KETOKOHAN HAJI ABDUL RAHIM AHMAD DALAM BIDANG TARANNUM DAN KAEDAH TILAWAHNYA.

Similar documents
وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

SEJARAH TOKOH TARANNUM DI MALAYSIA. Abdullah, 2 Wan Nasyrudin Wan Abdullah

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Pengajian Tarannum Sebelum Dan Semasa Era Datuk Hajjah Faridah Binti Mat Saman

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

STUDENTS ACHIEVEMENT 2014

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SUMBANGAN QARIAH WANITA DALAM BIDANG TARANNUM AL-QURAN DI NEGERI TERENGGANU

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Sumbangan Haji Mat Lintar dalam Pengajaran Al-Quran di Terengganu

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Jurnal AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 1 (3), June 2017:

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MALAYSIAN SOUVENIRS AND TOURISTS BEHAVIOUR TOWARD AUTHENTICITY AS AN IMPORTANT SOUVENIR ATTRIBUTE MUHAMMAD IRFAN BIN ZAWAWI

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

HENDRA SAPUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

PENGAJIAN TAFSIR DI KELANTAN:

BUTIRAN PERIBADI

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

TOK SENGGORA : PEMEGANG SANAD KEMASUKAN BACAAN AL-QURAN DI MALAYSIA. SHAHARUDDIN SAAD MOHD FAIRUS A.

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 1-6 MASHITOH YAACOB * Centre for General Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRACT

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BUTIRAN PERIBADI PROF. MADYA DATO DR. AHMAD BIN ABDULLAH

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RADON AND THORON STUDY IN AREAS OF ELEVATED BACKGROUND RADIATION IN PALONG, SEGAMAT, JOHOR NUR AMIRA BINTI ABD WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

ASSOCIATE EDITORS. Department of Al-Quran & Al-Hadith Academy of Islamic Studies University of Malaya Kuala Lumpur Malaysia

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Sumbangan Orang Arab dalam Pendidikan di Malaysia

Sumbangan Haji Muhammad bin Ahmad Al Kelantani ( m) dalam Bidang Pengajian al-quran. Ahmad Najib Abdullah 1 Muhamad Zul Ikhwan Zahari 2

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MUD FLOOD AS A SUITABLE MATERIAL FOR SUBGRADE LAYER OF LOW TRAFFIC VOLUME NURUL AIN BINT! IBRAHIM

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh


RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

The Biography of Haji Mat Lintar: An Al-Quran Scholar from Terengganu

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

SUMBANGAN MUALIM HAJI WAHID DALAM BIDANG DAKWAH DI MELAKA

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

HAJI MUHAMMAD SA'ID BIN JAMALUDDIN AL-LINGGI:

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Transcription:

Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 E-ISSSN: 0127-8002 2017, Bilangan 10, Isu II, Halaman 31-39 KETOKOHAN HAJI ABDUL RAHIM AHMAD DALAM BIDANG TARANNUM DAN KAEDAH TILAWAHNYA. THE HIGH FIGURE OF HAJI ABDUL RAHIM IN TARANNUM AND HIS METHODOLOGY IN RECITATION Ahmad Shafiq Mat Razali 1 *, Wan Hilmi Wan Abdullah 2, Wan Nasyrudin Wan Abdullah 3. 1 Pensyarah Fakulti Pendidikan, Jabatan Pendidikan Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), ahmadshafiq@kuis.edu.my. 2 Pensyarah Jabatan Pengajian al-qur an dan al-sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, hjmiey@ukm.edu.my. 3 Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian al-qur an dan al-sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, tokwedin@ukm.edu.my * Penulis Penghubung Artikel diterima :13 Mac 17 Selepas Pembetulan:18 Dis 17 Diterima untuk diterbit :18 Dec 17 Abstrak Haji Abdul Rahim Ahmad adalah suatu nama yang tidak asing lagi dalam dunia tilawah al-quran di Nusantara. Ketokohan yang dimiliki oleh Haji Abdul Rahim Ahmad sangat tinggi nilainya bagi para qari dan qariah. Beliau komited dalam menyebarkan ilmu tarannum khususnya di Malaysia. Namun begitu, beliau turut diundang ke luar negara seperti di Thailand, Brunei, Singapura, Bangladesh dan Afrika sebagai panel tahsin al-quran bertarannum. Oleh yang demikian, penulisan artikel ini bertujuan menjelaskan latar belakang Haji Abdul Rahim Ahmad dan kaedah tilawah beliau dalam dunia tilawah al-quran di Malaysia khususnya. Rekabentuk kajian adalah kualitatif. Kajian ini memperolehi data hasil temubual tidak berstruktur bersama tokoh yang terlibat dalam bidang tilawah al-quran serta disokong dengan analisis video bacaan. Hasil kajian mendapati ketokohan Haji Abdul Rahim dan kaedah tilawah beliau telah memberikan impak yang sangat besar kepada perkembangan bacaan al-quran bertarannum di Malaysia khususnya dan negara luar umumnya yang menjadi suatu panduan kepada qari dan qariah untuk meneruskan legasi bacaan al-quran bertarannum. Kata kunci: Tilawah, Qari, Tarannum JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 31-39 31

