Janji-janji Laluan Berkhutbah

Similar documents
SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Laluan Berkhutbah. Teks: Kolose 3:12-17 (bersambung ke muka surat 2)

1 Yahya 1:1 1 1 Yahya 1:9. 1 Yahya

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Permulaan Kesedihan Seseorang Manusia

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Alpha and Omega Apostasy in the writings of Ellen G. White. Pdt Donny Chrissutianto, PhD

AN ANALYSIS OF INTRINSIC ELEMENTS AS PORTRAYED IN LOUISA MAY ALCOTT S NOVEL LITTLE WOMAN

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PANDUAN DOA QUNUT & SUJUD SAHWI. Oleh Imer Imran A Blog About Life. Panduan Ringkas Tetapi Mudah Difahami

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Takrifan Etika ethos

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

2 Tesalonika 1:1 1 2 Tesalonika 1:9. 2 Tesalonika. Kepada jemaah di Tesalonika dalam Allah, Bapa kita dan dalam Isa al-masih:

Bahasa Melayu. 200 Soalan tentang Bible dan Al-Quran. Daniel Wickwire

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

Malam nisfu syaaban. 10/25/2017 Pavithra parthan 10/26/2017. How do you re rock meth 10/27/2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Ulasan Buku / Book Review

APOCRYPHA 2 nd MACCABEES KING JAMES BIBLE Maccabees. Buku kedua Maccabees dalam

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Ibrani 1:1 1 Ibrani 1:6. Ibrani. aneka cara kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi. 2 Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirman

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Para saudara dan saudari, saya

PENILAIAN PENGETAHUAN

Terdapat tanda-tanda jelas bahawa kitab Islam, al-quran, adalah kalam Tuhan dan kita mempunyai banyak sebab untuk menyokong tuntutan ini:

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Allah. Begitupun, proses kejadian 'Isa sentiasa dikaitkan sebagai kejadian yang

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

3.0 TEORI ETIKA 3.1 TEORI TELEOLOGI

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 1

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

Cetakan Pertama: March 2011

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

1 Tesalonika 1:1 1 1 Tesalonika 1:9. 1 Tesalonika. Kepada jemaah di Tesalonika dalam Allah Bapa dan Junjungan Isa al-masih:

PERHUBUNGAN DALAM GERAK KERJA KAUNSELING

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

KESEJAHTERAAN DIRI MUALAF: ISU DAN CABARAN

Tentang Relevennya Kapital Marx Pada Masa Kini

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Transcription:

Janji-janji Laluan Berkhutbah Sebuah penerbitan Pusat Pengajian Lutheran di Seminari Teologi Sabah Topik: Janji Salah satu perkara yang paling sukar mengenai kita sebagai manusia adalah apabila kita mengharapkan sesuatu dan tidak melihat perkara itu berlaku. Janji memberikan kita harapan dan visi; tetapi janji yang tidak ditepati adalah salah satu pengalaman yang paling menyakitkan bagi manusia. Dalam iman kita, terdapat jurang antara masa janji diumumkan (Berita Baik!) dan masa ia ditunaikan. Kadang-kadang jurang ini adalah sangat singkat doa dijawab pada hari ia diucapkan. Kadang-kadang jurang ini adalah sangat panjang umat Kristian telah menunggu pemulihan Tuhan selama hampir dua ribu tahun. Pada masa diantara ini, janji-janji Tuhan boleh memberi harapan kepada kita, tetapi ia juga boleh menyebabkan kita mengadili orang lain. Dalam teks yang berikut, anda akan melihat bagaimana janji-janji mepengaruhi seseorang dan masyarakatnya. Ditulis oleh Rev. Wendolyn Trozzo, Penyelaras Jangkauan Berjemaah untuk Lutheran Study Centre di STS Gambar: Apabila anda hilang kesemuanya, Tuhan sedang melakukan sesuatu. Teks Kitab Injil: Lukas 19:1-10 Kisah Zakheus, pemungut cukai yang ingin melihat Yesus, dan bagaiman janji-janji Yesus telah membawa kepada janji-janji dari Zakheus. Dr. R. Allen Culpepper menulis bahawa Lukas 19:10 adalah ayat kunci untuk Injil Lukas: Sebab Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan mereka yang hilang. Berikut adalah perkara-perkara yang penting untuk Lukas: Daya tarikan universal Injil, ayat 2-4 (Berita baik adalah untuk semua orang) Masalah etika berkenaan dengan kekayaan, ayat 2 (Mereka yang memiliki wang ingin mendapat lebih banyak wang) Jemputan kepada seorang berdosa yang dipandang rendah oleh masyarakat, ayat 7 (Yesus pergi kepada orang luar, mereka yang dikecualikan) Perasaan tentang kerja Tuhan pada masa kini, ayat 5,9 Sebab Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelematkian yang hilang. Lukas Desakan, keperluan, dan kegembiraan, ayat 5 ( hari ini ), 5 mesti, 9 Restitusi, terutamanya kepada golongan miskin, ayat 8 (Penggunaan harta benda menunjukkan keadaan rohani) Terutama sekali, misi penyelamatan Yesus, ayat 10 (Misi diisytiharkan dalam Lukas 4:18-21) (Untuk pemahaman lanjut, lihat Zondervan NIV Bible Commentary, jilid 2, Kitab Wasiat Baru. Muka surat 271)

