Konsep Pelantikan Pemimpin Dari Sudut Perspektif Fiqh Siyasah: Analisis Terhadap Teori- Teori Pemikiran Politik Islam

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Kata Kunci: Calon Non Muslim, Calon Wanita, Fiqh Siyasah, Perundangan dan Pilihan Raya.

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

SISTEM KHILĀFAH ISLĀMIYYAH: ANALISIS PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN AL-MĀWARDĪY DAN AL-MAUDŪDĪ

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh

Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

CHAPTER IV ANALYSIS OF SAYYID QUTB S THOUGHT ON THE OBEDIENCE TO GOVERNMENT

ANALISIS TEORI PARADIGMA (PARADIGM THEORY) HANS KÜNG DALAM KAJIAN AGAMA

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

PEMIKIRAN PASCA ISLAMISME DALAM KONTEKS GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA (Post-Islamism in the Context of Islamic Movement in Malaysia)

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WOMAN S PASSIONS IN ELIZABETH BARRETT BROWNING S POEMS ENTITLED THE LADY S YES AND HOW DO I LOVE THEE?

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

1.0 Pengenalan. 1 Abdullah Zakaria, Historia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1984, hlm. 277.

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

HUBUNGAN IRAN - ARAB SAUDI DAN KESTABILAN RANTAU TIMUR TENGAH IRAN SAUDI ARABIA RELATIONS AND THE MIDDLE EAST STABILITY

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

Penilaian Kanun I Esasi 1876 sebagai Sumber Pembentukan Perlembagaan Johor 1895

Transformasi Pemikiran Sosial Masyarakat Malaysia daripada Fitrah Pertama kepada Fitrah Kedua Mengenai Alam Sekitar

Khadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin ***

Legasi Intelektual al-tabari dan Ibn Kamil dalam Tajarib al-umam Karya Miskawayh

PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK Dl MELAKA: SATU ANALISA NorAzilah Ahmad Nor Fazilah Abdul Hamid

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

Pembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

PENGARUH FATWA YUSUF AL QARADAWI TERHADAP FATWA BERKAITAN POLITIK DEWAN SYARI AH PUSAT PARTAI KEADILAN SEJAHTERA (PKS) DI INDONESIA BAB I PENDAHULUAN

Transcription:

Konsep Pelantikan Pemimpin Dari Sudut Perspektif Fiqh Siyasah: Analisis Terhadap Teori- Teori Pemikiran Politik Islam Mohd Ridzuan Mohamad Basri Ibrahim Abstrak Sejak kewafatan Rasulullah s.a.w. persoalan ketatanegaraan Islam menjadi perdebatan hangat dalam kalangan para sarjana Islam antaranya perlantikan pemimpin. Justeru, sejarah Islam telah membuktikan bahawa terdapat pelbagai konsep perlantikan pemimpin sehingga tidak dinyatakan konsep terbaik untuk diamalkan pada masa kini. Objektif kajian ini menjelaskan kedudukan teori-teori para sarjana Islam berhubung perlantikan pemimpin dari perspektif fiqh siyāsah. Kajian ini bersifat kajian kualitatif kerana melibatkan penelitian perpustakaan terhadap buku-buku politik dan sejarah Islam. Dapatan kajian ini menjelaskan terdapat tujuh bentuk pelantikan pemimpin dalam konteks fiqh siyasah berasaskan tiga teori pemikiran Islam iaitu pertama pemikiran Islam pada abad 7 hingga 13 Masihi, kedua pemikiran Islam pada abad 14 hingga 18 Masihi dan ketiga pemikiran Islam pada abad 19 hingga sekarang. Kesimpulannya, teori-teori ini menunjukkan perlantikan pemimpin merupakan perkara ijtihad. Jika dibandingkan konsep pelantikan pemimpin pada masa sekarang ini, ianya tidak berlawanan dengan nilai-nilai keislaman menurut fiqh siyasah. Kata Kunci: al-hall wa al- Aqd, Fiqh Siyasah, Mushawarah, Pemikiran Politik Islam dan Perlantikan Pemimpin Abstract Since the death of the Prophet Muhammad (peace be upon him), the question of Islamic Governance has become a hot debate among Islamic scholars, among others the appointment of leaders. Hence, the Islamic history has proven that there are various concepts of leadership appointments that make it possible to pinpoint the best one, especially for today s state of affairs. The objective of this study was to explain the position of the theories of Islamic scholars on the appointment of leaders from the perspective of Fiqh Siyasah. This study was qualitative because it involved library researches on political books and Islamic history. The findings showed that there were seven forms of leadership appointments in the context of Fiqh Siyasah, based on three theories of Islamic thought. The first was Islamic thought in the 7th to 13th AD, second was Islamic thought in the 14th and 18th centuries of Islam and the third was Islamic thought of the 19th century until present day. In conclusion, these theories showed that the appointment of leaders was a matter of ijtihad. As compared to the today s concept of the appointment of leaders, it is not contrary to Islamic values according to Fiqh Siyasah. Keywords: al-hall wa al- Aqd, Fiqh Siyasah, Mushawarah, Islamic Political Thought and Leader Appointment 17

