MASJID SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN? SATU TINJAUAN

Similar documents
COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Tahap Kefahaman Mengenai Wakaf: Kajian Kes di Selangor

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Penjenamaan Tempat (Place Banding) dan Faedah kepada Sektor Pelancongan

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

AKADEMIKA 63 (Julai 2003) Chinese Women in Industrial Home-based Sub-contracting in the Garment Industry in Kuala Lumpur: Neither Valued nor Costed

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

SISTEM PEMBANGUNAN LAMAN WEB AKOMODASI BERASASKAN AWAN. Muhammad Nazmi Bin Anuar Zamri Murah

MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

PRASARANA MASJID MESRA WANITA ISLAM: SATU TINJAUAN

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPENTINGAN DAN KEPERLUAN MEMPELAJARI BAHASA AL-QURAN

[SV 9] MENGANALISIS ISU HALAL TERHADAP SEKTOR PERKHIDMATAN HOTEL DI MALAYSIA. Nursyahida Jaafar¹ & Mohamad Ghozali Hassan²

[Perakaunan Islam] AGE464 - lslamic Accounting. [Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

KOMUNIKASI MASJID: KAJIAN TERHADAP HEBAHAN AKTIVITI MASJID AL-HASANAH BANDAR BARU BANGI KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Sistem Pengurusan Zakat di Malaysia: Analisis Strategi Penyebaran Maklumat Menerusi Laman Sesawang

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

BAB KE LIMA PERSEPSI DAN APLIKASI KOMUNITI CINA MUSLIM TERHADAP DIALOG KEHIDUPAN

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

LOKALISASI TADBIR URUS ZAKAT DI MASJID: KAJIAN DI BANDAR BARU BANGI SELANGOR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

SISTEM E-PELAPORAN PEMANTAUAN LAMAN WEB JABATAN STANDARD MALAYSIA. Maggery Roxane Dennis Dr. Mohd Ridzwan Yaakub

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

JAWHAR. JURNAL PENGURUSAN. Vol. 4, No. 1, 2010 ISSN KANDUNGAN JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR) JURNAL

BAB 1 PENDAHULUAN. Bab ini menjelaskan mengenai pentingnya menyusun draf pengkajian untuk

Transcription:

MASJID SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN? SATU TINJAUAN Siti Rokyah Md Zain, Ros Norita Abd Samad and Mohamed Muneer Samsudin Faculty of Accountancy UiTM Kampus Dungun,Terengganu rokyahmz@tganu.uitm.edu.my, ilajannatizumra@gmail.com ABSTRAK Kertas kerja ini mengutarakan satu persoalan mengenai masjid yang dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan dalam agenda para pelancong. Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk membuat suatu tinjauan mengenai konsep masjid sebagai produk pelancongan dan merungkai persoalan mengenai kebolehgunaan masjid sebagai produk pelancongan dari kacamata Islam. Kajian penyelidikan secara sekundar telah dipilih untuk meninjau mengenai berkaitan kertas kerja berkenaan. Kertas kerja ini berpendapat bahawa masjid sebagai produk pelancongan perlu dilihat dari perspektif positif dalam penyebaran dakwah dan kefahaman Islam kepada pelancong asing dan tempatan. Kata Kunci: Masjid, Pelancong, Produk Pelancongan,Dakwah Pengenalan Institusi masjid adalah sinonim dan begitu akrab dengan komuniti Islam. Masjid adalah wadah komuniti Islam dalam pelbagai aspek kehidupan. Matlamat masjid melangkaui batas ibadah. Ia merangkumi keseluruhan aspek kehidupan komuniti Islam. Umpamanya, masjid menyediakan asas pendidikan mengenai Islam, tempat pertemuan komuniti dimana mereka berkomunikasi dan berinteraksi dalam pelbagai hal, dan masjid juga dijadikan tempat kebajikan di mana pelbagai aktiviti kebajikan dijana seperti kutipan derma untuk golongan yang tidak berkemampuan. Selain dari itu, rekabentuk masjid yang kontemporari pula menyediakan pelbagai prasarana untuk digunakan oleh komuniti Islam setempat seperti bilik mesyuarat, bilik riadah, bilik jahitan, perpustakaan, dewan perkahwinan, dapur dan kemudahan bilk air yang bersih. Rekabentuk masjid juga mempamirkan kebudayaan setempat yang unik. Kebanyakan ruang mimbar masjid menggunakan ukiran seni Islam yang digarap dengan kebudayaan masyarakat tempatan. Ringkasnya, masjid adalah institusi umat Islam yang menggambarkan kehidupan komuniti Islam yang menyeluruh, merangkumi kehidupan sosial dan keagamaan. Oleh yang demikian, adalah tidak menghairankan masjid juga menjadi tumpuan para pelancong, tempatan dan luar negara. Keinginan mereka untuk meninjau dan memahami keunikan kehidupan komuniti Islam, kebudayaan Islam dan ibadah umat Islam adalah melalui masjid. Justeru, mereka menjadikan masjid sebagai salah satu agenda pelancongan yang harus mereka dilawati. Islamic Tourism Centre Malaysia (ITC) telah menyediakan gerbang laman sesawang dan pautan serta artikel ringkas mengenai masjid-masjid yang boleh dilawati oleh para pelancong luar dan dalam negara. Masjid-masjid yang mempunyai gerbang pautan laman sesawang dengan ITC adalah seperti Masjid Negara, Masjid Wilayah, Masjid Tengkera, Masjid Zahir dan banyak lagi masjid-masjid yang terkenal dipelosok tanahair. Tujuan asalnya adalah untuk memudahkan para pelancong melalukan lawatan ke masjid-masjid berkenaan. Dalam ertikata yang lain, bolehlah disimpulkan bahawa masjid telah dipilih sebagai salah satu produk pelancongan di Malaysia. (e-isbn 978-967-13087-2-1). 1 December 2016, Shah Alam, Selangor, MALAYSIA. 16

