MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(19)/4-402/14 DI ANTARA NOORHAYATI BINTI JARLILL DENGAN MAYA MAJU (M) SDN. BHD. AWARD NO: 1607 TAHUN 2017

Similar documents
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-70/15 DI ANTARA TANG CHOOI KIM DENGAN WASCO MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD./ WASCO COATINGS LIMITED

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4-292/15 ANTARA NAVINATHAN A/L DORAISAMY DAN BEKAERT SOUTHERN WIRE SDN. BHD. AWARD NO.

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4-708/12 ANTARA ABDUL MANAF BIN HASSAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO: KES: 13(25)(24)/4-1230/13 DI ANTARA WAN NAJIB BIN WAN MOHD NASIR DAN SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD.

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

PENILAIAN PENGETAHUAN

LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR JKKPUU BRUNEI DARUSSALAM

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (8) DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KES SAMAN JABATAN NO. : /2015 ANTARA PENDAKWARAYA

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

THE CONCEPT OF CRIMINOLOGY {BATHIL) IN ISLAMIC FINANCIAL INSTITUTION PRACTICES IN MALAYSIA AND ISLAMIC REPUBLIC OF IRAN

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

Plat Kaca Terma & Syarat

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

TELEVISION BROADCASTS LTD DAN SATU LAGI LWN PUSAT VIDEO GLOBE DAN LAIN-LAIN

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

PROSEDUR SOKONGAN KEPUASAN PELANGGAN. PK.UniMAP.(P).11. Disediakan oleh : Disemak oleh : Diluluskan oleh :

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Polisi ipad Pensyarah

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

Implikasi Pemelukan Islam Terhadap Perkahwinan Sivil di Malaysia. Azlan Shah Nabees Khan, Pelajar PascaSiswazah, Fakulti Pengajian Islam

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

Co-operative College (Incorporation) (Amendment) 1 A BILL. i n t i t u l e d

Insurans Pampasan Pekerja Terma & Syarat

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

KEWAJIPAN SYARIKAT MEMBAYAR ZAKAT: ISU-ISU YANG BERBANGKIT DARIPADA PRINSIP ENTITI BERASINGAN DI SISI UNDANG-UNDANG 1 Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA (BAHAGIAN RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: D-02(IM)(NCVC) /2017 ANTARA

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

TUNTUTAN FASAKH: KAJIAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG TATACARA MAL. Fasakh Proceedings: A Study from Perspective of Shariah Courts Civil Procedure

FAKTOR-FAKTOR PERUNDANGAN YANG LEMAH MENYEBABKAN TUNGGAKAN KADAR PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN (TK 1) BAGI PENERBIT RANCANGAN GRED B27/ B28

MARA UNIVERSITY OF TECHNOLOGY

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Diputuskan: [Permohonan plaintif ditolak dengan kos] [Nota Pengarang: Plaintif telah merayu kepada Mahkamah Agung melalui MARS ]

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

SEMINAR PEBANDINGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972 DAN AKTA PELINDUNGAN PERMBERI MAKLUMAT 2010.

Transcription:

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(19)/4-402/14 DI ANTARA NOORHAYATI BINTI JARLILL DENGAN MAYA MAJU (M) SDN. BHD. AWARD NO: 1607 TAHUN 2017 DI HADAPAN : Y.A. TUAN SAPINI BIN MAT SAMAN Pengerusi (bersidang berseorangan) TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur TARIKH RUJUKAN : 26 Mei 2014 TARIKH SEBUTAN : 23.7.2014, 29.9.2014, 20.10.2014, 20.11.2014, 10.11.2014, 9.3.2015, 8.4.2015, 17.6.2015, 2.7.2015, 8.7.2015, 27.7.2015 dan 18.9.2015. TARIKH BICARA : 21.10.2015, 23.3.2016, 17.10.2016, 25.11.2016 dan 17.2.2017. PERWAKILAN : Encik Ganeson Gunathan bersama Cik Gomathy Balasupramaniam Tetuan Ganeson Gomathy & Partners (Peguam Pihak Menuntut) Rujukan : Encik Ismail bin Mohamed Arifin bersama Cik Suraya bt Akib Tetuan Ram Reza & Muhammad (Peguam Pihak Syarikat) [1] Ini adalah satu rujukan yang dibuat di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul dari pembuangan kerja Noorhayati binti Jarlill (selepas ini disebut sebagai Pihak Menuntut ) oleh majikannya Maya Maju (M) Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai Pihak Responden ) pada 4.6.2013. Kes ini telah dirujuk oleh YB Menteri Sumber Manusia pada 26.5.2014 dan diterima oleh Mahkamah Perusahaan pada 11.6.2014 untuk diadili. 1