Janji-janji Hukum Taurat: Zakheus dikecualikan daripada janji-janji baik Allah Zakheus telah melakukan banyak perkara yang menyakiti orang dari segi kewangan dan dalam menunjukkan kuasanya atas mereka. Akibatnya, dia dikecualikan oleh masyarakat Yahudi dan dipandang rendah oleh mereka. Zakheus tidak boleh berkawan dengan orang-orang Roma kerana dia bukan seorang Roma. Dia memang kaya tetapi bersendirian. Apabila seseorang disangkal, orang lain akan mempunyai sikap bahawa sesetengah orang tidak akan berubah atau anda tidak boleh mengajar anjing tua helah baru, jadi orang seperti Zakheus dipercayai tidak mempunyai harapan untuk berubah, dan mereka tidak diberikan peluang untuk berubah dan menyertai semula masyarakat. Zakheus nampaknya seolah-olah berada di luar komuniti dan juga di luar janji-janji Allah. Cerita ini menunjukkan kita betapa Zakheus ingin diberi harapan selepas orang ramai menolaknya ke belakang, dia memanjat pokok seperti seorang kanak-kanak supaya dapat melihat lelaki ini yang bercakap dengan cara yang baru tentang janji-janji Tuhan. Injil: Yesus janjikan keselamatan daripada dosa kepada Zakheus dan kita Wira cerita ini adalah Yesus. Beliau menyedari akan kehadiran Zakheus dan memilih dia dari seluruh mereka yang hadir. Yesus ingin menghabiskan masa dengan Zakheus walaupun orang-orang Yahudi berkata Zakheus dan keluarganya adalah kotor dan berdosa. Yesus melihat betapa terdesak Zakheus, and mengasihinya, walaupun ketika itu Zakheus adalah seorang yang berdosa. Yesus melihat bahawa Zakheus adalah miskin, walaupun dia seorang yang kaya; Yesus melihat bahawa Zakheus adalah lebih daripada dosanya. Yesus memberikan Zakheus peluang untuk membayangkan semula dirinya (bukan sebagai pemungut cukai yang menipu, tetapi sebagai anak Tuhan) dan memperbaharui seluruh hidupnya. Yesus adalah wira satu-satunya perkara baik yang dilakukan oleh Zakheus ialah ia ingin melihat Yesus. Kerana Yesus, Zakheus mempunyai hati yang terbuka dan kehidupan yang baru. Jika anda mengadili orang, anda tidak mempunyai masa untuk mengasihi mereka. Transformasi: Zakheus memulakan kehidupan barunya dengan membuat janji-janji baru Zakheus, yang diasingkan kerana melanggar Hukum Allah, tidak mempunyai visi, dan hidup bersendirian dan dihina oleh masyarakat, tiba-tiba melihat dirinya sebagaimana Yesus melihatnya: Anak Manusia mengingatkan Zakheus bahawa dia adalah anak Abraham, berketurunan janji-janji Allah. Zakheus tiba-tiba melihat bahawa dia boleh membuat pilihan yang berlainan dengan kerja dan kekayaannya. Disebabkan oleh janji Yesus untuk mencari dan menyelematkan mereka yang hilang, Zakheus kini boleh berjanji untuk berkongsi kekayaannya dan menebus kesalahannya. Zakheus menghasilkan buah-buah yang sesuai dengan pertaubatan yang dimaksudkan oleh Yohanes Pembaptis (Lukas 3:8). Bertaubat bermaksud berubah, dan Yesus mengubahkan keinginan dan tindakan Zakheus. Ini adalah sesuatu yang baru untuk Zakheus dan untuk semua orang yang melihat perubahan ini berlaku! Lelaki yang pendek ini dimuliakan/dinaikkan. Hukuman orang ramai tidak dapat menghalang kasih Allah.

