UNILEVER TOTAL HAIR 2017 TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Similar documents
1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

3b) Birthday Privilege - Secret Recipe Slice Cake & Iced/Hot Beverage Voucher worth RM20

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

BAHASA MALAYSIA TERMA DAN SYARAT CIMB PREFERRED. 1. Perluasan Perkhidmatan DAN KEISTIMEWAAN

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAD KREDIT-i BANK ISLAM TERMA DAN SYARAT Bermula September 2018

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT AKAUN PULANGAN PENDAPATAN TETAP-i MATA WANG ASING (FCFRIA-i)

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

INSURANS KEMALANGAN DIRI PENERBANGAN & PERJALANAN AFFINBANK WORLD MASTERCARD

CIMB BANK BERHAD (13491-P) TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT PENGENDALIAN AKAUN MATA WANG ASING (Layak menerima perlindungan PIDM)

SURAT TAWARAN. No. Ruj. Bank : Tarikh : Kepada : : Tuan/Puan, PER : Permohonan untuk kemudahan [FacilityAlternateDescription]

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Rakan Pemandu Nilai Yang Dipersetujui Terma & Syarat

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Pemandu Bas Terma & Syarat

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

PENILAIAN PENGETAHUAN

Terma dan Syarat Am Jualan Donaldson Company Inc.

Plat Kaca Terma & Syarat

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

*PMY1NOMFRM* Notification For Appointment Of Nominees And Trustees Pemberitahuan Perlantikan Penama-penama Dan Pemegang-pemegang Amanah.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

TERMA DAN SYARAT. PROGRAM SAHABAT AGRO (AgroPrimaS)

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

PA Care Terma & Syarat

Semua Risiko (Peralatan Pejabat) Terma & Syarat

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

Polisi ipad Pensyarah

CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN

SPECIAL CARE PA Terma & Syarat

Kebakaran Tarif Terma & Syarat

CIMB BANK BERHAD (13491-P) DAN

Insurans Pampasan Pekerja Terma & Syarat

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SIJIL IKHLAS NIAGA (OFFICE NIAGA) TAKAFUL

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Polisi Wang Terma & Syarat

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Liabiliti Awam Terma & Syarat

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Kecurian Terma & Syarat

PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD (No W) A Member Of The Pacific & Orient Group Website:

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

POS Rakan Penunggang Motosikal Terma & Syarat

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

Skim Kemasukan Hospital Dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA) Terma & Syarat

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Administrative Policy Bahasa Malaysian translation from English original

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

POLISI KEBAKARAN (INDIVIDU) TARIF

KEJOHANAN MEMANAH PEMBANGUNAN DAN TERBUKA AKMA A.C 2018

SIJIL IKHLAS FIRE TAKAFUL

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

Permohonan Kemudahan Pembiayaan Peribadi

Perayaan Terma & Syarat

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

PA Flexicare. Terma & Syarat

Liberty 100 Years Care Pelan Perubatan Kesihatan Major. Terma & Syarat

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

DASAR PERPUSTAKAAN UTM

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

MANUAL PANDUAN PENGGUNA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Applications [Logik & Aplikasi]

SOALAN NO 3 KERJA KURSUS SENI VISUAL 3 (KERTAS 970/3) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2011

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR 2006 PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN A IR (PELESENAN) 2007

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

2.1 Arahan kerja ini merupakan sebahagian daripada Proses Tuntutan Hasil/ Amanah (Rujuk : PA/UPKK.BEND/002/KL)

Platform pelaburan patuh Syariah yang pertama di dunia AMALAN TERBAIK PELABURAN SYARIAH

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Kemalangan Peribadi SmartCover Terma & Syarat

Borang Permohonan Pembiayaan Saham Korporat

Pelan Perlindungan Perniagaan (Bispro) Terma & Syarat


DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Semua Pelajar Ijazah Tinggi (Mod Kerja Kursus & Mod Campuran), Luar Pesisir dan Ijazah Pertama (Penuh Masa) PERCETAKAN. & Ijazah Pertama [Penuh Masa]

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Transcription:

