Garis Panduan dalam Penyediaan Borang Hibah di Mahkamah Tinggi Syariah

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Analisis Kes Amalan Hibah Bersyarat di Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

Amalan Hibah Di Syarikat Amanah: Satu Kajian Kes Di As-Salihin Trustee Berhad

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

HARTA WASIAT ORANG ISLAM: SATU ULASAN RINGKAS DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN DI MALAYSIA

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

HIBAH HARTANAH: ISU DAN KONFLIK DALAM PERUNDANGAN DI MALAYSIA

HARTA PUSAKA ISLAM DIMALAYSIA: ANTARA PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN.

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

as-salihin Perkhidmatan yang disediakan

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

KAEDAH MUAFAKAT DALAM PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: KAJIAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

A Review on Bequest Writing in The Management of Property in Malaysia

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERANCANGAN HARTA MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM MENGGUNAKAN KONSEP HIBAH NURUL HAZIRA BINTI RAHMAT

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PELAKSANAAN HIBAH AMANAH SEBAGAI SUATU INSTRUMEN PENGURUSAN HARTA ISLAM DI MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

APLIKASI HIBAH DI MALAYSIA DAN ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGANNYA. Abstrak. Kata kunci: Hibah, sistem kewangan Islam, takaful, undang-undang Islam

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

International Journal of Islamic and Civilizational Studies Civilizational Studies

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

TAHAP PENGETAHUAN HIBAH HARTANAH DALAM PERANCANGAN HARTA ORANG ISLAM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

POSITION OF CONDITIONAL HIBAH IN TAKAFUL PRODUCTS: A LITERATURE REVIEW

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

WAQF MANAGEMENT AND ADMINISTRATION IN MALAYSIA: ITS IMPLEMENTATION FROM THE PERSPECTIVE OF ISLAMIC LAW

kajian ini terdapat beberapa rumusan yang dapat penulis simpulkan. (1) Prinsip Kebajikan Kanak-Kanak Merupakan Pertimbangan Utama

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Harta Sepencarian vs Harta Perkahwinan dalam Perundangan Sivil: Satu Sorotan Ringkas. Mohd Norhusairi Mat Hussin 1 Mohd Hafiz Jamaludin 2 ABSTRAK

STRATEGI PERLAKSANAAN WASIAT YANG EFEKTIF DI MALAYSIA

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI NEGERI UTARA SEMENANJUNG : TUMPUAN PADA ASPEK PERUNDANGAN PUSAKA ( A : A

The current issue and full text archive of this journal is available at ABSTRAK

Transcription:

Journal of Contemporary Islamic Law, Vol. 3(1) (2018) Garis Panduan dalam Penyediaan Borang Hibah di Mahkamah Tinggi Syariah (Guideline in Preparing Hibah Document at The Shariah High Court) ADILAH MOHD SA AFIE, MOHD ZAMRO MUDA ABSTRAK Instrumen perancangan harta melalui hibah mula berkembang apabila munculnya pelbagai institusi yang menawarkan penyediaan dokumen hibah. Pelbagai metod yang dilakukan oleh institusi terlibat untuk menarik perhatian masyarakat dalam erti kata lain untuk memberitahu tentang kepentingan hibah sebagai salah satu instrumen perancangan harta, seperti melalui media cetak dan media elektronik. Namun begitu, perkara yang masih menjadi tanda tanya adalah sejauh mana dokumen yang disediakan oleh institusi tersebut diterimapakai di Mahkamah Syariah apabila berlakunya perkara berbangkit kelak. Justeru itu, artikel ini bertujuan mencadangkan garis panduan di Mahkamah Syariah dalam menentukan kesahan sesuatu kes hibah. Data-data kajian ini diperoleh melalui kajian-kajian kes hibah yang lepas dan temu bual daripada hakim yang terlibat secara langsung dalam menyelidik tentang kesahan sesuatu kes hibah. Hasil kajian ini mendapati bahawa kesahan sesuatu kes hibah perlu menepati rukun dan syarat hibah yang telah digariskan di dalam Islam sama ada dengan adanya dokumen ataupun sebaliknya. Wujudnya dokumen hibah juga terbukti lebih memudahkan proses pengesahan di Mahkamah Tinggi Syariah. Satu garis panduan berhubung hibah dapat dihasilkan bagi memudahkan syarikat-syarikat khususnya dan orang awam amnya dalam mengunakan hibah sebagai instrumen perancangan harta. Kata Kunci: hibah, dokumen hibah, garis panduan, Mahkamah Syariah, kesahan hibah. ABSTRACT Instrument of wealth management through hibah starts to develop during the emergence of various type of institutions offering for hibah document preparation. Various methods were implemented by the involved institution to attract the potential clients or to give information about the importance through hibah as one of instruments of wealth planning, such as through the printed and electronic media. However, the acceptance by the Shariah Court to the documents provided by the institutions involved when there will be arising or conflict matters in future remains a question. Therefore, this article proposes a guideline for Shariah Court in determining the validity of hibah s case. The data was collected from the case studies and interviews to the judges who are directly involved in determining the genuinity of the cases. The findings of this research show that the genuinity of the cases must principle to the rules and regulations of hibah in Islam either with the document or not. For the case with the document, it helps to minimize a proceeding in Shariah High Court. A guideline about hibah can be generated as the information and knowledge for the citizen especially those whom are using hibah as instrument in their wealth management. Keywords: hibah, document of hibah, guideline, Shariah Court, validity of hibah 1 PENDAHULUAN Pelaksanaan hibah kini lebih dilihat sebagai kaedah pemindahan harta milik pemberi hibah kepada sesiapa yang dikehendakinya dan sekaligus menjadi salah satu jalan keluar kepada masalah pembahagian harta pusaka di Malaysia (Rusnadewi & Hisyam 2013). Perkembangan perancangan harta melalui hibah juga dapat dilihat apabila munculnya pelbagai institusi atau badan yang menawarkan perancangan hibah termasuklah syarikat-syarikat persendirian, pihak bank dan Majlis Agama Negeri. Statistik menunjukkan bahawa permohonan pengesahan hibah di Selangor semakin bertambah apabila pada tahun 2010 hanya 12 kes yang didaftarkan dan sehingga 2014 pula sebanyak 34 kes (Mahkamah Tinggi Syariah Selangor 2016). Rentetan itu, banyak produk-produk hibah yang diwujudkan seperti hibah takaful, hibah amanah dan lain-lain. Fadzil (2015) menyatakan dalam kajiannya bahawa apabila munculnya kepelbagaian dalam produk hibah, hukum syarak perlu dititikberatkan supaya selaras dengan konsep hibah yang digariskan oleh hukum

