KHULUK DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002: KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BHARU, KELANTAN

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PENGHARGAAN. Undang-undang, terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan. moga Allah s.w.t membalas segalanya dengan syurga yang kekal abadi.

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU RUMAH TANGGA DALAM KALANGAN BAKAL PENGANTIN: KAJIAN DI PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN BERUMAHTANGGA SEMASA BELAJAR

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PENGHARGAAN. selawat dan salam dikalungkan buat Khatim al-anbiya, ahli keluarga dan

PERSEPSI PELAJAR SPI YANG BERKAHWIN TENTANG PERKAHWINAN SEMASA BELAJAR NOR RASHIDAH BINTI ABDUL JAMAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PERSEPSI MAHASISWA TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN ( PENGAJIAN ISLAM ) TERHADAP KAHWIN KETIKA BELAJAR : KAJIAN DI UTM SKUDAI

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT (KBS) PROGRAM j-qaf DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON PENGERANG, JOHOR

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

PENGETAHUAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PERCERAIAN LUAR MAHKAMAH DI DAERAH TAMPIN, NEGERI SEMBILAN ALYASAK BIN BERHAN 1 WAN ABDUL FATTAH WAN ISMAIL 2

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERKAHWINAN SECARA PINDAH WALI DI THAILAND: SUATU ANALISIS TERHADAP PERKAHWINAN PERANTARAAN EJEN DI SELATAN THAILAND

UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DALAM AHKAM SYAR IYYAH JOHOR: SATU KAJIAN TEKS NOR ASHIKIN BINTI CHE AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Transcription:

KHULUK DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002: KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BHARU, KELANTAN NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PSZ 19: 16 (Pind. 1/97) JUDUL: KHULUK DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002: KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BHARU, KELANTAN SESI PENGAJIAN : 2010/2011 Saya NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Alamat Tetap: KAMPUNG BERIS PANCHOR, TAWANG, 16020 BACHOK, KELANTAN. TEL.: 013-7319657 DR NASRUL HISYAM BIN NOR MUHAMAD Nama Penyelia Tarikh: 13 Mei 2011 Tarikh: 13 Mei 2011 CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PENGESAHAN PENYELIA Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya penyelidikan ini. Pada pandangan saya, penyelidikan ini adalah memadai dari sudut skop dan kualiti bagi tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam). Tandatangan Nama Penyelia : DR. NASRUL HISYAM BIN NOR MUHAMAD Tarikh :

KHULUK DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002: KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BHARU, KELANTAN NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD Laporan projek ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MEI 2011

ii PENGAKUAN PENYELIDIK Saya akui bahawa Projek Sarjana Muda yang bertajuk Khuluk dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002: Kajian di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Nama Penyelidik :.. : NUR FADHILAH BINTI CHE MOOD Tarikh :

iii بسم اهلل الرمحن الرحيم Setitis pena kutitipkan di sini, jutaan syukran dan terima kasih yang tidak terhingga buat Ummi dan Ayah yang tersayang, Maznah binti Nor dan Che Mood bin Seman atas segala penat lelah mendidikku, dan sentiasa menyokongku dari belakang tanpa jemu, Ummi dan Ayahlah sumber kekuatanku. Salam sayang buat adik-adikku, Muhammad Sofuan, Muhammad Lutfi, Nur Hasyimah, Muhammad Amir Usamah, Nur Ayunni dan Nur Syuhada, Kuatkan semangat kalian dan lakarkan kejayaan dalam hidup, timbalah ilmu sebanyak mungkin, dan moga kita sentiasa dalam Rahmat dan Keredhaan Allah SWT dalam setiap langkah yang kita tempuhi. Buat Pensyarah Pembimbing yang amat dihormati dan disanjungi, Dr. Nasrul Hisyam bin Nor Muhamad, terima kasih atas panduan dan bimbingan yang diberikan serta tidak jemu dalam memberikan tunjuk ajar selama ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga diberikan khas buat para guruku di SKBP, MMP Kota Bharu, MAIP Beris Kubor Besar dan para pensyarah Fakulti Tamadun Islam mahupun Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang telah mendidikku selama ini dan telah banyak mencurahkan segala bentuk ilmu kepadaku. Budi, jasa dan pengorbananmu guru-guruku, akan sentiasa kuingati. Dan buat sahabat-sahabat seperjuangan (SPI 2007-2011), indahnya ukhuwwah semusim kita bersama, moga-moga ianya kekal dan tidak berakhir di sini, ayuh teruskan perjuangan dan semoga wadah perjuangan kita nanti bakal melahirkan generasi yang soleh dan solehah, Insyaallah..Amiin. Juga buat sahabat-sahabatku yang dikasihi, semoga kita terus istiqamah pada jalannya, dan tidak lupa juga buat sahabat-sahabat sepanjang di UTM, kalian akan sentiasa dalam ingatanku..

