Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KATA ADJEKTIF DALAM UJARAN MASYARAKAT BANJAR

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

ANALISIS KEPELBAGAIAN FUNGSI DAN MAKNA KATA PARTIKEL

Penggubalan Kamus Bahasa Melayu Islamik: Satu Proses Pengislaman Ilmu Dalam Bahasa Melayu

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015)

Pembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA APPLICATION OF HUMAN GOVERNANCE BY SYARIAH COMMITTEE IN DETERMINING THE ISLAMICITY OF BANKING PRODUCTS

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Ulasan Buku / Book Review

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

KOHESI DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : PEMERHATIAN TERHADAP TERJEMAHAN KATA GANTI NAMA DIRI

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Genesis Tajribah Miskawayh dalam Tajarib al-umam

Faktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

TEORI MASLOW DAN KAITANNYA DENGAN KEHIDUPAN MUSLIM (Maslow s Theory and its Relation to Muslim s Life)

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

The Malay Narrative Story Writing in the 1920S

APAKAH AL-QUR'AN MEMERLUKAN HERMENEUTIK? *

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Application [Logik & Aplikasi]

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KEPERCAYAAN EPISTEMOLOGI ISLAM

Transcription:

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam Abd Ganing Laengkang e-mel:abdulganing@kuis.edu.my Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. ABSTRAK Kajian ini akan menghuraikan beberapa frasa yang menggunakan perkataan Islam sebagai unsur inti dan penerang/ciri pembeza. Antara frasa yang dihuraikan ialah Islam fundamental, Islam Liberal, Islam Hadhari, Islam Sekular, Universiti Islam, perbankan Islam, sastera Islam, dan cerpen Islam. Terdapat perbezaan dari sudut kedudukan dan fungsi perkataan Islam dalam frasa-frasa di atas. Dalam struktur frasa Islam sekular, perkataan Islam berfungsi sebagai inti, manakala perkataan sekular pula berfungsi sebagai penerang kepada istilah Islam. Frasa yang terbina daripada perkataan Islam sebagai inti amat berbahaya kerana ia mengelirukan dan dapat menggambarkan perpecahan dalam Islam. Persoalan yang akan timbul ialah berapa Islam yang kita ada? Oleh itu, setiap frasa yang menjadikan perkataan Islam sebagai inti perlu dielakkan, khususnya oleh pemimpin dan golongan ilmuwan. Namun demikian, jika perkataan Islam berfungsi sebagai penerang dalam binaan frasa, seperti universiti Islam, sastera Islam, dan perbankan Islam, ia tidak menjadi masalah malah ia menjadi keperluan kerana dapat memberikan sifat-sifat yang islamik kepada inti yang diterangkan. Kata Kunci: frasa, inti, penerang, dan perpecahan Islam. The Fuction of Islam Term in the Phrases of Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, and Sastera Islam ABSTRACT This research elaborates several noun phrases that use Islamic word as the essence and the qualifier/ differentiator. Among the phrases are Islam fundamental (Islam fundamental), Islam liberal (liberal Islam), Islam Hadhari (Islam Hadhari), Islam sekular (Islam secular), universiti Islam (Islamic university), perbankan Islam (Islamic banking), sastera Islam (Islamic literature) and cerpen Islam (Islamic short story). There are differences in terms of the position and the function of words in phrases above. In the structure of Islam sekular s phrase, the word Islam serves as the essence, while the word of sekular serve as qualifier to the term of Islam. The phrase built from the word of Islam as the essence is very dangerous as it confusing and could reflect a split in Islam. The question that will rise is how many Islam do we have? Therefore, every phrases that makes the word of Islam as an essence should be avoided, especially by leaders and scholars. However, if the term of Islamic serves as a qualifier in the structure of phrase, such as universiti Islam, sastera Islam, and perbankan Islam, it is not a problem, but is a need because it can provide Islamic attributes to the described essence. Keyword: Phrase, essence, qualifier, and split of Islam. Received: 26 December 2017 Accepted: 26 December 2017 Online Published: 31 December 2017 1

