Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery Bachelor of Dental Surgery Bachelor of Chinese Medicine. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

Takrifan Etika ethos

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) MPU Semester 1 / /2020. Panduan Module

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

THE NATURE OF syariah COMPLIANT PROBLEM (SCP) (Sifat Masalah yang Patuh Syariah (SCP))

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

ANALISIS TEORI PARADIGMA (PARADIGM THEORY) HANS KÜNG DALAM KAJIAN AGAMA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

KEUTAMAAN PEMBANGUNAN INSAN DALAM MENGIMBANGI ARUS PEMBANGUNAN NEGARA (The Priority of Human Development to Balance National Development)

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Oleh: Ahmad Faisal bin Abdul Hamid * Saudah binti Hassan **

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Kata kunci: Penyelidikan Syariah, Globalisasi, Fiqh Kontemporari.

WOMAN S PASSIONS IN ELIZABETH BARRETT BROWNING S POEMS ENTITLED THE LADY S YES AND HOW DO I LOVE THEE?

Ulasan Buku / Book Review

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

Genesis Tajribah Miskawayh dalam Tajarib al-umam

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

Transcription:

Jurnal Arkeologi Malaysia September 2016, Vol 29, No 2, hlm. 35-42 ISSN 0128-0732 (Print) XXXX-XXXX (Online) Diterbitkan oleh Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula Muhamad Shafiq Bin Mohd Ali, Zuliskandar Ramli & Abdul Latif Samian Abstrak Penyelidikan arkeologi merupakan satu bidang kajian yang penting bagi membina semula sejarah dan kebudayaan bangsa dan negara. Selama ini kajian berkenaan arkeologi Islam hanya tertumpu pada makam, mimbar, masjid dan binaan zaman Islam. Oleh yang demikian, perbincangan mengenai persoalan yang perlu dijawab dalam menilai semula skop kajian arkeologi Islam perlu dilakukan. Bagaimana suatu masalah dalam arkeologi dijawab mengikut turutannya boleh dilihat dalam kerangka kitaran kelestarian yang dianjurkan oleh Abdul Latif. Unsur-unsur yang perlu ada dalam arkeologi Islam seperti niat, permasalahan dan kaedah yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam arkeologi Islam akan dihurai dalam makalah ini. Kata kunci: Arkeologi Islam, kitaran kelestarian, paradigma. Abstract Archaeology is an important study for reconstructing nation history and culture. Now, Islamic archaeology only focus on Islamic tombs, pulpits, mosques and building in Islamic era. Therefore, discussion of the problems tobe solved in assessing the scope of archaeological research must to be done. Sustainable cycle framework by Abdul Latif can be used to look how problem in archaeology can be answered. The elements like intentions, problems and methods need to exist in islamic archaeology to solve problems will be explained in this paper. Pengenalan Keywords: Islamic archaeology, sustainability cycle, paradigm. Arkeologi merupakan satu bidang ilmu yang luas. Ia terbahagi kepada beberapa pecahan seperti arkeologi prasejarah, protosejarah, arkeologi industri, etno-arkeologi, arkeologi maritim, dan arkeologi sejarah. Arkeologi berasal daripada dua perkataan dalam bahasa Yunani iaitu arkeos (purba, tua) dan logos (kajian) iaitu menjadi kajian purba. Nik Hassan Shuhaimi (2014) dalam Glosari Arkeologi Alam Melayu menyatakan arkeologi adalah kajian tentang zaman lepas berdasarkan kepada artifak dan bukan artifak serta warisan alam sekitar. Kajian dalam bidang arkeologi merupakan suatu bidang yang boleh menyumbang maklumat dan pengetahuan mengenai masa lalu. Melalui bidang arkeologi, dapat diketahui berkenaan dengan tamadun awal manusia dengan melihat tatasusunan zaman bermula daripada zaman prasejarah hinggalah zaman sejarah. Arkeologi meningkatkan kesedaran tentang gambaran yang mengasyikkan, jumpaan yang menarik, misteri

