THE IMPORTANCE OF MANAGEMENT BASED ON ISLAMIC IN THE COUNTRY S GREEN TECHNOLOGY SECTOR

Similar documents
e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

MODELLING AND VIBRATION CONTROL OF PIEZOELECTRIC ACTUATOR

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja

MODAL INSAN KOPERASI :

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

TONG SAMPAH PINTAR BERASASKAN INTERNET PELBAGAI PERKARA (IOT)

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

SISTEM PENJADUALAN SYIF. Nurul Iddayu Bahari Idrus. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Takrifan Etika ethos

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

[SV 9] MENGANALISIS ISU HALAL TERHADAP SEKTOR PERKHIDMATAN HOTEL DI MALAYSIA. Nursyahida Jaafar¹ & Mohamad Ghozali Hassan²

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

KESAN PEMBUANGAN SAMPAH TERHADAP ALAM SEKITAR. Menganggu Keseimbangan Ekosistem

SISTEM PEMBANGUNAN LAMAN WEB AKOMODASI BERASASKAN AWAN. Muhammad Nazmi Bin Anuar Zamri Murah

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

HENDRA SAPUTRA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POWER QUALITY IMPROVEMENT BY DYNAMIC VOLTAGE RESTORER AND UNIFIED POWER QUALITY CONDITIONER USING FUZZY LOGIC FARIDULLAH KAKAR

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

FAKTOR INSANIAH DALAM PENGURUSAN KUALITI: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

Menjana Budaya Ilmu di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi: Satu Anjakan Paradigma

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

PERKONGSIAN PENGETAHUAN DI KALANGAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA DI MALAYSIA. LOW HOCK HENG SITI ZALEHA OMAIN PM Dr HISHAMUDDIN MD SOM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

Kualiti Kerja Menurut Perspektif Islam

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

Transcription:

THE IMPORTANCE OF MANAGEMENT BASED ON ISLAMIC IN THE COUNTRY S GREEN TECHNOLOGY SECTOR Norizan Hassan 1, Hussin Salamon 2 & Hasimah Abdul Rahman 3 1, 2 Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor 3 Centres of Electrical Energy Systems (CEES), Universiti Teknologi Malaysia. Abstract Green technology refers to product, applications and systems that have the characteristics of environmentally friendly and reduce the emission of carbon dioxide, which is the cause of environmental damage. It is very important togreen technology developed with the appropriate and efficient management. Islamic management is one of the complete management and ethics outlined in Islam and also make the green technology complete with Islamic element. This study focuses on theimportance of Islamic management in the green technology sector due to the potential of this field to be developed together with the Islamic ethics and guidelines. This study uses content analysis method in which the source of reference consists of journal articles and books. The results showed that Islamic management is very importantto increasing the efficiency, forming individual morals andserve as a platform to combine the ethics of Islam in the development process such as organizational management and human resource management based on the guidelines of Islam. Proposed future can be focused on real applications in the green technology sector by highlighting elements of Islam in the management of the green technology. Keywords: Green technology, Islamic management, nature conservation, sustainability environment 89

