PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD (No W) A Member Of The Pacific & Orient Group Website:

Similar documents
Skim Kemasukan Hospital Dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA) Terma & Syarat

Liberty 100 Years Care Pelan Perubatan Kesihatan Major. Terma & Syarat

INSURANS KEMALANGAN DIRI PENERBANGAN & PERJALANAN AFFINBANK WORLD MASTERCARD

PELAN INSURANS FLEXIHEALTH

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PA Care Terma & Syarat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

SPECIAL CARE PA Terma & Syarat

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Rakan Pemandu Nilai Yang Dipersetujui Terma & Syarat

Pemandu Bas Terma & Syarat

PA Flexicare. Terma & Syarat

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Kebakaran Tarif Terma & Syarat

POS Rakan Penunggang Motosikal Terma & Syarat

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Plat Kaca Terma & Syarat

Perayaan Terma & Syarat

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Kemalangan Peribadi SmartCover Terma & Syarat

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Polisi Wang Terma & Syarat

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Dengan PRUcancer plan, saya boleh berada di sisi keluarga saya untuk selama yang mungkin.

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Kecurian Terma & Syarat

Insurans Pampasan Pekerja Terma & Syarat

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Semua Risiko (Peralatan Pejabat) Terma & Syarat

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

SCS. Kit HR FACILITIES (KEMUDAHAN)

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Liabiliti Awam Terma & Syarat

Borang Cadangan MedicaGen 200

BAHASA MALAYSIA TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED. 1. Perluasan Perkhidmatan DAN KEISTIMEWAAN

SIJIL IKHLAS NIAGA (OFFICE NIAGA) TAKAFUL

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

PENILAIAN PENGETAHUAN

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Pelan Perlindungan Perniagaan (Bispro) Terma & Syarat

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN UNTUK BUKAN EKSEKUTIF TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN UNTUK BUKAN EKSEKUTIF

SURAT TAWARAN. No. Ruj. Bank : Tarikh : Kepada : : Tuan/Puan, PER : Permohonan untuk kemudahan [FacilityAlternateDescription]

POLISI KEBAKARAN (INDIVIDU) TARIF

FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

*PMY1NOMFRM* Notification For Appointment Of Nominees And Trustees Pemberitahuan Perlantikan Penama-penama Dan Pemegang-pemegang Amanah.

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk pengesahan dalam jawatan Juruteknik Perubatan U19

AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN A IR (PELESENAN) 2007

TERMA DAN SYARAT. PROGRAM SAHABAT AGRO (AgroPrimaS)

Terma dan Syarat Am Jualan Donaldson Company Inc.

SIJIL IKHLAS FIRE TAKAFUL

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Tune Protect Travel Insurance by AirAsia Pelan Sehala Antarabangsa (WPUA)

KAD KREDIT-i BANK ISLAM TERMA DAN SYARAT Bermula September 2018

BORANG PERMOHONAN PELAN INSURANS KESIHATAN MEDISTAR

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

CIMB BANK BERHAD (13491-P) TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT PENGENDALIAN AKAUN MATA WANG ASING (Layak menerima perlindungan PIDM)

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

3b) Birthday Privilege - Secret Recipe Slice Cake & Iced/Hot Beverage Voucher worth RM20

PENTING / PENAFIAN INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET PENDASAR, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN

CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT AKAUN PULANGAN PENDAPATAN TETAP-i MATA WANG ASING (FCFRIA-i)

POLISI EMPUNYA RUMAH / ISI RUMAH TARIF

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010 PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH KEDOKTORAN) 2017

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

Polisi ipad Pensyarah

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

Semua Pelajar Ijazah Tinggi (Mod Kerja Kursus & Mod Campuran), Luar Pesisir dan Ijazah Pertama (Penuh Masa) PERCETAKAN. & Ijazah Pertama [Penuh Masa]

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4-292/15 ANTARA NAVINATHAN A/L DORAISAMY DAN BEKAERT SOUTHERN WIRE SDN. BHD. AWARD NO.

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Permohonan Kemudahan Pembiayaan Peribadi

Transcription:

PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD (No.12557-W) A Member Of The Pacific & Orient Group Website: www.pacific-orient.com GST Registration No. / GBP : 001055457280 HEAD OFFICE BRANCH Johor Bahru Melaka Ipoh Penang Kuching Kuantan Kota Kinabalu BUSINESS CENTRES Sungai Petani Sungai Besi 11 th Floor Wisma Bumi Raya, No. 10, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, P.O.Box 10953, 50730 Kuala Lumpur, Malaysia Telephone: +603-2698 5033 Fax: +603-2693 8145 Toll Free: 1-800-88-2121 Suite 905, 9th Floor, Johor Tower, No.15 Jalan Gereja, 80100, Johor Bahru, Johor, Malaysia Tel: 07-222 2537 Fax: 07-224 5631 No.2, Jalan PM7, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, 75000 Melaka, Malaysia Tel: 06 284 8298 Fax: 06-284 9619 75, Jalan Raja Ekram, 30450 Ipoh, Perak, Malaysia Tel: 05-255 0370 Fax: 05-253 2943 66, Jalan Zainal Abidin, 10400 Pulau Pinang Tel: 04-2278 355 Fax: 04-2278 343 Lot 262, 1st Floor, Jalan Haji Taha, 93400 Kuching, Sarawak, Malaysia Tel: 082-239 019 Fax: 082-232 462 B-62, Lorong Tun Ismail 8, Sri Dagangan 2, Jalan Tun Ismail, 25000 Kuantan, Pahang Tel: 09-514 6332 Fax: 09-516 2858 Unit 10-1, (Lot 12) Block B, Inanam Business Centre, 88450 Inanam, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Tel: 088-389 927 Fax: 088-387 927 No.85 Jalan 1A 1st & 2nd Floor, Pusat Perniagaan Pekan Lama 08000 Sungai Petani, Kedah. Tel: 04-423 1425 Fax:04-423 1260 165-3-1, Wisma Mutiara, Jalan Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: 03-9223 0646 Fax: 03-9222 3914 SKIM KEMASUKAN HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN PEKERJA ASING Bahawasanya yang Pemegang Polisi / Orang Yang Diinsuranskan, menerusi satu permohonan dan perakuan yang menjadi asas kepada kontrak ini dan dianggap sebagai sebahagian daripadanya, telah memohon kepada PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD (seterusnya dirujuk sebagai Syarikat ) untuk insurans yang terkandung seterusnya dan telah membayar premium yang dinyatakan dalam Jadual Polisi sebagai pertimbangan untuk insurans sedemikian bagi tempoh yang dinyatakan di dalamnya. Maka Polisi Ini Memperakui bahawa jika dalam Tempoh Insurans, sebarang sakit, wabak, penyakit atau kecederaan akibat kemalangan memerlukan Orang Yang Diinsuranskan dimasukkan ke Hospital Kerajaan Malaysia untuk rawatan, Syarikat akan, tertakluk kepada peraturan-peraturan, peruntukan-peruntukan, pengecualian-pengecualian dan syarat-syarat Polisi ini dan yang diendors kepadanya, membayar kepada Orang Yang Diinsuranskan atau wakil peribadinya yang sah di sisi undang-undang jumlah atau jumlah-jumlah yang dinyatakan dalam Jadual Manfaat. Dengan syarat dalam segala hal bahawa Polisi ini akan berkuatkuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam Jadual Polisi. Polisi ini akan dikeluarkan untuk tempoh satu tahun dan boleh dibaharui untuk tempoh satu tahun lagi pada akhir setiap tempoh insurans tertakluk kepada kebenaran Syarikat. KONTRAK INSURANS PENGGUNA Polisi dikeluarkan sejajar dengan pembayaran dari premium yang ditentukan dalam Jadual Polisi dan menurut kepada kenyataan yang telah dikemukakan di dalam borang cadangan (atau semasa permohonan insuran ini) dan segala kenyataan yang telah dibuat oleh pihak anda pada atau semasa penyerahan borang cadangan (atau semasa permohonan insuran ini) dan pada masa perjanjian ini ditandatangani. Jawapan dan sebarang pernyataan lain yang anda berikan akan menjadi sebahagian daripada kontrak insurans antara anda dan pihak kami. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang salah nyata semasa pra-kontrak berhubung dengan jawapan anda atau di mana-mana pernyataan yang diberikan oleh anda, hanya remedi yang terdapat dalam Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 akan diguna pakai. Polisi ini bertindak atas terma-terma dan syarat-syarat kontrak insurans seperti yang telah dipersetujui antara anda dan pihak kami. KONTRAK INSURANS KOMERSIAL Polisi dikeluarkan sejajar dengan pembayaran dari premium yang ditentukan dalam Jadual Polisi dan menurut kepada kenyataan yang telah dikemukakan di dalam borang cadangan (atau semasa permohonan insurans ini) dan segala kenyataan yang telah dibuat oleh pihak anda pada atau semasa penyerahan borang cadangan (atau semasa permohonan insurans ini) dan pada masa perjanjian ini ditandatangani. Jawapan dan sebarang pernyataan lain yang anda berikan akan menjadi sebahagian daripada kontrak insurans antara anda dan pihak kami. Sekiranya terdapat sebarang salah nyata pada pra-kontrak berhubung dengan jawapan anda atau di mana-mana pernyataan yang diberikan oleh anda, ia mungkin mengakibatkan pembatalan kontrak insurans, keengganan atau pengurangan gantirugi, perubahan terma atau penamatan kontrak insurans anda. Polisi ini bertindak atas terma-terma dan syarat-syarat kontrak insurans seperti yang telah dipersetujui antara anda dan pihak kami. DEFINISI KEMALANGAN hendaklah bermaksud kejadian yang berlaku secara tiba-tiba, tidak disengajakan, tidak dijangka, luar biasa dan yang tertentu pada masa dan di tempat yang dikenal pasti, yang hendaklah tanpa bergantung pada apa-apa sebab lain, menjadi satu-satunya sebab bagi kecederaan anggota badan. MANA-MANA SATU HILANG UPAYA hendaklah bermaksud semua tempoh hilang upaya yang timbul daripada sebab yang sama termasuk mana-mana dan semua komplikasinya kecuali jika Orang yang Diinsuranskan pulih sepenuhnya dan tidak perlu menjalani apa-apa rawatan lanjut (termasuk dadah, ubat, diet khas atau suntikan atau nasihat tentang keadaannya) bagi hilang upaya itu selama sekurang-kurangnya sembilan puluh (90) hari selepas tarikh terakhir keluar hospital dan hilang upaya berikutnya akibat daripada sebab yang sama hendaklah dianggap seolah-olah hilang upaya itu adalah yang baru. HILANG UPAYA hendaklah bermaksud sakit, wabak, penyakit atau semua kecederaan yang timbul daripada satu atau beberapa sebab yang berterusan. PENYAKIT KONGENITAL hendaklah bermaksud apa-apa keabnormalan perubatan atau fizikal yang wujud sejak lahir, dan juga keabnormalan fizikal nenonatal yang berkembang dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kelahiran. Ini termasuk semua jenis hernia dan epilepsy kecuali disebabkan oleh trauma yang berlaku selepas tarikh Orang Yang Diinsuranskan dilindungi secara berterusan di bawah Polisi ini. HARI hendaklah bermaksud pentafsiran hari yang dikenakan bayaran oleh Hospital Kerajaan Malaysia yang berkenaan. PEMBEDAHAN HARIAN hendaklah bermaksud pesakit yang perlu menggunakan kemudahan pemulihan untuk prosedur pembedahan yang dirancang terlebih dahulu di Hospital Kerajaan Malaysia / klinik pakar (tetapi bukan untuk bermalam). DOKTOR atau PAKAR PERUBATAN atau PAKAR BEDAH hendaklah bermaksud pengamal perubatan berdaftar yang layak dan berlesen untuk mengamalkan perubatan barat dan yang, semasa memberikan rawatan itu, mengamalkannya mengikut skop pelesenan dan latihannya di kawasan geografi profesion tersebut diamalkan, tetapi tidak termasuk doktor, pakar perubatan atau pakar bedah yang merupakan Orang Yang Diinsuranskan itu sendiri. PENGINAPAN HOSPITAL bermaksud Orang Yang Diinsuranskan didaftar dan dumasukkan sebagai pesakit yang dirawat dalam Hospital Kerajaan Malaysia selama lebih daripada dua belas (12) jam. SKIM KEMASUKAN HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN PEKERJA ASING.. ( 1 of 5 ) J3 ODC OCT 2015