36 Jurnal Arkeologi Malaysia 29(1): 35-42 masa silam, kemahiran purba, kerja-kerja penyelidikan yang teliti dan publisiti (Hole dan Heizer 1990). Penyelidikan arkeologi adalah salah satu kaedah yang penting untuk membina semula sejarah dan kebudayaan bangsa dan negara. Penemuan-penemuan yang dibuat oleh ahli arkeologi menunjukkan kehidupan dan ciptaan masyarakat zaman lampau untuk meneruskan kehidupan mereka, seterusnya membongkar kehebatan manusia pada waktu itu. Ini boleh menjadikan sesebuah bangsa mengingat kembali kehebatan bangsa mereka dahulu yang telah ditimbus oleh pengaruh penjajah, seterusnya membangun kembali bangsanya kini. Pada awal kebangkitan ilmu arkeologi di rantau ini, boleh dikatakan kesemuanya dipelopori oleh sarjana Barat kerana pada waktu itu penjajahan masih berlaku. Kajian yang dilakukan oleh sarjana Barat terhadap jumpaan arkeologi hanya bergantung penuh pada pandangan mereka berdasarkan kajian-kajian arkeologi seluruh dunia seperti Mesir, India dan beberapa kawasan lain. Sarjana Barat yang membuat kajian arkeologi tidak kira di mana di dunia ini akan terikut dengan sudut pandangan mereka atau dipanggil paradigma. Sudut pandang mereka itu pastinya tidak sama dengan sudut pandangan daripada masyarakat tempatan. Oleh yang demikian, suatu pentafsiran terhadap kajian-kajian yang dilakukan oleh mereka pastinya terdapat perbezaan paradigma. Paradigma Ilmu Setiap ilmu mempunyai paradigmanya tersendiri. Ini termasuklah bidang sains, kemanusiaan, sosial, teologi dan juga bidang lain juga. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), paradigma merupakan lingkungan atau batasan pemikiran pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kesedaran yang ada. Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa paradigma sesuatu ilmu itu merupakan suatu pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kesedaran yang mewarnai atau mentakrifkan bidang ilmu. Ini bertepatan dengan hujah yang dinyatakan oleh Thomas Kuhn dalam bukunya The Structure of Scientific Revolutions (1970), sesuatu paradigma itu mengandungi andaian-andaian, hukum-hukum dan teknik-teknik. Paradigma juga akan memberikan hala tuju penyelidikan yang dijalankan juga dalam memberi makna sesuatu yang dicerap (Abd. Latif Samian & Khairul Anwar 2003). Jika kita meneliti apa yang dikatakan oleh Kuhn (1970), paradigma itu mengandungi andaian, hukum dan teknik. Krisis dalam sesebuah bidang ilmu timbul apabila terlalu banyak pemalsuan yang berlaku dalam bidang ilmu tersebut. Krisis ini boleh diselesaikan jika terdapat paradigma yang baharu. Meninggalkan paradigma lama yang banyak pemalsuan dengan mengambil paradigma yang baru akan mengakibatkan berlakunya revolusi ilmu tersebut. Namun, paradigma itu sentiasa tidak sempurna. Ia hanyalah sebuah rangka rumah yang mengandungi banyak teka-suai (puzzle) baik dalam teoritis ataupun praktis. Terdapat juga teka suai yang tiada penyelesaian dan ini kita panggil sebagai anomali. Semua paradigma mempunyai anomalinya tersendiri. Perlu diingatkan bahawa setiap penyelesaian masalah akan menimbulkan masalah yang lain. Kemunculan masalah yang lain ini jika tidak dapat diselesaikan oleh paradigma yang sedia ada, maka perlulah paradigma yang baharu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setiap paradigma juga akan memberikan hala tuju penyelidikan yang dijalankan, juga dalam memberikan makna sesuatu yang dikaji. Kebiasaannya, perkara dasar dalam paradigma tidak akan disentuh sehinggalah ia tercabar dengan adanya paradigma lain. Arkeologi & Masalahnya Sebelum perbincangan lanjut diberikan, pertamanya perlu diberikan jawapan kepada persoalan apakah yang dibuat oleh ahli arkeologi? Jika dirujuk kepada Martin (1992), ahli arkeologi merupakan golongan yang (1) membina semula sejarah kebudayaan, (2) membina semula cara-cara hidup masa lalu, dan (3) memahami dan menjelaskan perubahan, faktor, proses serta kesan berbagai-bagai perubahan budaya. Apakah tiga perkara yang disebutkan oleh Martin itu sebenarnya? Apa yang disebut dengan tiga perkara tersebut adalah masalah dalam bidang arkeologi. Apakah yang menyebabkan manusia menyelesaikan masalah? Mengapakah mereka menyelesaikan masalah