syarak sekaligus memberi kesan di Mahkamah Syariah apabila berlaku pertikaian kelak. Isu yang pertama adalah ketidakseragaman dalam jenis-jenis produk hibah. Syarikat-syarikat yang menawarkan produk hibah mempunyai rukunrukun yang berbeza. Perkara ini dapat dilihat pada CIMB Trustee Berhad yang mempunyai enam rukun hibah dan Amanah Raya Berhad mempunyai empat rukun hibah. Nurul Huda (2012) dan Badrul Hakimi (2009) menyatakan bahawa perbezaan rukun-rukun ini menyebabkan kekeliruan kepada masyarakat. Sehingga hari ini, masih tiada lagi undangundang khusus yang boleh memberi panduan kepada syarikat-syarikat mahupun institusi-institusi untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan mematuhi prinsip yang digariskan oleh syarak. Menurut Nasrul Hisyam (2015), perlu adanya pemantauan berpusat yang mewujudkan satu polisi umum yang boleh dijadikan sebagai asas kepada pembentukan produk hibah. Isu yang seterusnya adalah aspek dokumentasi yang merupakan bahagian paling utama dalam hibah. Alias Azhar (t.th.) menyatakan bahawa aspek teknikal atau aspek dokumentasi dan perundangan perlu diselaraskan agar hibah yang dilakukan bermanfaat kepada pemberi dan penerima hibah. Perkara ini dapat dilihat melalui kes CIMB Islamic Bank Bhd v. LCL Corp Bhd & Anor [2012] 3 MLJ 869. Hakim dalam kes tersebut menyatakan bahawa hibah bermaksud memindah milik sebuah aset tanpa sebarang pulangan semasa hayat penghibah. Nassir Aziz (2017) menyatakan dokumen menjadi dakwaan dalam kes hibah dan kesahannya bergantung kepada rukun, syarat dan kompilasi akad yang digunapakai. Selain itu, aset hibah dipindah melalui dokumen hibah yang dinamakan surat hibah dan fungsi dokumen tersebut adalah untuk memastikan harta yang diberikan kepada orang tersayang diterima tanpa boleh dicabar oleh waris lain (Alias Azhar t.th.). Justeru, satu garis panduan hibah perlu diwujudkan bagi mengelakkan berlakunya hibah tidak diterima di Mahkamah Syariah apabila berlakunya pertikaian dan sekaligus mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat awam khususnya. RUKUN DAN SYARAT HIBAH Islam adalah sebuah agama yang lengkap yang meliputi seluruh aspek sama ada ibadat, munakahat mahupun muamalat. Secara umumnya, hibah merupakan suatu pemberian hak milik sesuatu harta tanpa perlu menukar ganti dengan harta atau benda yang lain, atau dengan wang atau pada kadar yang tertentu semasa pemberi hibah masih hidup yang dilakukan secara sukarela. Firman Allah s.w.t dalam Surah al-baqarah ayat 177 yang bermaksud: Dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi.... Hadis juga menyatakan yang bermaksud: Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w bersabda: Wahai kaum muslimat, janganlah seorang jiran wanita merendah-rendahkan pemberian jirannya yang lain, walaupun pemberian itu berupa kaki kambing. (al- Bukhari, Sahih, dalam Mawsu ah al-hadith, Kitab al- Hibah wa Fadluha wa al-tahrid Alayha, hlm. 202, No.2566). Al-Sharbini (t.th.) dan Sayyid Sabiq (1999) menyatakan bahawa hibah adalah akad pemberian milik sesuatu benda tanpa ada tukar ganti yang dilakukan secara sukarela. Islam juga telah menggariskan rukun dan syarat hibah bagi menjamin hak-hak pihak yang terlibat. Al-Zuhayli (1996) menyatakan bahawa rukun hibah menurut ulama ada empat iaitu pemberi, penerima, barang yang diberi dan sighah. Perincian rukun dan syarat hibah adalah seperti berikut: 1. Pemberi hibah atau al-wahib Pemberi adalah orang yang memiliki barang yang diberi dan sihat tubuh badan dan akal fikirannya ketika pemberian dilakukan. Jumhur berpendapat jika pemilik barang sakit (marad al-mawt) tetapi memberi sesuatu kepada seseorang, kemudian mati, maka pemberiannya terhad kepada 1/3 daripada harta peninggalannya. Kes ini adalah kes hibah sewaktu marad al-mawt yang hukumnya tertakluk pada hukum wasiat (al-zuhayli 1996; Sayyid Sabiq 1995). 2. Penerima hibah atau al-mawhub lahu Semua orang layak menjadi penerima hibah. Namun, menurut jumhur ulama jika semua harta diberikan kepada sebahagian anak hukumnya adalah makruh. Tetapi ada sebahagian ulama berpendapat bahawa hukumnya adalah harus. Al- Sharbini (t.th.) menyatakan bahawa penerima hibah disyaratkan berkeahlian untuk mengurus dan memiliki harta yang dihibahkan kepadanya. Bagi penerima yang belum mukallaf, maka walinya akan menerima bagi pihaknya. Justeru, tidak sah hibah kepada anak dalam kandungan. 3. Harta yang dihibahkan atau al-mawhub Barang yang dihibah hendaklah barang yang dimiliki yang tidak ada apa-apa halangan atau sekatan untuk diberikan kepada penerima hibah. Menurut al-zuhayli (1996), syarat-syarat barang yang dihibahkan adalah seperti berikut: i. Harta yang sah untuk jual beli. ii. Harta milik pemberi hibah. iii. Barang ada pada waktu pemberian. 4. Sighah iaitu ijab dan qabul Bagi memastikan sesuatu hibah itu sah, rukun ijab dan qabul perlu dipenuhi. Al-Mahalli (t.th.) menyatakan syarat hibah hendaklah ada ijab dan qabul secara berlafaz seperti kata pemberi hibah: aku hibahkan kepada kamu barang ini, lalu berkata penerima hibah: aku terima. Mazhab 2