HOSPITAL hendaklah bermaksud hanya pertubuhan yang ditubuhkan dan didaftarkan sewajarnya sebagai Hospital Kerajaan Malaysia bukan Korporat untuk jagaan dan rawatan orang yang sakit dan cedera, dan yang:- a) mempunyai kemudahan teratur untuk diagnosis, rawatan dan pembedahan utama; b) menyediakan khidmat jagaan 24 jam sehari oleh jururawat berdaftar dan siswazah; c) di bawah penyeliaan Pakar Perubatan; dan d) bukan terutamanya sebuah klinik; tempat penjagaan untuk ketagih alkohol dan dadah; pusat jagaan atau rumah pemulihan atau rumah orang tua atau pertubuhan yang serupa HOSPITAL KERAJAAN MALAYSIA hendaklah bermaksud hospital yang bayaran khidmatnya tertakluk kepada Akta Fi 1951, Perintah Fi (Perubatan) 1982 dan/atau pindaan berikutnya jika ada. SAKIT, WABAK ATAU PENYAKIT hendaklah bermaksud keadaan fizikal yang ditunjukkan dari segi patologi berbeza daripada keadaan kesihatan yang normal KECEDERAAN hendaklah bermaksud kecederaan anggota badan yang semata-mata disebabkan oleh kemalangan. PEMEGANG POLISI hendaklah bermaksud orang atau entiti korporat yang telah memohon untuk insurans ini daripada Syarikat dan merupakan majikan pekerja asing yang sah. ORANG YANG DIINSURANSKAN hendaklah bermaksud Orang Yang Layak yang telah diterima oleh Syarikat untuk menyertai Skim seperti dihuraikan dalam jadual Manfaat. ORANG YANG LAYAK hendaklah bermaksud pekerja asing semasa dan masa depan Pemegang Polisi yang bekerja sepenuh masa dan berusia antara lapan belas (18) hingga enam puluh (60) tahun dan merupakan pemegang sah permit/pas Lawatan Kerja Sementara yang masih berkuat kuasa, yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Kerajaan Malaysia yang berkenaan. UNIT RAWATAN RAPI hendaklah bermaksud satu bahagian di Hospital Kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai Unit Rawatan Rapi oleh Hospital Kerajaan Malaysia, dan yang diselenggara dua puluh empat (24) jam hanya untuk rawatan bagi pesakit dalam keadaan kritikal dan dilengkapi khidmat jagaan dan perubatan khas yang tidak disediakan di mana-mana bahagian lain Hospital Kerajaan Malaysia itu. HAD TAHUNAN KESELURUHAN hendaklah bermaksud Manfaat yang dibayar bagi belanja yang dikenakan untuk rawatan yang diberikan kepada Orang yang Diinsuranskan dalam tempoh insurans hendaklah dihadkan mengikut Had Tahunan Keseluruhan seperti yang dinyatakan dalam Jadual Manfaat tanpa mengira jenis hilang upaya. Jika Had Tahunan Keseluruhan telah dibayar, maka semua insurans untuk Orang yang Diinsuranskan di dawah ini hendaklah dihentikan bayarannya serta-merta bagi baki tahun polisi tersebut. PENYAKIT SEDIA ADA hendaklah terhad kepada hilang upaya yang wujud sebelum tarikh kuat kuasa perlindungan dan untuk mana orang Yang Diinsuranskan patut mengetahui sewajarnya. Orang yang Diinsuranskan dianggap mengetahui sewajarnya keadaan sedia ada itu apabila:- a) orang yang Diinsuranskan telah atau sedang menerima rawatan, b) nasihat perubatan, diagnosis, jagaan atau rawatan telah disyorkan; c) simptom yang jelas dan tepat dapat atau telah dilihat dengan nyata; atau d) kewujudannya dapat diperhatikan dengan jelas kepada orang yang mengalami keadaan itu. BAYARAN MUNASABAH DAN BIASA DIAMALKAN hendaklah bermaksud bayaran rawatan perubatan yang perlu dari segi perubatan, yang dianggap munasabah dan biasa diamalkan selagi bayaran itu tidak melebihi had biasa bayaran yang dibuat oleh pihak lain yang