UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Similar documents
SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Takrifan Etika ethos

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

Peranan Tamadun Islam di Institut Pendidikan Guru dalam Pembangunan Modal Insan

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

S3 :Siapakah penulis terawal yang mengupas dan mengetengahkan idea pengajian ketamadunan? AFarid Wajdi BJurji Zaydan CIbnu haldun DMuhammad Abduh

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

PEMBAHARUAN PENTADBIRAN UNTUK PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Oleh: Hairunnizam Wahid Ab. Razak Dan Mohd Ali Mohd Nor

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester Pendek / 1 / 2 (Short Semester / 1 / 2) Panduan Module

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Teori ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim.

ANALISIS TEORI PARADIGMA (PARADIGM THEORY) HANS KÜNG DALAM KAJIAN AGAMA

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015)

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

DINAMIKA PENDAKWAH MELAKSANA DAKWAH PELBAGAI ETNIK

Vol. 12, No. 3 (2017), 022 ISSN: x

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Pembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

Genesis Tajribah Miskawayh dalam Tajarib al-umam

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Konsep Pelantikan Pemimpin Dari Sudut Perspektif Fiqh Siyasah: Analisis Terhadap Teori- Teori Pemikiran Politik Islam

Academic Journal UiTM Pulau Pinang

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

BAB 4 MONOTHEISM DAN POLYTHEISM

Penghayatan Agama (Religiositi) dalam Pembangunan Keusahawanan

Faktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

Ulasan Buku / Book Review

BUDAYA AKADEMIK DALAM PENDIDIKAN KREATIF MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

KONSEP HISBAH DAN PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM MAIS DAN JAIS DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Transcription:

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN NAMA PELAJAR/ NO. MATRIKS MOHD FAIRUZ BIN JILAINI DX100156DAJ04 MOHD REDUAN BIN ABDULLAH DX115025DAJ04 MOHD SHAHRIL BIN AB. RESID DX115023DAJ04 MUHAMMAD ALHAFIQ BIN HAJA MYDIN DX100150DAJ04 MUHAMMAD ASYRAF BIN MASRI DX075317DAD04 MUHAMMAD ISLAH BIN SULAIMAN DX115028DAJ04 MUHAMMAD ZAKWAN BIN ZAMRI DX115033DAJ04 SESI - SEM 2012/2013 3 SEKSYEN 01 PENSYARAH PN. ZAHARAH BINTI MUSTAFFA

ISI KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN 1 PENGENALAN 1 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Objektif dan Skop 2 2 TAMADUN 3 2.1 Peristilahan 3 2.1.1 Bahasa Melayu 3 2.1.2 Bahasa Arab 4 2.1.3 Bahasa Inggeris 5 2.2 Ciri-Ciri Tamadun 5 3 PERANAN AGAMA DALAM TAMADUN 6 3.1 Pengenalan 6 3.2 Perspektif Barat 7 3.3 Perspektif Islam 8 4 KESIMPULAN 11 4.1 Perspektif Barat 11 4.2 Perspektif Islam 12 RUJUKAN 13

BAB 1 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Tamadun adalah peningkatan taraf hidup sesuatu masyarakat. Peningkatan ini adalah dari segi corak kehidupan bersifat nomad kepada corak kehidupan yang lebih baik dan teratur. Ia juga merupakan kemajuan yang dicapai oleh sesuatu masyarakat pada sesuatu zaman di mana kehidupan manusia disediakan dengan kemudahan hasil ciptaan teknologi pada masa itu. Secara mudahnya tamadun adalah corak kehidupan manusia yang telah mempunyai ciri-ciri kemajuan dan sentiasa mencari paningkatan dari masa ke semasa. Tamadun merujuk kepada perubahan daripada sesuatu yang bersifat tradisional kepada corak yang lebih sempurna dalam setiap aspek kehidupan seperti sistem pemerintahan, ekonomi dan komunikasi (Zaharah et al, 2012). Pengertian tamadun yang difahami oleh masyarakat hanya bersifat umum seperti kelompok manusia yang mengalami perubahan dalam kehidupan dan dikaitkan dengan proses dan hasil daripada kemajuan yang dicapai. Agama pula bermaksud kepercayaan kepada Tuhan atau satu kuasa ghaib seperti Dewa, dan amalan yang dilakukan disebabkan oleh kepercayaan tersebut. Agama merupakan kepercayaan oleh sesuatu komuniti dan bukan kepercayaan yang hanya melibatkan seseorang idividu.