LATAR BELAKANG KES [2] Pihak Menuntut telah dilantik sebagai Finance Executive di Syarikat Pihak Responden pada 15.4.2008. Pada 25.1.2012 Pihak Menuntut telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus di Bahagian Finance dan Administration. Mengikut keterangan Pihak Menuntut, Pihak Responden telah melantik Pihak Menuntut untuk memantau projek Buku Istana Negara. Pada 16.5.2013 Pihak Menuntut mendakwa Dato' Md Nizam, Pengarah Syarikat Pihak Responden telah mempersoalkan tindakan-tindakan Pihak Menuntut di dalam menguruskan projek Buku Istana itu. Pihak Menuntut juga mendakwa akibat tindakan beliau melaporkan prestasi kerja seorang pekerja bernama Noorli Mokhtar yang merupakan Pengurus Pemasaran dan Komunikasi di dalam pengeluaran Buku Istana Negara yang menyebabkan Dato' Md. Nizam telah mencari berbagai kesalahan Pihak Menuntut dengan mendakwa Pihak Menuntut telah gagal di dalam projek penjualan Buku Istana dan mempersoalkan kedatangan Pihak Menuntut ke pejabat yang selalu lewat dan sering tiada di pejabat. Pihak Responden juga telah memasang CCTV di dalam bilik Pihak Menuntut untuk memantau pergerakan Pihak Menuntut. Pihak Menuntut merasa hak peribadi beliau telah dicerobohi dan Pihak Menuntut telah membuat satu laporan polis berhubung perkara tersebut. Pihak Menuntut telah melaporkan perkara tersebut ke peringkat pengurusan atasan dan mendakwa beliau telah diugut oleh Dato' Md. Nizam dan satu laporan polis telah dibuat oleh Pihak Menuntut. Pihak Menuntut juga memohon satu 'exit compensation' dibayar kepada beliau kerana Pihak Menuntut berpendapat tidak boleh bekerja di dalam keadaan tertekan dan seolah-olah dipaksa untuk meninggalkan pekerjaannya. Pihak Responden telah menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut pada 4.6.2013 atas 2

alasan Pihak Menuntut tidak hadir ke pejabat selama 3 hari berturut-turut tanpa kebenaran pihak pengurusan. Pihak Menuntut tidak berpuashati dengan tindakan Pihak Responden dan mendakwa penamatan kerja beliau tanpa sebab dan alasan yang adil. [3] Peguam Pihak Menuntut telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa asas penamatan kerja Pihak Menuntut berdasarkan satu email Pihak Menuntut kepada Pengerusi Syarikat (rujuk mukasurat 8 & 9 CLB) iaitu penamatan kerja secara konstruktif dan memohon Pihak Menuntut untuk memberi keterangan di Mahkamah untuk membuktikan pembuangan kerja beliau secara konstruktif. UNDANG-UNDANG [4] Tugas Mahkamah Perusahaan seperti diputuskan di dalam kes Wong Chee Hong v Cathay Organisation (M) Sdn. Bhd. (1988) 1 CLJ 45 [1988] 1 CLJ 1 CL5 (Rep.) 298 di mukasurat 302 YAA Tun Salleh Abas LP telah merujuk kes [ECG Ltd. v. Sharp (1978)] ILRLR 27 (dalam bahasa asal): According to the Court of Appeal in Western Excavating (ECG) Ltd. v. Sharp, It means no more than the common law right of an employee to repudiate his contract of service where the conduct of his employer is such that the latter is guilty of a breach going to the roof of the contract or where he has evinced an intention no longer to be bound by the contract. In such situation the employee is entitled to regard himself as being dismissed and walk out of his 3

