Konsep Kepuasan Diri Menurut Al-Ghazali Dan Maslow: Satu Kajian Perbandingan

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Faktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

The Concept of Human Will According to Al-Ghazali and Abraham Maslow: A Comparative Study

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

TEORI MASLOW DAN KAITANNYA DENGAN KEHIDUPAN MUSLIM (Maslow s Theory and its Relation to Muslim s Life)

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK (Minggu 4)

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

AL-USWAH DALAM PENDIDIKAN KEROHANIAN : SATU PENDEKATAN OLEH BADIIUZZAMAN SAID AL-NURSI. Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia.

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

AL-GHAZALI S AND MASLOW S APPROACHES IN RESOLVING THE CONFLICT OF HUMAN S LIFE NECESSITIES

BAB PERTAMA PENDAHULUAN

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pembinaan Konsep Kendiri dari Perspektif Barat dan Islam

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

MUD FLOOD AS A SUITABLE MATERIAL FOR SUBGRADE LAYER OF LOW TRAFFIC VOLUME NURUL AIN BINT! IBRAHIM

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Konsep Ta dib Menurut Pandangan Cendekiawan Islam

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015)

Siti Fatimah Mohd Rahimah Embong Hanif Md Junid Mohamad Zaidin Mohamad

THE ABSURDITY OF BEING AS REFLECTED IN FRANZ KAFKA S THE METAMORPHOSIS NOVELLA (1915): AN EXISTENTIALISM APPROACH.

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

KONSEP TA AWUN DALAM PENULISAN ILMIAH MENURUT AL-QURAN

BIOMIMETIC PATTERN RECOGNITION FOR WRITER IDENTIFICATION USING GEOMETRICAL MOMENT FUNCTIONS

Pembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

ASSOCIATE EDITORS. Department of Al-Quran & Al-Hadith Academy of Islamic Studies University of Malaya Kuala Lumpur Malaysia

Transcription:

Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization Editors: Rahimah Embong, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid, Fadzli Adam & Syed Hadzrullathfi Syed Omar Research Institute for Islamic Product and Malay Civilization (INSPIRE) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ISBN 978-967-0899-70-1 (2017), http: //www.inspire.unisza.edu.my Konsep Kepuasan Diri Menurut Al-Ghazali Dan Maslow: Satu Kajian Perbandingan Norhashimah Yahya 1, Syed Hadzrullathfi Syed Omar 2 & Mohd Shahril Othman 3 1 Calon Doktor Falsafah Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu 2 Ph.D Profesor Madya, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Produk Dan Ketamadunan Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu - Pengarang Penghubung 3 Pensyarah Kanan (Ph.D), Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu norhashimahyahya@yahoo.com sylutfi@unisza.edu.my mohdshahril@unisza.edu.my Abstrak: Konsep kepuasan diri merupakan suatu elemen penting yang perlu dibincangkan bagi melahirkan individu yang tenang jiwanya dalam setiap aspek kehidupan yang dilaluinya. Antaranya berkaitan soal rumahtangga, hal anak-anak, urusan kerjaya dan sebagainya. Akan tetapi, konsep kepuasan diri yang dikemukakan Maslow, salah seorang tokoh psikologi barat sekitar (1970) hanya dapat diperolehi setelah manusia mencapai kesempurnaan kendiri yang merupakan peringkat paling atas dalam hierarki keperluan hidup yang ditonjolkan Maslow. Oleh itu, kedudukan konsep kepuasan diri yang harus dimiliki oleh setiap individu, menjadi suatu keutamaan diketengahkan dalam kajian akademik. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan konsep kepuasan diri menurut tokoh psikologi Islam iaitu al-ghazali dan Maslow. Kajian berbentuk kualitatif ini mengguna kaedah analisis kandungan (content analysis), menerusi pengumpulan data daripada sumber primer tokoh kajian dan sumber sekunder berautoriti yang berkaitan. Kajian mendapati bahawa di antara persamaan yang dinyatakan kedua-dua tokoh kajian ialah manusia mempunyai unsur rohani dan jasmani untuk memberi tindak balas terhadap tingkahlaku bagi mencapai kepuasan diri. Perbezaan yang didapati ialah al-ghazali lebih menumpukan aspek iman dan wahyu dalam melahirkan sifat ikhlas untuk mencapai kepuasan diri. Manakala, Maslow pula lebih memberi perhatian kepada tercapainya konsep penyempurnaan kendiri bagi memperolehi kepuasan diri. Hasil kajian ini diharap dapat memberi input berguna terutama dalam usaha memperolehi kepuasan diri bagi mencapai halatuju untuk merencanakan kehidupan harian bagi menuju kebahagiaan akhirat. Selain memberi sumbangan besar dalam bidang psikologi Islam. Kata Kunci: Kepuasan diri, al-ghazali, Maslow PENGENALAN Dalam Islam, manusia merupakan makhluk ciptaan Allah swt yang dijadikan dengan sebaik-baik kejadian (al-tin, 95: 4). Adapun manusia merupakan semulia-mulia kejadian, namun manusia tetap mempunyai kelemahan dan keterbatasan diri (Sapora & Ruhaya, 2013: 223). Antaranya ialah sifat pelupa (ghaflah) (Taha, 20: 115). Ini membuktikan bahawa manusia juga mempunyai ketidak sempurnaan dan tidak semua perkara manusia mampu melakukannya. Ianya mempunyai keterbatasan terutama sebagai seorang muslim, pastinya setiap yang dilakukan adalah berlandaskan syariat Islam yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Manalaka, menurut Darwin (1809) yang mempelopori teori evolusi menyatakan bahawa manusia berasal daripada haiwan yang terjadi akibat daripada evolusi alat tubuh yang mana dengan perkembangan bersahaja sampai kepada tingkat haiwan dan akhirnya rupabentuk manusia itu wujud (Roslee & Mohamed Sharif, 2003: 2) Menurut tokoh psikologi barat pula manusia adalah sejenis makhluk yang positif, rasional, dan realistik serta sentiasa bergerak maju menuju ke arah kesempurnaan kendiri (Rogers, 1980: 32). 34

