PENGENALAN PENDEKATAN BEHAVIORISME / PERLAKUAN

Similar documents
MTE3133: Penyelidikan Tindakan

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

APLIKASI ROBOT ḤAJARUL ASWAD DALAM MEMBANTU MENGINGAT PERISTIWA PERLETAKAN ḤAJARUL ASWAD PENDIDIKAN ISLAM

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

THE POLITICAL PLAYS OF ARTHUR MILLER AND KEE THUAN CHYE: RESISTING THE HEGEMONIC STATE DAVID TNEH CHENG ENG

PENGGUNAAN B-PoP: RASULULLAH, KEKASIH ALLAH DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI DAN MENGINGAT KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

Pusat Perkembangan Kurikulum

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

Takrifan Etika ethos

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK (Minggu 4)

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

PELAKSANAAN TUGASAN DIALOG TENTANG ISLAM MENERUSI FACEBOOK DALAM KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAKWAH

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

ANALISIS STRUKTUR FOKUS DALAM KOMUNIKASI ARAHAN GURU DALAM BILIK DARJAH

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN

KAJIAN PEMIKIRAN DAN AMALAN REFLEKSI DI KALANGAN GURU PELATIH SAINS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NOR HASNIZA BINTI IBRAHIM

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

FUNGSI-FUNGSI PEKERJA ASUHAN Dl RUMAH KANAK-KANAK Dl PULAU PINANG

Penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) di dalam Terjemahan Maksud Surah Al-Fatihah

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

KAJIAN PEMIKIRAN DAN AMALAN REFLEKSI DI KALANGAN GURU PELATIH SAINS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA NOR HASNIZA BINTI IBRAHIM

PSIKOLOGI KOMUNIKASI: SATU TINJAUAN LITERATUR

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

KAEDAH PAMERAN DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN GURU PELATIH KURSUS BUDAYA DAN PEMBELAJARAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT114 Logic & Application [Logik & Aplikasi]

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

Transcription:

PENGENALAN Pendekatan pengajaran guru dalam bilik darjah amat bergantung kepada bagaimana pelajar mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Ahli-ahli psikologi telah mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa teori pembelajaran. Teori-teori ini boleh dibahagikan kepada teori-teori pembelajaran behaviorisme, sosial dan kognitif. Teori pembelajaran behaviorisme berfokus kepada tingkah laku dan persekitaran, teori pembelajaran sosial berfokus kepada tingkah laku dan pemikiran, sementara teoripem belajaran kognitif dan konstruktif berfokus kepada pemikiran. Kertas kerja ini juga menjelaskan tentang teori-teori ini dan implikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. PENDEKATAN BEHAVIORISME / PERLAKUAN Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahliahli behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal tingkahlaku ini adalah dipelajari. Kedua-duanya, iaitu dorongan yang membangkitkan tingkahlaku serta tingkahlaku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah untuk menentukan hukum-hukum ataupun prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran. Antara tokoh-tokoh ahli behaviorisme yang terkemuka, yang akan dibincangkan di sini ialah Ivan Pavlov, J.B. Watson, E.L. Thorndike dan B.F. Skinner. Eksperimen-eksperimen yang mereka jalankan menjadi asas kepada prinsip dan idea mereka tentang pembelajaran.

