MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

Similar documents
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4-292/15 ANTARA NAVINATHAN A/L DORAISAMY DAN BEKAERT SOUTHERN WIRE SDN. BHD. AWARD NO.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-70/15 DI ANTARA TANG CHOOI KIM DENGAN WASCO MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD./ WASCO COATINGS LIMITED

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4-708/12 ANTARA ABDUL MANAF BIN HASSAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(19)/4-402/14 DI ANTARA NOORHAYATI BINTI JARLILL DENGAN MAYA MAJU (M) SDN. BHD. AWARD NO: 1607 TAHUN 2017

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO: KES: 13(25)(24)/4-1230/13 DI ANTARA WAN NAJIB BIN WAN MOHD NASIR DAN SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD.

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (8) DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KES SAMAN JABATAN NO. : /2015 ANTARA PENDAKWARAYA

PENILAIAN PENGETAHUAN

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA (BAHAGIAN RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: D-02(IM)(NCVC) /2017 ANTARA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Mohd Faiz Mohamed Yusof a,b,*,nurhanani Romli b, Zulzaidi Mahmod c, Joni Tamkin Borhan b

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

Diputuskan: [Permohonan plaintif ditolak dengan kos] [Nota Pengarang: Plaintif telah merayu kepada Mahkamah Agung melalui MARS ]

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

Rakan Pemandu Nilai Yang Dipersetujui Terma & Syarat

Semua Risiko (Peralatan Pejabat) Terma & Syarat

Pemandu Bas Terma & Syarat

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

TUNTUTAN FASAKH: KAJIAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG TATACARA MAL. Fasakh Proceedings: A Study from Perspective of Shariah Courts Civil Procedure

Insurans Pampasan Pekerja Terma & Syarat

SCS. Kit HR FACILITIES (KEMUDAHAN)

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

Plat Kaca Terma & Syarat

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN [PERBICARAAN JENAYAH NO. 45A-87-08/2015] PENDAKWA RAYA LWN

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

INSURANS KEMALANGAN DIRI PENERBANGAN & PERJALANAN AFFINBANK WORLD MASTERCARD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Kebakaran Tarif Terma & Syarat

Skim Kemasukan Hospital Dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA) Terma & Syarat

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD (No W) A Member Of The Pacific & Orient Group Website:

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Applications [Logik & Aplikasi]

Petisyen pilihanraya ini difail oleh seorang pengundi berdaftar di kawasan N5, Dewan Undangan Negeri Jabi, Setiu, Trengganu.

FAKTOR-FAKTOR PERUNDANGAN YANG LEMAH MENYEBABKAN TUNGGAKAN KADAR PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA

KAD KREDIT-i BANK ISLAM TERMA DAN SYARAT Bermula September 2018

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

Transcription:

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD. NO. AWARD: 807 TAHUN 2017 Di Hadapan : Y.A. DATO' RASIDAH BINTI HJ. CHIK - Pengerusi Tempat : Mahkamah Perusahaan, Cawangan Perak Tarikh Rujukan : 25 September 2012 Tarikh Sebutan : 29.11.2012, 6.2.2013, 17.4.2013, 31.5.2013, 28.6.2013, 15.7.2013, 15.8.2013, 5.2.2014 & 5.3.2014 Tarikh Bicara : 26.9.2014 & 4.12.2014(Oral Submission) Representasi : Encik Ng Chung Yee Tetuan Ng & Yeong Peguambela & Peguamcara [Peguam Pihak Yang Menuntut] Pihak Yang Menuntut Hadir Encik T. Selvadoray Tetuan T. Selva & Co. Peguambela & Peguamcara [Peguam Pihak Syarikat] 1

Rujukan Ini adalah suatu rujukan bertarikh 25 September 2012 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia, di bawah Seksyen 20(3), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 berkaitan dengan pembuangan kerja Wong Chong Leong dan 2 Orang Perayu Lain (selepas ini disebut sebagai Pihak Menuntut) oleh Ngai Heng Workshop Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai Pihak Syarikat) pada 26 September 2011. AWARD Fakta Kes 1. Pihak-pihak dalam pertikaian ini adalah Wong Chong Leong (Pihak Menuntut Pertama), Wong Chong Kheng (Pihak Menuntut Kedua) dan Wong Chong Heng (Pihak Menuntut Ketiga) dan Ngai Heng Workshop Sdn. Bhd. Ketiga-tiga Pihak Menuntut mula bekerja dengan Pihak Syarikat pada 1 September 1995. Jawatan terakhir Pihak Menuntut Pertama adalah sebagai Ketua Kerani (Chief Clerk) dan menerima gaji sebanyak RM4000.00 sebulan, Pihak Menuntut Kedua pula diambil bekerja sebagai Pengurus dan gaji yang diterima adalah RM4500.00 sebulan sementara Pihak Menuntut Ketiga pula dilantik sebagai Penjaga Stor dengan gaji bulanan sebanyak RM4500.00. 2. Melalui surat-surat bertarikh 26 September 2011, ketiga-tiga Pihak Menuntut telah ditamatkan perkhidmatan mereka oleh Pihak Syarikat dengan serta merta atas alasan-alasan seperti yang dinyatakan dalam surat-surat penamatan tersebut. Surat-surat penamatan ini adalah seperti yang dapat dilihat di mukasurat 8-9, 12-13 dan 16-17 COB-1. Untuk kemudahan rujukan, diperturunkan kandungan ketiga-tiga surat penamatan tersebut seperti di bawah ini. 2