employment. [5] Di dalam kes-kes pembuangan kerja secara konstruktif beban untuk membuktikan hanya terletak dibahu Pihak Menuntut berdasarkan standard imbangan kebarangkalian dan perkara-perkara yang perlu dibuktikan ialah: (1) That the Company had by its conduct breached the contract in respect of one or more of the obligations owed to the Claimant; the obligations breached maybe in respect of either express terms or implied terms, or of both; (2) that the terms which had been breached go to the foundation of the contract; or stated in other words the company had breached one or more of the essential terms of the contract; (3) that the Claimant, pursuant to and by reasons of the aforesaid breach, had left the employment of the company that is, that he had elected to treat the contract as terminated; and (4) that the claimant had left at an appropriate time soon after the breach complained of; that is, that he did not stay on in such circumstances as to amount to an affirmation of the contract, notwithstanding the break of the same by the employer. 4

KES PIHAK MENUNTUT [6] Pihak Menuntut telah memberi keterangan di Mahkamah dan melalui kenyataan saksi yang ditanda sebagai CLWS, Pihak Menuntut menyatakan beliau telah bekerja di Syarikat Pihak Responden pada 15.4.2008 sebagai Finance Executive dengan gaji sebanyak RM2,300.00 sebulan. Pada 25.1.2012, Pihak Menuntut telah dinaikkan pangkat sebagai Finance & Administration Manager dan gaji Pihak Menuntut ketika itu ialah RM4,200 sebulan. Mengikut keterangan Pihak Menuntut, pada awal tahun 2015 beliau telah diarah oleh Dato' Md. Nizam iaitu salah seorang Pengarah Syarikat (COW- 1) untuk menguruskan projek penjualan Buku Istana Negara. Pihak Menuntut mendakwa akibat tindakan beliau melaporkan prestasi Noorli Mokhtar, seorang Pengurus Projek Penjualan Buku tersebut, menyebabkan COW-1 telah mempersoalkan tindakan beliau itu dan menyebabkan COW-1 telah memarahi dan memalukan Pihak Menuntut dengan mendakwa Pihak Menuntut sering datang lewat dan sering tiada di pejabat dan menyebabkan kemerosotan penjualan Buku Istana Negara. Pihak Menuntut menyatakan pada 16.5.2013 beliau telah menghantar satu email kepada Datuk Haji Man bin Mat, Pengerusi Syarikat (COW-2) berhubung tindakan COW-1 tersebut (rujuk mukasurat 8 dan 9 CLB). Pihak Menuntut mendakwa COW-2 tidak membalas email beliau tersebut. Mengikut keterangan Pihak Menuntut, pada 22.5.2013, COW-1 telah mengarahkan satu CCTV dipasang di dalam bilik Pihak Menuntut bertujuan untuk memantau pergerakan Pihak Menuntut. Pihak Menuntut telah membuat satu laporan polis terhadap COW-1 kerana pemasangan CCTV itu yang melanggar hak peribadi beliau (rujuk mukasurat 10 CLB Laporan Polis). Berikutan dari itu, COW-1 telah mengalih CCTV tersebut dan telah mengugut Pihak 5