Janji-janji Mengajar Hukum Taurat dan Injil Melalui hukum Taurat, Allah memberitahu kita visi-nya tentang kehidupan yang sepatutnya di dunia ini. Hukum Taurat memberitahu kita apa yang Allah memerintahkan kita lakukan. Namun, jika kita mengambil perintah Allah dengan serius, kita akan menyedari betapa jauhnya kehidupan kita dari visi Allah. Dengan itu, hukum Taurat menunjukkan kepada kita dosa kita. Hukum Taurat memberitahu kita apa yang perlu kita lakukan, tetapi sebenarnya ia membuatkan kita sedar bahawa ia adalah di luar kuasa kita untuk mencapainya. Injil pula memberitahu kita apa yang dilakukan oleh Allah. Walaupun kita gagal, Allah bertindak dengan rahmat. Apabila rahmat Tuhan datang kepada kita, bukan sahaja kita diampuni dosa kita, tetapi Roh Kudus memberi kuasa kepada kita untuk berkhidmat kepada Allah kerana cinta. Apabila mendengar Injil, hati kita berubah. Dalam sesuatu khutbah, kita mendengar hukum Taurat yang memberitahu kita tentang tindakan manusia dan mendedahkan kepada kita segala dosa kita, dan kemudian kita mendengar Injil tentang kasih setia dan rahmat Allah. Kedua-dua ini bersama-sama membawa perubahan pada hati. Dalam Laluan Berkhutbah, untuk setiap teks alkitabiah, kami akan mempertimbangkan bagaimana hukum Taurat bercakap melalui teks tersebut, bagaimana Injil bercakap melaluinya, dan transformasi yang berlaku melalui Firman Allah. Songs and Hymns: Blessed Assurance/ Yesus Ku Jaminan Mulia atau Precious Lord, Take My Hand/ Oh, Tuhan Ulurkan Tangan Mu Baca dengan lebih lanjut mengenai Janji-janji Allah untuk situasi yang berbeza yang anda mungkin menghadapi: http://www.amazingfacts.org/bible-study/godspromises 10 janji Alkitab yang akan menggalakkan anda! http:// www.patheos.com/blogs/christiancrier/2014/04/12/10-encouragingbible-verses-about-gods-promises/ Renungan Teologi mengenai Doktrin Apakah janji-janji Allah? Janji-janji-Nya tertumpu di sekitar Yesus. Allah berjanji bahawa kerajaan-nya akan datang, dan kerajaan tersebut adalah kekal dan tidak boleh digugat. Allah berjanji memberi rehat dan Sabat kepada semua umat Allah, bersama dengan harapan untuk bangsa Israel. Allah berjanji untuk menghantar Juruselamat...dan Allah telah menghantar-nya! Yesus adalah janji Allah, Firman Tuhan, sebagai manusia. Yesus berjanji bahawa Kerajaan Allah akan datang, dan bahawa walaupun selepas Yesus pergi kepada kemuliaan-nya, maka ia akan mengirim Roh Kudus supaya kita boleh mempunyai petunjuk, komuniti dan iman. Alkitab penuh dengan janji-janji, seperti janji yang diberikan kepada Abraham, Musa, Daud, para nabi, dan Maria. Kita meraikan apabila janji ditepati, tetapi kita mesti berhati-hati supaya tidak berputus asa apabila Allah seolah-olah telah lupa akan janji-janji-nya.... (meneruskan page 4)