PENGENALAN Agama Islam sejak beberapa dekad yang lalu mengalami perkembangan sehingga timbul pelbagai istilah seperti Islam fundamental, Islam liberal, Islam Hadhari, Islam Sekular, Islam Progresif, Islam Kontemprori, Islam Madani dan sebagainya. Keadaan ini timbul akibat daripada pertembungan pemikiran umat Islam dengan pemikiran Barat yang lebih sekular dan liberal, sehingga melahirkan pelbagai agama Islam. Setiap agama Islam ini mempunyai nilai, ciri-ciri, bentuk dan sifat yang berbeza antara satu sama lain. Perkara ini menjadi sesuatu yang negatif apabila wujud pertikaian dalam kalangan mereka kerana cuba berusaha untuk memperjuangkan aliran pemikiran Islam masing-masing. Agama Kristian pernah mengalami seperti apa yang dialami oleh istilah agama Islam pada hari ini, iaitu wujudnya istilah Kristian Katolik, Kristian Protestan (Kristian penentang, daripada akar kata protes). Perpecahan agama Kristian disebabkan oleh perbezaan yang tidak dapat dikawal. Kedua-dua kristian ini bukan sahaja berbeza, malah bermusuhan sesama sendiri. Oleh itu, sekiranya agama Islam itu berkembang menjadi pelbagai Islam, maka keadaan ini secara umumnya mewujudkan gambaran bahawa agama Islam mengalami perpecahan dan saling bermusuhan antara satu sama lain, sama seperti yang berlaku dalam agama Kristian. Kajian ini menganalisis fungsi dan kedudukan perkataan Islam sebagai inti dan penerang/ciri pembeza berdasarkan rumus struktur frasa bahasa Melayu, seperti yang dihuraikan oleh Tatabahasa Dewan (2015). Istilah-istilah tersebut turut dihuraikan menggunakan kaedah semantik, iaitu pendekatan analisis komponen makna. Melalui kajian ini, pengkaji dapat memperlihatkan bahawa perkataan Islam yang menjadi inti boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam dan bukan Islam. Hal ini kerana perkataan Islam yang diberikan pelbagai penerang akan menghasilkan beberapa frasa seperti, frasa Islam liberal, Islam fundamental, Islam hadhari, Islam sekular dan sebagainya. Keadaan ini menimbulkan persoalan, seperti berapakah agama Islam yang kita ada dan Islam mana yang paling betul. Skop Kajian Kajian ini tidak bertujuan untuk menganalisis kandungan atau ajaran yang terdapat dalam istilah-istilah, seperti Islam Hadhari, Islam Fundamental, Islam Liberal, Islam Sekular, Islam Progresif dan sebagainya. Dengan pengertian, pengkaji tidak menyentuh secara mendalam konsep-konsep yang dibawa frasa-frasa di atas, dan tidak sama sekali mendakwa bahawa ajaran Islam Hadhari ini menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. Sebaliknya, penulis menghuraikan istilah-istilah di atas dari sudut analisis komponen makna. Terdapat dua aspek yang akan dianalisis ialah perkataan Islam yang berfungsi sebagai inti, dan yang berfungsi sebagai penerang/ciri pembeza dalam binaan frasa nama bahasa Melayu. Kajian ini berusaha untuk memperlihatkan bahawa kepelbagaian nama dalam Islam boleh menimbulkan kekeliruan dan menggambarkan perpecahan umat Islam. TUJUAN KAJIAN Secara ringkas, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk: 1. Menganalisis penggunaan istilah Islam yang menjadi unsur inti dan penerang dalam binaan frasa bahasa Melayu. 2. Memperlihatkan fungsi, dan makna istilah Islam dalam inti dan penerang melalui analisis yang dilakukan. 2

