Perbandingan Tawarruq dengan Bay Salam sebagai Instrumen Pembiayaan Peribadi Islam

Similar documents
BAY SALAM (FORWARD SALE) MODEL AS AN ISLAMIC PERSONAL FINANCING INSTRUMENT 1. Amir Fazlim

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Pembiayaan Perumahan Berasaskan Komoditi Murabahah: Kajian Kes di CIMB Islamic Bank

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

Jurnal Teknologi. Analisis Kritikal Terhadap Pembiayaan Semula Perumahan Secara Islam Melalui Kontrak Musharakah Mutanaqisah.

Makalah Khas/Special Articles Maqasid Pengharaman Pembiayaan Peribadi Berlandaskan Bay al- Inah di Malaysia

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Aplikasi Prinsip Wa d Dua Hala dan Cadangan Penerokaannya dalam Lindung Nilai

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Analisis Kritikal Terhadap Pembiayaan Semula Perumahan Secara Islam Melalui Kontrak MusharakahMutanaqisah

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PEMBANGUNAN PRODUK-PRODUK KECAIRAN BARU YANG BERKUALITI TINGGI YANG PATUH SHARIAH

Analisis Pandangan Ulama Fiqh Mengenai Kesan Kematian (Al-Maut) Terhadap Akad Jual Beli

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

International Journal of Islamic and Civilizational Studies

Platform pelaburan patuh Syariah yang pertama di dunia AMALAN TERBAIK PELABURAN SYARIAH

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

PEMAHAMAN PELAKSANAAN KONTRAK AL-BAI BITHAMAN AJIL (BBA) DALAM INSTRUMEN PERBANKAN ISLAM DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

GARIS PANDUAN SEBAGAI RUJUKAN PELANGGAN DALAM MEMOHON PEMBIAYAAN PERUMAHAN SECARA ISLAM

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

ULASAN BUKU. Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

Aplikasi dan Isu-Isu Shariah Tanāzul dalam Saham Keutamaan The Application and Shariah Issues of Tanāzul in Preference Shares

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

ISU PENETAPAN HARGA EMAS DALAM TRANSAKSI AKAUN EMAS DI BANK

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

KEKELIRUAN TERHADAP PEMBIAYAAN BAI BITHAMAN AJIL DI MALAYSIA. Noor Inayah Yaakub & Hizri Hasshan **

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SUKUK CREDIT RATING DI MALAYSIA: PERBANDINGAN DI ANTARA RAM DAN MARC. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2

RUKUN-RUKUN AL-BAY DAN AL-IJARAH DALAM KITAB SULLAM AL-MUBTADI KARANGAN SYEIKH DAUD AL-FATANI : ANALISIS DARI PERSPEKTIF MAQASID AL- SYARIAH

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

PROCEEDINGS OF 2ND UUM INT.ERNA~IONA lb IC BUSINESS MJXNAGEMENTr DNFERENCE 20~ 8 (IBM 2018)

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Persepsi Mahasiswa Terhadap Urusan Pembelian Atas Talian (University Student s Perspective on Online Transaction)

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Bai -Al-Inah Menurut Muamalat: Analisis Dari Perspektif Perisian Aplikasi

Parameter Syariah Dalam Produk Berstruktur Islam

AMALAN PEMBELIAN PRODUK HALAL DALAM KALANGAN PENGGUNA ISLAM DI ALOR GAJAH, MELAKA

International Journal of Islamic and Civilizational Studies

KEPUTUSAN MAJLIS PENASIHAT SYARIAH SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

BAB 6: KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR. di Malaysia. Berdasarkan hasil perbincangan bab-bab yang lepas, bab ini akan membuat

KAD KREDIT-i BANK ISLAM TERMA DAN SYARAT Bermula September 2018

Transcription:

Perbandingan Tawarruq dengan Bay Salam sebagai Instrumen Pembiayaan Peribadi Islam Amir Fazlim Jusoh@Yusoff Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM amiry@ukm.edu.my Abstrak Instrumen tawarruq munazzam sebagai pembiayaan peribadi Islam masih menjadi isu yang kontroversi di Malaysia. Ia berlaku apabila badan-badan berautoriti dalam industri kewangan semasa seperti Akademi Fiqh Islam (OIC), Liga Muslim Sedunia, Al-Azhar, Majlis Tertinggi Ulama Saudi dan Badan Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) telah memutuskan bahawa instrumen tersebut tidak patuh Syariah. Keputusan mereka memberi kesan yang besar ke atas pelaburan asing dan menyebabkan tekanan pasaran dalam industri perbankan dan kewangan di Malaysia kerana pelabur-pelabur dari Timur Tengah tidak berminat terhadap instrumen ini. Justeru, banyak kajian dilakukan oleh industri perbankan dan pembiayaan di Malaysia supaya dapat mengikut piawaian antarabangsa yang ditetapkan dan mencapai hasrat Bank Negara Malaysia untuk mewujudkan instrumen pembiayaan peribadi Islam yang lebih patuh Syariah. Oleh itu, kajian ini bertujuan membandingkan model pembiayaan peribadi berasaskan tawarruq sedia ada dengan model yang berasaskan konsep bay alsalam yang baru dikaji. Konsep ini adalah mekanisma patuh Syariah yang menggalakkan transaksi sebenar antara pihak yang berkontrak. Ia berupaya menyelesaikan isu tidak patuh Syariah menurut AAOIFI dalam tawarruq munazzam seperti jual beli barangan yang tidak wujud, pembeli dan penjual yang sama, jual beli bersyarat dan transaksi yang mengandungi unsur kesamaran. Kata Kunci: Tawarruq; Tawarruq Munazzam; Bay Salam; Pembiayaan Peribadi Islam Pendahuluan Instrumen tawarruq munazzam sebagai pembiayaan peribadi Islam masih menjadi isu yang kontroversi di Malaysia. Ia berlaku apabila badan-badan berautoriti dalam industri kewangan semasa seperti Akademi Fiqh Islam (OIC), Liga Muslim Sedunia, Al-Azhar, Majlis Tertinggi Ulama Saudi dan Badan Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) telah memutuskan bahawa instrumen tersebut tidak patuh Syariah. Keputusan mereka memberi kesan yang besar ke atas pelaburan asing dan menyebabkan tekanan pasaran dalam industri perbankan dan kewangan di Malaysia kerana pelabur-pelabur dari Timur Tengah tidak berminat terhadap instrumen ini. Artikel ini cuba membandingkan instrumen tawarruq tersebut dengan instrumen yang baru diterokai iaitu berasaskan bay salam dan gabungan bay salam dengan tawarruq. Hal ini untuk melihat sisi positif dan negatif kedua-dua instrumen tersebut sebagai produk pembiayaan peribadi Islam. 17