Maliki dan mazhab Shafi i mensyaratkan perlunya ada qabul dalam sesuatu hibah. Manakala mazhab Hanafi pula tidak mensyaratkan qabul dan hibah hanya memadai dengan qabd, sedangkan mazhab Hanbali menyatakan hibah sah apabila berlaku keterikatan di antara pemberi hibah dan penerima hibah (Sayyid Sabiq 2004). Selain itu, syarat ijab dan qabul adalah bersambungan dan berturut-turut serta tidak diselangi dengan waktu yang lama. Al- Sharbini (1939) menyatakan ijab dan qabul hendaklah secara berlafaz bagi mereka yang boleh bercakap serta dilakukan secara berturutan di antara ijab dan qabul. SYARAT AL-QABD DALAM HIBAH Pandangan Imam Shafi i dan Abu Hanifah, al-qabd adalah syarat luzum yang bermaksud akad hibah tidak berkuatkuasa dan sempurna dengan hanya ijab dan qabul semata-mata (Ibn Qudamah t.th.; Ibn Rushd 1996; al-nawawi 1995). Hal ini bermakna, akad hibah tidak mengikat sehingga al-qabd disempurnakan. Justeru, pemberi hibah berhak menarik balik hibah tersebut selama mana harta berkenaan masih berada dalam milikannya. Mengikut mazhab Hanbali dan Maliki, penerimaan barang tidak menjadi syarat dalam hibah dan memadai hanya dengan akad semata-mata. Oleh itu, apabila berlakunya kematian salah satu pihak sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebelum berlaku penyerahan barang, hibah tersebut tidak terbatal. Menurut Nasrul Hisyam (2011) pelaksanaan alqabd dilakukan bergantung kepada jenis harta yang dihibah. Terdapat pelbagai kaedah lain dalam melaksanakan qabd. Bagi harta tak alih, al-qabd boleh dilakukan dengan cara mengosongkan harta dan bagi harta alih, harta yang dihibah dipindahkan kepada penerima untuk disimpan dalam jagaannya. Manakala, bagi harta yang dalam gadaian pula, tidak boleh dihibahkan kerana bukan dimiliki sepenuhnya oleh pemberi hibah. RUKUN DAN SYARAT YANG MENENTUKAN KESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH Di Malaysia, institusi yang mempunyai bidang kuasa dalam menguruskan dan memberi pengesahan tentang sesuatu hibah adalah Mahkamah Tinggi Syariah. Sebagai contoh, Seksyen 61(3)(b)(vi) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 memperuntukkan bahawa: Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah- (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan dan prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan dan prosiding itu adalah berhubung dengan- (vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seorang Islam. Siti Madihah (2016) menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap kes hibah yang meliputi hak orang Islam. Terdapat prosedur-prosedur tertentu yang perlu dipatuhi dalam menentukan kesahan kes hibah di mana mahkamah akan melihat terhadap beberapa aspek, iaitu: 1. Pemberi hibah atau al-wahib Kebanyakan kes-kes yang difailkan di Mahkamah Syariah, rukun ini sentiasa dipatuhi yang mana pemberi hibah tersebut ada atau wujud dan memenuhi syarat yang digariskan dalam Islam. Hal ini dapat dilihat dalam kes Nordina Kun Thon Binti Abdullah v Lima yang Lain [14100-044- 0172-2013]. Dalam kes ini, pemberi hibah adalah Abdul Manan Bin Jasmani. Perkara yang sama berlaku dalam kes Nur Huda Harith v Harith Abd Rahman, Kasim Bin Suntong [10400-044-0008-2015]. Dalam kes ini, pemberi hibah adalah Abibah binti Kasim dan terbukti bahawa pemberi hibah berada dalam keadaan waras, sihat, suci hati, sedar dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Kes Zaiton Binti Mohamod v Khursiah Jan Binti Wali Ahmad, Irwan Shah Bin Wali Ahmad dan Nurul Ain Binti Wali Ahmad [10300-044-0503-2014] juga telah dibuktikan adanya pemberi hibah iaitu Wali Ahmad Bin Sulaiman. Tidak timbul isu berkaitan pemberi hibah dalam konteks pemilikan barang berkenaan sepanjang kajian dilakukan. Kes-kes yang dikemukakan di Mahkamah Syariah memenuhi syarat bahawa pemberi hibah adalah seorang yang sihat, secara sukarela dan pemilik kepada barang yang diberi. Justeru, rukun pemberi hibah ini dipenuhi oleh kebanyakan kes hibah yang dikemukakan. 2. Penerima hibah atau al-mawhub lahu Pada kebanyakan kes seperti kes Shamsiah Binti Abu Bakar v Ab Samad bin Abu Bakar, Hasiyah @ Asiah binti Abu Bakar dan Rokiah binti Abu Bakar [01200-044-0187-2008] menyatakan bahawa penerima hibah adalah individu yang mampu untuk menguruskan harta yang dihibahkan. Dilihat juga dalam kes Yasmin Bin Abd Talib v Majlis Agama Negeri Sembilan [10300-044-0536-2012], penerima hibah dalam kes ini adalah anaknya sendiri iaitu Yasmin Binti Abdul Talib dan merupakan seorang yang mukallaf serta mampu mengurus serta memiliki harta yang dihibahkan kepadanya dan kes Rafizah binti ab Karim, Kamar bin Ab Karim dan 4 Yang Lain [10100-044-0487-2011] juga memenuhi rukun yang kedua iaitu adanya penerima hibah. Berdasarkan kes-kes yang dikemukakan dapat disimpulkan bahawa rukun penerima hibah 3