3. Memperlihatkan perpecahan agama Islam dari sudut perkembangan nama. PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU DAN KETEPATAN ILMU Pembentukan istilah yang tepat dari segi makna dalam bidang ilmu tertentu amat penting kerana ia menjadi sumber pembentukan konsep, pemikiran dan pandangan hidup alam sesebuah masyarakat. Dengan perkataan lain, penciptaan istilah yang tepat akan menentukan kebenaran pandangan hidup alam seseorang. Hal ini selari dengan pandangan Syed Muhammad Naquib al-attas (2010:56) yang mengatakan bahawa bahasa bukan sekadar bahasa, tetapi bahasa berkait rapat dengan pandangan hidup. Oleh sebab itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan sebuah buku panduan pada tahun 2004 yang bertajuk Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPIBM) agar sesuatu istilah, perkataan atau frasa yang dibentuk dapat membentuk makna dan ilmu yang tepat. Secara umumnya, pembentukan istilah atau frasa yang tepat perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh PUPIBM. Antara syarat utama yang dimaksudkan ialah (i) kata atau frasa yang dipilih sebagai istilah hendaklah istilah yang paling tepat untuk mengungkapkan konsep yang dimaksudkan dan makna yang stabil dalam bidang ilmunya; (ii) kata atau frasa yang paling ringkas antara pilihan yang ada yang mempunyai rujukan yang sama; (iii) mempunyai konotasi baik, yakni tidak berbau lucah atau membawa implikasi buruk dari segi agama dan kepercayaan, norma suku kaum, dan hubungan antarabangsa; (iv) sedap didengar (mempunyai ciri keindahan bunyi atau eufoni), dan (v) dibentuk berdasarkan kaedah yang diterima. PUPBM (2004:2) mendefinisikan istilah (technical term) sebagai kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu dan profesional. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pula mendefinisikan istilah sebagai perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu yang betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Berdasarkan syarat dan kedua-dua definisi di atas, pengkaji menyimpulkan bahawa istilah merupakan satu atau serangkai perkataan khusus dalam sesuatu bidang ilmu tertentu, dan membawa makna yang paling tepat dan sesuai, menjaga sensitiviti kaum, dan tanpa menimbulkan kekeliruan. Istilah ini boleh terdiri daripada satu perkataan atau dalam bentuk frasa (serangkai perkataan). Istilah yang berbentuk frasa ini terbentuk daripada dua unsur, iaitu inti dan penerang. Frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Islam Hadhari, perbankan Islam, ekonomi Islam, sastera Islam dan sebagainya merupakan contoh istilah. Seperti yang disebutkan di atas, istilah mesti dibentuk dengan mengutamakan makna yang paling tepat. Dalam konteks ketepatan ilmu, frasa nama yang melibatkan kata Islam perlu dibina dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan kekeliruan makna dan mengelakkan kesan buruk terhadap agama Islam itu sendiri. Perkataan Islam dalam frasa Islam liberal dan frasa perbankan Islam mempunyai kedudukan, fungsi dan kesan makna yang berbeza. Kesilapan dalam membentuk istilah dapat menimbulkan kekeliruan ilmu. Hal ini akan dijelaskan dalam bahaian analisis dan tafsiran data. KAEDAH DAN DATA KAJIAN Kajian ini bersifat kualitatif, iaitu menghuraikan kedudukan perkataan Islam yang berfungsi sebagai inti dan penerang dalam binaan frasa bahasa Melayu. Pendekatan analisis komponen 3

makna ini digunakan untuk melihat sama ada perkataan Islam sesuai dirangkaikan dengan perkataan-perkataan lain sebagai penerang. Pendekatan ini akan menyenaraikan komponenkomponen makna perkataan Islam mengikut fungsinya, kemudian melihat hubungan perkataan antara inti dan penerang. Menurut Kempson (1991:21), ramai ahli bahasa telah memberi tumpuan terhadap analisis komponen makna untuk menzahirkan sejelas mungkin hubungan sistematis antara perkataan. Berdasarkan analisis komponen makna, makna sesuatu perkataan bukan dikaji sebagai unit konsep yang tersendiri, tetapi sebagai himpunan yang terdiri daripada komponen makna dan komponen itu sendiri merupakan inti makna. Contohnya, perkataan spinster dapat dikaji sebagai satu himpunan makna yang terdiri daripada ciri-ciri (yang juga disebut sebagai penanda), iaitu perempuan, tidak pernah berkahwin, dewasa, manusia. Menurut Kempson lagi, kaedah ini kebanyakan digunakan oleh ahli antropologi yang berusaha untuk memberikan penerangan tentang istilah kekerabatan dalam berbagai-bagai budaya. Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa kaedah analisis ini tidak terhadap dalam bidang antropologi, malah ia amat sesuai diterapkan ke dalam bidang-bidang lain dalam analisis perbendaharaan kata. Data kajian ini diperoleh melalui istilah-istilah yang sering dibincangkan oleh pemikir-pemikir atau penulis-penulis yang membahaskan persoalan pemikiran dan falsafah. Dalam kajian ini, pengkaji telah menyenaraikan enam frasa yang meletakkan perkataan Islam sebagai inti, dan enam frasa yang meletakkan Islam sebagai penerang, iaitu seperti berikut: No Islam Sebagai Inti Islam Sebagai Penerang 1 Islam liberal Sastera Islam 2 Islam Fundamental Universiti Islam 3 Islam sekular Perbankan Islam 4 Islam Hadhari Cerpen Islam 5 Islam Progresif Negara Islam 6 Islam kontemporari Kewangan Islam Tumpuan utama kajian ini ialah apakah makna yang terhasil sekiranya perkataan Islam itu berfungsi sebagai inti dan apakah makna yang terhasil sekiranya perkataan Islam itu berfungsi sebagai penerang dalam binaan frasa bahasa Melayu. INTI DAN PENERANG DALAM BINAAN FRASA BAHASA MELAYU Nik Safiah Karin et al. (2010), mendefinisikan frasa sebagai satu unit tatabahasa yang terdiri dariada sekurang-kurangnya satu perkataan atau dua perkataan yang berpotensi menjadi unit yang lebih besar. Dalam sesuatu frasa yang terdiri daripada dua perkataan, terdapat inti dan penerang. Inti ialah unsur utama yang membina frasa tersebut, manakala penerang pula ialah unsur yang menerangkan inti tersebut. Berikut ialah contoh inti dan penerang dalam binaan ayat bahasa Melayu. 4