UNILEVER TOTAL HAIR 2017 TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Sila baca Terma-terma dan Syarat-syarat ini dengan teliti sebelum anda menyertai Peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, anda dianggap telah menerima Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan bahawa anda bersetuju mematuhinya. Jika anda tidak menyetujui terma-terma dan syarat-syarat ini, anda tidak harus menyertai Peraduan ini. Penganjur berhak meminda Terma-terma dan Syarat-syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu. MAKLUMAT PERADUAN Peraduan UNILEVER TOTAL HAIR 2017 ini dianjurkan oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (No. Syarikat 1532-V) ( Penganjur ). Peraduan bermula pada 02 Januari 2017 dan berakhir pada 28 Februari 2017 ( Tempoh Peraduan ). Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan tidak layak menyertai Peraduan. Penganjur berhak mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan menurut budi bicara tunggalnya atau jika Penganjur tidak menerima bilangan penyertaan layak yang cukup atau jika Peraduan tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan tersebut tidak akan membangkitkan apaapa tuntutan oleh Peserta. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten atau percanggahan, terma & syarat yang tertera di laman sesawang http://totalhair.ulmcontest.com/ akan diguna pakai. KELAYAKAN 1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan dalam peraduan ini) dengan Kad Pengenalan Malaysia yang sah. Sekiranya Peserta berumur di bawah 18 tahun pada tarikh penyertaan, Peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaganya sebelum menyertai Peraduan ini dan apabila diminta oleh Penganjur, hendaklah mengemukakan kebenaran tersebut. Pekerja, pemegang saham, pegawai, pengarah, agen, pengedar dan wakil Penganjur dan setiap daripada syarikat induk, ahli gabungan, bahagian, anak syarikat, agen, wakil dan agensi pengiklanan mereka masing-masing, bersama-sama dengan ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka tinggal) dan mereka yang tinggal di kediaman yang sama dengan orang tersebut (sama ada mempunyai kaitan persaudaraan atau tidak), tidak layak menyertai Peraduan. 2. Peserta dikehendaki membeli mana-mana produk penjagaan rambut Unilever - Clear/Dove/Sunsilk berjumlah RM18 ke atas di dalam satu resit dan mengkepilkan resit asal ( Bukti Pembelian ) kepada borang penyertaan agar berpeluang untuk memenangi Peraduan. 3. Peraduan terbuka untuk pasaraya, pasaraya besar dan gedung yang mengambil bahagian sahaja. 4. Penganjur berhak untuk menyingkirkan Peserta yang tidak mematuhi Terma dan Syarat Peraduan ini atau jika Penganjur berpendapat bahawa Peserta gagal memenuhi apa-apa kriteria penyertaan Penganjur. 5. Peserta dikehendaki menyimpan resit asal ( Bukti Pembelian ) (bagi penyertaan melalui aplikasi WhatsApp/MMS) agar berpeluang memenangi Peraduan ini. Penganjur boleh meminta Peserta mengemukakan Bukti Pembelian untuk penebusan hadiah sekiranya peserta dipilih sebagai pemenang. 6. Resit asal ( Bukti Pembelian ) mesti mengandungi maklumat pembelian (yang dicetak) seperti nama pasaraya, tarikh pembelian, produk Unilever yang mengambil bahagian dan jumlah pembelian yang tertera dengan jelas. Resit yang ditulis/pudar/atau tidak boleh dibaca akan disingkirkan dan Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan resit atau penyertaan yang tidak tulen atau disyaki tidak tulen. MEKANISME PERADUAN 7. Untuk menyertai Peraduan ini dan agar berpeluang memenanginya, semua Peserta hendaklah mengikuti langkahlangkah berikut. a. Cara 1: Melalui Borang Peraduan b. Langkah 1. Beli mana-mana produk penjagaan rambut Clear/Dove/Sunsilk berjumlah RM18 ke atas di dalam satu resit. Penyertaan dengan setiap resit (asal) hanya layak untuk menyertai Peraduan ini. c. Langkah 2. Isikan slogan kreatif anda (tidak melebihi dari 30 buah perkataan) di ruangan yang disediakan pada borang penyertaan. d. Langkah 3. Isikan butiran peribadi anda dengan lengkap dan hantar borang melalui pos ke alamat yang diberikan. Ambil maklum bahawa setiap borang penyertaan mesti dikepilkan bersama resit pembelian asal dari pasaraya/pasaraya besar/gedung di mana pembelian tersebut telah dibuat. e. Borang fotostat juga diterima. Borang Peraduan boleh didapati di semua pasaraya, pasaraya besar dan gedung yang mengambil bahagian dan juga boleh dimuat turun melalui laman sesawang http://totalhair.ulmcontest.com/. f. Borang Peraduan mesti dihantar melalui POS BIASA SAHAJA ke alamat yang tertera pada borang peraduan. Peraduan Unilever Total Hair 2017, Peti Surat 8866, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46799 Petaling Jaya, Selangor. g. Borang penyertaan yang diterima melalui sebarang kaedah penghantaran yang lain akan dibatalkan. h. Bukti pengiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan oleh pihak Penganjur. a. Cara 2: Melalui aplikasi WhatsApp/MMS b. Untuk penyerahan penyertaan melalui aplikasi WhatsApp / MMS, para Peserta mestilah menghantar penyertaan seperti berikut di dalam satu mesej, lampirkan A) Gambar penuh resit pembelian menunjukkan produk Unilever yang mengambil bahagian B) Slogan Kreatif anda (tidak melebihi dari 30 buah perkataan). c. Hantar penyertaan anda melalui telefon pintar menggunakan aplikasi WhatsApp / MMS ke nombor 018 328 2823

