Ulasan Buku / Book Review

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Kesan Semantik Tafsiran Perkataan Islam daripada Perspektif Muhammad Asad ke Atas Konsep Muslim

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Implikasi Tafsiran Muhammad Asad bagi Perkataan Islam terhadap Pegangan Ahl al-sunnah wa al-jamaah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Allah. Begitupun, proses kejadian 'Isa sentiasa dikaitkan sebagai kejadian yang

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

KONSEP RABBANI DALAM GERAK KERJA PENYELIDIKAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Cabaran Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Dalam Dakwah Di Malaysia

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

APAKAH AL-QUR'AN MEMERLUKAN HERMENEUTIK? *

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Tentang Relevennya Kapital Marx Pada Masa Kini

Khadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin ***

BAB PERTAMA PENDAHULUAN

AN ANALYSIS OF INTRINSIC ELEMENTS AS PORTRAYED IN LOUISA MAY ALCOTT S NOVEL LITTLE WOMAN

HUBUNGAN DAKWAH DENGAN AHLI KORPORAT. Oleh: Ab. Aziz bin Mohd Zin. Abstract

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

PEMERKASAAN KEHARMONIAN MASYARAKAT BERAGAMA: RUJUKAN PENDEKATAN AL- BIRUNI BERDASARKAN KARYANYA KITAB AL-HIND

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Pembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Faham Pluralisme Agama dan Percanggahannya Dengan Akidah dan Syari ah Islamiyah

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

DINAMIKA PENDAKWAH MELAKSANA DAKWAH PELBAGAI ETNIK

Kefahaman Wanita Islam Kelas Menengah di Lembah Klang Terhadap Islam Liberal

WOMAN S PASSIONS IN ELIZABETH BARRETT BROWNING S POEMS ENTITLED THE LADY S YES AND HOW DO I LOVE THEE?

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

A Review on Bequest Writing in The Management of Property in Malaysia

Amar Makruf Nahi Mungkar

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

BAB 4 MONOTHEISM DAN POLYTHEISM

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Teori ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim.

A New Deal for Asia Apakah Deal Itu? A New Deal for Asia - What is the Deal?

HAK UNTUK MEMILIH AGAMA ANUTAN MENURUT PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA DI MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

DIALOG AGAMA LWN DIALOG KEHIDUPAN: MEMBINA KEFAHAMAN KEHIDUPAN MASYARAKAT YANG BERBEZA KEPERCAYAAN.

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

ULASAN BUKU. Islamic Economics, Banking and Finance: Concepts and Critical Issues

AMALAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA: SATU SOROTAN LITERATUR

Persepsi Wanita Buddha dan Wanita Muslim terhadap Dialog Agama: Kajian di Kuala Lumpur

Genesis Tajribah Miskawayh dalam Tajarib al-umam

Bab 6. Wasatiyyah Ialah Keseimbangan Dalam Beragama Bukan Kesederhanaan

Transcription:

ULASAN BUKU : Muslims, Christians and Jesus Jurnal Hadhari 7 (1) (2015) 135-140 www.ukm.my/jhadhari Ulasan Buku / Book Review Muslims, Christians and Jesus oleh Carl Medearis. 2008. Minnesota, Amerika Syarikat: Bethany House Publishers. 191 halaman Diulas oleh 1 YUSRI MOHAMAD RAMLI 1 Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor. Carl Medearis merupakan seorang penggiat dalam bidang hubungan Muslim-Kristian serta Arab-Amerika. Beliau aktif mempromosikan keharmonian dan keamanan dalam aspek politik, agama dan budaya antara Barat/Kristian dan Arab/Islam. Lama menetap dan mengembara di negara-negara Arab/Islam mengukuhkan pengetahuan beliau mengenai Islam sehingga banyak mempengaruhi masyarakat Barat untuk memahami Islam dan tidak membenci Islam. Prinsip kembali kepada ajaran Jesus Christ yang sebenar sebagaimana kepercayaan Kristian menjadi pendekatan utama beliau dalam menghilangkan prasangka dan Islamophobia khususnya dalam kalangan masyarakat Barat Kristian terhadap Islam dan umat Islam. Karyanya ini iaitu Muslims, Christians and Jesus adalah antara karya utamanya yang paling popular menonjolkan aspirasi ini. Karya-karya lain termasuklah Speaking of Jesus, Tea with Hezbollah, Understanding Islam and Loving Muslims dan From Eyes of Hope. Secara umumnya beliau adalah dari kalangan penganut Kristian yang cintakan keamanan dan banyak berusaha ke arah membuang perspektif buruk Barat terhadap Islam khususnya setelah peristiwa 11 Sept. Oleh kerana globalisasi, hidup masyarakat dunia semakin beragam dari sudut agama dan budaya. Apatah lagi banyak sebaran tidak benar dan negatif mengenai Islam oleh media mahupun individu atau kumpulan tertentu menjadikan kemajmukan dunia hari ini semakin mencabar. Carl Medearis melalui karya ini cuba memberikan suatu jalan agar masyarakat Barat dapat mengadaptasi kehidupan bersama dengan masyarakat Muslim yang tinggal berjiran, satu tempat kerja, satu bandar dan satu dunia walaupun berbeza agama dan budaya. 135

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015) 135-140 Buku ini merupakan suatu karya yang menonjolkan pemikiran dan motivasi penulis. Karya ini bertujuan mengenengahkan suatu perspektif rekonstruktif dan dari dalam kepada masyarakat Barat Kristian dalam memahami Islam dan umat Islam dengan lebih baik supaya seterusnya dapat menyampaikan ajaran Kristian dengan baik tanpa paksaan. Justeru sasaran utama buku ini terarah secara khusus kepada masyarakat Kristian di Barat/Amerika/Eropah. Jelasnya buku ini menunjukkan asas-asas yang disepakati oleh Muslim dan Kristian menjadi asas yang penting dalam persaudaraan. Berdasarkan pengalaman langsung dan peribadi selama 25 tahun tinggal bersama dan berinteraksi dengan Muslim, Carl Medearis cuba menjelaskan ajaran Islam dan pandangan masyarakat Muslim dalam kerangka yang dapat difahami oleh masyarakat Kristian. Justeru Carl menjadi Jesus sebagai satu asas penghubung yang paling utama bagi mengajak masyarakat Barat membuang prasangka dan prejudis dengan mengikut sunnah Jesus Christ/Nabi Isa a.s. yang sentiasa mengasihi dan menyayangi sesama manusia. Secara umumnya buku ini dari satu sudut cuba menjelaskan apakah itu Islam dan siapakah Muslim berdasarkan pengalaman peribadi penulis yang dilihat cuba membuang segala prasangka negatif terhadap Islam oleh masyarakat Barat. Namun dalam masa yang sama dengan pemahaman yang baik itu, ia diharap dapat menjadi panduan dalam mendekati masyarakat Muslim supaya seterusnya dapat menyampaikan agama Kristian. Buku ini terbahagi kepada 8 bab yang secara umumnya membincangkan mengenai perkara-perkara tentang Allah dan Nabi Muhammad; enam Rukun Iman dan lima Rukun Islam; pandangan al-quran tentang Jesus dan Bible; pandangan Muslim tentang kesucian wanita; persoalan-persoalan lazim orang Islam terhadap orang Kristian; Jihad, keganasan dan kasih sayang; Muslim tetapi dalam masa yang sama mengikut Jesus (Kristian); dan bagaimana membina hubungan dengan Muslim. Dalam setiap bab, penulis menjelaskan terlebih dahulu menjelaskan setiap isu berdasarkan apa yang dianggap penulis sebagai Islam yang sebenar/realiti kerana ia adalah dari pengalamannya sendiri hidup bersama orang Islam walaupun dapat difahami bahawa apa yang diperolehnya dari orang Islam adalah belum tentu ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu tidak menghairankan banyak perkara yang tidak tepat mengenai Islam diutarakan penulis. Walaupun penulis dari satu sudut berusaha membuang salah faham tentang Islam khususnya isu terrorisme, anti moden, jihad, dan sebagainya yang banyak disalah faham di Barat, tetapi kefahaman beliau tidak dilanjutkan dengan penelitian mendalam dan pemahaman yang sebenar. Tambahan pula, penjelasan dan kupasan tersebut diikuti dengan cerita peribadi beliau yang keseluruhannya seolah-olah menunjukkan bahawa ramai orang Islam yang ditemuinya amat berminat dengan ajaran Kristian hasil dari pendekatannya yang mesra. Bahkan, dalam setiap bab beliau menjelaskan bagaimanakah tips-tips untuk mendekati atau berhadapan dengan orang Islam berdasarkan isu-isu yang dibincangkan dalam bab tersebut yang jelas menonjolkan matlamat apologetik dalam buku ini. 136