1. Budak gemuk (inti) (penerang/ciri pembeza) 2. Budak kurus (inti) (penerang/ciri pembeza) 3. Budak tembam (inti) (penerang/ciri pembeza) Perkataan budak di atas merupakan inti, manakala gemuk, kurus, dan tembam merupakan penerang. Dalam konteks rumus struktur frasa nama bahasa Melayu, istilah penerang digunakan oleh Tatabahasa Dewan, manakala pendekatan analisis komponen makna pula menggunakan istilah ciri pembeza. Istilah ciri pembeza digunakan bagi membezakan atau membandingkan frasa yang mempunyai inti yang sama. Perkataan gemuk merupakan ciri pembeza bagi kurus dan tembam. Dengan perkataan lain, kewujudan tiga ciri pembeza di atas memberikan gambaran bahawa wujud tiga budak yang berlainan dari segi saiz dan berat badan. Jika dianalisis lebih mendalam lagi, perkataan gemuk, kurus dan tembam mempunyai komponen makna masing-masing. Begitu juga dengan Islam liberal, Islam fundamental, Islam Hadhari. Dari sudut analisis komponen makna, keadaan ini mengambarkan bahawa ada tiga Islam yang berlainan. Dalam konteks kajian ini, pengkaji akan menganalisis beberapa frasa yang inti dan penerang atau ciri pembeza ialah perkataan Islam. ANALISIS DAN TAFSIRAN DATA Sebelum menganalisis perkataan Islam dari sudut inti dan penerang atau ciri pembeza, makna Islam perlu dijelaskan terlebih dahulu. Pendekatan analisis komponen makna melihat perkataan Islam terdiri daripada beberapa komponen makna. Dengan perkataan lain, perkataan Islam mempunyai himpunan makna. Berikut ialah beberapa komponen makna asas bagi perkataan Islam. i. Berserah diri dan tunduk sepenuhnya kepada Allah S.W.T. ii. Taat dan patuh kepada perintah Allah S.W.T. iii. Mengelak daripada mensyirikkan Allah S.W.T. iv. Agama Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. v. Bersumberkan al-quran dan Sunnah. vi. Agama yang sempurna (lengkap). vii. Panduan cara hidup yang terbaik. viii. Agama yang damai dan menolak kekerasan. Selain itu, di sini juga diperturunkan beberapa komponen makna bagi perkataan Islam berdasarkan Hadis Empat Puluh An-Nawawi, yang diperincikan oleh Mohd Farid Ravi bin Abdullah & Mohd Norzi Nasir (2010:5), iaitu seperti berikut: Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda: Islam itu adalah bahawa (i) engkau naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu utusan Allah, dan (ii) engkau mendirikan sembahyang, dan (iii) engkau mengeluarkan zakat, dan (iv) engkau berpuasa di bulan Ramadan, dan (v) engkau mengerjakan haji di Baitullah jika engkau mampu mengerjakannya. 5