iv PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabatsahabat baginda. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, berkat pertolongan, taufiq dan inayah darinya telah mengizinkan saya menyiapkan dengan jayanya Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Terima kasih tidak terhingga diucapkan buat kedua ibu bapaku Che Mood bin Seman dan Maznah binti Nor atas segala jasa, pengorbanan dan sokongan yang diberikan selama ini dan tidak lupa juga kepada adik-adikku, terima kasih atas sokongan kalian. Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Nasrul Hisyam bin Nor Muhamad selaku penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) ini kerana telah banyak memberi bimbingan dan sumbangan idea kepada penyelidik dalam menjayakan kajian ini. Ucapan penghargaan juga diberikan khas buat para pensyarah Fakulti Tamadun Islam mahupun Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang telah banyak mendidik dan mengajarku selama ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Ustaz Abu Bakar bin Abdullah Kutty, Puan Fadzlina binti Mamat @ Mohd Nor dan pegawai-pegawai di Mahkamah Rendah

v Syariah Kota Bharu, Kelantan atas kerjasama dan bantuan yang diberikan dalam menjayakan kajian Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan yang turut sama membantu dan sentiasa sabar dengan kerenahku sepanjang menyiapkan PSM ini. Terima kasih juga kepada kakitangan Fakulti Pendidikan, Fakulti Tamadun Islam, Perpustakaan Sultanah Zanariah Universiti Teknologi Malaysia, Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Undang-undang Tan Sri Ahmad Ibrahim di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, Perpustakaan Al-Malik Faisal Akademi Pengajian Islam Nilam Puri Kelantan, Perpustakaan Tun Seri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia dan Perpustakaan Dar Nur al-zahra Kota Bharu di atas segala maklumat dan kerjasama yang diberikan. Dan tidak lupa juga ucapan terima kasih buat semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menyiapkan projek ini. Semoga segala kerjasama dan pengorbanan masa yang telah dicurahkan ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT dan dilipat gandakan pahala amalan kita, Insyaallah.

vi ABSTRAK Kajian ini merupakan kajian berbentuk deskriptif yang bertujuan untuk menganalisis prinsip khuluk dalam hukum syarak serta mengkaji bidang kuasa khuluk dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002 dan kajian dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu dari tahun 2003 hingga 2009 serta mengkaji faktor-faktor berlakunya khuluk dalam kalangan masyarakat di daerah Kota Bharu. Penyelidik telah menggunakan kaedah kajian berdasarkan kajian perpustakaan dan kajian lapangan yang dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu dengan menemubual pegawai-pegawai di institusi berkenaan. Berdasarkan kajian yang dijalankan, dapat menjelaskan prinsip khuluk dalam hukum syarak dan juga bidang kuasa khuluk dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002. Statistik kes khuluk yang berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan sepanjang tempoh tujuh tahun tersebut hanya lima kes sahaja dicatatkan. Kajian juga mendapati, lafaz khuluk turut boleh dituntut sekiranya taklik khuluk yang disertakan di dalam akad nikah dilanggar dan ketika perceraian dilakukan dalam keadaan perempuan haidh. Melalui analisis data statistik kes-kes khuluk dari tahun 2003 hingga 2009 yang berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, tuntutan khuluk dari pihak isteri merupakan antara kes terpencil. Bagaimanapun kes-kes perceraian yang melibatkan tuntutan taklik khuluk dan pasangan yang bercerai dengan tebus talak dalam keadaan haidh adalah agak tinggi. Kajian ini juga mendapati faktor utama menyebabkan berlakunya khuluk dalam kalangan masyarakat di daerah Kota Bharu adalah disebabkan oleh ketidaksefahaman antara pasangan. Di akhir kajian, beberapa cadangan dan kajian lanjutan telah dikemukakan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

