PRASARANA MASJID MESRA WANITA ISLAM: SATU TINJAUAN

Similar documents
IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PENILAIAN PENGETAHUAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PENJADUALAN SYIF. Nurul Iddayu Bahari Idrus. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

SISTEM E-PELAPORAN PEMANTAUAN LAMAN WEB JABATAN STANDARD MALAYSIA. Maggery Roxane Dennis Dr. Mohd Ridzwan Yaakub

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

Arahan Kerja Selamat Bekerja Di Jalanraya. Pen. Pengurus OSHE Management, PPM, ND. No Muka Surat /01/14 All Pages Original issue DCA

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

KECEKAPAN PENGURUSAN SURAU ORANG ASLI DI SELANGOR DARI ASPEK KEWANGAN

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

TONG SAMPAH PINTAR BERASASKAN INTERNET PELBAGAI PERKARA (IOT)

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

KESAN PEMBUANGAN SAMPAH TERHADAP ALAM SEKITAR. Menganggu Keseimbangan Ekosistem

EXPLORASI APLIKASI MUDAH ALIH BOOKKEEPER DALAM MENGURUS TADBIR KEWANGAN MASJID

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

MASJID SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN? SATU TINJAUAN

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris) KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN

[SV 9] MENGANALISIS ISU HALAL TERHADAP SEKTOR PERKHIDMATAN HOTEL DI MALAYSIA. Nursyahida Jaafar¹ & Mohamad Ghozali Hassan²

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

KOMEN PELANGGAN DARIPADA SOAL SELIDIK JANUARI HINGGA DISEMBER 2013

POWER QUALITY IMPROVEMENT BY DYNAMIC VOLTAGE RESTORER AND UNIFIED POWER QUALITY CONDITIONER USING FUZZY LOGIC FARIDULLAH KAKAR

Faridah Noor Mohd Noor, Rosmadi bin Fauzi, Zulkarnain bin Abdul Rahman, Nurul Izzati Md. Mustafa, Muhamad Fathi Marzuki, Siti Normalis Zakaria

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

LAPORAN TEKNIKAL RALAT PENDISPENSAN UBAT DI FARMASI HOSPITAL

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PORTAL PERSATUAN PENDUDUK (PPP)

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

GARIS PANDUAN LAMAN WEB PTJ DI USM

POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

Transcription:

PRASARANA MASJID MESRA WANITA ISLAM: SATU TINJAUAN Siti Rokyah Md Zain 1 Ros Norita Abd Samad 1 Mohamed Muneer Samsudin 2 Wan Anuar Wan Mamat 3 SiG Accounting for Accountability, Fakulti Perakaunan 1 Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan 2 Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 3 UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun ilajannatizumra@gmail.com/rokyahmz@tganu.uitm.edu.my ABSTRAK Kertas kerja ini membincangkan ciri ciri mengenai prasarana masjid yang mesra bagi para pengunjungnya, terutamanya wanita Islam. Prasarana komponen mesra tandas, ruang wuduk, ruang solat, dan keselamatan adalah antara item item yang perlu dititikberatkan oleh pengurusan masjid dan surau. Malangnya, masih terdapat pengurusan masjid dan surau yang kurang prihatin terhadap prasarana yang mesra wanita Islam. Kajian ini menggunapakai kaedah pengumpulan data melalui data sekundar dan rakaman gambar foto sebagai metod kajian. Pembentukan komponen komponen item prasarana adalah dari penanda aras masjid dan surau Wilayah Persekutuan. Kajian ini mendapati masih banyak yang perlu diperbaiki dan diambil perhatian mengenai prasarana masjid yang mesra wanita Islam. Kata kunci: Masjid, Wanita Islam, Komponen Ruang Wuduk, Komponen Ruang Tandas, Komponen Ruang Solat, Komponen Keselamatan Pendahuluan Statistik tahun 2010 menunjukkan jumlah wanita Islam dimalaysia adalah seramai 8.48 juta orang. Jumlah ini dijangka meningkat sebanyak 5% setiap tahun. Menjelang 2020, wanita Islam dimalaysia dijangka mencecah 10 juta orang. Dengan jangkaan jumlah besar ini, wanita secara langsung dan tidak langsung akan menggunakan prasarana masjid dalam aktiviti harian mereka. Wanita Islam pada amnya terdedah untuk menggunakan prasarana masjid dalam pelbagai keadaan. Selain dari berjemaah dimasjid, mendengar kuliah keagamaan dan menyertai pelbagai aktiviti masjid, wanita Islam juga sering bermusafir untuk tujuan kekeluargaan atau pekerjaan. Oleh yang demikian, masjid atau surau adalah destinasi utama mereka untuk menunaikan tuntutan agama iaitu solat. Prasarana Masjid Tidak Mesra Wanita Islam Senario ini telah disentuh oleh mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (Utusan Malaysia, 2012). Beliau meluahkan rasa keprihatinan beliau terhadap prasarana yang tidak memuaskan bagi pengunjung wanita Islam. Di antara teguran beliau ialah berkaitan dengan ruang wuduk yang terbuka sehingga menyulitkan kaum wanita untuk menjaga aurat mereka. Ini dikuatkan lagi dengan pelbagai keluhan yang dilontarkan dilaman sesawang daripada kaum wanita Islam yang kurang selesa menggunakan prasarana masjid yang yang tidak mesra wanita. Menurut kebanyakan tulisan dari laman sesawang dan blog, wanita Islam lebih mudah menjaga aurat mereka ketika melakukan aktiviti shopping berbanding apabila mereka mahu melakukan (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4th & 5th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA 266

