Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Ulasan Buku / Book Review

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

Bab 6. Wasatiyyah Ialah Keseimbangan Dalam Beragama Bukan Kesederhanaan

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

Matlamat. Wadah Maklumat. Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam. Buku. Internet. Ceramah TV/Radio 22/10/14&

Pembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Takrifan Etika ethos

PERADABAN ISLAM TERAS TRANSFORMASI NASIONAL (Islamic Civilization as the Basis of National Transformation)

Amar Makruf Nahi Mungkar

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Pengajian Melayu: Ke Arah Memperkasakan

DINAMIKA PENDAKWAH MELAKSANA DAKWAH PELBAGAI ETNIK

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Islamic Governance: Strategies for Relevance 1

Konsep Pelantikan Pemimpin Dari Sudut Perspektif Fiqh Siyasah: Analisis Terhadap Teori- Teori Pemikiran Politik Islam

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN FUTURISTIK DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBANGUNAN PERADABAN ISLAM DI MALAYSIA

KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)

BAB 4 MONOTHEISM DAN POLYTHEISM

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

A New Deal for Asia Apakah Deal Itu? A New Deal for Asia - What is the Deal?

KEWANGAN ISLAM DAN MAQASID AL-SHARIAH

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

Lampiran A : PETA NEGERI KEDAH

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Transformasi Pemikiran Sosial Masyarakat Malaysia daripada Fitrah Pertama kepada Fitrah Kedua Mengenai Alam Sekitar

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Tinjauan Falsafah Pragmatisme Dari Aspek Pemikiran Politik Perbandingan

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Kata kunci: Penyelidikan Syariah, Globalisasi, Fiqh Kontemporari.

PERJANJIAN KONTRAK SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF PARTI-PARTI POLITIK Dl MELAKA: SATU ANALISA NorAzilah Ahmad Nor Fazilah Abdul Hamid

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

ISLAMISASI NEGARA MALAYSIA DALAM KONTEKS GAGASAN ISLAMISASI ILMU SYED MUHAMMAD NAQUIB AL- ATTAS: SATU TINJAUAN

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015)

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Transcription:

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin ISSN 1985-6830 Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H i

Jurnal Hadhari Edisi Khas (2008) 1-8 ii

Jilid : Edisi Khas Volumn : Special Edition Makalah / Articles KANDUNGAN JURNAL HADHARI Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin 1 Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi Pendekatan Hadhari : Gagasan Besar Membina Semula Ketamadunan 9 Ahmad Zahid Hamidi Gagasan JAKIM Dalam Pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari Di Malaysia 17 Wan Mohamad bin Dato Sheikh Abdul Aziz Gagasan Pendekatan Islam Hadhari Untuk Realiti Masyarakat Kini 29 Mohd Yusof Hj Othman Science From The Perspective Of Civilizational Islam 53 Muhammad Fuad Yeoh Abdullah Abdul Latif Hj. Samian Building The Human Capital In The Malakah Concept Of Ibn Khaldun : A Historical Study Based On His Muqaddimah 75 Muhammad Uthman El-Muhammady Ke Arah Memperkasakan Islamisasi Seni Muzik Sebagai Satu Alternatif : Satu Pengamatan Awal 105 Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid Muhammed bin Yusof 123 Ulasan Buku Islam Hadhari : Pendekatan Pembangunan Peradaban 155 Jawiah Dakir iii