Janji-janji Renungan Teologi mengenai Doktrin (dari page 3)...Dengan mudah sekali kita boleh kehilangan iman dan berhenti mencari tindakan Allah dalam dunia. Namun, kita boleh bertindak dengan lembut terhadap mereka yang ragu-ragu tentang janji-janji Allah; lebih-lebih lagi Yesus sendiri telah menyeru ketika di atas salib, Ya Allahku, mengapa Engkau meninggalkan Aku? Setiap kali janji tidak ditepati, sama ada ia adalah janji Allah, atau janji ibu bapa, suami atau isteri, atau rakan, kita akan menghadapi pergelutan apabila cuba memahaminya. Zakheus adalah seorang Yahudi, dan telah mendengar tentang janji-janji Allah; namun dia hanya mengalami janji-janji mengenai hukuman dan pengecualian. Yesus mengembalikan Zakheus kepada tempatnya dalam janji-janji Allah (dia pergi dari Z ke A Zakheus kepada anak Abraham. Ini adalah peringatan bagi kita bahawa kita tidak boleh meletakkan diri kita di luar kasih Tuhan. Tiada tindakan kita maupun kekurangan iman kita yang dapat memisahkan kita daripada identiti kita yang diberikan ketika kita diciptakan dan diraikan melalui baptisan kita (Roma 8:34-38). Apakah yang dikatakan oleh ahli-ahli teologi? Martin Luther menulis, Di mana terdapat firman Allah yang membuat janji, di situlah terdapat iman manusia yang menerimanya. Oleh itu, adalah jelas bahawa langkah pertama dalam keselamatan kita adalah iman yang berpaut kepada firman janji yang diberikan oleh Allah, yang, tanpa sebarang usaha di pihak kita, membuat permulaan dan menawarkan kita firman janji-nya dengan percuma dan berasaskan rahmat. Allah menghantar Firman-Nya, dan dengan itu menyembuhkan manusia. Allah tidak menyembuhkan kita atas sebab kerja-kerja kita diterima oleh-nya. Firman Allah adalah permulaan bagi segalanya. Iman mengikuti firman Allah, dan cinta mengikuti iman. Kemudian, cinta mengerjakan setiap kerja yang baik kerana ia tidak menyebabkan kemudaratan tetapi sebaliknya, ia memenuhi hukum Taurat. Tidak ada cara lain untuk manusia menghampiri Allah dan berurusan dengan-nya kecuali melalui iman. Iaitu, sumber keselamatan tidak terletak pada manusia dengan mana-mana kerjanya, tetapi terletak pada Allah melalui janji- Nya supaya semua perkara akan bergantung kepada firman kuasa-nya, dan ditegakkan dan dipelihara oleh firman yang di gunakan oleh Allah untuk mengandung kita, supaya kita harus menjadi hasil pertama di antara semua yang diciptakan oleh-nya. Kerana sesiapa pun boleh melihat dengan mudah bahawa kedua-dua ini janji dan iman - tidak dapat dipisahkan kerana tanpa janji, tidak ada apa untuk dipercayai, manakala, tanpa iman, janji itu kekal tanpa kesan, kerana ia ditubuhkan dan dipenuhi melalui iman. Dari Martin Luther, The Babylonian Captivity of the Church, seksyen 2.46 and 2.55, Luther s Works, Jil. 36, Philadelphia: Muhlenberg Press, 1959.42. or online at http://www.lutherdansk.dk/web-babylonian%20captivitate/martin%20luther.htm Doa: Bapa kita yang di syurga, kita mengucapkan terima kasih untuk janji-janji Anda dan kerana memberikan kita mata untuk melihat janji-janji tersebut dipenuhi. Berilah kita kekuatan untuk mencontohi iman nenek moyang: Abraham dan Sarah, Musa and Miriam, Zakheus dan Mariam. Yesus, Gembala Baik kita, terima kasih kerana mencari kita ketika kita hilang dan memberi kita janji cinta abadi Anda. Roh Kudus, Anda membawa kita kembali ke dalam masyarakat dan memberi kita rahmat untuk mengampuni dan menerima pengampunan. Bukalah mata kita untuk melihat dan mulut kita untuk menceritakan kisah-kisah bagaimana cinta Anda telah mengubah detik-detik dan hari-hari kita. Triniti Kudus, kekal bersama kita, seperti dijanjikan oleh Engkau. Amin.