Muhamad Shafiq Mohd Ali et. al. 37 tersebut? Perbezaan antara satu manusia dengan manusia lain adalah kemahiran menyelesaikan masalah sekitar mereka. Manusia diberikan akal oleh Tuhan untuk mereka menyelesaikan masalah dengan cara berhemah. Oleh itu, dengan kepelbagaian cara menyelesaikan masalah timbul daripada pemikiran manusia yang berbeza. Makanya ahli arkeologi sedang menyelesaikan masalah dalam bidang arkeologi. Terdapat banyak masalah yang terdapat dalam bidang arkeologi dan selagi ia tidak dapat diselesaikan, selagi itulah ahli arkeologi diperlukan untuk menyelesaikan masalah itu. Dalam kitaran kelestarian atau kreativiti (Rajah 1) yang terdapat dalam Abdul Latif Samian (2010, 2014, 2016), beliau menyatakan penyelesaian saintifik akan menimbulkan masalah saintifik yang baharu pada tingkatan yang berbeza dan setiap masalah ini mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri. Bagi beliau, jika satu masalah dapat diselesaikan, pasti ada masalah baharu yang akan timbul. Ini selari dengan konsep tiada yang mutlak selain daripada Allah S.W.T. Oleh yang demikian, penyelesaian masalah arkeologi oleh ahli arkeologi pasti akan menimbulkan masalah arkeologi yang baharu untuk mereka selesaikan. Tempoh waktu untuk mereka menyelesaikan masalah tersebut bergantung pada cara mereka menyelesaikan masalah tersebut. Penyelesaian masalah Masalah Eksperimen Niat Nilai Idea Tindakan Hipotesis Rajah 1. Kitaran Kelestarian (Abdul Latif Samian, 2010) Oleh yang demikian, samalah juga dengan arkeologi Islam. Ia merupakan satu bidang yang menyelesaikan masalah arkeologi mengikut tatacara kaedah yang berpandukan pada sumber Islam seperti al-quran dan as-sunah kerana sumber ini merupakan sumber yang mutlak dan tidak dapat dipertikaikan. Samalah juga dengan bidang ilmu Islam yang lain, iaitu menyelesaikan masalah dalam bidang masing-masing berpandukan al-quran dan as-sunah seperti perbankan Islam, ekonomi Islam dan sains Islam yang jika dilihat pada awal perkembangannya dikembangkan oleh sarjana Islam dengan menjadikan Quran dan Sunah sebagai panduan dalam kerja-kerja mereka. Masalah yang perlu diselesaikan oleh ahli arkeologi merupakan masalah yang perlu berpandukan kepada konsep patuh syariah (Syariah Compliant). Ini tidak bermakna hanya perbincangan mengenai masjid, maqam, mimbar dan binaan pada zaman Islam sahaja yang perlu dibincangkan manakala masalah berkaitan masyarakat prasejarah dan protosejarah yang beragama Buddha-Hindu didiamkan atau tidak dibincangkan. Masalah atau jumpaan sesuatu bukti berkenaan suatu budaya sebelum kedatangan Islam juga perlu dibincangkan untuk melihat kedudukan agama masyarakat dan juga keadaan masyarakat itu sendiri sebelum kedatangan Islam. Bukanlah niat untuk merendahkan atau membesarkan kehebatan agama selain Islam. Tetapi adalah untuk membina konsep yang berlainan daripada arkeologi biasa seperti yang telah dinyatakan dalam bahagian perbezaan paradigma dalam ilmu. Sebagai contoh, Abu Raihan

