PEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Arahan-arahan Peperiksaan Untuk Calon-calon Rancangan Pengajian Jarak Jauh

Similar documents
Semua Pelajar Ijazah Tinggi (Mod Kerja Kursus & Mod Campuran), Luar Pesisir dan Ijazah Pertama (Penuh Masa) PERCETAKAN. & Ijazah Pertama [Penuh Masa]

PERCETAKAN SLIP PEPERIKSAAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITY OF MALAYA

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2015

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PENILAIAN PENGETAHUAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN PEPERIKSAAN

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) Kod Dokumen : PU/PS/GP007

GARIS PANDUAN PEPERIKSAAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016

GARIS PANDUAN PEPERIKSAAN

GARIS PANDUAN PEPERIKSAAN

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

GARIS PANDUAN PEPERIKSAAN

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SENARAI PEMERIKSA KURSUS PROGRAM DIPLOMA SEMESTER KEDUA SIDANG AKADEMIK 2015/2016 FE % Bilangan Pelajar

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang Sidang Akademik 1998/99. April 1999

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI Kod Dokumen : UPM/OPR/PKU/P005

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Perpustakaan yang dilantik terus;

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Application [Logik & Aplikasi]

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR. Kod Dokumen: UPM/OPR/FPV/AK06 ARAHAN KERJA PENGURUSAN DRUG/PRODUK DI FARMASI UTAMA UVH

Polisi ipad Pensyarah

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

SOALAN NO 3 KERJA KURSUS SENI VISUAL 3 (KERTAS 970/3) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2011

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Applications [Logik & Aplikasi]

MANUAL PANDUAN PENGGUNA

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P011

2.0 WAKTU OPERASI PERPUSTAKAAN. 4.0 ETIKA PAKAIAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU Kandungan

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

SUKATAN PEPERIKSAAN (SUBJEK JABATAN) AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

KEJOHANAN MEMANAH PEMBANGUNAN DAN TERBUKA AKMA A.C 2018

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

ISI KANDUNGAN. iv v vi ix x

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/PGR/P003 PROSEDUR KAWALAN KETAKAKURAN, TINDAKAN PEMBETULAN, TINDAKAN PENCEGAHAN, DAN PELUANG PENAMBAHBAIKAN

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU MAKMAL DAPUR LATIHAN GRED C17 FAKULTI PENGURUSAN HOTEL & PELANCONGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Transcription:

PEPERIKSAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Arahan-arahan Peperiksaan Untuk Calon-calon Rancangan Pengajian Jarak Jauh 1. Calon-calon mesti mengambil perhatian yang teliti tentang jadual waktu peperiksaan dari segi tarikh, masa, tempat dan susunan tempat duduk untuk kertas-kertas peperiksaan masing-masing. Calon-calon dinasihatkan supaya sentiasa melihat papan-papan kenyataan jika terdapat sebarang pindaan terhadap jadual waktu peperiksaan. Pindaan seperti itu, jika ada, akan dicetak di atas kertas biru dan dipaparkan di papan kenyataan di Pusat-pusat Peperiksaan. Kesilapan membaca jadual waktu tidak diterima sebagai alasan untuk gagal menghadiri peperiksaan. [Calon akan diberi Gred F* dan tidak di benar mengambil peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang/Tambahan]. 2. Calon-calon mestilah tiba tepat pada waktu peperiksaan dan membawa Kad Pengenalan, Kad Daftar Pelajar dan Slip Peperiksaan masing-masing. Calon-calon yang tidak mempunyai Slip Peperiksaan tidak dibenarkan masuk sehingga kelayakannya untuk mengambil peperiksaan itu dibuktikan. Calon-calon yang tidak mempunyai Kad Pengenalan akan dikehendaki meyakinkan Ketua Pengawas/Pengawas yang bertugas di Dewan Peperiksaan berkenaan dengan pengenalan diri mereka. Calon tidak akan di benar mengambil peperiksaan bagi kursus yang tidak tercatat di dalam Slip Peperiksaan. Slip peperiksaan adalah dokumen rasmi Universiti dan calon tidak dibenarkan menulis pada mana-mana bahagian di atas slip peperiksaan. 3. Calon-calon tidak dibenarkan masuk ke Dewan Peperiksaan sehingga Pengawas yang bertugas memberi isyarat untuk berbuat demikian. Calon hanya dibenarkan masuk sepuluh minit sebelum peperiksaan bermula. Setelah dibenarkan calon hendaklah mengambil tempat duduk dengan senyap dan teratur. Calon yang hadir lewat lebih dari setengah jam tidak dibenarkan masuk ke Dewan Peperiksaan. 4. Selepas berada di tempat masing-masing calon-calon dikehendaki : [a] [b] mengisi Borang Kehadiran dan meletakannya di atas meja di sudut sebelah kanan; meletak Kad Pengenalan dan Slip Peperiksaan di atas Borang Kehadiran yang telah dilengkapkan. Borang Kehadiran akan dipungut oleh Pengawas-Pengawas. Calon-calon diingatkan supaya menyimpan Kad Pengenalan dan Slip Peperiksaan mereka selepas disemak. 5. Di atas kulit buku jawapan, Angka Giliran hendaklah ditulis dengan menggunakan ejaan dan juga angka seperti `Satu Kosong Kosong Kosong Satu' [10001]. Calon-calon mesti menulis Angka Giliran dengan angka sahaja di atas semua kertas jawapan yang digunakan. Calon-calon dilarang menulis nama mereka di atas buku/kertas jawapan. 6. Calon-calon yang tidak menulis Angka Giliran atau tersilap menulis Angka Giliran di buku jawapan/borang OMR, skrip jawapan berkenaan tidak akan diperiksa oleh pemeriksa dan calon-calon tidak akan menerima sebarang markah. 7. Calon-calon diingatkan supaya meneliti dan mematuhi segala arahan yang tercatat di atas kulit buku jawapan. Catatan kasar mestilah dibuat di atas kertas jawapan sahaja. Buku Jawapan Tambahan akan dibekalkan kepada calon-calon jika diminta. Semua kertas jawapan sama ada digunakan atau belum mestilah ditinggalkan di Dewan Peperiksaan. Calon-calon tidak dibenarkan membawa keluar buku jawapan dan/atau kertas jawapan dari Dewan Peperiksaan. 8. Buku, kertas dokumen, nota atau gambar, kecuali bahan-bahan yang dibenarkan oleh pemeriksa tidak boleh dibawa masuk atau dibawa keluar oleh calon dari tempat peperiksaan. Semasa berada di tempat peperiksaan, calon boleh menerima daripada Pengawas buku-buku, kertas-kertas, dokumen-dokumen, gambar-gambar atau sebarang bahan yang telah dibenarkan oleh Dekan/Pengarah di atas nasihat pemeriksa atau Majlis Pemeriksa.