KEPENTINGAN PENGURUSAN BERTERASKAN ISLAM DALAM SEKTOR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA Abstrak Teknologi hijau merujuk kepada peralatan, aplikasi dan sistem yang mempunyai ciri-ciri mesra alam dan berupaya mengurangkan kadarpelepasan karbon dioksida yang menjadi punca kepada kerosakan alam. Ia menjadi sangat penting untuk teknologi hijau dibangunkan dengan pengurusan yang sesuai dan cekap.pengurusan Islam merupakan satu pengurusan yang lengkap dengan etika yang digariskan dalam Islam sekaligus melengkapkan lagi bidang teknologi hijau yang sedia mempunyai elemen Islam di dalamnya.kajian ini berfokus kepada kepentingan pengurusan Islam dalam sektor teknologi hijau berikutan sektor ini berpotensi dibangunkan bersama-sama dengan etika dan garis panduan Islam.Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan di mana sumber rujukan terdiri daripada artikel jurnal dan buku ilmiah.hasil kajian menunjukkan bahawa pengurusan Islam sangat pentinguntuk meningkatkan kecekapan, membentuk akhlak individu dan menjadi satu landasan untuk menggabungkan etika-etika Islam dalam proses pembangunan produk seperti pengurusan organisasi dan pengurusan sumber manusia berdasarkan garis panduan Islam. Cadangan masa hadapan boleh difokuskan kepada aplikasi sebenar di sektor teknologi hijau dengan mengetengahkan elemen-elemen Islam dalam pengurusan sektor teknologi hijau. Kata kunci: Teknologi hijau, pengurusan Islam, pemeliharaan alam, kelestarian alam PENGENALAN Pengurusan merupakan aspek penting dalam sesebuah organisasi. Malah ia pentingdalam sesebuah institusi atau sektor. Pengurusan yang baik dan cekap akan melahirkan sebuah organisasi yang maju dan berdaya saing. Pengurusan yang baik juga memberi kesan positif kepada seisi kakitangan dalam sesebuah organisasi itu. Pengurusan Islam merupakan satu garis panduan pengurusan yang berlandaskan Islam.Sebagaimana Islam menekankan pelbagai aspek kehidupan, Islam juga menekankan pelbagai etika dan garis panduan dalam pengurusan.allah S.W.T telah menurunkan al-quran dan hadis sebagai panduan kepada manusia dari setiap aspek kehidupan di dunia ini.ini dijelaskan dalam surah al-ma idah ayat 16 yang menjelaskan bahawa al-quran diturunkan kepada manusia sebagai garis panduan kepada mereka yang dalam kegelapan. 90

Kepentingan Pengurusan Berteraskan Islam Dalam Sektor Teknologi Hijau Negara Norizan Hassan Hussin Salamon Dan Hasimah Abdul Rahman Firman Allah S.W.T: Maksudnya: Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaannya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinnya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. Sektor teknologi hijau adalah sebuah sektor yang diperkenalkan pada tahun 2009.Teknologi hijau membawa maksud sistem dan aplikasi yang berupaya untuk mengurangkan kesan pelepasan karbon dioksida dan bersifat mesra alam.maksud teknologi hijau ini telah jelas bahawa teknologi hijau membawa elemen Islam di mana Allah S.W.T sangat mementingkan pemeliharaan alam sekitar dan melarang manusia daripada merosakkannya. Firman Nya dalam surah Ar-Rum ayat 41: Maksudnya: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatanperbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keadaan yang berlaku kini seperti perubahan iklim, bencana alam dan pencemaran adalah kesan daripada sikap manusia yang rakus kepada alam sekitar. Pengurusan Islam dalam sektor teknologi hijau sangat penting kerana pengurusan yang baik dan mempunyai ciri-ciri Islam dapat menghasilkan manfaat daripada pelbagai sudut seperti manfaat kepada masyarakat yang semakin peka dengan keadaan alam sekitar. Makalah ini akan membincangkan berkenaan kepentingan pengurusan Islam dalam sektor teknologi hijau secara menyeluruh. Kajian ini akan mulakan penulisan berkenaan konsep teknologi hijau dan juga konsep pengurusan Islam. Seterusnya pada segmen terakhir, akan dibincangkan berkenaan kepentingan pengurusan Islam dalam sektor teknologi hijau. KONSEP TEKNOLOGI HIJAU Menurut Kamarudin, Mohd Fazli, Md Nor Hayati, Ismi Rajiani, dan Norhana (2011), teknologi hijau ialah satu inisiatif menggabungkan pelbagai kaedah dan 91