sama kedudukannya di tempat bayaran itu dikenakan, apabila memberikan rawatan, khidmat atau bekalan seumpamanya atau yang serupa kepada individu dengan jantina yang sama dan kategori umur yang sama untuk sakit, penyakit atau kecederaan serta selaras dengan piawai dan amalan perubatan yang diterima dan tidak boleh diabaikan tanpa menjejaskan keadaan perubatan Orang yang Diinsuranskan. PENYAKIT TERTENTU hendaklah bermaksud hilang upaya berikut dan komplikasi yang berkaitan dengannya, yang wujud dalam tempoh serratus dua puluh (120) hari pertama insurans bagi Orang Yang Diinsuranskan. a) Penyakit kardiovaskular b) Semua kanser PEMBEDAHAN hendaklah bermaksud mana-mana prosedur perubatan yang berikut: a) Untuk menginsisi, mengeksis atau mengelektrokauteri mana-mana bahagian organ atau badan, kecuali untuk khidmat pergigian. b) Untuk membaiki, mengubah atau membentuk semula mana-mana bahagian organ atau badan. c) Untuk mengurangkan fraktur atau dislokasi melalui manipulasi. d) Penggunaan endoskopi untuk mengeluarkan batu atau objek dari larinks, bronkus, trakea, esofagus, perut, usus, pundi kencing, atau uretra. POLISI hendaklah bermaksud perjanjian ini bersama dengan sebarang endorsemen di dalamnya, yang ditandatangan oleh Syarikat, Jadual Manfaat dilampirkan kepadanya dan borang permohonan Orang Yang Diinsuranskan yang kesemuanya meliputi keseluruhan kontrak antara kedua-dua pihak. TEMPOH INSURANS hendaklah bermaksud tempoh yang dinyatakan dalam Jadual Polisi dan dalam mana Orang Yang Diinsuranskan bekerja secara langsung untuk Yang Diinsuranskan atau sehingga tamat pekerjaan / permit kerja yang mana lebih awal TETAPI TIDAK TERMASUK tempoh apabila Orang Yang Diinsuranskan kembali ke negara asalnya. Perlindungan tamat dari masa beliau meninggalkan Malaysia dan disambung semula apabila beliau kembali ke Malaysia. Had liputan kawasan Polisi adalah di dalam Malaysia sahaja. JENIS MANFAAT yang PERKARA MANFAAT JUMLAH (RM) 1(a) Bilik Hospital & Makan Harian (Maksimum sehingga 30 hari) 1(b) Unit Rawatan Rapi (Maksimum sehingga 15 hari) 2. Bakalan dan Khidmat Hospital 3. Bilik Bedah 4. Bayaran Pembedahan (TIdak merangkumi transplant organ) 5. Bayaran Pakar Bius 6. Lawatan Pakar Perubatan Dalam Hospital (Maksimum sehingga 30 hari) 7. Lawatan Rundingan Pakar Dalam Hospital (Maksimum sehingga 30 hari 8. Bayran Ambulans/Bayaran Laporan Perubatan Had Tahunan Keseluruhan Maksimum (Perkara 1-8) Bayaran yang dikenakan mengikut bayaran yang selaras dengan Bilik & Makan Kelas Ketiga (ke3) sehingga maksimum RM60 sehari di Hospital Kerajaan Malaysia Bukan Korporat mengikut Akta Fi 1951, Perintah Fi (Perubatan)1982 RM10,000.00 BILIK HOSPITAL DAN MAKAN HARIAN (MAKSIMUM SEHINGGA TIGA PULUH (30) HARI) Pembayaran balik bagi Bayaran Munasabah dan Biasa yang Perlu Dari Segi Perubatan untuk penginapan di bilik dan makan. Jumlah manfaat hendaklah sama dengan bayaran sebenar yang dikenakan oleh Hospital Kerajaan Malaysia semasa Orang yang Diinsuranskan dimasukkan ke hospital, tetapi manfaat tidak boleh melebihi, bagi mana-mana satu hari, kadar Manfaat Bilik dan Makan, dan bilangan maksimum hari seperti yang ditetapkan dalam Jadual Manfaat. Orang yang Diinsuranskan hanya layak menerima manfaat ini apabila dimasukkan ke Hospital sebagai pesakit dalam. SKIM KEMASUKAN HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN PEKERJA ASING.. ( 2 of 5 ) J3 ODC OCT 2015

