MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO: KES: 13(25)(24)/4-1230/13 DI ANTARA WAN NAJIB BIN WAN MOHD NASIR DAN SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD.

Similar documents
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4-292/15 ANTARA NAVINATHAN A/L DORAISAMY DAN BEKAERT SOUTHERN WIRE SDN. BHD. AWARD NO.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(19)/4-402/14 DI ANTARA NOORHAYATI BINTI JARLILL DENGAN MAYA MAJU (M) SDN. BHD. AWARD NO: 1607 TAHUN 2017

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-70/15 DI ANTARA TANG CHOOI KIM DENGAN WASCO MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD./ WASCO COATINGS LIMITED

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4-708/12 ANTARA ABDUL MANAF BIN HASSAN

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

PENILAIAN PENGETAHUAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (8) DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KES SAMAN JABATAN NO. : /2015 ANTARA PENDAKWARAYA

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

Insurans Pampasan Pekerja Terma & Syarat

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

PERCETAKAN SLIP PEPERIKSAAN

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

Arahan Kerja Selamat Bekerja Di Jalanraya. Pen. Pengurus OSHE Management, PPM, ND. No Muka Surat /01/14 All Pages Original issue DCA

PROSEDUR SOKONGAN KEPUASAN PELANGGAN. PK.UniMAP.(P).11. Disediakan oleh : Disemak oleh : Diluluskan oleh :

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

Semua Pelajar Ijazah Tinggi (Mod Kerja Kursus & Mod Campuran), Luar Pesisir dan Ijazah Pertama (Penuh Masa) PERCETAKAN. & Ijazah Pertama [Penuh Masa]

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SCS. Kit HR FACILITIES (KEMUDAHAN)

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2015

Arahan Kerja Selamat Mengangkat Beban Berat. Disahkan Tarikh Versi Muka Surat Perubahan Dokumen Versi

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

KEJOHANAN MEMANAH PEMBANGUNAN DAN TERBUKA AKMA A.C 2018

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Pemandu Bas Terma & Syarat

SUKATAN PEPERIKSAAN (SUBJEK JABATAN) AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Mohd Faiz Mohamed Yusof a,b,*,nurhanani Romli b, Zulzaidi Mahmod c, Joni Tamkin Borhan b

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

LAWS OF BRUNEI CHAPTER 183 HALAL MEAT

FAKTOR-FAKTOR PERUNDANGAN YANG LEMAH MENYEBABKAN TUNGGAKAN KADAR PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA

Pendakwa Raya v Rosman Bin Saprey and Another Appeal

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

TUNTUTAN FASAKH: KAJIAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG TATACARA MAL. Fasakh Proceedings: A Study from Perspective of Shariah Courts Civil Procedure

Transcription:

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO: KES: 13(25)(24)/4-1230/13 DI ANTARA WAN NAJIB BIN WAN MOHD NASIR DAN SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD. NO. AWARD: 530 TAHUN 2017 Di Hadapan : Y.A. PUAN TAN GHEE PHAIK - PENGERUSI Tempat : Mahkamah Perusahaan Malaysia, Kuala Lumpur Tarikh Rujukan : 21.08.2013 Tarikh Sebutan : 30.10.2013; 28.11.2013; 18.12.2013; 16.01.2014; 20.02.2014; 24.03.2014; 07.04.2014; 07.05.2014; 12.06.2014; 04.07.2014; 06.08.2014; 11.08.2014; 08.09.2014; 08.10.2014; 04.03.2015; 12.05.2015; 22.05.2015; 10.06.2015; 29.06.2015; 29.07.2015; 18.08.2015; 03.12.2015 Tarikh Perbicaraan : 22.03.2016; 23.03.2016; 09.05.2016; 14.06.2016 Perwakilan : Encik Abd. Muiz Bin Samsuri Tetuan Muiz Samsuri & Co. Wakil Yang Menuntut Rujukan : Encik V. Nantha Kumar Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Wakil Pihak Syarikat Ini adalah suatu rujukan yang dibuat di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) mengenai dakwaan pemecatan kerja Wan Najib Bin Wan Mohd Nasir (selepas ini disebut sebagai Yang Menuntut ) oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai Responden ) pada 20.12.2012. 1

AWARD [1] Kes ini adalah mengenai pembuangan kerja Wan Najib Bin Wan Mohd Nasir ( Yang Menuntut ) oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. ( Responden ) pada 20.12.2012. Kes ini telah dirujuk oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia ke Mahkamah Perusahaan menurut peruntukan Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 ( APP ) pada 21.8.2013 dan telah diterima oleh Mahkamah ini pada 17.9.2013. Semasa perbicaraan kes ini, Responden telah memanggil 5 orang saksi dan Yang Menuntut telah memberi keterangan bagi pihak dirinya sendiri. Fakta Kes [2] Yang Menuntut ( YM ) telah mula berkhidmat dengan Responden sebagai sebagai seorang Juruteknik mulai 3.6.2006 dan telah disahkan dalam jawatannya pada 3.7.2006 melalui surat bertarikh 12.8.2006 sepertimana ditunjukkan di muka surat 1 CLB. Gaji terakhir YM sebelum penamatan perkhidmatannya oleh Responden adalah sebanyak RM1,832.00 sebulan. YM ditugaskan sebagai Juruteknik di Unit Mekanikal & Elektrik, Wilayah Hulu Langat Selangor Darul Ehsan. Perkhidmatan YM dengan Responden sehingga 20.12.2012 telah ditamatkan melalui surat Responden bertarikh 21.12.2012 seperti mana ditunjukkan oleh surat di ms 8-9 CLB. 2

[3] Suatu Siasatan Dalaman telah dijalankan oleh Responden pada 1.11.2012 dan YM didapati bersalah atas tuduhan yang dikemukakan oleh Responden. Tuduhan yang dikemukakan terhadap YM adalah seperti berikut: Bahawa anda sebagai Jututeknik di Unit Mekanikal & Elektrikal Wilayah Hulu Langat telah diarahkan oleh pihak pengurusan Wilayah Hulu Langat supaya bertugas di Pejabat di Tingkat 1, Unit Mekanikal dan Elektrikal. Namun, anda didapati telah gagal berada di Pejabat di Tingkat 1, Unit Mekanikal dan Elektrikal Wilayah Hulu Langat dan gagal memaklumkan kepada ketua unit anda sepanjang ketiadaan anda di pejabat pada tarikh dan masa seperti berikut: Bilangan Tarikh Masa 1 07/05/2012 2.00 pm - 5 30 pm 2 09/05/2012 9.00 am - 5 30 pm 3 11/05/2012 9.00 am - 5 30 pm 4 23/05/2012 9.00 am - 5 30 pm 5 24/05/2012 9.00 am - 5 30 pm 6 26/05/2012 9.00 am - 12.00 pm 7 05/06/2012 2.00 pm - 5 30 pm 8 18/06/2012 9.00 am - 5 30 pm 9 19/06/2012 9.00 am - 5 30 pm 10 20/06/2012 9.00 am - 5 30 pm 11 21/06/2012 9.00 am - 5 30 pm 12 27/06/2012 9.00 am - 5 30 pm 13 28/06/2012 2.00 pm - 5 30 pm 14 03/07/2012 9.00 am - 5 30 pm 3

Bilangan Tarikh Masa 15 06/07/2012 9.00 am - 5 30 pm 16 12/07/2012 9.00 am - 5 30 pm Tindakan anda ini adalah tindakan ingkar arahan pengurusan dan ianya bertentangan dengan termaterma perkhidmatan anda dengan Syarikat. [4] Isu yang berbangkit sekarang adalah sama ada penamatan pekerjaan YM bersebab dan beralasan adil (just cause and excuse). Sebelum Mahkamah menyentuh dan menelitikan fakta berkaitan dengan penamatan perkhidmatan YM selepas Siasatan Dalaman diadakan, Mahkamah perlu melihat kepada latar belakang kes ini. Mengikut ms 7 COB1, terdapat suatu Laporan Ketidakpatuhan Kepada Peraturan dan Arahan Kerja. Dalam Laporan tersebut, YM didakwa seperti berikut: 1. Tidak mematuhi arahan pegawai atasan supaya menghantar pembayaran cagaran melalui Deposit Tunai bagi satu (1) bil TNB milik SYABAS ke TNB Bandar Baru Bangi dan TNB Cheras untuk pembayaran cagaran. Tarikh tamat BG pada 11.10.2011. Didapati kakitangan ini tidak peka kepada keperluan dan kesegeraan (bila perlu) dalam menjalankan tugas. 2. Gagal mematuhi arahan keselamatan, kesihatan 4

dan persekitaran dalam pemakaian Alat Pelindung Diri. Kes ini disaksikan oleh Ketua Wilayah Hulu Langat di Rumah Pam Sungai Long antara jam 8.30pm hingga jam 9.30pm. (11.10.2011) di mana kakitangan ini hanya memakai selipar serta tidak memakai uniform dan tag nama semasa bertugas. 3. Gagal mengisi buku log kenderaan pada tarikh 11.10.2011 sebagaimana keperluan Seksyen HR. 4. Gagal mengetik kad perakam waktu dan tidak hadir bertugas pada tarikh 12.10.2011 serta tidak melaporkan kepada pegawai atasan di atas perkara tersebut. [5] Suatu memo dalaman bertajuk Memohon Surat Penjelasan bertarikh 13.10.2011 daripada Ir. Ammar M. Noor iaitu Pengurus Kanan, Seksyen Teknikal telah dihantar kepada YM meminta penjelasan mengenai salah laku yang disenaraikan di atas daripada YM dalam tempoh 3 hari daripada tarikh memo tersebut. Memo itu dikemukakan di ms 8-9 COB1 dan disalinkan kepada En. Mohamad Zahir Mohamad Hassan selaku Ketua Wilayah, En. Ezrul Azzim Wahid selaku Setiausaha Kerja, Pn. Maznena Nazlan selaku Penolong Pengurus, Seksyen Pentadbiran ( COW4 ) dan En. Mohd Nasir Ismail selaku Eksekutif, Unit M&E ( COW3 ). YM telah menjawab memo ini dengan suratnya bertarikh 17.10.2011 seperti berikut: 5

Perkara pertama, tidak menghantar pembayaran cagaran deposit tunai bagi satu bil TNB milik Syabas, saya menjelaskan bahawa saya terima surat ini jam 3.30pm dan tidak sempat nak hantar kerana tiada kenderaan kerana kenderaan syarikat (ranger) diguna untuk menghadiri breakdown. Perkara kedua, tidak mematuhi keselamatan, kesihatan dan persekitaran ini adalah kerana saya terima arahan kerja lewat jam 8.15pm dan ketika itu saya berada di tempat lain dan saya tergesa-gesa untuk pergi ke tapak tanpa memakai uniform, manakala kasut saya pula basah. Perkara ketiga, tidak mengisi buku log kenderaan kerana saya pulang dari r/pam Sg. Long untuk memantau kerja-kerja kontraktor lewat, saya ingat hendak tulis keesokkan harinya. Perkara keempat, tidak mengetik kad perakam waktu, kerana pada 12 Oktober 2011 saya MC kerana sakit perut dan saya telah memaklumkan kepada Fendi (tukang) dan surat MC saya telah dihantar keesokkan harinya. 6

[6] Selepas menerima surat penjelasan YM di atas, En. Mohamad Zahir Bin Mohamad Hassan selaku Penolong Pengurus Besar Wilayah Hulu Langat tidak berpuas hati dengan jawapan yang diterima daripada YM. Maka, En. Mohamad Zahir Bin Mohamad Hassan telah menghantar Memo Dalaman Seksyen Pentadbiran Wilayah Hulu Langat kepada Tn. Hj. Yusof Bin Saroji selaku Pengurus Besar Kanan, Jabatan Wilayah dan menyatakan, di antara lain, bahawa Pihak Wilayah telah mengeluarkan memo penjelasan, walaubagaimanapun pihak pengurusan Wilayah tidak berpuashati dengan jawapan daripada kakitangan ini. Memo Dalaman Seksyen Pentadbiran Wilayah Hulu Langat ini bertarikh 27.10.2011 dan dikemukakan di ms 11-12 COB1. Memo Dalaman bertarikh 27.10.2011 ini juga disalinkan kepada Tn. Hj. Zainal Bin Othman selaku Pengarah Eksekutif HRAD dan En. Abd Latif Bin Ismail selaku Pengurus Besar Sumber Manusia & Pentadbiran serta En. Ezrul Azzim Bin Wahid selaku Setiausaha Kerja. Setelah menelitikan segala dokumen yang diterima, Pengarah Eksekutif Sumber Manusia & Pentadbiran, Tn. Hj. Zainuddin bin Othman telah mengeluarkan Surat Amaran terhadap YM pada 31.12.2011 seperti berikut: Pihak pengurusan telah mendapati bahawa anda telah melakukan salahlaku iaitu melanggar peraturan dan polisi syarikat berhubung peraturan keselamatan di tempat kerja, polisi kehadiran ke pejabat dan polisi penggunaan kenderaan syarikat. 7

Selain itu, anda didapati telah ingkar arahan seperti mana yang diarahkan oleh pihak atasan anda. Setelah meneliti surat penjelasan anda, pihak pengurusan mendapati penjelasan yang diberikan adalah tidak memuaskan. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan memandang serius akan perkara ini dan memutuskan untuk memberikan AMARAN terhadap anda. [7] Surat Amaran ini telah diakui terima oleh YM pada 4.1.2012. Pada masa yang sama, YM juga diberikan amaran dalam surat tersebut bahawa jika salahlaku yang sama diulangi, Responden akan mengambil tindakan yang lebih keras terhadapnya termasuk pembuangan kerja. Pada pandangan Mahkamah, Surat Amaran ini adalah hukuman yang telah diberikan oleh Responden kepada YM bagi salah laku yang dilakukan oleh YM seperti mana disenaraikan dalam surat Responden bertarikh 13.10.2011. Hukuman ini telah diberikan oleh Pengarah Eksekutif Sumber Manusia & Pentadbiran Responden kepada YM dan Surat Amaran tersebut telah disalinkan kepada (1) Ketua Pegawai Eksekutif, (2) Pengurus Besar Kanan, Jabatan Wilayah, (3) Ketua Wilayah Hulu Langat dan (4) Fail Peribadi YM. Maka, tiada sebarang hukuman tambahan yang boleh dikenakan ke atas YM bagi salah laku yang sama oleh pihak-pihak yang lain, sama ada oleh Pengurus Besar Kanan, Jabatan Wilayah, atau Ketua Wilayah Hulu Langat ataupun Ketua Pegawai Eksekutif. 8

[8] Daripada fakta yang dikemukakan di Mahkamah, telah didapati bahawa dakwaan kini terhadap YM timbul daripada arahan lisan yang diberikan oleh COW3 selaku Pegawai Eksekutif Unit M&E pada bulan Oktober 2011. Dalam jawapan 6 COWS3, COW3 yang kini bertugas sebagai Eksekutif Kanan Unit M&E di SYABAS Wilayah Hulu Langat telah menyatakan seperti berikut: Pada 13hb Oktober 2011 satu surat memohon penjelasan diberi kepada Penuntut berkenaan 4 isu disiplin kerja yang berlainan. Penuntut telah memberi jawapan melalui surat bertarikh 17 Oktober 2011. Phak Syarikat tidak puas hati dengan jawapan beliau. Semasa itu juga saya diminta oleh Pengurusan Wilayah untuk meminta Penuntut hanya bertugas bertempat di Pejabat. Penuntut juga diberi amaran bertulis melalui surat bertarikh 31hb Disember 2011. [9] Semasa siasatan dijalankan, seperti mana dinyatakan dalam ms 30 COB1, En. Mohd Nasir ( COW3 ) telah memberitahu Pegawai Penyiasat En. Mohd Zaini Rohimi bahawa orang yang mengeluarkan arahan untuk YM bertugas di pejabat ialah Ketua Wilayah pada tahun 2011 di dalam mesyuarat EXCO Wilayah pada bulan Oktober 2011 dan akibat daripada itu, YM telah diarahkan sejak bulan Oktober 2011 untuk bertugas di pejabat sahaja. Sepatutnya, selepas Surat Amaran dikeluarkan oleh Pengarah Eksekutif Sumber Manusia & Pentadbiran Responden kepada YM, segala hukuman lain 9

seperti arahan kerja di pejabat sahaja (Arahan Grounded) tidak boleh lagi dikenakan terhadap YM. [10] Arahan Grounded boleh dikeluarkan oleh Pengurus Kanan Wilayah Hulu Langat atau Penolong Pengurus Besar Wilayah Hulu Langat sementara menunggu keputusan daripada Pengurus Besar Kanan, Jabatan Wilayah atau Pengarah Eksekutif Sumber Manusia & Pentadbiran berkenaan 4 isu disiplin kerja yang disebutkan di atas. Keputusan ke atas aduan salah laku oleh YM yang disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Sumber Manusia & Pentadbiran dalam Surat Amaran di ms 13 COB1 tidak mengandungi sebarang Arahan Grounded. Oleh ini, YM bertindak betul untuk minta arahan bertulis daripada pihak Responden kerana YM telah dikenakan hukuman tambahan oleh Seksyen Teknikal pihak Responden tetapi telah tidak dibekalkan dengan arahan hukuman tersebut. [11] Mahkamah mendapati bahawa oleh kerana Arahan Grounded itu diberikan secara lisan, COW3 sendiri telah memberikan keterangan yang bercanggahan. Dalam Jawapan 7, COWS3, COW3 menyatakan bahawa lebih kurang pada bulan April 2012 Puan Maznena (COW4) meminta saya untuk memberi tugas pejabat kepada Penuntut untuk memudahkan pemantauan Penuntut. Saya dan En. Tarmisi iaitu Penyelia terus Penuntut telah memberi arahan lisan kepada Penuntut untuk bertugas di pejabat. Mahkamah mendapati bahawa Arahan Grounded telah diberikan secara lisan kepada YM 10

dalam bulan Oktober 2011 dan tidak pernah dibatalkan oleh mana-mana pihak. [12] Pada pendapat Mahkamah, setelah mendapat keputusan hukuman daripada Pengarah Eksekutif Sumber Manusia & Pentadbiran berkenaan dengan empat salahlaku yang dilaporkan, Arahan Grounded tersebut telah luput pada 31.12.2011 dan YM harus dibenarkan bekerja dan menjalankan tugas-tugasnya seperti biasa. Pengurus Kanan Wilayah Hulu Langat atau Penolong Pengurus Besar Wilayah Hulu Langat tidak mempunyai kuasa untuk menambahkan satu lagi hukuman ke atas YM iaitu Arahan Grounded bagi kesalahan yang sama tanpa adanya sebarang salah laku tambahan. Kemudian COW2 dan COW3 memberi Arahan Grounded sekali lagi kepada YM dalam bulan April 2012. Jikapun Arahan Grounded hendak dikenakan ke atas YM sebagai suatu hukuman tambahan, arahan itu haruslah dijadikan hukuman yang dikenakan oleh Pengurus Besar Kanan, Jabatan Wilayah melalui surat daripada Pengarah Eksekutif Sumber Manusia & Pentadbiran. Mahkamah mendapati bahawa atas dasar ini sahaja, Mahkamah boleh membuat keputusan bagi kes ini bahawa penamatan pekerjaan YM tidak bersebab dan tidak beralasan. Akan tetapi, oleh kerana beberapa isu lain telah dibangkitkan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah akan terus menelitikan perkara-perkara lain yang telah dibangkitkan oleh pihak-pihak dalam kes ini. 11

[13] Semasa Siasatan Dalaman dijalankan, Pengerusi Panel iaitu COW1 telah mendapat tahu bahawa YM di grounded dan diminta menjalankan kerja-kerja di pejabat sahaja. Ini adalah jelas di ms 6 COB2. Di ms 8 COB2 juga terdapat keterangan daripada COW2 bahawa YM telah di grounded. Mengikut keterangan YM, oleh kerana Arahan Grounded ini, dia tidak dapat menjalankan tugas-tugasnya. Mengikut COW3 dalam keterangannya di ms 31 COB1, tugastugas yang dilakukan oleh YM sepanjang diarahkan bertugas di pejabat adalah membuat ringkasan laporan bulanan elektrik dan memantau kerja kontraktor/jurutera Kompeten Elektrik di Rumah-Rumah Pam. YM telah mempertikaikan kerja tersebut yang diarahkan oleh COW3. Akan tetapi, COW3 tegas menyatakan kepada YM bahawa tugas yang diberikan masih di dalam skop kerja YM. [14] Mengikut keterangan yang dikemukakan oleh YM, tugas-tugas utamanya disebutkan di ms 2 dalam CLB dan disenaraikan di bawah ini: Bil Tugas-tugas Utama Peratusan 1 Membantu chargeman mengenalpasti kerosakan elektrik di rumah pam, kuartes dan pejabat syabas. 20% 2 Membantu chargeman membaiki kerosakan pepasangan elektrik untuk setiap aduan yang diterima dari pam operator 20% 3 Memantau dan membantu chargeman memeriksa kerjakerja pembaikan oleh kontraktor terpilih serta menguji, mengesah dan menauliah pepasangan yang telah siap dibaiki 20% 12

Bil Tugas-tugas Utama Peratusan 4 Menyediakan laporan bulanan dan MCM setiap 2 haribulan, membantu chargeman mengawalselia dan standby bila-bila diperlukan 10% 5 Membuat kerja-kerja servising bulanan di rumah-rumah pam air yang sedia ada dan yang baru diambil alih dari pihak pemaju 10% 6 Sentiasa memakai dan menggunakan Alat Pelindung Diri (PPE) yang dibekalkan semasa bekerja 10% 7 Sentiasa memastikan keselamatan dan kesihatan diri dan orang lain terjamin. Bekerjasama dan mematuhi segala kehendak keselamatan, kesihatan dan alam sekitar. 10% [15] Daripada keterangan ini, jelaslah bahawa hampir keseluruhan tugas YM memerlukan YM berada di tapak dan hanya 10% daripada kerjanya adalah di dalam pejabat. Mahkamah menerima jawapan YM di Jawapan 31 CLWS di mana YM menyatakan bahawa adalah sesuatu yang tidak munasabah apabila pihak Syarikat kononnya ada mengarahkan saya mesti sentiasa berada di Pejabat pada waktu bekerja dan pada masa yang sama tugas saya untuk menyediakan laporan kerja-kerja penyelengaraan berkala (Elektrikal) tanpa pergi ke tapak atau perlu menghadiri apa-apa kerosakan atau menghadiri [memantau] kontraktor di tapak untuk pembaikian di mana-mana Rumah Pam milik Pihak Syarikat. Dengan Arahan Grounded yang dikeluarkan oleh COW3, Mahkamah mendapati bahawa YM telah dihalang daripada menjalankan kerjakerja hariannya. Memang sukar untuk YM menyediakan laporan seperti mana diperlukan yang disebutkan oleh COW3. Oleh ini, Responden telah gagal 13

membuktikan bahawa YM telah gagal menjalankan tugasan hakikinya atau engkar mengikuti arahan yang munasabah daripada pegawai atasannya. [16] YM memberi keterangan bahawa setelah sekian lama YM diberikan Arahan Grounded daripada COW3 secara lisan melalui telefon, dia telah berkali-kali meminta arahan bertulis daripada COW3 tetapi telah tidak diendahkan. Apabila ditanya semasa pemeriksaan balas, sama ada dia mendapat kebenaran COW2 atau COW3 untuk keluar pejabat pada hari-hari yang disebutkan di dalam caj terhadapnya seperti mana ditunjukkan di ms 14-15 COB1, YM telah memberitahu Mahkamah bahawa dia tidak mendapat kebenaran sebab COW2 tidak akan masuk ofis sebab akan terus ke tapak dan COW3 kadang-kadang ada dan kadang-kadang tak ada. YM juga berkata bahawa kalau dia mintapun, memang COW3 tidak akan memberi kebenaran kepadanya dan dia tak buat apa-apa dalam pejabat macam buta sahaja. [17] Dalam aspek ini, Mahkamah berpendapat bahawa Majikan diwajibkan memberikan tugas-tugas kepada pekerjanya dan pekerja tidak boleh diminta duduk membuta sahaja di pejabat bagi jangka masa yang tidak ditentukan dengan masa hadapan yang tidak tertentu. Mahkamah mendapati bahawa Arahan Grounded secara lisan untuk tempoh yang panjang dari bulan Oktober 2011 hingga bulan Julai 2012 sebagai suatu arahan atau hukuman yang tidak munasabah dan tidak berteraskan kepada apa-apa salah laku. Arahan tersebut lebih bersifat mala fide. Undang-undang adalah jelas dalam aspek ini 14

dan memerlukan setiap perjalanan kuasa dijalankan secara bona fide bagi mengelak arahan yang diberikan dikategorikan sebagai suatu penindasan (victimisation) atau salah guna kuasa dengan niat atau motif serong (ulterior motive). Kecacatan dalam Pertuduhan [18] Responden telah tidak mengemukakan kad perakam waktu YM di Mahkamah bagi membuktikan ketidakhadiran YM pada tarikh-tarikh yang disebutkan di dalam caj dan memo penjelasan bertarikh 21.6.2012. Mengikut keterangan Responden, YM telah mengakui bahawa dia telah keluar ke tapak atau rumah pam dan ke masjid pada hari-hari tersebut. Maka, mengikut hujahan bertulis Responden, caj tersebut telah diakui oleh YM dan YM didapati bersalah. Mengikut keterangan YM, dia telah mengetip kad perakam waktunya dan telah pergi ke tapak atau rumah pam sebab tidak ada orang atau kerja di pejabat. [19] Mahkamah mengambil maklum bahawa tahap pembuktian yang diperlukan daripada Responden dalam kes ini adalah seperti mana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Telekom Malaysia Kawasan Utara v. Krishnan Kutty a/l Sanguni Nair & Anor [2002] 3 CLJ 314, iaitu pada tahap imbangan kebarangkalian sahaja. Setelah meneliti caj yang dikemukakan oleh Responden, Mahkamah mendapati bahawa caj yang 15