ibadah solat dimasjid atau surau yang mereka kunjungi. Semasa bershopping, mereka selalunya menngenakan pakaian yang menutup aurat mereka dengan sempurna, namun apabila mereka singgag untuk bersolat di masjid atau surau, keadaan sebaliknya yang seringkali terjadi kepada mereka. Antara keluhan mereka yang diluahkan dilaman sesawang terutamanya FaceBook dan blog adalah jarak yang jauh di antara ruang wuduk dan ruang solat, menyebabkan mereka terpaksa mendedahkan aurat dibahagian kaki (yang telah basahi air wuduk; dimana mereka tidak menyarungkan sarung kaki (dikhuatiri basah) untuk menuju ke ruang solat yang agak jauh. Selain dari itu, dilaman sesawang juga menceritakan mengenai ruang wuduk wanita yang terbuka. Ini menyulitkan wanita Islam untuk berwuduk diruang yang terbuka kerana terpaksa membuka tudung (yang menutupi aurat mereka) untuk berwuduk. Terdapat juga keluhan berkaitan tandas wanita yang jauh terpencil dan dikelilingi rimbunan pokok renek yang tidak dijaga dengan rapi. Kondisi lampu yang malap atau suasana gelap dikawasan tandas yang jauh dari ruang wuduk, menakutkan ramai pengunjung wanita Islam ke masjid yang mereka singgahi. Terdapat juga keluhan daripada mereka mengenai penunjuk arah ke bahagian tandas, wuduk dan solat wanita yang mengelirukan atau sukar dilihat. Pernyataan Masalah Pada amnya, prasarana masjid lebih bersifat maskulin. Sementelah majoriti ahli jawatan kuasa masjid atau surau dimonopoli oleh kaum lelaki. Ini mengakibatkan prasarana masjid cenderung mengenepikan keselesaan kepada kaum wanita Islam yang juga turut menggunakan prasarana masjid. Objektif Kertas Kerja Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti komponen komponen prasarana masjid yang mesra wanita Islam. Ia juga memberikan cadangan model prasarana masjid yang mesra wanita Islam. Kertas kerja ini juga menampilkan contoh bergambar mengenai beberapa permasalahan berkaitan prasarana masjid yang mesra dan tidak mesra wanita Islam. Pembahagian Kertas Kerja Kertas kerja ini dibahagikan kepada lima bahagian. Bahagian pertama akan menyingkap perihal garis panduan prasarana masjid atau surau yang telah didokumenkan dimalaysia oleh pelbagai pihak yang berwajib sebagai rujukan am kepada pihak kontraktor dan juga pihak pengurusan masjid. Bahagian kedua, akan membicarakan mengenai metod kajian, sementara bahagian ketiga mengemukakan model prasarana masjid mesra wanita Islam dan keterangan mengenai komponen prasarana tersebut. Bahagian ketiga akan mempamirkan beberapa contoh bergambar berkaitan dengan komponen-komponen MesTan, MesWud, MeRSol dan MesKes. Ini temasuk ulasan mengenai prasaranan mmesra masjid dan surau yang mesra wanita Islam melalui illustrasi bergambar berorientasikan komponen MesTan, MesWud, MeRSol dan Meskes yang boleh dicontohi sebagai panduan. Bahagian yang akhir akan memberikan kesimpulan kepada kertas kerja ini. Garispanduan Prasarana Masjid Malaysia, pada amnya telah mempunyai pelbagai garispanduan untuk prasarana masjid, surau dan ruang solat yang boleh menjadi rujukan oleh pihak yang terlibat dalam pembinaan masjid dan surau. Mendahului jabatan-jabatan lain, pada tahun 2002, Jabatan Perancang Bandar dan Desa serta (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4th & 5th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA 267