Adapun demikian, manusia tetap untuk mencari kesempurnaan hidup dan dalam memenuhi usaha tersebut, ianya sudah pasti melalui proses kepuasan diri. Malahan, sudah pasti kepuasan diri yang terdapat pada manusia tidak sama di antara satu sama lain. Ada segelintir manusia, yang boleh mencapai kepuasan diri disebabkan pengaruh persekitaran samaada faktor budaya, keluarga, norma masyarakat, harta kekayaan dan sebagainya. Adapun dalam Islam, seseorang mukmin sudah pasti mempunyai keterbatasan dalam usaha memenuhi kepuasan diri. Perkara ini akan dibincangkan penulis dengan terperinci. Penulisan ini juga memfokuskan persamaan dan perbezaan konsep kepuasan diri menurut tokoh ilmuan Islam yang masyhur al-ghazali, dan tokoh psikologi barat iaitu Maslow. METODOLOGI Reka bentuk penulisan ini adalah secara kualitatif. Pada kebiasaannya, pendekatan kualitatif digunakan apabila penumpuan penyelidikan lebih kepada analisis kandungan sesuatu dokumen dan pemerhatian sama ada secara bersama-sama atau berasingan (Ahmad Sunawari Long, 2005: 24). Dari aspek pengumpulan data pula penulis menggunakan metode kepustakaan. berasaskan sumber primer iaitu kitab asal hasil nukilan al-ghazali dan Abraham Maslow. Manakala sumber sekunder pula diperolehi daripada bahan-bahan bacaan sama ada buku, majalah, surat khabar, internet dan sebagainya yang membincangkan berkaitan konsep kepuasan diri menurut al-ghazali dan Maslow serta latarbelakang keduadua tokoh yang dikaji. Seterusnya dari sudut analisis data pula penulis menggunakan metode analisis dokumen iaitu penganalisisan kandungan bagi sesuatu naskhah dengan merujuk kepada ayat-ayat, makna, idea, tema atau sebarang mesej yang digunakan untuk berkomunikasi. Bagi melancarkan lagi proses analisis, penulis menggunakan tiga kaedah dalam penulisan ini. i. Metode Induktif Metode ini bermaksud satu pola berfikir untuk membuktikan hal-hal bersifat khusus kepada hal-hal bersifat umum (Barnadib, 1982:51). Dengan kata lain, pengkaji akan menganalisis dengan cara menghalusi setiap fakta atau sebahagian besar daripadanya dan selanjutnya menyimpulkan kepada suatu kesimpulan yang bersifat umum atau global. ii. Metode Deduktif Kaedah deduktif ini ialah membuat kesimpulan dari maklumat yang umum kepada yang lebih khusus secara terperinci (Sidek, 2002: 5). Data yang digunakan kebiasaannya membuktikan kebenaran. Contohnya, pengkaji menggunakan data yang diperolehi berkaitan konsep kepuasan diri menurut Maslow dan dianalisis supaya bersesuaian dengan kajian pengkaji. iii. Metode Perbandingan Kostan (constant comparative method) Kaedah ini adalah membandingkan sesuatu ketegori, segmen dan dimensi fenomena yang dikaji. Teori baru mula terbentuk apabila penyelidik mengesan idea dan tema baru timbul daripada apa yang diperkatakan oleh subjek kajian atau daripada peristiwa yang telah diperhatikan (Othman, 2017: 104). Penulis menggunakan metode ini untuk menganalisis persamaan dan perbezaan konsep kepuasan diri menurut al-ghazali dan Maslow. RIWAYAT HIDUP TOKOH Al-Ghazali Penulis menyatakan secara ringkas tentang riwayat hidup kedua-dua tokoh yang menjadi tumpuan dalam penulisan ini. Hal ini kerana, telah banyak kajian mahupun penulisan ilmiah yang membincangkan tentang latar belakang al-ghazali (Muhammad Nasir Nasution: 1987, Kamal Abd Manaf: 1997, Anshari Ismail: 2001, Yatimah Sarmari: 2005, Ali Badron: 2000, Mohd Fuad Mokhtar: 2006, Nurul Asiah Fasehah: 2010, Mohd Hasrul: 2014, Wan Hisyamuddin: 2014). Manakala, Maslow pula sebagaimana yang dinyatakan (Frank: 1970, McLeod: 2016, Morgen.W, 2003). Sebagaimana yang difahami, al-ghazali merupakan ilmuan Islam yang masyhur dalam pelbagai bidang keilmuan. Gelaran hujjatul Islam yang disandarkan kepada beliau membuktikan lagi kealiman dan kehebatan ilmu yang dimilikinya. Malahan kemasyhuran beliau sebagai salah seorang pemikir Islam amat diiktiraf masyarakat sehingga satu festival iaitu Festival al-ghazali di Damsyik, Syria pada 27-31 Mac 1961, telah dilancarkan bersempena dengan 900 tahun kelahiran beliau (Mohd Fauzi Hamat, 2005: xiii). 35

Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Bin Ahmad al-ghazali. Beliau juga dikenali dengan gelaran al-tusi yang dinisbahkan kepada nama tempat iaitu al-tus sebuah Bandar di Khurasan dimana tempat beliau dilahirkan (Al Ghazali, 1975: 1). Beliau diberi gelaran al-ghazzali ditashdidkan huruf zai (ز) sempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal benang (al- Ghazzal) (Muhammad ʽAqil, 1993: 172). Kadang kala dipanggil juga al-ghazali satu zai (ز) yang dinisbahkan kepada nama kampung tempat kelahiran beliau iaitu Ghazalah (Ibnu Rusn, 1998: 9). Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450H (Al-Ghazali, 1975: 1) bersamaan 1058M. Beliau dan abangnya Ahmad merupakan anak yatim kerana bapa beliau meninggal ketika usia mereka masih kecil. Di awal usia beliau telah berguru dengan Ahmad Bin Muhammad al-razkani (Al-Ghazali, 1975: 1). Pada usia beliau mencecah 15 tahun, al-ghazali telah mengembara ke Jurjan untuk belajar dan berguru dengan Abu Nasr al-ismaiʽili (Al-Ghazali, 1975: 1). Manakala semasa usia 19 atau 20 tahun, beliau bermusafir ke Nisabur dan berguru dengan al-juwayni sehingga usia beliau 28 tahun. Semasa berada di Nisabur, al-ghazali telah belajar ilmu teologi, hukum dan falsafah (Sibawayh, 2004: 36). Malahan beliau juga pernah berguru dengan Imam al-haramayn (w 478H) (Abu al-fida, 1998). Kehebatan beliau dalam bidang ilmu dapat dikesan apabila beliau boleh menguasai pelbagai cabang bidang keilmuan iaitu falsafah, akidah, tasawwuf, feqah, pendidikan, politik, dan teologi (Abdul Salam, 2015: 13). Oleh kerana kealiman beliau dalam pelbagai cabang keilmuan juga, beliau telah diberi gelaran Hujjatul Islam (Pembela Islam), Zayn al-din (Hiasan Agama) Bahr Mugriq (Bahtera yang Menghanyutkan) (Ibnu Rusn, 1998: 9). Al-Ghazali meninggalkan banyak karya hasil tulisan beliau sendiri. Ada yang menyatakan lebih kurang 457 hasil karya-karya beliau (Kamran As ad: 2003: xiii). Antara karya-karya masyhur beliau ialah kitab Ihya Ulum al-din (Menghidupkan Kembali Ilmu-ilmu Agama), kitab ini merupakan karyanya yang terbesar yang dikarangnya selama beberapa tahun dalam keadaan berpindah-pindah antara Damaskus, Yerussalem, Hijaz, dan Thus yang berisi panduan antara feqah, tasawuf, dan falsafah. Di antara elemen kesufian yang didapati pada diri beliau ialah sifat zuhud yang dimilikinya. Hal ini kerana apabila beliau sanggup meletakkan jawatan setelah berkhidmat selama 4 tahun di al-madrasah al- Nizamiyyah Baghdad kerana beliau bimbang terpengaruh dengan kemewahan dan habuan dunia (al-ghazali, 1988: 59). Beliau dapat merasakan bahawa beliau tidak