Malay B Standard level Paper 1 Malais B Niveau moyen Épreuve 1 Malayo B Nivel medio Prueba 1

Similar documents
SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

N14/2/ABENG/SP1/ENG/TZ0/XX/T

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Sekaligus membuktikan pihak berkuasa tidak sekadar memberi. amaran.sebaliknya serius mempertahankan keselamatan awam.

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

KESAN PEMBUANGAN SAMPAH TERHADAP ALAM SEKITAR. Menganggu Keseimbangan Ekosistem

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

1 Yahya 1:1 1 1 Yahya 1:9. 1 Yahya

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

AN ANALYSIS OF INTRINSIC ELEMENTS AS PORTRAYED IN LOUISA MAY ALCOTT S NOVEL LITTLE WOMAN

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Permulaan Kesedihan Seseorang Manusia

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

SEJARAH LOKALISASI PENGURUSAN ZAKAT DI MASJID DALAM ISLAM DAN ASIA TENGGARA: SATU TINAJAUAN AWAL

Khadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin ***

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

MAJLIS PERASMIAN DEBAT AGUNG EKONOMI Tarikh: 28 October, 1984 Universiti Malaya BISMILLAHIRAHMANIRAHIM, Tuan Pengerusi Majlis,

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PENILAIAN PENGETAHUAN

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Indonesian Body Language and Gestures

32/,6,.(3(1'8'8.$11(*$5$1(*$5$$6($16$78 7,1-$8$1. Rahmah, M.A * 3(1*(1$/$1

LAPORAN TEKNIKAL RALAT PENDISPENSAN UBAT DI FARMASI HOSPITAL

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

The Islamic Estate Planning Specialist. FAQs. Frequently-asked questions [Soalan Lazim]

Kesan Perubahan Permintaan Minyak Sawit Di Malaysia Terhadap Perubahan Harga Minyak Sayuran Lain

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal

International Memory of the World Register

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN HAKMILIK STRATA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MENURUT AKTA HAKMILIK STRATA (PINDAAN 2013) AKTA A1450

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

MUZIUM : PENGURUSAN KOLEKSI PAMERAN DI RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

PENILAIAN TERHADAP PENDERAAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA: SATU KAJIAN KES DI ENAM BUAH NEGERI

Transcription:

N16/2/ABMAL/SP1/MAY/TZ0/XX/T Malay B Standard level Paper 1 Malais B Niveau moyen Épreuve 1 Malayo B Nivel medio Prueba 1 Friday 4 November 2016 (afternoon) Vendredi 4 novembre 2016 (après-midi) Viernes 4 de noviembre de 2016 (tarde) 1 h 30 m Text booklet Instructions to candidates Do not open this booklet until instructed to do so. This booklet contains all of the texts required for paper 1. Answer the questions in the question and answer booklet provided. Livret de textes Instructions destinées aux candidats N ouvrez pas ce livret avant d y être autorisé(e). Ce livret contient tous les textes nécessaires à l épreuve 1. Répondez à toutes les questions dans le livret de questions et réponses fourni. Cuaderno de textos Instrucciones para los alumnos No abra este cuaderno hasta que se lo autoricen. Este cuaderno contiene todos los textos para la prueba 1. Conteste todas las preguntas en el cuaderno de preguntas y respuestas. 5 pages/páginas 8816 2289 International Baccalaureate Organization 2016

2 N16 /2/ABMAL/SP1/MAY/TZ0/XX/T Teks A Permainan rakyat Permainan Congkak Permainan Batu Seremban Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling menggembirakan. Ketika inilah hidup seseorang itu dipenuhi dengan kegiatan yang menyeronokkan dan dapat memberikan kepuasan seperti bermain. Jika kita lihat dan hayati, pada zaman kanak-kanak ini banyak aktiviti dilakukan dalam mencipta corak permainan yang sesetengahnya menjadi permainan warisan bagi masyarakat Melayu. Permainan rakyat ialah permainan yang dimainkan oleh semua golongan masyarakat, iaitu dari peringkat kanak-kanak sehinggalah peringkat dewasa. Banyak permainan rakyat yang dapat kita lihat sehingga hari ini seperti wau, batu seremban, congkak dan sebagainya. Jenis-jenis permainan inilah yang memberikan identiti kepada masyarakat Melayu, bahawa kita mempunyai warisan permainan yang masih dapat dikekalkan sehingga hari ini. Permainan rakyat yang begitu unik mempamerkan budaya masyarakat dan mempunyai nilai-nilai kehidupan, keindahan, sosial dan gambaran minda masyarakat. Jika kita meneliti setiap permainan warisan ini, kita akan dapati bahawa setiap permainan itu mempunyai maksud dan tujuan yang tersendiri. Kalau dahulu, masyarakat memainkan permainan itu hanya sebagai satu aktiviti untuk mengisi masa yang terluang setelah menghabiskan masa yang lama untuk mencari rezeki seperti bercucuk tanam dan menangkap ikan. Namun setiap [ X ] itu sebenarnya mengajar kita untuk berfikir, bertanding dan mencari [ 7 ] yang terkandung di dalamnya. Generasi [ 8 ] memainkan peranan untuk mengenali dan [ 9 ] setiap jenis permainan yang diwarisi [ 10 ] masyarakat dahulu. Selain itu, permainan ini juga mempunyai peranan yang tersendiri, iaitu sebagai alat perhubungan yang berlaku secara tidak langsung. Salah satu contoh yang menunjukkan permainan yang meningkatkan interaksi ini ialah permainan batu seremban dan congkak. Permainan ini seronok dimainkan oleh beberapa pemain dan boleh dimainkan oleh pelbagai umur dan lapisan. Oleh itu, tanpa disedari, interaksi berlaku semasa kita bermain permainan tersebut. Diubah suai daripada Permainan Batu Seremban, Oak Publications (2003)