Pendahuluan Pemikiran politik Islam berkembang bermula daripada satu peristiwa penting dalam kehidupan umat Islam iaitu hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah. Di sana terdapat asas-asas pentadbiran negara berhubung persoalan dalaman, luaran, perbezaan agama, bangsa dan sebagainya. Pentadbiran tersebut berdasarkan perlembagaan ketika itu iaitu Sahifah Madinah atau Piagam Madinah yang merupakan lambang kestabilan politik dan ketatanegaraan Islam (M.Dhiauddin Rais 2001: 35). Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w., berlaku peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu perbezaan pendapat antara kabilah Ansar dengan Muhajirin mengenai pelantikan khalifah di Thaqifah Bani Sa idah. Peristiwa ini membuktikan persoalan ketatanegaraan adalah penting dalam Islam. Walau bagaimanapun proses politik Islam berhubung pemilihan khalifah pada awal Islam adalah melalui pelbagai bentuk pelantikan seperti perlantikan Abu Bakar menerusi kaedah keputusan mushawarah antara kelompok Muhajirin dan Ansar. Pelantikan `Umar berlaku secara terus daripada Abu Bakar (tazkiyyah li ahad mu iyyin). Pelantikan `Uthman pula dibuat berdasarkan persetujuan majoriti 6 orang sahabat yang dilantik oleh `Umar yang disebut tazkiyyah bayna majmu ah (al-suyuti 2005: 5). Peristiwa-peristiwa penting yang terjadi pada masa tersebut membuktikan wujud para pemikir politik Islam yang membicara soal ketatanegaraan dengan pelbagai teori yang ditemui. Dalam kaitan ini, sejarah pemikiran politik Islam terbahagi kepada tiga fasa, iaitu fasa pertama, fasa pertengahan dan fasa kontemporari. Fasa pertama bermula pada abad ke 7 M sehingga abad ke 13 M. Fasa pertengahan bermula pada abad ke 14 M sehingga abad ke 19 M (masa kejatuhan `Abbasiyyah sehingga muncul zaman kolonialisme) dan fasa kontemporari bermula dari abad ke 19 sehingga sekarang (zaman kolonialisme) (Mun im A.Sirry 1995: 33). Justeru setiap perkembangan sejarah melahirkan pelbagai teori pelantikan pemimpin dan didapati sebanyak tujuh teori perlantikan pemimpin dalam konteks fiqh siyasah. Objektif kajian ini menjelaskan perbezaan perlantikan pemimpin menurut fiqh siyasah dan mendapati tujuh teori perlantikan yang berbeza antara satu sama lain. Penjelasan mengenai tujuh perlantikan pemimpin menurut fiqh siyasah masih belum ditemui dari mana-mana penulisan. Namun terdapat beberapa buah penulisan yang menjelaskan perkara ini tetapi hanya membahas dua atau tiga perlantikan sahaja seperti karya Abu A`la Al-Maududi iaitu khilafah dan kerajaan (2001), Ali al-salus iaitu Imamah dan khilafah (1997) dan Wahbah Al-Zuḥaily iaitu Fiqh Islam wa Adillah (2008). Penulisan ini berbentuk kualitatif iaitu melibatkan kajian perpustakaan. Kaedah Pelantikan Pemimpin dalam Konteks Fiqh Siyasah Dalam sejarah Islam, penlantikan pemimpin negara berlaku dalam beberapa bentuk. Pertama: Kaedah perlantikan daripada Allah s.w.t. Kaedah ini hanya terjadi pada permulaan Islam iaitu perlantikan Rasulullah s.a.w. sebagai ketua agama di Mekah. Setelah hijrah Rasulullah s.a.w. ke 18