vii ABSTRACT This study is a descriptive study that is conducted to analyze the khul of the legal principles of Islamic law and the jurisdiction of khul of Kelantan Islamic Family Law Enactment 2002. Besides that, this study also analyzes the cases of khul in the Subordinate Court Kota Bharu from 2003 to 2009 and to examine the factors of khul occur in the society of Kota Bharu s district. The researcher has used methods based on literature review and also field studies. The field study was conducted at the Syariah Subordinate Court Kota Bharu by interview the officers at these institutions. Based on the study, it can be explain that khul principles in Islamic law and also explain the khul in the jurisdiction of the Islamic Family Law Enactment 2002. From the statistic, only five cases are listed during the past seven years from 2003 to 2009. The study also found that the khul can be claimed if the attachment is included in akad nikah is broken and where the divorce is done in period time of the woman who claim to divorce. Through analysis of the data performed on cases of statistic in khul from year 2003 to 2009 which occurred in Kota Bharu Syariah Subordinate Court, the claim from wife's side is a rarely cases. However, the cases of divorce involving claims attachment khul ' and the couple divorced in the state of period time is quite high. From the case study, it also found that the main factor causing the khul in the society of Kota Bharu district is caused of misunderstanding between the couple. At the end of this study, a few recommendations were made and extension of the study was suggested for future consideration.

viii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN PENYELIDIK DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI CARTA ALIR SENARAI STATUT SENARAI KES SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN ii iii iv vi vii viii xiii xiv xv xvi xviii xix

ix 1 PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 8 1.7 Batasan dan Skop Kajian 8 1.8 Definisi Istilah 9 1.8.1 Khuluk 9 1.8.2 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002 10 1.8.2.1 Enakmen 10 1.8.2.2 Undang-undang 10 1.8.2.3 Keluarga 11 1.8.2.4 Islam 11 1.8.3 Mahkamah Syariah 12 1.8.3.1 Mahkamah 12 1.8.3.2 Syariah 12 1.9 Penutup 13 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 14 2.2 Undang-undang Keluarga Islam 15 2.3 Pembubaran Perkahwinan 16 2.4 Pembubaran Perkahwinan Melalui Khuluk 17 2.5 Pengertian Khuluk 20 2.5.1 Dari Segi Bahasa 20 2.5.2 Dari Segi Istilah Syarak 21 2.6 Asas dan Dalil Pensyariatan Hukum Khuluk 23

x 2.6.1 Dalil Menurut al-quran 23 2.6.2 Dalil Menurut al-sunnah 26 2.6.3 Dalil Menurut Ijmak 27 2.7 Sebab-sebab yang Mengharuskan Khuluk 28 2.8 Rukun-rukun Khuluk 31 2.9 Kesan Hukum Khuluk 36 2.10 Kedudukan Khuluk 37 2.10.1 Khuluk adalah Talak 37 2.10.2 Khuluk adalah Fasakh 38 2.11 Tempat Berlangsungnya Khuluk 39 2.12 Waktu Berlaku Khuluk 41 2.13 Iddah Bagi Wanita Khuluk 42 2.14 Bidang Kuasa Mahkamah Rendah Syariah 44 2.14.1 Bidang Kuasa Khuluk di Dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002 (En. 6/2002). 45 2.15 Prosedur Khuluk di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu 51 2.16 Perceraian Khuluk bukan di bawah Permohonan Khuluk Pada Asalnya. 54 2.17 Kajian Lepas 56 2.18 Penutup 58 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan 59 3.2 Rekabentuk Kajian 60 3.2.1 Penentuan Subjek 61 3.3 Tempat Kajian 61 3.4 Pengumpulan Data 61 3.4.1 Kajian Dokumentasi 63