Abstract Haji Abdul Rahim Ahmad is a familiar name in the world of Quran recitation in the archipelago. The solidity of Haji Abdul Rahim Ahmad is very high in value for the qari and qariah. He is committed to spreading tarannum knowledge especially in Malaysia. However, he was also invited at Thailand, Brunei, Singapore, Bangladesh and Africa as the panel of the Quran. Therefore, the writing of this article is to explain the background of Haji Abdul Rahim Ahmad and his methodology in the world of Quran recitation in Malaysia in particular. The design of the study is qualitative. This study obtained unstructured interview data with characters involved in Quran recitation and supported by video analysis. The findings show that Haji Abdul Rahim's character and his methodology have had a huge impact on the development of the Quranic reading of Quran in particular, and the outside world generally which is a guide to qari and qariah to continue the legacy of Quranic recitation. Keyword. Recitation, Qari, Tarannum 1. Pendahuluan Malaysia terkenal di peringkat antarabangsa hasil sumbangan dan jasa tokoh-tokoh qari yang berpenat menyebarkan ilmu dan pengaruh positif khusus berkaitan ilmu seni tarannum. Ketokohan mereka dalam bidang tarannum ini sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Pengaruh murni tersebut telah tersebar dengan cepat dan memberi kesan besar dalam memantapkan bacaan al-quran. Oleh yang demikian, pengkaji akan membincangkan mengenai ketokohan dan kaedah tilawah salah seorang daripada tokoh-tokoh tarannum di Malaysia iaitu Haji Abdul Rahim Ahmad yang tidak asing lagi dalam dunia tilawah al-quran. Biodata Beliau Haji Abdul Rahim bin Ahmad merupakan anak kelahiran bandar Patani, Thailand di sebuah kampung di Cerang Nahong. Beliau dilahirkan pada tahun 1951. Bapanya bernama Haji Ahmad bin Haji Ibrahim, manakala ibunya bernama Zawariyah binti Yusof. Kerjaya Di peringkat permulaan, Haji Abdul Rahim diberi amanah menjawat jawatan sebagai bilal Masjid Negeri bagi negeri Kelantan iaitu Masjid Muhammadi, Kota Bharu dan Masjid Kubang Kerian. Bagaimanapun, pada tahun 2010 beliau mengambil pendekatan untuk menamatkan tugas sebagai bilal untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam dunia tilawah al-quran melatih dan mendidik qari dan qariah sama ada dari peringkat Ibtida i (rendah) mahupun c Aliy (tinggi). JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 31-39 32