Jurnal Hadhari Edisi Khas (2008) 1-8 iv

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin JABATAN KEMAJUAN ISL AM MALAYSIA DEPARTMENT OF ISLAMIC DEVELOPMENT MALAYSIA Jurnal Hadhari Edisi Khas (2008) 1-8 INSTITUTE OF ISLAM HADHARI ISLAM SEBAGAI RAHMATAN LIL ALAMIN Perutusan DATO SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI Pertamanya saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada JAKIM atas penerbitan Jurnal Hadhari Edisi Khas ini. Melalui jurnal ini, bolehlah saya melontarkan sedikit pandangan berhubung perkara berkaitan Pendekatan Islam Hadhari. Sejak kemunculan nabi-nabi, Islam telah berfungsi sebagai agen perubahan masyarakat. Sirah menunjukkan bahawa Islam membawa bersama-samanya corak amalan dan serangkaian nilai-nilai positif sehingga berjaya mengubah pemikiran, budaya dan cara hidup kaum masing-masing. Semua nabi membawa masyarakat ke arah progresif. Contohnya hidup berperadaban;masyarakat Arab lama berubah kepada sebuah masyarakat Arab era Nabi Muhammad s.a.w, seterusnya ke zaman khalifah yang berjaya membina empayar yang gemilang pada masa itu. Kejayaan ini bukan sahaja dinisbahkan kepada kejayaan nabi besar Muhammad s.a.w dalam usaha dakwah baginda kepada kaumnya semata-mata. Nabi-nabi sebelum Muhammad juga mencapai kejayaan yang sama. Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s, juga Nabi Ibrahim menjadi tokoh-tokoh utama dalam transformasi masyarakat pada zaman mereka. Saya dengan sengaja membawa ingatan kita semua kepada cerita kejayaan nabi-nabi yang lain, bukan sahaja terhad kepada kisah kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. Sejak kecil kita diceritakan oleh para ulama tentang nabi-nabi selain Muhammad s.a.w, nabi yang kita anggap sebahagiannya ulul azmi - kerana kesungguhan mereka menghadapi cabaran musuh sehingga mencapai kejayaan dalam penyebaran dakwah. 1

Jurnal Hadhari Edisi Khas (2008) 1-8 Secara asasnya, penduduk dunia hari ini mengiktiraf Nabi Isa dan Nabi Musa a.s sebagai pembawa ajaran agama Allah S.W.T melalui kitab Injil dan Taurat. Kita tidak akan membahaskan dalam ruangan yang singkat ini berkenaan dengan perjalanan sejarah panjang yang telah memisahkan ketiga-tiga agama - Islam, Yahudi, Kristian sebegitu jauh sebagaimana pemahaman kebanyakan orang pada hari ini. Apa yang ingin dirumuskan di sini ialah bahawa tokoh - tokoh pembawa agama besar ini, yang kita golongkan dalam agama-agama samawi, telah diiktiraf sumbangan mereka dalam membawa perubahan terhadap pemikiran para pemeluknya. Menurut kefahaman Islam, kita golongkan nabi-nabi ini sebagai para reformis unggul yang telah berjaya mencapai misi dan menggerakkan perubahan masyarakat mereka. Tiga nabi utama Muhammad s.a.w, Isa a.s dan Musa a.s membawa peradaban yang boleh dikatakan baru kepada zaman itu. Ini kerana peradaban selalu bersifat sejagat, iaitu tidak ada batasan masa dan geografi. Keadilan pada zaman itu juga sama dengan makna keadilan pada zaman sekarang. Prinsipnya adalah apabila nilai, pegangan atau akidah berubah, maka amalan-amalan hidup akan turut berubah. Seterusnya apabila amalan berubah ke arah positif, maka secara langsung ia menjadi dorongan terhadap munculnya kebudayaan baru yang mencerminkan pemikiran dan amalan yang baru. Perkara itulah yang telah terjadi kepada masyarakat yang telah dipengaruhi oleh gerakan yang dibawa nabi-nabi besar ini. Contoh yang paling kita tahu sudah semestilah gerakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Nabi telah mengubah pemikiran, konsep kendiri, pandangan dan amalan bangsa Arab sehingga mereka muncul sebagai bangsa yang gagah, progresif dan beradab. Diri mereka dicerahi oleh cahaya hidayah dan dalam masa yang sama mereka turut memberi keadilan dan kerahmatan kepada orang lain, termasuk kepada semua haiwan dan alam sekitar. Inilah Islam, yang saya maksudkan kepada sebuah ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi bermula sejak Adam a.s, dan diperkukuhk asas dan diberi bentuk oleh Nabi Ibrahim a.s. Inilah Islam yang membawa rahmatan lil alamin iaitu rahmat kepada seluruh alam, bukan sahaja kepada orang Islam tetapi juga kepada orang belum Islam serta seluruh makhluk yang hidup di alam ini. Namun, perkembangan Islam bukanlah di atas satu jalur yang lurus dan berkembang menjadi baik dan bertambah baik. Islam khususnya dalam konteks masyarakatnya hari ini bukan sahaja mengalami kemajuan dan mampu membangunkan tamadun tetapi juga mengalami naik-turun. Sesetengah orang Islam hari ini mengeluh kerana mereka dilahirkan pada zaman sekarang, iaitu 2