menyumbangkan ilmu secara ikhlas kerana Allah SWT apabila namanya begitu masyhur dan sentiasa disebut serta bait-bait kata-katanya sentiasa didengari. Justeru beliau nekad untuk meninggalkan kemasyhuran dan kemewahan tersebut dengan memilih jalan kezuhudan (tariq al-zuhud) (al-ghazali, 1989: 10-12). Di samping itu, sifat zuhud yang dimiliki beliau juga terserlah apabila beliau enggan menerima harta kekayaan dunia, malahan berpada dengan kadar yang boleh memelihara agamanya dan tidak memerlukannya untuk meminta atau mendapatkan daripada orang lain (Abdul Salam, 2015: 16). Beliau juga pernah berhijrah ke Damsyiq. Ketika berada di sana, seorang guru al-madrasah al- Aminiyyah, Damsyiq sangat mengiktiraf keilmuan beliau. Beliau telah membuat keputusan untuk meninggalkan Damsyiq kerana bimbang dirinya dihantui dengan sifat ujub. Begitu kuat iman serta teguh pendirian beliau sehingga apabila dirasakan sifat mazmumah mula ingin memasuki dirinya, beliau terus berusaha untuk mengelakkan sifat-sifat tersebut cuba mempengaruhi dirinya ( Abd al-qadir, 1990: 132). Beliau meninggal dunia pada 14 Jamadi al-akhir 505H, hari isnin dan dikebumikan di Tus. Pada ketika itu, usia beliau 55 tahun (Abu al-fida, 1998: 213-214, Shihab al-din, 1989: 18-19). Makam beliau bersebelahan dengan makam penyair besar yang terkenal, iaitu Firdausi (Abdul Salam, 2015: 15). Pemergian beliau sudah tentu merupakan suatu kehilangan yang besar dalam bidang keilmuan. Malahan tiada tolak bandingnya kehebatan beliau sebagai salah seorang cendekiawan Islam yang mana setiap bait-bait mutiara ilmu yang disampaikan sudah pasti memberi manfaat buat ummah. Abraham Maslow Tokoh psikologi barat yang menjadi tumpuan penulis ialah Abraham Maslow. Maslow pula merupakan salah seorang tokoh psikologi Barat yang mashyur sekitar tahun (1970). Nama sebenar beliau ialah Abraham Harold Maslow dilahirkan pada 1 April 1908 di Brooklyn, New York. Beliau lebih terkenal dengan panggilan Abraham Maslow. Beliau merupakan anak sulung dari tujuh orang adik beradik (Frank, 1970: 20). Kedua ibu bapa beliau terlalu menekankan aspek pendidikan kepada anak-anak. Dengan sebab itu, semua adik-beradik beliau didorong untuk belajar. Maslow yang merupakan anak pertama diberi penekanan yang paling keras dalam belajar kerana beliau dilihat berintelektual sejak kecil lagi (McLeod, 2016: 35). Teori psikologi yang diperkenalkan oleh Maslow juga terkenal dengan teori humanistik (Humanistic Psychology) (Maslow, 1970: 32, Frank, 1987: 45). Istilah humanistik diperkenalkan oleh sekelompok ahli psikologi yang telah bekerjasama di bawah pimpinan beliau. 36