38 Jurnal Arkeologi Malaysia 29(1): 35-42 Muhammad Ibn Ahmad al-biruni, seorang sarjana dan ahli sains Muslim yang terkemuka telah mengkaji agama-agama lain di dunia ini terutamanya agama Hindu semasa beliau tinggal di India, telah mengaitkan kesejagatan agama lain dengan al-quran. Kajian beliau tentang perbandingan agama menjadikan beliau lebih kukuh kepercayaannya terhadap Islam. Namun yang paling penting adalah beliau tidak pernah menghina bahkan menjadikan orang Hindu sebagai temannya. Selain membuat kajian berkenaan perbandingan agama, beliau pernah menulis ulasan berkenaan kitab Bahagavad Gita dan teks-teks lain ajaran Hindu. Selain itu juga beliau pernah menterjemahkan Elements karya Euclid dan Almagest karya Ptolemy ke dalam bahasa Sanskrit (Ziauddin Ahmad 1931). Apa yang ingin diketengahkan di sini adalah setiap budaya mempunyai pencapaian ilmu dan juga kaedah pencarian ilmu yang berbeza. Ini kerana budaya dan sekitaran masyarakat itu mempengaruhi ilmu yang dikembangkan oleh masyarakat yang mengamalkan kebudayaan tersebut. Perbezaan budaya akan menghasilkan ilmu yang berbeza kerana penyelesaian masalah sekeliling masyarakat itulah yang membangunkan ilmu dalam masyarakatnya. Cara sesebuah masyarakat mengatasi masalah kebendaan dan cara anggota masyarakat keseluruhannya mencari apa yang dinamai budaya aspirasi yang semuanya cabangan daripada pandangan hidup masyarakat (Ziauddin Sardar 1992). Trigger (1996) menyatakan dalam A History of Archaeological Thought golongan relativis ekstrem berpendapat tafsiran terhadap data arkeologi sangat dipengaruhi oleh pujukan keintelektualan, perbezaan kelas, sikap sayang terhadap etnik, prejudis jantina dan kepentingan peribadi ahli arkeologi yang berpendapat keobjektifan dalam kajian arkeologi adalah mustahil. Bagi relativis pertengahan pula berpendapat tafsiran data arkeologi banyak dipengaruhi oleh masyarakat, budaya dan kepentingan peribadi ahli arkeologi tetapi tetap mengekalkan pandangan mereka bahawa banyak spekulasi boleh dikeluarkan daripada bahan bukti arkeologi. Maksud relativisme yang digunakan di sini dalam erti kata yang sebenar adalah bagaimana sesuatu fenomena dilihat, dinilai dan difahami perbezaannya hasil daripada kepelbagaian budaya dan kesubjektifan yang mana merujuk kepada bagaimana sesuatu fenomena dinilai, dilihat dan difahami perbezaannya hasil daripada kepelbagaian kefahaman individu yang menilai fenomena tersebut. Pengislaman Ilmu Gagasan Pengislaman Ilmu merupakan suatu gagasan yang diutarakan oleh beberapa orang sarjana melalui penulisan mereka seperti Ismail Faruqi(1982), Seyyed Hussein Nasr (1978a, 1978b, 1968) dan Syed Naquib al-attas (1981). Gagasan yang dibawa oleh mereka ini berdasarkan kepada gagasan Pendidikan Islam yang sentiasa wujud sejak munculnya Islam tetapi tanggapannya berubah daripada zaman ke zaman (Shaharir & Abdul Latif 1989). Gagasan Pengislaman Ilmu ini boleh dilihat dengan penubuhan universiti Islam, pembukaan Bank Islam dan yang lebih besarnya adalah Masyarakat Islam. Semua ini merupakan petunjuk penerimaan masyarakat terhadap Gagasan Pengislaman Ilmu, namun pengisian dan pelaksanaannya masih menjadi suatu perbincangan. Pengislaman ilmu bukanlah sekadar menambah mata pelajaran bahasa Arab dalam senarai kursus pelajar, tetapi ia perlu diteliti dengan lebih mendalam, apakah ciri yang perlu ada dalam sesuatu bidang ilmu itu yang hendak diislamkan. Dalam bidang arkeologi, kajian terhadap batu nisan Acheh atau masjid tidak mencukupi untuk dipanggil arkeologi Islam. Ia hanyalah arkeologi biasa yang mengkaji artifak Islam. Jika begitu, mengapa kajian terhadap candi, patung Hindu-Buddha dan artifak bercirikan Hindu-Buddha (Zuliskandar 2011) tidak dipanggil arkeologi Hindu-Buddha? Oleh yang demikian, makalah ini akan memberikan secara peringkat awalan apakah ciri yang patut ada dalam arkeologi Islam. Sebelum itu, kita perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan ilmu Islam? Identiti pengislaman ilmu boleh dilihat pada epistemologi Islam seperti yang dibincangkan oleh Ziauddin Sardar dalam bukunya Arguments for Islamic Science (1985) yang kemudiannya diterjemahkan dalam bahasa Melayu oleh Abdul Latif Samian (1992). Menurut beliau, epistemologi Islam dapat dilihat dalam kaedah yang mempengaruhi pengamalan dan isi kandungan sains.