Salib Topik: Salib Seperti yang dinyatakan oleh Paulus dalam surat-suratnya, penyaliban Yesus adalah penting kepada kepercayaan umat Kristian. Beliau menulis di dalam 1 Korintus 1:23, tetapi kami memberitakan Kristus yang disalibkan, untuk orang-orang Yahudi suatu batu sandungan dan untuk orang-orang bukan Yahudi suatu kebodohan. Penyaliban Kristus mestilah perkara yang penting jika Paulus berkeras mengajar tentang sesuatu yang menjadi batu sandungan atau kebodohan kepada semua orang yang mungkin mendengar pengajaran tersebut. Mengajar tentang kebodohan dan batu sandungan bukanlah strategi yang baik untuk menarik saudara baru. Sebaliknya, ia mungkin menghalau mereka. Namun Paulus berkeras tentang penyaliban dijadikan sebagai pusat mesej Injil. Oleh itu, ia juga harus menjadi pusat kepada pemberitaan kita. Namun, kita kerap gagal mengajar tentang penyaliban, dan tidak memberi perhatian yang serius kepada butiran mengenai kematian Yesus. Kita membaca dengan sepintas lalu petikan kitab yang memberi tumpuan kepada bentuk kematian Yesus supaya kita boleh beralih ke bahagian yang lebih selesa untuk kita baca. Teks Alkitab: Matius 27:32-44 Ditulis oleh Rev. Dr. Eric Trozzo, Pengarah Pusat Pengajian Lutheran (Lutheran Study Centre) Ringkasan: Matius menggambarkan penyaliban Yesus sebagai satu ujian. Yesus tergoda untuk bertindak dengan menjaga dirinya sendiri tanpa mempercayai kepada rancangan yang dilantik oleh Tuhan. Godaan baru ini mungkin menyebabkan Yesus kehilangan semua yang dimiliki oleh-nya. Sama seperti godaan pertama Yesus di padang pasir di mana Dia mengalami kelaparan demi ketaatan-nya kepada Allah (Matius 4:3-4), kini di atas salib Yesus mengalami kehausan (27:34) dan dilucutkan pakaiannya (35). Mereka yang melihat-nya di atas salib juga menggoda Dia supaya menyelamatkan diri-nya daripada mempercayai Tuhan. Mereka yang berlalu di hadapan- Nya mengejek Dia dengan berkata, Selamatkan diri Anda! Jika Engkau Anak Allah, turunlah dari salib. Begitu juga, imam-imam kepala bersama-sama ahli-ahli Taurat dan tua-tua mengatakan bahawa jika Dia Anak Allah Dia harus turun dari salib. Bahkan Ayat 44 memberitahu kita bahawa penyamun yang disalibkan dengan-nya pun mencela-nya demikian juga. Matius tidak memberitahu bahawa salah seorang daripada penyamun tersebut telah mempertahankan Yesus, tetapi Lukas berkata begitu. Sebaliknya, dalam Matius, tiada sesiapa pun yang menyokong Yesus; namun Simon dari Kirene pun dikatakan telah membawa salib Yesus kerana dipaksa dan bukannya daripada sifat ihsan. Dalam Matius, semua orang telah berpaling menentang Yesus semasa penyaliban.