2 Agama merupakan salah satu pengaruh yang dikaitkan dengan kemunculan dan perkembangan sesuatu tamadun dan salah satu elemen yang menjadi keutuhan atau keruntuhan sesuatu tamadun. Perbahasan mengenai ketamadunan sering mengaitkan agama sebagai salah satu perkara yang penting (Zaharah et al, 2012). 1.2 Objektif dan Skop Objektif tugasan ini adalah untuk membincangkan tentang tamadun dan agama serta kaitan agama dengan tamadun. Skop laporan ini melibatkan penerangan dari persepsi Barat dan Islam.

BAB 2 2 TAMADUN 2.1 Peristilahan Pelbagai istilah telah digunakan oleh para sarjana tentang pengertian tamadun bergantung kepada persepsi dan kesesuaian yang dipegang oleh sarjana tersebut. Kepelbagaian ini juga bergantung kepada masa, tempat dan peningkatan kemajuan yang dicapai (Zaharah et al, 2012). Tugasan ini akan menerangkan istilah tamadun dalam bahasa Melayu, Arab dan Inggeris. Secara umumnya kesemua bahasa tersebut mendefinisikan tamadun sebagai maju atau kemajuan. 2.1.1 Bahasa Melayu Istilah tamadun merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab iaitu 'tamaddun' dan diubah dengan menggugurkan huruf d yang kedua (Munif, 2002). Kamus Dewan pula menerangkan maksud tamadun sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban. Ringkasnya istilah tamadun bermaksud kemajuan dari segi fizikal, pemikiran dan peradaban.

4 2.1.2 Bahasa Arab Peristilahan yang digunakan dalam bahasa Arab adalah umran, hadharah, madaniyah dan tamaddun. Perkataan umran dari segi bahasa bermaksud bandar. Istilah ini digunakan dalam ilmu ketamadunan oleh sarjana Islam Ibn Khaldun dalam bukunya yang terkenal iaitu al-muqaddimah. Beliau membahagikan umran kepada enam peringkat dan menegaskan umran adalah pencapaian kehidupan yang tinggi merangkumi aspek kehidupan dunia dan akhirat. Perkataan hadharah berasal daripada perkataan hadhara yang bermaksud tinggal di bandar dengan perilaku kehidupan yang tinggi. Perkataan hadharah pada asalnya digunakan oleh Ibn Khaldun sebagai bentuk ketamadunan dari segi ekonomi dan berlawanan dengan badwi (Arnason dan Stauth, 2004). Hadharah kemudiannya digunakan untuk maksud yang lebih meluas oleh beberapa sarjana antaranya ialah Al-Bustani dan Malik Bennabi (Zaharah et al, 2012). Istilah hadharah juga diambil dalam melaksanakan Konsep Islam Hadhari. Istilah madaniyyah berasal daripada perkataan madinah yang bermaksud kemajuan bandar atau kehidupan berasaskan bandar. Ianya bermaksud taraf kehidupan di kawasan bandar dengan pembangunan yang dirancang dan tersusun serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Madaniyyah lebih menekankan mengenai pembangunan dari segi fizikal. Istilah tamaddun pula berasal daripada perkataan maddana yang bermaksud membangunkan bandar atau mengubah menjadi bersifat bandar. Tamaddun juga dikatakan berasal dari perkataan madana yang bermaksud datang dan tinggal di bandar atau berkelakuan seperti orang bandar. Istilah tamaddun masih digunakan sehingga kini dan dipinjam oleh bahasa Melayu untuk istilah tamadun.