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia (PBT), telah mengeluarkan satu rujukan lengkap garispanduan kepada pihak berkenaan yang terlibat dalam pembinaan masjid, surau dan ruang solat untuk orang orang Islam. Terdapat juga beberapa garispanduan yang dikeluarkan oleh beberapa agensi tertentu seperti Piawai Perancang Tempat Ibadah Islam oleh Kerajaan negeri Perak, ringkasan Garis Panduan Perancangan Masjid dan Surau (GP008-A) sebagai rujukan untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, agensi pelaksana dan pemaju di dalam merancang perletakan dan susun atur masjid dan surau dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan dengannya. Sebagai usaha ke arah prasarana masjid yang lebih bersih dan selesa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengeluarkan Garis Panduan Penarafan Bilik air dan Tempat Wuduk Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan. Serentak dengan itu, pihak JAWI juga telah mewar-warkan satu video klip berkaitan garispanduan tersebut diyoutube. Usaha JAWI ini juga telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk mengeluarkan satu idea yang bernas bagi menangani permasalahan kebersihan dan kegunaan prasarana masjid dan surau. Pada 2014, pihak SIRIM telah mengeluarkan standard No.2 Garispanduan Penarafan Tandas Masjid dan Surau 2014. Terkini, Jawi juga telah mengadakan sesi diskusi garispanduan masjid/surau/ruang solat dikawasan pembangunan berbilang tingkat dan komersil pada 15-16 Ogos, 2017. Di antara objektif diskusi ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan model masjid/surau/ruang solat di kawasan bangunan bertingkat dan komersil. Namun begitu, kebanyakan garispanduan yang dikeluarkan bersifat umum. Kebanyakan garispanduan yang disediakan kurang memberi tumpuan dan perincian terhadap keselesaan dan kebersihan ruang solat, ruang wuduk dan keselamatan, terutamanya terhadap wanita Islam. Metod Kajian Kertas kerja ini menggunakan data sekundar dan kaedah fotografi sebagai cara pengumpulan data dan maklumat. Data sekundar diambil dari pelbagai sumber dari laman sesawang jabatan jabatan yang terlibat dalam merangka garispanduan masjid, surau dan ruang solat. Data sekundar yang diambil juga termasuk paparan video klip dalam Youtube, yang berkaitan dengan prasaranan masjid dan surau. Selari dengan teknologi yang semakin berkembang pesat, kajian ini menggunakan kaedah fotografi. Menurut Jon Prosser (1998) kaedah fotogafi menerusi gambar-gambar foto boleh meningkatkan kefahaman individu terhadap isu atau permasalahan yang dikemukakan di dalam kajian. Oleh itu, sebagai tambahan, gambar-gambar foto telah digunakan sebagai bahan ulasan di dalam kajian ini. Gambar-gambar foto yang diambil adalah dari masjid-masjid yang berada berhampiran jalanraya. Masjid-masjid berikut sering menjadi tempat hentian pengunjung Islam untuk menunaikan solat sebelum mereka meneruskan perjalanan. Model Prasarana Masjid Mesra Wanita Islam Gambarajah dibawah mencadangkan model prasarana masjid mesra wanita Islam. Komponen komponen yang dinyatakan dalam model prasarana masjid mesra wanita Islam diadaptasi dan diubahsuai dari komponen komponen yang diutarakan dalam Garis Panduan Penarafan Bilik Air dantempat Wuduk Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI, 2017). Model ini mengandungi empat komponen penting dalam prasarana masjid yang mesra wanita Islam iaitu Komponen Mesra Tandas (MesTan), komponen (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4th & 5th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA 268