Definisi Pelancong Collins Dictionary mendefinisikan pelancong sebagai:... a person who is visiting a place for pleasure and interest, especially when they are on holiday. Dari definisi di atas, ia membawa maksud iaitu pelancong adalah individu yang telah menyediakan sebahagian masa cutinya untuk menikmati atau mengalami atau mempelajari sesuatu yang baru yang bersesuaian dengan minat dan keinginannya. Oleh itu, apabila pelancong tersebut memilih untuk melancong disesebuah negara luar, contohnya Malaysia, maka adalah meajadi satu kewajaran kepada pelancong tersebut untuk merancang tempat-tempat menarik di negara tersebut untuk dilawati, bukan sekadar menghabiskan masa cuti tetapi juga untuk mengecapi pengalaman baru. Sejajar dengan konsep agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia, pautan laman sesawang menyediakan pelbagai maklumat mengenai masjid-masjid yang boleh dijadikan tempat menarik yang boleh mereka lawati, maka sudah pastilah para pelancong tersebut akan memilih melawat masjid sebagai salah satu destinasi pelancongan mereka. Definisi produk pelancongan Sementara itu, Koutulas (2004) berpendapat produk pelancongan adalah:...bundles of tangible and intangible components, based on the activity at a destination. It is the consumption of such a bundle that allows engaging in specific activities at the destination and creates the travel experience of each individual. Dari definisi produk pelancongan yang diutarakan oleh Koutulas, maka produk pelancongan terdiri dari komponen yang nyata dan yang tidak nyata. Komponen yang nyata boleh dilihat dengan pancaindera seperti melawat zoo, muzium dan tempat bersejarah. Produk pelancongan juga merupakan sesuatu yang tidak boleh dipegang dengan pancaindera tetapi boleh dirasai seperti keseronokan atau ketenangan atau keterujaan apabila melawat sesebuah tempat. Produk pelancongan juga seharusnya boleh membuatkan individu atau pelancong tersebut merasai pengalaman atau aktiviti ditempat tersebut. Sebagai contoh, pelancong yang melawat Royal Tasik Belum seharusnya bukan sahaja dapat melihat dan menikmati pemandangan indah ditempat tersebut, tetapi juga boleh melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan seperti berperahu, memancing ikan atau mengenali flora dan fauna yang terdapat dikawasan tersebut. Ia mempamirkan pengalaman yang menyeronokan bagi para pelancong. Pelancongan dari perspektif Islam Pengkaji pelancongan Islam seperti Din (1989) dan Duman (2011), berpendapat pelancongan merupakan suatu aktiviti yang mempunyai tujuan tertentu. Dalam konteks Islam, niat memainkan peranan penting kepada setiap individu. Justeru, Din (1989) dan Duman (2011), berpendapat, sekiranya individu tersebut melakukan aktiviti pelancongan dengan niat kerana Allah, tindakan tersebut dikira sesuatu ibadah dalam Islam. Menurut mereka lagi pelancongan boleh membuka minda individu bukan sahaja untuk menikmati keindahan alam atau mencipta keseronokan sematamata seperti yang diketengahkan oleh Barat, tetapi yang lebih utama adalah mengakui kebesaran ciptaan Allah. Melalui pengalaman yang diraih semasa melancong, individu atau pelancong mungkin berasa terkesan dengan pengalaman yang dilaluinya dan dapat merasakan kekerdilan diri dan merasakan keagungan alam ciptaannya. (e-isbn 978-967-13087-2-1). 1 December 2016, Shah Alam, Selangor, MALAYSIA. 17