dikemukakan tidak tepat dan mempunyai kecacatan. YM tidak perlu berada di pejabat dari pukul 9 pagi sehingga pukul 5.30 petang sebab YM berhak keluar dari pejabat pada masa makan tengah hari. Oleh ini, caj yang dikemukakan terhadap YM mempunyai kecacatan. [20] Dalam buku Law of Industrial Disputes, 5 th Edition Vol. 2, O.P. Malhotra menyatakan keperluan yang mesti dipenuhi di dalam pertuduhan yang dikemukakan terhadap seseorang pekerja adalah seperti berikut: Charge-sheet: (1) Requirements - charge-sheet is the charter of disciplinary action. The domestic enquiry commences with the service of the charge-sheet. In other words, before proceeding with the domestic enquiry against an offending employee, he must be informed clearly, precisely and accurately of the charges levelled against him. It is duty of the employer to indicate to the delinquent employee not only the precise nature of the charges, but also the documents, if any, upon which the charges are based. This is all the more necessary where the charges are of a general nature and pertain to accounts maintained over a period of time. The charge-sheet should specifically set out all charges which the workman is called upon to show cause against and should also state all relevant particulars without which he cannot defend himself. The object of this requirement is that the delinquent workman must know what he is charged with and have the amplest opportunity to meet the charge and to defend himself by giving a proper explanation, after knowing the nature of the offence with which he is charged, otherwise it will amount to his being condemned unheard. Fair hearing 16

presupposes a precise and definite catalogue of charges, so that the person charged may understand and effectively meet them. If the charges are imprecise or indefinite, the person charged would not be able to understand them and defend himself, effectively, and the resulting enquiry would not be a fair and just enquiry. [Emphasis Added]. [21] Prinsip-prinsip ini telah terpakai dalam kes Esso Production v. Maimunah Ahmad & Anor [2002] 2 MLJ 458. Dalam kes tersebut, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa isu berkaitan dengan kesahihan atau sebaliknya pertuduhan-pertuduhan yang dikemukakan di hadapan lembaga siasatan dalaman adalah suatu isu yang penting dan boleh ditimbulkan pada mana-mana peringkat prosiding. Terdapat butir-butir yang penting yang perlu didedahkan dalam pertuduhan-pertuduhan tersebut. Kesahihan atau sebaliknya pertuduhan-pertuduhan tersebut adalah penting sebelum merit sesuatu kes boleh dipertimbangkan. Maka, setelah menelitikan pertuduhan-pertuduhan yang dikemukakan terhadap Yang Menuntut dalam kes tersebut, Mahkamah Rayuan membuat keputusan bahawa pertuduhanpertuduhan yang tidak mempunyai butir-butir yang penting adalah cacat dan adalah tidak sah ab initio. [22] Dalam menyampaikan keputusan Mahkamah Rayuan, Abdul Kadir Sulaiman HMR di muka surat 463-464 menyatakan seperti berikut: 17

At least from the purported statement, surely the date, time and place the offences were alleged to have been committed would have been known to enable proper charges to be framed against her. On the two charges, the burden is on the party that alleges to satisfy the tribunal adjudicating the matter that the charges had been proved before the first respondent could be condemned. They are material particulars required to be disclosed in the charges. Without that, how would one accused upon the charges be able to prepare proper defences to them. Simply upon the admission and non-dispute either during the domestic inquiry or during the proceedings before the second respondent would not entitle the learned judge of the High Court in this instant, to proceed to consider the merits of the case. The validity or otherwise of the charges is the threshold of the matter before the merit could be considered. Looking at the two charges as they stood, we would not hesitate to say that they are bad and the learned judge was therefore, correct when he said that such charges for want of the material particulars is void ab initio. With that we agree with the learned judge that on such improper charges before the board of inquiry the finding of guilt upon the first respondent could not stand thereby rendering the dismissal of the first respondent by the appellant to be without just cause or excuse and therefore, unlawful. On this ground alone, this appeal of the appellant against the decision of the learned judge ought to be dismissed.. [Emphasis Added]. [23] Dalam kes ini, masa yang diperlukan untuk YM hadir di pejabat tidak dikemukakan sebagai keterangan. Adalah jelas bahawa YM berhak untuk keluar dari pejabat semasa waktu rehat. Oleh ini, masa yang disebutkan di 18