Arahan-arahan Peperiksaan Untuk Calon-calon Rancangan Pengajian Jarak Jauh 9. Calon-calon tidak dibenarkan merokok di dalam Dewan Peperiksaan semasa peperiksaan. 10. Calon-calon tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam Dewan Peperiksaan sebarang jenis beg, telefon bimbit, dompet, kotak pensel, kotak geometri atau bekas lain. Mesin kira boleh dibawa masuk tanpa sarungnya jika dibenarkan oleh pemeriksa. Sila ambil perhatian, penggunaan Kamus Elektronik semasa peperiksaan adalah dilarang. Calon-calon hanya boleh membawa masuk pen, pensel dan alat tulis lain yang dibenarkan sahaja. 11. Calon-calon tidak dibenarkan berhubung di antara satu dengan lain semasa peperiksaan, sama ada melalui percakapan atau cara yang lain. Jika calon ingin berhubung dengan Pengawas, beliau mestilah mengangkat tangan. 12. Ketua Pengawas/Pengawas yang bertugas akan memberi isyarat yang nyata dan jelas untuk menandakan bahawa peperiksaan telah tamat. Sebaik sahaja isyarat ini diberikan, semua calon hendaklah berhenti menulis. 13. Calon-calon adalah bertanggungjawab untuk mengikat buku jawapan [jika perlu] dan terus berada di tempat masing-masing sehingga skrip jawapan dikutip oleh Ketua Pengawas/Pengawas dan calon-calon hanya dibenarkan keluar dari Dewan Peperiksaan setelah dimaklumkan oleh Ketua Pengawas/Pengawas. 14. Calon-calon hanya dibenarkan meninggalkan tempat peperiksaan selepas setengah jam peperiksaan bermula. Walau bagaimanapun, tidak seorang calon pun dibenarkan meninggalkan Dewan Peperiksaan lima belas minit sebelum tamat peperiksaan. 15. Calon-calon yang jatuh sakit semasa peperiksaan sedang berlangsung mestilah melaporkannya kepada Pengawas yang bertugas di Dewan Peperiksaan dengan secepat mungkin. 16. Calon-calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan bagi mana-mana kertas yang didaftarkannya hendaklah memberi sebab-sebab mengapa mereka gagal menghadiri peperiksaan [secara bertulis] kepada Pendaftar [melalui Ketua Penolong Pendaftar (Unit Peperiksaan)], disokong oleh dokumen-dokumen yang sah [Sijil Cuti Sakit hendaklah dikeluarkan oleh Pusat Sejahtera (Kesihatan dan Pergigian) USM atau hospital/klinik kerajaan] dalam tempoh 7 HARI selepas peperiksaan kertas berkenaan dijalankan. Kegagalan untuk berbuat demikian akan dianggap bahawa calon tidak mempunyai sebarang alasan yang sah dan berkemungkinan diberi Gred " F*" bagi kertas tersebut. 17. Jika seseorang calon didapati meniru/menipu ataupun mempunyai bahan-bahan yang tidak dibenarkan untuk dibawa ke dalam Dewan Peperiksaan semasa peperiksaan diadakan, tindakan disiplin yang sewajarnya akan diambil terhadap calon yang berkenaan. Jika seseorang calon disyaki meniru/menipu ia boleh disingkir dari Universiti. 18. Calon-calon yang gagal menghadiri kesemua kertas peperiksaan tanpa sebab yang dapat diterima oleh Majlis Peperiksaan Universiti ataupun tanpa kelulusan pihak Universiti terlebih dahulu, akan dianggap gagal di dalam keseluruhan peperiksaan dan boleh dikeluarkan daripada Senarai Pelajar Berdaftar Universiti. 19. Bagi calon-calon yang mengalami masalah kesihatan, sila dapatkan nasihat Pengarah, Pusat Sejahtera [Kesihatan dan Pergigian] Universiti Sains Malaysia atau hospital/klinik kerajaan. ARAHAN INI HENDAKLAH DISIMPAN UNTUK RUJUKAN. 3 Mac 2011

Semua Pelajar Ijazah Pertama Rancangan Pengajian Jarak Jauh PERCETAKAN SLIP PEPERIKSAAN OLEH PELAJAR RPJJ Peperiksaan Akhir Sidang Akademik 2010/2011 Tarikh mula aktiviti adalah : Selasa, 15 Mac 2011 Semua pelajar RPJJ diwajibkan mencetak slip peperiksaan masing-masing melalui perkhidmatan portal Campus Online [http://campusonline.usm.my]. Setiap pelajar RPJJ perlu mempunyai SLIP PEPERIKSAAN untuk menduduki peperiksaan. Pelajar RPJJ yang tidak mempunyai slip peperiksaan tidak dibenarkan memasuki dewan peperiksaan. Sekian, harap maklum dan terima kasih. 1 Mac 2011