adalah dipenuhi iaitu seorang yang mampu menguruskan harta yang dihibahkan. 3. Harta yang dihibahkan atau al-mawhub Berdasarkan kepada analisis temu bual yang dilakukan, penulis mendapati rukun ini tidak dipenuhi pada kebanyakan kes. Hal ini merujuk kepada kes Zaiton Binti Mohamod v Khursiah Jan Binti Wali Ahmad, Irwan Shah Bin Wali Ahmad dan Nurul Ain Binti Wali Ahmad [10300-044- 0503-2014]. Hakim dalam kes ini telah memutuskan bahawa hibah yang dilakukan tidak sah kerana harta masih dalam gadaian. Manakala pada kes Aridah Binti Dulmukti v Samingah Binti Dolmukti@Dulmukti dan Marwiyah Binti Sarum [10300-044-0535-2013] yang mana hakim telah memberi pengesahan hibah ke atas tuntutan yang dilakukan oleh anak angkat si mati. Hal ini kerana, dokumen harta tersebut dengan jelas menyatakan masih milikan sempurna si mati semasa hibah tersebut diberikan yang bebas daripada sebarang sekatan dan halangan seperti cagaran bank disebabkan hutang atau kaveat. Dalam kes Yasmin Bin Abd Talib v Majlis Agama Islam Negeri Sembilan [10300-044-0536-2012] yang mana harta dalam kes ini merangkumi hartanah dan wang simpanan. Pemohon juga telah mengemukakan salinan carian persendirian dan salinan penyata pengesahan deposit wang simpanan. Melalui dokumen yang dikemukakan, mahkamah merujuk kepada seksyen 48 dan 49 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003: Seksyen 48 - kandungan dokumen boleh dibuktikan samada dengan keterangan primer atau dengan keterangan sekunder. Seksyen 49 - keterangan primer ertinya dokumen itu sendiri yang dikemukakan untuk pemeriksaan mahkamah. Oleh hal yang demikian, dapat dilihat bahawa rukun harta yang dihibahkan perlu wujud ketika akad dan dimiliki sepenuhnya oleh pemberi hibah melalui bukti pemilikan seperti geran pemilikan. Berdasarkan kepada kes yang dikemukakan, syarat bagi barang ini kebanyakaan tidak dipenuhi. 4. Sighah Dalam hibah, sighah merangkumi ijab dan qabul. Ijab dilakukan oleh pemberi hibah manakala qabul dilakukan oleh penerima hibah. Dalam kes hibah, ijab dan qabul ini amat berkait rapat dengan qabd. Pertama sekali pihak mahkamah akan meneliti kandungan lafaz ijab dari pemberi hibah kemudian melihat kepada penerima hibah. Hal ini merujuk kepada kes Aridah Binti Dulmukti v Samingah Binti Dolmukti@Dulmukti dan Marwiyah Binti Sarum [10300-044-0535-2013]. Hakim Mahkamah Shah Alam memutuskan kes hibah ini adalah sah. Bagi kes ini, lafaz hibah yang dituturkan oleh pemberi hibah adalah jelas dan teratur, tidak tergagap, dan bahasa yang tersusun dan sekaligus penerima hibah turut menuturkan lafaz qabul. Maka lafaz ijab dan qabul memberi kesan yang sempurna. Selain itu, dalam kes Saharain Bin Nordin v Noridah binti Nordin [2008] 1 JH 73, menyatakan lafaz ijab dan qabul dalam kes ini tidak dinyatakan secara terperinci. Oleh itu, kes ini diputuskan sebagai tidak sah dan terbatal kerana gagal membuktikan kewujudan ijab dan qabul. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa rukun sighah menjadi salah satu rukun dalam kes hibah. Ketiadaan salah satu sighah boleh memberi kesan kepada kesahan hibah itu sendiri. AL-QABD SEBAGAI SYARAT KESEMPURNAAN HIBAH Al-Qabd ini dilihat dalam kes Aridah Binti Dulmukti v Samingah Binti Dolmukti@Dulmukti dan Marwiyah Binti Sarum [10300-044-0535-2013]. Dalam kes ini dibuktikan bahawa penerima hibah menetap dan menjelaskan cukai-cukai ke atas rumah yang dihibahkan. Hal ini menunjukkan penguasaan ke atas harta yang dihibahkan. Oleh itu, mahkamah akan menilai al-qabd sebagai syarat kesempurnaan dalam hibah. Dalam konteks pembuktian di Mahkamah Syariah, al-qabd dapat ditunjukkan dengan qarinah, iaitu fakta yang menjadi petunjuk mengenai kewujudan hibah tersebut. Siti Madihah (2016) menyatakan apabila pertukaran hak milik dilakukan, ia menjadi hujah yang kuat dalam membuktikan hibah tersebut benarbenar berlaku. PERMOHONAN DENGAN DOKUMEN DAN PERMOHONAN TANPA DOKUMEN HIBAH Berikutan berlakunya banyak institusi yang menawarkan produk hibah, Siti Madihah (2016) berpendapat bahawa perlunya satu jalan keluar atau garis panduan bagi memastikan dokumen hibah yang dibuat mampu disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah tanpa ada sebarang pertikaian pada masa akan datang. Hal ini sekaligus dapat memberi panduan kepada mana-mana agensi atau mana-mana individu untuk membuat perancangan harta melalui hibah. Maka, keperluan ini adalah kerana terdapat dokumen hibah yang dikemukakan masih bermasalah sehingga pengesahan hibah tidak dapat dilakukan di Mahkamah Tinggi Syariah. Seterusnya, hasil temu bual yang dijalankan juga menyatakan bahawa permohonan pengesahan hibah boleh dikemukakan dengan adanya dokumen hibah atau tanpa dokumen hibah. Permohonan dengan dokumen perlu mengemukakan dokumen hibah bersama dengan dokumen harta yang dihibahkan. Manakala permohonan tanpa dokumen hibah, permohonan perlu dikemukakan bersama 4