bahan-bahan tertentu, daripada teknik penjanaan elektrik kepada produk mesra alam iaitu yang bebas daripada sumber-sumber pencemaran seperti pembebasan karbon dioksida. Gabungan sains alam sekitar dan teknologi dijadikan komponen utama untuk diaplikasikan kepada penghasilan produk dan sistem yang bertujuan untuk mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar akibat daripada aktiviti manusia (Farahwahida, Arieff Salleh, Salwa, Siti Hajar, & Teh Ubaidah, 2013). Teknologi hijau juga adalah satu bentuk inovasi tenaga (Puvanasvaran, Miza Farhana, Zaid Ahmaed Al-Hayali, & Mukhiffun, 2012). Aplikasi teknologi hijau terhasil daripada tenaga hijau yang diterokai manusia.tanpa teknologi hijau, tenaga hijau sukar untuk direalisasikan dalam kehidupan manusia kerana tiada peralatan, produk atau sistem. Teknologi hijau dikatakan sebagai inovasi tenaga kerana daripada tenaga hijau ia dibentuk menjadi sebuah aplikasi peralatan, produk dan sistem yang memudahkan manusia menggunakannya tanpa mengabaikan kelestarian alam sekitar. Teknologi hijau berperanan membantu kelestarian alam sekitar.ciri-ciri yang terdapat dalam teknologi hijau mampu menjadikan alam kembali terpelihara seperti sediakala. Teknologi hijau tidak perlu hanya dilihat dari konteks melindungi ekologi and memulihkan ekologi, tetapi dalam konteks mengekalkan dan memperbaiki taraf hidup dan kecekapan kelangsungan hidup manusia yang juga merupakan aspek dalam lingkungan bidang ekologi (Heng & Zou, 2010). Secara umumnya, teknologi hijau memainkan peranan kepada manusia dan alam seperti memberi kesihatan yang baik kepada manusia dan juga memelihara alam dari pencemaran serta kerosakan (Farahwahida et al., 2013). KONSEP PENGURUSAN ISLAM Pengurusan merupakan pengurusan yang melibatkan mekanisma merancang, mengatur, memimpin dan mengawal keseluruhan isi dalaman sesebuah organisasi (Osman Chuah & Mohd. Shuhaimi, 2012). Menurut Ilhaamie (2001), pengurusan adalah seni menguruskan sumber organisasi sama ada modal, buruh, wang dan sumber lain dan sentiasa memastikan penggunaan sumber ekonomi ini pada tahap yang optimum kerana sumber tersebut terhad dan merupakan amanah daripada Allah. Pengurusan Islam pula bertujuan untuk menjadikan sesebuah pengurusan dilengkapi oleh prinsip-prinsip Islam dan menjana kecekapan dalam setiap tugas yang dijalankan. Pengurusan Islam bukan sesuatu yang baru malah telah diamalkan sejak zaman Rasulullah S.A.W. Kepimpinan Rasulullah S.A.W boleh dicontohi, malah prinsip-prinsip yang diamalkan boleh dijadikan sebagai tunjang utama dalam pengurusan masa kini. 92