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin zaman ketika Islam dan pemeluknya tidak mendapat penghormatan yang sewajarnya dari masyarakat dunia sekalipun jumlah mereka sebagai umat kedua teramai. Mengapakah perkara yang mendukacitakan kita ini berlaku sedangkan kita yakin bahawa agama ini pembawa kesejahteraan kepada seluruh alam? Umum mengetahui bahawa kekuatan Islam terletak kepada pentafsiran ajaran-ajarannya, samada ajaran langsung dari Al-Qur an mahupun pentafsiran ke atas hadis-hadis nabi Muhammad s.a.w. Hasil tafsiran ini bukan sahaja menghasilkan kitab-kitab tafsir Al-Qur an dan syarah Hadis oleh pemikir-pemikir Islam dahulu kala. Dengan menghalusi firman-firman Allah S.W.T, mereka menghasilkan ilmu pengetahuan dan sains. Melalui pembacaan, kita mengetahui bagaimana ulama-ulama besar dahulu adalah juga para pemuka ilmu pengetahuan dan saintis awal Islam seperti al-kindi, Al-Biruni dan ar-radzi. Mereka bukan sahaja menguasai malah mengasaskan pelbagai bidang ilmu seperti perubatan, sains, matematik sehinggalah kesusasteraan dan muzik. Mungkinkah kenyataan ini memberi jawapan kepada persoalan mengapa pada hari ini, orang-orang Islam memisahkan bidang sains dan agama dalam jarak yang begitu jauh? Saya turut berkongsi pandangan bahawa kesemua kesan yang berlaku ke atas dunia Islam hari ini bergantung pada tafsiran. Tafsiran amat-amat penting. Kita ialah masyarakat beragama, iaitu sebuah masyarakat yang dipengaruhi kuat oleh agama, maka bagaimana tafsiran kita terhadap agama akan menentukan bentuk pemikiran dan amalan kita. Ia mempengaruhi dasar-dasar negara, malah meliputi hampir keseluruhan kehidupan kita. Itulah kepentingan tafsiran terhadap ajaran agama. Mungkin kita merasa janggal apabila ditanya kepada kita oleh masyarakat di luar Islam, mengapakah ada negara Islam yang diperintah secara monarki lagi autokratik dan ada yang mengamalkan demokrasi. Ada negara Islam yang melantik atau memilih wanita ke peranan yang begitu tinggi, dan ada yang sebaliknya. Mengapakah ada negara yang begitu ketat tafsirannya dan ada yang begitu liberal. Malah ada negara Islam yang kelihatan menyisihkan ajaran Islam dan meletakkan asas sekular dalam pentadbirannya. Ini semua disebabkan tafsiran pihak pemerintah dan rakyat mereka masing-masing terhadap ajaran Islam. Siapakah yang boleh mengatakan bahawa cara-cara yang dijalankan oleh kita atau oleh mereka itu betul atau salah? Islam terbuka kepada tafsiran, iaitu tafsiran yang berautoriti. Tetapi dalam suasana semasa yang begitu terbuka, dan banyak kebijaksanaan lama yang selama ini dianggap mencapai kebenaran mutlak dipersoalkan kembali, maka 3