Semua pelajar Rancangan Pengajian Jarak Jauh [RPJJ] bagi Pusat Peperiksaan KUALA LUMPUR dan KUALA TERENGGANU PERHATIAN PERUBAHAN PUSAT PEPERIKSAAN Peperiksaan Akhir, Sidang Akademik 2010/2011 A. PUSAT PEPERIKSAAN KUALA LUMPUR Pelajar RPJJ yang memilih Pusat Peperiksaan Kuala Lumpur adalah secara automatik ditukarkan kepada Pusat Peperiksaan Shah Alam dan semua peperiksaan akan dijalankan di tempat berikut : PUSAT PEPERIKSAAN SHAH ALAM International Education Centre (INTEC) UiTM Kampus Seksyen 17 40200 Shah Alam, SELANGOR B. PUSAT PEPERIKSAAN KUALA TERENGGANU Semua peperiksaan bagi pelajar RPJJ yang memilih Pusat Peperiksaan Kuala Terengganu akan dijalankan di tempat berikut : PUSAT PEPERIKSAAN KUALA TERENGGANU Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Jalan Kemajuan, Padang Hiliran 21572 Kuala Terengganu, TERENGGANU Perubahan Pusat-pusat Peperiksaan terlibat adalah untuk keselesaan pelajarpelajar RPJJ. Sila rujuk PEMBERITAHUAN berikutnya untuk maklumat keseluruhan Pusat-pusat Peperiksaan, Peperiksaan Akhir, Sidang Akademik 2010/2011 bagi semua pelajar RPJJ. Sekian, harap maklum dan terima kasih. 24 Februari 2011

PUSAT-PUSAT PEPERIKSAAN RANCANGAN PENGAJIAN JARAK JAUH PEPERIKSAAN AKHIR, SIDANG AKADEMIK 2010/2011 1. ALOR SETAR Dewan Iskandar Kolej Sultan Abdul Hamid 05460 Alor Setar KEDAH 2. PULAU PINANG Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia 11800 USM, PULAU PINANG [Untuk aturan tempat duduk muktamad, sila rujuk kepada jadual waktu peperiksaan (HIJAU) yang dipaparkan di Kampus Induk]. 3. IPOH YMCA of Ipoh No. 211 Jalan Raja Musa Aziz 30300 Ipoh PERAK 4. SHAH ALAM International Education Centre [INTEC] UiTM Kampus Seksyen 17 40200 Shah Alam SELANGOR 5. MELAKA Pusat Pembelajaran Melaka Open University Malaysia No. 2, 2-1, 2-2 Jalan KPAA3 Kompleks Perniagaan Al-Azim 75150 Bandar Bukit Baru, MELAKA 6. JOHOR BAHRU Perbadanan Produktiviti Malaysia Pejabat Wilayah Selatan No. 8 Jalan Padi Mahsuri Bandar Baru UDA 81200 Johor Bahru, JOHOR 8. KUALA TERENGGANU Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Jalan Kemajuan, Padang Hiliran 21572 Kuala Terengganu TERENGGANU 9. KUANTAN Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad Bandar Indera Mahkota 25200 Kuantan PAHANG 10. KUCHING Kolej Sunway Kuching Lot 7487-7492, 2nd & 3rd Floors Block 16, Timberland, Rock Road 93200 Kuching, SARAWAK 11. SIBU Unit Penilaian dan Peperiksaan Pejabat Pelajaran Daerah Sibu Dalam Kawasan SMK Kampung Nangka Jalan Kampung Nangka 96000 Sibu, SARAWAK 12. MIRI Unit Penilaian & Peperiksaan Pejabat Pelajaran Daerah Miri Jalan Bintang 98000 Miri SARAWAK 13. KOTA KINABALU Kinabalu Hostel Lembaga Sukan Negeri Sabah Beg Berkunci 142 88994 Kota Kinabalu SABAH 7. KOTA BHARU Dewan Siswa Nurani Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan 16150 Kubang Kerian, KELANTAN PERHATIAN Anda hanya dibenarkan mengambil peperiksaan di Pusat Peperiksaan seperti yang dicatatkan dalam slip peperiksaan anda. Bagi mengelakkan kekeliruan, anda dinasihatkan menyemak/memastikan lokasi Pusat Peperiksaan anda terlebih awal sebelum tarikh peperiksaan bermula. Harap maklum dan terima kasih. 24 Februari 2011 Pulau Pinang. Telefon : 04-653 3479/3124/3121/3069/3074/3075/3077 :