Kepentingan Pengurusan Berteraskan Islam Dalam Sektor Teknologi Hijau Negara Norizan Hassan Hussin Salamon Dan Hasimah Abdul Rahman Pengurusan Islam mempunyai objektif-objektif tertentu. Antaranya ialah berurusan dengan bertanggungjawab, mengimbangi antara dua sistem iaitu konvensional dan Islam, tidak berlebih-lebihan dan menghindari perkara yang haram (RafiuWasiu & Ahmad, 2014). Objektif ini membawa satu pengurusan Islam itu menjadi lebih baik dengan dilengkapi oleh prinsip-prinsip Islam seperti syura, adil, ihsan, tolong menolong dan mengrekrut pekerja yang berkebolehan (Ilhaamie, 2001; Siti Arni, 2001).Prinsip pengurusan Islam ini dilihat menjadi potensi besar untuk diserapkan di dalam pengurusan sektor teknologi hijau berikutan sektor ini masih hijau di Malaysia. Dengan pengurusan Islam, corak pengurusan teknologi hijau seperti mengumpulkan semua sumber manusia dan bahan dengan cara yang paling optimum boleh dicapai dengan penerapan nilai dan etika Islam secara menyeluruh. METODOLOGI Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan. Data dan maklumat diperoleh melalui artikel jurnal dan buku. Setiap sumber dianalisis dan diterjemahkan dalam bentuk rajah beserta dengan penerangan terperinci. Analisis kandungan merupakan salah satu daripada kaedah dalam penyelidikan kualitatif. Analisi kandungan perlu dilakukan dengan teliti dengan tujuan pencarian isi-isi penting, idea, dapatan, teknik dan teori baru (Ahmad Sunawari, 2015). Penulis kemudiannya menganalisis maklumat yang diperoleh dan persembahkan dalam bentuk rajah untuk memberi gambaran yang lebih jelas selain daripada huraian terperinci berkenaan keseluruhan hasil kajian. KEPENTINGAN PENGURUSAN ISLAM DALAM SEKTOR TEKNOLOGI HIJAU Pengurusan berasaskan Islam dalam sektor teknologi hijau sangat penting.pengurusan yang digariskan dengan etika-etika Islam mampu memberikan impak positif kepada sektor teknologi hijau dan juga masyarakat sekeliling. Berikut merupakan kepentingan pengurusan Islam dalam sektor ini: MEMBENTUK NILAI DAN AKHLAK Pengurusan Islam melibatkan pelbagai norma-norma moral untuk membentuk satu masyarakat yang beretika. Nilai-nilai Islam diterapkan dalam pengurusan melibatkan produksi yang bebas perjudian, alkohol, pelacuran dan penghambaan (Osman Chuah & Mohd. Shuhaimi, 2012). Dalam konteks teknologi hijau, pengurusan perlulah bebas daripada penindasan kepada masyarakat, pembaziran dan produk yang menyalahi Islam. Perkara yang memudaratkan masyarakat juga termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.Ini juga membentuk nilai dan akhlak individu yang bertugas dalam sektor teknologi hijau.pembentukan nilai dan akhlak ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan kecemerlangan organisasi, tetapi juga kecemerlangan kakitangan 93

atau individu itu sendiri. Dengan prinsip pengurusan berasaskan Islam seperti bekerja dengan tekun kerana amanah Allah, kakitangan sesebuah pengurusan akan menjadikan itu sebagai satu semangat untuk menjalankan tugas dengan sebaikbaiknya. Sifat rendah hari dan ikhlas ketika menjalankan tugas juga menjadi satu prinsip yang membantu dalam kepimpinan serta pengurusan (Abbasi, Rehman, & Bibi, 2010). Prinsip-prinsip Islam seperti amanah juga telah diamanahkan telah ditegaskan dalam al-quran dalam surah al-anfal ayat 27: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Rajah 1: Gambaran peranan pengurusan Islam dalam membentuk nilai dan akhlak individu. (Sumber: Penulis) Rajah 1 menunjukkan gambaran ringkas berkenaan peranan pengurusan Islam dalam membentuk akhlak individu.pihak pengurusan organisasi perlu menetapkan garis panduan etika Islam selari dengan objektif pengurusan. Penerapan etika Islam ini akan membantu individu untuk lebih cekap dan bertanggungjawab ketika menjalankan tugas. Ini juga berpotensi membina akhlak dalam diri individu. Kakitangan atau pekerja yang mempunyai akhlak dan nilai diri yang tinggi berupaya untuk meningkatkan prestasi organisasi. 94

Kepentingan Pengurusan Berteraskan Islam Dalam Sektor Teknologi Hijau Negara Norizan Hassan Hussin Salamon Dan Hasimah Abdul Rahman MENINGKATKAN KECEKAPAN Pengamalan pengurusan Islam dalam sektor teknologi hijau dapat meningkatkan kecekapan jika dipatuhi setiap garis panduan yang ditetapkan. Antara perkara yang dicadangkan oleh Hasan Al-Banna dan Siti Arni (2015) adalah seperti menetapkan niat dalam diri bahawa segala tugas yang dijalankan kerana Allah Taala, menerima tugas sebagai satu amanah, menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh, mengamalkan syura dan amalan Islam lain yang menjadi sunnah Rasulullah S.A.W. Pemilihan kakitangan atau pekerja yang berkebolehan dan cekap juga boleh menjadikan sesebuah organisasi cemerlang. Pemilihan kakitangan yang mahir dan berkebolehan dalam bidang teknologi hijau dapat meningkatkan inovasi dalam bidang ini. Tugas adalah satu amanah, oleh itu sangat wajar diberikan tugas kepada individu yang cekap dan berkebolehan (Siti Arni, 2001). Firman Allah S.W.T dalam surah al-qasas ayat 26: Maksudnya: Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".kuat yang dijelaskan dalam surah di atas membawa maksud berkebolehan dalam bidang tersebut. Prinsip pemilihan pekerja yang berkebolehan ini juga menunjukkan bahawa Islam itu sendiri menekankan prinsip ini agar ia dapat membawa impak yang positif kepada organisasi. Rajah 2: Gambaran ringkas berkenaan impak pengambilan pekerja yang berkualiti. (Sumber: Penulis) 95