Menuntut dan mengarahkan semua kakitangan untuk memantau pergerakan Pihak Menuntut. Akibat tindakan itu Pihak Menuntut menyatakan beliau merasa malu, tertekan dan merasa tidak selamat untuk bekerja. Kejadian ini telah dimaklumkan kepada COW-2 tetapi tiada apa-apa tindakan dibuat. Pihak Menuntut telah memohon agar beliau diberi 'exit compensation' dari COW-2. Mengikut keterangan Pihak Menuntut selanjutnya mendakwa COW-1 telah mengugut beliau untuk mengambil tindakan dan Pihak Menuntut telah membuat satu lagi laporan polis terhadap COW-1 pada 24.5.2013 (rujuk mukasurat 11 CLB). Pihak Menuntut menyatakan selepas 28.5.2013 beliau telah bercuti dan memaklumkan kepada Puan Noraniz salah seorang pekerja di situ bahawa beliau bercuti sehingga masalah di atas selesai. Pada 4.6.2013 Pihak Responden telah menamatkan kerja Pihak Menuntut kerana Pihak Menuntut tidak hadir untuk bekerja selama 3 hari berturut-turut iaitu pada 29.5.2013, 30.5.2013 dan 31.5.2013 tanpa kelulusan (rujuk mukasurat 37 38 CLB). Pihak Menuntut menyatakan bahawa Pihak Responden tahu bahawa beliau banyak membuat kerja di luar pejabat terutamanya berurusan dengan LHDN dan urusan kewangan Syarikat dan menafikan tohmahan Pihak Responden bahawa beliau sering masuk lewat dan sering tiada di pejabat. Pihak Menuntut juga mendakwa beliau telah dipaksa untuk menjual Buku Istana Negara walaupun tugas hakiki beliau sebagai Pegawai Kewangan dan Pentadbiran dan tiada kena mengena dengan projek penjualan buku itu. Oleh itu tindakan COW-1 yang memaksa beliau untuk terlibat dalam projek tersebut menyebabkan beban kerja beliau bertambah dan menyebabkan Pihak Menuntut menghadapi kesukaran untuk meneruskan kerja di Syarikat Pihak Responden dan mendakwa tindakan-tindakan Pihak Responden itu seolah-olah mengkehendaki Pihak Menuntut berhenti kerja dan menganggap penamatan kerja secara konstruktif. 6

KES PIHAK RESPONDEN [7] Pihak Responden telah mengemukakan dua orang saksi iaitu Dato' Md Nizam bin Md Sherif @ Md Sharif (COW-1) dan Datuk Hj. Man bin Mat (COW-2). COW-1. Di dalam keterangannya di Mahkamah dan kenyataan saksi beliau (COWS-1) menyatakan bahawa Pihak Menuntut merupakan bekas pekerja Syarikat Pihak Responden. Mengikut keterangan COW-1 bahawa Pihak Menuntut mempunyai masalah kerana tidak membayar pinjaman kepada Pihak Responden dan mempunyai masalah disiplin kerana tidak datang bekerja dan berhenti kerja tanpa memberi apaapa notis. COW-1 menafikan segala tuduhan yang telah dibuat oleh Pihak Menuntut terhadap beliau dan menafikan kandungan laporan polis yang dibuat oleh Pihak Menuntut terhadap beliau. COW-1 juga bersetuju bahawa ada pemasangan CCTV di dalam bilik Pihak Menuntut. Di samping itu CCTV juga banyak dipasang di dalam kawasan Ibu Pejabat dan juga di 'site' bertujuan untuk pemantauan dan keselamatan. COW-1 tidak bersetuju dengan dakwaan Pihak Menuntut bahawa beliau telah memalukan dan mengugut Pihak Menuntut. COW-1 mendakwa beliau hanya menegur dan memberi nasihat kepada Pihak Menuntut melalui lisan sahaja kerana Pihak Menuntut kerap tiada di pejabat. COW-1 juga menyatakan peranan Pihak Menuntut hanya sebagai pembantu kepada Tax Consultant Syarikat sahaja dan urusan LHDN dilakukan oleh Tax Consultant Syarikat. Oleh itu tidak memerlukan Pihak Menuntut keluar dari pejabat untuk urusan LHDN. [8] COW-2 di dalam keterangan beliau di Mahkamah dan di dalam kenyataan saksi yang ditanda sebagai COWS-2 menyatakan bahawa beliau ialah Pengerusi Executive 7