Pelancongan juga merupakan asas individu utnuk mengambil iktibar sepanjang individu tersebut bermusafir. Ia juga merupakan jambatan untuk menghubung dan mengukuhkan tali silaturrahim diantara satu sama lain. Al Quran merakamkan kepentingan bermusafir atau pelancongan dalam pelbagai ayat. Ali Imran (ayat 137) yang bermaksud:...kerana itu berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang orang yang mendustakan rasul-rasul. Secara ringkasnya, pelancongan dari perspektif Islam adalah berbeza dibandingkan dengan maksud pelancongan dari aspek dunia Barat. Oleh kerana Islam adalah satu gaya hidup, maka pelancongan juga merupakan ibadah sekiranya dimulai dengan niat yang berlandaskan syariat Islam. Kaedah Penyelidikan Dalam kertas kerja ini, kaedah peneylidikan adalah berasaskan kepada maklumat sekundar yang diperolehi dari laman sesawang yang berkenaan dengan masjid. Ini adalah kerana kajian ini adalah sebagai permulaan untuk memahami konsep masjid sebagai produk pelancongan. Beberapa contoh dari laman sesawang seperti dari Masjid Negara dan Masjid Wilayah telah diambil kira. Walaupun masjid masjid lain mempunyai laman sesawang rasmi, tetapi masjid masjid tersebut tidak menyediakan maklumat mengenai pelancong yang melawat masjid mereka. Selain dari itu, kertas kerja ini juga menggunakan maklumat facebook dari Darul Fitrah yang giat membantu pelancong asing memahami Islam melalui lawatan ke masjid-masjid disekitar Kuala Terengganu. Masjid sebagai produk pelancongan Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persoalannya ialah, mutakhir ini masjid telah cadangkan untuk menjadi sebagai salah satu produk pelancongan oleh beberapa pihak yang berkenaan. Ia menjadi satu anjakan paradigm untuk komuniti Islam, amnya dan khususnya dimalaysia. Namun begitu, persoalan mengenai masjid sebagai produk pelancongan bukanlah perkara baru dalam kehidupam umat Islam dimalaysia. Ini adalah kerana ramai pelancong asing dan juga tempatan telah menjadikan masjid sebagai destinasi pelancongan mereka. Sebagai contohnya, telah hampir 50 tahun Masjid Negara meraikan pelbagai pelancong asing dan tempatan yang ingin melawat masjid tersebut. Ia bukanlah suatu yang luar biasa atau ganjil pada kacamata rakyat Malaysia. Barangkali, pada waktu itu, tidak diwar-warkan secara meluas mengenai masjid sebagai salah satu produk pelancongan. Peningkatan pelancong ke negara-negara Islam juga adalah sangat memberangsangkan. Ini adalah rentetan peristiwa September 11 (Duman, 2011). Pelancong pelancong Islam terutamanya dari Timur Tengah merasa lebih selesa dan selamat melancong dinegara Islam lain. Bagi pelancong Barat pula, perasaan ingin tahu dan memahami Islam itu sendiri menjadi justifikasi mereka memilih menjadikan masjid sebagai salah satu destinasi pelancongan mereka. Menurut laman sesawang Masjid Wilayah, pada tahun 2010, masjid tersebut telah menerima sejumlah 2,252 pelancong luar negara dan rakyat tempatan. Pelancong dari Perancis menduduki tangga teratas dalam jumlah pelancong yang berkunjung ke sana. Ini diikuti oleh pelancong dari Korea, Jepun, Thailand, Republik China, United Kingdom dan Amerika. (e-isbn 978-967-13087-2-1). 1 December 2016, Shah Alam, Selangor, MALAYSIA. 18