bukti-bukti lain yang menunjukkan hibah tersebut telah berlaku. Contohnya, hal ini telah diperuntukkan dalam Seksyen 3(2)(c) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Selangor 2003: Semua fakta dikatakan terbukti setelah membawa bukti-bukti yang menyakinkan pihak mahkamah serta membolehkan pihak mahkamah membuat keputusan. Rentetan itu, sebarang tuntutan hendaklah dibuktikan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 72 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Selangor 2003, iaitu: Beban untuk mengemukakan keterangan dalam sesuatu kes mal terletak pada orang yang mengatakan atau menegaskan sesuatu fakta (al-mudda ii) dan orang yang mengangkat sumpah untuk menafikan atau mempertikaikan sesuatu fakta (al-muda a alaih). Dalam kes Aridah Binti Dulmukti v Samingah Binti Dolmukti@Dulmukti dan Marwiyah Binti Sarum [10300-044-0535-2013], ketiadaan dokumen hibah yang dikemukakan kerana hibah telah dibuat secara lisan oleh pemberi hibah tidak menghalang proses pengesahan hibah. Ini kerana pihak yang memohon telah mengemukakan dua orang saksi dan saksi berkenaan memberikan keterangan secara afidavit. Mahkamah meluluskan tuntutan yang telah dibuat oleh pemohon. Kewujudan dan keterangan yang dinyatakan oleh dua orang saksi memenuhi peruntukan Seksyen 83 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Selangor 2003: Semua orang adalah bertanggungjawab untuk memberikan syahadah atau bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa mereka adalah aqil, baligh, adil, mempunyai ingatan yang baik dan tidak berprasangka. Terdapat contoh kes yang ditolak oleh mahkamah berikutan tiadanya bukti pemilikan harta yang sah. Situasi ini boleh dirujuk kepada kes Azrai Bin Abdul Aziz v Asiah Binti Mahmud, Muhammad Aqil Bin Azrai, Muhammad Shahmi Bin Azrai dan Muhammad Ariq Bin Azrai [10300-044-0221-2013]. Dalam kes ini, bukti-bukti mengenai kewujudan harta-harta sama ada geran tanah, kereta mahupun salinan penyata akaun bank telah diragui. Oleh yang demikian, berdasarkan kes yang diputuskan, sama ada permohonan yang dikemukakan dengan dokumen hibah atau tanpa dokumen hibah masih diterima di peringkat Mahkamah Tinggi Syariah dengan mengemukakan bukti-bukti yang berkaitan agar mahkamah dapat melakukan penilaian dengan sebaiknya dan seterusnya meluluskan permohonan hibah tersebut. GARIS PANDUAN PENYEDIAAN BORANG HIBAH Penyediaan dalam borang hibah secara umumnya perlu menepati rukun dan syarat yang digariskan dalam Islam. Namun begitu, dari sudut penyediaan borang hibah di Malaysia perlu menepati ciri-ciri yang berikut: 1. Pemberi Hibah - memastikan keadaan pemberi hibah dalam keadaan: i. Sihat dan secara sukarela, bukan paksaan. ii. Pemilik mutlak harta. 2. Penerima Hibah i. Sesiapa sahaja. ii. Seorang ahli tasarruf jika dia boleh menguruskan bagi dirinya sendiri dan bagi seorang yang bukan ahli tasarruf, maka penerimaan boleh dilakukan oleh wali (pemegang amanah hartanya). 3. Barang atau harta yang dihibahkan i. Tiada apa-apa sekatan atau halangan dan harta yang bernilai. ii. Mengemukakan bukti pemilikan harta seperti geran tanah, geran kenderaan dan apa-apa dokumen yang berkaitan. 4. Sighah i. Ijab dilafazkan oleh pemberi hibah seperti aku hibahkan harta ini kepada.... ii. Qabul dilafazkan oleh penerima hibah seperti aku terima harta ini. iii. Dalam satu majlis 5. Syarat kesempurnaan al-qabd iaitu al-qabd dibuktikan oleh penerima hibah melalui perbuatan atau tindakan seperti: i. serahan kunci atau; ii. menjaga harta hibah atau; iii. pengusahaan harta hibah atau; iv. membayar cukai harta harta hibah atau; v. pemegangan buku akaun atau; vi. pemegangan geran tanah 6. Saksi i. Dua orang lelaki ii. Hadir pada masa akad Maklumat Pemberi Hibah: :... No. Pengenalan:.... Status Kesihatan:... No. Telefon:... Butiran Harta yang Dihibahkan Jenis harta:... Status harta:... Dokumen pemilikan:... Contoh Borang Hibah Maklumat Penerima Hibah: :... No. Telefon:... Maklumat Penerimaan Hibah: :... No. Telefon:... 5