Metodologi Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan analisis kandungan dan bergantung kepada sumber primer dan sekunder Syariah. Kajian ini berdasarkan Syariah sepenuhnya dan dianalisis melalui analisis undang-undang menurut disiplin usul al-fiqh (prinsip perundangan Islam). Kajian ini bukan bertujuan sebagai kajian undang-undang menurut mana-mana undang-undang kontemporari kerana hampir keseluruhannya adalah kajian berdasarkan Syariah sepenuhnya. Untuk meneliti kesahihan bay al-salam, kajian ini mengumpulkan pendapat menurut mazhab al- Hanafiyyah, al-malikiyyah, al-shafi iyyah, al-hanabilah, al-zahiriyyah, al- Ja fariyyah dan al-zaidiyyah berkaitan instrumen tersebut. Pendapat mazhabmazhab berkenaan dimasukkan dalam kajian ini kerana mereka mewakili majoriti umat Islam yang masih wujud sehingga kini kecuali al-zahiriyyah. Pengumpulan data adalah berdasarkan rujukan utama mereka mengikut mazhab masing-masing. Di samping itu, kajian ini juga mengkaji bahan-bahan lain seperti jurnal, fatwa dan resolusi, dokumen undang-undang, dokumen bank-bank Islam, laman web, risalah, laporan dan lain-lain komponen yang berkaitan dengan praktikal semasa dalam pembiayaan peribadi Islam. Temubual dengan pakar-pakar kewangan Islam telah dijalankan terutama daripada sektor perbankan untuk mengetahui pendapat mereka tentang aplikasi instrumen yang dicadangkan dalam dunia perbankan sebenar. Modus Operandi Tawarruq Sebagai Instrumen Pembiayaan Bermula tahun 2012, MPS BNM telah mengeluarkan satu resolusi yang mengetatkan syarat penggunaan bay al- inah iaitu bank tidak boleh mengenakan syarat kepada pelanggan untuk menjual kembali barangan yang telah dijual oleh bank kepada pihak bank semula (ISRA 2016). Perkara ini menyebabkan kebanyakan institusi perbankan Islam Malaysia mula beralih arah dengan menggunakan konsep tawarruq. Konsep tawarruq yang dimaksudkan adalah tawarruq munazzam. Institusi perbankan Islam semasa mengelakkan konsep tawarruq fiqhi digunapakai dalam perkhidmatan kewangan mereka padahal konsep tawarruq fiqhi mudah untuk difahami. Walau bagaimanapun, terdapat faktor-faktor tertentu yang menyebabkan konsep ini tidak menarik minat institusi perbankan Islam dan ia juga tidak memberi keuntungan kepada mereka (Yusoff 2016). Faktor-faktor tersebut adalah: i- Ia berkaitan dengan isu undang-undang negara-negara tertentu yang mengehadkan bank-bank Islam dalam mendapatkan kelulusan daripada kerajaan untuk terlibat dalam perdagangan borong dan runcit. ii- Memberi masalah kepada pelanggan yang perlu memberi barangan di bank dan menjual kembali di pasaran. Ianya menyebabkan kesukaran kepada pelanggan untuk memperoleh tunai dengan cepat terutama apabila melibatkan wang tunai yang besar. 18

iii- Pelanggan mungkin tidak berjaya dalam menjual semua barangan atau sebaliknya. Pada asalnya, konsep tawarruq munazzam tidak berbeza daripada tawarruq fiqhi. Modus operandi yang digunakan yang membezakan antara keduanya. Menurut BIMB, selepas pelanggan (penghutang) memohon pembiayaan Islam berasaskan konsep tawarruq munazzam dari bank, pihak bank akan memproses permohonan tersebut seterusnya meneruskan transaksi seperti berikut: i- Klien melengkapkan dokumen transaksi tawarruq ii- Bank membeli komoditi daripada broker 1 melalui Bursa Suq al-sila (BSAS). iii- Bank menjual komoditi kepada klien. Sebagai ejen pembeli untuk klien, bank membeli komoditi daripada bank. iv- Bertindak sebagai ejen jualan, bank menjual komoditi kepada broker 2 melalui BSAS. v- Bank mengkreditkan akaun pelanggan dengan hasil jualan komoditi. vi- Klien perlu membayar kepada bank secara tangguh dengan harga yang telah dipersetujui. (pembiayaan pokok + keuntungan). Rajah 1: Modus Operandi Tawarruq di Bank Islam Sumber: Bank Islam Malaysia Berhad Keputusan MPS BNM yang ke 51 bertarikh 28 Julai 2005 membenarkan produk deposit dan pembiayaan yang berasaskan konsep tawarruq ini (Bank Negara 19