Salib Hukum Taurat + Injil = Transformasi Hukum Taurat: Orang di dalam petikan ini bertindak mengikut andaian manusia mengenai kuasa. Jika kamu mempunyai kuasa untuk membantu diri, kamu perlu melakukannya. Mereka menganggap bahawa menjadi Anak Allah bermakna mempunyai kuasa ajaib untuk memuliakan diri sendiri, untuk melarikan diri dari segala bahaya dan penderitaan, dan untuk mengatasi semua rintangan yang menghalang diri. Pendek kata, mereka menganggap bahawa Anak Manusia adalah orang yang boleh mengawal Tuhan untuk mendapatkan kuasa duniawi. Sebenarnya, ini adalah cara bagaimana ramai di antara kita terdorong untuk cuba menggunakan Allah. Kita mahu Allah membantu kita keluar dari masalah kita dan memberi kita nikmat yang kita cuba memperolehi. Kita mahu menggunakan Allah untuk mengawal kehidupan kita. Kita mahu Tuhan menggunakan kuasa-nya untuk mengatasi kuasa-kuasa alam ini dan menurunkan kita dari semua salib yang didirikan oleh dunia ini. Mereka yang mencela Yesus menganggap bahawa hubungan rapat dengan Allah bermaksud Allah boleh digunakan untuk memberi manfaat kepada diri sendiri, tetapi ini hanya menunjukkan betapa mereka salah faham akan caracara Allah dan kesetiaan Yesus. Hukum Taurat memberitahu kita bahawa Allah menuntut kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya dari kita, tetapi kita lihat dalam petikan ini bahawa semua orang tersebut hanya boleh memahami bertindak untuk manfaat diri sendiri. Ejekan berkepentingan diri yang dilaungkan oleh mereka yang berada di sekeliling Yesus di atas salib membayangkan kepentingan diri sendiri di antara kita yang berdosa. Kita sedar bahawa kita juga gagal meletakkan Tuhan di tempat pertama dan tidak taat kepada- Nya, tetapi sebaliknya mencari keuntungan diri sendiri. Injil: Walaupun terdorong untuk menjadikan diri-nya sebagai pusat tindakan dan bertindak untuk manfaat diri-nya sendiri, Yesus tetap menurut rancangan Allah. Yesus mempercayai Allah sepenuhnya. Walaupun iman -iman kepala bersama-sama ahli-ahli Taurat dan tua-tua berpendapat bahawa mempercayai Tuhan sepenuhnya bermakna Yesus mesti diselamatkan daripada kematian di atas salib, Yesus pula menunjukkan bahawa terdapat tahap amanah yang lebih mendalam lagi. Yesus percaya pada Tuhan sehingga Dia sanggup mati sambil mempercayai pada rancangan Tuhan dan bukannya bertindak untuk menyelematkan diri-nya. Yesus telah memberitahu murid-murid-nya sebelum ini bahawa sesiapa sahaja yang mahu menyelematkan nyawanya, mesti kehilangan nyawanya (16:25). Sarjana Alkitab, Jack Dean Kingsbury, menyatakan bahawa dalam menentang godaan yang ditujukan kepada-nya oleh mereka yang mengelilingi salib, Yesus mencontohi nasihat ini. Yesus mempercayai Tuhan walaupun ketaatan tersebut membawa-nya kepada salib dan kematian. Oleh itu, Berita Baik Injil adalah bahawa walaupun orang di sekeliling Yesus mementingkan diri mereka sendiri, Yesus tetap mempercayai kehendak Allah. Yesus mengalami penderitaan yang dikenakan ke atas-nya di salib, sambil menolak godaan untuk meletakkan keselesaan- Nya menjelang kehendak Allah. Hukum Taurat menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak setia, tetapi menurut Injil, Yesus adalah setia. Oleh itu, kita boleh berdiri di hadapan Allah bukan atas dasar kegagalan ketaatan kita, tetapi berdasarkan rahmat kerana ketaatan Kristus. Transformasi: Kita memang tahu bahawa salib bukanlah akhir ceritanya: kepercayaan Yesus telah membawa perubahan dan dibuktikan dalam kebangkitan. Dengan meletakkan kepercayaan-nya pada Allah sepenuhnya, kematian Yesus menjadi laluan kepada kehidupan baru. Dalam dosa kita, kita tidak dapat memahami idea tentang tidak menyelematkan diri apabila mempunyai peluang berbuat demikian, tetapi dalam Yesus di atas salib, kita lihat kesempurnaan kesetiaan Allah. Kita sentiasa terdorong bertindak demi kepentingan diri sendiri, tetapi Yesus di atas salib lakukan apa yang kita tidak boleh lakukan. (meneruskan page 7)

