelbagai infrastruktur telah disediakan kepada penduduk disana. KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya kedua-dua tokoh ulama ini telah memainkan peranan penting dalam memajukan dan memperkembangkan Islam di daerah Besut khasnya dan seantero dunia amnya. Keterlibatan mereka dalam memperjuangkan Islam tidak dapat dinafikan lagi. Pelbagai halangan dan rintangan dalam memperkasakan Islam di seluruh pelusuk bumi tidak diendahkan demi mendaulatkan agama yang suci ini dan memartabatkan Islam sebagai agama yang sebenarnya di muka bumi ini. Kemunculan alim ulama dan penglibatan dalam pengajian pondok terbukti telah membentuk satu tradisi pendidikan agama yang kukuh di Besut, kerana kesannya dapat kita lihat hinga ke hari ini. Besut menjadi sebuah daerah yang subur dengan kegiatan agama.

114 Peranan Ulama Dalam Perkembangan Islam Di Besut, Terengganu: Sikap dan sambutan yang diberikan oleh masyarakat setempat turut menyumbang dalam perkembangan agama Islam di Besut. Satu aspek penting dalam sejarah kebangkitan ulama dan pengasasan pondok di Besut ialah kerjasama, sokongan moral dan material yang diberikan oleh raja dan pemerintah sendiri dalam usaha-usaha pembangunan dan perkembangan Islam. Kedudukan sosial ulama-ulama itu sendiri termasuk ketokohan, keilmuan, kebolehan dan kepandaian dalam pelbagai bidang tertentu telah menjadikan mereka tokoh yang menjadi perhatian umum. Anggota masyarakat mengunjungi mereka untuk mendapatkan bantuan perubatan, nasihat dan lain-lain yang secara tidak langsung membantu dalam pembentukan nilai-nilai Islam. RUJUKAN Ahmad Fathy. 2013. Ulama Patani di Terengganu- Sejarah dan Peranan. Pengasuh, Mac April: 21-22. Ahmad Fathy. 2013. Ulama Besar dari Patani. Kota Bharu: Majlis Agama Islam Kelantan Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Muhammad Abu Bakar. 1991. Ulama Terengganu Suatu Sorotan. Kuala Lumpur: Utusan publication Wan Mohd Saghir Abdullah. 2000. Penyebaran dan Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyyah. Wan Aribah Binti Wan Hassan. 2005. Peranan Pendidikan Islam Dalam Melahirkan Para Pendidik: Suatu Kajian Khusus di daerah Besut pada tahun 1872-1937. Universiti Malaya Abdul Haris Bin Abdul Hamid. 2001. Sejarah perkembangan Ajaran Sesat di Hulu Besut, Terengganu. Universiti Malaya Mohd Ekhbar Daud Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam, UKM, 43650, Bangi, Selangor, Malaysia E-mail: ekhbar80@gmail.com Farid Mat Zain Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam, UKM, 43650, Bangi, Selangor, Malaysia E-mail: farid@ukm.edu.my