UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN INSTITUSI WAKAF MENGGUNAKAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DI KUALA LUMPUR

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTEGRASI KEFAHAMAN BERAGAMA DALAM AMALAN KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PENGGUNAAN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR BERASASKAN KOMPUTER DI MAKTAB PERGURUAN. Oleh NIZAM BIN ABD LATIB

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ABSTRAK. pada suatu ketika dahulu contohnya di zaman kerajaan Uthmaniyyah. Kajian ini

FAKTOR INSANIAH DALAM PENGURUSAN KUALITI: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KONSEP KAFFAH DALAM KUMPULAN CERPEN PILIHAN BERDASARKAN GAGASAN SASTERA PROFETIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

MUZIUM : PENGURUSAN KOLEKSI PAMERAN DI RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

REKA BENTUK CORAK GEOMETRI ISLAM PADA SENI BINA MASJID NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA NORLIS BINTI ISMAIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) PROGRAM j-qaf DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON PENGERANG, JOHOR

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PEMIKIRAN DALAM PUISI MELAYU TEKS KOMSAS DARI SUDUT SPB4L ROHANA BINTI ISAHAK

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

KOHESI DALAM RENCANA PENGARANG AKHBAR TAMIL SANTHY A/P MUTTAPPAN FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

PERANCANGAN HARTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM MENGGUNAKAN KONSEP HIBAH NURUL HAZIRA BINTI RAHMAT

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

ABSTRAK. menghidupkan syiar Islam di Brunei Darussalam. Oleh yang demikian, kajian ini

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

SINOPSIS Kajian lepas mendedahkan bahawa pemahaman pelajar terhadap beberapa konsep sains adalah kurang sempurna. Kajian lepas juga menunjukkan

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA UTM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

Transcription:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN INSTITUSI WAKAF MENGGUNAKAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DI KUALA LUMPUR NURUL AZRA BINTI AB. MALIK FEM 2013 8

PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN INSTITUSI WAKAF MENGGUNAKAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DI KUALA LUMPUR NURUL AZRA BINTI AB. MALIK MASTER SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2013

PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN INSTITUSI WAKAF MENGGUNAKAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DI KUALA LUMPUR Oleh NURUL AZRA BINTI AB. MALIK Tesis Yang Dikemukakan Kepada Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia Sebagai Memenuhi Keperluan Untuk Ijazah Master Sains Februari 2013

DEDIKASI Penghargaan tidak terhingga dan teristimewa Buat Abah dan Mama Serta keluarga dan insan yang setia menemani... Pengorbanan, sokongan dan dorongan kalian begitu bermakna... Amat dihargai dan tidak akan dilupakan sehingga akhir hayat. Buat Ahli Jawatankuasa Penyeliaan yang dihormati, Terima kasih diatas segala tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat yang telah ditaburkan... InsyaAllah akan diingati dan diaplikasikan dalam pengajian seterusnya Jika diizinkan oleh-nya. Terakhir, Buat rakan-rakan seperjuangan Terima kasih jua kerana banyak membantu Semoga kalian terus berjaya pada masa depan Duniawi jua akhrawi Dan kenanglah persahabatan ini selamanya... Percayalah bahawa berfikir sejenak merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk melangkah ke hadapan... i

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk ijazah Master Sains Pengerusi: Fakulti: PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN INSTITUSI WAKAF MENGGUNAKAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DI KUALA LUMPUR Oleh NURUL AZRA BINTI AB. MALIK Februari 2013 Amaludin Ab. Rahman, PhD Ekologi Manusia Institusi kewangan dalam Islam khususnya institusi wakaf merupakan salah satu institusi kewangan yang telah lama mendapat tempat dan menjadi amalan dalam kalangan masyarakat Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Namun, kelebihan institusi wakaf sebagai salah satu sumber pembiayaan pembangunan masyarakat seperti tidak menonjol ekoran pengurusan yang stereotaip dan tidak moden sehingga memberi impak negatif kepada kepentingan institusi wakaf tersebut. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk; i) mengenal pasti ciri-ciri harta wakaf semasa, ii) memetakan kedudukan (positioning) harta wakaf menggunakan perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS), iii) menganalisa pengurusan semasa harta wakaf, dan iv) menjelaskan potensi serta keperluan pembangunan harta wakaf dalam konteks pembangunan masyarakat yang menyeluruh. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian kes dan data dikumpulkan secara pendekatan kualitatif. Teknik temubual dilakukan bersama tiga orang informan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) selaku ii