Jurnal Hadhari Edisi Khas (2008) 1-8 masyarakat yang terbuka ini akan bertanya siapakah yang berotoriti dalam menafsirkan Islam. Apakah dengan mempunyai set tafsiran yang pelbagai ini boleh membawa kepada konsep rahmatan lil alamin itu? Sejak awal pentadbiran saya, saya telah mengemukakan konsep dan pendekatan Islam Hadhari yang saya percaya mampu menjelaskan bahawa Islam yang kita yakini dengan sepenuh hati ini boleh menjadi satu pegangan yang kukuh dan menyumbang kepada kemajuan, keamanan dan kesejahteraan negara dan dunia amnya. Berpandukan nilai dan ajaran Islam, saya telah gariskan 10 perkara yang perlu diberi penekanan dalam pendekatan Islam Hadhari. Pendekatan ini telah saya kemukakan ke peringkat dunia, meliputi dunia Islam dan juga Barat. Nampaknya kumpulan yang saya temui menerima pendekatan ini, walaupun diakui terdapat segelintir pihak yang perlu kita berikan kefahaman yang lebih mendalam. Islam Hadhari merupakan satu pendekatan komprehensif untuk membangunkan manusia, masyarakat dan negara dengan menjadikan ajaran Islam sebagai dasarnya. Tentunya ia bukan ajaran baru atau membawa aqidah baru. Terdapat 10 perkara dalam pendekatan ini yang diberi tumpuan. Ia merupakan intisari kepada kekuatan nilai-nilai Islam yang telah menyumbang kepada ketamadunan Islam sejak dahulu kala. Sepuluh perkara itu ialah keimanan yang teguh kepada Allah S.W.T, kerajaan yang adil dan dipercayai serta pembentukan masyarakat yang bebas. Selain itu, ia turut merangkumi usaha yang bersungguh dan ghairah terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, keseimbangan dan kemajuan ekonomi, kehidupan rakyat yang berkualiti, hak kumpulan minoriti dan wanita dilindungi, integriti moral dan kebudayaan, pengekalan sumber alam tabii dan alam sekitar, dan kepentingan sistem pertahanan negara yang kuat. Keadaan semasa sama ada dalam negara ataupun antarabangsa pada hari ini memerlukan kita mengemukakan kepada dunia pandangan kita terhadap Islam yang menjadi agama negara. Sebagaimana kita maklumi, hubungan dunia Barat dan Islam pasca 11 September sudah berbeza dengan keadaan sebelumnya, walaupun konsep Islam Hadhari bukan diilhamkan daripada peristiwa itu. Dunia ingin tahu pandangan Malaysia pada masa kini kerana sejak sekian lama negara mengamalkan dasar Islam sederhana dan progresif. Sesetengah kumpulan menuduh amalan Islam yang diamalkan negara kita tidak mengikut ajaran Islam sebenar. Hakikatnya ialah Islam sebenar yang didakwa oleh mana-mana kumpulan tidak pernah diakui kerana sekali lagi, itu hanyalah tafsiran mereka. 4

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin Pada pandangan saya, negara kita memang mengamalkan Islam dengan bijaksana sejak zaman pentadbiran Tunku selaku Perdana Menteri Pertama sehingalah ke masa kini. Kita mengaplikasikan Islam yang sentiasa segar, iaitu yang disebut Islam yang tersentuh dengan realiti semasa (kontekstual). Dalam setiap perkara dan perancangan yangdilakukan, Islam sentiasa dijadikan landasan dengan mengambil kira bahawa Malaysia sebuah negara dengan masyarakat majmuk agama, kaum, budaya dan fahaman yang mempunyai pelbagai pandangan. Kandungan utama kepada Pendekatan Islam Hadhari ini ialah sifat boleh lenturnya (fleksibel) dalam memahami teks-teks Islam sama ada Al-Qur an mahu pun Hadis, dengan mengutamakan isi-isi ajaran dan bukan bentuknya. Oleh itu pemahamannya dalam menangani isu-isu semasa seperti masalah politik, agama, sosial dan perbezaan kebudayaan di kalangan pelbagai kaum ditangani dengan penuh rasional dengan tetap merujuk kepada nilai dan ajaran Islam. Maka sekali lagi, Pendekatan Islam Hadhari meletakkan tafsiran semasa sebagai unsur penting dalam pemikiran Islam. Inilah mungkin yang menjadi sebab kepada mereka yang kurang mendalami perkara ini akan cepat-cepat menganggap Islam Hadhari ini sebagai bawaan yang baru dalam Islam, sedangkan hakikatnya tidaklah demikian. Sebagai contoh saya bawakan satu fenomena pemikiran agama di negara kita. Kalangan ilmuan agama kita biasanya lebih banyak membawakan ayat Al-Qur an dalam menjawab bagi pihak mereka berbanding dengan kefahaman mereka sendiri apabila timbul satu perkara baru yang melibatkan maslahat rakyat. Kepada mereka, semua perkara seakan-akan terhenti kepada nas-nas Al-Qur an ataupun Hadis. Jika begitu, di manakah peranan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T kepada kita? Sedangkan, tafsiran ayat Al-Qur an atau Hadis harus menjadi sandaran dalam menjawab persoalan, bukannya jawapan itu terhenti pada manamana ayat Al-Qur an atau Hadis. Kalau beginilah keadaannya, seruan Allah S.W.T supaya sentiasa berfikir sebagaimana terdapat dalam banyak ayat kelihatannya tidak diikuti, kerana kita lebih suka bersandar kepada ayat, bukannya menggunakan ayat itu sebagai landasan idea untuk berfikir secara lebih jauh. Di situlah peranan pemikiran. Ini bermakna bahawa kita diseru agar berkali-kali berfikir, kerana masalah dan persoalan di dunia ini tidak pernah selesai. Al-Qur an bukan satu kitab yang menyediakan preskripsi untuk diambil pelbagai tips dan ramuan, lalu diujikaji untuk menyelesaikan masalah-masalah manusia. Sebaliknya, ia menyediakan satu teras, pegangan dan nilai-nilai untuk kita terus berfikir dan membina kemajuan dan ketamadunan. Di situlah letaknya nilai universal Al-Qur an, bukanlah disebabkan sepanjang perkembangan zaman 5