Mereka berusaha mencari alternatif dari dua teori yang berpengaruh atas pemikiran intelektual dalam psikologi. Kedua teori yang dimaksudkan ialah psikoanalisis dan behaviorisme. Maslow menyatakan bahawa psikologi humanistik adalah sebagai kekuatan ketiga (a third force). Meskipun, tokoh-tokoh humanistik memiliki pandangan yang berbeza-beza, akan tetapi mereka mempunyai pemikiran yang sama mengenai manusia yang berprinsip pada salah satu aliran falsafah moden iaitu, eksistensialisme. Manusia menurut falsafah eksistensialisme merupakan individu yang memiliki kebebasan untuk memilih tindakan, menentukan sendiri nasib, serta bertanggungjawab di atas setiap pilihan dan tindakan yang dilaksanakan (Maslow, 1970: 38). Antara konsep humanistik menurut Maslow (1943) ialah apabila seseorang itu mencapai kesempurnaan kendiri iaitu dapat mengecapi potensi diri yang bermakna. Hal ini kerana, Maslow berpandangan bahawa manusia mempunyai kuasa dalaman untuk menghasilkan potensi diri yang maksimum yang dikenali sebagai kesempurnaan kendiri (self-actualization) (Khalim Zainal, 2008: 48). Pada pengakhiran hidup beliau menghabiskan tempoh persaraan di California dan meninggal dunia pada 8 Jun 1970 kerana serangan jantung (Maslow: 1970: 21). PERBANDINGAN KONSEP KEPUASAN DIRI MENURUT AL-GHAZALI DAN MASLOW Sebelum penulis menghuraikan tentang konsep kepuasan diri menurut al-ghazali, penulis menjelaskan terlebih dahulu pandangan al-ghazali tentang manusia. Al-Ghazali berpandangan bahawa manusia bersifat kompleks, kebendaan, sayangkan dunia serta sukakan kecantikan. Selain itu, manusia dilihat daripada 3 sifat iaitu kemalaikatan, kehaiwanan dan kesyaitanan. Sifat kesyaitanan akan membawa manusia ke lembah maksiat. Manakala sifat kehaiwanan pula menunjukkan fungsi haiwan hidup untuk makan, tidur dan sebagainya. Sifat kemalaikatan pula adalah apabila manusia berjaya menentang sifat kesyaitanan yang akan menyebabkan manusia tunduk dan sujud kepada perintah Allah swt (Roslee & Mohamad Sharif, 2003: 4). Penulis memahami konsep kepuasan diri bagi manusia menurut al-ghazali akan selesai apabila manusia mencapai aktualitasi kendiri dengan merasai kemanisan dalam keimanan. Dengan kata lain, iman dan wahyu menjadi tunjang utama yang perlu diwujudkan dalam diri setiap mukmin bagi mencapai kepuasan diri. Hal ini kerana apabila iman telah menguasai diri, manusia akan dapat mengawal setiap tindakan agar tidak terpesong ke arah perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya. Di samping itu, iman juga perlulah sentiasa dibajai dengan sifat ikhlas dan benar. Sebagaimana pandangan al-ghazali bahawa ikhlas yang sebenar-benarnya ialah apabila seseorang individu itu mengabdikan diri semata-mata kepada Allah SWT dan tidak menjadi hamba kepada diri dan nafsu. Ia istiqamah mematuhi segala perintah Allah SWT dan meninggalkan larangannya (al-ghazali, 2015: 27). Manakala, berkaitan sifat al-sidq pula, al-ghazali membahaskan berkaitan kelebihan dan hakikat sifat ini dengan jelas dalam Kitab Ihya Ulum al-din. Al-sidq bermaksud benar dan lawannya ialah dusta (kidhb). Al-Jurjani menyatakan bahawa al-sidq mempunyai kaitan dengan al-ikhlas kerana al-sidq merupakan asal dan permulaan, manakala al-ikhlas adalah cabang kepada al-sidq (al-jurjani 1985: 12-13, Mohd Hasrul, 2015: 46). Al-Ghazali meneliti lafaz al-sidq kepada enam makna iaitu benar pada perkataan (al-sidq fi al-qawl), benar pada niat dan kehendak (al-sidq fi al-niat wa KM), benar pada azam (al-sidq fi al-ʽazm), benar pada menepati janji dengan keazaman (al-sidq fi wafa bi al-ʽazm ), benar pada perbuatan (al-sidq fi al- amal), benar pada tingkatan keagamaan (al-sidq fi tahqiq maqamat al-din). Sesiapa yang boleh memiliki kesemuanya ia layak digelar al-siddiq iaitu orang yang benar dan merupakan mubalaghah bagi kalimah alsidq (al-ghazali, 2015: 38). Oleh yang demikian, iman dan wahyu merupakan tonggak utama kepada setiap manusia dalam mencapai kepuasan diri. Pengkaji mendatangkan contoh kepuasan manusia dari segi kerjaya. Setiap kerja yang dilaksanakan dengan ikhlas kerana Allah dan melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang diberikan dengan niat ibadat juga akan menghasilkan kepuasan diri. Akan tetapi, jika sebaliknya sudah pasti kerja yang dilakukan tersebut adalah lebih kepada paksaan atau bukan dengan kerelaan diri sendiri dan sekaligus manusia tidak mencapai kepuasan diri dalam bekerja. Selain itu, teori kaunseling al-ghazali (1998) yang menjelaskan bahawa aspek kerohanian manusia mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kehidupan manusia. Malahan teori ini juga mengandaikan bahawa jika kerohanian manusia tinggi, maka individu tersebut akan terangsang secara dalaman untuk melaksanakan perbuatan baik dan secara tidak langsung manusia akan mencapai kepuasan diri (Tengku Elmi Azrlina & Shazarina, 2015: 5) Manakala pengkaji mendapati aspek kepuasan diri menurut Maslow adalah apabila manusia telah mencapai konsep penyempurnaan kendiri. Dengan kata lain, apabila manusia telah berjaya memenuhi peringkat fisiologi, keselamatan, sosial, dan kendiri, baru lah manusia akan memperolehi kepuasan dalam diri. Dalam hierarki keperluan hidup yang dikemukakan Maslow, penyempurnaan kendiri merupakan 37