UNIT RAWATAN RAPI (MAKSIMUM SEHINGGA LIMA BELAS (15) HARI) Pembayaran balik bagi Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan yang perlu Dari Segi Perubatan untuk bilik dan makan yang sebenarnya ditanggung semasa dimasukkan ke hospital sebagai pesakit dalam di Unit Rawatan Rapi Hospital Kerajaan Malaysia. Bayaran manfaat ini hendaklah sama dengan bayaran sebenar yang dikenakan oleh Hospital Kerajaan Malaysia tertakluk kepada manfaat maksimum bagi mana-mana satu hari, dan bilangan maksimum hari, seperti yang ditetapkan dalam Jadual Manfaat. Apabila tempoh dimasukkan ke hospital di Unit Rawatan Rapi melebihi tempoh maksimum yang ditetapkan dalam Jadual Manfaat, maka pembayaran balik akan dihadkan kepada kadar Bilik dan Makan Harian dibayar. BEKALAN DAN KHIDMAT HOSPITAL Pembayaran balik bagi Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan yang sebenarnya ditanggung dan yang Perlu Dari Segi Perubatan untuk jagaan am, dadah dan ubat yang dipreskripsikan dan dimakan, pencucian dan pembalutan luka, anduh, acuan plaster, sinar-x, pemeriksaan makmal, elektrokardiogram, fisioterapi, ujian metabolism basal, suntikan dan larutan intraena, pemberian darah dan plasma darah, tetapi tidak termasuk kos darah dan plasma semasa Orang Yang Diinsuranskan dimasukkan ke hospital sebagai pesakit dalam di Hospital Kerajaan Malaysia, hingga jumlah yang dinyatakan dalam Jadual Manfaat. BILIK BEDAH Pembayaran balik bagi Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan untuk Bilik Bedah yang berkaitan dengan prosedur pembedahan tidak melebihi had yang ditetapkan dalam Jadual Manfaat. BAYARAN PEMBEDAHAN Pembayaran balik bagi Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan untuk pembedahan yang Perlu Dari Segi Perubatan oleh Pakar, termasuk lawatan penilaian prapembedahan Orang yang Diisuranskan oleh Pakar dan rawatan selepas pembedahan hingga bilangan hari maksimum dari tarikh pembedahan, tetapi dalam tempoh maksimum yang dinyatakan dalam Jadual Manfaat. Jika lebih daripada satu pembedahan dijalankan bagi Mana-mana Satu Hilang Upaya, jumlah bayaran untuk semua pembedahan yang dijalankan, tidak boleh melebihi jumlah maksimum yang dinyatakan dalam Jadual Manfaat. BAYARAN PAKAR BIUS Pembayaran balik bagi Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan oleh Pakar Bius untuk pemberian bahan bius yang Perlu Dari Segi Perubatan tidak boleh melebihi had yang ditetapkan dalam Jadual Manfaat. LAWATAN PAKAR PERUBATAN DALAM HOSPITAL (MAKSIMUM SEHINGGA TIGA PULUH (30) HARI) Pembayaran balik bagi Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan oleh Pakar Perubatan untuk lawatan yang Perlu Dari Segi Perubatan ke atas pesakit dalam berbayar semasa dimasukkan ke hospital kerana hilang upaya bukan pembedahan tertakluk kepada maksimum 1 lawatan sehari tidak melebihi bilangan hari dan jumlah maksimum yang ditetapkan dalam Jadual Manfaat. LAWATAN RUNDINGAN PAKAR DALAM HOSPITAL (MAKSIMUM SEHINGGA TIGA PULUH (30) HARI) Pembayaran balik bagi Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan bagi rundingan oleh Pakar yang berlesen secara sah dan berkelayakan, yang disarankan oleh Pakar Perubatan disebabkan penyakit atau kecederaan semasa tinggal di hospital. Jumlah keseluruhan yang dibayar tidak boleh melebihi jumlah maksimum yang ditetapkan di Jadual Manfaat bagi Mana-Mana Satu Hilang Upaya. BAYARAN AMBULANS/ BAYARAN LAPORAN PERUBATAN Pembayaran balik bagi Bayaran Munasabah dan Biasa Diamalkan yang ditanggung untuk khidmat ambulans rumah (termasuk atendan) ke dan/atau dari Hospital Kerajaan Malaysia. Bayaran tidak akan dibuat jika Orang yang Diinsuranskan itu tidak dimasukkan ke hospital dan tertakluk kepada had yang ditetapkan dalam Jadual Manfaat. Di bawah manfaat ini, Syarikat juga akan membayar balik Yang Diinsuranskan kos bagi mendapatkan laporan perubatan namun hanya jika laporan tersebut secara khusus diperlukan oleh pihak Syarikat bagi memproses tuntutan. PERUNTUKAN KHAS ORANG-ORANG YANG LAYAK Orang-Orang Yang Layak diinsuranskan di bawah Polisi ini adalah pekerja asing semasa dan masa depan Pemegang Polisi yang bekerja sepenuh masa dan terlibat secara aktif dalam tugas biasa pada tarikh mereka layak menyertai Polisi. Kakitangan pekerja asing semasa layak untuk menyertai insurans pada tarikh permulaan polisi. Kakitangan pekerja asing pada masa depan layak untuk menyertai insurans pada tarikh yang dinyatakan dalam borang permohonan. Jika seorang kakitangan tidak terlibat secara aktif dalam tugas biasanya pada tarikh beliau sepatutnya layak mengikut keperluaan yang dinyatakan di atas, tarikh kelayakannya akan ditangguhkan sehingga ke hari pertama (1) bulan yang berikut selepas beliau kembali bertugas sepenuh masa scara aktif. TEMPOH PERLINDUNGAN DAN PEMBAHARUAN Polisi ini hendaklah berkuat kuasa mengikut tarikh yang dinyatakan pada Jadual. Ulang Tahun Polisi adalah satu (1) tahun selepas tarikh kuat kuasa dan setiap tahun berikutnya. Pada setiap ulang tahun itu, Polisi ini boleh dibaharui pada kadar premium yang berkuat kuasa pada masa itu seperti yang dimaklumkan oleh Syarikat. WILAYAH GEOGRAFI Semua manfaat yang disediakan dalam polisi ini terpakai dalam Malaysia sahaja untuk dua puluh empat (24) jam sehari. HAD MANFAAT Semua manfaat yang disediakan di Polisi ini adalah hanya berbayar jika Orang Yang Diinsuranskan dimasukkan ke Hospital Kerajaan Malaysia bukan korporat. PENGECUALIAN Kontrak ini tidak melindungi apa-apa penghospitalan, pembedahan atau bayaran yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh mana-mana satu (1) kejadian yang berikut: 1. Penyakit sedia ada. Walau bagaimanapun, pengecualian tersebut adalah digugurkan sekiranya Orang Yang Diinsuranskan telah lulus pemeriksaan perubatan dan disahkan oleh Fomema Sdn Bhd. (FOMEMA) dalam masa 30 hari ketibaan ke Malaysia. 2. Penyakit Tertentu yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari pertama bagi perlindungan berterusan 3. Pembedahan plastik / kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan pembetulan penglihatan dekat melalui pembiasan atau pembedahan (keratotomy radial atau Lasik) dan penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik seperi anggota tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan dan preskripsinya. 4. Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali apabila diperlukan kerana kecederaan Akibat Kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam Tempoh Insurans. 5. Penjagaan peribadi, rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pensterilan, penyakit venereal dan sekuelanya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit ) atau ARC ( Kompleks Berkaitan AIDS ) dan penyakit berkaitan HIV (Sindrom Kurang Daya Tahan Manusia) dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang. 6. Apa-apa rawatan atau operasi pembedahan untuk keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk penyakit keturunan. 7. Kehamilan, melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketaksuburan, disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impotensi atau pensterilan. 8. Penghospitalan terutamanya untuk tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-x, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis Hilang Upaya yang dilindungi yang tidak Perlu Dari Segi Perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh Pakar Perubatan, dan rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan. SKIM KEMASUKAN HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN PEKERJA ASING.. ( 3 of 5 ) J3 ODC OCT 2015

9. Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman. 10. Perang atau apa-apa tindakan perang, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau penderhakaan tentera. 11. Radiasi pengionan atau pencemaran melalui radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear. 12. Belanja yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh Orang yang Diinsuranskan dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika transplant organ dan komplikasinya. 13. Penyiasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur, terapi penggantian hormon dan terapi pilihan seperti rawatan, khidmat atau bekalan perubatan,termasuk tetapi tidak terhad kepada khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain. 14. Jagaan atau rawatan yang pembayarannya tidak dikehendaki atau setakat yang ia dibayar oleh mana-mana insurans lain atau tanggung rugi yang melindungi orang Yang Diinsuranskan dan Hilang Upaya yang timbul daripada tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Kontrak Insurans Pampasan Pekerja. 15. Psikotik, Gangguan mental atau saraf (termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya). 16. Kos / belanja bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan, seperti televisyen, telefon, khidmat teleks, radio atau kemudahan yang serupa, kit / pek kemasukan dan barang bukan perubatan lain yang tidak layak. 17. Sakit atau Kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun di udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan professional dan aktiviti yang tidak dibenarkan. 18. Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan. 19. Belanja yang ditanggung untuk menukar jantina. SYARAT-SYARAT AM Polisi ini dan Jadualnya hendaklah dibaca bersama sebagai satu kontrak dan sebarang perkataan atau penyataan yang disertakan dengan makna khusus dalam mana-mana bahagian Polisi atau Jadual hendaklah membawa makna khusus yang sama di mana juga ia digunakan. NOTIS Setiap notis atau komunikasi kepada Syarikat hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Syarikat. Pindaan bagi syarat dalam Polisi ini atau apa-apa pengendorsan padanya, tidak sah kecuali pindaan itu ditandangani atau diparap oleh wakil Syarikat yang diberi kuasa. PRASYARAT LIABILITI Pematuhan dan pelaksanaan terma, peruntukan dan syarat Polisi ini dengan sewajarnya oleh Yang Diinsuranskan dan Orang yang Diinsuranskan dan selagi berkaitan dengan apa-apa yang perlu dilakukan atau dipatuhi oleh Yang Diinsuranskan dan Orang yang Diinsuranskan hendaklah menjadi prasyarat apa-apa liabiliti Syarikat. SALAH NYATAAN / PENIPUAN Jika cadangan atau perisytiharan Orang yang Diinsuranskan didapati tidak betul dari apa-apa segi atau jika fakta penting yang mempengaruhi risiko tidak dinyatakan dengan betul di dalamnya atau dikeluarkan daripadanya, atau jika insurans ini, atau apa-apa pembaharuan padanya sepatutnya diperoleh melalui mana-mana silap nyata, salah nyataan atau jika apa-apa tuntutan yang dibuat secara menipu atau ditokok tambah, atau apa-apa perisytiharan atau pernyataan palsu dibuat untuk menyokongnya, dengan itu dalam mana-mana kes ini, Polisi ini adalah terbatal. PREMIUM Ketika tempoh Insurans, premium untuk insurans di bawah Polisi ini adalah tidak terjamin. Syarikat berhak untuk mengubah kadar pada mana premium dikira, pada permulaan mana-mana Tahun Polisi. dengan syarat pihak Syarikat memaklumkan Orang Yang Diinsuranskan sekurang-kurangnya sembilan puluh (90) hari lebih awal dari tarikh premium tersebut perlu dibayar. PROSEDUR TUNTUTAN a) Orang Yang Diinsurankan hendaklah dalam tempoh 30 hari Hilang Upaya yang melibatkan belanja boleh tuntut, memberikan notis bertulis kepada Syarikat dengan menyatakan butiran lengkap kejadian tersebut, termasuk semua bil dan resit asal, serta laporan lengkap Pakar Perubatan yang menyatakan diagnosis keadaan yang dirawat dan tarikh Hilang Upaya bermula mengikut pendapat Pakar Perubatan dan rumusan kos rawatan oleh Pakar Perubatan termasuk ubat dan khidmat yang diberikan. Kegagalan memberikan notis tersebut dalam tempoh yang dibenarkan tidak boleh membatalkan apa-apa tuntutan jika ditunjukkan tidak munasabah untuk memberikan notis itu dan notis itu telah diberikan secepat yang mungkin. b) Orang Yang Diinsuranskan hendaklah mendapatkan dan bertindak berdasarkan nasihat perubatan yang sewajarnya dan Syarikat tidak bertanggungjawab jika rawatan atau khidmat diperlukan berikutan kegagalan Orang Yang Diinsuranskan berbuat demikian. c) Setelah semua dokumen berkaitan lengkap dikemukakan, pembayaran balik tuntutan akan dibuat dalam masa tiga puluh (30) hari bekerja oleh Syarikat. PEMBATALAN Polisi ini boleh dibatalkan oleh Pemegang Polisi pada bila-bila masa dengen memberikan notis bertulis kepada Syarikat, dan dengan syarat tiada tuntutan dibuat dalam tahun polisi semasa. Pemegang Polisi layak menerima bayaran balik premium seperti yang berikut:- Tempoh Tidak Boleh Melebihi Bayaran Balik Premium Tahunan 15 hari 90% 1 bulan 80% 2 bulan 70% 3 bulan 60% 4 bulan 50% 5 bulan 40% 6 bulan 30% 7 bulan 25% 8 bulan 20% 9 bulan 15% 10 bulan 10% 11 bulan 5% Tempoh melebihi 11 bulan Tiada bayaran balik SKIM KEMASUKAN HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN PEKERJA ASING.. ( 4 of 5 ) J3 ODC OCT 2015