Jurnal Hadhari Edisi Khas (2008) 1-8 manusia perlu mengikut preskripsi yang tertera dalam Al-Qur an. Jika ini yang dilakukan oleh umat Islam, maka kemajuan mereka akan terhenti sama sekali. Al-Qur an dinuzulkan pada zaman Nabi untuk menyelesaikan masalah semasa zaman nabi dan untuk zaman-zaman seterusnya ia menjadi satu pegangan dan panduan kukuh daripada segi nilai-nilai universal yang terkandung di dalamnya, bukannya aspek-aspek teknikal yang sentiasa bergantung pada suasana dan kemajuan pemikiran sesuatu zaman. Nilai Al-Qur an tidak mungkin berubah, misalnya nilai kebaikan melawan kejahatan, tetapi aspek fiqh atau teknikalnya sentiasa berubah, berdasarkan pemikiran semasa. Inilah sebahagian daripada perkara yang telah diamalkan oleh umat Islam dahulu sehingga mereka mencapai kemajuan yang tinggi berbanding umat-umat lain pada masa itu. Kajian mendalam diperlukan untuk memperluaskan lagi perbincangan dan pemahaman rakyat terhadap pendekatan yang saya kemukakan ini. Saya berpandangan bahawa isu kefahaman Islam, termasuklah pendekatan Islam Hadhari ini perlu mendapat dokongan institusi pengajian tinggi. Para ilmuan dan ulama di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara wajar melakukan kajian yang teliti, berobjektifkan kebenaran dan untuk melihat pelbagai isu dan kritikan berkaitan agama. Kajian-kajian ini bolehlah diterbit dan disebarkan kepada masyarakat atas dasar mencari kebenaran, bukannya atas dasar emosi atau pemikiran yang diselaputi sebarang kepentingan yang lain. Dengan itu kita akan dapat mengurangkan banyak kesalahfahaman agama seperti yang kita alami selama ini. Perkara begini selama ini menjadi hijab kepada orang Islam mahupun bukan Islam daripada melihat potensi Islam yang sebenar sebagai pembawa obor keamanan, toleransi, penganjuran semangat mahabbah dan menghormati agama lain, tidak taksub dan serangkaian nilai-nilai yang amat diingini oleh masyarakat dunia. Kesalahfahaman ini menggagalkan misi Islam sebagai rahmatan lil alamin. Di negara kita sendiri, boleh dikatakan bahawa amalan Islam sebahagian hanya berasaskan sedikit pengetahuan asas Islam. Antaranya perkara fardhu ain yang dipelajari sewaktu sekolah rendah meliputi kewajipan sembahyang, puasa dan sebagainya. Banyak daripada kalangan kita yang beramal ibadat dan berfikir tentang agama dengan setakat ilmu yang sedia diketahui. Mereka beramal dengan ilmuilmu yang terhenti sejak dulu itu. Sedangkan sebagai orang Islam, kita diseru agar sentiasa berusaha mencari ilmu-ilmu tambahan yang mampu menjelaskan lagi pemikiran agama, misalnya 6