IMPLIKASI PENDEKATAN BEHAVIORISME Implikasi daripada teori ini, contohnya guru hendaklah menjadi model yang baik kerana perlakuan guru selalu ingin dicontohi murid. Oleh itu, pakaian,tingkah laku dan bahasa pertuturan guru mestilah baik. Pemerhatian boleh berlaku dalam tiga bentuk seperti berikut: a) Memerhati secara langsung, iaitu melihat model sendiri atau secara tidak langsung, iaitu dengan menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat gambar foto. Contohnya, kanak-kanak meniru ibubapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan dan sebagainya. b) Pemerhatian melalui sekat lakuan dan tak sekat lakuan. Sekat lakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi A tetapi tidak sesuai dalam situasi B. Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak boleh melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari murid-murid disebabkan adanya peraturan bilik darjah yang boleh membawa hukuman jika amalan itu berlaku.manakala memerhati melalui taksekatlakuan ialah murid akan terus meniru amalan dalam sesuatu situasi. Contohnya, kalau mereka telah mempelajari bahawa tindakan sorak-menyorak tidak sesuai dalam kelas,tetapi kai ini dengan guru yang baru, amalan itu tidak dihukum, murid-murid berkenaan akan mula menjeritkan jawapan. c) Pemerhatian melalui elistasi. Dalam proses elistasi, seseorang individu akan turut melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahui cara untuk melakukannya. Contohnya, apabila melihat seorang murid lain membaca buku di dalam kelas, Amir pun mengeluarkan buku lalu membacanya. Keinginan untuk membaca itu timmbul selepas melihat murid lain membaca. Sekiranya tiadak ada murid lain membaca, kemungkinan keinginan Amir untuk membaca tidak timbul. TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Teori pembelajaran sosial (social learning theory ) telah diasaskan oleh Albert Bandura (1986,1977, 1998, 2000). Teori pembelajaran sosial ini telah dinamakan semula sebagai Teori kognitif sosial oleh Bandura sendiri (Moore, 2002). Teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran(santrock, 2001). Faktor kognitif akan mempengaruhi jangkaan pelajar tentang kejayaannya;sementara faktor sosial, termasuk pemerhatian pelajar tentang tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya, akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut.teori pembelajaran sosial menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasadalaman dan sejarah perkembangan seseorang atau bertindak pasif terhadap pengaruhpersekitaran. Dalam banyak hal, manusia adalah selektif dan bukan entiti yang pasif, yangboleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka. Manusia saling memerlukan, pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain. Ahli-ahli psikologi sosial termasuklah Albert Bandura,Walter Mischel, Julian Rotter, Martin Seligman dan lain-lain. Albert Bandura (1925-) adalah seorang profesor psikologi di Universiti Stanford dan beliau telah mengemukakan Model Determinisme Timbal Balik (reciprocal determinism model ) dan Teori Pembelajaran Peniruan. IMPILIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL Murid-murid memerlukan model yang baik, yang boleh ditiru dalam perkembangan bahasa lisan dan berekelakuan bagus. 1. Guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kepada murid dan juga demonstrasi guru hendaklah jelas supaya murid dapat meniru gaya guru dengan cepat. Contohnya: sesetengah murid akan meniru gaya bercakap dan mengajar guru. 2. Guru boleh menggunakan model yang sebenar yang mungkin daripada rakan-rakan sekelas mereka yang cemerlag yang sesuai untuk ditiru. 3. Guru hendaklah memaparkan hasil kerja terbaik untuk membolehkan murid berkenaan terus berusaha dan meransang murid lain berusaha sebagaimana murid berkenaan. Contohnya: guru memuji murid yang berlukisan cantik dan paparkan hasilan lukisan tersebut. 4. Guru mengajar nilai dan peranan watak-watak penting melalui simulasi. Contohnya: dalam situasi ahli bomba menyelamatkan mangsa kebakaran, murid akan meniru perlakuan tersebut dengan menyelamatkan orang lain.

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah proses mental yang aktif untuk mendapatkan, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu. Fokus kajian ahlinpsikologi kognitif ialah terhadap proses aktif minda individu untuk memahami persekitarannya.cara individu berfikir tentang situasi, termasuk kepercayaannya, jangkaannya danperasaannya, mempengaruhi fakta yang individu pelajari dan cara dia belajar. Ahli psikologikognitif berpendapat bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah hasil pembelajarandan kuasa ilmu yang mendorong seseorang belajar (Woolfolk,1998). Anderson et al. (dalam Woolfolk, 1998) menyatakan bahawa: Instead of being passively influenced by environment events, people actively choose, practice, pay attention, ignore, reflect and make many other decisions as they pursuegoals. Older cognitive views emphasized the acquisition of knowledge, but newer ap- proaches stress its construction Ini bermakna manusia secara aktif memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar,merenung kembali dan membuat banyak keputusan tentang peristiwa-peristiwa yang berlakudalam persekitaran bagi mencapai matlamat mereka. Begitu juga, Slavin (1997) menyatakan pembelajaran adalah proses aktif minda yang berfokus kepada maklumat penting, menapismaklumat tidak penting dan menggunakan maklumat sedia ada untuk membuat pemilihan.untuk memahami pembelajaran dari perspektif kognitif dengan lebih mendalam, bahagian berikut menjelaskan tentang psikologi gestalt, eksperimen Kohler dan model pemprosesan maklumat. IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF 1. Guru hendaklah mendedahkan keseluruhan sebelum membincangkan bahagia-bahagian isi pelajaran dan rumuskan dengan keseluruhan. Contohnya: dalam pembelajaran lagu, guru menyairkan keseluruhan lagu bagi murid-murid mendengar beberapa kali. Kemudian barulah diteliti rangkap demi rangkap.