peringkat yang paling atas. Manusia akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu untuk mencapai aktualitasi kendiri. Rogers juga berpandangan sungguhpun manusia sentiasa bergerak menuju ke arah kesempurnaan kendiri, ada kalanya mereka tidak pasti tentang keupayaan dan potensi diri mereka sendiri. Malahan ada juga segelintir manusia yang akan menggunakan helah bela diri jika perlu dalam melindungi keperluan diri mereka. Helah bela diri yang keterlaluan akan menyebabkan keadaan jadi negatif dalam diri mereka (Roslee & Mohamad Sharif, 2003: 3) Selain itu, penulis juga meneliti bahawa kepuasan diri yang dinyatakan Maslow lebih didorong dengan nafsu dan akal. Seperti yang sedia maklum, manusia merupakan makhluk yang istimewa kerana dikurniakan akal fikiran. Akan tetapi, akal juga mempunyai keterbatasannya. Bukan semua perkara mampu ditaakulkan dengan logik akal semata-mata. Sebagai contoh, akal manusia tidak mampu menjangkau alam akan datang kerana sifatnya yang relatif dan terbatas. Selain itu, akal fikiran manusia juga dipengaruhi oleh perasaan, nafsu, dan sentimen-sentimen tertentu seperti kekeluargaan, keagamaan dan sebagainya dalam membuat sesuatu peraturan (Mohd Shahril, 2013: 151). Di samping itu, akal bukan sahaja dipandang sebagai suatu alat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, akan tetapi akal juga merupakan faktor penggerak kepada tingkahlaku manusia (Ahmad Arisatul, 2015: 288). Dengan makna, akal juga menjadi punca manusia bertindak. Tindakan yang positif ataupun negatif bergantung kepada rasioanal akal manusia. Begitu juga dengan nafsu manusia. Nafsu jika tidak dikawal dengan iman akan membawa manusia ke lembah kemungkaran dan kehancuran. Oleh sebab itu, nafsu semata-mata tidak boleh dijadikan sebagai pandu arah dalam meneruskan hidup. Di sini terletaknya peranan akal di dalam mengimbangi tuntutan nafsu dan keimanan kepada Allah. Masalah kecelaruan emosi akan muncul apabila berlakunya pertembungan antara tuntutan akal dan tuntutan nafsu syahwat (Mohd Shahril, 2013: 157). Oleh sebab itu, Islam menuntut umatnya supaya sentiasa berusaha menjaga jiwa (nafs) agar manusia boleh menghadapi gangguan emosi dengan baik. Allah swt juga menyatakan bahawa manusia yang mengotorkan jiwanya adalah orang yang rugi. Manakala, manusia yang menyucikan jiwanya adalah tergolong dalam golongan orang yang berjaya (Anuar, 2001:89). Sebagaimana firman Allah swt: (10) و ن ف س و م ا س و اه ا )7( ف أ ل ه م ه ا ف ج ور ه ا و ت ق و اه ا )8( ق د أ ف ل ح م ن ز ك اه ا )9 ) و ق د خ اب م ن د س اه ا Maksudnya: Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya. Serta mengilhamkan (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih dan bertambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (al-syams, 91: 7-10) Namun demikian, di antara sudut persamaan aspek kepuasan diri pula menunjukkan bahawa Maslow dan al-ghazali membuktikan bahawa manusia mempunyai unsur rohani dan jasmani. Unsur rohani boleh difahami dengan makna sifat, akhlak dalaman yang melahirkan perlakuan seseorang manakala, unsur jasmani pula ialah berkaitan aspek luaran manusia. Walaupun dalam Islam, kerohanian dalam kamus dewan merujuk kepada hal-hal rohani, sifat-sifat rohani atau rohaniah (Othman, 2002: 1071). Manakala al-ghazali pula memahami aspek kerohanian manusia ialah menyentuh persoalan dalaman dan kejiwaan manusia yang berkait dengan unsur-unsur seperti nafsu, ruh, qalbu dan akal (al-ghazali, t.th: 59). Istilah-istilah seperti hati (al-qalb), roh (al-ruh), nafsu (al-nafs) dan akal (al-ʽaql) mempunyai dua makna yang berbeza iaitu makna zahir (fizikal) dan makna batin (rohani). Keempat-empat unsur ini difokuskan dalam disiplin kerohanian al-ghazali kerana jika diteliti secara mendalam, hati, roh, nafsu dan akal dengan makna yang kedua iaitu makna rohani merupakan (al-latifah) atau hakikat diri manusia yang halus, yang dapat mengerti perintah-perintah syarak, dapat merasai kekuasaan Allah SWT, dapat mengetahui serta memahami hakikat sesuatu (Zulkifli & Nor Salimah, 2005: 6). Oleh sebab itu, al-ghazali memperhalusi unsur-unsur ini dengan menghuraikan segala fungsinya. Dengan makna, faktor-faktor zahir yang mempengaruhinya seperti tangan, kaki, mata, telinga, lidah dan lainlain anggota atau dari faktor-faktor batin seperti nafsu syahwat (al-ghazali, 1988: 903). 38