Malaysia 2010). Walaubagaimanapun ia dilihat bercanggah dengan keputusan persidangan Islamic Fiqh Academy OIC pada tahun 2009 dan Akademi Fiqh bagi Muslim World League pada tahun 2003 yang melarang konsep tawarruq munazzam digunapakai (Muslim World League 2018). Perbankan Islam sekali lagi terpaksa berhadapan dengan isu kontroversi kerana Islamic Fiqh Academy OIC mengatakan bahawa konsep tawarruq munazzam yang diamalkan oleh institusi-institusi perbankan Islam tidak patuh Syariah dan tidak mengikut piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan. Islamic Fiqh Academy OIC menyifatkan larangan tawarruq munazzam ini juga disebabkan oleh aktiviti menjual barangan yang tidak dimiliki dan barangan yang tidak wujud. Bank sebagai wakil yang melaksanakan jualan kepada pihak ketiga yang menjadikan konsep tawarruq munazzam ini sama sahaja seperti bay al- inah (Robbins 2010; Warde 2009). Yusoff (2016) telah mencadangkan konsep tawarruq fiqhi diaplikasikan dengan sedikit pengubahsuaian. Walaubagaimapun kajian lanjut perlu dilakukan bagi memperkasakan industri perbankan Islam supaya mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh pakar yang berautoriti dalam institusi kewangan Islam sama ada AAOIFI ataupun Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia. Modus Operandi Bay al-salam Sebagai Instrumen Pembiayaan Sektor perbankan sebagai pemiutang dan pelanggan sebagai penghutang boleh menggunakan instrumen bay al-salam. Pemiutang memesan sejumlah logam berharga daripada penghutang mengikut tempoh dan masa yang telah dipersetujui. Harga atau bayaran barang tersebut perlu dipindahkan kepada penghutang apabila kontrak telah dibuat. Untuk mendapatkan manfaat daripada instrumen ini, harga logam berharga yang dipesan perlulah lebih rendah daripada harga pasaran. Walaubagaimanapun, harga perlu dibincang dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang berkontrak. Pemiutang boleh mendapat manfaat daripada pembelian logam berharga tersebut melalui pengewangan. Untuk memudahkan penghutang untuk membayar hutangnya, maka pemiutang boleh menyediakan pilihan sama ada penghutang perlu memberikan logam berharga yang dipesan atau membayarnya dengan nilai semasa. Dalam kes ini, adalah lebih mudah untuk menggunakan wang tunai atau barang berharga yang lain. Perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah pemiutang tidak boleh mengenakan syarat untuk penghutang untuk membayar hutangnya dengan wang tunai kerana ini akan membatalkan kontrak bay al-salam dan menjurus kepada riba. Modus operandi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. BANK (pemiutang) 50 g platinum atau nilai yang RM5000 KLIEN (penghutang) Setelah mencapai persetujuan, bank membeli 50 gram platinum secara salam dan modal itu diserahkan kepada penghutang apabila kontrak telah dilaksanakan. 20

Pelanggan sebagai penghutang bertanggungjawab untuk menyerahkan 50 gram platinum atau nilainya pada tempoh yang dipersetujui Bank dibenarkan untuk mendapatkan keuntungan daripada instrumen ini kerana item bay al- salam tidak berkaitan dengan riba. Rajah 2: Model kontrak pembiayaan peribadi berasaskan bay al-salam Rajah 3: Model Pembiayaan Peribadi Berasaskan Bay Salam Isu dan Asas Undang-udang Oleh kerana instrumen salam adalah berasaskan Syariah yang mana telah dibenarkan oleh Rasulullah (saw) sendiri, maka tidak ada keperluan untuk menentukan asas undang-undang yang lain untuk mengetahui keharusannya. Walaubagaimanapun, instrumen ini bukan bertujuan sebagai instrumen pembiayaan peribadi. Ia digunakan untuk membeli barang-barang tertentu dengan bayaran pendahuluan tetapi dengan penghantaran tertunda. Ia merupakan satu bentuk pembiayaan perdagangan. Kemungkinan ada yang bertanya sama ada instrumen ini boleh distrukturkan sebagai pembiayaan peribadi juga. Maka di sini maslahah mursalah (kepentingan umum) memainkan peranan. Instrumen perlu 21