Madinah, baginda juga adalah sebagai ketua negara yang pertama (Abu A`la Al-Maududi 2001: 22). Kedua: Kaedah pelantikan daripada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w sebagaimana menurut pandangan aliran Syiah Ithna Asyariyyah (Syiah Imam Dua Belas) yang tertumpu kepada perlantikan Ali. Perkara ini telah dikemukakan oleh Imam Khumaini dan Musa al-sadar. Kedua-dua tokoh ini menyatakan Ali telah mendapat wasiat untuk menggantikan kepimpinan Negara selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. tetapi dirampas oleh tiga sahabat yang lain iaitu Abu Bakar,`Umar dan Uthman (Ali al-salus, 1997: 38). Ketiga: Kaedah pelantikan melalui keputusan pemesyuaratan al-hall wa al- Aqd. Menurut al- Mawardi, al-hall wa al- Aqd ialah mereka yang tergolong dalam kalangan para ulama, pemimpinpemimpin, dan juga tokoh-tokoh rakyat. Manakala menurut sesetengah ulama ahli al-ḥall wa al- Aqd ialah pemimpin yang ada pada masa sekarang ini iaitu termasuk para ulama, jeneral, bangsawan, menteri, doktor, guru dan sebagainya (al-mawardi, 2006 : 21). Keempat: Kaedah pelantikan melalui wasiat sebagaimana yang terjadi dalam pelantikan `Umar sebagai khalifah yang kedua. Wasiat ini telah dilaksanakan oleh Abu Bakar dengan dipersetujui oleh para sahabat yang lain. Oleh yang demikian, apa yang dilakukan oleh Abu Bakar terhadap `Umar bukan merupakan pelantikan berdasarkan keturunan (Masykur Hakim, 2002: 35). Kelima: Kaedah penunjukan Wilayatul `ahdi iaitu pelantikan yang telah ditentukan oleh Imamah bagi pengantinya dan dibenarkan jika perlantikan ini memenuhi syarat sebagai khalifah. Pelantikan ini terjadi kepada Abu Bakar dan `Umar (Wahbah Al-Zuhaily 2001: 542). Keenam: Kaedah pelantikan secara revolusi sebagaimana yang terjadi dalam pelantikan Alī. Pelantikan Ali berlaku ketika suasana politik Islam dalam keadaan darurat kerana berlakunya setelah pemberontakan segolongan umat Islam besar-besaran terhadap khilafah yang ketiga iaitu Uthman (Wahbah Al-Zuhaily, 2008: 543). Ketujuh: Kaedah pelantikan wala al- ahd melalui keturunan sebagaimana perlantikan Mu awiyah Bin Abi Sufyan terhadap anaknya sehingga berterusan selepasnya. Pelantikan ini berkembang sehingga meliputi tiga dinasti khilafah Islam iaitu Umayyah, `Abbāsiyyah dan Uthmaniyyah (Khamami Zada, 2008: 205). Analisis Terhadap Teori-Teori Pemikiran Politik Islam Analisis terhadap teori-teori pemikiran politik Islam melibatkan tiga fasal pemikiran politik Islam iaitu fasal pertama bermula pada abad 7 hingga 13 M, fasal kedua bermula abad ke 14 hingga 18 M dan fasal ketiga bermula pada abad 19 hingga sekarang. 19

