PERINTAH ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH: SOROTAN KES ABDUL KAHAR B. AHMAD

Similar documents
KONSEP KAJIAN AMALAN ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH DI MALAYSIA DARI ASPEK SOSIO PERUNDANGAN

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PENGGUNAAN MODUL ISTITABAH DALAM MENGENDALIKAN KESALAHAN AKIDAH DI SELANGOR

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PENDEKATAN ISTITABAH MELALUI RUNDING CARA AKIDAH DI JABATAN MUFTI SELANGOR DAN PERMASALAHAN BERKAITAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

HISBAH PARAMETERS IN SYARIAH CRIMINAL LEGISLATIVE FRAMEWORK IN MALAYSIA: OVERVIEW OF PREVENTION OF KHALWAT (CLOSE PROXIMITY) CRIMINAL OFFENSES

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

THE PROPOGATION OF DOCTRINE OF DEVIANT RELIGIOUS TEACHINGS IN THE CYBER NET

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

Jasri Jarnal Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasnizam Hashim' Universiti Sains Islam Malaysia. Abstrak

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

BUTIRAN PERIBADI

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

KEDUDUKAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG- UNDANG DAN PERUNDANGAN JENAYAH DI MALAYSIA

ISU KUTIPAN ZAKAT TANPA KEBENARAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF PERUNDANGAN SYARIAH

ANALISIS PERBANDINGAN KESALAHAN DAN HUKUMAN BERKAITAN DENGAN ZAKAT DALAM ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

QAZAF DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: SUATU ANALISIS SEMASA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

SEMAKAN KEHAKIMAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA: ULASAN LITERATUR

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

SEMINAR PEBANDINGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972 DAN AKTA PELINDUNGAN PERMBERI MAKLUMAT 2010.

HAK UNTUK MEMILIH AGAMA ANUTAN MENURUT PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

Jurnal Hadhari 10 (2) (2018) ejournals.ukm.my/jhadhari ISSN eissn

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

HISTORICAL ACCOUNTS ON THE REASONS FOR THE BANNING OF

Transcription:

PERINTAH ISTITABAH BAGI KESALAHAN AKIDAH: SOROTAN KES ABDUL KAHAR B. AHMAD Zanariah Dimon 1, Nurzatil Ismah Azizan 1, Nazneen Ismail 1, Hamidi Abd. Ghani 2, Zulqarnain Hassan 2, Nordin Mat Piah 2, Mohd Ramizu Abdullah @ Zakaria 2 & Nurulfathonah Mohd Effendy 3 zanariah@kuis.edu.my 1 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 2 Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) 3 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Abstrak Negara pernah digemparkan dengan kes ajaran sesat Abdul Kahar Ahmad atau lebih dikenali dengan gelaran Rasul Melayu. Abdul Kahar Ahmad telah disabitkan kesalahan atas lima pertuduhan berhubung ajaran sesat dan dikenakan hukuman keseluruhan denda sebanyak RM16,500, penjara selama 10 tahun dan enam kali sebatan. Abdul Kahar juga diperintahkan menjalani pemulihan akidah atau istitabah di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Ulu Yam, Selangor selama tempoh enam bulan bagi tujuan bertaubat dan kembali kepada Islam. Istitabah merupakan satu anjuran atau proses memberi peluang untuk bertaubat bagi mereka yang melakukan kesalahan berkaitan akidah seperti ajaran sesat, doktrin palsu dan kesalahan yang berkait dengan murtad dan percubaan murtad. Oleh itu, artikel ini bertujuan membuat sorotan terhadap proses istitabah yang dilaksanakan terhadap Abdul Kahar. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif. Data kajian diperolehi menerusi metode dokumentasi dan temubual dengan cara menganalisis dokumen berkaitan profil kes, modul pemulihan yang dijalankan di pusat pemulihan tersebut dan kesannya terhadap subjek kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa istitabah perlu digunakan dalam menangani kesalahan akidah yang semakin menular di Malaysia kini. Kaedah ini dapat mempertahankan kesucian agama dan mengembalikan pesalah yang terlibat dengan kesalahan akidah bertaubat dan kembali kepada Islam seperti dalam kes Abdul Kahar ini. Kata kunci: istitabah, kesalahan akidah, Abdul Kahar b. Ahmad 1.0 PENGENALAN Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada perintah istitabah atau pemulihan akidah yang dilaksanakan dalam kes-kes melibatkan kesalahan akidah khususnya sorotan terhadap kes Abdul Kahar b. Ahmad yang mendakwa sebagai Rasul Melayu. Perkataan istitabah membawa erti satu prosedur rasmi yang digunakan sebelum seseorang itu akan dijatuhkan hukum had riddah (Wan Mohd Fazrul et al. 2013: 59). Ia merupakan satu anjuran atau proses memberi peluang untuk bertaubat bagi mereka yang melakukan kesalahan dari segi syarak. Selain itu, pendekatan istitabah yang dijalankan adalah berbentuk rundingan dan khidmat nasihat akidah kepada pemohon untuk kembali menerima Islam sebagai agama dalam hidup (Ashikin et. al 2017: 23). Manakala, kesalahan akidah yang dimaksudkan ialah kesalahan yang berkait penyelewengan ajaran Islam yang bertentangan dengan syariat seperti ajaran sesat, doktrin palsu dan kesalahan yang berkait dengan murtad dan percubaan murtad. Rentetan itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti proses istitabah atau pemulihan akidah yang telah ditetapkan terhadap mereka yang terlibat dalam kesalahan akidah. 66