3

4

5

6

7

8

3. Ketiga-tiga Pihak Menuntut menyatakan mereka telah ditamatkan perkhidmatan tanpa sebarang sebab atau alasan yang adil, mereka telah dijadikan mangsa oleh pihak pengurusan Syarikat dan Syarikat telah bertindak dengan niat jahat apabila memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan mereka. Oleh itu mereka memohon agar mereka dikembalikan ke jawatan asal mereka tanpa kehilangan kekananan, gaji dan faedah-faedah lain. 4. Pihak Syarikat sebaliknya menyatakan ketiga-tiga Pihak Menuntut telah bertindak secara merbahaya dan mengancam Pengarah Urusan Syarikat secara berterusan. Setelah menimbang salah laku yang telah dilakukan oleh mereka itu adalah serius, maka Pihak Syarikat tidak dapat lagi bertoleransi dengan perbuatan-perbuatan yang merbahaya tersebut, dengan itu Pihak Syarikat tidak ada pilihan lain selain dari memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan ketigatiga Pihak Menuntut. Oleh itu Pihak Syarikat menegaskan penamatan kerja ketigatiga Pihak Menuntut telah dibuat dengan sebab atau alasan yang adil. Kes Pihak Syarikat 5. Pihak Syarikat telah mengemukakan 2 orang saksi untuk membuktikan kes mereka. COW-2 adalah Pengarah Urusan Syarikat. Dalam keterangannya beliau menyatakan corak perniagaan Syarikat adalah membaiki kenderaan, menyediakan perkhidmatan 24 jam crane tow service, membuat tuntutan kepada pihak insurans untuk kerja-kerja pembaikan yang telah dijalankan ke atas kenderaan-kenderaan. Menurut COW-2, berdasarkan kepada surat lantikan kerja bagi Pihak Menuntut Pertama dan Kedua, waktu kerja mereka adalah mulai dari 8.30 pagi sehingga 6.00 petang dan mereka diberi rehat selama 11/2 jam. Walau bagaimanapun kedua-dua mereka gagal mematuhi waktu kerja yang telah ditetapkan ini sebaliknya mereka akan datang untuk bekerja dan balik mengikut sesuka hati mereka sahaja dan mereka hanya berada di pejabat antara 4-5 jam sahaja setiap hari. Disamping itu mereka juga tidak mengikuti masa makan yang 9

telah ditetapkan. Menurut COW-2 lagi perkara ini telah lama berlaku dan beliau telah beberapa kali memberi teguran dan nasihat secara lisan kepada mereka agar mematuhi waktu kerja yang ditetapkan dan setiap kali teguran diberikan, ianya akan berakhir dengan pergaduhan. COW-2 juga menyatakan tanggungjawab dan tugas Pihak Menuntut Pertama sebagai Kerani tidak memerlukan beliau untuk melakukan kerja-kerja di luar pejabat. Kegagalan Pihak Menuntut Pertama dan Kedua untuk mematuhi waktu kerja yang ditetapkan menyebabkan Pihak Syarikat mengalami kerugian dan banyak kerja-kerja berkaitan dengan tuntutan insurans dan membuat anggaran kerosakan kenderaan menjadi tertunggak. 6. Selain daripada itu menurut COW-2, Pihak Menuntut Pertama juga didapati telah memulakan satu perniagaan baru yang didaftarkan pada 21 Jun 2011 di mana pada ketika itu beliau masih lagi bekerja dengan Syarikat. Ini dapat dibuktikan melalui carian SSM (mukasurat 20-22 COB-1) yang dengan jelas menunjukkan beliau adalah pemilik tunggal kepada Goldwell Motor. Sementara di mukasurat 23 COB-1 pula adalah kad perniagaan Pihak Menuntut Pertama bagi syarikat yang beliau miliki itu. Selanjutnya COW-2 juga menyatakan Pihak Menuntut Pertama telah menggunakan khidmat pekerja Syarikat tanpa kebenaran Syarikat untuk menjalankan kerja di syarikat beliau, Goldwell Motor, antara 2-4 jam sehari, dan ini menyebabkan semua kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh pekerja-pekerja tersebut di Syarikat terbengkalai. 7. Mengikut COW-2 lagi pada 3.8.2011, Pihak Menuntut Pertama bersama-sama dengan Pihak Menuntut Kedua dan Ketiga telah memasuki pejabat Syarikat dan telah memarahi COW-1 serta melemparkan perkataan-perkataan yang kesat dan tidak beradab terhadap COW-1 di hadapan pekerja-pekerja lain. COW-2 juga menyatakan pada hari yang sama, ketiga-tiga Pihak Menuntut telah mengugut dan mengancam akan mendatangkan kecederaan atau kematian kepada beliau dan menyuruh beliau bersedia dengan keranda. Menurut COW-2 lagi semasa kejadian ini berlaku COW-1 juga turut berada di tempat kejadian dan menyaksikan 10