Fasal Pertama ( Abad 7 M 13 M) Pada abad ke 7 M sehingga abad ke 13 M merupakan masa keemasan Islam iaitu bermula zaman Rasulullah s.a.w. melibatkan pentadbiran di semenanjung tanah Arab (Madinah, Mekkah dan Yaman). Selanjutnya diperluaskan lagi pada zaman pemerintahan Abu Bakar sehingga kekuasaan Bani `Umayyah dan `Abbasiyyah (Antony Black, 2001: 96). Antara elemen yang mempengaruhi dasar pemikiran pada masa ini ialah teori pemikiran Yunani iaitu teori Plato berhubung unsur negara. Walaupun pengaruhnya tidak menunjukkan secara jelas sudut persamaan tetapi secara tidak lansung wujud sedikit titik persamaan dengan teori pemikiran Islam. Seperti Plato, beliau mengemukakan teori terbentuknya sesebuah negara kerana terdapat unsur keperluan manusia secara bersama dan tidak mungkin wujud dengan kekuatan secara bersendirian (H.Rapar, 1991: 62). Kesimpulan, pada zaman permulaan pemikiran politik Islam lebih cenderung kepada mengikut situasi sistem pentadbiran pada waktu tersebut seperti pandangan Ibn `Abi Rab`i dengan karyanya Suluk al-malik Fi Tadbir al-mamalik dan juga al-ghazali dengan karyanya Nasihah al-mulk dan al- Iqtisād fi al-`itiqad (Khamami Zada, 2008 : 32). Fasal Kedua ( Abad 14 M 19 M) Zaman ini bermula abad ke 14 M sehingga abad ke 19 M. Pada zaman ini lebih menumpukan kepada berakhirnya pemerintahan Abbasiyyah pada tahun 1258 M. Pada masa ini juga berlaku sejarah besar dalam politik Islam iaitu serangan gerakan Mongol dan wujud juga tiga pusat pemerintahan Islam iaitu kerajaan `Uthmaniyyah di Turki, kerajaan Safawi di Parsi dan Mughal di India (Khamami Zada, 2008 : 33). Jika diperhatikan hasil pemikiran politik Islam ketika ini lebih menumpukan kepada pemulihan semula sistem khilafah ke arah yang lebih baik. Sebagai contoh, Ibn Taymiyyah dilahirkan ketika dunia Islam mengalami integrasi politik tidak stabil iaitu pasca kejatuhan Baghdad. Umat Islam ketika itu memerlukan kepada kekuatan bersatu untuk membentuk sistem pentadbiran yang sempurna sebagai teorinya al-quwwah (kekuatan) dan al-amanah (kejujuran). Manakala pemikiran politik Ibn Khaldun pula sebagaimana terdapat dalam karyanya Muqaddimah bahawa kekuatan negara adalah terbentuk dengan konsep `asabiyyah atau solidariti. Dalam kaitan ini juga itu solidariti masyarakat ketika itu berada dalam keadaan lemah disebabkan kesan pasca kejatuhan kerajaan `Abbasiyyah (Masykur Hakim, 2002: 89). Kesimpulannya, dapat dilihat daripada beberapa teori yang dikemukakan oleh para pemikiran politik Islam pada masa tersebut iaitu terpengaruh dengan kesan pasca kejatuhan kerajaan Umayyah dan `Abbasiyyah. Oleh demikian muncul pelbagai teori tentang perlantikan pemimpin pada masa ini. 20