Maklumat Saksi 1: :.... Maklumat Saksi 3: :... Maklumat Saksi 2: :... Maklumat Saksi 4: :... Akuan Pemberian Hibah Saya...(nama pemberi hibah)... No. Kad Pengenalan... dengan ini sihat akal fikiran, bukan dalam keadaan paksa menghibahkan harta milik saya...(harta yang dihibahkan)... kepada...(nama penerima hibah)... No. Kad Pengenalan @ Pengenalan Diri... Akuan Penerimaan Hibah Saya...(nama penerima hibah)... No. Kad Pengenalan @ Pengenalan Diri... dengan niat suci hati menerima harta...(harta yang dihibahkan)... yang dihibahkan oleh...(nama pemberi hibah)... No. Kad Pengenalan... Saya dengan suci hati dengan ini menerima...(harta yang dihibahkan)... kepada...(nama penerima hibah/ wali harta)... Lain-lain Bukti : Gambar Rakaman Video Tandatangan hibah, pemberi Tandatangan saksi 1, Tandatangan saksi 3, Tandatangan penerima hibah, penerima hibah/wali harta Tandatangan saksi 2, Tandatangan saksi 4, Nota: Akuan pemberian dan penerimaan boleh dilakukan pada majlis yang berasingan dengan majlis ijab dan qabul. Tandatangan hibah, pemberian Tandatangan penerima hibah, PENUTUP Tandatangan saksi 1, Tandatangan saksi 3, Tandatangan saksi 2, Tandatangan saksi 4, Nota: Akuan pemberi dan akuan penerima dilakukan dalam satu majlis. Saksi terdiri daripada dua orang lelaki atau seorang lelaki dua orang perempuan atau empat perempuan. Akuan Penyerahan/Penerimaan Barang (al- Qabd) Saya secara sukarela dengan ini menyerahkan...(harta yang dihibahkan)... kepada...(nama penerima hibah/ wali harta)... Secara keseluruhannya, penulis mendapati pengesahan hibah boleh dibuat sama ada hibah berkenaan dilakukan tanpa dokumen atau dengan adanya dokumen. Mahkamah memutuskan sesuatu kes adalah berdasarkan kepada rukun yang digariskan di dalam Islam dengan meneliti dan membuat pemerhatian ke atas setiap satu rukun yang ada. Dalam mengesahkan setiap rukun tersebut juga, mahkamah melihat kepada syarat-syarat yang digariskan dalam Islam. Berdasarkan kes-kes yang telah diteliti, penulis berpendapat bahawa satu draf awal garis panduan dalam menyediakan panduan hibah yang lengkap dapat diwujudkan. Di dalam borang tersebut merangkumi rukun-rukun yang telah dibincangkan sebelum ini. Garis panduan ini juga merangkumi proses-proses pembuktian yang mana wujudnya hibah yang dibuat dan seterusnya disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah melalui bukti yang wujud. Hal ini sekaligus menepati tujuan bagi penyediaan garis panduan penyediaan dokumen hibah agar sesuatu hibah dapat disahkan dengan wujud bukti berlakunya hibah di antara pemberi hibah dan penerima hibah. Penyediaan garis panduan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak mahkamah dalam menyelesaikan kes-kes hibah, dapat memberi pendedahan kepada institusi-institusi yang menawarkan penyediaan borang hibah dan 6