Rajah 2 menunjukkan gambaran ringkas berkenaan impak pengambilan pekerja yang berkualiti seperti mahir dan amanah ketika menjalankan tugas.jika dalam sektor teknologi hijau, pengambilan pekerja yang mahir dan amanah berpotensi memberi sumbangan dari segi peningkatan kecekapan, lebih banyak inovasi teknologi hijau, berkembang ke pasaran global, peningkatan ekonomi, peningkatan kualiti alam sekitar dan kualiti teknologi. GABUNGAN ETIKA ISLAM Pengurusan Islam mempunyai prinsip-prinsip tertentu yang harus dipatuhi.perbezaan antara pengurusan konvensional dan Islam adalah dari segi prinsip-prinsip yang digasriskan oleh Islam. Prinsip Islam seperti taqwa, ihsan, adil, amanah, jujur, ikhlas, tolong menolong, sederhana, tepati janji, menghargai masa, tekun, sabar, kerja berpasukan dan syura menjadi tunjang kegemilangan dalam sesebuah pengurusan (Ilhaamie, 2001; Zaman, Afridi, & Saleem, 2013). Prinsip-prinsip bukan hanya sekadar prinsip, tetapi ia membawa maksud nilai dan etika yang perlu diserapkan dalam setiap individu dalam pengurusan. Rajah 3: Gambarajah aplikasi nilai dan etika Islam dalam pengurusan teknologi hijau (Sumber: Penulis) Rajah 3 menunjukkan gambaran mudah jika diserapkan nilai dan etika Islam dalam sesebuah pengurusan. Dengan mengaplikasikan nilai dan etika Islam dalam setiap prinsip pengurusan seperti merancang, mengatur, memimpin dan mengawal, ia dapat menghasilkan sebuah pengurusan yang cekap. Sebagai contoh, jika pengurus memimpin sesebuah organisasi dengan prinsip amanah dan jujur, kecekapan dapat dicapai. Pengurusan yang cekap sangat penting dalam sesebuah 96

Kepentingan Pengurusan Berteraskan Islam Dalam Sektor Teknologi Hijau Negara Norizan Hassan Hussin Salamon Dan Hasimah Abdul Rahman pengurusan sektor tekonologi hijau berikutan sektor ini sektor yang sedang meningkat serta mempunyai elemen-elemen yang digariskan dalam Islam seperti membantu menjaga alam sekitar. Dengan nilai dan etika Islam dalam pengurusan teknologi hijau, peralatan dan sistem teknologi hijau yang dihasilkan dapat dicapai pada tahap yang maksimum kerana sifat dan etika ini diterapkan dalam setiap kakitangan dalam organisasi tersebut. Ini seterusnya dapat menghasilkan sebuah pengurusan teknologi hijau yang baik, cekap serta mempunyai kakitangan yang berakhlak. Ini juga jelas menunjukkan bahawa sistem pengurusan Islam yang berkualiti memberi impak kepada pekerja dari segi peningkatan motivasi pekerja, daya kepimpinan dan penglibatan pekerja dalam setiap tugas (Hasan Al-Banna, Ab. Mumin, & Siti Arni, 2013). KESIMPULAN Secara keseluruhannya, peranan pengurusan Islam ini sangat besar kepada sektor teknologi hijau. Ciri-ciri teknologi hijau yang mementingkan kelestarian alam sekitar jelas menunjukkan bahawa sektor ini mempunyai ciri-ciri yang digariskan dalam Islam. Penerapan sistem pengurusan Islam dapat melengkapkan lagi sektor ini dengan prinsip, nilai dan etika Islam.Kepentingan pengurusan Islam dapat dirumuskan seperti berikut: i. Meningkatkan kecekapan dalam menguruskan sumber sektor teknologi hijau dan juga sumber alam yang lain ii. Membentuk nilai dan akhlak dalam setiap kakitangan atau individu ketika menjalankan tugas yang merupakan amanah daripada Allah Taala. iii. Menggabungkan etika-etika Islam dalam sektor teknologi hijau dan menjadikan sektor ini sebagai sebuah sektor yang lengkap dengan setiap prinsip dna garis panduan Islam. Pengaplikasian pengurusan Islam ini bukan sahaja menjadikan sektor ini sebagai sektor yang lengkap dan cekap, bahkan menghasilkan individu yang amanah dan ikhlas dalam menjalankan tugas. Pengaplikasian ini seterusnya dapat membantu mengembangkan prestasi dan penglibatan Muslim dalam sektor ini. 97