ULASAN BUKU : Muslims, Christians and Jesus Dalam bab pertama yang membicarakan hal ketuhanan dan kenabian, penulis mengatakan bahawa tidak banyak diketahui mengenai sejarah Nabi sebelum umur 40 tahunnya. Pandangan ini jika dilihat dalam pengkajian sirah Nabi adalah suatu yang tidak tepat kerana Nabi Muhammad SAW adalah satu-satunya nabi yang paling jelas dan lengkap rekod sejarahnya yang direkodkan melalui hadith-hadith dan buku-buku sirah. Namun pandangan sedemikian adalah biasa jika dilihat dalam pengkajian sejarah umum/ moden yang melihat kepada pembuktian-pembuktian fakta sejarah ataupun mungkin jika dibandingkan sejarah selepas kerasulan yang lebih banyak direkodkan berbanding kerasulan. Penulis turut mengatakan bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian berkongsi pengetahuan agama mereka dengan orang-orang Arab sehingga menjadikan orang-orang Arab mengetahui konsep-konsep agama tawhid. Pandangan ini kurang tepat kerana saki baki warisan ilmu agama tawhid telah ada dalam masyarakat Arab dari ajaran Nabi Ibrahim dan Ismail walaupun tidak dinafikan adanya hubungan (contact) antara orang Arab pada ketika itu dengan orang Kristian dan Yahudi. Tambahan pula yang lebih utama, konsep pewahyuan lansung dalam Islam adalah asing dan ditolak oleh penganut Kristian. Apatah lagi ia melibatkan kepada Nabi yang tidak dipercayai oleh mereka. Lanjutan itu, beliau berpandangan bahawa Nabi Muhammad telah mempelajari agama tawhid dari orang Yahudi dan Kristian sehingga mempengaruhinya untuk menyebarkan Islam. Walaupun tidak dinafikan adanya perhubungan antara Nabi Muhammad dengan beberapa orang Kristian, ia tidaklah dianggap sebagai suatu bentuk pengajian atau amalan berguru melainkan sekadar perbincangan yang mengesahkan kenabian baginda. Di samping itu, penulis berkecenderungan untuk berpandangan bahawa orang Islam kurang mengenali Tuhan kerana tidak nampak Tuhan sebagaimana Kristian yang nampak Tuhan melalui Jesus Christ. Pada akhir bab ini, penulis cuba menjelaskan bagaimana seorang penganut Kristian dapat mendekati masyarakat muslim. Ini sekali gus memberi gambaran jelas bahawa isu dan penyampaian dalam buku ini adalah eksklusif kepada masyarakat Kristian. Dalam Bab kedua yang menceritakan mengenai ajaran asas Islam, penulis melihat bahawa asas kepercayaan Islam adalah lengkap namun kekurangan satu perkara iaitu kepercayaan terhadap Jesus Christ yang pada asasnya dapat difahami sebagai perbezaan paling besar antara muslim dan Kristian. Di samping itu, kenyataan penulis bahawa beberapa orang Islam mengamalkan amalan tertentu yang bersifat khurafat bagi mengelak bahaya dari jin mengelirukan dan memberikan gambaran salah mengenai Islam. Dalam senarai kitab-kitab suci Islam pula, penulis menyenaraikan hadis di samping kitab-kitab lain yang seolah-olah memberi gambaran bahawa hadis adalah seumpama 4 kitab yang lain walaupun penulis cenderung untuk memaksudkannya sebagai teks-teks suci dalam ajaran Islam. 137