Jadual 1.1 Bilangan pelancong yang melawat Masjid Wilayah 2010 Bilangan pelancong Negara 214 Perancis 158 Korea 147 Jepun 130 Thailand 98 Republik China 89 United Kingdom 74 Amerika Jadual tersebut mengambil kira bilangan teramai dari tujuh negara yang mempunyai pelancong yang melawat Masjid Wilayah. Masjid Wilayah juga menyediakan sukarelawan yang bertindak sebagai pemandu pelancong untuk membantu pelancong tersebut memahami konsep dan fungsi masjid. Tatacara dan adap memasuki masjid juga telah digariskan oleh pihak masjid. Sebagai contoh, Masjid Negara telah menyediakan tudung dan jubah yang bersesuaian untuk para pelancong. Ini bertepatan dengan lunas-lunas Islam. Antara adap-adap yang disarankan oleh Masjid Negara ialah: i. Tidak memakai kasut semasa di dalam masjid. ii. Memakai tudung yang disediakan oleh pihak masjid iii. Memakai jubah yang disediakan oleh pihak masjid. iv. Menyediakan pemandu pelancong bagi menerangkan perihal masjid. v. Tidak mengganggu pengunjung masjid yang sedang bersolat. vi. Mengunakan ruang berasingan bagi perempuan dan lelaki. Masjid sebagai produk pelancongan Dimensi dakwah Darul Fitrah Semenjak terbinanya Masjid Kristal, yang terletak ditaman Tamaddun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, bilangan pelancong luar dan tempatan yang melakukan lawatan ke masjid berkenaan telah meningkat. Pelancong boleh melihat keunikan senibina masjid tersebut yang menjadi masjid pintar pertama dimalaysia. Darul Fitrah, iaitu suatu badan bukan kerajaan diterengganu, menyediakan landasan wajar bagi pelancong luanr dan tempatan untuk memahami fungsi dan peranan masjid komuniti Islam. Darul Fitrah melihat bahawa terwujudnya suatu dimensi baru untuk berdakwah kepada pelancong asing dengan menyediakan pemandu pelancong masjid yang terlatih. Pemandu pelancong masjid tersebut, yang rata-ratanya adalah sukarelawan, membantu merungkai kemusykilan pelancong yang datang. Para pelancong diberikan gambaran sebenar mengenai Islam dan kepentingan institutsi masjid kepada uamt Islam. Kefahaman tentang nilai-nilai solat didalam Islam juga diterangkan dengan jelas kepada para pelancong. Program dakwah yang dianjurkan oleh Darul Fitrah ini membuka minda pelancong luar dan tempatan mengenai Islam. (e-isbn 978-967-13087-2-1). 1 December 2016, Shah Alam, Selangor, MALAYSIA. 19

Sedutan: FB Darulfitrah Gambar di atas menunjukkan kunjungan para pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Cina, Dengkil Selangor. Para pelancong, seperti pelajar tersebut diberi penerangan mengenai masjid dan ciri ciri masjid serta beberapa asas mengenai kefahaman dan nilai-nila Islam. Sedutan: FB DarulFitrah Pelancong luar negara yang melawat Masjid Kristal.Gambar kiri, pelancong dari Brazil dan kanan, pelancong dari negara China. (e-isbn 978-967-13087-2-1). 1 December 2016, Shah Alam, Selangor, MALAYSIA. 20

Kesimpulan Institusi masjid memainkan peranan yang besar dalam masyarakat Islam. Masjid bukan sahaja dijadikan tempat ibadah, tetapi adalah pusat sosial dan kemanusiaan. Masjid bukan hanya semata-mata produk pelancongan yang memaparkan keindahan seni reka dan ukir, tetapi menjangakui lebih dari aspek sempit pelancongan. Dengan kebanjiran pelancong luar dan dalam negara, masjid sepatutnya mengambil langkah postif dan membut suatu anjakan paradigma untuk memberikan kefahaman tentang Islam kepada pengunjungnya. Ini adalah landasan dakwah yang paling berkesan bagi pelancong luar dan tempatan untuk memahami Islam. Oleh itu, masjid adalah suatu wadah dakwah bagi para pelancong. Rujukan: Din, H.K. (1982). TOURISM IN MALAYSIA: Competing Needs in a Plural Society, Annals of Tourism Research Research, 9, 453-460. Din, H.K. (1989). ISLAM AND TOURISM:Patterns, Issues, and Options, Annals of Tourism Research,16, 542-563. Henderson, J.C., (2003). Managing Tourism and Islam in Peninsular Malaysia, Tourism Management, 24, 447 456. https://www.facebook.com/pages/darul-fikrah/174730772574558 Koutoulas, D. (2004). Understanding the tourist product, Interim Symposium of the Research Committee on International Tourism (RC 50) of the International Sociological Association (ISA), Greece. Smith, S.L.J. (1994). THE TOURISM PRODUCT, Annals of Tourism Research, 21(3), 582-595. www.darulfikrah.com.my www.masjidnegara.gov.my www.masjidwilayah.gov.my (e-isbn 978-967-13087-2-1). 1 December 2016, Shah Alam, Selangor, MALAYSIA. 21