keseluruhan kejadian yang berlaku. COW-2 menyatakan beliau ada berjumpa dengan ketiga-tiga Pihak Menuntut untuk bertanya mengenai tindakan merbahaya mereka itu, di mana Pihak Menuntut Kedua menyatakan mereka tidak berpuashati kerana selalu dimarahi oleh COW-2. COW-2 menyatakan beliau telah menjelaskan bahawa beliau memarahi mereka kerana mereka selalu datang lewat untuk bekerja dan terdapat banyak kerja yang tidak diselesaikan terutama anggaran kerosakan yang menyebabkan kerugian kepada Syarikat. Selepas itu berlaku satu pertengkaran dimana ketiga-tiga Pihak Menuntut telah menggunakan perkataan-perkataan yang tidak beradab (vulgar words) terhadap COW-2. Oleh sebab itu setelah berbincang dengan Pengarah-Pengarah lain, keputusan yang dicapai adalah untuk menamatkan perkhidmatan ketiga-tiga Pihak Menuntut. 8. COW-2 menjelaskan bahawa beliau sebenarnya tidak berada di pejabat ketika Pihak Menuntut Ketiga datang ke pejabat dengan membawa parang dan meletakkan parang tersebut di atas meja Pihak Menuntut Kedua sambil mengeluarkan kata-kata berbentuk ancaman dan ugutan iaitu akan mencederakan beliau. Mengikut beliau kejadian ini telah diceritakan oleh COW-1 kepadanya. COW-2 menyatakan sebelum kejadian pada 3.8.2011 ini, beliau telah memberi amaran kepada Pihak Menuntut Kedua supaya mematuhi waktu kerja yang telah ditetapkan dan sekiranya gagal, tindakan disiplin akan diambil terhadapnya. 9. Keterangan COW-2 berkaitan dengan segala dakwaan terhadap ketiga-tiga Pihak Menuntut iaitu tidak mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan, menggunakan masa dan tenaga pekerja Syarikat untuk menguruskan perniagaan sendiri dan kejadian ugutan dan ancaman pada 3.8.2011 telah disokong oleh keterangan COW-1 yang juga merupakan Pengarah Syarikat. 11

Kes Pihak Menuntut Pihak Menuntut Pertama 10. Pihak Menuntut Pertama, CLW-1, menyatakan beliau telah mula bekerja dengan Pihak Syarikat mulai 1.9.1995 dan jawatan terakhir beliau sebelum pembuangan kerja ini adalah sebagai Chief Clerk dan menerima gaji sebanyak RM4000.00 sebulan. Beliau menyatakan sebagai Chief Clerk, waktu kerja beliau adalah tidak tetap di mana sekiranya terdapat kemalangan, beliau perlu pergi ke tempat kejadian. 11. CLW-1 menyatakan beliau telah menerima surat bertarikh 26.9.2011 yang menamatkan perkhidmatan beliau atas alasan-alasan seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut. Menurut beliau lagi pada 3.8.2011 satu pertengkaran telah berlaku di antara beliau dan dua lagi Pihak Menuntut dengan COW-2. Mereka telah bersemuka dengan COW-2 kerana COW-2 telah melewatkan pembayaran gaji mereka. Ini menyebabkan suasana menjadi tegang dan wujudnya pertengkaran-pertengkaran mulut di mana COW-2 telah mengeluarkan perkataanperkataan kesat terhadap mereka dan mereka juga telah membalas dengan perkataan-perkataan kesat. Walau bagaimanapun CLW-1 menafikan mereka telah mengancam dan mengugut COW-2. 12. Seterusnya CLW-1 menyatakan dakwaan Pihak Syarikat bahawa beliau hanya bekerja 4 jam sahaja sehari adalah tidak tepat kerana setiap kali kemalangan berlaku tidak kira sama ada pada waktu siang ataupun malam, beliau perlu menghadirkan diri di tempat kemalangan tersebut sekiranya terdapat panggilan. Berkaitan dengan dakwaan kedua dalam surat penamatan kerja pula, CLW-1 mengakui perniagaan Goldwell Motor didaftarkan atas nama beliau tetapi perniagaan tersebut tidak diuruskan oleh beliau kerana beliau tidak mempunyai pengetahuan atau kemahiran dalam bidang pembaikan motosikal sebaliknya ianya diuruskan oleh anak saudara beliau yang juga merupakan anak kepada 12

Pihak Menuntut Ketiga. Menurut CLW-1 lagi tidak wujud apa-apa konflik kepentingan kerana perniagaan tersebut adalah berkaitan dengan pembaikan motosikal dan penjualan alat ganti motosikal. 13. CLW-1 menyatakan perkhidmatan beliau telah ditamatkan dengan serta merta tanpa sebarang amaran atau tunjuk sebab diberikan untuk membolehkan beliau menjawab kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan keatasnya. Beliau seterusnya menyatakan pertengkaran dengan COW-2 adalah bersifat peribadi memandangkan COW-2 dengan sengaja telah melewatkan pembayaran gaji mereka dan apabila mereka berdepan dengan COW-2, COW-2 telah mengeluarkan kata-kata kesat dan mereka juga membalas kembali dengan katakata kesat dan ini menyebabkan berlakunya pertengkaran mulut tersebut. Pihak Menuntut Kedua 14. Pihak Menuntut Kedua, CLW-3, mula bekerja dengan Pihak Syarikat pada 1.9.1995. Jawatan terakhir beliau sebelum penamatan kerja ini adalah sebagai Pengurus dan gaji terakhir beliau adalah RM4500.00 sebulan. CLW-3 menyatakan sebagai seorang Pengurus, beliau tidak mempunyai waktu kerja yang tetap. Beliau perlu memastikan tuntutan-tuntutan insuran dikemukakan dan diproses sebelum kerja pembaikan dijalankan. Beliau perlu ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang untuk menjalankan kerja-kerjanya dan beliau juga perlu mewujudkan perhubungan yang baik dengan pihak insurans dan penyelaras (adjuster). Keterangaan beliau mengenai kejadian yang berlaku pada 3.8.2011 adalah sama dengan apa yang telah dinyatakan oleh CLW-1 seperti di perenggan 11 di atas. 15. CLW-3 seterusnya menafikan dakwaan Pihak Syarikat bahawa beliau hanya bekerja 5 jam sehari sebaliknya menyatakan tugas beliau memerlukan beliau ke luar kawasan, menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan perhubungan awam, memastikan tuntutan insurans diproses dan memastikan pihak insurans membuat pembayaran kepada Syarikat setelah kerja-kerja pembaikan dilaksanakan. 13

Pihak Menuntut Ketiga 16. Pihak Menuntut Ketiga, CLW-2, mula bekerja dengan Pihak Syarikat pada 1.9.1995. Jawatan terakhir beliau sebelum ditamatkan perkhidmatan adalah sebagai Penjaga Stor dan menerima gaji sebanyak RM4500.00 sebulan. Menurut CLW-2 beliau telah menerima surat daripada Pihak Syarikat bertarikh 26.9.2011 di mana beliau telah ditamatkan perkhidmatan atas alasan-alasan seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut iaitu telah mengugut dan mengancam COW-2 dengan menggunakan parang pada Jun 2011 dan pada 3.8.2011 telah mengeluarkan perkataan-perkataan kesat dan tidak beradab (abusive and vulgar words) terhadap COW-1 dan telah mengugut untuk mencederakan COW-2. 17. Seperti CLW-1 dan CLW-3, CLW-2 menyatakan pada 3.8.2011 satu pertengkaran telah berlaku di antara mereka dengan COW-2 kerana mereka tidak berpuashati dengan tindakan COW-2 yang dengan sengaja telah melengahkan pembayaran gaji mereka. CLW-2 menafikan telah mengugut untuk mencederakan COW-2. Isu 18. Isu yang perlu diputuskan adalah: i. Sama ada Pihak Syarikat telah berjaya membuktikan salah laku-salah laku yang didakwa telah dilakukan oleh ketiga-tiga Pihak Menuntut; dan ii. Sekiranya ianya telah dibuktikan, sama ada penamatan kerja adalah dengan sebab atau alasan yang adil. Undang-Undang 19. Fungsi Mahkamah Perusahaan dalam kes-kes rujukan di bawah Seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 adalah dua hala iaitu menentukan sama ada salah laku 14

yang didakwa telah dilakukan itu telah dibuktikan dan sama ada salah laku yang dibuktikan itu adalah satu sebab atau alasan yang adil yang mewajarkan kepada tindakan pembuangan kerja. Ini adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Milan Auto Sdn. Bhd. v. Wong Seh Yen [1995] 3 MLJ 537 iaitu:... the function of the Industrial Court in dismissal cases on a reference under s.20 is twofold, firstly to determine whether the misconduct complained of by the employer has been established, and secondly whether the proven misconduct constitutes just cause or excuse for the dismissal. 20. Dalam kes Wong Yuen Hock v. Syarikat Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. & Anor [1995] 3 CLJ 344 pula telah diputuskan: On the authorities, we were of the view that the main and only function of the Industrial Court in dealing with a reference under section 20 of the Act (unless otherwise provided by the terms of reference), is to determine whether the misconduct or irregularities complained of by the Management as the grounds of dismissal were in fact committed by the workman, and if so, whether such grounds constitute just cause or excuse for the dismissal. 21. Oleh kerana Pihak Syarikat telah mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan ketiga-tiga Pihak Menuntut atas alasan-alasan seperti yang dinyatakan dalam surat-surat penamatan, maka beban adalah terletak atas Pihak Syarikat untuk membuktikan salah laku-salah laku tersebut telah dilakukan oleh ketiga-tiga Pihak Menuntut. Ini adalah seperti yang diputuskan dalam kes Goon Kwee Phoy v. J & P Coats (M) Sdn. Bhd. [1981] 2 MLJ 129 iaitu: Where representations are made and are referred to the Industrial Court for enquiry, it is the duty of that court to determine whether the termination or dismissal is with or without just cause or excuse. If the employer chooses to give a reason for the action taken by him, the duty of the Industrial Court will be to enquire whether that excuse or reason has or has not been made out. If it finds as a fact that it has not been proved, the inevitable conclusion must be that the termination or dismissal was without just cause or excuse. The proper enquiry of the court is the reason advanced by it and that the court or the High Court cannot go into another reason not relied on by the employer or find one for it. 15