Manakala apabila dilihat dari sudut psikologi pula, kejadian manusia yang meliputi elemen-elemen fizikal dan spiritual menyebabkan ianya memerlukan keseimbangan antara aspek jasmaniah dan rohaniah (Zulkifli & Nor Salimah, 2005: 3). Oleh sebab itu juga manusia disebut sebagai makhluk dwidimensi yang merangkumi kedua-dua unsur fizikal dan spiritual yang saling lengkap-melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi, unsur kerohanian yang merupakan aspek unik dan utama yang melonjakkan martabat manusia kepada sebaikbaik kejadian. Akal dan pemikiran manusia adalah ciri utama yang membezakannya daripada seluruh kejadian yang lain. Ianya merupakan satu manisfestasi tanggungjawab dan kepintaran untuk mengurus dan mentadbir kejadian di sekelilingnya mengikut acuan dan kemahuaannya. Di samping akal juga memiliki daya untuk berfikir dan menganalisis untuk mendapatkan apa yang difikirkan terbaik dan boleh mendatangkan manfaat kepada diri dan masyarakatnya. Walau bagaimanapun, kemampuan akal amat terhad. Ia hanya berkisar di atas platform fizikal yang nyata. Di sini lah terletaknya peranan tubuh dan fizikal badan sebagai instrument untuk merealisasikan hasrat dan inspirasi yang dicetuskan akal dan pemikiran. Kuasa akal juga amatlah terbatas dan tidak dapat mencapai hakikat dan kebenaran yang mutlak. Hal ini kerana instrumen yang digunakan hanyalah pancaindera dan deria yang hanya dapat mengesan perkara-perkara zahir dan bersifat fizikal sahaja. Oleh itu, dapat difahami bahawa unsur rohani dalam Islam juga merujuk kepada aspek dalaman manusia seperti yang dinyatakan oleh tokoh-tokoh psikologi Barat. Huraian berkaitan perbezaan dan persamaan konsep kepuasan diri menurut al-ghazali dan Maslow dilakarkan berdasarkan Rajah 1: Kepuasan Diri AL-GHAZALI MASLOW Mewujudkan sifat ikhlas dalam setiap perbuatan yang dilakukan. Didasari dengan iman dan wahyu. VS Tercapainya konsep penyempurnaan kendiri. Didasari dengan nafsu dan akal. Manusia mempunyai unsur rohani dan jasmani Rajah 1: Perbezaan Dan Persamaan Konsep Kepuasan Diri Menurut Al-Ghazali dan Maslow KESIMPULAN Penulis merumuskan bahawa terdapat persamaan dan perbezaan berkaitan konsep kepuasan diri menurut al- Ghazali dan Maslow. Antara perbezaan yang didapati ialah al-ghazali lebih memberi tumpuan kepada aspek iman dan wahyu dalam memenuhi kepuasan diri. Walaupun pemikiran Maslow terhadap keperluan hidup dilihat sistematik dengan mengemukakan hierarki keperluan hidup bagi manusia akan tetapi bagi memenuhi keperluan-keperluan tersebut untuk mencapai kepuasan diri, ianya lebih tertumpu kepada aspek akal dan nafsu dalam menguruskan perkara ini. Manakala, persamaan yang dilihat daripada kedua-dua tokoh ini ialah dari aspek manusia mempunyai unsur luaran dan dalaman atau rohani dan jasmani menunjukkan bahawa fitrah manusia inginkan kesempurnaan. Akan tetapi, dalam Islam manusia tidak boleh melampaui batasan yang telah digariskan syarak dalam usaha untuk memenuhi kepuasan diri semata-mata. 39