5 2.1.3 Bahasa Inggeris Istilah yang sering digunakan untuk tamadun dalam bahasa Inggeris ialah civilization dan culture. Civilization berasal daripada perkataan latin iaitu civitas yang bermaksud bandar. Perkataan bandar dirujuk untuk menggambarkan tamadun kerana bukti-bukti kemajuan yang dicapai oleh sesuatu tamadun mudah ditemui di kawasan bandar. Istilah civilization pada asalnya digunakan di Perancis untuk maksud perundangan tetapi kini digunakan untuk maksud tamadun. Istilah culture pula asalnya digunakan untuk tanaman atau kegiatan pertanian, di samping maksud lainnya adalah budaya. Oleh itu culture digunakan untuk maksud tamadun kerana kemajuan pertanian dan budaya merupakan ciriciri penting sesuatu tamadun. 2.2 Ciri-Ciri Tamadun Secara umumnya kebanyakan sarjana merumuskan ciri-ciri tamadun adalah adalah kemajuan dan peningkatan terhadap aspek-aspek berikut: 1. Penempatan kekal 2. Struktur organisasi sosial 3. Pemerintahan dan ekonomi 4. Bahasa dan tulisan 5. Agama dan kepercayaan 6. Budaya dan kesenian 7. Teknologi dan reka cipta

BAB 3 3 PERANAN AGAMA DALAM TAMADUN 3.1 Pengenalan Agama adalah suatu sistem kepercayaan berdasarkan usaha manusia untuk menjelaskan alam semesta dan fenomena semula jadi, biasanya melibatkan satu atau lebih kuasa dan juga yang menghendaki atau mengikat pengikut untuk mengikuti kewajipan agama yang ditetapkan. Dalam bahasa Melayu istilah agama berasal daripada bahasa sanskrit dengan kata a yang bermaksud tidak dan gama yang bermaksud kacau. Perkataan agama dalam bahasa Arab pula adalah deen dengan kata akarnya dana yang bermaksud adat kebiasaan, peraturan, undang-undang. Istilah agama dalam bahasa Inggeris pula adalah religion diterjemahkan sebagai kepercayaan, merendah diri. Durkheim (1912) mentakrifkan agama sebagai satu sistem bersepadu tentang kepercayaan dan amalan-amalan yang relatif kepada perkara-perkara suci. Ia menjadi moral kepada masyarakat di mana setiap orang berpegang kepadanya. Berdasarkan kajian arkeologi dan penemuan artifak, agama merupakan perkara yang penting dalam tamadun silam. Walau bagaimanapun peranan agama dalam tamadun agak berbeza bergantung kepada perspektif Barat atau Islam.

7 3.2 Perspektif Barat Umumnya Barat tidak membicarakan peranan agama dalam perkembangan tamadun selaras dengan ideologi mereka yang berasaskan konsep sekular. Kebanyakan pandangan yang diutarakan oleh sarjana Barat tentang tamadun hanya tertumpu pada kemajuan dalam aspek material sahaja. Pada masa dahulu agama memainkan peranan utama dalam tamadun Barat selepas kejatuhan Rom. Gereja memelihara setiap aspek kehidupan seperti sastera dan kebudayaan. Pada Zaman Pertengahan peranan gereja meningkat naik menjadi kuasa yang menyatukan Eropah. Binaan gereja pada masa itu menjadi senibina ikonik yang paling utama oleh tamadun Barat. Banyak universitiuniversiti di Eropah juga telah diasaskan oleh gereja pada masa itu. Bagaimanapun selepas beberapa konflik yang melibatkan agama seperti Perang Salib dan konflik antara Katolik dan Protestan, masyarakat Eropah pada zaman kebangkitan berpendapat agama adalah sesuatu yang tiada nilai untuk diperjuangkan. Para pemikir di zaman itu mencadangkan pengasingan yang mutlak antara agama dan kerajaan. Matlamat tersebut telah dimuatkan ke dalam Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat (Mueller, 2013). Sesetengah pihak pula menganggap agama sebagai penghalang ke arah kemajuan disebabkan salah faham tentang agama itu sendiri. Russell (1929) menyatakan tidak kira samada ajaran agama itu benar atau tidak, persoalan yang penting ialah sama ada ianya berguna. Jika kita percaya agama, tanggapan kita kepada apa yang baik akan berbeza daripada tanggapan jika kita tidak percaya. Russell juga berpendapat agama menghalang anak-anak daripada mendapatkan pendidikan yang rasional, menghalang kita daripada menghapuskan penyebab utama peperangan, menghalang kita daripada mengajar etika kerjasama saintifik bagi menggantikan doktrin lama tentang dosa dan hukuman. Beliau mengumpamakan agama sebagai naga yang mengawal pintu ke arah zaman kegemilangan.