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015) 135-140 Penulis juga mengatakan bahawa di dalam al-quran tidak dinyatakan bahawa Bible dan Torah yang dipegang oleh masyarakat Kristian dan Yahudi pada hari ini tidak asli dan al-quran adalah kitab yang paling benar. Sedangkan pada hakikatnya banyak ayat-ayat yang menyatakan perkara-perkara demikian seumpama mengenai pendetapendeta mereka yang mengubah ayat-ayat Allah. Bahkan beliau juga berkecenderungan untuk menyatakan bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian tidak dimaksudkan sebagai orang kafir di dalam al-quran walaupun banyak ayat-ayat yang jelas memaksudkan sedemikian. Suatu hal yang menarik namun dapat dijadikan pengajaran ialah bahawa penulis beranggapan bahawa ucapan Insya Allah menunjukkan bahawa seseorang itu mungkin tidak dapat memenuhi jemputan/janji yang diberikan. Ini tidak menghairankan apabila beliau membuat kesimpulan sedemikian kerana ramai kalangan Muslim yang berfikiran sedemikian. Penulis juga berkesimpulan bahawa umat Islam menghadap Mekkah di dalam solat kerana Mekkah ialah tempat lahirnya Nabi Muhammad SAW dan beliau turut berpandangan bahawa umat Islam sendiri yang menukar kiblat dari Jerusalem ke Mekkah kerana berlaku konflik dengan orang-orang Yahudi. Walaupun tidak menafikan wujudnya konflik tersebut sebagaimana disebutkan dalam asbab al-nuzul ayat al-quran mengenainya, namun penukaran kiblat itu adalah berlaku kerana perintah Tuhan dan kehendak-nya. Dalam Bab 3 yang membicarakan mengenai kenyataan al-quran mengenai Jesus, penulis menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW berusaha mengembalikan pegangan masyarakat Quraisyh Mekkah kepada ajaran Ahli Kitab dengan menggambarkan seolah-olah Baginda memperoleh agama Islam dari Yahudi dan Kristian walaupun pada hakikatnya ajaran asal agama ahli kitab adalah sama dengan Islam. Penulis menyatakan bahawa di dalam al-quran tidak ada dinyatakan bahawa kitab Injil telah diubahsuai. Sedangkan banyak ayat dalam al-quran yang menyatakan demikian walaupun mungkin antaranya tidak dikhususkan kepada Injil semata-mata. Penulis beranggapan bahawa surah-surah di dalam al-quran disusun dari yang terbanyak ayatnya hingga yang tersedikit ayatnya. Secara umumnya benar, namun secara spesifiknya, ada juga surah yang lebih panjang selepas surah yang lebih pendek. Penulis juga menyatakan bahawa dalam Islam sifat kemurkaan/kebesaran Tuhan lebih diutamakan berbanding sifat kepemurahan dan kasih sayang-nya, walaupun hakikat yang sebenar adalah sebaliknya. Bab yang keempat membawa pembaca kepada isu wanita dalam Islam. Penulis menyatakan bahawa kalangan Muslim pada abad pertengahan yang mengikut syariah 138