memenuhi syarat-syarat yang diperlukan seperti keperluan mendesak, komprehensif dan bidang yang memperbolehkan inovasi. Malah, tidak ada dalil khusus dalam al-quran dan hadis yang melarang kontrak bay al-salam untuk pembiayaan peribadi. Di samping itu, model ini tidak berkaitan dengan unsur jualan untuk jualan, jualan untuk pinjaman, jualan dengan syarat yang tidak sah atau perjanjian awal yang tidak sah sebagaimana dalam bay al- inah dan tawarruq munazzam. Isu lain yang timbul adalah sama ada nilai platinum yang dipesan boleh digantikan dengan barangan lain ataupun dengan bayaran wang dengan nilai yang sama kerana penjual mempunyai pilihan untuk memberikan platinum atau nilai mengikut model yang dicadangkan. Isu ini merujuk kepada isu menggantikan barang yang dipesan dengan barangan lain. Menurut Abu Hanifah, al-hanafiyyah, al-shafi iyy, al-shafi iyyah (al-sharbiniyy 1981), Ahmad, al-hanabilah (Ibn Qudamah 1984), al-zaidiyyah ( Atfayish t.th.) and al-ibadiyyah (al-san aniyy t.th.), dilarang untuk menggantikan barang yang lebih awal daripada kontrak salam. Larangan ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-khudriyy: Sesiapa yang melaksanakan salam, dia tidak boleh menggantikannya (barang yang dipesan) dengan yang lain (barangan) (Abu Dawud t.th). Walaubagaimanapun, hadis tidak sesuai dijadikan sebagai dalil kerana kelemahannya. Salah seorang perawi adalah 'Atiyyah bin Sa'ad. Riwayat beliau tidak sahih seperti yang didakwa oleh Ahmad, Abu Hatim, al-baihaqiyy dan Ibn al-qattan (al- Asqalaniyy 1964). Hanya al-turmudhiyy mendakwa hadis tersebut merupakan hadis hasan (al-zayla'iyy 1938). Menurut pendapat Malik, al-malikiyyah, dan satu lagi pendapat Ahmad dan Ibn al-qayyim (1995), dibenarkan menukar barang yang dipesan dalam kontrak salam (Ibn Qudamah 1984). Al-Malikiyyah membolehkannya dengan tiga syarat. Syarat yang pertama ialah barang tersebut terdiri daripada barang yang boleh dijual sebelum qabd (penerimaan). Contohnya jika barang yang dipesan ialah makanan, maka menurut al-malikiyyah ianya dilarang kerana kebiasaan barang berbentuk makanan perlu diterima terlebih dahulu sebelum boleh dijual semula. Syarat yang kedua ialah barang yang dipesan boleh ditukar segera dengan barang yang lain. Syarat yang ketiga, modal salam telah diserahkan (Khalil 1994). Menurut Ahmad, jika barang yang dipesan dinilai mengikut berat atau jumlah, dan pembeli mengambil barang lain dengan berat dan jumlah yang sama tetapi dengan kualiti yang lebih rendah maka ia dikirah sah. Begitu juga dengan item lain yang tidak diukur dalam berat badan dan jumlah (Ibn al-qayyim 1995). Sebagaimana contoh yang telah dinyatakan berdasarkan pendapat Ahmad, pembeli dibenarkan menerima nilai 50 gram platinum dalam bentuk wang tunai daripada penjual. Perkara ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh Tawus: "Apabila kamu memesan barang tertentu (melalui salam) dan barang tersebut tidak ada semasa tempoh menerima, kamu boleh mengambil barang lain sebagai ganti dengan nilai yang lebih rendah daripada pesanan yang asal dan tidak membuat keuntungan berganda" ( Abd al-razzaq 1982). 22