UNDANG-UNDANG MENGAWAL POLISI Polisi dikeluarkan di bawah undang-undang Malaysia dan tertakluk dan dikawal oleh undang-undang lazim di Malaysia. PROSIDING UNDANG-UNDANG Tindakan undang-undang atau ekuiti tidak boleh dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan semula Polisi ini sebelum tamat tempoh enam puluh (60) hari selepas bukti bertulis tentang kerugian diberikan menurut keperluan Polisi ini. Jika Orang yang Diinsuranskan gagal memberikan bukti kerugian yang diperlukan seperti yang dinyatakan oleh terma, peruntukan dan syarat Polisi, maka Orang yang Diinsuranskan boleh, dalam tempoh ihsan bagi satu tahun kalendar dari masa bukti bertulis bagi kerugian itu diberikan, menyerahkan bukti kerugian yang berkaitan kepada Syarikat dengan alasan yang kukuh atas kegagalan mematuhi terma, peruntukan dan syarat Polisi. Selepas tempoh ihsan itu tamat, Syarikat tidak akan menerima, walau dengan apa-apa alasan sekalipun bukti bertulis tentang kerugian itu. PENAMATAN INSURANS INDIVIDU Insurans Orang Yang Diinsuranskan tamat secara automatik pada tarikh kejadian-kejadian berikut, yang mana lebih awal; (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) apabila habis tempoh permit kerja Orang Yang Diinsuranskan atau apabila kontrak pekerjaan antara Pemegang Polisi dan Orang yang Diinsuranskan yang dinamakan dalam jadual ditamatkan, atau dari tarikh Surat Pelepasan daripada Jabatan Imigresen, atau apabila Orang Yang Diinsuranskan meninggal dunia atau apabila kehabisan Had Tahunan Keseluruhan bagi Orang Yang Diinsuranskan, atau pada Ulang Tahun Polisi seterusnya selepas hari lahir ke 60 Orang Yang Diinsuranskan, atau pada tarikh apabila pembayaran premium bagi Orang Yang Diinsuranskan diberhentikan atas sebarang sebab, atau pada tarikh Polisi ini ditamatkan sama ada oleh Pemegang Polisi atau Syarikat, atau pada tengah malam waktu standard Malaysia pada hari terakhir Tempoh Insurans melainkan pada waktu tersebut Orang Yang Diinsuranskan terlantar di sebuah Hospital Kerajaan. Jika Keadaan ini berlaku, masa penamatan akan dilanjutkan sehingga; (i) Orang Yang Diinsuranskan keluar dari Hospital Kerajaan; atau (ii) Had Tahunan Keseluruhan telah dihabiskan yang mana berlaku dahulu. PINDAAN Syarikat berhak meminda terma dan peruntukan Polisi ini dengan memberikan notis awal 30 hari secara bertulis melalui pos biasa ke alamat terakhir Pemegang Polisi yang diketahui mengikut rekod Syarikat, dan pindaan tersebut akan terpakai dari pembaharuan berikutnya bagi Polisi ini. Pindaan kepada Polisi ini tidak sah kecuali jika Diluluskan oleh Syarikat dan kelulusan itu hendaklah diendorskan pada Polisi tersebut. Penanggung Insurans hendaklah memberikan notis awal 30 hari secara bertulis kepada pemegang polisi mengikut alamat terakhir yang direkodkan bagi mana-mana pindaan yang dibuat. TEMPOH IHSAN Meskipun terdapat syarat-syarat Tunai Sebelum Perlindungan, Tempoh Ihsan selama empat belas (14) hari dari tarikh perlu dibayar dibenarkan untuk pembayaran sebarang premium setelah Tahun Polisi pertama. Jika sebarang premium polisi tidak dibayar sebelum akhir tempoh ihsan, Kontrak Polisi akan dianggap telah ditamatkan pada tarikh luput polisi. Sekiranya sebarang premium berkaitan dengan Polisi Kontrak ini tidak berbayar sebelum tarikh tamat tempoh ihsan, Polisi Kontrak ini dianggap sebagai terbatal pada tarikh luput polisi ini. KEWAJIPAN PENDEDAHAN Apabila anda telah memohon insurans ini sepenuhnya untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan perdagangan anda, perniagaan atau profesion anda, anda mempunyai kewajipan untuk mengambil langkah yang munasabah untuk tidak salah nyata dalam menjawab soalan yang terdapat dalam borang cadangan (atau semasa permohonan insurans ini) seperti contoh, anda perlu menjawab soalan dengan penuh dan tepat. Kegagalan dalam mengambil langkah munasabah dalam menjawab soalan-soalan boleh mengakibatkan pembatalan kontrak insurans, keengganan atau pengurangan gantirugi, perubahan terma atau penamatan kontrak insurans anda selaras dengan remedi di Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Anda juga dikehendaki mendedahkan perkara-perkara lain yang anda tahu akan mempengaruhi keputusan pihak kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang akan dikenakan. Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak insurans anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan kami, apa-apa maklumat yang diberikan di dalam Borang Cadangan (atau semasa permohonan insurans ini) tidak tepat atau telah berubah. NOTIS PENTING Orang Yang Diinsuranskan perlu membaca Polisi ini dengan teliti dan jika terdapat sebarang kesilapan atau salah nyata, jika perlindungan bukan seperti mana yang dikehendaki oleh Orang Yang Diinsuranskan, Syarikat perlu dimaklumkan dengan segera dan Polisi dikembalikan untuk perhatian Syarikat. Sebarang pertikaian boleh dirujuk kepada Biro Perantaraan Kewangan (BPK) di No Tel : 03-2272 2811 dan / atau Biro Perkhidmatan Pelanggan di No Tel : 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) / 03-26988044 SKIM KEMASUKAN HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN PEKERJA ASING.. ( 5 of 5 ) J3 ODC OCT 2015