Himpunan makna di atas merupakan komponen asas dalam membentuk maksud atau konsep Islam. Dengan perkataan lain, konsep Islam itu merangkumi kesemua makna di atas dan oleh sebab itu perkataan Islam tidak boleh dirangkaikan dengan mana-mana perkataan lain, seperti Islam liberal, Islam progresif, Islam sekular dan sebagainya. Jika istilah kereta dipecahkan kepada beberapa jenis, perkara itu tidak menjadi masalah dan ia menjadi satu bentuk inovasi positif. Contohnya kereta Proton dipecahkan kepada beberapa jenis (nama), seperti Proton Saga, Proton Wira, Proton Perdana, Proton Exora dan sebagainya. Hal ini dapat digambarkan seperti berikut: (Kereta) Proton Proton Saga Proton Perdana Proton Wira Proton Exora [inti] [Ciri pembeza] [inti] [ciri pembeza] [inti] [ciri pembeza] [inti] [ciri pembeza] Jenis-jenis kereta Proton ini sudah pasti mempunyai ciri-ciri tersendiri, seperti nilai, kuasa enjin, harga, komponen yang berlainan antara satu sama lain. Secara ringkasnya, perkataan Saga, Perdana, Wira dan Exora merupakan ciri pembeza antara satu sama lain. Kehadiran perkataan Perdana menjadi ciri pembeza kepada proton Wira. Kereta Proton Perdana sudah pasti berbeza dengan Proton Wira dari pelbagai aspek, seperti perbezaan kuasa Enjin, harga, kelajuan, kerusi, saiz, tingkap dan sebagainya. Hal ini tidak menjadi isu. Istilah kereta yang berpecah kepada beberapa jenis ini adalah sesuatu yang sangat baik, tetapi perpecahan istilah Islam kepada beberapa Islam itu sangat berbahaya. Hal ini kerana jika Islam dijeniskan kepada beberapa jenis Islam dengan merangkaikan pelbagai ciri pembeza, sudah tentu jenis-jenis Islam itu berlainan antara satu sama lain dari segi nilai, prinsip, bentuk, ajaran, arah tuju, dan sebagainya. Tegasnya, pembentukan istilah yang menjadikan Islam sebagai inti boleh menyebabkan perpecahan Islam itu sendiri. Hal ini dapat digambarkan melalui rajah berikut: Islam Islam Liberal Islam Fundamental Islam Hadhari Islam Sekular [inti] [Ciri pembeza] [inti] [ciri pembeza] [inti] [ciri pembeza] [inti] [ciri pembeza] Dalam konteks pembentukan istilah mencipta istilah baharu akan membawa pengertian, nilai, fungsi, bentuk atau fahaman baharu. Oleh itu, perkataan Islam yang diberi pelbagai penerang atau ciri pembeza akan menghasilkan pelbagai agama Islam, seperti Islam Hadhari, Islam Fundamental, Islam Progresif, Islam Kontemporari, Islam Radikal dan sebagainya. Jadual 1 berikut menunjukkan empat jenis Islam yang mempunyai konsep dan ciri tersendiri akibat daripada ciri pembeza yang berlainan. 6