xi 3.4.2 Kajian Perpustakaan 64 3.4.3 Kajian Lapangan 65 3.5 Analisis Data 66 3.5.1 Pendekatan Induktif 66 3.5.2 Pendekatan Deduktif 67 3.5.3 Kaedah Komparatif 67 3.6 Penutup 68 4 ANALISIS DATA 4.1 Pendahuluan 69 4.2 Analisis Data 70 4.3 Faktor-faktor Perceraian Khuluk dalam Kalangan Masyarakat di Daerah Kota Bharu 75 4.3.1 Tiada Persefahaman 75 4.3.2 Berlaku Poligami dan Suami Tidak Bertanggungjawab 76 4.3.3 Menyakiti Tubuh Badan serta Tidak Tahan Lagi Hidup Bersama 77 4.3.4 Sering Berlaku Pertelingkahan dan Sukar untuk dibawa Berbincang 78 4.4 Penutup 79 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan 81 5.2 Perbincangan 82 5.3 Rumusan 83 5.4 Cadangan 86 5.4.1 Cadangan Kepada Individu 86

xii 5.4.2 Cadangan Kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) 87 5.4.3 Cadangan Kepada Mahkamah Rendah Syariah 88 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 89 5.6 Penutup 89 BIBLIOGRAFI 90 LAMPIRAN

xiii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN Jadual 1 Statistik Khuluk/Tebus Talak di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu dari tahun 2003-2009 70 Jadual 2 ` Statistik Khuluk/Tebus Talak di Negeri Kelantan mengikut Jajahan/Daerah dari Tahun 2003-2009 72.

xiv SENARAI CARTA ALIR NO. CARTA ALIR TAJUK HALAMAN Carta Alir 1 Prosedur Perceraian Khuluk di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan 53

xv SENARAI STATUT 1. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002 (En. 6/2002) (Kn. P.U. 25/2003). 2. Undang-undang Pentadbiran Hukum Syarak

xvi SENARAI KES 1. Che Salbiah bt Daud lwn. Mohd Nazri b Ismail, (Kes Mal Bil. 03001-056-161-2009), Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan. 2. Fuzita bt. Ahmad lwn. Ramlie b. Latiff, (Kes Mal Bil. 266/95), Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru, (2000) Jurnal Syariah, 8:2 (JS 8). 3. Nurul Huda Abdullah lwn. Yusnaidi bin Yusoff, (Kes Mal Bil. 03001-055-0406-2008), Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan. 4. Mariam lwn Setapa, (1981)3 Jurnal Hukum 84 (JH 84). 5. Roslina Mohamed lwn. Wan Fadri Sham Wan Hamid (Kes Mal Bil. 03001-055-0618-2006), Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan.

xvii 6. Maimun bte Mohd. Hussain lwn. Mohd Affandi bin Haji Yusoff, (Kes Mal Bil. 03001-056-1234-2008), Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan. 7. Balqis Fatima lwn. Najm-al-Ikram Qureshi, (PLD 1959 Lah. 366), Mahkamah Tinggi Lahore, Pakistan. 8.Khursyid Bibi lwn. Muhammad Amin (PLD 1967 S.C.7), Mahkamah Tinggi Lahore, Pakistan.