Proceeding of 2nd International Conference on Law, Economics and Education (ICONLEE) eisbn: 978-967-2122-17-3 13th -14th December 2017, Grand Bluewave Hotel Shah Alam, Malaysia. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Persoalan akidah bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan kerana ia berkait maqasid shari`ah iaitu dalam aspek penjagaan agama (hifz al-din). Gejala kerosakan akidah seperti ajaran salah yang sentiasa berkembang dan menular saban hari perlu dipandang serius dalam usaha memelihara akidah umat. Kes-kes ajaran salah dan doktrin palsu seperti Tarikat Naqsyabandiyyah, Ajaran Ayah Pin, Golongan Anti Hadis serta kes-kes murtad seperti Azlina Jailani @ Lina Joy (1997), Kamariah Ali (1999) dan Fatimah Tan (2016) menunjukkan kerosakan akidah sudah menjadi polemik yang membimbangkan dan memberi cabaran besar kepada umat Islam. Lazimnya, fokus kajian tertumpu kepada isu-isu pendakwaan dan penguatkuasaan kesalahan akidah. Ini kerana mereka yang terlibat dengan ajaran salah dan percubaan keluar agama ini boleh didakwa melalui pelbagai peruntukan enakmen jenayah syariah walaupun hukumannya terlalu ringan berbanding dengan kemudaratannya kepada orang Islam. Kesalahan akidah termasuklah penyebaran ajaran sesat dan ajaran yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ajaran sesat adalah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran atau amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada ajaran Islam yang berdasarkan al-quran dan hadis serta bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wa Jamaah. Berdasarkan penakrifan tersebut jelas dapat dilihat bahawa golongan yang mengamalkan ajaran sesat itu murtad dan hanya amalan atau ajaran yang diamalkan oleh mereka telah menyimpang. Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (2009: 1-26) telah menghimpunkan beberapa ajaran sesat yang melibatkan akidah Islam, antaranya Tarekat Mufarridah, Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiah Kadirun Yahya, ajaran Hassan Anak Rimau, Kumpulan Qadiani atau Ahmadiah, ajaran Bahai, al-arqam, Syiah, Tariqat Naqsyabandiah al-aliyyah Syeikh Nazim al-haqqani, Wahdatul Wujud, kumpulan Black Metal dan ajaran Azhar bin Wahab. Menurut Mohd Aizam (2015: 64), pada akhir tahun 1999 jumlah ajaran sesat yang telah dilaporkan ke Jabatan Agama Islam di seluruh Malaysia menjangkau lebih 100 ajaran. Dato Seri Jamil Khir Baharom dalam penyata rasmi Parlimen (2012: 24) menyatakan bahawa pada tahun 2011 sebanyak lapan ajaran sesat yang masih aktif berbanding tahun 2010 sebanyak 10 ajaran sesat. Justeru itu ia menunjukkan bahawa penguatkuasaan undang-undang dapat dilaksanakan dengan baik. Dalam tempoh tahun 2007 sehingga 2011, sebanyak 87 tangkapan berkaitan dengan kesalahan ajaran sesat di seluruh negara yang telah dilaksanakan. Tangkapan ini merupakan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri yang terlibat. Antara kesalahan yang dilakukan oleh ajaran-ajaran tersebut adalah pemujaan salah, doktrin palsu, mengembangkan doktrin agama, perbuatan dan perkataan murtad, subahat dan percubaan murtad dan dakwaan palsu. Antara ajaran yang diambil tindakan ialah ketua dan pengikut kumpulan al-arqam yang ditangkap secara beramai-ramai pada tahun 1995. Mereka didakwa terlibat dengan ajaran sesat melalui amalan Aurad Muhammadiyah. Mereka dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan diletakkan di Kem Tahanan Kamunting (Mohd Aizam 2015: 100). Antara tindakan yang dikenakan terhadap mereka ialah mengadakan siri pemulihan akidah, tetapi tidak dihadiri sepenuhnya oleh pengikut tegarnya. Antara tahun 1994 sehingga 1998 kerajaan telah mengadakan 29 siri kursus pemulihan terhadap bekas pengikut al-arqam seramai 2152 orang (Mohd Aizam 2015: 100). Menurut Siti Zubaidah (2010: 251), terdapat pengikutnya yang menulis pengalaman bersama kumpulan terbabit dengan mendedahkan kebenaran tentang Ashaari Muhammad beserta kaum keluarganya. Malah ada juga yang cuba menghidupkannya kembali atas nama lain 67