d. Peserta akan mendapat balasan mesej melalui aplikasi WhatsApp dalam tempoh 72 jam (hari bekerja). e. Salinan fotostat resit tidak akan diterima. 8. Slogan kreatif untuk peraduan ini bertajuk seperti berikut: Gunakan nama Clear / Dove / Sunsilk dan ungkapkan slogan perayaan kreatif anda (tidak melebihi dari 30 buah perkataan) 9. Lapan Puluh Satu (81) Peserta yang mempunyai penyertaan yang sah bersertakan slogan yang paling kreatif akan dipilih sebagai Pemenang. Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan dengan syarat setiap borang penyertaan haruslah dikepilkan dengan 1 (satu) resit asal sahaja. JADUAL PENYERTAAN DAN PEMILIHAN PEMENANG MINGGUAN MINGGU 1: 02 Jan 07 Jan 2017 MINGGU 2: 08 Jan 14 Jan 2017 MINGGU 3: 15 Jan 21 Jan 2017 MINGGU 4: 22 Jan 28 Jan 2017 MINGGU 5: 29 Jan 04 Feb 2017 MINGGU 6: 05 Feb 11 Feb 2017 MINGGU 7: 12 Feb 18 Feb 2017 MINGGU 8: 19 Feb 28 Feb 2017 HADIAH & PENEBUSAN Hadiah Utama : Satu (1) VOLKSWAGEN POLO 1.6* x 1 PEMENANG Hadiah Mingguan: Wang Tunai bernilai RM388 x 80 PEMENANG (jumlah keseluruhan) Setiap Pemenang yang terpilih hanya berhak memenangi satu (1) hadiah *Hadiah Pertama adalah dalam bentuk satu (1) unit kereta Volkswagen Polo 1.6 di mana peraduan ini dianjurkan dan tertakluk kepada terma-terma berikutnya: Spesifikasi dan warna sebenar mungkin berbeza daripada visual dan imej yang terpapar pada borang peraduan dan bahan-bahan promosi yang lain. 10. Hadiah akan diberikan kepada Pemenang Utama termasuk nilai kereta (termasuk GST), cukai jalanraya, pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), insuran dan penyelenggaraan. 11. Semua hadiah diberikan atas dasar yang diberikan dan sama sekali tidak boleh dipindahkan, tidak boleh ditukar dan tidak boleh ditunaikan. 12. Semua keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat, rayuan atau soalan tidak akan dilayan. 13. Peserta dikehendaki mengemukakan Bukti Identiti semasa atau sebelum penebusan hadiah bagi tujuan penentusahan. Bukti Identiti yang diterima oleh Penganjur adalah dalam bentuk berikut sahaja: Kad Pengenalan/Pasport yang sah. Kegagalan untuk mengemukakan apa-apa Bukti Identiti memberikan hak kepada Penganjur untuk menyingkirkan Peserta/Pemenang. 14. Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui butir-butir hubungan atau alamat e-mel yang diberikan semasa proses penghantaran penyertaan. Peserta digalakkan supaya memastikan nombor hubungan mereka adalah aktif, dan untuk sering menyemak akaun e-mel mereka. 15. Sekiranya Peserta tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan selama tiga (3) hari berturut-turut, atau jika berjaya dihubungi, memilih untuk tidak menerima hadiah, Penganjur berhak membatalkan kelayakan Peserta dan menarik balik hadiah, atau Peserta seterusnya yang layak boleh dipilih menurut budi bicara Penganjur. 16. Semua Pemenang hendaklah menuntut hadiah mereka dalam masa tiga puluh (30) hari selepas dimaklumkan oleh Penganjur. Sekiranya Pemenang gagal menuntut hadiah mereka atau gagal mencalonkan wakil dalam tempoh masa yang diperuntukkan, Penganjur berhak menarik balik hadiah atau memberikan hadiah kepada Peserta/Pemenang lain. 17. Pemenang yang memerlukan wakil untuk menuntut hadiah mereka bagi pihak mereka hendaklah memastikan bahawa wakil mengemukakan surat kebenaran yang ditandatangani oleh Pemenang, sesalinan Bukti Identiti Pemenang, dan Bukti Identiti wakil. 18. Penganjur tidak menjamin ketersediaan hadiah dan Penganjur mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan apa-apa hadiah lain yang serupa nilainya seperti yang ditentukan oleh Penganjur, agennya atau penajanya. 19. Semua Hadiah yang diberikan oleh Penganjur dan/atau penaja adalah atas dasar seadanya dan diterima oleh Peserta tanpa apa-apa jenis waranti atau jaminan, sama ada nyata atau tersirat. Jika diminta oleh Penganjur, Peserta hendaklah menyempurnakan suratikatan pelepasan dan tanggung rugi dalam bentuk yang ditetapkan oleh Penganjur. HAK PENGANJUR 20. Peserta bersetuju bahawa semua bahan yang diserahkan oleh Peserta untuk Peraduan ini menjadi kepunyaan Penganjur. Jika berkenaan, hakcipta dan semua hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam semua bahan termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan digital atau bukan digital (contohnya: video dan imej), akan menjadi kepunyaan Penganjur setelah diserahkan. 21. Penganjur berhak menerbitkan dan menggunakan nama, gambar, imej, rakaman audio dan/atau video yang diserahkan oleh Peserta/Pemenang atau terhadap Peserta/Pemenang bagi tujuan pengiklanan, pemasaran, publisiti dan/atau apa-apa tujuan lain, tanpa sebarang notis terdahulu atau pampasan kepada