Salib Transformasi: (dari page 6) Apabila kita hidup dengan penuh ketaatan kepada rancangan Tuhan, kita melihat bahawa kemuliaan Allah ditunjukkan, bukan apabila kita memikirkan tentang diri kita sendiri, tetapi apabila kita memberi diri kita sendiri demi orang lain. Sesungguhnya, pekerjaan Roh Kudus dalam kehidupan kita adalah untuk memberikan kita iman untuk percaya kepada Kristus, sama seperti kita melihat kepercayaan Yesus sepenuhnya semasa di atas salib. Apabila kita percaya kepada Tuhan melalui iman, tumpuan kita tidak lagi untuk menyelematkan diri kita sendiri atau menggunakan Allah untuk mendapatkan sesuatu untuk diri kita sendiri. Bentuk kuasa duniawi kehilangan pengaruhnya ke atas kita; kita berubah dari orang yang terikat pada kuasa dunia ini kepada orang yang diberikan kuasa oleh Roh Kudus untuk mengikuti kehendak Allah. Daripada cuba menggunakan Allah, kita dapat mempercayai Allah untuk memimpin kita, walaupun dalam masa kesusahan atau penderitaan. Ini tidak bermakna bahawa kita mencari bencana, tetapi apabila masalah datang kepada kita, kita dapat percaya bahawa Allah ada bersama kita walaupun di tengah-tengah masalah tersebut. Selanjutnya, walaupun menghadapi masa yang penuh kesukaran, dalam mempercayai Tuhan kita boleh kekal membuka hati kita kepada keperluan orang lain dan bukannya bertumpu secara sempit terhadap diri kita sendiri. Renungan Teologi mengenai Doktrin: Tiada sesiapa yang mahu menderita. Secara umumnya, kita cuba mengelakkan penderitaan dengan apa cara sekalipun. Kita menutup mata dan berpura-pura bahawa penderitaan tidak berlaku di dunia ini. Kita juga mungkin boleh menipu diri kita sejurus supaya berfikir bahawa kita boelh mengelakkan pengalaman yang menyakitkan. Bagaimanapun, lambat laun, kesusahan akan memasuki kehidupan kita. Sebahagian daripada realiti dunia ini adalah bahawa ia penuh dengan kesusahan dan masalah. Dari segi teologi, kita mesti bertanya bagaimana Tuhan boleh membenarkan penderitaan begini dalam dunia ini. Jika Allah benar-benar mengasihi dunia dan mengasihi kita, bagaimana Allah boleh membenarkan kita menderita? Adakah penderitaan azab dari Allah? Penyaliban Yesus memaksa kita berhadapan dengan penderitaan. Terlalu banyak kali kita melangkau isu ini, dan dengan cepat bergerak dari Yesus mati kepada Yesus bangkit, tanpa menghabiskan masa mempertimbangkan penyaliban itu sendiri. Namun dalam Matius 16:24, Yesus memberitahun murid-murid-nya, Jika sesiapa mahu mengikut Aku, ia harus menyangkal dirinya, dan memikul salibnya dan mengikut Aku. Adakah ini bermakna Tuhan mahu kita menderita? Di sini adalah berguna untuk memikirkan tentang dua jenis penderitaan. Satu adalah penderitaan yang dikenakan ke atas kita, dan yang satu lagi adalah penderitaan yang kita memilih untuk bertahan demi orang lain. Apa yang kita lihat di dalam penyaliban adalah bahawa sementara Allah menentang semua penderitaan dalam dunia ini, di dalam Kristus di atas salib Tuhan memeluk penderitaan demi kita. Daripada memikirkan tentang diri-nya sendiri, Matius menunjukkan Yesus sebagai menahan penderitaan demi ketaatan kepada kehendak Allah. Yesus mengalami penderitaan yang dikenakan ke atas-nya supaya penderitaan dunia ini boleh dikalahkan. Penderitaan Yesus di atas salib mempunyai dua implikasi. Satu adalah bahawa apabila masa yang sukar memasuki kehidupan kita dan kita menahan penderitaan yang dikenakan ke atas kita, kita sedar bahawa kita tidak keseorangan. Di dalam Kristus, Allah menyertai kita dalam masalah kita. Kedua, bagaimanapun, adalah bahawa walaupun Yesus tidak mencari kesusahan, Beliau sedia menanggungnya supaya orang lain tidak harus menderita. Yesus memanggil kita mengikuti-nya, apabila kita mampu, untuk mencabar kuasa duniawi yang meletakkan kepentingan diri dulu dan bukannya percaya kepada kehendak Allah. Mempercayai Tuhan bermakna menolak pemikiran dunia ini dan sebaliknya, memberi tumpuan kepada keperluan orang lain.... (meneruskan page 8)