RUJUKAN Al-Ghazali. Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad. (1988). al-durrah al-fakhirah Fi Kasf ʽUlum al- Akhirah. Beirut: Dar al-kutub al-ilmiyyah.. (1981). Al-Iqtisad Fi al-i tiqad. Kaherah: Maktabah wa Matba ah Muhammad ʽAli Sabih wa Awladuh.. (2015). Ihya ʽUlum al-din. C.7. Mesir: al-maktabah al-tawfiqiyyah. A.H.Maslow. (2012). A Theory Of Human Motivation. ISBN 978-1-62793-396-4. Ahmad Sunawari Long. (2005). Pengenalan Matodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Al-Jurjani, ʽAli Ibn Muhammad. (1985). Al-Taʽrifat. Beirut: Maktabah Lubnan. Barnadib. (1982). Arti dan Metode Sejarah Pendidikan. Yogyakarta: Yayasan Penerbitan FIP-IKIP. Frank.G.Goble. (1970). The Third Force: The Psychology Of Abraham Maslow. ISBN: 0-9760402-0-4. Khalim Zainal. (2008). Memahami Tingkah laku Remaja Bermasalah Dari Persepektif Teori Tingkahlaku, Humanitik, Psikoanalitik & Tret Personaliti. Jurnal Pengajian Umum. Volume 9. ISSN 1511-8393. Mohd Hasrul Shuhari & Mohd Fauzi Hamat. (2015). Nilai-Nilai Penting Individu Muslim Menurut al- Ghazali. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 9: 41-60. Mohd Shahril Bin Othman. (2013). Keberkesanan Modul Pengurusan Tekanan (MPT) Bagi Mengurus Tekanan Kerja Dalam Kalangan Guru. Tesis PhD. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhammad ʽAqil. (1993). Dirasat Fi Falsafah Islamiyyah. Qaherah: Dar al-hadith. Othman Lebar. (2017). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori Dan Metod. Edisi Kedua. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Roslee Ahmad & Mohamed Sharif Mustaffa. (2013). Perbandingan Konsep Manusia Antara Carl Rogers Dengan Al-Ghazali Menurut Perspektif Kaunseling. Kertas Kerja Peringkat Kebangsaan yang dibentangkan dalam Konvensyen PERKAMA ke XI. Rogers, C.R. (1972). Becoming Partners, A Marriiage and Its Altervatives, New York: Delacorte. Rogers, C.R (1980). A Way of Being. Boston: Houghton Mifflin. Sidek Mohd Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori Dan Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Tengku Elmi Azlina Tengku Muda dan Shazarina Zdinal Abidin. 2015. Kepentingan Kerohanian Dalam Meningkatkan Kepuasan Bekerja Pensyarah. https://ejurnalfp.files.wordpress.com/2015/02/. Diakses pada 26 Julai 2017. Zulkifli Abd Ghani & Nor Salimah Abu Mansor. (2005). Penghayatan Agama Sebagai Asas Pembangunan Pelajar: Analisis Terhadap Beberapa Pandangan Al-Imam Al-Ghazali. Kertas Kerja Dalam National Student Development Conference (NASDEC). Kuala Lumpur. 40