Peserta/Pemenang. Pemenang tidak berhak menuntut pemilikan atau bentuk pampasan lain terhadap bahan tersebut. 22. Sebagai balasan bagi Penganjur menawarkan peluang kepada Peserta untuk menyertai Peraduan, Peserta dengan ini secara tak bersyarat dan dengan tak boleh batal menyetujui dan membenarkan perkara berikut: a. Penganjur dibenarkan menggunakan nama, imej, suara dan/atau gambaran yang serupa dengan Peserta bagi tujuan penyuntingan, pengiklanan, promosi, pemasaran dan/atau tujuan lain tanpa notis lanjut atau pampasan. b. Jika dikehendaki oleh Penganjur, Peserta hendaklah dengan sukarela menghadiri penerbitan, rakaman atau publisiti mengenai Peraduan bagi sebarang tempoh yang akan dimaklumkan oleh Penganjur (termasuk tetapi tidak terhad kepada wawancara yang dirakamkan atau tidak dirakamkan, pengambilan foto pegun, rakaman audio dan/atau visual bagi penggunaan promosi dan publisiti (secara kolektif Rakaman ). Semua kos kehadiran dan penyertaan Peserta hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta dan Penganjur tidak bertanggungjawab membayar balik apa-apa kos, perbelanjaan, gaji atau pampasan kepada Peserta. c. Penganjur mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengiklankan dan/atau menyiarkan dan/atau mencetak Rakaman dan/atau menggunakan slogan, nama atau nama panggilan di mana-mana program/salurannya atau di mana-mana perantara pun jua, secara keseluruhan atau sebahagian, menurut budi bicara Penganjur. Semua hakcipta yang wujud dalam Rakaman adalah kepunyaan mutlak Penganjur. d. Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya, untuk menggunakan dan mengeksploitasi Harta Intelek melalui mana-mana kaedah atau perantara dan dalam apa jua cara dan pada bila-bila masa yang dianggapnya wajar tanpa terlebih dahulu mendapatkan apa-apa kebenaran atau membuat apa-apa pembayaran pun jua kepada Peserta dan/atau pemenang Peraduan dan/atau wakil. 23. Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta yang mengganggu mekanisme, sistem, perisian Peraduan atau apa-apa proses lain berkaitan dengan Peraduan ini. 24. Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan yang didapati (menurut budi bicara Penganjur) tidak sopan atau tidak sesuai untuk tatapan umum, atau didapati atau disyaki menipu/menggodam/mengusik proses penyerahan Peraduan, pengendalian Peraduan ini atau melanggar apa-apa Terma dan Syarat Peraduan. Penganjur berhak untuk meneruskan tindakan undangundang terhadap mana-mana individu yang dipercayainya terlibat dalam aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang memudaratkan Peraduan, Penganjur atau proses penyerahan Peraduan. TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT TAMBAHAN 25. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca, memahami, bersetuju dan dengan tak bersyarat menerima Terma-terma dan Syarat-syarat dan Notis Privasi yang dinyatakan di bawah. 26. Peserta boleh menyerahkan lebih daripada satu penyertaan semasa Tempoh Peraduan. Walau bagaimanapun, setiap Peserta (jika dipilih sebagai pemenang) hanya berhak mendapat satu (1) Hadiah untuk Peraduan ini. 27. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa penyertaan yang diserahkan (termasuk apa-apa foto, lukisan, gambar, slogan, apa-apa bahan atau karya kreatif lain, termasuk rakaman suara atau video) hendaklah karya aslinya dan tidak melanggar apa-apa hak mana-mana pihak ketiga dan/atau melanggar sebarang hakcipta, paten, nama dagangan, hak keempunyaan, peribadi, privasi atau moral mana-mana pihak ketiga. 28. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa dia menepikan atau telah mendapatkan penepian terhadap semua hak (termasuk hak moral) daripada semua orang yang telah menyumbang kepada penghasilan Penyertaan dan karya dasar (secara kolektif Penyumbang ) yang berhak ditegaskan oleh Penyumbang dan/atau Peserta, kini atau di masa hadapan, di mana-mana tempat di dunia. 29. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa penyertaan yang diserahkan oleh peserta tidak boleh mengandungi unsur-unsur kebogelan, imej pornografi atau tema seksual, keganasan grafik, kenyataan atau bahan memfitnah atau melibel yang dianggap menyalahi undang-undang/ menyinggung atau mungkin melanggar undang-undang Malaysia atau bahan yang kemungkinan akan mencemarkan imej Penganjur atau menyebabkan Penganjur mendapat nama buruk. Sebarang pelanggaran klausa ini akan memberikan budi bicara mutlak kepada Penganjur untuk menyingkirkan dan menolak dan/atau mengeluarkan apa-apa penyertaan atau posting dengan serta-merta tanpa notis terdahulu. 30. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa Penganjur mempunyai hak tunggal untuk menggunakan atau mengeksploitasi Penyertaan Peserta atau mana-mana bahagian daripadanya dalam sebarang dan semua bentuk perantara melalui apa-apa dan semua kaedah atau cara di seluruh dunia untuk tempoh penuh hakcipta termasuk semua pembaharuan bersama-sama dengan hak untuk memberi kuasa orang lain untuk berbuat demikian tanpa perlu membayar apa-apa imbuhan atau royalti kepada Peserta. Untuk mengelakkan keraguan, Penganjur tidak mempunyai kewajipan untuk menggunakan atau mengeksploitasi mana-mana bahagian daripadanya. 31. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa dia tidak akan menggunakan Penyertaan atau manamana bahagian daripadanya bagi tujuan selain daripada tujuan yang ditetapkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat. Sekiranya Penyertaan atau mana-mana bahagian daripadanya diterbitkan atau diedarkan atau ditangani dalam apa jua cara tanpa kebenaran terdahulu daripada Penganjur, Penganjur berhak menurut budi bicara mutlaknya menyingkirkan Peserta dan/atau membatalkan apa-apa Hadiah yang dimenangi dan tidak akan menanggung apa-apa liabiliti pun jua terhadapnya. 32. Semua hak dan keistimewaan yang diberikan di dalam ini kepada Penganjur tidak boleh dibatalkan dan tidak tertakluk kepada pembatalan, sekatan atau injunksi dalam sebarang dan semua keadaan. Peserta tidak akan dalam apa jua keadaan berhak mendapat relief injunksi atau untuk menahan atau sebaliknya mengganggu penganjuran Peraduan, penerbitan, pengedaran, pameran dan/atau eksploitasi Peraduan dan/atau Program dan/atau apa-apa produk berdasarkan dan/atau yang berpunca daripada Peraduan dan/atau Program.