Salib Renungan Teologi mengenai Doktrin: (dari page 7)...Kadang-kadang, ini akan membawa kita kepada situasi yang mendatangkan kesusahan kepada kita. Namun, Kristus menjemput kita melakukan begini supaya mereka yang menghadapi kesukaran akan dipelihara dari penderitaan. Sesungguhnya, apabila kita memeluk keperluan orang lain dan bukan diri kita sendiri, kita mungkin akan menghadapi penderitaan tetapi kita juga akan mengalami kegembiraan yang mendalam. Ini adalah kegembiraan hidup baru di dalam Kristus. Kita dapat mengetahui kegembiraan itu tidak secara berpura-pura bahawa penderitaan tidak wujud, tetapi dengan mencontohi ketaatan Kristus walaupun ini akan menyebabkan mereka yang mengikuti cara-cara dunia ini bermusuhan dengan kita. Apa yang dikatakan oleh ahli-ahli teologi: Dietrich Bonhoeffer, seorang ahli teologi dari Jerman yang menulis pada tahun 1930-an, menyatakan, Salib diletakkan pada setiap Kristian. Penderitaan-Kristus pertama yang setiap manusia mesti mengalami adalah panggilan untuk meninggalkan ikatan-ikatan dunia ini. Ini merupakan kematian orang lama sebagai hasil pertemuannya dengan Kristus. Sambil kita memulakan pemuridan, kita menyerahkan diri kita kepada Kristus, menjadi satu dengan- Nya dalam kematian-nya kita meyerahkan kehidupan kita kepada kematian. Dengan itu, ia bermulalah; salib bukanlah akhir yang dahsyat kepada kehidupan yang menghormati Allah dan yang bahagia, tetapi sebaliknya ia menemui kita pada permulaan hubungan kita dengan Kristus. Dari buku The Cost of Discipleship (Touchstone Books / Simon dan Schuster, edisi 1995), muka surat 89 Songs and Hymns: O Sacred Head Once Wounded/ Tertunduk Kepala Yesus; Story of the Cross/Kasih Salib Tuhan Yesus, dan Were You There/ Hadir Kau? Doa: Berbahagialah Engkau, ya Allah yang empu-nya langit dan bumi, kerana dalam belas kasihan-mu kamu menghantar Anak Kamu kepada kita. Kita bersyukur kepada-mu kerana ketaatan Kristus kepada kehendak Engkau, supaya melaluinya kita boleh beralih kepada Engkau dalam iman. Bantulah kita mempercayai bahawa Engkau adalah bersama dengan kita semasa keadaan yang paling sukar pun. Namun menguatkan kita juga supaya kita boleh mengikuti panggilan Engkau untuk memenuhi keperluan orang lain, walaupun mengikuti panggilan itu adalah sukar. Dimuliakanlah nama Mu dalam manusia dan di bumi. Amin.