2. Proses pembelajaran yang berlaku perlu mengambilkira pengetahuan sedia ada murid dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran yang baru. Contohnya aktiviti makan dan minum yang telah dipelajari dirumah, disekolah guru boleh mengukuhkan lagi dengan menerapkan adap-adap semasa makan. 3. Keadah pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif sangat efektif digunakan dalam proses pembelajaran. Ini merupakan pembelajaran yang rumit kerana ia akan melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian berbahasa. Misalnya, murid mempelajari bahawa apabila air membeku, isipadunya bertambah. Konsep-konsep yang dipelajari ialah membeku, isipadu dan bertambah. Kemudiannya, konsep-konsep ini perlu dirangkaikan bersama untuk membentuk hokum. TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK Teori Humanis menumpukan pada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu. Pendekatan humanistik menekankan keseluruhan murid, dengan kata lain aspek emosi dan sosial kehidupan murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid bermotivasi secara semulajadi untuk belajar dengan syarat pengalaman pendidikan adalah bermakna. Ia juga menekankan kepentingan peranan guru dalam memberi sokongan dan sentiasa mengambil berat tentang anak didiknya. IMPLIKASI TEORI Teori Pembelajaran Humanisme melihat murid sebagai insan berpotensi, bermotivasi dan berkuapayaan untuk belajar dan berkembang.: 1. Guru hendaklah melayani murid sebagai insan kemudaian barulah elayani mereka sebagai murid. Guru hendaklah menerima setiap murid tanpa syarat. Contohnya: murid yang lemah dalam akademik mungkin berbakat dalam bidang melukis. Guru harus menerima murid tersebut dan cuba memeperkembangkan potensinya dalam melukis.

2. Guru hendaklah sentiasa melibatkan murid dalam aktiviti kumpulan, seperti pembelajaran koperatif. Ini dapat membina hubungan social dan kemahiran emosi. 3. Guru harus memberi peluang kepada murid untuk menetukan aktiviti pembelajaran bagi meningkatkan motivasi belajar. 4. Guru hendaklah percaya bahawa semua murid boleh belajar dan guru mestilah bersabar semasa mengajar murid yang lemah. Teori Konstruktivisme Teori ini menyatakan bahawa murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman mereka. Setiap murid menimba pengetahuan semasa mereka belajar dan ilmu pengetahuan yang terbaik dan mendalam adalah melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan sosial. Vygotsky, ahli psikologi yang banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial di mana ilmu pengetahuan yang dibina berdasarkan interaksi sosisl, adat budaya dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu. Pembelajaran kognitivisme dan konstruktivisme berasaskan kepada tugas guru sebagai pengajar ilmu pengetahuan, pengembang kemahiran dan pembentuk budi pekerti atau akhlak pelajar. Di samping tugastugas tersebut, guru juga berperanan sebagai perancang, pengurus, fasilitator, pembimbing dan sebagai model atau contoh teladan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990b). IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIF 1. Guru perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap kebolehan murid supaya mudah difahami dan murid memahami objektif yang hendak dicapai oleh guru. 2. Guru perlu bersedia dengan bahan-bahan yang dapat meransang minda murid dan senantiasa diubahsuai mengikut aktiviti yang akan dijalankan. 3. Guru semestinya peka kepada kesesuaian persekitaran pembelajaran terutama dalam bilik darjah supaya dapat mendorong atau memotivasikan murid untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran. 4. Guru bertindak sebagai pemudah cara dan sentiasa menbantu murid dalam aktiviti pembelajaran.

KESIMPULAN Kesimpulannya guru yang memiliki pengetahuan dan penguasaan teori pembelajaran mampu menyumbang kepada pembelajaran yang efektif, menyeronokkan dan dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi guru hendaklah mengimpilikasikan teuri-teori pembelajaran supaya murid berminat dan berseronok untuk belajar pengetahuna baru. RUJUKAN Psikologi Pendidikan, PTS Professional, 2003 Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran, Penerbit UTM, 1990 ABD.MALEK BIN SELAMAT, ABD.MALEK BIN SELAMAT (2004) Pembelajaran untuk kefahaman - kajian keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sejarah menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya (2005). Aplikasi Pendidikan Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur. Kognitif dalam Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ee Ah Meng 1994. Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti