KEMANTAPAN TILAWAH ASAS KOMPETENSI IMAM: KAJIAN IMAM-IMAM MASJID DAERAH MELAKA TENGAH

Similar documents
EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Penguasaan dan Kesalahan Bacaan dalam Surah Al-Fatihah di kalangan Pelajar DKA 1A Sesi Dis 2012 : Satu Kajian Tindakan

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PANDUAN DOA QUNUT & SUJUD SAHWI. Oleh Imer Imran A Blog About Life. Panduan Ringkas Tetapi Mudah Difahami

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

SOLAT SUBUH BERJEMAAH DALAM KALANGAN MAHASISWA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) : SATU PEMERHATIAN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Kemahiran Rasm Mushaf Uthmani Guru J-QAF Negeri Terengganu

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

KEMAMPUAN PELAJAR PEREMPUAN TERHADAP BACAAN KHUSUS IMAM HAFS: SATU PERBANDINGAN DENGAN PELAJAR LELAKI

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 2 (2018)

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

ZAMRI MAHAMOD, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, MOHD MAHZAN AWANG & CHEW FONG PENG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

ISSN MALAYSIAN JOURNAL FOR ISLAMIC STUDIES JILID

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

THE ONLINE JOURNAL OF ISLAMIC EDUCATION July 2017, Vol. 5, Issue 1

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

MENINGKATKAN KEMAHIRAN HAFAZAN AL-QURAN MURID TAHAP 2 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH. Oleh ABD RAZAK B.

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN

PELAKSANAAN TUGASAN DIALOG TENTANG ISLAM MENERUSI FACEBOOK DALAM KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAKWAH

Penguasaan Bacaan Hamzah Wasal Menggunakan Kaedah Bafkad (Mastering the Reading of Hamzah Wasal Using Bafkad Method)

Transcription:

KEMANTAPAN TILAWAH ASAS KOMPETENSI IMAM: KAJIAN IMAM-IMAM MASJID DAERAH MELAKA TENGAH Ikmal Zaidi bin Hashim Jabatan Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Fakulti Pengajian Peradaban Islam, KUIS ikmalzaidi@kuis.edu.my Ikhtiaruddin bin Mohd Yasim Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim Kota, Negeri Sembilan Muhamad Khairul Naim bin Mat Hussain Jabatan Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Fakulti Pengajian Peradaban Islam, KUIS ABSTRAK Profesion imam di Malaysia khasnya di masjid-masjid kariah, daerah dan negeri serta masjid-masjid utama di Malaysia menuntut kompetensi dan integriti yang optimum. Imam bukan sahaja pemimpin dalam solat tetapi ketua pegawai ekskutif dalam pentadbiran dan pengurusan masjid. Namun apa yang dibimbangi ialah pemberatan terhadap tilawah Al-Quran para imam yang diabaikan sedangkan ia berkait rapat dengan tanggungjawab asasi mereka sebagai imam solat. Kepimpinan mereka dalam solat mula dipertikaikan oleh para makmum yang mutakhir ini semakin ramai yang berilmu dan berkemahiran dalam bacaan Al-Quran dan ilmu Tajwid. Kertas ini membincangkan secara induktif dan deskriptif tentang ciri-ciri kemantapan tilawah Al-Quran yang sewajarnya dimiliki oleh para imam berdasarkan kajian terhadap beberapa buah masjid kariah di daerah Melaka Tengah, Melaka. Data-data kualitatif diperolehi melalui temubual berstruktur dengan para imam dan temubual tidak berstruktur dengan para jemaah masjid-masjid yang terlibat selain daripada dokumentasi dan rakaman. Setelah dianalisis didapati bahawa masih terdapat para imam yang melakukan kesalahan-kesalahan tajwid yang asas walau pun tidak membawa kepada pembatalan solat seperti kesalahan kesalahan Mad dan Qasr, Nūn Mīm Bersabdu, Mad Āriḍ lil al-sukūn,makhraj Huruf dan Qalqalah. Kata kunci: Tilawah, Kompetensi Imam, Masjid Kariah 1.0 Pendahuluan Seorang imam merupakan pemimpin dalam solat. Kepemimpinan seseorang imam bergantung kepada sejauh mana ia berjaya melaksanakan tanggung jawabnya dalam menyempurnakan setiap rukun dan syarat sepanjang solat yang dikerjakan secara berjemaah di surau dan masjid. Imam yang mempunyai kompetensi sewajarnya mampu mempersembahkan tilawah Al-Quran dengan faṣih dan selayaknya sebagai seorang imam. Tilawah yang membuktikan penguasaan ilmu Tajwid secara teori dan praktikal, yang menunjukkan sebutan huruf dan baris menepati makharij al-hurūf dan sifatsifatnya di samping tilawah yang berirama, tenang dan menenangkan hati makmum di belakangnya. 2.0 Kompetensi yang Menentukan Kelayakan Seorang Imam Imam Hanbalī dan Imam Hanafī berbeza pandangan dalam meletakkan keutamaan seseorang menjadi imam. Kedua-duanya meletakkan bahawa kelayakan utama bagi seorang imam ialah yang mempunyai hafalan al-quran yang paling banyak. Antara hujah mereka adalah : (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4 th & 5 th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA 276

Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: Daripada Abī Sa īd berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : Sekiranya kamu berjumlah tiga orang (dan mahu mengerjakan solat berjemaah) maka hendaklah di antara kamu yang paling banyak hafalannya menjadi imam Hujah yang kedua juga bersandarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w: Maksudnya : Daripada Abī Mas ūd Al-Anṣārī telah berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : Yang menjadi imam bagi sesuatu kaum itu didahulukan mereka yang banyak mengingati al-quran dan paling baik bacaannya. Maka jika dalam kalangan mereka itu (para imam) bersamaan pada mengingati al-quran, dipilih siapakah yang terlebih dahulu hijrah (syarat ini telah tiada pada zaman ini hanya ada pada zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Maka jika bersamaan juga, didahulukan mereka yang lebih tua atau dewasa dan janganlah seseorang menjadi imam tanpa kebenaran imam yang berkuasa di tempatnya dan jangan seseorang itu duduk di satu tempat duduk kecuali yang telah dikhaskan bagi dirinya sahaja (melainkan dengan izin). Hujah yang ketiga pula adalah sabda Rasulullah s.aw: Maksudnya: Solatlah kamu pada keadaan demikian, solatlah kamu pada keadaan demikian, Sekiranya telah datang waktu solat, maka hendaklah salah seorang daripada kamu mengalunkan azan dan hendaklah salah seorang daripada kamu yang paling banyak hafalan al-qurannya untuk menjadi imam Manakala Imam Syāfi ī dan Imam Māliki menegaskan pandangan mereka bahawa orang yang lebih faqih adalah diberi keutamaan menjadi imam berbanding mempunyai hafalan Al-Quran yang banyak. Antara hujah mereka ialah: 1 Abū Abd al-rahmān Ahmad bin Alī, Sunan an-nasā ī, Bab al-jamā ah, No. Hadis 840. 2 Al-Imām Abū al-husain Muslim bin al-ḥajjaj, Ṣaḥīḥ Muslim, Bab Ahaqqu Bi al-imāmah, No. Hadis 1084. 3 Ṣahīb bin Abd al-jabār. al-musnad al-maudūī al-jāmi lil-kitāb al- Asyarah. Bab al-aula bil-imāmah fī al- Ṣolāḥ. No. Hadis 2. (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4 th & 5 th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA 277

i. Kebiasaannya orang yang menggantikan imam dalam solat mestilah mengetahui selok belok tentangnya iaitu orang yang faqih ilmunya. Justeru itu, orang yang faqih lebih utama terutama para imam besar dan ulama. ii. Ulama telah menjawab dengan hadis sebelum ini bahawa orang yang paling banyak hafalan al-quran ketika zaman sahabat adalah orang yang paling faqih. Seorang sahabat Abdullah Ibnū Mas ūd mengatakan Kami tidak menghafal lebih daripada sepuluh ayat al-quran, melainkan kami benar-benar memahami hukumnya yang ada pada ayat tersebut dan mengamalkannya. Bagaimanapun, Imam Hanafī dan Imam Hanbalī menolak hujah di atas ini dengan membawa dalil daripada Rasulullah s.a.w. Hujah ini menunjukkan bahawa perlu mendahulukan orang yang lebih mahir dalam al-quran secara mutlak daripada orang yang lebih mengetahui ajaran sunnah. Pada zaman Rasulullah s.a.w. juga, ramai para sahabat pandai membaca al- Quran dan turut faqih dalam ilmu pengetahuan. Antaranya ialah Saidina Abū Bakar, Zaīd bin Tsābit, Ubāi bin Ka ab dan Muaz r.a. (Ibn Qasim, 2008:297) Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: Jika dalam al-quran kemampuannya sama, maka pilihlah orang yang mengetahui tentang ajaran sunnah. iii. Ketika di zaman Rasulullah s.a.w. baginda pernah melantik Saidina Abū Bakar r.a. menjadi imam bagi para sahabat untuk menggantikannya ketika sakit, namun begitu Saidina Abū Bakar r.a. bukanlah seorang sahabat yang mempunyai hafalan al-quran yang banyak. Bagaimanapun hujah ini disangkal ulama lain, dengan mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. memilih Saidina Abū Bakar r.a. untuk menggantikannya imam adalah sebagai satu isyarat menjadi khalifah selepas baginda. Hal ini kerana apabila menjadi khalifah dianggap paling utama dan layak menjadi imam biarpun ada orang yang lebih banyak hafalannya. Menurut Ibn Hajar (2001:171), pendapat yang boleh dianggap rājih ataupun kuat adalah dengan mendahulukan seseorang yang mempunyai banyak hafalan al-quran menjadi imam berbanding orang yang faqih. Tetapi ia mestilah bersyarat iaitu seseorang yang banyak hafalannya perlu mengetahui tentang hukum-hukum dalam dan di luar solat. Namun demikian, jika seseorang itu hanya memiliki hafalan yang banyak sahaja, maka ia tidaklah berada dalam keutamaan untuk menjadi imam mengikut sepakat para ulama. Dr. Wahbah Az-Zuhailī (2010:169) meletakkan keutamaan menjadi imam adalah orang yang tinggi pengetahuannya tentang ilmu fiqh terutama berkaitan hal ehwal solat dan ia juga merupakan pandangan ulama fuqaha. 3.0 Analisis Kualiti Bacaan Al-Quran Imam Masjid Kariah Penulis membentangkan dapatan daripada kajian serta tinjauan yang telah dilakukan beserta menjelaskan metodologi yang telah digunapakai dalam mendapatkan data, kaedah persampelan dan analisis yang dilaksanakan. 4 Al-Imām Abū al-husain Muslim bin al-ḥajjaj, Ṣaḥīḥ Muslim, Bab Ahaqqu Bi al-imāmah, No. Hadis 1084. (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4 th & 5 th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA 278

3.1 Subjek Serta Skop Kajian Terdapat 44 buah masjid di daerah Melaka Tengah yang mewakili 5 mukim. Dalam kajian ini penulis menskopkan kepada 13 buah masjid iaitu 30% dari jumlah keseluruhan masjid di daerah Melaka Tengah. Bagi masjid yang terpilih penulis mendapatkan beberapa orang jemaah sebagai sampel kajian. Maklumat yang mahu penulis dapatkan dari sampel adalah kualiti bacaan imam masjid kariah. 3.1.1 Masjid Penulis telah memilih 13 buah masjid daripada 44 buah masjid kariah yang terdapat di daerah Melaka Tengah. Masjid Bukit Durian Masjid ini dibina pada tahun 1919 dan dibaharukan pada tahun 1950 daripada derma orang ramai dan kerajaan. Imam 1 masjid ini ialah Tuan Hj. Dahlan Bin Hj. Suramin. Masjid Ayer Molek Dalam Tahun 1895 masjid ini dibina dengan derma orang ramai dan bergotong-royong. Dibaharukan masjid ini dalam tahun 1950 dengan derma orang ramai. Imam 1 masjid ini ialah Encik Rostami Bin Abū Bakar. Masjid Kandang Masjid ini dibina dalam tahun 1915 dan diperbaharui dalam tahun 1966 daripada derma orang ramai. Masjid ini dibina dalam kawasan kampung kandang. Masjid ini dibina untuk memudahkan para penduduk untuk menunaikan solat berjemaah dan menganjurkan aktiviti keagamaan. Imam 1 masjid ini ialah Tuan. Hj. Mohd Amin Bin Simoh. Masjid Bukit Nibong Terletak di tengah-tengah persimpangan utama Kampung Bukit Nibong, Masjid Al-Ridhwan berdiri teguh hampir 70 tahun. Dibina kira-kira pada akhir 1940an, masjid ini dinamakan Al-Ridhwan yang bermaksud bersempena permuafakatan seluruh ahli kariah pada masa itu. Imam 1 masjid ini ialah Tuan Hj. Samit Bin Hj Rikwan. Masjid Semabok Masjid ini dibina dalam tahun 1905 daripada derma orang ramai. Dalam tahun 1977 ianya diperbaharui lagi dengan belanjanya daripada derma orang ramai juga. Imam 1 masjid ini ialah Tuan Hj Md Damanhuri Hj Hussin. Masjid Duyong Masjid ini mula dibina pada tahun 1850 dengan derma orang ramai dan pada tahun 1967 masjid ini dibaharui dengan bantuan kerajaan dan derma orang ramai. Imam 1 masjid ini ialah Hj Abū Adam B. Awal. Masjid Permatang Duyong Masjid ini mula dibina pada tahun 1850 dengan derma orang ramai dan pada tahun 1967 masjid ini diperbaharui dengan bantuan kerajaan dan derma orang ramai. Imam 1 masjid ini ialah En Ismail B. Zakaria. (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4 th & 5 th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA 279

Masjid Alai Masjid ini dibina dalam tahun 1890 dengan derma orang ramai dan bergotong-royong. Dalam tahun 1925, masjid ini dibaharui dengan derma orang ramai juga. Imam 1 masjid ini ialah Tuan Hj Ahmat Bin Hj Dalib. Masjid Bukit Pegoh Masjid ini mula dibina pada tahun 1940 kemudian dibina semula dalam tahun 1972 daripada bantuan kerajaan. Imam 1 masjid ini ialah Nur Muhdiyoto Bin Mohd Rumi. Masjid Permatang Pasir Masjid ini dibina dalam tahun 1927 kemudian dibina semula dalam tahun 1965 dengan bantuan kerajaan. Imam 1 masjid ini ialah Tuan Hj Amzah B. Hj Tawil. Masjid Pernu Masjid ini mula-mula dibina pada tahun 1880 dengan derma orang ramai. Dalam tahun 1960 masjid ini diperbaharui dengan derma orang ramai dan bantuan kerajaan. Imam 1 masjid ini ialah Tuan Hj Mohd Yakub Bin Ahmad. Masjid Telok Mas Masjid ini mula dibina pada tahun 1826 dengan derma orang ramai dan pada tahun 1989 masjid ini diperbaharui dengan bantuan kerajaan dan bantuan orang ramai. Imam 1 masjid ini ialah Tuan Hj Zaidan Bin Bahar. Masjid Bukit Baru Masjid ini dibina pada tahun 1918 dan diperbaharui pada tahun 1976 dengan derma orang ramai dan kerajaan negeri. Imam 1 masjid ini ialah Tuan. Hj. Sabtu Bin Kinang. Masjid Bukit Beruang Masjid ini dibina pada tahun 1908, kemudia dibina semula pada tahun 1961 dengan bantuan kerajaan dan derma orang ramai. Masjid ini telah dibina pada tahun 2001 di tapak yang lain. Imam 1 masjid ini ialah Tuan Hj Md Ali B. Ab Aziz. 5 3.1.2 Jemaah Masjid Penulis memilih 14 orang responden dari 14 buah masjid yang dikaji sebagai sampel dalam instrumen temubual berstruktur. Pemilihan responden adalah melalui kaedah pemilihan rawak tanpa mengira faktor-faktor demografī. 3.2 Pengumpulan Data Penulis menggunakan tiga jenis instrumen bagi mendapatkan data iaitu analisis dokumen, temubual dan rakaman. 3.3 Analisis Dokumen Penulis menggunakan kaedah analisis dokumen bagi mendapatkan data mengenai kawasan-kawasan di daerah ini. Penulis mendapatkan dokumen ini daripada pihak bertanggungjawab iaitu di Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). 5 Bahagian Pengurusan Masjid. 2014. Senarai Masjid-Masjid Kariah Negeri Melaka. Melaka : Majlis Agama Islam Melaka. (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4 th & 5 th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA 280