xviii SENARAI SINGKATAN Bil. - Bilangan En. - Enakmen IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia JH - Jurnal Hukum JS - Jurnal Syariah Kg. - Kampung Lwn. - Lawan MAIK - Majlis Agama Islam Kelantan MRS - Mahkamah Rendah Syariah PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah r.a. - Radiallahu anhu RM - Ringgit Malaysia SAW - Sallallahu alaihi Wasallam Sdn. Bhd. - Sendirian Berhad SWT - Subhanahu Wa Ta ala t.t. - Tiada tahun UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia UM - Universiti Malaya UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xix SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A B C D E TAJUK Surat Permohonan Membuat Tugasan Projek Sarjana Muda (PSM) Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat Surat ke Mahkamah Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat di Perpustakaan Utama, Universiti Malaya Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat di Perpustakaan Undang-undang Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim, Universiti Malaya

1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan Perkahwinan disyariatkan dalam Islam untuk memenuhi tuntutan fitrah manusia kerana naluri semulajadi manusia itu mempunyai keinginan untuk mempunyai pasangan dan hidup berkeluarga. Ini sebagaimana firman Allah SWT: Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Surah ar-rum, 30: 21)

2 Melalui institusi perkahwinan inilah manusia dapat menjana kehidupan ke arah melahirkan zuriat. Zuriat ialah anak-anak yang diibaratkan sebagai permata yang menyinari hidup pasangan yang berkeluarga disamping menjalani kehidupan sebagai hamba Allah SWT. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan dengan wujudnya ikatan perkahwinan, iaitu ikatan yang mengikat hubungan antara lelaki dan perempuan yang halal dan sah dari sudut syarak, maka perkara yang kontra dengannya juga wujud. Perkara ini ialah terputusnya ikatan tersebut melalui cara yang sah dari segi syarak sama ada melalui perpisahan atau perceraian antara suami isteri iaitu berlakunya pembubaran ikatan perkahwinan yang telah dibina. Ini menunjukkan syumulnya perundangan Islam ini tidak hanya pada sudut atau lapangan tertentu sahaja. Tetapi ianya merangkumi semua sudut dan aspek dalam kehidupan manusia. Melalui ikatan perkahwinan, Islam juga bukan sahaja memberikan jalan dan peraturan berkenaan dengan pernikahan sahaja, akan tetapi turut memberi garis panduan tentang pembubaran ikatan tersebut. Ia adalah melalui perceraian seperti talak, taklik, fasakh, khuluk dan sebagainya. Keadaan ini pada pandangan rasionalnya bukanlah bermakna Islam menggalakkan berlakunya perceraian antara pasangan suami isteri. Tetapi garis panduan ini diberikan sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pasangan yang berkahwin dan telah berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka, akan tetapi tidak dapat tidak, jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan melalui perceraian. Ini adalah supaya masing-masing dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Melalui keterangan ini, dapat disimpulkan bahawa perceraian adalah merupakan jalan terakhir yang boleh diambil bagi pasangan suami isteri yang bermasalah sekiranya itulah penyelesaian terbaik dalam menangani konflik yang timbul dalam rumahtangga.