Muhamad Shafiq Mohd Ali et. al. 39 Epistemologi Islam Epistemologi Islam menekankan pengamalan dan realiti secara keseluruhan dan menggalakkan kepelbagaian kaedah untuk mendapatkan maklumat melalui kajian terhadap alam. Konsep ilmu pengetahuan dalam Islam menggabungkan semua ilmu daripada alam fizik kepada alam metafizik. Ilmu dalam Islam boleh didapati daripada wahyu dan akal, cerapan dan intuisi tetapi kebenaran wahyu merupakan kebenaran utama yang tidak boleh dipertikaikan. Epistemologi Islam menekankan kesalingkaitan segala bentuk ilmu dengan wahyu. Pencarian ilmu dalam Islam dikira ibadat dan menuntut ilmu adalah semata-mata kerana ketaatan kepada Allah dan mencari keredaannya. Tujuan pencarian ilmu atau lebih mudah difahami sebagai proses menyelesaikan masalah ini merupakan suatu kaedah mencari kebenaran. Namun adakah kebenaran yang dicari itu menurut konsep patuh syariah? Adakah ahli arkeologi yang mengkaji kebenaran dengan menyatakan bahawa masyarakat Melayu dahulu pernah menganut agama Hindu-Buddha sama dengan ahli arkeologi yang menyatakan kebenaran baginya agama Hindu adalah agama terhebat kerana berjaya menakluki jiwa orang Melayu? Perbezaan kaedah kebenaran inilah yang membezakan arkeologi Islam dengan arkeologi biasa. Kebenaran merupakan satu perkara yang sentiasa di cari oleh manusia. Ini adalah kerana manusia merupakan makhluk yang sentiasa ingin tahu tentang sesuatu perkara. Perkara yang ingin diketahuinya mestilah diketahui dengan benar. Persoalan-persoalan yang timbul dalam diri dan minda manusia itu menyebabkan mereka berusaha mencari jawapan yang benar. Apakah sebenarnya kebenaran itu? Apakah semua kebenaran yang diperoleh itu boleh diterima dalam konsep Islam? Terdapat beberapa teori kebenaran yang telah diberikan oleh beberapa sarjana daripada zaman ke zaman seperti Teori Kesepadanan, Teori Ketekalan, Teori Pragmatis, Teori Kesetiaan dan Empirik, Teori Demokrasi Barat, Teori Tarski, Teori Kebenaran Plato, Teori Popper (Shaharir 2000) yang semuanya ini bersumberkan dari Barat. Teori Keislaman Klasik pula merupakan satu-satunya teori kebenaran yang sesuai dengan Islam. Dalam teori ini, kebenaran mutlak wujud dan merupakan kebenaran yang terkandung dalam al-quran dan al-sunnah. Terdapat juga kebenaran secara relatif terhadap sesebuah paradigma (Kuhn 1970; Mulkay 1979) iaitu kebenaran yang diperoleh daripada pancaindera dan akal manusia. Kebenaran inilah yang berubah-ubah mengikut manusia yang merasai sesuatu situasi di sekelilingnya. Unsur dalam Arkeologi Islam Jika dilihat daripada sudut luaran, nampak antara arkeologi Islam dan biasa adalah hampir sama. Namun, jika dilihat secara mendalam, dapat dilihat beberapa perkara asas yang membezakan antara keduanya. Dalam bahagian ini akan dibincangkan perkara-perkara yang difikirkan oleh penulis sebagai asas kepada arkeologi Islam. Arkeologi Islam adalah arkeologi yang mempunyai permasalahan yang patuh syariah, niat yang berlandaskan syariah dan kaedah penyelidikan yang berpandukan al-quran dan al-sunah. Jika dilihat pada perkara patuh syariah, ia perlulah diperjelaskan dengan terang apakah itu patuh syariah? Apakah kriteria yang diperlukan sebelum sesuatu perkara itu dikatakan patuh syariah? Ini perlu dijelaskan dahulu dan bagaimana ia boleh dikaitkan dengan arkeologi Islam. Niat merupakan perkara utama dan sangat penting dalam melakukan ibadat. Boleh dilihat dalam semua perbuatan dalam Islam, niat merupakan perkara utama yang membolehkan seseorang Muslim itu mendapat pahala dalam pekerjaannya. Niat akan menentukan sesuatu pekerjaan yang dilakukan sama ada baik atau buruk kerana manusia itu sahaja yang tahu apa yang diniatkan sewaktu dia melakukan suatu pekerjaan itu. Bagi kaedah penyelidikan pula, ianya perlu berpandukan kepada al-quran dan al-sunnah. Apakah yang dimaksudkan dengan berpandukan kepada al-quran dan al-sunnah? Bukanlah kaedah arkeologi didapati daripada al-quran dan al-sunnah itu sendiri tetapi tatacara kaedah