Perintah Istitabah Bagi Kesalahan Akidah: Sorotan Kes Abdul Kahar B. Ahmad seperti syarikat berkaitan perniagaan yang dinamakan sebagai Syarikat Rufaqa Corporation Sdn. Bhd (SRC). Tindakan yang dikenakan ke atas mereka yang terlibat dalam kesalahan akidah ini mendapat respon yang pelbagai khususnya daripada gerakan yang cenderung kepada fahaman liberal. Kumpulan ini mengemukakan pelbagai bantahan atas slogan hak kebebasan beragama dan hak asasi manusia khususnya bagi masyarakat Muslim. Antaranya, Islam Interfaith Commision (IRF) atau Inter Religious Centre (IFC), Kumpulan Artikel 11, Sister in Islam (SIS), Jaringan Islam Liberal (JIL) dan lain-lain. Mereka berpandangan para penganut agama Islam perlu diberi kebebasan beragama dan beramal mengikut kehendak tersendiri (Nazneen et al. 2017: 16). Malah terdapat usaha yang telah dilaksanakan oleh Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) dengan mengusulkan laporan COMANGO 2013 untuk semakan kedudukan Hak Asasi Manusia (HAM) di Malaysia kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) dalam sesi penerimaan muktamad Semakan Berkala Sejagat di Geneva, Switzerland pada tahun 2013. Antara kenyataan yang melibatkan penganut agama Islam dalam laporan tersebut adalah (COMANGO 2013: 48-51): 10.1.5. In 2011 the Selangor Islamic Religious Department (JAIS) raided Damansara Utama Methodist Church (DUMC) after receiving an anonymous tip that Muslims were attending a proselytization event; 10.1.6. There is no freedom of religion for Muslims of other sects as only the Sunni sect is permitted. Other Muslim sects, e.g., Shiite, are labelled as deviant and actions may be taken against them; and 10.1.9. The Malay translation of Allah, Liberty & Love was banned by the Home Minister. Religious officials arrested a Muslim bookstore manager and a Muslim director of a publishing house for distributing a publication contrary to Syariah law. Both have now been charged in the Syariah court. Daripada sejumlah isu dan kes yang berlaku ini, ia memberi gambaran bahawa kesalahan akidah telah memberikan impak terhadap sosio perundangan di Malaysia. Justeru, tumpuan perlu diperkasakan terhadap mekanisme pengawalan dan pencegahan agar garis panduan yang jelas dan seragam dapat disediakan dalam berhadapan dengan fenomena ini. Berdasarkan amalan sedia ada, terdapat perbezaan keputusan mahkamah dalam berhadapan dengan kesalahan akidah iaitu sama ada pesalah dikenakan hukuman berbentuk denda, penjara atau sebatan atau dikenakan istitabah melalui kaedah ditahan di pusat pemulihan, melalui proses kaunseling atau tiada proses pemulihan dikenakan. Perkembangan kes Abdul Kahar Ahmad atau Rasul Melayu (2009), penubuhan pusat pemulihan akidah dan usul undang-undang rehabilitasi bagi kesalahan akidah di Perlis (2000) telah menimbulkan persoalan tentang bagaimana bentuk amalan perintah taubat bagi tujuan pemulihan akidah (istitabah) bagi mengawal gejala kerosakan akidah ini dilaksanakan peringkat negeri? Adakah ia menjadi prosedur yang standard kepada semua kes-kes kesalahan akidah di peringkat negeri terutamanya yang melibatkan permohonan keluar agama Islam? dan bagaimanakah modul pemulihan yang dilaksanakan bagi proses tersebut? Oleh itu, kertas kerja ini akan memfokuskan kepada pendekatan yang digunakan dalam proses istitabah dengan mengambilkira pelaksanaannya dalam kes Abdul Kahar b. Ahmad. 68