Mesra Wuduk (MesWud), Komponen Mesra Ruang Solat (MeRSol) dan Komponen Mesra Keselamatan (MesKes). MesTan MesKes Prasarana Masjid Mesra Wanita Islam MesWud MeRSol Gambarajah 1: Model Prasarana Masjid Mesra Wanita Islam Prasarana Masjid - Komponen Mesra Wanita Diruang Tandas (MesTan) Jadual 1 dibawah menyenaraikan item-item yang dikenalpasti sebagai MesTan. Item-item tersebut sangat diperlukan bagi menyokong kerangka prasarana masjid mesra wanita Islam. Jadual 1:Item-item MesTan Prasarana masjid Komponen Mesra Wanita Diruang TandasMesTan - Penunjuk arah yang jelas dan terang - Jarak tandas dari masjid yang berdekatan - Pintu tandas yang berfungsi - Ruang salin lampin bayi - Ruang mandi - Sanitasi- sabun pencuci tangan - Kipas tandas - Tempat sangkut barangan (dalam tandas) Komponen ini mengambil kira keperluan menjaga aurat wanita dan keselesaan kepada wanita Islam semasa menggunakan ruang tandas dan bilik air di masjid dan surau. Rata-rata masjid dimalaysia ini mempunyai keluasan ruang yang besar. Penunjuk arah yang memberikan panduan tepat kepada wanita Islam perlulah dipamirkan dipintu masuk utama dikesemua pintu gerbang masjid. Penunjuk arah sepatutnya berfungsi secara boleh dilihat dengan jelas sebaik kaum wanita Islam mengunjungi masjid. Tulisannya mestilah bersaiz besar dan berwarna terang bagi memudah dan membantu pengunjung wanita untuk mencari tandas, ruang wuduk dan ruang solat. (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4th & 5th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA 269

Petunjuk arah yang memudahkan pengunjung Disarankan jarak tandas dari masjid diletakan berhampiran dan menjadi kawasan ekslusif kaum wanita Islam sahaja. Ini untuk mengelakkan dari terlihatnya aurat kaum wanita Islam semasa di dalam perjalanan dari tandas ke tempat wuduk dan seterusnya ke ruang solat. Ia juga memudahkan pengunjung wanita yang berusia dan bagi mereka yang membawa anak-anak kecil. Ruang tandas yang bersambung atau dibina sebumbung dengan kedua-dua ruang wuduk dan ruang solat memudahkan wanita menjaga aurat mereka. Pintu tandas yang mempunyai selak yang berfungsi sangat diperlukan oleh wanita Islam ketika menggunakan tandas. Ini kerana ia memberi keselesaan kepada wanita Islam yang sering menjadi pengguna bilik air dan tandas masjid untuk keperluan naluri semulajadi mereka. Terdapat pintu tandas yang tidak dikawal selia dan mengalami kerosakan dimana tidak boleh dikunci dari dalam. Kunci dan ensel tandas yang rosak Batu sebagai kunci pintu tandas Tiada ensel tandas Pengurusan masjid atau AJK masjid boleh juga meletakkan beberapa papan tanda peringatan kepada pengunjung wanita Islam yang menggunakan kemudahan masjid supaya lebih beretika semasa menggunakan prasarana tersebut. Gambar-gambar dibawah adalah contoh peringatan mesra yang boleh digunakan oleh pengurusan masjid dan surau kepada pengguna prasarana masjid. (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4th & 5th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA 270