Pendidikan Topik ini membincangkan mengenai peringkat pengajian Haji Abdul Rahim Ahmad samada secara formal atau tidak formal. a. Formal Pada peringkat awal pengajian, sekitar tahun 1960-an, Haji Abdul Rahim dihantar oleh ibu bapanya menimba ilmu di Madrasah Arab Ugama Muassasah al-thaqafah al-islamiyyah di Ponbeng. Di sana beliau ditempat di peringkat ibtidai (rendah) sehingga thanawi (menengah). Pengajian beliau tamat di peringkat thanawi (menengah) sahaja memandangkan beliau tidak berkesempatan menyambung ke peringkat yang lebih tinggi. b. Pendidikan Tidak Formal Peringkat pertama pengajian, Haji Abdul Rahim hanya bertalaqqi musyafahah al-quran melalui perantaraan kedua-dua orang tuanya sahaja. Dengan kesungguhan dan komitmen yang tinggi beliau telah berjaya khatam 30 juzuk. Kelebihan dan keupayaan ini seharusnya dipandang tinggi kerana amat jarang sekali kanak-kanak seusia dan sezaman dengan beliau mampu khatam al-quran (Wan Hilmi Wan c Abdullah: 2014: 225). Peringkat kedua pengajian, Haji Abdul Rahim berguru dengan Haji Ahmad Syukri bin Haji Soleh 1. Di Kota Makkah, Haji Ahmad Syukri sempat bertemu Haji Ahmad bin Ma c som (Pergau) (Wan Fakhrul Razi 2008) bersama-sama dalam mendalami ilmu al-quran. Keakraban dan saling mengenali antara satu sama lain ketika menimba ilmu di tanah suci kota Makkah menjadikan mereka bersahabat baik walaupun telah pulang ke tanah air. Keduanya sangat dikenali di negara masing-masing dengan kelebihan, keistimewaan dan ilmu al-quran yang di genggam di tangan masing-masing. Mereka saling tawaddu dan bersikap rendah diri antara satu sama lain walaupun kehebatan dan kelebihannya tidak dapat dipertikaikan lagi. Ini terbukti apabila jika ada orang bertanya tentang qari hebat di Malaysia, maka jawapnya Haji Ahmad Matsom Pergau dan jika ada yang bertanya siapakah qari yang hebat di Thailand, maka jawabnya adalah Haji Ahmad Syukri. Hal ini kerana sumbangan yang ditaburkan oleh kedua tokoh ini amat besar sekali dan setelah keduanya meninggal dunia, anak murid beliau mula bertaburan di serata kepulauan nusantara, bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan ada terdapat anak muridnya di Pakistan. Haji Abdul Rahim sempat belajar tarannum dengan Haji Ahmad Syukri hanya satu surah iaitu awal surah Ma idah dan usia beliau ketika itu dalam lingkungan 15-16 tahun. Dengan kesungguhan dan usaha yang berterusan, beliau dapat mengenali lagu yang tujuh itu melalui sistem pengajaran Haji Ahmad Syukri. Pendekatan kaedah pengajaran yang dilakukan oleh Haji Ahmad Syukri ialah tikrar (ulangan) sehingga setiap 1 Beliau merupakan qari terkenal di era 70an di Thailand dan beliau juga sempat tinggal di Makkah dalam tempoh yang agak lama. JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 31-39 33