3.4 Temubual Penulis menggunakan metode temubual bagi mendapatkan maklumat secara lebih terperinci dan gambaran sebenar tentang kajian ini. Antara metode yang digunapakai adalah metode temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur. Temubual ini menggunakan soalan yang sama di setiap masjid bagi mendapatkan data yang sama dan boleh dibuat perbandingan. Temubual ini adalah mendapatkan data tentang kualiti bacaan imam masjid kariah. 3.5 Rakaman dan Pemerhatian Penulis menggunakan rakaman suara untuk mendapatkan suara imam-imam masjid kariah. Rakaman ini adalah dengan keizinan pegawai masjid. Namun begitu, ada juga situasi rakaman dibuat dengan tanpa kezinan pihak masjid berikutan bimbang timbul isu birokrasi. Selain merakam, penulis turut membuat pemerhatian terhadap kualiti bacaan al-quran imam masjid ketika bersolat mahupun sedang berwirid selepas solat. 4.0 Pembentangan Analisis Data Kajian Dalam menganalisis data, penulis telah membahagikan kepada dua bahagian : i. Data yang diambil hasil dari temubual berstruktur akan dianalisis menggunakan statistic numeral. ii. Data yang diambil hasil dari temubual tidak berstruktur akan dianalisis menggunakan pendekatan induktif. 4.1 Skor Penilaian Penulis telah meletakkan skor penilaian terhadap responden dalam temubual berstruktur. Skor yang ditetapkan bagi penilaian ini adalah berdasarkan bacaan al-quran imam masjid kariah. Skor penilaian ini merupakan set skor penilaian yang diadaptasi daripada kajian tesis sarjana Yusman Nasir bertajuk Penguasaan Kemahiran Membaca al-quran Menerusi Sistem Qiraati di Taman Qiraati Kawasan Kajang dan Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. 6 Markah skor dipecahkan kepada tiga peringkat iaitu : i. Baik : Boleh membaca dengan fasih, lancar dan berdasarkan hukum tajwid. ii. Sederhana : Boleh membaca dengan kefasihan dan kelancaran yang sederhana serta tidak mengikut hukum tajwid. iii. Lemah : Tidak fasih atau lancar membaca dan tidak mengikut hukum tajwid. 4.2 Bentuk-Bentuk Kesalahan Yang Dilakukan Penulis telah mengesan beberapa bentuk kesalahan yang dilakukan oleh para imam masjid kariah ketika sedang melakukan observasi berdasarkan pengalaman dalam bidang al-quran. Antara kesalahan yang berjaya di kesan adalah berpandukan kepada kesalahan berbentuk al-lahn al-jalī dan al-lahn al-khafī. Hukum Mad Aṣlī Penguasaan hukum Mad Aṣlī boleh dikatakan berada dalam tahap yang rendah. Kadar panjang hukum mad aṣlī adalah sebanyak 2 harakat. Namun ada yang membaca sehingga mencecah 4 rakaat : (ذلك) seperti sudah menyamai hukum mad munfaṣil. Contohnya pada kalimah 7 6 Yusman Nasir. 2005. Penguasaan Kemahiran Membaca al-qur an Menerusi Sistem Qiraati di Taman Qiraati Kawasan Kajang dan Bandar Baru Bangi Selangor. Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 7 Al-Quran, al-baqarah 2:1 (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4 th & 5 th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA 281

Hukum Mad Āriḍ lil al-sukūn Kadar harakat ketika waqaf tidak sama dan tersusun. Jika kita mahu membaca hukum mad āriḍ lil al-sukūn dengan kadar 4 harakat, maka dalam bacaan harus dibaca sebanyak 4 harakat sahaja. Hukum ini mempunyai tiga bentuk bacaan iaitu 2 harakat, 4 harakat dan 6 harakat. Penukaran Huruf Dalam Bacaan Penukaran huruf berlaku apabila ada imam yang masih tidak menguasai mahkraj huruf dengan (ذ) dan huruf dhāl (ز) sempurna dan perbezaan sebutan huruf. Sebagai contoh sebutan huruf zāy : (الذين) seakan bunyi yang sama, namun ia adalah berbeza. Contohnya pada kalimah Tidak Membaca Dengan Sabdu Penguasaan dalam menyebut huruf nūn dan mīm bersabdu juga dilihat tidak diambil begitu serius. Hukum nūn dan mīm bersabdu adalah wajib didengungkan memadai dengan kadar dua harakat. Meninggalkan tanda sabdu dalam bacaan al-quran dikategorikan sebagai kesalahan al-lahn al-jalī : (إ ن ) kerana kita tidak menunaikan hak terhadap huruf-huruf al-quran. Contoh huruf nun bersabdu 8 5.0 Dapatan Kajian Penulis akan menghuraikan tentang dapatan kajian yang diperolehi melalui instrumen temubual berstruktur. Mempelajari Ilmu Tajwid Kajian dilakukan dari 14 buah masjid mendapati 14 orang responden pernah mempelajari tajwid. Perincian mengenai responden yang mempelajari ilmu tajwid adalah seperti jadual di bawah. Jadual 5.1 Mempelajari Ilmu Tajwid Bil Kategori Bilangan Responden Peratus 1 Ya 14 100.0 2 Tidak 0 0.0 Jadual 5.1 menunjukkan jemaah masjid pernah mempelajari ilmu tajwid. Dapatan kajian menunjukkan 100% atau 14 responden kesemuanya pernah mempelajari ilmu tajwid. Skor Penilaian Bacaan Al-Quran Mengikut Kategori Jadual 5.2 Penilaian bacaan al-quran imam-imam masjid kariah daerah Melaka Tengah, Melaka mengikut kategori. Bil Kategori Bilangan Responden Peratus 1 Baik 11 78.5 2 Sederhana 3 21.4 3 Lemah 0 0 8 Al-Quran, al-baqarah 2:6 (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4 th & 5 th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA 282