Wanita Islam juga memerlukan kemudahan penyangkut didalam tandas untuk menyangkut barangan atau bag sandang mereka. Manakala, ibu yang membawa bayi memerlukan ruang salin lampin bayi supaya mereka tidak menggunakan ruang solat untuk berbuat demikian dan seterusnya mencetuskan rasa tidak selesa kepada mereka yang menggunakan ruang solat untuk bersolat. Selain dari itu, sabun atau bahan sanitasi juga memberikan nilai tambah kebersihan dan keselesaan kepada wanita Islam yang menggunakan tandas masjid atau surau. Prasarana masjid - Komponen Mesra Wanita Di Ruang Wuduk (MesWud) Komponen ini mengambil kira keperluan menjaga aurat wanita Islam semasa berwuduk. Item item dalam Jadual 2 dibawah menyenaraikan item item prasarana MesWud yang patut diberikan perhatian oleh pihak AJK dan pengurusan masjid. Jadual 2 Item item MesWud Item MesWud - Tunjuk arah - Tempat sangkut tudung - Cermin - Tempat wuduk bersambung dengan ruang solat - Sabun pencuci tangan - Suis lampu ruang wuduk - Kipas ruang wuduk - Laluan tertutup di antara ruang wuduk ke ruang solat - Pengudaraan - Pencahayaan Ruang wuduk wanita Islam yang Ruang wuduk dan solat yang Penghadang diletakkan antara terbuka sebumbung ruang tandas dan wuduk (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4th & 5th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA 271

Ruang wuduk dan solat yang sebumbung Pencahayaan yang baik diruang wuduk dan solat Gambar foto (kiri atas sekali) menunjukkan ruang wuduk yang terbuka di salah satu masjid yang sering dikunjungi. Ketidakpekaan pihak AJK dan pengurusan masjid menyebabkan masalah pendedahan kepada aurat wanita. Umum mengetahui bahawa keseluruhan tubuh kecuali muka dan tapak tangan merupakan aurat yang perlu dijaga oleh wanita. Masjid merupakan rumah Allah. Justeru, selain dari rumah sendiri seharusnya wanita mudah untuk menjaga auratnya di rumah Allah. Ruang wuduk yang terbuka untuk wanita Islam adalah tidak mesra wanita Islam. Ruang wuduk dan ruang solat yang sebumbung memberikan keselesaan kepada para pengguna wanita Islam. Terdapat usaha beberapa buah masjid yang prihatin tentang aurat wanita Islam dan meletakan pengadang supaya boleh melindungi pergerakan wanita Islam keluar masuk dari ruang wuduk ke ruang solat. Selain dari itu, pencahayaan dan pengudaraan yang baik diruang wuduk dan solat boleh mengelakkan ruang tersebut dari berbau hapak atau berkulat. Prasarana masjid - Komponen Mesra Wanita Di Ruang Solat (MesSol) Jadual 3 Item item Mes Sol Item item MesSol -almari -sejadah - kerusi - tirai pemisah/pembahagi - rak gantung telekung - permaidani yang bersih dan nyah habuk - kipas/penyaman udara/pencahayaan Prasarana ini menjurus kepada item item yang diperlukan diruang solat wanita Islam samada dimasjid atau surau. Item item tersebut termasuklah penyediaan telekung yang bersih dan nyah bau untuk kegunaan pengunjung. Selain dari itu, sejadah yang nyah habuk juga adalah item yang sepatutnya ada bagi MesSol. Kerusi kecil yang tidak memakan ruang yang besar juga diperlukan untuk kegunaan wanita Islam yang berusia dan menghadapi masalah kesihatan. Tempat sangkutan telekung juga perlu disediakan oleh pihak pengurusan masjid atau surau dan ia perlu dijaga dengan rapi. Terdapat juga masjid atau surau yang tiada kemudahan sangkutan telekung menyebabkan telekung berbau hapak dan bertindihan antara satu sama lain. Permaidani hendaklah selalu divakum supaya ia nyah habuk dan dalam keadaan bersih dan kering. Tirai pemisah juga boleh digunakan supaya ia memberi ruang keselesaan kepada pengunjung wanita. Ruang solat dwi aras (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4th & 5th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA 272