40 Jurnal Arkeologi Malaysia 29(1): 35-42 penyelidikannya boleh didapati dan dirujuk dalam al-quran dan al-sunnah. Kaedah eksperimen perlulah dilakukan dengan tambahan nilai-nilai Islam seperti Ihsan dan Itqan diterapkan dalam penyelidikan. Nilai Ihsan ini adalah melakukan sesuatu itu dengan berhati-hati dan terbaik kerana walaupun kita tidak melihat Allah, Allah melihat kita, manakala Itqan boleh dikatakan melakukan sesuatu dengan penuh komitmen, kecemerlangan, kemahiran yang tinggi dan penuh iltizam. Jika dirujuk kepada laman web rasmi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), sikap Ihsan dan Itqan ini apabila diterapkan dalam diri akan melahirkan pekerja yang berdedikasi dan sentiasa patuh pada arahan Tuhan sama ada dalam keadaan sunyi atau di khalayak ramai. Dalam kerja Arkeologi Islam, sikap Ihsan dan Itqan ini akan menjadikan ahli arkeologi Islam bekerja atau membuat penyelidikan tanpa ada niat untuk memutarbelitkan data. Terdapat beberapa laporan yang menyatakan mengenai salah laku ahli arkeologi dengan membuat beberapa penipuan dalam penyelidikan mereka sekadar hanya mahu mengejar nama. Ini menyalahi konsep kebenaran dan perlulah dilihat kembali kepada niat asal mereka melakukan penyelidikan. Selain daripada Ihsan dan Itqan, mengambil Iktibar bagi kejadian masa lalu juga sangat penting supaya keburukan yang dilakukan oleh masyarakat masa lalu tidak diulang kembali dan kebaikan atau kemajuan mereka perlulah dicontohi. Iktibar merupakan antara perkara yang sangat dititik beratkan dalam al-quran. Dalam al-quran sendiri banyak kali diulang berkenaan sejarah para nabi dan rasul yang terdahulu daripada Nabi Muhammad. Ini adalah untuk memberi Iktibar kepada umat yang berada pada zaman Nabi Muhammad dan juga umat selepasnya. Oleh yang demikian tidak perlu dalam Arkeologi Islam hanya mengkaji jumpaan dalam sela waktu Islam sahaja tetapi semuanya penting untuk dijadikan Iktibar. Jika melihat kepada jumpaan berunsur animisme atau Hindu-Buddha sepatutnya sebagai ahli arkeologi merasa bersyukur dengan hidayah yang diberikan kepada kita. Pemeliharaan bahan bukti sebelum kedatangan Islam adalah penting untuk melihat perkembangan masyarakat sebelum kedatangan Islam. Ini semuanya bergantung kepada niat pengkaji itu sama ada untuk menerangkan kepada masyarakat tentang agama lain yang