pelajar tersebut mampu membaca sesebuah tarannum itu tanpa pantauan (Wan Hilmi Wan c Abdullah: 2014: 227). Pada peringkat ketiga, Haji Abdul Rahim belajar tarannum adalah bersama Haji Ahmad Matsom (Wan Fakhrul Razi: 2008). Kira-kira pengajian beliau dengan perantaraan Haji Matsom Pergau adalah selama 12 tahun ketika berusia 27 tahun dari tahun 1975 hingga 1987. Bimbingan yang dilakukan oleh Haji Matsom Pergau menjadi tapak asas kepada beliau mengenali dan seterusnya menguasai ilmu tarannum sehingga bergelar johan peringkat antarabangsa. Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh beliau berulang alik dari pondok Tok Guru Haji c Abdul Ghani berdekatan dengan masjid Bandar Pasir Mas di Kubang Bemban ke rumah Haji Matsom menaiki basikal sejauh kira-kira 3 kilometer (Wan Hilmi Wan c Abdullah: 2014: 227). Pada waktu itu, beliau bersama-sama qari lain seperti Tok Penghulu c Abdullah, Ahmad Pauh, Haji c Abdul Rahman Muda, Haji c Abdullah Hasan Hijazi (Haji Loh Murtabak), Mohd Zain (berasal dari Makkah), Haji Mokhtar Bunut Payung dan ramai lagi (Wan Hilmi Wan c Abdullah: 2014: 227). Keterlibatan beliau menimba ilmu seni tarannum diteruskan lagi apabila gurunya (Haji Matsom Pergau) meninggal dunia. Beliau seringkali menghabiskan masa terluangnya dengan mendengar alunan bacaan ayat suci al-quran dari qari terkemuka dunia seperti Shaykh Mustafa Isma c il, Shaykh Dr. Ahmed Nu c aina, Shaykh Taha Fashni dan lain-lain lagi. Haji Abdul Rahim turut mengakui bahawa amat mengkagumi style dan versi bacaan Shaykh Mustafa Isma c il. Di samping itu, beliau mengakui bahawa kaedah pembacaan serta pengajaran beliau adalah hasil analisis bacaan Shaykh Mustafa Isma c il. 2. Penglibatan Dalam Dunia Tilawah al-quran Setelah hampir 15 tahun menimba ilmu seni tarannum al-quran, maka Haji Abdul Rahim mula berjinak-jinak melibatkan diri secara serius dengan menyertai musabaqah tilawah al-quran. Akhirnya, pada tahun 1994 dan 1995, Haji Abdul Rahim dinobatkan sebagai johan dalam tilawah al-quran Peringkat Antarabangsa. Mengakuinya, keterlibatan beliau menjadi suatu kayu pengukur kepada tahap ilmu yang dimiliki serta motivasi setelah berpenat mencari ilmu akhirnya membuahkan hasil. Sebelum menyandang johan musabaqah tilawah al-quran, beliau telah beberapa kali menyandang johan serta mewakili negeri Kelantan. Haji Abdul Rahim juga beberapa kali menyandang naib johan dan johan Kebangsaan bagi Peringkat Kebangsaan. Kemenangan tersebut adalah kemuncak pencapaian beliau dalam musabaqah al-quran. 3. Sumbangan Tokoh dalam Dunia Tilawah al-quran Sumbangan dan jasa yang ditaburkan oleh Haji Abdul Rahim dalam mengembang ilmu tarannum di Malaysia tidak dapat dipertikaikan lagi. Tanpa mengenal erti penat dan lelah, beliau sanggup menghabiskan sebahagian masa untuk membimbing qari-qari sama ada diperingkat JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 31-39 34