Syarikat Pihak Responden. COW-2 menyatakan Pihak Menuntut merupakan seorang pekerja yang tidak menghormati waktu pejabat kerana sering lewat dan tiada di pejabat. COW-2 juga menyatakan Pihak Menuntut tidak mempunyai kepakaran profesional untuk menghabiskan kerja-kerja audit seperti didakwa oleh Pihak Menuntut kerana kerja-kerja audit dilakukan oleh Auditor Syarikat dan Pihak Menuntut hanya membantu untuk mengumpulkan dokumen yang diperlukan dan Pihak Menuntut tidak diperlukan untuk membuat kerja di luar pejabat terutama berkaitan dengan LHDN. COW-2 juga bersetuju bahawa Pihak Menuntut telah diarahkan untuk memantau kerjakerja pemasaran Buku Istana Negara dan ini merupakan tanggungjawab Pihak Menuntut sebagai Pegawai Kewangan dan Pentadbiran untuk memantau kakitangan Syarikat yang terlibat dalam projek penjualan Buku Istana Negara dan Pihak Menuntut sebagai Pengurus Kewangan dan Pentadbiran sepatutnya tahu tentang selok belok pemasaran, 'target sales' dan 'target market'. COW-2 juga menyatakan Pihak Menuntut tidak pernah membantah atau memprotes di dalam menjalankan kerja-kerja pemasaran Buku Istana Negara sejak Januari 2013 sehingga Mei 2013. COW-2 juga menyatakan Pihak Menuntut telah tanpa sebarang notis atau kelulusan daripada Syarikat tidak hadir dan tidak melaporkan diri ke pejabat selama 3 hari berturut-turut pada 29, 30 dan 31.5.2013 (rujuk mukasurat 37, 38 dan 39 CLB-2). Mengikut keterangan COW-2 lagi, Pihak Responden telah menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut pada 4.6.2013 kerana tidak hadir bekerja dan surat penamatan ini telah diterima oleh Pihak Menuntut dan Pihak Menuntut tidak memberi apa-apa alasan berkaitan ketidakhadiran ke Pejabat. COW-2 juga menyatakan beliau tidak pernah meluluskan cuti Pihak Menuntut dan tiada borang permohonan cuti dikemukakan oleh Pihak Menuntut. 8

PENILAIAN KETERANGAN DAN DAPATAN [9] Mahkamah telah meneliti dan menilai keterangan Pihak Menuntut dan Pihak Responden di Mahkamah beserta dokumen-dokumen yang telah dikemukakan ke Mahkamah. Pihak Menuntut telah membangkitkan bahawa penamatan kerja beliau berasaskan penamatan kerja secara konstruktif. Keterangan yang dikemukakan oleh Pihak Menuntut di Mahkamah bahawa beliau telah ditamatkan kerja secara konstruktif atas alasan: (1) Pihak Menuntut mendakwa beliau telah dipaksa untuk menjual Buku Istana Negara walaupun skop kerja beliau ketika itu sebagai Pengarah Kewangan dan Pentadbiran; (2) Pihak Menuntut mendakwa pada 16.5.2013 COW-1 Dato' Md Nizam telah mempersoalkan kerja pemasaran yang dilakukan oleh beliau menyebabkan penjualan Buku Istana Negara merosot dan menyebabkan beliau rasa tertekan; (3) Pihak Menuntut mendakwa COW-1 juga telah memalukan beliau dihadapan pekerja lain bahawa Pihak Menuntut tidak mempunyai kebolehan dalam urusan penjualan buku itu dan mendakwa Pihak Menuntut selalu keluar pejabat dan masuk lewat di pejabat; 9

(4) Pihak Menuntut mendakwa pada 22.5.2013 COW-1 telah memasang CCTV di dalam bilik Pihak Menuntut dan menyebabkan Pihak Menuntut merasa hak peribadi beliau telah diceroboh; dan (5) Pihak Menuntut juga mendakwa COW-1 telah mengugut beliau dan menyatakan beliau seorang yang tidak siuman. Berdasarkan alasan-alasan di atas, Pihak Menuntut pada 29.5.2013 tidak hadir bekerja atas urusan untuk bercuti selepas satu laporan polis dibuat berhubung tindakan COW- 1 terhadap beliau dan Pihak Menuntut mendakwa beliau telah memohon cuti selepas itu untuk menyelesaikan masalah tersebut. [10] Beban bukti adalah dibahu Pihak Menuntut untuk membuktikan kepada Mahkamah bahawa Pihak Responden telah melanggar syarat-syarat atau terma kontrak pekerjaan atau tindakan-tindakan Pihak Responden menunjukkan mereka tidak mahu meneruskan dengan syarat-syarat atau terma pekerjaan Pihak Menuntut. Akibat daripada pemecahan syarat atau terma kontrak pekerjaan itu menyebabkan Pihak Menuntut meninggalkan pekerjaannya serta merta. [11] Keterangan Pihak Responden melalui COW-1 dan COW-2 di Mahkamah pula 10