pemegang amanah dan pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang bertanggungjawab bagi mendapatkan data primer. Manakala, bagi data sekunder diperoleh daripada teknik analisis kandungan yang telah dilakukan ke atas rekod dan dokumen wakaf serta diikuti kaedah pemerhatian di lokasi-lokasi harta wakaf. Dapatan kajian mendapati terdapat 30 harta wakaf yang berkeluasan 7.666 ekar (bersamaan 334 540.8 kaki persegi) mendaftar di bawah MAIWP sehingga bulan Disember 2010 dan harta wakaf tersebut terdiri daripada 17 lot tanah wakaf am dan 13 lot tanah wakaf khas. Manakala hasil pemetaan kedudukan (positioning) 30 harta wakaf yang dipecahkan kepada dalam lima mukim iaitu mukim Kuala Lumpur, mukim Bandar Kuala Lumpur, mukim Batu, mukim Ampang dan mukim Setapak menunjukkan jumlah keluasan harta wakaf paling tinggi berada dalam mukim Kuala Lumpur (3.464 ekar). Seterusnya, analisa turut mendapati harta wakaf di Kuala Lumpur terdiri daripada masjid, surau/madrasah, bangunan (lot kedai), rumah sewa dan juga tanah kosong. Selain itu, dapatan juga menunjukkan harta wakaf yang diuruskan oleh MAIWP menghadapi beberapa masalah dalam pengurusan harta tersebut seperti sistem maklumat berkomputer yang kurang selamat, kekurangan kakitangan yang berpengalaman, kewangan yang terhad dan halangan perundangan. Masalah-masalah ini telah memberi implikasi negatif kepada usaha pembangunan yang menyeluruh sekaligus telah menyebabkan beberapa tanah wakaf yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan tidak dapat dilaksanakan. Namun, didapati juga harta wakaf yang sedia dibangunkan masih dalam keadaan baik dan berupaya memberi sumbangan dalam pembangunan masyarakat khususnya dari aspek keperluan sosioekonomi walaupun harta tersebut dilihat tidak menjana pendapatan secara konsisten. Kesimpulannya, elemen teknologi telah diterima dan diaplikasikan dalam pengurusan institusi wakaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, pihak MAIN masih perlu berusaha iii

meningkatkan tahap profesionalime mereka terutama dalam menyediakan satu sistem pengurusan yang berkesan dan bermaklumat menerusi pemodenan pengurusan agar kesedaran dan penyertaan masyarakat awam dalam kegiatan berwakaf dapat ditingkatkan. Hal ini bertujuan membentuk keyakinan yang utuh dalam kalangan umat Islam terhadap institusi wakaf selaku salah satu institusi kewangan yang penting dalam memangkin pembangunan masyarakat yang menyeluruh terutama dalam aspek ekonomi, sosial, pendidikan dan kesihatan. Kejayaan pembangunan masyarakat sekaligus memberi impak positif ke arah pembinaan peradaban Malaysia yang disegani pada masa akan datang. iv

Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfilment of the requirement for the degree of Master of Science WAQF INSTITUITION MANAGEMENT AND DEVELOPMENT USING GEOGRAPHICAL INFORMATION SYSTEM (GIS) IN KUALA LUMPUR Chair: Faculty: By NURUL AZRA BINTI AB. MALIK February 2013 Amaludin Ab. Rahman, PhD Human Ecology The Islamic financial institution such as waqf institution is known as one of the oldest financial institution that had built its ground among the Muslim society all over the world including Malaysia. However, the underlying advantage of the waqf institution as a source of societal development funding did not fully realized due to the stereotype style and outdated way of management, causing negative impact towards the waqf institution s interest. Therefore, this research is aimed to i) identify features of current waqf resource, ii) Position mapping and identifying waqf resource using Geografical Information System (GIS), iii) analyze procedures of current waqf resource management and iv) discover potential and the needs of waqf resource development. The design of this research was a case study, which was approached qualitatively. The data was collected based on in-depth interviews with three informants from Federal Territorial Islamic Council (MAIWP) who act as trustee and was representative as an Islamic Religious Council of State (MAIN). The secondary data was based on content analysis done upon the records and documents of waqf, followed by series of visits to v