33. Penganjur berhak pada bila-bila masa untuk mengubah, meminda, memotong atau menambah Terma-terma dan Syarat-syarat dan peraturan lain termasuk mekanisme Peraduan menurut budi bicara mutlaknya. 34. Penyerahan Penyertaan tidak menjamin bahawa Peserta akan memasuki Peraduan. Penganjur mempunyai budi bicara mutlak untuk menolak atau enggan menerima penyerahan Penyertaan dan kemasukan Peserta atas sebab-sebab termasuk (tanpa had) jika Penyertaan adalah tidak lengkap atau apa-apa peruntukan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat tidak dipatuhi. 35. Penganjur berhak menyingkirkan dan/atau mengecualikan Peserta dan/atau menarik balik Hadiah (pada manamana peringkat Peraduan) jika - a. Peserta tidak layak atau tidak memenuhi apa-apa kriteria kelayakan yang dibentangkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat; atau b. Peserta memungkiri Terma-terma dan Syarat-syarat dan peraturan lain Peraduan atau melanggar apa-apa undang-undang atau peraturan yang berkuat kuasa; atau c. menurut penentuan tunggal Penganjur, Penganjur percaya bahawa Peserta telah cuba menjejaskan pengendalian Peraduan melalui fraud, penipuan atau perdayaan; atau 36. Jika berlaku penyingkiran selepas Hadiah diberikan, Penganjur berhak menuntut agar Hadiah dipulangkan atau pembayaran nilai yang bersamaan dengannya daripada Peserta yang disingkirkan. 37. Meskipun Penganjur akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan penentusahan yang perlu mengenai kelayakan peserta, kegagalan untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak layak tidak akan dianggap kemungkiran oleh Penganjur. 38. Jika berkenaan, hadiah tunai akan diberikan kepada pemenang dalam bentuk cek. Pemenang hadiah tunai bertanggungjawab atas sebarang dan semua cukai yang perlu dibayar (jika perlu) akibat pemberian atau penerimaan Hadiah dan semua caj perbankan yang berkaitan (termasuk caj cek luar) yang dikenakan oleh bank untuk menjelaskan ceknya. 39. Peserta tidak boleh mempertikaikan atau membuat apa-apa aduan lisan atau bertulis, pengumuman atau kenyataan awam mengenainya sama ada semasa atau selepas Tempoh Peraduan. 40. Jika mana-mana terma di dalam ini tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuat kuasa, ini tidak akan menjejaskan atau memudaratkan penguatkuasaan Terma-terma dan Syarat-syarat lain Peraduan. LIABILITI & TANGGUNGJAWAB 1. Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau sebarang kos, fi lain dan/atau apa jua jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta berhubung dengan Peraduan ini (sama ada bagi tujuan memasuki, menyertai atau menerima apa-apa manfaat atau hadiah daripada Peraduan) atau bagi tujuan penebusan hadiah atau perjalanan yang berkaitan adalah tanggungjawab Penenang semata-mata, dan Penganjur, ahli gabungan, agen sah atau agensi sertaannya tidak akan menanggung apa-apa tanggungjawab pun jua untuk kos/caj/fi/perbelanjaan ini. 2. Penganjur, ahli gabungannya, pihak ketiga yang dibenarkan dan agensi sertaan tidak menanggung apa-apa tanggungjawab atas penyertaan yang hilang, rosak, terlewat disebabkan perkhidmatan pos, atau disebabkan oleh kesilapan komputer, IT atau apa-apa kesilapan teknologi. Peserta bertanggungjawab memastikan penyertaannya mematuhi semua peraturan dan terma dan syarat Peraduan, dan bahawa penyertaannya diterima oleh Penganjur dalam bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur. 3. Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju melepaskan dan memastikan Penganjur, ahli gabungan dan agensinya, dan pekerja, pegawai, pengarah dan wakil mereka tidak dipertanggungjawabkan atas sebarang tuntutan, kerugian atau gantirugi berbangkit daripada atau berhubung dengan penyertaan mereka dalam Peraduan (termasuk tetapi tidak terhad kepada, apa-apa kesilapan dalam mengira apa-apa transaksi, sebarang kerosakan atau kepincangan mana-mana sistem komputer atau peralatan), apa-apa aktiviti berkaitan Peraduan dan penerimaan dan/atau penggunaan, penyalahgunaan, atau milikan apa-apa hadiah yang diberikan di bawah ini. 4. Semua kos yang ditanggung oleh Peserta berkaitan dan/atau berhubung dengan Peraduan dan Hadiah, termasuk tanpa had, caj pos atau caj Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) (jika berkenaan), semua kos pengangkutan, caj komunikasi, penginapan, kos makanan dan kos berkaitan lain yang ditanggung oleh Peserta disebabkan oleh dan/atau selaras dengan penyertaannya dalam Peraduan, kos pungutan dan kos tambahan berkaitan dengan hadiah iaitu kos insurans, dll. hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta. Penganjur tidak mempunyai apa-apa kewajipan untuk membayar balik Peserta untuk sebarang kos dan perbelanjaan yang ditanggung terhadapnya. 5. Peserta mengakui bahawa penyertaannya dalam Peraduan adalah atas risikonya sendiri. 6. Penganjur, agen, penaja, wakil, ahli gabungannya dan pengarah, pegawai dan pekerja, agen dan penerima serah hak mereka masing-masing tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta berhubung dengan: a. apa-apa kegagalan untuk memenangi Hadiah dalam Peraduan, Hadiah yang cacat disebabkan kecuaian, tindakan dan/atau ketinggalannya atau penyalahgunaan Hadiah atau sebarang kerugian, gantirugi, kos, perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecederaan, kematian, kemalangan yang dialami oleh Peserta semasa Peraduan atau berbangkit daripada atau berhubung dengan Peraduan, penyertaan Peserta dalam Peraduan dan/atau Hadiah yang diberikan. b. apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima dan menghantar Penyertaan Peraduan akibat sebarang kerosakan rangkaian, komunikasi, ISP atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi Penganjur atau Peserta dan/atau diakibatkan oleh penyertaan atau langkah memuat turun apa-apa bahan dalam Peraduan. c. sebarang kesilapan (termasuk kesilapan ketika memaklumkan pemenang Peraduan), ketinggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam pengendalian atau penghantaran, kegagalan talian komunikasi,