Fasal Ketiga ( Abad 19 Masihi- Sekarang) Abad ini merupakan zaman kolonialisme yang melanda negara-negara Muslim. Hampir seluruh dunia Islam berada di bawah penjajahan Barat. Dunia Islam tidak mampu bangkit daripada kejatuhan dan dapat dirumuskan bahawa terdapat pula 3 kategori pemikiran Islam pada masa ini (Khamami Zada, 2008 : 33). Pemikiran pertama: Kedudukan agama dan politik adalah satu perkara yang tidak boleh dipisahkan, kerana tugas negara adalah menegakkan agama sehingga negara Islam atau khilafah Islamiah muncul kembali. Pemikiran ini juga disebut sebagai pemikiran integralistik. Pemikiran kedua: Kedudukan agama dan negara merupakan satu perkara timbal balik yang saling berkaitan iaitu agama memerlukan negara untuk menegakkan aturan-aturan syariat sementara negara pula memerlukan agama untuk mendapat kekuasaan. Pemikiran ketiga kedudukan agama dan negara perlu dipisahkan kerana Rasulullah s.a.w. tidak pernah memerintah untuk mendirikan sebuah negara kerana pembentukan negara pada masa permulaan Islam adalah disebabkan faktor semula jadi dari aspek sosiologis. Jadual 1 Zaman (Masihi) Tokoh-Tokoh Teori Kesan Pemikiran Abad ke 7-13 Ibn Abi Rab`i (833-842 M) al-farabi (870-950 M) al-mawardi (975-1059 M) al-ghazali (1058-1111 M) Negara kesejahteraan (al- Madinatul Fadilah) Sistem pentadbiran Islam (al- Ahkam al-sultaniyyah) Kestabilan negara Kestabilan rakyat Zaman keemasan ilmuwan Abad ke 14-19 Ibn Taimiyah (1263-1328 M) Ibn Khaldun (1332-1406 M) Negara Sosiologis (`Asabiyyah) Pasca kejatuhan (Kerajaan `Abbasiyyah) 21

Abad ke 19- sekarang Aliran A Muhammad Rasyid Rida (1865-1935 ) Hasan bin Ahmad Bin Abdurahman Al-Banna (1906-1949 M) Abu al-a la al- Maududi (1903-1979 M) Sayyid Qutub (1906-1966) Negara dan agama bersifat intergralistik (bergabung) Pasca kejatuhan (kerajaan Uthmaniyyah) dan; Zaman jajahan ideologi Barat Aliran B Muhammad Abduh (1849-1905M) Muhammad Iqbal (1873-1938 M) Fazlur Rahman (1919-1988 M) Negara dan agama bersifat timbal balik Aliran C `Ali Abdul Raziq (1888-1966) Thaha Husen (1889-1973) Negara dan agama bersifat sekularisme (berasingan) Berdasarkan jadual 1 di atas, kedudukan teori pemikiran politik Islam memberi impak kepada pelantikan pemimpin sebagaimana dijelaskan sebelum ini iaitu dengan sebab wujud tujuh kaedah pelantikan pemimpin dalam Islam. Jika digabungkan keterangan pada jadual 1 dengan kaedah perlantikan pemimpin sebagaimana rajah berikut:- 22

Tahun Kesan Pemikiran: Teori Perlantikan Pemimpin Abad ke 7-13 M -Kestabilan negara -Kestabilan rakyat -Zaman keemasan ilmuwan Perlantikan dari Allah Perlantikan dari Allah dan rasul Perlantikan dewan musyawarah Perlantikan wasiat Perlantikan revolusi Perlantikan Keturunan Abad ke14-19 M Pasca kejatuhan (Kerajaan Abbasiyyah) Perlantikan melalui kaedah al-hall wa al- Aqd Abad ke 19 M - Sekarang Pasca kejatuhan (kerajaan Uthmaniyyah) dan zaman jajahan ideologi Barat Tidak termasuk dalam senarai 7 perlantikan di atas, namun demikian ia termasuk perlantikan melalui sistem demokrasi. Ruangan ijtihad Sistem Pilihan raya Rajah 1: Teori Pemikiran Politik Islam terhadap Perlantikan Pemimpin 23