3 N16 /2/ABMAL/SP1/MAY/TZ0/XX/T Teks B Sabah dilanda gempa 5 10 15 20 25 30 35 KOTA KINABALU: Gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Rikter melanda Sabah di Malaysia pada awal pagi ini, namun tiada kecelakaan dilaporkan sejauh ini. Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional menyatakan gempa yang berlaku pada 7.15 pagi itu dirasai di banyak tempat di Sabah, termasuk Ranau, Tambun, Kota Kinabalu dan Kota Belud. Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini. Gempa bumi jarang berlaku di Malaysia, yang terletak di luar Lingkaran Api Pasifik. Difahamkan juga, beberapa kawasan perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat tersebut. Menurut Berita Harian Online, para penduduk ketakutan dan meninggalkan rumah masing-masing untuk mencari perlindungan, termasuk di lapangan terbang di Kota Kinabalu. Telah dilaporkan bahawa 24 keluarga di dua blok kuarters guru SMK Ranau, ditempatkan buat sementara di dewan sekolah selepas beberapa bahagian blok retak akibat gempa bumi. Keretakan dapat dilihat di tiang utama dan dinding bangunan sejurus selepas gegaran gempa bumi. Beberapa buah kereta yang diletak berdekatan dengan bangunan itu juga mengalami kerosakan kecil akibat ditimpa serpihan konkrit bangunan yang terjatuh. Sementara itu, gegaran susulan berlaku di Ranau pada 9 : 47 pagi tadi, namun dilaporkan tidak sekuat gempa bumi pertama. Menurut Berita Harian Online, pegawai awam Pilly Dewi Ros yang menghadiri perkahwinan adiknya di Kota Kinabalu berkata gegaran itu sungguh menakutkan. Saya terpaksa berpaut pada meja ketika gegaran itu berlaku, katanya. Pengalaman yang sama turut dirasai penyunting Bernama, Nor Hasliza Abdullah, yang sedang bercuti di Kota Kinabalu bersama-sama dengan 11 anggota keluarganya. Mereka sekeluarga menginap di hotel dalam bandar itu. Tiba-tiba rasa hotel seperti berayun lebih kurang 10 hingga 15 saat. Anak saya terus keluar dari bilik air sambil menjerit. Saya terus menjengah tingkap dan melihat ramai orang lari keluar dari bangunan, ujar beliau. Keadaan itu mencemaskannya walaupun menginap di tingkat satu. Mereka sepatutnya ke Kundasang untuk melawat Taman Kinabalu dan Gunung Kinabalu, tetapi terpaksa membatalkan rancangan itu selepas mendengar berita itu bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. Diubah suai daripada http://berita.mediacorp.sg (2015) Turn over / Tournez la page / Véase al dorso