ULASAN BUKU : Muslims, Christians and Jesus mempunyai pandangan yang sempit terhadap wanita. Walaupun tidak dinafikan terdapat pandangan yang agak rigid, namun ia tidak menggambarkan keseluruhan pandangan syariat pada ketika itu. Penulis turut menyimpulkan bahawa secara umumnya dalam perundangan syariah, wanita dianggap separuh daripada lelaki kerana ia lazim dalam amalan faraid dan penyaksian di mahkamah. Ini ditambah pula dengan cerita yang didengari dari kelompok suku-suku dan kabilah-kabilah yang ditemuinya bahawa dalam budaya Islam terdapat golongan yang membunuh saudara perempuan mereka yang dirogol bagi menjaga kehormatan keluarga yang jelas tidak menggambarkan ajaran dan amalan sebenar Islam. Bab seterusnya pula lebih kepada menjelaskan kaedah menjawab persoalanpersoalan yang lazim dibangkitkan oleh orang Islam sekali gus menunjukkan unsur menerangkan kaedah dalam menyampaikan Kristian kepada umat Islam. Dalam bab keenam pula, penulis cuba menerangkan secara apologetik bahawa agama Kristian membawa kasih sayang bagi menghadapi Islam yang penuh dengan ketakutan dan kebencian yang membawa kepada konsep Jihad. Di dalam bab yang ketujuh, penulis cuba mengajak penganut Kristian menyeru orang-orang Islam supaya mengikuti Jesus Christ tanpa perlu menjadi Kristian. Dalam erti kata lain mempercayai ajaran Kristian dan dalam masa yang sama kekal sebagai Muslim secara luarannya. Penulis mengukuhkan pandangannya dengan mentafsirkan kata-kata tokoh sufi seumpama Ibn Arabi, Rabi at al- Adawiyah, Jalal al-din Rumi dan al-hallaj sebagai menyokong keterangan beliau walaupun tafsiran tersebut jelas tidak tepat dan tidak sesuai dengan maksud asalnya. Bab terakhir pula merupakan suatu kesimpulan kepada keseluruhan idea dalam buku ini. Walaupun penulis cuba membuangkan salah faham terhadap Islam dan menyeru Kristian supaya tidak membenci Muslim, namun agenda missionarinya tetap jelas dan nyata walaupun penulis cuba menafikan. Bab ini turut memuatkan beberapa tip dan panduan dalam berhadapan dan menyebarkan ajaran Kristian kepada umat Islam. Secara umumnya, setelah membaca dan mengamati buku ini, maka dapat disimpulkan bahawa walaupun penulis buku ini berhasrat untuk membantu ke arah membina pandangan umum masyarakat bukan Muslim khususnya Kristian terhadap Islam dan umat Islam yang lebih baik. Akan tetapi sasaran pembaca secara ekslusif terarah kepada masyarakat Kristian khususnya di Amerika/Barat bahkan secara persuasifnya menjadi panduan/nasihat dalam cara-cara menyampaikan ajaran Kristian kepada umat Islam. Justeru penyampaian buku ini sangat berunsur missionari, apologetik dan dakyah lantaran tujuan utama buku ini adalah sebagai kaedah bagaimana Kristian dapat memahami dan mendekati masyarakat Muslim dengan baik bagi menyampaikan ajaran Kristian. 139

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015) 135-140 Tambahan pula, terdapat beberapa perkara yang tidak tepat mengenai Islam yang berkemungkinan besar berpunca dari maklumat yang diperolehnya dari orang-orang Islam yang ditemuinya. Pengetahuan beliau mengenai Islam banyak diperoleh dari pengalaman peribadi beliau semasa tinggal di Lubnan dan pergi ke beberapa negara Arab. Penulis nampaknya kurang melakukan penyelidikan ilmiah untuk mengkaji adakah pandangan orang Islam yang ditemuinya benar atau tidak menurut Islam. Secara umumnya terdapat pro dan kontra mengenai buku ini. Positifnya, ia cuba membuang salah faham terhadap Islam dalam kalangan masyarakat Kristian dan Barat. Negatifnya ialah ia menjadikan karya ini seumpama manual dan panduan dalam menyampaikan ajaran Kristian ditambah dengan bahasa dan sasarannya yang begitu jelas menyasarkan kepada golongan Kristian terhadap orang Islam. Buku ini jelas menimbulkan kekeliruan dan kontroversi yang menggalakkan penyebaran agama Kristian terhadap umat Islam di samping mengelirukan orang Islam atau bukan Islam melalui ketidaktetapan fakta tentang sejarah dan ajaran Islam. Tambahan pula, pendekatan yang cuba digarap oleh penulis dengan cara mempercayai ajaran Kristian tetapi mengekalkan keislaman atau dalam erti kata lain menyembunyikan kemurtadan tidak mustahil akan mempengaruhi masyarakat Kristian untuk menggunakannya terhadap umat Islam. 140 ha