22. Dalam kes-kes pembuangan kerja, undang-undang adalah mantap iaitu beban pembuktian adalah terletak di atas pihak majikan untuk membuktikan pekerja tersebut telah melakukan salah laku seperti yang didakwa. Dalam kes Ireka Construction Berhad v. Chantiravathan a/l Subramaniam James [1995]2 ILR 11 telah diputuskan: It is a basic principle of industrial jurisprudence that in a dismissal case the employer must produce convincing evidence that the workman committed the offence or offences the workman is alleged to have committed for which he has been dismissed. The burden of proof lies on the employer to prove that he has just cause and excuse for taking the decision to impose the disciplinary measure of dismissal upon the employee. The just cause must be, either a misconduct, negligence or poor performance based on the facts of the case. 23. Beban pembuktian yang terletak di atas pihak majikan adalah atas imbangan kebarangkalian. Ini adalah seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Telekom Kawasan Utara v. Krishnan Kutty Sanguni Nair & Anor [2002] 3 CLJ 314, iaitu:...it is quite clear to us that the Industrial Court should not be burdened with the technicalities regarding the standard of proof, the rules of evidence and procedure that are applied in a court of law. The Industrial Court should be allowed to conduct its proceedings as a court of arbitration, and be more flexible in arriving at its decision, so long as it gives special regard to substantial merits and decide a case in accordance with equity and good conscience. Penilaian Keterangan dan Dapatan Mahkamah 24. Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan di Mahkamah ini, adalah tidak dinafikan Pihak Syarikat telah tidak menjalankan satu siasatan terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan ketigaketiga Pihak Menuntut. Undang-undang berkaitan dengan kegagalan untuk menjalankan satu siasatan dalaman adalah mantap iaitu ianya bukanlah sesuatu yang fatal kepada Pihak Syarikat memandangkan Pihak Syarikat boleh menjustifikasikan keputusan mereka itu di hadapan Mahkamah Perusahaan. Ini 16

adalah seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Wong Yuen Hock,supra, iaitu: the very purpose of the inquiry before the Industrial Court was to give both parties an opportunity irrespective of whether there was a need for the employer to hold a contractual or statutory inquiry. We were confident that the Industrial Court as constituted at present was capable of arriving at a fair result by fair means on all matters referred to it. If therefore there had been a procedural breach of natural justice committed by the employer at the initial stage, there was no reason why it could not be cured at the rehearing by the Industrial Court 25. Dalam kes ini isu pembuangan kerja ketiga-tiga Pihak Menuntut oleh Pihak Syarikat adalah tidak dipertikaikan dan ini jelas dapat dilihat melalui surat-surat penamatan kerja bertarikh 26.9.2011 (mukasurat 10-11, 12-13 dan 16-17 COB-1). Oleh itu adalah menjadi tugas Mahkamah untuk menilai keterangan-keterangan dan bukti dokumentari yang dikemukakan sepanjang perbicaraan kes ini untuk menentukan sama ada Pihak Syarikat telah berjaya membuktikan atas imbangan kebarangkalian alasan-alasan seperti yang dinyatakan dalam surat-surat penamatan kerja tersebut telah dibuktikan. 26. Sekiranya surat penamatan kerja Pihak Menuntut Pertama diteliti, Pihak Syarikat telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut Pertama kerana Pihak Menuntut Pertama didakwa telah melakukan 5 salah laku yang serius. Bagi tuduhan pertama, Pihak Menuntut Pertama dikatakan hanya bekerja lebihkurang 4 jam sahaja sehari walaupun waktu bekerja yang telah ditetapkan adalah dari pukul 8.30pagi hingga 6.00 petang, Mahkamah mendapati Pihak Syarikat gagal untuk membuktikan tuduhan ini. Tidak ada sebarang bukti dokumentari yang dikemukakan oleh Pihak Syarikat untuk menyokong dakwaan ini, sebaliknya apa yang ada di hadapan Mahkamah hanyalah keterangan dari COW-1 dan COW-2 sahaja. Tambahan pula COW-2 dalam keterangannya menyatakan ketidakpatuhan waktu kerja ini telah lama berlaku, dan sekiranya dakwaan beliau adalah benar, maka persoalannya adalah mengapa langsung 17

tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh COW-2 terhadap Pihak Menuntut Pertama sebelum ini. Kegagalan Pihak Syarikat untuk mengambil sebarang tindakan sebelum ini, jika benar salah laku tersebut dilakukan, menunjukkan Pihak Syarikat membiarkan (condone) salah laku tersebut dilakukan. COW-2 hanya menyatakan amaran lisan telah diberikan tetapi Mahkamah berpendapat kesalahan ini adalah serius dan sekiranya ianya benar-benar berlaku, sudah tentu Pihak Syarikat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Pihak Menuntut Pertama. 27. Seterusnya berkaitan dengan tuduhan kedua iaitu menjalankan perniagaan sendiri yang dikenali sebagai Goldwell Motor dalam waktu kerja. Walaupun Pihak Syarikat ada mengemukakan carian SSM yang menunjukkan syarikat tersebut didaftarkan atas nama Pihak Menuntut Pertama, namun tidak ada sebarang bukti yang dikemukakan untuk membuktikan bahawa Pihak Menuntut Pertama sendiri yang menguruskan perniagaan tersebut. Pihak Menuntut Pertama dalam keterangannya menyatakan perniagaan tersebut diuruskan oleh anak saudara beliau dan keterangan ini telah tidak dicabar atau disangkal oleh Syarikat. Beban adalah terletak atas Syarikat untuk membuktikan Pihak Menuntut Pertama yang menguruskan perniagaan tersebut dan bukannya atas Pihak Menuntut Pertama untuk membuktikan ianya diuruskan oleh anak saudara beliau. Oleh kerana Pihak Syarikat gagal mengemukakan keterangan lain selain daripada carian SSM untuk menunjukkan Pihak Menuntut Pertama yang menguruskan perniagaannya, maka sekali lagi tuduhan ini telah tidak dibuktikan. 28. Berkaitan dengan tuduhan ketiga pula, COW-2 menyatakan Pihak Menuntut Pertama telah menggunakan perkhidmatan 2 orang pekerja Syarikat untuk menjalankan kerja-kerja di syarikat beliau, sekali lagi tidak ada sebarang bukti yang dikemukakan selain daripada keterangan lisan COW-2 sahaja. Pekerjapekerja yang didakwa yang telah menjalankan kerja-kerja untuk Pihak Menuntut Pertama telah tidak dikemukakan ke Mahkamah untuk mengesahkan dakwaan tersebut. 18

29. Untuk tuduhan keempat dan kelima pula, COW-1 dalam keterangannya menyatakan terdapat rakaman yang membuktikan kejadian tersebut sebaliknya COW-2 menyatakan rakaman tersebut tidak jelas dan ada yang rosak. Sekiranya dakwaan kedua-dua mereka tentang kewujudan rakaman tersebut adalah benar, Mahkamah berpendapat berdasarkan kepada keterangan COW-2, masih terdapat rakaman yang sekurang-kurangnya boleh membuktikan kejadian yang didakwa berlaku pada 3.8.2011 itu sememangnya ada berlaku. Kegagalan Pihak Syarikat untuk mengemukakan rakaman tersebut membuktikan segala dakwaan Pihak Syarikat mengenai kejadian ancaman dan ugutan itu adalah tidak berasas dan tidak disokong dengan sebarang keterangan yang jelas (cogent). COW-2 juga pada satu ketika menyatakan kejadian tersebut disaksikan oleh 3 orang pekerja Syarikat dan kemudiannya menyatakan hanya beliau, COW-1 dan ketiga-tiga Pihak Menuntut sahaja yang berada di situ semasa kejadian tersebut berlaku. Sekiranya benar ada pekerja lain yang menyaksikan kejadian tersebut, persoalannya adalah mengapa pekerja-pekerja tersebut tidak dipanggil untuk memberi keterangan bagi menyokong dakwaan Pihak Syarikat adalah benar. Sekali lagi kegagalan Pihak Syarikat untuk mengemukakan saksi-saksi tersebut menunjukkan kejadian serang menyerang, ugutan dan ancaman tersbeut sebenarnya tidak berlaku. 30. Pihak Menuntut Kedua pula menghadapi tiga tuduhan di mana tuduhan-tuduhan tersebut adalah sama dengan tuduhan pertama, keempat dan kelima bagi Pihak Menuntut Pertama, oleh itu keputusan yang sama seperti yang telah dihuraikan di atas adalah terpakai. 31. Sementara bagi Pihak Menuntut Ketiga pula, beliau dikatakan sekitar Jun 2011 telah membawa parang ke pejabat dan dengan disaksikan oleh COW-1 telah mengugut untuk mendatangkan kecederaan keatas COW-2. Sekali lagi walaupun COW-1 menyatakan terdapat rakaman yang menunjukkan kejadian ini, malangnya Pihak Syarikat gagal mengemukakan rakaman tersebut untuk menyokong kes mereka. Selain daripada itu kejadian yang didakwa ini dikatakan berlaku sekitar Jun 2011, persoalanya adalah mengapakah Pihak Syarikat 19

langsung tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Pihak Menuntut Ketiga selepas itu memandangkan kesalahan yang didakwa itu adalah satu kesalahan yang serius. Kegagalan Pihak Syarikat untuk mengambil sebarang tindakan menunjukkan dakwaan pihak Syarikat mengenai kejadian pada Jun tersebut adalah tidak berasas sama sekali. 32. Begitu juga dengan tuduhan kedua dan ketiga, tiada sebarang rakaman atau saksi lain yang dikemukakan untuk menyokong dakwaan tersebut. Tanpa sebarang keterangan sokongan yang lain yang boleh menyokong segala dakwaan Pihak Syarikat, Mahkamah berpendapat adalah amat merbahaya hanya untuk bergantung kepada keterangan COW-1 dan COW-2 semata-mata. 33. Berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah mendapati Pihak Syarikat telah gagal membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa ketiga-tiga Pihak Menuntut telah melakukan kesalahankesalahan seperti yang dinyatakan dalam surat-surat penamatan kerja bertarikh 26.9.2011, dengan itu penamatan kerja Pihak Menuntut Pertama, Kedua dan Ketiga telah dibuat tanpa sebab atau alasan yang adil. Kesimpulan 34. Setelah menilai segala keterangan dan hujahan bertulis yang dikemukakan secara menyeluruh dan bertindak mengikut ekuiti, perasaan nurani dan merit kes, Mahkamah mendapati Pihak Syarikat telah gagal membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa penamatan kerja ketiga-tiga Pihak Menuntut telah dibuat dengan sebab atau alasan yang adil. Remedi 35. Setelah mendapati pembuangan kerja tersebut adalah tanpa sebab atau alasan yang adil, adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah seterusnya untuk 20

memutuskan berkaitan dengan jenis remedi yang bersesuaian yang perlu diawardkan kepada ketiga-tiga Pihak Menuntut. 36. Pihak Menuntut Pertama, Kedua dan Ketiga dalam Pernyataan Kes mereka telah memohon kepada Mahkamah untuk satu perintah agar mereka dikembalikan ke jawatan asal mereka tanpa kehilangan kekananan. Walau bagaimanapun setelah mengambilkira keterangan yang dikemukakan dan juga perhubungan yang tidak baik yang wujud antara mereka dengan Pihak Syarikat, maka Mahkamah berpendapat remedi ini adalah tidak wajar dan tidak sesuai dalam keadaan dan fakta kes ini dan ianya adalah tidak seiring dengan keharmonian perusahaan. Oleh itu Mahkamah berpendapat award pampasan dalam bentuk kewangan adalah lebih sesuai. 37. Mahkamah Rayuan dalam kes Koperasi Serbaguna Sanya Bhd v Dr James Alfred (Sabah) & Anor [2002]3 CLJ 758 telah memutuskan seperti berikut: In Industrial Law, the usual remedy for unjustified dismissal is an order of reinstatement. It is only in rare cases that reinstatement is refused. For example, as here, where the relationship between the parties had broken down so badly that it would not be conducive to industrial harmony to return the workman to his place of work. In such a case, the Industrial Court may award monetary compensation. Such an award is usually in two parts. First, there is the usual award for the arrears of wages, or back wages, as it is sometimes called. It is to compensate the workman for the period that he has been unemployed because of the unjustified act of dismissal. Second, there is an award of compensation in lieu of reinstatement. 38. Sementara dalam kes Hotel Jayapuri v. National Union Of Hotel Bar & Restaurant Workers [1980] 1 MLJ 105, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan sekiranya terdapat asas undang-undang untuk membayar pampasan, maka persoalan berkaitan dengan jumlah pampasan tersebut adalah terletak di bawah budibicara Mahkamah itu untuk menetapkannya di bawah Seksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan 1967. 21

39. Pada 4.12.2014 satu Agreed Facts telah dikemukakan kepada Mahkamah dan telah ditanda sebagai A. Ianya adalah berkaitan dengan pendapatan ketiga-tiga Pihak Menuntut selepas perkhidmatan mereka ditamatkan oleh Pihak Syarikat. Pihak Menuntut Pertama Bayaran Gaji Kebelakang 40. Pihak Menuntut Pertama mula bekerja dengan Pihak Syarikat mulai 1.9.1995 dan pada masa pembuangan kerja (26.9.2011), beliau telah berkhidmat selama 16 tahun. Gaji terakhir yang diterima oleh beliau pada masa pembuangan kerja adalah RM 4000.00 sebulan. Adalah menjadi amalan Mahkamah apabila mengawardkan bayaran gaji kebelakang, bayaran ini hendaklah tidak melebihi 24 bulan dari tarikh pembuangan kerja tersebut dengan berdasarkan kepada gaji terakhir Pihak Menuntut yang telah dibuang kerja tanpa sebab atau alasan yang adil seperti yang digariskan dalam Jadual Kedua Akta. Selain dari itu sekiranya terdapat pendapatan selepas pembuangan kerja, maka Mahkamah boleh membuat penolakan sebahagian dari bayaran gaji kebelakang tersebut. Berdasarkan Agreed Facts tersebut, Pihak Menuntut Pertama telah memperolehi pekerjaan lain selepas ditamatkan perkhidmatan di mana beliau mula bekerja pada 1.2.2012 dan memperolehi pendapatan sebanyak RM3700.00 sebulan. Memandangkan Pihak Menuntut Pertama telahpun memperolehi pekerjaan yang tetap lebihkurang 5 bulan selepas ditamatkan perkhidmatan, maka ekuiti dan perasaan nurani memerlukan sedikit penolakan perlu dibuat untuk bayaran gaji kebelakang ini. Setelah menimbang secara teliti, Mahkamah berpendapat tempoh 6 bulan adalah munasabah dan sesuai, dengan itu mengawardkan seperti berikut: RM4000.00 x 6 bulan = RM 24,000.00 22

Pampasan Sebagai Pengembalian ke Jawatan Asal 41. Adalah juga menjadi amalan Mahkamah untuk mengawardkan pampasan sebagai gantirugi pengembalian ke jawatan asal berlandaskan kepada formula satu bulan gaji bagi setiap tahun genap perkhidmatan Pihak Menuntut dengan Syarikat. Pihak Menuntut telah berkhidmat dengan Syarikat selama 16 tahun lebih iaitu mulai dari 1.9.1995 sehingga pembuangan kerja pada 26.9.2011. Untuk pampasan sebagai gantirugi pengembalian ke jawatan asal, Mahkamah mengawardkan seperti berikut: RM 4000.00 x 16 bulan = RM 64,000.00 Pihak Menuntut Kedua Bayaran Gaji Kebelakang 42. Pihak Menuntut Kedua mula bekerja dengan Pihak Syarikat mulai 1.9.1995 dan pada masa pembuangan kerja (26.9.2011), beliau telah berkhidmat selama 16 tahun. Gaji terakhir yang diterima oleh beliau pada masa pembuangan kerja adalah RM 4500.00 sebulan. Berdasarkan Agreed Facts yang telah difailkan, Pihak Menuntut Kedua tidak bekerja selepas ditamatkan perkhidmatan. Beliau dikatakan ada mencuba untuk mendapatkan pekerjaan lain tetapi oleh kerana beliau perlu berulang alik ke Pulau Pinang untuk membawa isteri mendapatkan rawatan perubatan, maka beliau tidak mendapat sebarang pekerjaan. 43. Mahkamah berpendapat alasan terpaksa membawa isteri untuk mendapatkan rawatan bukanlah satu alasan untuk Pihak Menuntut Kedua untuk tidak berusaha mencari pekerjaan lain bagi menampung kehidupannya. Beliau sepatutnya mengurangkan kerugiannya dengan mencari pekerjaan lain yang sesuai dengan pengalaman beliau. Beliau juga tidak menunjukkan sebarang bukti untuk menyokong bahawa beliau telah berusaha untuk mencari pekerjaan lain setelah ditamatkan perkhidmatan oleh Pihak Syarikat. Oleh itu ekuiti dan perasaan nurani memerlukan sedikit penolakan perlu dibuat untuk bayaran gaji kebelakang ini. Setelah menimbang secara teliti, Mahkamah berpendapat pemotongan sebanyak 23

50% adalah wajar dan munasabah dalam kes ini. Dengan itu untuk bayaran gaji kebelakang Mahkamah mengawardkan seperti berikut: RM4500.00 x 24 bulan = RM108,000.00 Potongan 50% = RM 54,000.00 Jumlah yang dibenarkan = RM 54,000.00 Pampasan Sebagai Pengembalian ke Jawatan Asal 44. Pihak Menuntut Kedua juga telah berkhidmat dengan Syarikat selama 16 tahun lebih iaitu mulai dari 1.9.1995 sehingga pembuangan kerja pada 26.9.2011. Untuk pampasan sebagai gantirugi pengembalian ke jawatan asal, Mahkamah mengawardkan seperti berikut: RM 4500.00 x 16 bulan = RM 72,000.00 Pihak Menuntut Ketiga Bayaran Gaji Kebelakang 45. Berdasarkan Agreed Facts, Pihak Menuntut Ketiga tidak berupaya untuk memperolehi sebarang pekerjaan lain selepas perkhidmatannya ditamatkan oleh Pihak Syarikat memandangkan usianya yang mencecah 57 tahun ketika ditamatkan perkhidmatan.oleh itu untuk bayaran gaji kebelakang Mahkamah berpendapat tempoh 18 bulan adalah munasabah dan adil, dengan itu mengawardkan seperti berikut: RM4500.00 x 18 bulan = RM 81,000.00 24

Pampasan Sebagai Pengembalian ke Jawatan Asal 46. Pihak Menuntut telah berkhidmat dengan Syarikat selama 16 tahun lebih iaitu mulai dari 1.9.1995 sehingga pembuangan kerja pada 26.9.2011. Untuk pampasan sebagai gantirugi pengembalian ke jawatan asal, Mahkamah mengawardkan seperti berikut: RM 4500.00 x 16 bulan = RM 72,000.00 Perintah 47. Mahkamah dengan ini memerintahkan Pihak Syarikat untuk membayar kepada Pihak Menuntut Pertama sebanyak RM 88,000.00 (RM 24,000.00 + RM 64,000.00), Pihak Menuntut Kedua sebanyak RM126,000.00 (RM54,000.00 +RM72,000.00) dan Pihak Menuntut Ketiga sebanyak RM 153,000.00 (RM81,000.00 +RM72,000.00) melalui peguamcara ketiga-tiga Pihak Menuntut, Messrs Ng & Yeong dalam tempoh 30 hari dari tarikh award ini diperturunkan. DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH 6 JUN 2017. (DATO' RASIDAH BINTI HAJI CHIK) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA CAWANGAN PERAK 25