Berdasarkan jadual 1 di atas, menurut Badar al-din Ibn Jama`ah (1241-1333 M) iaitu seorang faqih dalam mazhab Shafi e dan memegang jawatan sebagai ketua hakim pada masa pemerintahan Mamluk, beliau bersetuju cara pelantikan pemimpin secara monarki dan juga revolusi (Khamami Zada, 2008: 120). Manakala pandangan Abu al-ala Al-Maududi pula menjelaskan dasar-dasar mushawarah yang terdapat di dalam al-qur an menunjukkan perlantikan pemimpin hendaklah melalui nilai-nilai berkenaan. Justeru itu sistem perwarisan (monarki) adalah tidak bertepatan (Al-Maududi, 2006 : 22). Menurut al-mawardi pula, pelantikan pemimpin mempunyai dua kaedah iaitu dengan cara pelantikan al-hall wa al- Aqd dan penunjukan. al-mawardi hidup ketika zaman ketatanegaraan monarki tetapi beliau tetap berpandangan bahawa pelantikan menerusi lantikan al-hall wa al- Aqd salah satu mekanisme daripada syariat Islam (al-mawardi, 2006: 21). Menurut al-baghdadi pula, pelantikan pemimpin masih lagi tiada kesepakatan para ulama, tetapi kebanyakan sarjana politik Islam kontemporari seperti Muhammad Diya al-din al-rayis, Taqi al-din al-nabhani dan Abdul Rasyid Moten berpendapat pelantikan pemimpin mestilah melalui konsep pelantikan yang bertepatan dengan nilai-nilai mushawarah. Menurut pendapat Abdul Rasyid Moten, pelantikan pemimpin sememangnya berdasarkan nilai-nilai musyawarah sebagaimana nas al-qur an surah al- Syura ayat 38 dan surah Al-Imran ayat 159 (Khamami Zada, 2008: 120). Manakala bagi Taqi al-din al-nabhani, pelantikan pemimpin mestilah melalui umat Islam. Pelantikan dengan cara penurunan kuasa daripada kaum kerabat (monarki) adalah bertentangan dengan nilai-nilai syariat Islam. `Abdul Karim Zaidan pula menyatakan pensyariatan Islam tiada mekanisme secara khusus berhubung pelantikan pemimpin dan ia dilakukan mengikut kesesuaian suatu tempat dan masa bagi sesebuah negara (Khamami Zada, 2008: 100). Bagi kedudukan pilihan raya pula, ia merupakan satu makanisme pelantikan pada zaman sekarang ini. Sementara kedudukannya dari sudut syariah, termasuk ke dalam perkara ijtihad dan harus untuk diamalkan dalam sesebuah negara Islam sebagaimana menurut pandangan Yusuf al- Qardawi (Yusuf al-qardawi, 2001: 275). Kesimpulan Pelantikan pemimpin merupakan perkara penting dalam syariat Islam. Pelaksanaan ini bermula sejak kewafatan Rasulullah s.a.w. sehingga zaman pemerintahan Utmahiyyah. Pelbagai teori yang dikemukakan oleh para sarjana Islam dan terdapat tujuh teori pelantikan pemimpin menurut fiqh siyasah. Sepertimana huraian di atas. Walau bagaimanapun, kaedah pemilihan pemimpin adalah fleksibel yang bertunjangkan fiqh semasa (fiqh waqi i). Dasar pemikiran para sarjana politik Islam lebih menumpukan kepada skop sejarah, kerana perkembangan setiap sejarah mempengaruhi perbezaan setiap teori pelantikan pemimpin yang dikemukakan. Pembahagian skop sejarah pula tertumpu kepada tiga peringkat iaitu peringkat permulaan, pertengahan dan kontemporari. Sementara dasar pemikiran yang dapat dirumuskan bagi tiga tempoh perjalanan sejarah Islam iaitu peringkat permulaan yang melibatkan pentadbiran Khulafa Al-Rasyidun. Pada peringkat ini juga acuan pemikiran Islam masih menumpukan kepada pelbagai pelantikan pemimpin, kerana empat para sahabat yang dilantik sebagai pemimpin adalah berbeza. 24