negeri mahupun antarabangsa. Begitu juga melatih pelapis-pelapis baru yang akan menggalas tanggungjawab menyebarkan ilmu al-quran. Bermula tahun 1985 lagi beliau telah mula menyebarkan ilmu seni tarannum kepada masyarakat. Tempat yang paling kerap beliau gunakan ialah di rumah beliau sendiri pada tahun 1987 sehingga 2001. Kemudian ia berpindah tempat ke Masjid Sultan Isma c il Petra, Kubang Kerian dari tahun 2001 dan sehingga kini ia masih aktif berfungsi hasil sambutan menggalakkan dengan kehadiran qari-qariah melatih bacaan al-quran. Selain itu, beliau turut diundang mengajar tarannum al-quran di Masjid Selising kampung Selising, Pasir Puteh. Begitu juga kelas di kampung Ga al, Pasir Putih juga tidak bertahan lama sebelum beralih ke Pejabat Qadi, Kuala Krai sekitar tahun 1997 sehingga 2009. Di Besut bertempat di Masjid Kampung Raja, kelas tarannum turut dibuka pada masyarakat setempat bermula pada tahun 2009 sehingga kini masih berjalan dengan jayanya. Selain itu, kelas di Masjid al-syakirin, KLCC dibuka pada tahun 2006 hingga sekarang. Di sini, kelas pengajian yang paling aktif kerana ia merupakan satu-satunya kelas yang menjadi perhatian ramai pihak bukan sahaja qari tempatan bahkan qari luar seperti dari Iran, Indonesia dan lain-lain negara yang datang berkunjung untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan secara tidak langsung. Lantaran itu, ia secara langsung telah menghubungkan qari-qari tempatan dengan qari peringkat antarabangsa untuk berkongsi ilmu tarannum. Hal ini turut mengangkat beliau sebagai tokoh qari di Malaysia diatas sumbangan ilmu dan jasa yang ditaburkan. Sumbangan dan jasa beliau diperkukuhkan lagi apabila terdapat ramai anak murid beliau yang telah berjaya belakarkan nama diperingkat kebangsaan iaitu Muhammad Anuar Ghazali, Amir Rahman Abbas, Ahmad Tarmizi Haji Ali, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah, Azraie Abdul Hak, Wan Fakhrul Razi, Muhammad Noor bin Yusoff, Mohd Syukri Haji Ali, Normalina Alias dan ramai lagi. Mereka semua telah mendapat tempat di peringkat kebangsaan dan dipersada antarabangsa. 4. Pengiktirafan kepada Ketokohan Menurut Haji Abdul Rahim, penamat beliau dalam menimba ilmu bukan diukur selepas dinobatkan sebagai johan dalam tilawah al-quran Peringkat Antarabangsa, tetapi ia merupakan satu permulaan kepada beliau menimpuhi pelbagai cabaran mendatang. Lantaran itu, keterlibatan Haji Abdul Rahim menyebarkan ilmu yang dimiliki mula menarik perhatian ramai, samada dari dalam dan luar negara. Hal ini terbukti apabila beliau diundang oleh kerajaan Morocco, Pakistan, Brunei, Singapura dan Iran sebagai qari jemputan (Wan Hilmi Wan c Abdullah: 2014: 227). Disamping itu, beliau dijemput oleh kerajaan Thailand sebagai Hakim Tilawah al-quran, pembimbing peserta dan panel kurus tahsin dan sebagainya. Beliau juga turut diberi kepercayaan sebagai hakim dalam pertandingan hafazan dan tarannum peringkat Kebangsaan di Negara Maldive pada tahun 2011. JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 31-39 35

Menghargai sumbangan dan jasa beliau dengan anugerah pingat Kesatrian Mangku Negara (KMN) dari Yang Dipertuan Agung pada tahun 1995 dan pingat Jasa Bakti (JB) dari Sultan Kelantan, Tuanku Sultan Ismail Petra. Di samping itu, beliau turut mendapat pengiktirafan luar negara dari Negara Morocco. Disamping itu, pada tahun 2010 Haji Abdul Rahim dilantik sebagai karyawan tamu UKM. Pengiktirafan dari bidang akademik tersebut membuktikan bahawa pendekatan beliau secara rasminya diiktiraf bukan sahaja dari pandangan masyarakat malahan dari sudut akademik. 5. Kaedah Bacaan Tarannum Beliau Haji Abdul Rahim memiliki kaedah tarannum yang tersendiri dalam mengatur dan menyusun bacaannya. Kaedah tarannum yang fleksibel memudahkan qari dan qariah yang bertalaqqi dengan beliau untuk mengusai ilmu tarannum dalam tempoh masa tertentu (Amirrahman Abbas, 2014) bahawa teknik bacaan Haji Abdul Rahim adalah mudah dan ia diajar mengikut tahap kemampuan qari dan qariah (Anuar Ghazali, 2014). Disamping itu, teknik bacaan beliau juga adalah berunsurkan bacaan gaya kearaban dari segi susunan c urab (bunga-bunga) yang teratur seperti kecil, kasar, cepat, jarang dan lain-lain. Hal ini kerana penekanan teknik bacaannya tertumpu kepada penyesuaian lagu dengan maksud ayat di samping memelihara kepentingan bacaan berlahjah arabiyyah seperti menjaga hukum tajwid, sifat huruf dan sebagainya. Keberkesanan kaedah bacaan ini di atas faktor beliau yang mengambil panduan bacaan-bacaan dari qari-qari Mesir seperti Shaykh Mustafa Isma il, Shaykh Fathi Hassan Maliji, Syaikh Dr. Ahmad Nuina dan lain-lain. Kemudian ia dipraktikkan dalam bacaan beliau sendiri (Wan Hilmi Wan Abdullah 2014: 235). Oleh yang demikian, menurut Wan Hilmi Wan Abdullah (2014: 229), bacaan dan teknik tilawah Haji Abdul Rahim Ahmad dapat disimpulkan seperti berikut : 1) Teknik-teknik suara seperti c urab (bunga-bunga) halus, kecil, kasar, cepat, jarang, banyak dan lain-lain. 2) Memenuhi ruang-ruang dalam bacaan dengan bunga-bunga lagu agar ianya tidak kosong dan membiarkan begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. 3) Penekanan suara ke atas huruf-huruf dengan cermat dan tidak gelojoh supaya bacaan itu lembut. 4) Pemilihan suara yang sesuai dengan maksud ayat. 5) Memelihara hukum tajwid adalah suatu keutamaan dalam bacaan. 6) Memberi penekanan dalam aspek waqf dan ibtida dalam bacaan. 7) Mementingkan bacaan berlahjah arabiyyah dalam aspek sebutan huruf seperti tarqiq, tafkhim, dammah, fathah, kasrah, ghunnah, mad dan sebagainya, sifat huruf seperti isti c la, istifal, shiddah, itbaq, takrir dan sebagainya. JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 31-39 36