8 Agama turut dibincangkan sebagai punca pertelingkahan antara tamadun. Huntington (1996) membahagikan tamadun utama dunia zaman sekarang berdasarkan agama dan budaya. Beliau seterusnya menyatakan akan berlaku pertembungan dan pertelingkahan antara tamadun antaranya disebabkan oleh perbezaan perkara setiap tamadun dari segi sejarah, bahasa, budaya, tradisi dan yang paling penting agama. Beliau juga menyatakan konflik utama yang berlaku adalah antara Kristian dan Islam. Antara faktor yang menyumbang kepada konflik ini adalah usaha dakwah yang dibuat oleh setiap agama dan setiap agama berusaha menyatakan agama mereka adalah agama yang betul. Dari segi dialog peradaban pula, Weingardt (2007) menyatakan dalam konflik antara tamadun, agama berfungsi sebagai jambatan antara tamadun, bertindak ke arah pemahaman antara budaya dan bertindak ke arah pengurusan konflik. Jelaslah bahawa antara faktor yang menyebabkan Barat memisahkan agama daripada pentadbiran dan pembangunan adalah salah guna kuasa oleh pentadbir agama seperti paderi, salah faham masyarakat tentang agama mereka sendiri dan juga tuntutan agama yang tidak selari dengan kehendak pemimpin. 3.3 Perspektif Islam Peranan agama menurut perspektif Islam jelas dinyatakan melalui definisi tamadun itu sendiri. Umumnya sarjana Islam menyatakan tamadun adalah pencapaian dan kemajuan yang tinggi oleh masyarakat dalam setiap aspek kehidupan dari segi fizikal dan rohani. Segala bentuk kemajuan yang dicapai adalah berlandaskan kepada Al-Quran dan Hadith. Agama dan tamadun mempunyai hubungan yang erat kerana kehidupan manusia sangat memerlukan agama (Zaharah et al, 2012).

9 Seterusnya kepentingan agama dalam tamadun Islam turut dinyatakan melalui asas tamadun itu sendiri. Tamadun Islam dibina berlandaskan kepada tiga asas utama iaitu akidah, syariat dan akhlak. Akidah merupakan kepercayaan, keyakinan dan kesetiaan seseorang terhadap tauhid. Syariat pula adalah aturan dan ketetapan yang ditentukan dalam menjalankan kehidupan. Akhlak pula merujuk kepada amalan yang dilakukan berlandaskan syariat dan hasil daripada akidah. Akidah, syariat dan akhlak juga merupakan aspek utama dalam agama Islam itu sendiri. Jelas di sini bahawa agama Islam memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan perkembangan tamadun Islam. Islam merupakan agama yang menghasilkan tamadun dan bukan agama yang terhasil daripada tamadun. Dapat dikatakan juga bahawa Islam itu sendiri merupakan sebuah tamadun. Kepentingan agama juga dinyatakan berdasarkan kepada sumber tamadun Islam iaitu sumber wahyu dan sumber sokongan. Sumber wahyu merupakan sumber yang diambil daripada Al-Quran dan Hadith di mana sumber ini sendiri merupakan panduan utama dalam agama Islam. Sumber sokongan pula merupakan sumber yang berteraskan akal manusia seperti kajian dan penyelidikan termasuklah pencapaian oleh tamadun lain. Agama memainkan peranan dalam penggunaan sumber sokongan dengan memastikan sumber tersebut digunakan selari dengan tuntutan Al-Quran dan Hadith. Peranan agama turut dinyatakan dengan melihat kepada matlamat tamadun Islam. Matlamat utama tamadun Islam adalah berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam (Zaharah et al, 2012). Hubungan manusia dengan Allah jelas menunjukkan betapa pentingnya agama dalam tamadun Islam. Hubungan sesama manusia yang meliputi seluruh aspek kehidupan bertujuan, untuk mewujudkan suasana yang harmoni dan sejahtera juga adalah berlandaskan kepada tuntutan agama. Hubungan manusia dengan alam pula bertujuan untuk menjalankan amanah sebagai khalifah di dunia.