dianuti sebelum kedatangan Islam atau mahu mengagungkan agama lain. Dalam al-quran juga ada menyebut berkenaan larangan bagi orang Islam menghina sembahan orang kafir kerana kelak mereka akan menghina Allah SWT. Sedangkan dakwah perlu dilakukan dengan berhikmah, inikan pula kita berurusan dengan sembahan mereka. Walaupun ada pendapat yang menyatakan bahawa tiada keperluan pada zaman ini untuk menyimpan artifak yang datang sebelum kedatangan Islam kerana masyarakat kini majoritinya Islam, namun suatu keperluan untuk memberitahu kepada generasi akan datang berkenaan kepercayaan masyarakat sebelum kedatangan Islam. Persoalan seterusnya adalah, adakah hanya orang Islam sahaja yang boleh mengikuti kaedah Arkeologi Islam? Jawapannya tidak kerana sama seperti ekonomi dan perbankan Islam yang tetap boleh digunakan oleh semua pihak. Ia hanyalah sebuah konsep baharu yang diperkenalkan untuk menyusun ilmu itu supaya lebih mendekatkan diri dengan Tuhan. Bukanlah ilmu itu yang diislamkan atau dikafirkan. Manusia yang mengikut konsep ini jika mengikut tatacara yang diberikan seperti di atas pastinya dia sedang melakukan Arkeologi Islam. Arkeologi Islam bukanlah suatu yang eksklusif yang hanya boleh diikuti oleh ahli arkeologi beragama Islam sahaja, tetapi ianya adalah inklusif iaitu boleh diamalkan oleh semua. Seterusnya kita boleh lihat apakah persamaan antara arkeologi Islam dan arkeologi biasa? Dalam sesuatu konsep tidaklah ia berbeza terus dengan konsep lain. Perkara utama yang menjadi persamaan antara keduanya adalah artifak yang dijumpai tidak boleh diambil menjadi hak individu. Ini boleh dikatakan bahawa pengkaji mencuri artifak yang berharga seperti barangan kemas dan barangan berharga dengan meninggalkan barangan yang tiada nilai perdagangan. Selain itu, perlulah menghormati hak orang lain. Menghormati hak orang lain ini boleh dibincangkan daripada banyak sudut seperti pampasan kepada tuan tanah yang memberikan kawasan mereka untuk dijadikan kawasan kajian. Di samping itu, hak pengkaji yang menjumpai sebarang penemuan juga perlu dibincangkan dengan lebih lanjut. Ahli arkeologi juga perlu berhati-hati dalam melakukan kajian supaya tidak merosakkan kawasan kajian atau apa-apa yang tidak berkaitan dengan kajian. Nabi SAW melarang membunuh haiwan ternakan dan merosakkan tanaman sewaktu dalam peperangan