the waqf property locations. As result, this research discovered 30 lots of waqf lands with size of 7.666 acres (simultaneously 334 540.8 square feet) listed under MAIWP until December 2010. This particular waqf lands are comprised from 17 lots of general waqf land and 13 lots of specific waqf land. The positioning mapping shows that the waqf lands are scattered all over Kuala Lumpur in five main districts. The division of districts is as followed: Kuala Lumpur district, Bandar Kuala Lumpur district, Batu district, Ampang district and Setapak district, with the highest MAIWP Wakaf lands located are in Setapak district. The analysis also shows that the waqf properties in Kuala Lumpur is in a form of mosque, madrasah/surau, building (shop lot), rent house and idle land. Other than that, the research found that the waqf land, which been managed by MAIWP are actually facing weaknesses in their management such as unsafe computerize information database, lack of skill staffs, heavy workload to existing staffs, lack of capital and restricted jurisdiction. This entire problem has given negative implication towards a comprehensive development initiative which also causes several highly potential waqf lands cannot be develop. It s also discovered that the developed waqf land is still in a good condition with ability to contribute in term of societal development specifically in their socioeconomic, although it cannot helps to generate income aggressively. As conclusion, a touch of modernization wave has reached the style of waqf institution management in Kuala Lumpur. However, MAIN need to step up ahead to improve their professionalism especially in operating effectively with a new style of resource management. The changes can, in one hand, helps attaining involvement and awareness among the society in waqf activity. Hopefully, the confidence level towards waqf institution among the Muslim Ummah could be increased by adopting changes, hence able to become one of important and comprehensive financial institution for societal development especially in aspect of vi

economy, social, education and health. Successful development in society will creates positive impact as well as lifting the image of Malaysia towards a creation of future respected Malaysia civilization. vii

PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, segala syukur dan puji dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan pemberian kekuatan, kesihatan, ketabahan dan kesabaran yang tinggi maka dapat saya siapkan penulisan tesis ini dengan baik dalam masa yang ditetapkan dan insyaallah, dapat menamatkan pengajian peringkat Sarjana ini dengan jayanya. Pertama sekali, sepenuh penghargaan buat Abah, Ab. Malik Che Harun dan Mama, Wan Siti Rosma Wan Abdullah kerana merestui tekad saya untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana. Sesungguhnya, dengan iringan doa dan dorongan daripada mereka serta keluarga akhirnya saya dapat bertahan sehingga ke titik terakhir pengajian Sarjana ini. Sekalung ucapan penghargaan ditujukan khas buat Penyelia pengajian yang saya kagumi, Dr. Amaludin Ab. Rahman di atas kepercayaan dan kesudian beliau memberi peluang dan ruang kepada saya menggunakan geran FRGS-KPT serta kemudahan lain dalam saya menyiapkan kajian sepanjang pengajian. Sesungguhnya, peluang tersebut begitu bermakna dan telah banyak membantu meringankan kos perbelanjaan sepanjang pengajian saya. Tidak dilupakan, kata-kata semangat, dorongan dan juga komen membina yang selalu diberikan dan insyaallah, akan dikenang sehingga akhir hayat. Seterusnya, ucapan penghargaan juga diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Penyeliaan yang dihormati, Prof. Madya Dr. Asnarulkhadi Abu Samah dan Dr. Alias Mohd Sood di viii

atas segala tunjuk ajar, bimbingan dan perkongsian ilmiah kepada saya sepanjang pengajian. Hanya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang sahaja mampu membalas segala kebaikan tersebut. Semoga penyelia sekalian dipanjangkan umur serta dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat dan mendidik anak bangsa dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Akhir sekali, penghargaan setulus ikhlas buat Shah Rul Niza Mohamad yang tidak jemu memberi semangat ketika susah dan senang serta rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa menyokong dan menyumbangkan pandangan. Juga penghargaan tidak terhingga buat semua pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang penyelidikan dan penulisan tesis ini. Segala kerjasama yang dihulurkan diucapkan jutaan terima kasih. Semoga penyelidikan yang telah dijalankan dapat memberi manfaat dan input yang bernilai kepada kita semua dalam usaha mencapai hasanah fil-dunia dan hasanah filakhirat yang diimpikan oleh setiap umat Islam dengan izin-nya, insyaallah. Terima kasih. ix

Saya mengesahkan bahawa satu Jawatankuasa Peperiksaan Tesis telah berjumpa pada 22 Februari 2013 untuk menjalankan peperiksaan akhir bagi Nurul Azra Binti Ab. Malik bagi menilai tesis beliau yang bertajuk Pengurusan dan Pembangunan Institusi Wakaf Menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) di Kuala Lumpur mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Perlembagaan Universiti Putra Malaysia [P.U.(A) 106] 15 Mac 1988. Jawatankuasa tersebut telah memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahi ijazah Master Sains. Ahli Jawatankuasa Peperiksaan Tesis adalah seperti berikut: Norbaya Ahmad, PhD Profesor Madya Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (Pengerusi) Mohd Daud Awang, PhD Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (Pemeriksa Dalam) Mohamad Fazli Sabri, PhD Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (Pemeriksa Dalam) Razaleigh Muhamat @ Kawangit, PhD Profesor Madya Jabatan Dakwah dan Kepimpinan Universiti Kebangsaan Malaysia Malaysia (Pemeriksa Luar) NORITAH OMAR, PhD Profesor Madya dan Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Tarikh: 23 Mei 2013 x

Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi syarat keperluan untuk ijazah Master Sains. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut: Amaludin Ab. Rahman, PhD Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (Pengerusi) Asnarulkhadi Abu Samah, PhD Profesor Madya Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (Ahli) Alias Mohd Sood, PhD Pensyarah Kanan Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia (Ahli) BUJANG BIN KIM HUAT, PhD Profesor dan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Tarikh: xi

PERAKUAN Saya memperakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya. Saya juga memperakui bahawa tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini dan tidak dimajukan serentak dengan ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau di institusi lain. NURUL AZRA BINTI AB. MALIK Tarikh: 22 Februari 2013 xii

JADUAL KANDUNGAN DEDIKASI ABSTRAK ABSTRACT PENGHARGAAN KELULUSAN PERAKUAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH BAB xiii Muka Surat i ii iv vi viii x xiv xv 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 7 1.3 Pernyataan Masalah 12 1.4 Persoalan Kajian 17 1.5 Objektif Kajian 17 1.5.1 Objektif Am 17 1.5.2 Objektif Khusus 18 1.6 Kepentingan Kajian 18 1.7 Definisi Istilah 20 1.7.1 Pengurusan Harta Wakaf 20 1.7.2 Pembangunan 22 1.7.3 Institusi Wakaf 23 1.7.4 Sistem Maklumat Geografi (GIS) 24 1.8 Kerangka Teoritikal 25 1.9 Kerangka Konseptual 29 1.10 Skop dan Batasan Kajian 32 1.11 Kesimpulan 34 2 SOROTAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 36 2.2 Sejarah Wakaf 37 2.3 Perundangan Wakaf 40 2.4 Pentadbiran dan Pengurusan Harta Wakaf 48 2.4.1 Pengurusan Maklumat 49 2.4.2 Pengurusan Sumber Kewangan 50 2.4.3 Pengurusan Tenaga Kerja/Kakitangan 52 2.4.4 Strategi Pengurusan Pembangunan 54

2.4.5 Pengalaman dan Amalan Pengurusan Harta Wakaf di Beberapa Negara Islam 56 2.5 Perkembangan Institusi Wakaf dan Ketamadunan 62 2.6 Institusi Wakaf dan Pembangunan Masyarakat (Ummah) di Malaysia 65 2.6.1 Ekonomi 66 2.6.2 Sosial 68 2.6.3 Pendidikan 70 2.6.4 Kesihatan (Perubatan) 72 2.7 Pengurusan Institusi Wakaf dan Aplikasi Teknologi 75 2.8 Kesimpulan 78 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 80 3.2 Lokasi Kajian 80 3.3 Persampelan dan Responden 84 3.4 Reka Bentuk Penyelidikan 85 3.5 Tatacara Kajian dan Pengumpulan Data 87 3.5.1 Analisis Kandungan 88 3.5.2 Temu bual 88 3.5.3 Pemerhatian (Kajian Lapangan) 90 3.6 Penganalisisan Data 91 3.6.1 Kesahan dan Kebolehpercayaan Data Temu bual 96 3.6.2 Kesahan dan Kebolehpercayaan Pemerhatian 97 3.7 Kesimpulan 97 4 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan 99 4.2 Ciri-ciri Harta Wakaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 101 4.3 Kedudukan (Positioning) Dan Penjenisan Harta Wakaf Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Menggunakan Teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) 104 4.4 Pengurusan Semasa Harta Wakaf Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 111 4.4.1 Pengurusan Maklumat 113 4.4.2 Pengurusan Sumber Kewangan 115 4.4.3 Pengurusan Tenaga Kerja/Kakitangan 117 4.4.4 Halangan Perundangan 119 4.5 Potensi dan Keperluan Pembangunan Harta Wakaf Dalam Pembangunan Masyarakat Di Wilayah Persekutuan xiv

Kuala Lumpur 120 4.6 Kesimpulan 127 5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 130 5.2 Rumusan Kajian 130 5.3 Implikasi Kajian 133 5.4 Cadangan 135 5.4.1 Penyelidikan Akan Datang 135 5.4.2 Agensi Yang Berkaitan 136 5.5 Kesimpulan 138 RUJUKAN 140 LAMPIRAN 1 Garis Panduan Temu bual Bersama Informan 149 2 Transkrip Temu bual 151 3 Surat Mohon Kebenaran Kajian 164 4 Carta Organisasi MAIWP 166 5 Manual Kerja Wakaf MAIWP 167 6 Gambar-gambar Harta Wakaf MAIWP 170 BIODATA PELAJAR 173 SENARAI PENULISAN/PENERBITAN 174 xv