Te (aras tinggi dan aras rendah) juga sesuai untuk kaum wanita Islam. Bagi yang berusia, mereka boleh menunaikan solat diruang solat rendah manakala bagi wanita yang tidak mempunyai sebarang masalah, boleh menggunakan ruang solat yang tinggi dan bertangga. Kipas yang sentiasa dibersihkan dari habuk dari masa ke semasa sangat perlu bagi menjamin keselesaan pengguna dan pengunjung masjid dan surau. Contoh contoh tirai yang memisahkan ruang solat wanita dari ruang solat lelaki Telekung yang disusun rapi Telekung yang bersepah Kerusi disusun rapi Ruang solat dwi aras Kipas yang dijaga dengan Prasarana Masjid - Komponen Wanita Untuk Keselamatan (MeSel) Keselamatan adalah suatu faktor yang sangat dititikberatkan dalam Islam. Oleh itu, prasarana masjid dan surau juga harus menitikberatkan juga faktor keselamatan. Di antara faktor faktor keselamatan yang perlu diambil kira terutama untuk wanita Islam adalah jarak parkir yang jauh dari ruang solat dan ruang wuduk. Selain dari itu, pengurusan masjid juga perlu mengambil kira penyelenggaraan (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4th & 5th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA 273

peralatan elektrik secara berkala. Mentol lampu yang sudah rosak perlu diganti segera supaya ruang tersebut tidak suram atau gelap. Lalauan berbumbung sangat diperlukan terutamanya dimusim hujan. Longkang dan saliran tandas dan ruang wuduk perlu bersih dan tidak bertakung. Lantai tandas dan ruang wuduk perlu sentiasa kering. Lantai yang basah dan licin membahayakan mereka yang melalui bahagian tersebut. Jadual 4 Item item MesSol Item item MesSel - jarak parkir yang jauh dari ruang solat wanita - selenggaraan peralatan elektrik secara berkala - jarak dari tandas ke ruang solat dan wuduk - laluan berbumbung - lampu yang terang - air bertakung - kebersihan persekitaran - lantai yang kering Kesimpulan Masjid adalah rumah Allah. Setiap insan adalah tetamu Allah. Tujuan mereka ke masjid adalah untuk mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti. Memandangkan kaum wanita adalah berbeza fitrahnya daripada kaum lelaki, maka adalah perlu pihak pengurusan masjid mengambil kira prasarana yang bersesuaian dan mesra wanita Islam. Item item seperti MesTan, MesWud, MesSol dan MesKes adalah di antara item item penting dalam komponen prasarana masjid. Gambar gambar foto yang telah dipaparkan di atas adalah sebahagian dari item item tersebut. Ada di antaranya menepati cita rasa mesra wanita. Namun, masih banyak lagi yang perlu diperlu di perbaiki bagi membantu wanita Islam merasa selesa semasa menggunakan prasarana masjid dan surau. Rujukan http://www.sirim.my/index.php/press-releases/357-siaran-media-sirim-perkenal-dua-standard-bagikebersihan-dan-penarafan-tandas-masjid-dan-surau Merriam, S.B and Tisdell, E.J (2015), Qualitative research: A Guide to design and implementation, Fourth Edition, Jossey -Bass, USA. Possner, J (1998) Image-Based Research: A source book for research, Psychology Press, ISBN, 075070649X, 9780750706490 www.islam.gov.my www.townplan.gov.my/.../008-a_gpp_masjid_surau bm_.pdf www.utusan online (e-isbn 978-967-13087-3-8). 4th & 5th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA 274

(e-isbn 978-967-13087-3-8). 4th & 5th December 2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA 275