menafikan dakwaan Pihak Menuntut iaitu COW-1 menafikan ada mengugut dan memarahi Pihak Menuntut kecuali hanya memberi nasihat secara lisan kerana Pihak Menuntut selalu tiada di pejabat. COW-1 bersetuju ada memasang CCTV di dalam bilik Pihak Menuntut dan CCTV itu telah dialihkan selepas Pihak Menuntut membuat satu laporan polis dan aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan. COW-1 menyatakan CCTV ini bukan hanya dipasang di dalam bilik Pihak Menuntut sahaja tetapi CCTV juga dipasang di dalam pejabat di HQ dan di kawasan 'site' juga ada dipasang untuk tujuan pemantauan dan keselamatan dan COW-1 menafikan tindakan beliau itu untuk memalu atau menekan Pihak Menuntut. [12] Mahkamah telah meneliti pernyataan kes Pihak Menuntut yang difailkan pada 20.8.2014 dan pernyataan kes terpinda yang telah difailkan oleh Pihak Menuntut di Mahkamah pada masa bicara dan mendapati Pihak Menuntut tidak ada memplidkan bahawa Pihak Menuntut telah ditamatkan kerja secara konstruktif secara khusus di dalam pliding Pihak Menuntut. Di dalam pliding Pihak Menuntut hanya mengemukakan fakta-fakta yang menunjukkan bahawa beliau telah dipaksa untuk menjual Buku Istana Negara sebagai Pegawai Pemasaran untuk dalam tempoh 2 bulan (Januari 2013 Mac 2013) dan COW-1 telah mengugut beliau dan memarahi serta memalukan Pihak Menuntut di hadapan pekerja lain. Pihak Menuntut mendakwa beliau telah mengadu kepada COW-2 melalui email bertarikh 16.5.2013 (rujuk mukasurat 8 dan 9 CLB). Namun COW-2 tidak mengambil sebarang tindakan dan Pihak Menuntut memohon Pihak Responden membayar 'exit compensation' untuk perkara ini diselesaikan. 11

Adakah Pihak Menuntut berjaya membuktikan bahawa tindakan-tindakan Pihak Responden itu telah melanggar salah satu syarat-syarat atau terma pekerjaan kepada Pihak Menuntut secara nyata dan tersirat? [13] Setelah meneliti segala keterangan di Mahkamah, Mahkamah memutuskan Pihak Menuntut telah gagal untuk membuktikan bahawa Pihak Responden telah memecahkan syarat-syarat pekerjaan secara nyata atau tersirat atau enggan untuk meneruskan kontrak pekerjaan itu atas alasan: (1) Pihak Menuntut mendakwa bahawa skop tugas pegawai pemasaran itu tiada di dalam bidang tugas beliau sebagai Pengawai Kewangan dan Pentadbiran. Keterangan yang telah dikemukakan melalui saksi Syarikat (COW-2) bahawa tugas Pihak Menuntut di samping menjalankan tugas-tugas kewangan perlu juga menjalankan tugas-tugas pentadbiran iaitu memantau projek penjualan Buku Istana Negara. Pihak Menuntut tidak ada menunjukkan sebarang bantahan sewaktu melaksanakan tugas itu dalam tempoh 2 bulan dan hanya membuat aduan kepada COW-2 selepas beliau ditegur oleh COW- 1. Pihak Menuntut juga bersetuju ada masuk lewat seperti di dalam email beliau kepada COW-2 (rujuk mukasurat 8 dan 9 CLB- 2) bertarikh 16.5.2013 dan akibat dengan tekanan pekerjaan, Pihak Menuntut memohon satu penyelesaian dibuat dengan dibayar 'exit compensation'. Pihak Menuntut juga tidak ada 12