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin daripada segi falsafah amalan atau aspek-aspek lain yang sangat luas cakupannya dalam Islam. Apabila kita tidak berusaha mendalami agama, kita tidak mempunyai pendirian agama yang utuh dan senang dipengaruhi. Dalam masa yang sama, kita mendakwa kita dekat dengan Islam, dengan merujuk Islam sebagai ad-din. Tapi perkara yang diamalkan selalunya berlawanan dengan prinsip ad-din. Kalaulah benar-benar kita yakin bahawa Islam adalah satu jalan hidup di dunia dan akhirat, adakah kita akan mengambil mudah, terikut-ikut dan tidakpernah mempersoalkan, ataupun mengkaji ulang perkara yang sebegini penting dalam hidup kita. Mengapakah kita mesti menyerahkan seratus peratus perkara agama kepada sesetengah individu atau kumpulan, termasuklah dalam perkara mentafsirkan agama untuk kehidupan kita sama ada kehidupan di peringkat individu ataupun negara. Hakikatnya terdapat kumpulan di negara kita yang kerapkali mengelirukan masyarakat terbanyak dengan pelbagai fatwa yang atas nama agama. Mereka bercakap dengan mengatakan bahawa Islam mahu begini dan begitu, sedangkan mereka itulah yang mahukan masyarakat mengikut kehendak mereka. Mana mungkin seseorang tahu tafsiran Islam yang sebenarnya melainkan Allah S.W.T. Hanya Allah S.W.T yang tahu kehendak-nya yang sebenar, dan kita manusia hanya berijtihad melalui tafsiran kita berpandu kepada ayat-ayatnya. Tafsiran kita tidak mutlak sehingga tidak mungkin wujud ijtihad yang lain pula. Realitinya, sepanjang pemerintahan negara sejak merdeka, kita telah berjaya memperkasa agenda Islam. Saya dan Perdana Menteri sebelum saya telah berupaya membuktikan kepada dunia bahawa Islam bukan agama yang menghasilkan pengganas atau orang yang menolak kewujudan dunia yang aman dan maju. Di bawah kerangka dan pendekatan Islam Hadhari misalnya, kita memperhalusi lagi aspek kemajuan Islam. Penghasilan modul j-qaf dalam kurikulum pendidikan kita, kewujudan Halal Hub atau Perbankan Islam misalnya menjadi bukti dinamika pemikiran kita memindahkan Islam konsep kepada Islam nyata. Program ini nampaknya boleh diterima sehingga ke peringkat antarabangsa dan memberikan banyak faedah kepada negara kita. Amat penting pada hari ini bagi kita semua, termasuk pihak JAKIM dan Institut Islam hadhari, UKM serta institusi seumpamanya untuk menyebarluaskan kefahaman Islam yang betul kepada setiap umat Islam dan bukan Islam di negara kita. Saya yakin sekiranya kita dapat memantapkan kefahaman Islam ini kepada rakyat kita, perkara-perkara berhubung perselisihan agama tidak akan berlaku. Malah, kita berupaya untuk menunjukkan kepada umat Islam di tempat lain akan keagungan Islam. Kita seboleh-bolehnya ingin menemui 7

Jurnal Hadhari Edisi Khas (2008) 1-8 kembali jawapan bagaimanakah umat Islam dahulu boleh mencapai kejayaan dan keagungan. Saya yakin akan potensi pendekatan Hadhari ini sebagai jawapan kepada masyarakat dunia yang mampu membawa kesejahteraan dan memenuhi konsep rahmatan lil alamin. Setiap kita mesti berikrar di dalam hati dan memastikan tindakan kita memberi rahmat dan kebaikan kepada semua sesama manusia, haiwan, tumbuhan dan persekitaran. Sekian. YAB Dato Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia 8