khususnya kepada orang ramai agar hibah yang dilakukan dapat mencapai hajat yang dikehendaki. RUJUKAN al-quran al-karim. Alias Azhar. t.th. Hibah Komersial di Malaysia: Satu Tinjauan di Syarikat Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Selangor 2003. Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003. Ibn Qudamah, Abd Allah bin Ahmad. T.th. al- Mughni. Juz 6.Beirut: Dar al-kitab al- Arabi. Ibn Rushd, Muhammad bin Ahmad. 1996. Bidayah al-mujtahid wa Nihayah al-muqtasid. Beirut: Dar al-kutub al-ilmiyyah. al-mahalli, Jalalludin. t.th. Kanzu al-raghibin Sharh Minhaj al-talibin. Jil 2. Beirut: Lubnan. Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. 2016. Statistik Kes Hibah 2010-2014. Shah Alam. Muhammad bin Ismail al-bukhari. 2002. Terjemahan Shahih Bukhari Jilid I, II, III, IV. Terj. Zainuddin Hamidy. Singapura: Darel Fajr Publishing House. Muhammad Fadzil Athif. 2015. Penawaran produk hibah patuh syariah dalam industri perancangan dan pengurusan harta umat Islam di Malaysia. Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam 2015, hlm. 37-43. Nasir Aziz. 2017. Dokumentasi Hibah. Temubual. Nasrul Hisyam Nor Muhamad. 2011. Hibah dalam Undang-undang Islam: Prinsip dan Amalan. Johor Bahru: Penerbit UTM Press. Nasrul Hisyam Nor Muhammad. 2015. Cabaran Aplikasi Hibah di Malaysia. Prosiding Seminar Hibah Dalam Pengurusan Harta Islam 2015, hlm. 1-8. Al-Nawawi, Abi Zakaria Muhyiddin bin Syarf. 1995. Kitab al-majmu Syarh al-muhazzab li al- Syirazi. Jeddah: Maktabah al-irsyad. Nurul Huda binti Abdullah. 2012. Pelaksanaan amanah hibah di CIMB Trustee Berhad dan Amanah Raya Berhad. Disertasi Sarjana, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Rusnadewi Abdul Rashid & Nor Hisyam Ahmad. 2013. Pengurusan harta melalui hibah: kepentingan dan manfaat dari pelbagai aspek untuk kemajuan ummah. Jurnal Hadhari 5(1): 91-104. Sayyid Sabiq. 1416H/1995. Fiqh al-sunnah. jil. 3. Kaherah: al-fath li c Ilam al- c Arabi. Sayyid Sabiq. 1999. Fiqh al-sunnah. Jil. 3. Kaherah: Dar al-fath li al-i lam al- Arabi. Sayyid Sabiq. 2004. Fiqh al-sunnah. Jil. 4. Terj. Nor Hasanuddin. Jakarta: Penerbit Pena. Siti Madihah binti Ruzmi. 2016. Hibah sebagai instrumen perancangan harta. Bandar Baru Bangi. Temu bual, 11 Julai. al-sharbini, al-khatib. t.th. al-iqna fi Hal al-alfaz Abi Suja. Jil. 2. Beirut: Dar Kutub al-ilmiyyah. al-sharbini, al-khatib. 1939. Mughni al-muhtaj. Jil. 2, 3 & 4. Mesir: Maktabah al-halabi. al-zuhayli, Wahbah. 1996. al-fiqh al-islam wa Adillatuh. Jil. 5. Damsyik: Dar al-fikr. al-zuhayli, Wahbah. 1999. Fiqh dan Perundangan Islam. Terj. Ahmad Shahbari Salamon. Jil. V. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Zamro Muda zamro@ukm.edu.my Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA Adilah Mohd Sa afie adilahsaafie@gmail.com Pelajar Sarjana Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA 7