Proceeding of 2nd International Conference on Law, Economics and Education (ICONLEE) eisbn: 978-967-2122-17-3 13th -14th December 2017, Grand Bluewave Hotel Shah Alam, Malaysia. 3.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini adalah berkenaan dengan perintah istitabah bagi kesalahan akidah di Malaysia dengan membuat sorotan dalam kes Abdul Kahar b. Ahmad yang telah disabitkan kesalahan atas lima pertuduhan kesalahan akidah. Oleh itu bagi mencapai objektif kajian, pengkaji memilih reka bentuk kualitatif. Data dipungut melalui kaedah temu bual separa struktur bersama Penguasa Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam Bharu, Selangor. Selain itu, analisis dokumen turut dijalankan seperti kes-kes, kajian lepas dan sebagainya. 4.0 HASIL DAPATAN KAJIAN 4.1 Kesalahan Akidah dalam Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia. Kesalahan akidah secara amnya adalah tertumpu pada kesalahan-kesalahan yang mampu menggugat keimanan dan akidah seseorang kepada Allah s.w.t. Ia berkait dengan penyebaran ajaran dan amalan yang bertentangan dengan Islam. (Siti Zubaidah. 2017: 35). Berikut merupakan peruntukan kesalahan-kesalahan jenayah syariah negeri-negeri berhubung dengan penyelewengan akidah: 4.1.1 Pemujaan salah (Zubaidah 2010: 256); Seksyen 3 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (selepas ini Akta 559) menyebut: Mana-mana orang yang memuja alam semula jadi atau melakukan apa-apa perbuatan yang menunjukkan pemujaan atau rasa hormat kepada mana-mana orang, binatang, tempat atau benda dengan apa-apa cara yang menyalahi Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 4.1.2 Doktrin palsu (Zubaidah 2010: 256); Seksyen 4 menjelaskan: Mana-mana orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam dimana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam, adalah melakukan suatu kesalahan jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu berlawanan dengan Hukum Syarak atau manamana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan, dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. 4.1.3 Mengembangkan doktrin agama dsb (Zubaidah 2010: 257); Seksyen 5 menegaskan: Mana-mana orang yang mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama selain daripada doktrin atau kepercayaan agama Islam di kalangan orang yang beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 4.1.4 Dakwaan palsu (Zubaidah 2010: 257); Seksyen 6 menyebut: Mana-mana orang yang: 69

Perintah Istitabah Bagi Kesalahan Akidah: Sorotan Kes Abdul Kahar B. Ahmad (a) (b) mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain sebagai Rasul atau Nabi, Imam Mahadi atau wali; atau menyatakan atau mendakwa bahawa dia atau mana-mana orang lain mengetahui peristiwa atau perkara di luar pemahaman atau pengetahuan manusia, sedangkan perisytiharan, pernyataan atau dakwaan itu adalah palsu dan berlawanan dengan ajaran Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. 4.1.5 Menghina dan menyebabkan dipandang hina dll. agama Islam (Zubaidah 2010: 258); Seksyen 7 berbunyi: Mana-mana orang yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan apa-apa cara lain: (a) menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina; (b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam; atau (c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 4.1.6 Mengajar agama tanpa tauliah (Zubaidah 2010: 258); Seksyen 11 menyebut: Mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 96 Akta Pentadbiran adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. 4.1.7 Pendapat yang bertentangan dengan fatwa (Zubaidah 2010: 259); dan Seksyen 12 menegaskan: Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang ajaran Islam, Hukum Syarak atau apa-apa isu yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 4.1.8 Penerbitan yang bertentangan dengan Hukum Syarak (Zubaidah 2010: 260); Seksyen 13 Akta 559 menjelaskan: Mana-mana orang yang: (a) mencetak, menyiarkan, menerbitkan, merakamkan, mengedarkan atau dengan apa-apa cara lain menyebarkan apa-apa buku, risalah, dokumen atau apa-apa bentuk rakaman yang mengandungi apa-apa jua yang bertentangan dengan Hukum Syarak; atau (b) ada dalam miliknya apa-apa buku, risalah, dokumen atau rakaman sedemikian adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya. 70