Jadual 1: Inti dan penerang atau ciri pembeza No Frasa Nama Komponen Makna/konsep yang tercipta Inti Penerang/ Ciri Pembeza 1 Islam Liberal Menurut Wan Adli Wan Ramli (2014), Islam liberal berpegang pada prinsip liberalisme, dengan menyesuaikan Islam dengan kehidupan moden. Menurutnya lagi, Islam liberal adalah pemahaman semula wahyu berdasarkan paradigma liberalisme dalam melihat kehidupan semasa. 2 Islam Fundamental Aliran yang berusaha untuk kembali kepada prinsip asas Islam, kembali kepada Islam sebenar. Aliran ini percaya bahawa Islam pada zaman moden kini telah menyimpang jauh dan telah berkompromi dengan konsep sekularisme. 3 Islam Hadhari Islam dengan pendekatan ketamadunan, iaitu pendekatan untuk membina tamadun berasaskan Islam secara menyeluruh melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan fizikal dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi Keempat). 5 Islam progrsif lebih menekankan perjuangan kemanusiaan Islam Progresif (humanis), seperti persoalan keadilan sosial, persamaan gender, demokrasi, pluralisme agama dan sebagainya. Islam progresif ini lahir daripada pemikiran Islam liberal. Jadual 1 menunjukkan kepelbagaian makna dan konsep yang didukung oleh jenis-jenis agama Islam. Dari segi analisis komponen makna, perkataan Fundamental, Liberal, sekular, Hadhari, Kontemporari, dan Progresif merupakan ciri pembeza antara satu sama lain. Ia berbeza dari segi konsep, nilai, tujuan, tumpuan dan sebagainya. Contohnya, ciri pembeza antara progresif dengan liberal. Islam progresif berusaha untuk memperjuangkan kemanusiaan, manakala Islam liberal pula berusaha untuk menyesuaikan Islam dengan kehidupan moden. Kedua-dua ciri pembeza ini telah memperlihatkan tindakan dan arah tuju yang berbeza. Begitu juga dengan perbezaan antara Islam Fundamental dengan Islam Hadhari. Penerang atau ciri pembeza keduadua Islam ini menggambarkan tujuan dan konsep yang berbeza. Jika dianalisis komponen makna bagi kedua-dua Islam di atas, kedua-dua Islam tersebut telah memperlihatkan perbezaan dan berjauhan antara satu sama lain. Hal ini membentuk kelompok-kelompok dalam agama Islam. Dapat dirumuskan bahawa, perkataan Islam yang diberikan pelbagai unsur penerang atau ciri pembeza, seperti Islam Liberal, Islam Fundamental, Islam Sekular, Islam Hadhari dan sebagainya akan menimbulkan persepsi bahawa Islam telah mengalami perpecahan yang sangat teruk. Keadaan ini pernah dan masih berlaku dalam agama Kristian, dengan adanya Kristian Khatolik dan Kristian Prostestan, yang bukan sahaja berbeza, malah kedua-dua kritstian ini saling bertentangan (bermusuhan) antara satu sama lain. Oleh itu, umat Islam, khususnya para pemimpin dan golongan ilmuwan perlu mengelak untuk mempelbagaikan Islam dengan memberi pelbagai ciri pembeza. Islam hanya ada satu. Tidak wujud Islam liberal, Islam fundamental, Islam Hahdari dan sebagainya. Jika penciptaan pelbagai agama Islam ini terus berlaku, maka ia akan menyebabkan masalah besar dan membahayakan perpaduan umat Islam. 7

Islam Sebagai Penerang/Ciri Pembeza Kajian ini juga mendapati pelbagai istilah yang terbentuk daripada Islam sebagai penerang ciri pembeza. Contohnya adalah seperti berikut: 1. Perbankan Islam 2. Universiti Islam 3. Sastera Islam 4. Cerpen Islam. Dalam struktur frasa nama di atas, perkataan perbankan, universiti, sastera, cerpen merupakan inti, manakala perkataan Islam sebagai penerang atau ciri pembeza. Secara umumnya, fungsi Islam sebagai ciri pembeza atau penerang dalam sesuatu frasa nama tidak menjadi masalah, malah ia menjadi satu keperluan dalam konteks menghadapi proses sekularisasi. Perkataan Islam yang menjadi ciri pembeza hanya akan membezakan bahawa inti yang diterangkan mempunyai ciri-ciri Islam. Sebagi contoh, perbankan Islam. Perkataan Islam menjadi ciri pembeza dengan sistem perbankan bukan Islam atau perbankan konvensional. Perkataan Islam dalam istilah perbankan Islam turut memberikan ciri-ciri bahawa sistem perbankan tersebut sebagai menepati syariat Islam, iaitu satu sistem yang menolak amalan riba. Kewujudan istilah perbankan Islam membuka peluang untuk umat Islam memilih perbankan patuh syariah, dan menolak amalan riba yang wujud dalam perbankan konvensional. Begitu juga dengan frasa universiti Islam. Perkataan Islam yang berfungsi sebagai penerang atau ciri pembeza menggambarkan bahawa universiti tersebut mempunyai sifat-sifat yang Islamik. Selain itu, ia juga berfungsi untuk membezakan konsep universiti daripada pandangan Barat. Kewujudan istilah universiti Islam telah mewujudkan perbezaan dengan universiti bukan Islam, khususnya dari segi konsep ilmu, guru, tujuan pendidikan, pelajar, insan, dan sebagainya. Begitu juga dengan fungsi perkataan Islam dalam frasa sastera Islam dan cerpen Islam. Perkataan Islam dalam kedua-dua frasa tersebut berfungsi untuk memperjelas bahawa sastera dan cerpen tersebut patuh syariah, dari segi konsep, tujuan dan dan kandungan. Sastera Islam merupakan sebuah karya yang bertujuan bukan hanya untuk menekankan unsur keindahan bahasa, tetapi sastera Islam ada nilai ibadah dan bertujuan untuk memartabatkan Islam, meningkatkan keimanan dan ketakwaan peminat sastera. Sastera Islam tidak mengandungi unsur-unsur memperlekehkan Allah, tidak melemahkan iman umat Islam, tidak mengandungi unsur erotis dan sebagainya. Walaupun setakat ini tidak wujud istilah sastera Kristian atau cerpen kristian, namun demikian istilah sastera Islam dan cerpen Islam masih menjadi keperluan. Ia menjadi pembeza dengan lambakan sastera yang tidak patuh syariah. Keadaan ini memudahkan para pembaca muslim untuk memilih sastera yang sesuai untuk dibaca. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa istilah yang tidak sesuai walaupun menjadikan perkataan Islam sebagai ciri pembeza, seperti Ateis Islam dan teori Islam. Golongan Ateis sangat bertentangan dengan konsep Islam, dan oleh itu tidak boleh dirangkaikan sama sekali. Begitu juga dengan teori Islam. Istilah teori merupakan satu kesimpulan pemikiran berdasarkan kajian tertentu, yang adakalanya benar dan adakalanya silap, sedangkan Islam adalah konsep yang kukuh, dan merupakan satu hukum yang tidak mungkin ada keraguan dan kesilapan. Oleh itu, dalam konteks ini, perlu berhati-hati dalam membina sesuatu konsep. 8

KESIMPULAN: AGAMA ISLAM HANYA SATU Berdasarkan tafsiran, pengkaji dapat merumuskan bahawa perkataan Islam tidak boleh dirangkaikan dengan mana-mana perkataan lain sebagai ciri pembeza kerana ia akan membentuk pelbagai aliran Islam. Pembentukan istilah baharu dalam Islam akan melahirkan agama Islam yang baharu. Islam hanya satu tidak boleh dikembangbiakkan sama sekali. Oleh itu, para pemimpin tertinggi negara atau ilmuwan-ilmuwan hendaklah mengelakkan diri daripada mengeluarkan istilah-istilah baharu dalam agama Islam. Berdasarkan pemerhatian, apabila seorang pemimpin atau ilmuwan mengeluarkan satu kenyataan atau istilah baharu, maka pengikut-pengikutnya akan dengan pantas mempromosikan istilah tersebut tanpa menelitinya terlebih dahulu. Pada pandangan pengkaji, sekiranya istilah Islam Hadhari terus dipopularkan, sudah pasti Islam di Malaysia mengalami perpecahan. Perkataan Islam tidak perlu dirangkaikan perkataan-perkataan liberal, hadhari, fundamental, dan sebagainya. Namun demikian, perkataan Islam perlu dijadikan sebagai ciri pembeza atau penerang, kerana ia satu keperluan. RUJUKAN Buku Dewan Bahasa dan Pustaka. (2004). Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu: Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Majlis Ugama Islam Singapura, 2005. Pemikir Islam. 273 Braddel Road: Majlis Ugama Islam Singapura. Mohd Farid Ravi Abdullah & Mohd Norzi Nasir. (2010). Hadis Empat Puluh An-Nawawi dan Pengajarannya. Kajang: Institusi Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Nik Safiah Karin, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan (Ed. Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustak. Ruth M. Kampson. (1991). Teori Semantik. (Terjemahan Zaiton Ab. Rahman), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (2010). Islam dan Sekularisme. Bandung: Institut Pemikiran Islam dan Pembangunan Insan. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jurnal Wan Adli Wan Ramli. 2014. Menangani Cabaran Liberalisme dalam kalangan Muslim berdasarkan Ijmak. Jurnal Usuluddin 40. Julai - Disember 2014. Muka surat 27-49. 9

TENTANG PENULIS Abd Ganing Laengkang merupakan seorang Pensyarah Bahasa Melayu di Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Graduan Ijazah Sarjana (2010) dan Ijazah Sarjana Muda (2006) di Akademi Pengajian Melayu (pengkhususan Bahasa Melayu), Universiti Malaya. Kini melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di universiti yang sama. 10