pencurian, kemusnahan, perubahan, atau akses tanpa kebenaran kepada penyertaan, atau penyertaan yang hilang atau terlewat sama ada berbangkit semasa pengendalian atau penghantaran akibat fungsi pelayan, virus, pepijat, atau sebab lain di luar kawalan Penganjur. 7. Penganjur, agen, penaja dan wakilnya tidak akan bertanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa kewajipan mereka berhubung dengan Peraduan dan Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan peraturan berhubung dengan Peraduan jika mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan tidak bertanggungjawab untuk memberikan pampasan kepada Peserta dalam apa cara jua dalam keadaan sedemikian. PENAFIAN UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL DAN BIDANG KUASA Peraduan ini dan Terma-terma dan Syarat-syarat hendaklah dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan setiap Peserta bersetuju menyerahkan apa-apa tuntutan, pertikaian atau kontroversi kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia. PRIVACY NOTICE & CONSENT (ENGLISH & MALAY) Your personal data, including without limitation the personal data obtained from you directly when you provide us with personal information, e.g. when you register for our contests dan/atau roadshows, buy a product or service from us, sign up to receive information, use our applications, fill out a survey, or make a comment or enquiry, dan/atau any further updates provided to us by you in relation to your personal information ( Personal Data ), will be processed for the purpose of your participation in our contest dan/atau roadshow dan/atau events, to provide you with products or services that you request from us, to provide you with advance notice of our future events, to respond to your inquiries, to provide you information about our products, services dan/atau new releases which may be of interest to you, to invite you and your subscription to our newsletters, dan/atau for auditing purposes in cases where there has been a dispute (collectively, Purpose ). We also wish to inform you that your Personal Data may be disclosed to third parties, such as to our headquarters, regional offices, subsidiaries, affiliates dan/atau members within the Unilever group of companies, dan/atau our service providers, which may be located outside Malaysia, for reasons relating to the Purpose. If you wish to access, correct, limit or update your Personal Data, or to make any inquiries or complaints about the processing of such information, please contact : Data Privacy Officer, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Level 34, Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur. Tel: 03-2246 2188 Kindly note that it will be necessary for us to process your Personal Data, without which we will not be able to carry out the Purpose. For more details on how we process your Personal Data, do visit our Privacy Policy at: http://www.unileverprivacypolicy.com/en_gb/policy.aspx http://www.unileverprivacypolicy.com/bahasamalaysia/policy.aspx I am above 18 years and I have read and understood the terms of this Privacy Notice and consent to the processing of my Personal Data as described above. NOTIS PRIVASI DAN PERSETUJUAN Maklumat peribadi anda, termasuk tanpa had kepada data peribadi yang diperolehi daripada anda secara langsung apabila anda memberikan kami maklumat peribadi, contohnya apabila anda mendaftar untuk pertandingan/peraduan dan/atau pameran bergerak kami, membeli produk atau perkhidmatan dari kami, mendaftar untuk menerima maklumat, menggunakan aplikasi kami, mengisi kaji selidik, atau memberi komen atau membuat siasatan, dan / atau sebarang kemas kini selanjutnya yang diberikan kepada kami oleh anda berhubung dengan maklumat peribadi anda ("Data peribadi"), akan diproses untuk tujuan penyertaan anda dalam pertandingan/peraduan dan/atau pameran bergerak kami, untuk menyediakan anda dengan produk-produk atau perkhidmatan yang anda meminta daripada kami, untuk menyediakan anda dengan terlebih dahulu notis peristiwa masa depan, untuk bertindak balas kepada pertanyaan, untuk memberikan anda maklumat mengenai produk, perkhidmatan dan/atau siaran baru yang mungkin menarik minat anda, menjemput anda dan langganan anda untuk surat berita kami, dan/atau untuk tujuan pengauditan dalam kes-kes di mana terdapat pertikaian, tujuan analisis data dan pemasaran pengguna (secara kolektif, "Tujuan"). Kami juga ingin memaklumkan kepada anda bahawa Data Peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga, seperti kepada ibu pejabat kami, pejabat serantau, anak-anak syarikat, sekutu dan/atau ahli dalam kumpulan Unilever syarikat-syarikat, dan/atau pembekal perkhidmatan kami, yang mungkin yang terletak di luar Malaysia, atas sebab-sebab yang berkaitan dengan Tujuan. Jika anda ingin mengakses, membetul, menghad atau mengemas kini Data Peribadi anda, atau membuat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai pemprosesan maklumat, sila hubungi kami melalui: Pegawai Data Peribadi, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Aras 33-35, Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur. Tel: 03-2246 2188 Sila ambil perhatian bahawa ia akan menjadi perlu bagi kita untuk memproses Data Peribadi anda, tanpa mereka kami tidak akan dapat menjalankan Tujuan. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana kami memproses Maklumat Peribadi anda, sila layari Polisi Privasi kami di:

http://www.unileverprivacypolicy.com/en_gb/policy.aspx http://www.unileverprivacypolicy.com/bahasamalaysia/policy.aspx Saya berumur 18 tahun ke atas dan saya telah membaca dan memahami syarat-syarat Notis Privasi ini dan bersetuju untuk memberi kebenaran saya untuk pemprosesan Data Peribadi saya seperti yang dinyatakan di atas.