N O T I C E Keputusan Majlis Peperiksaan Universiti Decision of the University Examination Council Majlis Peperiksaan Universiti telah membuat keputusan seperti berikut bagi calon yang tidak menghadiri peperiksaan. The following decision has been made by the University Examination Council regarding students who are absent from examinations. SLJW THTA ADT Catatan Notes Silap Lihat Jadual Waktu Peperiksaan Misread Examination Timetable Tidak Hadir Tanpa Alasan Absent Without Valid Reason Alasan Ditolak Unacceptable reasons for absence Gred Diperolehi Grade Obtained F* F* F* Pelajar Tahun Akhir yang akan berijazah dan mendapat Gred F* tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang [KSCP]. Final year students who may be graduating and who obtain Grade F* are not allowed to sit for the examination held during the Long Vacation Course [KSCP]. Patuh semua PERATURAN PEPERIKSAAN. Calon yang ditangkap kerana meniru/menipu dalam peperiksaan akan diambil tindakan tatatertib. Obey all EXAMINATION RULES. Disciplinary action will be taken against any candidate caught copying/cheating during the examination. Pelajar taraf akademik TERTAHAN 2 [T2] perlu memastikan pencapaian akademik pada Peperiksaan Akhir ini memperolehi PNG 2.00 dan ke atas. Students with RETAINED 2 [T2] status must strive to ensure that they obtain a GPA of 2.00 and above this Final Examinations. 3 Mac 2011

Semua Pelajar Ijazah Pertama Rancangan Pengajian Jarak Jauh Sila Ambil Perhatian 1. Semua calon yang menduduki Peperiksaan Akhir, Rancangan Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia hendaklah berpakaian kemas dan sopan. 2. Pemakaian seluar pendek dan selipar getah adalah dilarang dan tidak dibenarkan sama sekali ketika menduduki peperiksaan. 3. Calon yang menduduki peperiksaan di larang merokok dalam kawasan sekolah/ bangunan peperiksaan. Sila patuhi peraturan larangan merokok yang telah ditetapkan. Terima kasih 3 Mac 2011

Sila ambil perhatian, telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik/dewan peperiksaan. Penggunaan telefon bimbit semasa peperiksaan adalah satu kesalahan. Terima kasih 3 Mac 2011

Sila ambil perhatian, penggunaan Kamus Elektronik semasa peperiksaan berlangsung adalah dilarang. Terima kasih 3 Mac 2011

Semua Pelajar Ijazah Pertama Rancangan Pengajian Jarak Jauh * Keputusan Peperiksaan Akhir, Sidang Akademik 2010/2011 Dimaklumkan bahawa semua pelajar Ijazah Pertama RPJJ boleh memilih sistem menyemak keputusan peperiksaan di atas sama ada melalui perkhidmatan Pesanan Ringkas [SMS], Infoline TeleAkademik dan Portal Campus Online. Perkhidmatan tersebut boleh mula diakses seperti berikut : Perkhidmatan : SMS, Infoline TeleAkademik dan Portal Campus Online. Keputusan PROVISIONAL Keputusan PENUH 24 Mei 2011 mulai 9.00 pagi 6 Jun 2011 mulai 9.00 pagi Perkhidmatan Pesanan Ringkas [SMS] [ Talian : 15888 ] USM<jarak>RESULT<jarak><No. Kad Pengenalan><jarak><Angka Giliran> Contoh : USM RESULT 890412076875 71007 Hantar Kepada : 15888 Perkhidmatan Infoline TeleAkademik Sila dail 600 83 7899 Perkhidmatan Portal Campus Online http://campusonline.usm.my * Pengumuman keputusan peperiksaan ini adalah tertakluk kepada tarikh mesyuarat Majlis Peperiksaan Universiti. Sebarang perubahan [jika ada] akan dimaklumkan melalui perkhidmatan di atas. Pelajar dinasihatkan menyimpan slip peperiksaan yang boleh digunakan sebagai laluan kepada akses perkhidmatan tersebut. Terima kasih. 3 Mac 2011