4 N16/2/ABMAL/SP1/MAY/TZ0/XX/T Teks C Surat dan fungsi Surat ialah alat komunikasi yang menggunakan bahasa tulisan di atas lembaran kertas. Pada masa lalu, bentuk surat sangat sederhana kerana kebanyakan surat merupakan kertas bertulis yang dikirimkan melalui orang tengah atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran surat atau barangan. Namun, zaman sudah maju dengan pesat dan surat kini banyak dihubungkan dengan alat canggih yang bernama komputer. Penggunaan komputer di anggap lebih baik dalam kegiatan surat-menyurat. Surat yang dihantar di alam maya boleh dipastikan penerimaannya. Ini bererti penghantar surat boleh mengetahui sama ada surat itu telah diterima. Walau bagaimanapun tidak banyak orang yang mengerti tentang fungsi surat. Sebenarnya surat dapat membantu kita saling berbicara, bertukar maklumat dan menyampaikan pesan. Kita dapat memberikan atau menerima khabar. Kita juga dapat berbicara dengan panjang lebar dengan tulisan dan biaya yang lebih murah. Ini bererti surat juga boleh mewakili kita ke tempat seseorang yang berada jauh dari kita, dan sudah tentu hal ini dapat mengurangkan kos berkomunikasi menggunakan telefon jarak jauh apa lagi dibandingkan dengan kos pengangkutan untuk harus datang sendiri. Dalam dunia perniagaan, surat boleh menjadi bukti tanda terima bagi pengiriman barang, wang atau resit. Surat juga boleh menjadi bukti perjanjian. Pada waktu-waktu tertentu, surat dapat dibaca kembali dan dirujuk sebagai panduan untuk membuat keputusan lebih lanjut. Apabila suatu kunjungan tidak begitu penting untuk sesuatu yang dibicarakan dan tidak harus bertatap muka, maka cukuplah surat menjadi wakil. Dengan demikian, anda akan menjimat waktu, tenaga dan sudah tentu biaya. Surat-surat yang dianggap penting sangat harus disimpan. Sebab bukan tidak mungkin suatu saat, surat akan diperlukan lagi untuk dibaca atau dirujuk. Anda mungkin sudah lupa isi atau bunyi surat tersebut. Begitu juga surat dapat berfungsi sebagai bukti sejarah perjalanan dan perjuangan suatu bangsa atau sebagai bukti kegiatan, bagi suatu organisasi, perusahaan atau pertubuhan. Diubah suai daripada http://tipsseputarkeluarga.com (2015)

5 N16/2/ABMAL/SP1/MAY/TZ0/XX/T Teks D Mendung belum berlalu 5 10 15 20 25 30 Sayang, mengapa awak tidak berhenti saja bertugas sebagai jururawat di hospital itu? Bukankah negeri kita ini dilanda wabak SARS*? rayu Hilal memujuk isterinya, Salina. Apa? Berhenti kata Abang? Berhenti bererti kita berundur dan kalah. Kita tidak berani berkorban pada bila-bila masa masalah melanda negara kita! Saya minta maaf, Bang. Saya tidak mahu berhenti hanya kerana wabak itu, tegas Salina. Hilal benar-benar tidak memahami pendirian isterinya itu. Mengapakah isterinya sanggup memikirkan kepentingan orang lain. Setiap kali dia cuba membuat cadangan tentang pekerjaan jururawat isterinya, pasti isterinya menyanggah. Kalau isterinya berhenti sekalipun, keluarga mereka tidak akan susah. Pendapatannya sebagai jurutera sudah mencukupi untuk membiayai keluarganya empat orang itu. Mereka memiliki sebuah rumah teres dan beberapa unit rumah kondo yang disewakan. Mereka termasuk dalam golongan pertengahan atas. Di Singapura golongan mewah ini kecil. Sejak mereka berumahtangga lagi, Hilal tidak pernah melarang isterinya daripada bekerja, asalkan pekerjaan itu sesuai dan tidak berbahaya. Namun, kini penyakit SARS telah menular dan menggugat keselamatan isterinya. Itulah sebabnya Hilal beria-ia sangat mendesak isterinya agar berhenti kerja. Penyakit SARS belum ada penawar. Mangsa penyakit ini akan kurang daya ketahanan melawan penyakit. Badan mereka lemah dan boleh membawa maut dalam masa yang singkat. Demi keselamatan awak dan anak-anak, awak fikirkan cadangan saya masak-masak. Jika awak belum bersedia untuk berhenti, awak boleh ambil cuti panjang. Sudah tiga orang jururawat menjadi mangsa, rayu Hilal. Abang masih tidak mengerti dengan pendirian saya. Menjadi jururawat sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Pekerjaan ini mulia, bang. Oleh sebab jururawat, ramai pesakit yang sembuh. Cuba abang bayangkan kalau semua jururawat berhenti kerja kerana semata-mata takut, apa akan jadi kepada mereka yang sakit di hospital? Tentu lebih ramai yang akan menjadi korban walaupun mereka bukan mangsa penyakit SARS, tegas Salina. Termenung Hilal mendengarkan penjelasan isterinya. Dia bangga dengan semangat isterinya yang sanggup berjuang demi bangsa dan negara. Namun, hatinya tidak dapat menerima risiko kehilangan isterinya, lebih-lebih lagi apabila dia terbaca berita di akhbar tentang kematian seorang doktor yang dijangkiti penyakit SARS. Dia benar-benar berharap agar isteri menerima cadangannya. Diubah suai daripada Samat Ali, Di bawah langit tanah pertiwi (2015) * SARS: Singkatan bagi Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (Severe Acute Respiratory Syndrome). SARS penyakit berjangkit yang amat berbahaya dan boleh menyebabkan maut dengan cepat.