8) Lantunan suara yang dikeluarkan oleh beliau pula adalah secara spontan, langsung (irtijal) dan bersifat kelakian (Rujulah). 9) Penggunaan teknik sullam musiqi (tangga suara) iaitu sulalim nazil dan su c ud bagi memastikan bacaan ada turun naiknya, dan fungsi tabaqah suara qarar al-qarar, qarar, jawab dan jawabaljawab. 10) Menerapkan kompenan-kompenan tambahan seperti wuslah, qit c ah, mahattah, ikhtilal al-lahn dan takrir dalam persembahan. 11) Mempelbagaikan jenis-jenis suara dalam bacaan seperti suara mematah, ketajaman, meletup, buka tutup, goncang, sorong tarik, menghentak, sumbang suara, menekan, membulat, kegeraman, menangis dan banyak lagi. 12) Mempelbagaikan alunan lagu dalam setiap harakat dan tidak terikat asalkan ada penyesuaian suara dan maqam lagu. 13) Melatih dan mempraktikkan suara paling atas dan paling bawah dalam bacaan. 14) Unsur-unsur tarannum yang dialunkan oleh beliau hanya di ambil dari wilayah Arab (Jazirah al- c Arab). 15) Memberi penekanan kepada eleman suara bercirikan kelembutan, kemanisan, kekemasan, kelincahan, ketegasan, kelunakan, kemantapan, keunikan dan kesenian. 16) Langkahan pergerakan suara yang mudah serta tidak memaksa. 17) Terdapat beberapa keadaan beliau menggunakan bunga suara ( c urab) yang keras dan tidak asli mengikut keadaan dan struktur ayat tersebut. 6. Kesimpulan Artikel ini menjelaskan tentang latar belakang Haji Abdul Rahim dan kaedah tilawah beliau dalam dunia tilawah al-quran. Antara sumbangan besar beliau ialah mempromosikan bacaan al-qur an mengikut gaya kearaban khususnya secara berlagu dalam negara (Malaysia). Hasilnya, masyarakat Malaysia khususnya para qari dan qariah mula memberi perhatian terhadap teknik dan gaya pembacaan gaya kearaban. Di samping itu, ia menjadikan mereka mula belajar dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari guru-guru sebagai pembimbing mereka yang mutqin menguasai ilmu tarannum. Selain itu, beliau juga telah berjaya meletakkan kerjaya qari di tempat yang tertinggi dengan diberikan penghormatan yang sewajar. Oleh itu, selayaknya bagi beliau diangkat ketokohannya atas sumbangan yang begitu besar dalam dunia tilawah al-quran. Beliau juga sekurang-kurang telah berjaya mengubah segelintir pandang sisi masyarakat terhadap bangsa melayu yang mengatakan bahawa bacaan al-quran orang melayu tidak setanding dan seiring dengan bacaan orang arab kerana beliau telah berjaya membuktikan bahawa orang melayu boleh menguasai bacaan al-quran yang baik. Justeru itu, benarnya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud semulia-mulia manusia adalah orang yang mempelajari al-qur an dan JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 31-39 37