Muhamad Shafiq Mohd Ali et. al. 41 melawan musuh. Sedangkan dalam keadaan peperangan pun tidak boleh melakukan kerosakan, inikan pula sewaktu bekerja mencari kebenaran. Bagaimanakah tatacara kaedah penyelidikan Arkeologi Islam ini dijalankan? Apakah perbezaannya dengan arkeologi biasa? Jika dilihat secara terasnya, ia masih sama kerana menggunakan teori, membuat hipotesis, melakukan kajian secara ekskavasi, analisis jumpaan, membuat kesimpulan. Perbezaannya boleh dilihat secara sudut penyelesaian. Bagaimanakah hasil kajian boleh membuat pengkaji mengukuhkan dirinya sebagai seorang Muslim? Bagaimanakah kajian mereka dapat mengingatkan diri kepada Allah dan kajian ini akan mengukuhkan keimanan. Inilah yang membezakan antara Arkeologi Islam dengan Arkeologi biasa. Namun perkara ini bukanlah seperti sijil halal yang menumpukan pada perkara yang boleh dan tidak boleh. Akan tetapi adalah untuk memberi panduan dan perbezaan antara Arkeologi Islam dengan arkeologi biasa. Ini kerana selama ini Arkeologi Islam hanya menumpukan kajian kepada masjid, maqam, seni khat, mimbar masjid dan binaan serta hasil daripada zaman kebangkitan Islam. Kesimpulan Kajian arkeologi Islam selama ini hanya menumpukan kepada artifak Islam seperti makam, batu nisan, masjid, minbar dan beberapa artifak Islam yang lain. Sikap dan sifat Islam seperti Ihsan, Itqan dan mengambil iktibar kurang ditekankan dalam penyelidikan arkeologi. Oleh itu, sikap dan sifat ini perlu dititikberatkan dalam kajian arkeologi supaya suatu paradigma baharu dalam kajian arkeologi dapat diperkenalkan dan penjenamaan semula terhadap arkeologi Islam. Makalah ini merupakan suatu penelitian awal terhadap aspek atau nilai yang perlu dilihat dan dibincangkan untuk memperkenalkan arkeologi Islam dalam dimensi lain seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Setiap paradigma yang berlainan akan menghasilkan maklumat yang berlainan serta memberikan kepelbagaian kepada hasil analisis. Rujukan Abdul Latif Samian. 2016. Scientific Creativity In Malay Cosmology: A Phenomenological Perspective. Dlm. Anna-Teresa et al. (eds.). Analecta Husserliana. USA: Springer. Abdul Latif Samian. 2014. The epistemology of values and sustainability. KATHA 10: 16-25. Abdul Latif Samian & Khairul Anwar Mastor. 2003. Perkembangan Sains dan Peradaban Manusia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hole, F. dan Heizer, R.F. 1990. Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ismail Raji al-faruqi. 1982. Islamisation of Knowledge: General Principles and Workplan. Washington DC: IIIT. Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Kuhn, T.S. 1970. The Structure of Scientific Revolutions. Chicago: The University of Chicago Press. Martin, Paul S. 1992. Revolusi Keilmuan dalam Arkeologi. Jurnal Arkeologi Indonesia 1: 20-23. Mulkay, Michael. 1979. Science and the sociology of knowledge. London, Boston: G. Allen & Unwin Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2014. Glosari Arkeologi Alam Melayu. Bangi: Institut Alam & Tamadun Melayu, UKM. Seyyed Hossein Nasr. 1968. Science and Civilization in Islam. USA: Cambridge. Seyyed Hossein Nasr. 2010. Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Terjemahan daripada An Introduction to Islamic Cosmological Doctrines (Revised Ed.). 1978. Boston: Shambata Publication. Shaharir Mohamad Zain & Abdul Latif Samian. 1989. Pengislaman Sains Matematik. Dlm Osman Bakar (pnyt). Islam dan Pemikiran Sains Masa Kini. Petaling Jaya: Mekar Publishers & Akademi Sains Islam Malaysia. Syed Muhammad al-naquib al-attas. 1981. Positive Aspects of Tasawwuf: Preliminary Thought on An Islamic Philosophy of Science. Selangor: ASASI. Trigger. G.B. 1996. A History of Archaeological Thought. Cambridge: Cambridge University Press. Ziauddin Ahmad. 1931. Al-Biruni, His Life & His Works. Islamic Culture 5: 348

42 Jurnal Arkeologi Malaysia 29(1): 35-42 Ziauddin Sardar. 1985. Arguments for Islamic Science. India: Centre for Studies on Science. Terjemahan oleh Abd. Latif Samian. 1993. Hujah Sains Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka Zuliskandar Ramli et. al. 2011. X-ray fluorescent analysis on Indo-Pacific glass beads from Sungai Mas archaeological sites, Kedah, Malaysia. Journal of Radioanalytic Nuclear Chemistry 287: 741-747. Muhamad Shafiq Mohd Ali Pegawai Sains Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM, Bangi, Selangor Email: muhdshafiq@ukm.edu.my Zuliskandar Ramli Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, Bangi, Selangor Email: ziskandar2109@gmail.com Abdul Latif Samian Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, Bangi, Selangor Email: abdlatif@ukm.edu.my