RUJUKAN Abbasi, A. S., Rehman, K. U., & Bibi, A. (2010). Islamic management model. African Journal of Business Management, 4(9), 1873-1882. Ahmad Sunawari, L. (2015). Metodologi penyelidikan pengajian Islam (2nd ed.). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Farahwahida, M. Y., Arieff Salleh, R., Salwa, M., Siti Hajar, M. S., & Teh Ubaidah, N. (2013). Green technology management in the Muslim world. Jurnal Teknologi, 65(1), 107-115. Hasan Al-Banna, M., Ab. Mumin, A. G., & Siti Arni, B. (2013). Sistem Pengurusan Islam yang Berkualiti Mampu Menjamin Kepuasan Pekerja: Suatu Realiti dan Cabaran Masa Hadapan. Global Journal At-Thaqafah (GJAT), 3(1), 67-84. Hasan Al-Banna, M., & Siti Arni, B. (2015). Nilai-nilai sistem pengurusan kualiti Islam berasaskan al-quran dan integrasi ilmu saintifik. Jurnal Syariah, 23(1). Heng, X., & Zou, C. (2010). How can green technology be possible. Asian Social Science, 6(5), 110-114. Ilhaamie, A. G. A. (2001). Pengurusan dari perspektif Islam. Jurnal Syariah, 9(2), 85-102. Kamarudin, A. B., Mohd Fazli, M. S., Md Nor Hayati, T., Ismi Rajiani, & Norhana, M. (2011). Green technology compliance in Malaysia for sustainable business development. Journal of Global Management, 2(1), 55-65. Osman Chuah, A., & Mohd. Shuhaimi, I. (2012). Conceptual framework of good management from the Islamic perspective. International Journal of Business and Management Studies, 4(1), 185-195. Puvanasvaran, A. P., Miza Farhana, Y. Z., Zaid Ahmaed Al-Hayali, & Mukhiffun, M. (2012, 15-16 Oktober 2012). Sustainability of green technology in Malaysia industry. Paper presented at the International Conference on Design and Concurrent Engineering. 98

Kepentingan Pengurusan Berteraskan Islam Dalam Sektor Teknologi Hijau Negara Norizan Hassan Hussin Salamon Dan Hasimah Abdul Rahman RafiuWasiu, K., & Ahmad, A. M. (2014). Islamic Management Perspective Of Human And Material Resources. IOSR Journal Of Humanities And Social Science (IOSR-JHSS), 19(6), 42-50. Retrieved from www.iosrjournals.orgsiti Arni, B. (2001). Pengurusan organisasi dari perspektif Islam: Satu kajian kes di Perbadanan Johor dan SAPURA Holdings. Jurnal Syariah, 9(1). Zaman, G., Afridi, F. K., & Saleem, M. (2013). Islam and Management Principles: Evidence from Literature. Journal of Managerial Sciences, 7(2), 207-212. 99