Proceeding of 2nd International Conference on Law, Economics and Education (ICONLEE) eisbn: 978-967-2122-17-3 13th -14th December 2017, Grand Bluewave Hotel Shah Alam, Malaysia. 4.1.9 Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana buku, risalah, dokumen atau rakaman yang disebut dalam subseksyen (a) Dilucutkan hak dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan berkaitan dengan buku, risalah, dokumen atau rakaman itu. Zubaidah (2010: 261) mengatakan bahawa terdapat satu kesalahan yang tiada di negeri-negeri lain tetapi ada di Terengganu iaitu seksyen 15 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001, kesalahan memutarbelitkan ajaran dan hukum hakam agama Islam. Manakala Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, seksyen 93(1) yang melarang sesiapa sahaja daripada menganut, mengajar, memberi penerangan dan menyebar kepada orang lain dengan apa cara sekalipun atau melakukan apa-apa amalan atau upacara yang berupa ibadat yang bercanggah dengan Hukum Syarak atau mana-mana mazhab yang muktabar atau fatwa yang sah daripada Majlis, sama ada di rumahnya atau di lain-lain tempat dalam negeri Kelantan. Hakikatnya, isu jenayah syariah berkaitan akidah bukan perkara baru, malahan telah sekian lama menjadi kegusaran dalam kalangan umat Islam. Menurut Johana Mohd Taib. 2010: 132), peruntukan undang-undang sahaja tidak dapat menghalang kebanjiran gejala negatif yang bertujuan memesongkan akidah umat Islam ini daripada menular dalam kalangan masyarakat. Kemajuan pesat teknologi juga mempengaruhi dengan mudah penyebaran kesalahan akidah tersebut. Oleh itu, penyelewengan akidah ini perlu dibanteras dalam pelbagai bentuk dan tindakan meliputi undang-undang, penguatkuasaan fatwa dan proses pemulihan akidah atau istitabah kepada pesalah-pesalah yang telah disabitkan kesalahan di mahkamah syariah. 4.2 Perintah Istitabah Menurut Undang-undang. Maksud istitabah secara literalnya ialah memohon taubat atau menganjurkan bertaubat (Fazrul et al. 2015: 112; Fazrul et al. 2013: 58; Maizatul et al. t.th: 159). Apabila seseorang itu telah melakukan kesalahan atau mengingkari perintah Allah s.w.t, maka diwajibkan bertaubat diatas kesalahan tersebut dan kembali ke pangkal jalan. Konsep istitabah perlu digunakan dalam menangani kesalahan akidah yang semakin menular di Malaysia. Malah dapat mempertahankan kesucian agama Islam dan melindungi daripada mempengaruhi akidah umat Islam yang lain. Dalam penulisan Wan Mohd Fazrul et al. (2013: 58) istitabah berada dalam perbahasan mengenai masalah murtad dan sebelum perlaksanaan hukum had kepada golongan ini. Perkataan istitabah turut membawa erti lain iaitu satu prosedur rasmi yang digunakan sebelum seseorang itu akan dijatuhkan hukum had riddah (Wan Mohd Fazrul et al. 2013: 59). Istitabah merupakan satu anjuran atau proses memberi peluang untuk bertaubat bagi mereka yang melakukan kesalahan dari segi syarak. Selain itu, pendekatan istitabah yang dijalankan adalah berbentuk rundingan dan khidmat nasihat akidah kepada pemohon untuk kembali menerima Islam sebagai agama dalam hidup (Ashikin et al. 2017: 23). Menurut Fazrul et. al (2013: 63), istitabah bukan sahaja dapat mengelak kesan negatif dari segi moral pesalah bahkan dapat mengelak kesan negatif dari segi keagamaan, kekeluargaan, harta, psikologi dan lain-lain lagi. Dengan perlaksanaan istitabah dapat memberi peluang kepada pesalah untuk diterima semula oleh masyarakat. Malah dapat membanteras gejala ini daripada merebak ke dalam masyarakat yang semakin maju kehadapan. 71