memaklumkan kepada Pihak Responden selepas satu laporan polis yang dibuat pada 29.5.2013 atau apa-apa pemakluman bahawa beliau menganggap beliau telah diberhentikan kerja secara konstruktif tetapi keterangan yang dikemukakan di Mahkamah selepas laporan polis pada 29.5.2013 Pihak Menuntut telah memohon untuk bercuti dengan memaklumkan pada salah seorang pekerja di Syarikat Pihak Responden. Pihak Menuntut setuju beliau tidak ada mengemukakan sebarang borang permohonan cuti dan setuju tidak ada memaklumkan kepada COW-2 iaitu Pegawai yang meluluskan cuti. Tiada keterangan dikemukakan bahawa Pihak Menuntut telah meninggalkan pekerjaannya serta merta atau telah memberi notis kepada Pihak Responden bahawa penamatan kerja beliau dibuat secara konstruktif. Adakah Pihak Responden telah memecah syarat-syarat atau terma-terma perjanjian pekerjaan atau tindakan-tindakan Pihak Responden menyebabkan Pihak Menuntut meninggalkan pekerjaannya? [14] Daripada fakta yang telah dikemukakan di hadapan Mahkamah dan setelah meneliti syarat-syarat pekerjaan Pihak Menuntut, Mahkamah memutuskan Pihak Menuntut gagal untuk membuktikan ada pelanggaran syarat-syarat pekerjaan secara nyata atau tersirat oleh Pihak Responden atas alasan: (i) Dakwaan Pihak Menuntut bahawa tugas untuk memantau projek penjualan Buku Istana Negara tidak termasuk di dalam skop pekerjaan beliau sebagai Pengurus Kewangan dan Pentadbiran. 13

Mahkamah memutuskan Pihak Responden tidak melanggar syarat-syarat pekerjaan Pihak Menuntut kerana mengikut keterangan COW-2 selaku Pengurus Kewangan dan Pentadbiran menjadi tugas Pihak Menuntut untuk menyelia kakitangannya dari segi kewangan dan pentadbiran dan Pihak Menuntut juga tidak membantah tugas tersebut sewaktu diarahkan berbuat demikian oleh COW-1. (ii) Pihak Menuntut juga gagal menunjukkan kepada Mahkamah bahawa tindakan-tindakan COWS-1 memarahi dan memalukan Pihak Menuntut di dalam menjalankan kerja itu sebagai satu tindakan yang boleh menyebabkan Pihak Menuntut meninggalkan pekerjaannya atau Pihak Responden telah memecah syaratsyarat pekerjaan Pihak Menuntut. Pihak Responden menafikan dakwaan Pihak Menuntut itu. Keterangan COW-1 tidak menafikan ada menasihatkan Pihak Menuntut secara lisan kerana mendapati Pihak Menuntut selalu masuk lewat ke pejabat dan COW-1 setuju ada memasang CCTV untuk tujuan pemantauan dan keselamatan. Berdasarkan alasan di atas Mahkamah memutuskan Pihak Menuntut gagal membuktikan secara jelas bahawa Pihak Responden telah tidak mematuhi syaratsyarat atau terma pekerjaan Pihak Menuntut yang menyebabkan Pihak Menuntut meninggalkan pekerjaannya serta merta. 14

[15] Daripada fakta di atas jelas menunjukkan Pihak Menuntut tidak berniat untuk meninggalkan pekerjaannya atas alasan beliau ditamatkan kerja secara konstruktif kerana tujuan beliau tidak hadir ke pejabat selepas itu kerana Pihak Menuntut berpendapat beliau sedang bercuti ketika itu (29, 30 dan 31.5.2013). Oleh kerana kegagalan Pihak Menuntut untuk membuktikan kepada Mahkamah bahawa Pihak Responden telah mengingkari kontrak pekerjaan atau Syarikat telah melanggari salah satu terma perkhidmatan pekerjaan Pihak Menuntut, Mahkamah memutuskan Pihak Menuntut gagal untuk membuktikan beliau telah ditamatkan pekerjaan secara konstruktif. Tindakan-tindakan Pihak Menuntut tidak hadir ke pejabat 3 hari berturutturut dan tindakan Pihak Responden menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut pada 4.6.2013 adalah wajar dan adil dan tindakan Pihak Menuntut yang gagal berhubung dengan Pihak Responden sebab-sebab ketidakhadiran itu menunjukkan Pihak Menuntut telah meninggalkan pekerjaannya sendiri. Mengambilkira seksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan dan berdasarkan equiti dan niat nurani, Mahkamah memutuskan tindakan Pihak Responden menamatkan perkhidmatan Pihak Yang Menuntut adalah wajar dan adil. Oleh itu permohonan Pihak Menuntut dengan ini adalah ditolak. DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 6 NOVEMBER 2017 tt ( SAPINI BIN MAT SAMAN ) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 15