Menurut Ibn al-qayyim (1995), apabila tiada larangan daripada golongan sahabat nabi yang lain maka pendapat itu diharuskan dan diterima sebagai dalil dalam Syariah. Isu yang lain pula adalah sama ada model yang dicadangkan ini mengandungi isu menjual barang yang tidak dimiliki kerana barang yang dipesan belum diserahkan kepada pembeli. Perbuatan menukar barang yang dipesan tidak sama seperti yang telah dijanjikan seperti di dalam kontrak jualan, maka perbuatan tersebut tidak sah kerana penjual belum lagi mempunyai barang yang dipesan. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Hakin ibn Hizam: "Ya Rasulullah, aku seorang peniaga, nasihatilah aku apa yang dibenarkan dan apa yang tidak. (Nabi) menjawab: Wahai anak saudaraku, apabila kamu membeli sesuatu, janganlah kau menjualnya sehingga ia dimiliki atau dihantar" (Ibn Hibban 1993) Walaubagaimanapun menurut Ibn al-qayyim (1995), perbuatan menukar barang yang dipesan tidak boleh dikira sebagai kontrak jualan yang memindahkan hak pemilikan. Ia dianggap lebih kepada penyelesaian hutang. Contohnya, jika penjual menyampaikan barang asal lebih awal kepada pembeli, perbuatan itu tidak dianggap jualan tetapi cuma sebagai penghantaran barang yang dipesan. Oleh itu, menghantar barang lain sebagai ganti barangan yang asal tidak dikira sebagai jualan. Secara jelas ianya tidak melanggar larangan menjual barang yang tidak di wujud. Pendapat Pakar Model yang dicadangkan ialah model patuh Syariah secara teori. Walau bagaimanapun, dalam dunia perbankan, bank-bank Islam di Malaysia tidak dibenarkan untuk memiliki aset fizikal dalam perdagangan mereka sendiri. Mereka adalah pengantara kewangan. Isu dalam aspek undang-undang, perakaunan dan operasi memerlukan lebih banyak kajian dan analisis. Isu-isu risiko perlu dikaji dengan mendalam dan terperinci lagi kerana ia melibatkan andaian bahawa bank dibenarkan untuk memiliki aset sendiri seperti logam yang bernilai tinggi dan turun naik harga logam. Perkara ini perlu dipertimbangkan lagi kerana ia melibatkan risiko kewangan sesebuah institusi kewangan untuk mencapai keuntungan. Penyelesaian Masalah dan Cadangan Dalam usaha untuk menyelesaikan isu berkaitan bank memiliki aset sendiri, maka pihak ketiga perlu ada dalam modus operandi. Pelanggan boleh menghantar barangan tersebut kepada broker yang telah dilantik oleh bank bagi pihaknya berbanding menghantar logam kepada bank secara langsung. Maka, bank boleh mendapatkan wang tunai dengan menjual barang tersebut kepada broker. Oleh itu, ia menyelesaikan isu pemilikan aset oleh bank. Pelanggan juga mempunyai pilihan yang lain dengan menggunakan pemilikan berbentuk konstruktif. Pelanggan akan menyerahkan sijil yang mana menunjukkan pemilikan bank terhadap logam dengan harga tertentu. Selepas itu, 23