Perintah Istitabah Bagi Kesalahan Akidah: Sorotan Kes Abdul Kahar B. Ahmad Istitabah sangat penting untuk memastikan seseorang yang terlibat dengan kesalahan akidah dan murtad kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Ini bertepatan dengan kaedah sadd al-dhara i` dalam membanteras gejala riddah dan penyelewengan akidah. Ini kerana perbuatan tersebut termasuk dalam penghinaan terhadap agama Islam. Istitabah dilaksanakan melalui perintah mahkamah. Pesalah yang terlibat dengan ajaran salah dan pengikut ajaran salah akan melalui proses pendakwaan di mahkamah dan jika didapati bersalah, dijatuhi hukuman penjara dan diwajibkan menjalani proses pemulihan akidah. Terdapat juga kesalahan yang berkait dengan ajaran selain Ahli Sunnah wa Jamaah telah dikenakan hukuman pemulihan iaitu ditahan di Pusat Bimbingan Akidah. Sepertimana dalam penulisan Zubaidah (2010: 268) berjudul Menangani Ajaran Sesat di Kalangan Umat Islam: Perspektif Undang-Undang dan Pentadbiran tentang kes di Selangor iaitu Pendakwa Syarie Selangor lwn. Abdul Kahar Ahmad (2014), pesalah berusia 72 tahun yang didapati bersalah atas lima kesalahan berkaitan ajaran salah, telah dihukum penjara selama sepuluh tahun, denda RM16,500 dan enam kali sebatan dan perlu menjalani proses pemulihan selepas dipenjarakan itu di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Ulu Yam Selangor. Beliau menjalani hukuman penjara terlebih dahulu di bawah kendalian Jabatan Penjara Malaysia dan selepas habis tempoh sepuluh (10) tahun, beliau dikehendaki menjalani proses pemulihan sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah syariah. Seterusnya di Kelantan, dalam penulisan Zubaidah (2010: 268) dengan kes Mohamed bin Ya dan Lain-Lain lwn Pendakwa Syarie Kelantan, lima orang tertuduh telah disabitkan atas kesalahan melakukan adat istiadat yang bertentangan dengan agama Islam. Mereka adalah pengikut ajaran Kumpulan Ratib Kuat Ayah Pin, sebuah kumpulan yang telah difatwakan haram di Kelantan ketika itu. Dalam rayuan mereka terhadap hukuman penjara, satu tahun, Mahkamah Rayuan telah mengubah hukuman berkenaan kepada berkelakuan baik selama tempoh tiga hingga lima tahun. Dalam tempoh berkenaan mahkamah telah mengarahkan agar mereka melaporkan diri kepada kadi jajahan tempat tinggal mereka untuk melafazkan taubat. Akan tetapi, disebabkan masalah pengurusan, ketidakselarasan arahan dan ketiadaan garis panduan taubat, maka taubat tersebut dikatakan tidak berjaya direalisasikan. Baru-baru ini Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengeluarkan Modul Istitabah bagi kesalahan akidah dan mencemar kesucian Islam di dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor tahun 1995 (MAIS 2017: 3) iaitu pemujaan salah (seksyen 4), mendakwa bukan orang Islam untuk mengelakkan tindakan (seksyen 5), takfir (seksyen 6), doktrin palsu (seksyen 7), dakwaan palsu (seksyen 8), mempersendakan ayat al-quran, hadis dan lain-lain (seksyen 9), menghina atau menyebabkan dipandang hina, dan lain-lain agama Islam (seksyen 10), memusnahkan atau mencemarkan tempat beribadat (seksyen 11) dan pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Tahun 2003 (seksyen 61(3)(x)). Menurut Mais (2017:3), teori yang digunakan dalam membangunkan modul istitabah adalah merujuk kepada Fiqh Islami dalam bab murtad dan istitabah bagi pesalah murtad, ilmu tasawuf, psikologi, alat pengukuran dan kaunseling syarie. Terdapat empat tahap pemulihan, antaranya saringan, rawatan dan pemulihan, pengukuhan dan sokongan. Berikut merupakan gambar rajah umum Model Istitabah Mais: 72

Proceeding of 2nd International Conference on Law, Economics and Education (ICONLEE) eisbn: 978-967-2122-17-3 13th -14th December 2017, Grand Bluewave Hotel Shah Alam, Malaysia. Rajah 1: Modul Istitabah Mais (Sumber: Mais 2017:4) Istitabah merupakan satu keperluan dalam membendung gejala murtad dalam kalangan masyarakat Malaysia. Modul yang mantap perlu digunakan bagi menyelamatkan akidah seseorang seperti kes Kahar yang mana pihak Mais telah membangunkan modul istitabah dan digunapakai kepada beliau. Namun begitu, masih terdapat beberapa negeri yang tidak mempunyai amalan istitabah yang khusus bagi kesalahan akidah walaupun terdapat hukuman kepada pesalah untuk menjalani Pusat Bimbingan Islam (PBI). Oleh itu, para pengkaji perlu membuat kajian lanjut bagi mengetahui prosedur atau inisiatif yang diambil bagi menyelamatkan akidah seseorang bagi setiap negeri sebelum, semasa dan selepas perbicaraan. 4.3 Pemulihan Akidah (Istitabah) Dalam Kes Abdul Kahar B. Ahmad Pada tahun 2009, apabila Abdul Kahar Ahmad yang lebih dikenali sebagai Rasul Melayu dibicara dan disabitkan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas pelbagai kesalahan berkenaan aktiviti beliau selama ini, masyarakat boleh merasa lega kerana satu lagi anasir yang mencetuskan kekeliruan akidah di kalangan umat Islam di negara ini khususnya di Selangor akhirnya berjaya dibanteras. Lima pertuduhan telah dikenakan dan Abdul Kahar telah mengaku salah di atas kelima-lima pertuduhan berkenaan iaitu kesalahan mengajar doktrin palsu, membuat dakwaan palsu dengan mengisytiharkan diri sebagai rasul, menghina agama Islam, mengingkari arahan pihak berkuasa agama dan memberi pendapat yang bertentangan dengan fatwa. Namun hakikatnya, usaha penyiasatan dan penangkapan beliau memakan masa yang panjang iaitu sejak sebelum tahun 2005 lagi, tahun di mana fail kes terhadapnya dibuka di Mahkamah Syariah Shah Alam. Fatwa status haram terhadap ajarannya iaitu Ajaran Salah Haji Kahar bin Haji Ahmad Jalal pula telah difatwakan pada 3 Januari 2007, manakala buku karangannya bertajuk al-furqaan-pembeda telahpun diharamkan di Selangor kerana menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. (Siti Zubaidah Ismail. 2010: 252) Abdul Kahar didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam [2009], JH. 29/1. 85). Dalam pendakwaan tersebut, Abdul Kahar yang berusia 72 tahun didapati bersalah atas lima kesalahan berkaitan ajaran salah, telah dihukum penjara selama sepuluh tahun, denda RM16,500 dan enam kali sebatan. Mahkamah Syariah juga telah memerintahkan pesalah 73

Perintah Istitabah Bagi Kesalahan Akidah: Sorotan Kes Abdul Kahar B. Ahmad agar pesalah dihantar ke Pusat Pemurnian Akidah, Baitul Iman, Hulu Yam Bharu, Selangor bagi mengikuti program pemulihan (Istitabah) selama tempoh enam bulan yang terakhir sebelum hukuman penjara tamat. Mengikut penghakiman hakim syarie, ini bermakna pesalah akan menjalani hukuman penjara biasa terlebih dahulu di bawah kendalian Jabatan Penjara Malaysia dan selepas habis tempoh sepuluh tahun baru menjalani proses pemulihan sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah syariah. Perintah istitabah mahkamah syariah dalam kes Abdul Kahar ini telah menimbulkan persoalan iaitu, bilakah pula proses taubat perlu dilakukan olehnya dengan pemantauan pihak berkuasa? Adakah memadai mendapatinya bersalah, tanpa memastikan yang beliau benarbenar telah insaf dan bertaubat? Jika begini keadaannya, timbul persoalan tentang keadaan beliau dalam penjara serta jangka hayatnya. Berkemungkinan (hanya kemungkinan) penyebaran ajaran boleh berlaku jika dia belum benar-benar insaf dan bertaubat atas kesalahannya. Apakah bentuk pemulihan yang bakal dilaluinya dalam tempoh pemenjaraannya? Jika dia menjalani proses kaunseling biasa dan menjalani kehidupan sebagaimana banduan lain, maka bagaimana kita dapat memastikan akidahnya telah diperbetulkan? Adalah lebih baik jika proses pemulihan akidah dijalankan terus di penjara dengan menugaskan pegawai agama sedia ada untuk mengendalikan pesalah sebegini atau dia diasingkan terus dari banduan lain dengan meletakkannya di blok khas untuk pesalah akidah. Di sinilah kerjasama di antara pihak mahkamah syariah dan Jabatan Penjara Malaysia serta institusi seperti jabatan agama Islam amatlah perlu bagi menyelaraskan perkara ini. (Siti Zubaidah Ismail. 2010). Dalam temubual yang dijalankan dengan Penguasa Pusat Pemurnian Baitul Iman, Abdul Kahar telah menjalani proses pemulihan melalui perintah istitabah oleh mahkamah syariah selama enam bulan di penjara Kajang tempat dia menjalani hukuman penjara hasil kerjasama yang diberikan oleh pihak penjara dan dikendalikan oleh Baitul Iman. Proses pemulihan Abdul Kahar yang dikendalikan oleh Baitul Iman melalui empat peringkat iaitu, proses saringan, proses rawatan Islam, proses pemulihan dan proses pengukuhan akidah. Keberkesanan proses pemulihan pesalah dinilai berdasarkan prestasi pesalah semasa menjalani setiap fasa pemulihan tersebut iaitu prestasi fasa pemulihan dan fasa pengukuhan akidah serta respon pesalah semasa sesi kaunseling. Rekod menunjukkan terdapat peenentangan dan sikap negatif di awal fasa tetapi mula menunjukkan rasa insaf dan mengakui kesalahan yang dilakukan di peringkat akhir fasa pemulihan. Hasil proses pemulihan yang dijalankan, Abdul Kahar didapati telah bertaubat melalui penilaian oleh pihak penjara dan para panel program melalui zahir perlakuan, pengakuan lisan, pengakuan bertulis dan penyesalan zahir beliau. Namun, program pemulihan daripada MAIS diteruskan di penjara dengan kekerapan satu sesi setiap minggu sehingga pembebasan Abdul Kahar (Ust. Azhar Ismail. Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman. 1 November 2017. 10 pagi). 5.0 RUMUSAN Berdasarkan perbincangan, didapati istitabah mempunyai hubungan langsung dalam pemeliharaan akidah masyarakat Muslim. Sebarang usaha untuk menyeleweng atau menukar agama perlu dikekang dan ditangani dengan cara memberi kesedaran akan kebenaran Islam. Perbezaan dalam penetapan prosedur istitabah perlu diperhalusi agar semua pihak berperanan untuk memelihara agama dan keharmonian masyarakat. Hasil proses pemulihan yang dijalankan, Abdul Kahar b. Ahmad telah membuat pengakuan dan ikrar bertaubat serta menzahirkan penyesalannya kerana terlibat dengan penyebaran ajaran sesat dan mendakwa sebagai Rasul Melayu. 74

Proceeding of 2nd International Conference on Law, Economics and Education (ICONLEE) eisbn: 978-967-2122-17-3 13th -14th December 2017, Grand Bluewave Hotel Shah Alam, Malaysia. 6.0 RUJUKAN Johana Mohd Taib. Et.al. 2010. Peruntukan Undang-undang Berkaitan Kesalahan Jenayah Akidah di Malaysia dalam Kesalahan Jenayah Akidah Menurut Kerangka Perundangan di Malaysia. Bangi: UKM. Mohd Aizam bin Maz od. 2015. Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Nazneen bt Ismail, Nurulfathonah bt Mohd Effendy, Kamal Azmi b Abd Rahman, Siti Saleha bt Salleh dan Indriaty bt Ismail. 2017. Isu Hak Kebebasan Beragama di Malaysia. ICLIJ 2017, Pusat Penyelidikan UKM di Langkawi. Nor Ashikin Md. Nasir dan Siti Zubaidah Ismail. 2017. Amalan Mahkamah Syariah Mengisytiharkan Status Agama dalam Kes Permohonan Keluar Islam: Kajian Kes di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan. Kanun, Januari 2017: 1-36. Siti Zubaidah Ismail. 2010: 252) Menangani Ajaran Sesat Di Kalangan Umat Islam: Perspektif Undang-undang dan Pentadbiran. Jurnal Syariah, Jil. 18, Bil. 2 (2010) 247-276 Siti Zubaidah Ismail. 2017.Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya Wan Mohd Fazrul Azdi, Mohd Rumaizuddin Musa, Azman Abd Rahman, Mohd Zaliridzal Zakaria dan Mohammad Fadzil Mat Yacob. 2013. Model Istitabah: Cadangan Konsep dan Pelaksanaannya dalam Intervensi Permasalahan Riddah Kontemporari di Malaysia. Jurnal al-abqari, Vol. 3, Universiti Sains Islam Malaysia: 57-71. Wan Mohd Fazrul Azdi, Kamaluddin Nurdin Marjuni, Mohd Rumaizuddin Musa, Azman Abd Rahman, Mohd Zaliridzal Zakaria dan Mohammad Fadzil Mat Yacob. 2015. Istitabah Model for Malaysia: A Preliminary Exposition. Ulum Islamiyyah Journal, Vol. 15, Jun 2015, Universiti Sains Islam Malaysia: 111-124. 75