dalam pertuduhan terhadap YM adalah tidak betul dan pertuduhan tersebut mempunyai kecacatan dan adalah tidak sah mengikut prinsip-prinsip undangundang yang diputuskan di dalam kes Esso Production v. Maimunah Ahmad & Anor. Kesimpulan [24] Mahkamah juga mendapati bahawa COW3 tidak mempunyai asas untuk mengeluarkan Arahan Grounded sama ada secara lisan ataupun secara bertulis. Oleh kerana Memo Penjelasan adalah berteraskan kepada Arahan Grounded COW3, maka tindakan yang diambil oleh pihak Responden untuk mengadakan siasatan dalaman dan seterusnya juga menjadi tidak sah. YM telah berulang kali meminta Arahan Grounded itu diberikan secara bertulis kepadanya dan arahan bertulis akhirnya diberikan kepadanya pada 12 Julai 2012 seperti mana ditunjukkan di ms 18 COB1. Selepas daripada tarikh tersebut, keterangan YM adalah dia telah berada di pejabat dan dia tiada lagi mempertikaikan arahan bertulis itu. Perkara ini juga diakui oleh COW4 semasa pemeriksaan balas. Pada pandangan Mahkamah, ini bukannya kes engkar perintah majikan tetapi kes pengenaan hukuman tambahan secara grounded di pejabat oleh Seksyen Mekanikal setelah suatu hukuman lain telah diberikan oleh Seksyen Pentadbiran Responden di Wilayah Hulu Langat bagi salah laku yang sama. 19

[25] Mengikut hujahan bertulis Responden, YM telah engkar arahan pegawai atasannya. Menurut YM pula, dia telah ditindas dan Responden telah bertindak terlalu keras terhadapnya. Pemecatannya adalah tidak wajar, tidak adil dan tanpa alasan yang munasabah. Setelah mengambilkira keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh Yang Menuntut dan Responden dan mengambil kira seksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk bertindak mengikut ekuiti, perasaan hati nurani dan merit kes yang substantial tanpa memberi perhatian kepada perkara-perkara teknikal dan berbentuk undang-undang, Mahkamah bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh YM. Maka, Mahkamah memutuskan bahawa pembuangan kerja YM tidak dilakukan berasaskan kepada sebab atau alasan yang adil. Remedi [26] Dalam kes ini Mahkamah telah mendapati bahawa walaupun Arahan Grounded adalah hukuman tambahan yang tidak boleh dikenakan ke atas YM bagi kesalahan yang sama, YM telah mengaku telah keluar dari pejabat untuk pergi ke masjid dalam waktu bekerja. Berdasarkan faktor ini, adalah wajar dan adil, YM tidak diberikan jumlah gaji kebelakangan sepenuhnya seperti mana diperuntukkan dalam dalam perkara 1 Jadual Kedua Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177). Mengikut perkara 1, Mahkamah boleh memerintahkan supaya gaji kebelakangan tidak melebihi dua puluh empat 20

bulan dibayar kepada YM. Maka Mahkamah mengawadkan gaji kebelakangan sebanyak empat belas bulan dibayar oleh Responden kepada YM. [27] YM telah bekerja dengan Responden lebih daripada enam tahun pada tarikh penamatan perkhidmatannya. Mahkamah tidak akan memerintahkan bahawa YM dikembalikan semula ke jawatan asalnya setelah mempertimbangkan keadaan dan fakta kes ini. Remedi ini tidak selaras dengan keharmonian perusahaan dan terdapat ketegangan perhubungan di antara YM dan pegawai-pegawai kanan Responden serta tiada lagi sifat saling mempercayai di antara Responden dan YM lagi pada masa ini. Oleh ini, adalah wajar dan adil untuk Mahkamah ini mengawardkan ganti rugi kewangan kepada YM. Maka, Mahkamah memerintahkan remedi seperti berikut: (a) Bayaran gaji kebelakangan RM1,832.00 x 14 bulan... RM25,648.00 (b) Pampasan sebagai galang ganti pengembalian semula ke jawatan RM1,832.00 x 6 bulan... RM10,992.00 (c) Remedi keseluruhan RM25,648.00 + RM10,992.00 = RM36,640.00 21

[28] Bayaran RM36,640.00 hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari daripada tarikh award ini diperturunkan dan dibayar oleh Responden kepada YM melalui peguam YM, Tetuan Muiz Samsuri & Co. sebagai pemegang amanah (stakeholder). Dalam masa yang sama, Responden dikehendaki mengeluarkan Borang CP22A kepada YM bagi maksud YM membuat bayaran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ). Setelah penaksiran dibuat oleh LHDN ke atas jumlah pampasan yang dibenarkan oleh Mahkamah, YM bertanggung jawab membayar taksiran cukai yang dikenakan oleh LHDN. Peguam YM boleh membuat potongan daripada jumlah pampasan tersebut untuk bayaran cukai kepada LHDN sebelum membayar bakinya kepada YM jika cukai yang ditaksirkan tidak dibayar oleh YM sendiri. DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 12 APRIL 2017 -tt- (PUAN TAN GHEE PHAIK) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN, MALAYSIA KUALA LUMPUR 22