bank tersebut boleh menjana keuntungan melalui broker tertentu yang mengeluarkan perakuan itu seperti yang diarahkan oleh pelanggan. Kesimpulan Konsep bay al-salam terbukti berdaya maju sebagai suatu instrumen pembiayaan peribadi Islam. Ia dianggap medium yang berasaskan patuh Syariah selagi mana tidak terdapat pengubahsuaian dalam penstrukturan konsep yang menjadi asas dalam perkara tersebut. Selain itu, urus niaga ini adalah perdagangan antara bank dan pelanggan. Model ini menyediakan pembayaran modal terlebih dahulu kepada pelanggan yang mewakili jumlah pembiayaan. Walau bagaimanapun, perlunya kajian yang lebih mendalam dan terperinci dilakukan terutama berkaitan bidang melibatkan perbankan Islam seperti cara untuk mengaplikasikan model ini dalam sektor pembiayaan. Pengiktirafan Artikel ini ditaja oleh Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental FRGS/1/2015/SS01/UKM/03/1. Bibliografi Abd al-razzaq, Abu Bakr ibn Hammam al-san aniyy. 1403H/1982M. Musannaf Abd al-razzaq. Edisi ke-2. Beirut: al-maktab al-islamiyy. Abu Dawud, Sulaiman ibn al-ash ath al-sajistaniyy. t.th. Sunan Abi Dawud. Beirut: Dar al-fikr. al- Asqalaniyy, Aḥmad ibn Aliyy ibn Ḥajar. 1964. Talkhis al-habir. al-riyad: Maktabah al-rushd. Atfayish, Muhammad ibn Yusuf ibn Isa. t.th. Sharḥ al-nayl wa Shifa al- Alil. Jeddah: Maktabah al-irshad. al-bahutiyy, Mansur ibn Yunus ibn Idris. 1402H/1981M. Kashshaf al-qina. Beirut: Dar al-fikr. al-dardir, Abu al-barakat Ahmad. t.th. al-sharh al-kabir. Beirut: Dar al-fikr. al-darqatniyy, Aly ibn Umar Abu al-hasan. 1966. Sunan al-darqatniyy. Beirut: Dar al-ma rifah. Ibn al-qayyim, Abu Abd Allah Muhammad ibn Abi Bakr ibn Ayyub ibn Sa d al- Zar iyy al-dimashqiyy. 1995. Hashiyah Ibn al-qayyim. Beirut: Dar al- Kutub al- Ilmiyyah. Ibn Hibban, Abu Hatim Muhammad ibn Ahmad al-tamimiyy al-bustiyy. 1993. Sahih Ibn Hibban. Edisi ke-2. Beirut: Mu assasah al-risalah. 24

Ibn Majah, Abu Abd Allah Muhammad ibn Yazid al-qazwainiyy. t.th. Sunan Ibn Majah. Beirut: Dar al-fikr. Ibn Qudamah, Abu Muhammad Abd Allah ibn Ahmad al-maqdisiyy. 1405H/1984M. al-mughni. Beirut: Dar al-fikr. International Shari ah Research Academy For Islamic Finance (ISRA). 2016. Islamic Financial System: Principles and Operation (2nd ed.). Kuala Lumpur: IBFIM publication. Khalil ibn Ishaq ibn Musa al-malikiyy. 1415H/1994M. Mukhtasar Khalil. Beirut: Dar al-fikr. Muslim World League. 2018. Persidangan ke 17. www.themwl.org/fatwa/default. aspx?d=1&cidi=155&l=ar&cid=10. [21 Febuari 2018]. Robbins, H.E. 2010. Soul searching and profit seeking: Reconciling the competing goals of Islamic finance. Texas Law Review, 88(5) 1125-1150. al-san aniyy, Ahmad ibn al-qasim. t.th. al-bahr al-zakhkhar al-jami li Madhahib Ulama al-amsar. Beirut: Dar al-kitab al-islamiyy. al-sharbiniyy, Muhammad al-khatib. t.th. Mughni al-muhtaj. Beirut: Dar al-fikr. Warde, I. (2009). The Relevance of Contemporary Islamic Finance. Berkeley Journal of Middle Eastern & Islamic Law 2(6) 159-171. Yusoff, A.F. 2016. Islamic Personal Financing Instruments in the Malaysian Banking Industries: Issues and Alternatives. Journal of Contemporary Islamic Law 1(1) 24-38. al-zaila iy, Abu Muhammad Abd Allah ibn Yusuf al-hanafiyy. 1357H/1938M. Nasb al-rayah Takhrij Ahadith al-hidayah. Cairo: Dar al-hadith. 25