3 Perceraian tidak digalakkan dalam kalangan umat Islam disebabkan implikasi dan kesan negatif yang akan timbul melaluinya. Ini kerana ia akan memberi kesan kepada pasangan suami isteri itu sendiri, anak-anak, keluarga dan masyarakat umumnya. Ia juga merupakan perkara halal yang paling dibenci oleh Allah SWT. Ini sebagaimana hadis (Abu Daud, 1994: 1863): عن إبن عمر رضى اهلل عنها قال, قال رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم: أب غ أض ا ل أ ال أل إ أ ل اهلل أ عز أ و أ جل الط ال أق Ertinya: Yang paling dibenci oleh Allah dari yang halal ialah talak. (HR Abu Daud: 1863) Islam menganjurkan supaya suami isteri terlebih dahulu berusaha untuk memperbaiki hubungan suami isteri dan sekiranya telah tidak dapat lagi untuk mencipta bahagia sebagaimana sepatutnya sebagai suami isteri dan akan semakin memburukkan lagi keadaan yang telah kritikal sebelum ini, maka digalakkan bagi pasangan tersebut untuk memilih penyelesaian terhadap permasalahan mereka dengan perceraian. Menurut perundangan Islam, hak menjatuhkan talak adalah pada tangan suami. Sulaiman Endut (1999: 126) menyatakan talak akan jatuh dengan lafaz cerai yang dikeluarkan oleh suami terhadap isterinya walaupun di mana mereka berada sama ada dilafazkan dengan talak satu, dua atau tiga. Walau bagaimanapun terjadi juga beberapa perkara yang menyebabkan berlaku hal yang sebaliknya iaitu perceraian oleh pihak isteri. Perceraian oleh pihak isteri ini bukanlah bermakna hak talak itu telah beralih daripada suami kepada isteri. Akan tetapi ia boleh dituntut oleh isteri daripada pihak suami kerana dalam soal nikah dan cerai, wanita Islam berhak menentukan pilihan yang terbaik buat mereka terutamanya jika mereka teraniaya. Mereka mempunyai tiga pilihan

4 untuk membubarkan perkahwinan iaitu bercerai secara taklik, khuluk dan fasakh (Utusan Malaysia, 2 Mac 2010). Hal ini menunjukkan wanita juga berhak ke atas dirinya sendiri sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini di dalam perkahwinan yang tidak dapat tidak, perpisahan adalah penyelesaian yang terbaik bagi mereka. 1.2 Latar Belakang Masalah Pada asasnya suami mempunyai kuasa mutlak untuk menceraikan isterinya melalui cara talak. Dengan sabitan cerai daripada suami terhadap isterinya akan jatuhlah talak tersebut. Seorang suami berkuasa menceraikan isteri sama ada dengan mempunyai sebab atau tanpa sebarang sebab kerana ia adalah hak milik lelaki dan turut dikatakan juga isteri itu adalah sebagai aset bagi suami. Talak ini juga boleh dilakukan tanpa adanya campurtangan daripada pihak lain seperti Mahkamah dan juga ia tidak memerlukan pada persetujuan daripada isterinya. Bagaimanapun, Islam juga turut memberi hak kepada isteri dalam membubarkan perkahwinannya. Ia boleh dilakukan melalui beberapa cara atau jalan iaitu khuluk, taklik dan fasakh. Ini bermakna kedua-dua suami dan isteri mempunyai hak masing-masing dalam membubarkan perkahwinan mereka dengan cara yang pelbagai dan tersendiri. Ia juga adalah mengikut sebagaimana yang telah ditetapkan oleh hukum syarak. Akan tetapi, hak yang diberikan kepada isteri untuk membuat tuntutan terhadap pembubaran perkahwinan memerlukan sebab-sebab tertentu dan disertakan dengan elemen-elemen sampingan yang lain seperti bayaran tebus atas pembubaran tersebut. Seperti yang dapat dilihat melalui khuluk yang memerlukan persetujuan daripada pihak suami dan isteri pula dikehendaki membayar kepada suaminya suatu bayaran bagi tuntutan tersebut (Raihanah Abdullah, 1997: 52).

5 Akan tetapi, dalam masyarakat di Malaysia ini, sebenarnya masih ramai lagi para isteri yang tidak menyedari akan hak mereka sebagai isteri sekiranya berlaku sebarang perkara yang boleh digunakan oleh mereka untuk menuntut cerai daripada suami. Ini kerana sekiranya tindakan suami yang tidak mahu menceraikan mereka dengan cara talak, mereka sebenarnya boleh menuntut cerai melalui cara khuluk atau tebus talak. Menurut Zainal Azhar Mohamed, laporan daripada akhbar yang menyatakan alasan Siti Nor Hanim Aziz, 25, ibu mangsa dera, Allahyarham Syafiah Humairah Sahari, 3 yang mendakwa bahawa suami yang tidak mahu melepaskannya menyebabkan dia bersekedudukan dengan suspek yang mendera dan membunuh anaknya. Fenomena ini menunjukkan gambaran bahawa masih ramai lagi wanita yang tidak tahu tentang hak mereka dalam soal nikah dan cerai (Utusan Malaysia, 2 Mac 2010). Melalui fenomena ini menunjukkan bahawa seorang perempuan yang masih bergelar isteri telah bersekedudukan dengan lelaki asing yang bukan suaminya sedangkan dia mempunyai hak untuk menuntut perceraian sebagai isteri sebagaimana disebutkan seperti khuluk. Ini kerana seseorang isteri itu boleh memohon untuk bercerai dengan sebab-sebab tertentu yang wujud dalam perkahwinan dengan suaminya yang boleh dijadikan sebagai alasan kukuh untuk membubarkan perkahwinan. Perceraian khuluk sememangnya telah ditetapkan di dalam hukum syarak dan tuntutan ia juga sebenarnya turut terkandung di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan diuruskan sebagaimana mengikut peruntukan di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam mengikut negeri masing-masing.

6 1.3 Pernyataan Masalah Merujuk pada apa yang dikemukakan, penyelidik merasakan perlu suatu kajian dijalankan berkaitan dengan khuluk atau perceraian tebus talak dengan melihatnya di dalam hukum syarak serta bidang kuasanya di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002 (En. 6/2002). Selain itu, ia juga bagi melihat statistik kes khuluk di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan dan faktor-faktor berlakunya kes khuluk dalam kalangan masyarakat di daerah Kota Bharu, Kelantan. Walaupun ianya hanya merupakan perceraian yang digolongkan dalam kes terpencil, akan tetapi hukum syarak menetapkan peraturan-peraturan tertentu yang perlu dipatuhi sekiranya ingin mengajukan perceraian khuluk. Apa yang jelas juga, pengetahuan berkenaan dengan perceraian khuluk sebenarnya masih asing lagi bagi kalangan kebanyakan wanita terutamanya pihak isteri. Mereka ini tidak mengetahui secara mendalam hak mereka dan apa tindakan berpatutan perlu mereka ambil sekiranya mereka berhadapan dengan sesuatu masalah yang signifikan dengan tuntutan perceraian dengan cara khuluk. Jadi dengan pendedahan ini akan memberi peluang kepada mereka bagi membela serta mempertahankan diri mereka kerana ianya sendiri tertulis dalam peruntukan sebagaimana di dalam Enakmen Undangundang Keluarga Islam. Oleh itu, kajian ini adalah untuk melihat khuluk dengan memberi tumpuan kepada prinsip khuluk dalam hukum syarak, bidang kuasa khuluk dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002 (En. 6/2002). Selain itu, tumpuan juga turut diberikan kepada statistik kes khuluk serta fail kes-kes khuluk di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan dari tahun 2003 hingga 2009 dan juga faktor-faktor menyebabkan berlakunya khuluk dalam kalangan masyarakat di daerah Kota Bharu.

7 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1.4.1 Menganalisis prinsip khuluk dalam hukum syarak. 1.4.2 Mengkaji bidang kuasa khuluk yang terdapat di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002 (En. 6/2002). 1.4.3 Menganalisis statistik kes-kes khuluk di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan dari tahun 2003 hingga 2009. 1.4.4 Mengkaji faktor-faktor berlakunya khuluk dalam kalangan masyarakat di daerah Kota Bharu. 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan kepada objektif, persoalan kajian yang akan dikaji ialah: 1.5.1 Apakah kedudukan khuluk dalam hukum syarak? 1.5.2 Apakah peruntukan bidang kuasa khuluk dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002 (En. 6/2002)? 1.5.3 Apakah bentuk statistik kes-kes khuluk di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan dari tahun 2003 hingga 2009.

8 1.5.4 Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perceraian khuluk dalam kalangan masyarakat di daerah Kota Bharu?