10 Setiap penjelasan yang telah dinyatakan jelas menunjukkan bahawa agama memainkan peranan yang sangat penting dalam tamadun Islam. Menurut prspektif Islam agama merupakan asas utama tamadun, sumber utama tamadun dan matlamat utama tamadun. Boleh dikatakan di sini bahawa Islam itu sendiri adalah sebuah tamadun. Menariknya pernyataan ini turut diakui oleh sarjana Barat. H.A.R Gibb menegaskan bahawa Islam merupakan tamadun yang sempurna. Dengan ini jelaslah bahawa agama mempunyai peranan yang sangat penting dalam proses ketamadunan (Zaharah et al, 2012).

BAB 4 4 KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai peranan agama dalam perkembangan tamadun boleh dibahagikan kepada dua perspektif iaitu menurut pandangan Barat dan pandangan Islam. 4.1 Perspektif Barat Pada pandangan Barat agama pada asalnya merupakan salah satu matlamat mereka dalam peradaban melalui kolonialisme dan imperialisme. Mereka meningkatkan tahap peradaban mereka melalui faktor penerokaan wilayah baru atau penjajahan berdasarkan prinsip Gold, Gospel, Glory. Disamping meluaskan kawasan takluk mereka dan meningkatkan bekalan sumber untuk pembangunan dan ekonomi, mereka turut menyebarkan agama dalam usaha tersebut. Bagaimanapun Barat pada zaman ini telah mengasingkan agama daripada perkembangan tamadun dan wujudnya fahaman sekularisme. Agama hanyalah sebagai panduan untuk pembentukan moral dan etika seseorang individu, dan bukan lagi sebagai matlamat ataupun asas perkembangan tamadun. Mereka berpendapat campur tangan agama dalam urusan pentadbiran dan ekonomi boleh mengganggu proses ketamadunan.

12 Pengenalan teori hak asasi manusia oleh Barat memisahkan lagi peranan agama dengan peradaban. Berdasarkan teori ini setiap individu bebas melakukan apa sahaja asalkan tidak mengganggu orang lain walaupun bertentangan dengan agama. Contohnya ialah perkawinan sejenis yang telah dibenarkan di beberapa negeri di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain. 4.2 Perspektif Islam Perspektif Islam pula menjadikan agama bukan sekadar matlamat perkembangan tamadun tetapi sebagai asas utama bersesuaian dengan definisi agama sebagai Nidham al-hayat. Dengan kata lain bukan tamadun yang menyebabkan perkembangan agama tetapi agama yang menjadikan pembentukan dan perkembangan tamadun. Islam menggalakkan apa jua aktiviti pembangunan yang bertujuan untuk meningkatkan taraf kehidupan. Panduan boleh diambil daripada mana-mana sumber walaupaun daripada tamadun lain seperti teknologi dan kaedah, asalkan tidak bertentangan dengan syariat kerana Islam menekankan bahawa matlamat tidak menghalalkan cara.

RUJUKAN Bertrand Russell (1929). Has Religion Made Useful Contributions to Civilization? Kansas: Haldeman-Julius Publications. Dennis C. Mueller (2013): The State and Religion. Review of Social Economy, 71(1), 1-19. Routledge. Emile Durkheim (1912). The Elementary Forms of the Religious Life. London: George Allen & Unwin Ltd. Johann P. Arnason dan Georg Stauth (2004). Civilization and State Formation in the Islamic Context: Re-reading Ibn Khaldun. Thesis Eleven, 76, 29 47. SAGE Publications. Markus A. Weingardt (2007). The Role of Religion in the Dialogue of Civilizations. Yearbook on the Organization for Security and Co-Operation in Europe, 17, 257-267. OSCE. Samuel P. Huntington (1996). The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order. New York: Simon & Schuster. Zaharah Mustaffa, Nik Mohd Zaim Ab. Rahim dan Norhafizah Musa (2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: FTI, UTM.