Manakala peringkat pertengahan pula perjalanan sejarah Islam lebih menumpukan kepada sistem khilafah yang sekian lama bertapak dalam dunia Islam. Teori pemikiran lebih dekat dengan perbincangan konsep pelantikan dengan kesesuaian sistem khilafah seperti teori al-hall wa al- Aqd. Seterusnya peringkat kontemporari iaitu peringkat terakhir pelantikan pemimpin dalam Islam yang melibatkan perbicaraan mengenai sistem pilihan raya. Pada peringkat ini juga sistem pentadbiran khalifah tidak lagi diamalkan di negara-negara Islam dan lebih menumpu kepada teoriteori daripada Barat. Susulan itu, wujud tiga latar belakang dasar pemikiran Islam yang mempunyai pandangan tersendiri terhadap kedudukan hubungan antara agama dan negara. Pertama pemikiran intergralistik (agama adalah sebahagian dari negara), kedua pemikiran moderat (agama saling berhubung dengan negara) dan ketiga pemikiran sekulerisme (agama dan negara terpisah sepenuhnya). Sejak kejatuhan sistem khilafah pada abad ke 19 M, mekanisme pelantikan pemimpin merupakan suatu perkara ijtihadi. Sebagai contoh pelantikan pemimpin melalui sistem pilihan raya adalah dibenarkan sebagaimana menurut pandangan Yusuf al-qardawi dalam kitabnya Fiqh al-dawlah fi Islam. Rujukan Abu `Ala al-maududi. (2001). Khilafah dan Kerajaan, diterjemah oleh: Muhammad al-baqir, Editor: M.Amien Rais, Indonesia. ed. 5 Jakarta: Mizan Media Utama (MMU). Ali Al-Salus. (1997). Imamah dan Khilafah dalam Tinjauan Syari, ed.1. Jakarta: Gema Insani Press. Al-Mawardi, Abi Hassan Ali Bin Muhammad Bin Habib Al-Basri. (2006). Al-Ahkam Al-Sultaniyyah, tahqiq oleh Ahmad Jad, ed.1. Kaherah: Dar Hadis. Al-Suyuti. (2005). Tarikh Khulafa. diterjemah oleh: Samson Rahman, Editor: Sulaiman L.c, Indonesia. ed. 5. Jakarta: Pustaka Al-Kauthar. Antony Black. (2001). The History Of Islmaic Pilitical Thought : From The Prophet to The Present, ed.1. t.tp. Edinburgh Universiti Press. Al-Zuhaily, Wahbah bin Mustafa. (2008). Fiqh al-islam wa Adillah, jld 6, ed.6. Damshik: Dar Al-Fikr. H.Rapar. (1991). Filsafat Politik Plato, ed.1. Jakarta: Rajawali Press. Khamami Zada. (2008). Fiqh Siyasah Doktrin dan Pemikiran Politik Islam, ed.1. Jakarta: Penerbitan Erlangga. Masykur Hakim. (2002). Pemikiran Politik Islam Modern, ed.1. Jakarta Timur: Pelita Insani. M.Dhiauddin Rais. (2001). Teori Politik Islam, ed.1. Jakarta: Gema Insani. Mun im A.Sirry. (1995). Sejarah Fiqh Islam, ed.1. Surabaya Jakarta: Perpustakaan Nasional (KDT). Taqiyuddin al-nabhani. (2009). Struktur Negara Khilafah, diterjemah oleh: Yahya A.R, Editor: Sholihin, Indonesia, ed.4. Jakarta: HTI-Press. Yusuf al-qardawi. (2001). Fiqh al-dawlah fi al-islam, diterjemah oleh: Kathur Suhardi, Editor: Abu Ahmad, Malaysia, ed.1. Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada. 25

Mohd Ridzuan Mohamad Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) 20519 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. ridzuan@maidam.gov.my Basri Ibrahim Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) basri@unisza.edu.my 26