Journal of Contemporary Islamic Law (2018)Vol. 3(1) Editor-In-Chief Dr. Mohd Al Adib Samuri Co-Editor Assoc. Prof. Dr. Salmy Edawati Yaacob Secretary Dr. Nurul Ilyana Muhd Adnan Senior Editors Prof. Dr. Abdul Basir Mohamad Prof. Dr. Mohd Nasran Mohamad Assoc. Prof. Dr. Shofian Ahmad Assoc. Prof. Dr. Zaini Nasohah Assoc. Prof. Dr. Ibnor Azli Ibrahim Assoc. Prof. Dr. Zuliza Mohd Kusrin Chief Managing Editor Dr. Mat Noor Mat Zain Arabic Copy Editor Anwar Fakhri Omar Bahasa Copy Editor Dr. Mohd Zamro Muda Md. Yazid Ahmad Published by: Centre for Contemporary Fiqh and Sharia Compliance, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. Suggested citation style: Author, (2018), Title, Journal of Contemporary Islamic Law, 3(1), pages, http://www.ukm.my/jcil eissn 0127-788X Copyrights: This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License (http://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/3.0/). You can download an electronic version online. You are free to copy, distribute and transmit the work under the following conditions: Attribution you must attribute the work in the manner specified by the author or licensor (but not in any way that suggests that they endorse you or your use of the work); Noncommercial you may not use this work for commercial purposes; No Derivate Works you may not alter, transform, or build upon this work. Editor Dr. Mohammad Zaini Yahaya Dr. Nik Abd. Rahim Nik Abdul Ghani Dr. Azlin Alisa Ahmad Mohd Hafiz Safiai

Journal of Contemporary ISLAMIC LAW Volume: 3 Issue: 1 eissn: 0127-788X JUNE 2018 Published by: Centre for Contemporary Fiqh and Sharia Compliance, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia. www.ukm.my/jcil eissn 0127-788X