Jadual 5.2 di atas menunjukkan taburan kualiti bacaan al-quran imam masjid kariah mengikut kategori. Didapati seramai 11 orang atau 78.5 peratus responden memberikan penilaian baik kepada imam masjid kariah. Manakala seramai 3 orang atau 21.4 peratus responden memberikan penilaian sederhana. Bagi kategori lemah pula, 0.0 peratus tiada sebarang penilaian daripada responden. Skor Penilaian Kesalahan Tajwid Bacaan Imam Masjid Kariah Jadual 5.3 Penilaian kesalahan tajwid bacaan imam-imam masjid kariah daerah Melaka Tengah, Melaka mengikut kategori. Bil Kesilapan Tajwid Bilangan Responden Peratus 1 Mad dan Qasr 12 85.7 2 Nūn Mīm Bersabdu 9 64.3 3 Mad Āriḍ lil al-sukūn 5 35.7 4 Makhraj Huruf 8 57.1 5 Qalqalah 5 35.7 Jadual 5.3 di atas menunjukkan bentuk-bentuk kesalahan yang yang direkodkan hasil temubual berstruktur kepada jemaah-jemah masjid terhadap tajwid bacaan al-quran imam masjid kariah. Peratusan tertinggi yang dicatatkan berdasarkan jadual adalah kesalahan Mad dan Qasr iaitu 85.7% atau 12 dari 14 responden. Selain itu, imam yang melakukan kesalahan nūn mīm bersabdu pula adalah 65.3% atau 9 dari 14 responden. Manakala kesalahan makhraj huruf sebanyak 57.1% atau 8 dari 14 responden. Bagi kesalahan Mad Āriḍ lil al-sukūn dan Qalqalah sebanyak 35.7 atau 5 dari 14 responden keseluruhannya. 6.0 Kesimpulan Aspek kualiti tilawah wajib ditekankan bagi seorang Imam. Imam boleh dianggap sebagai role model kepada masyarakat sama ada kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Imam yang tidak berkompetensi terutamanya dalam aspek tilawah boleh menyebabkan wujudnya padangan serong terhadapnya. Oleh kerana itulah hukum tajwid amat dipandang berat kerana ia juga turut melibatkan dalam hukum sah solat terutama dalam bacaan surah al-fatihah. Bacaan surah al-fatihah ini rukun maka sekiranya seseorang itu tidak membacanya dengan betul maka solatnya akan dikira batal. Hasil kajian pula mendapati hukum Mad dan Qasr ini merupakan suatu bentuk kesalahan yang dilakukan hampir semua imam masjid kariah dalam bacaan al-quran. Kesalahan seumpama ini mungkin tidak dapat dikesan oleh orang awam, namun bagi ahli ilmu kadar harakatnya boleh diketahui melalui perbandingan harakat iaitu 2,4 dan 6 kadar panjangnya. Maka, bagi mengatasi masalah ini, teknik talaqi dan musyafahah dapat membantu dalam meningkatkan kualiti bacaan secara bertajwid. Dari sudut penilaian yang diberikan oleh pihak responden memperlihatkan bahawa imam masjid kariah dianggap berkompetensi. Pujian ini harus diberikan kepada para imam kerana membuktikan menunjukkan kewibawaan menjadi imam biarpun hampir majoriti penyandangnya adalah dari golongan tua. Semasa sesi temubual bersama Pegawai Penyelaras Takmir JAIM, mereka memaklumkan sekiranya terdapat aduan daripada pihak kariah tentang salah laku imam termasuklah dari segi kualiti bacaannya, maka imam tersebut akan diminta untuk hadir memberikan keterangan. Tambahan lagi, (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4 th & 5 th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA 283

jika melibatkan masalah hukum tajwid, pihak JAIM akan mengadakan sesi kursus khas bagi mengatasi masalah tersebut. Pihak JAIM juga turut menyediakan khidmat fasililator terhadap imamimam yang mempunyai masalah dalam menguasai hukum tajwid. Namun begitu sekiranya masalah itu berlanjutan, pihak bertanggungjawab berhak menamatkan perkhidmatan imam tersebut berdasarkan enakmen yang telah ditetapkan. 7.0 Rujukan Abd Rahman bin Abd Ghani. 2006. Metodologi Bacaan al-quran Tajwid Riwayat Hafs. Kuala Lumpur: Mashi Publications Sdn. Bhd. Ahmad bin Alī bin Hajar al- Asqalānī. 1986. Fatḥ Al-Bārī bi Syarḥ Ṣāḥīḥ Al-Bukhārī. Jilid 5. Mesir: Dar al-ryān lil Turath. Bahagian Pengurusan Masjid. 2014. Senarai Masjid-Masjid Kariah Negeri Melaka. Melaka : Majlis Agama Islam Melaka. Hāsyiah Ibnu Qāsim. 2008. Alar Rauḍi al-murbi. Jilid 2. Lubnan: Muassasah al- Risālah. Muhammad Issām al-qaḍhāh. 2003. Al-Wāḍhiḥ fī Ahkām al-tajwīd. Jordan: Dar al-nafais. Mustafa al-bughā. 1992. Al-Fiqh al-manhajī Ala Mazhab al-imām al-syāfi ī. Edisi 1. al-qalam. Damsyiq: Dar Wahbah Az-Zuhailī. 1985. al-fiqh Islam Wa Adillatuh. Jilid 1. Cetakan 2. Syria: Dārul Fikir. Yusman Nasir. 2005. Penguasaan Kemahiran Membaca al-qur an Menerusi Sistem Qiraati di Taman Qiraati Kawasan Kajang dan Bandar Baru Bangi Selangor. Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4 th & 5 th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA 284