mengajarkan pula kepada orang lain, dan ahl al-qur an adalah ahl Allah khasnya. Rujukan Al-Quran al-karim Ahmad Shafiq Mat Razali et. All. 2015. Implikasi Ketokohan Qari-Qari Tanah Melayu Terhadap Kewujudan Program Tarannum Di Malaysia. E-Jurnal https://ejurnalfp. wordpress.com/jurnalpendidikan/jilid-1/ Ermy Azziaty Rozali & Mohd Samsuddin Harun. 2006. Ketokohan Tuan Guru Haji Ahmad Ma c som Pergau Dan Sumbangannya dalam Pengajian al-quran di Kelantan dan Terengganu. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III, Ketokohan Dan Pemikiran Ulama Melayu. UKM Bangi: Fakulti Pengajian Islam. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK). 2013. Tradisi Keunggulan Qari Dan Qariah Negeri Kelantan. Jabatan Kemajuan Islam Jakim (JAKIM). 2007. Biografi Qari Qariah di Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Jakim (JAKIM). 2003. Sejarah Majlis Tilawah al- Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.Cet. Pertama. Jabatan Kemajuan Islam Jakim (JAKIM). 2007. Astaka Majlis Tilawah al- Quran Peringkat Kebangsaan. Cet. Pertama. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 2008. 50 Tahun Tilawah al- Quran Malaysia. Cet. Pertama. Nik Ja c far Nik Isma c il. 1998. Buku Qawa c id Tarannum, Cara Berlagu. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Wan Fakhrul Razi Wan Mohammad. 2010. Haji Ahmad Ma asom Pergau Dan Sumbangannya Dalam Pengajian Tarannum Di Kelantan. Tesis. Jabatan al-quran Dan al-hadith, Akademi Pengajian Islam, UM. Wan Hilmi Wan Abdullah. 2010. Fann Tilawah al-quran. Fakulti Pengajian Islam, UKM: Jabatan Pengajian al-quran dan al-sunnah. Wan Hilmi Wan Abdullah. 2012. Ketokohan Syeikh Mustafa Isma c il dan Sumbangan Beliau dalam Dunia Tilawah al-quran. Prosiding Seminar Antarabangsa Ilmu Wahyu dan Turath dalam Peradaban Islam. 24 & 25 November 2012. Riau: Universiti Islam Negeri Sultan Sharif Kasim. Wan Hilmi Wan Abdullah & Ahmad Shafiq Mat Razali & Nor Faizah Panut & Zulkifli Abd Mubi. 2013. Pengaruh Qari-qari Mesir Terhadap Qariqari Melayu di Nusantara Dalam Tilawah al-quran : Satu Analisis Awal. Prosiding al-quran al-karim Mendepani Era Globalisasi. 11-12 September 2013 UNISSA: Fakulti Usuluddin. Wan Hilmi Wan Abdullah. 2014. Pengaruh Tarannum Qari-qari Mesir Terhadap Qari-qari di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 31-39 38

Wawancara Temubual dengan Haji Abdul Rahim, mantan qari antarabangsa bagi tilawah peringkat antarabangsa pada tahun 1994 dan 1995 di kediaman beliau di kampung Panchor Kemumim, Kota Bharu, Kelantan pada hari ahad, 26 Oktober 2014, masa 4.00 petang. Temubual dengan Ustaz Anuar Ghazali, qari antarabangsa bagi tilawah peringkat antarabangsa pada tahun 2012 di kediaman beliau pangsapuri bandar tasek selatan pada hari sabtu, 11 Oktober 2014, masa 10.00 pagi. Temubual bersama Amirrahman bin Abbas. Beliau merupakan johan tilawah al-qur an Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa Malaysia pada tahun 2011. Merupakan anak murid Haji Abdul Rahim Ahmad. JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU II, 31-39 39