ISU PENGUASAAN BAHASA ARAB DAN HAFAZAN AL-QURAN

Similar documents
Tahap Kemahiran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Berbantukan Mufradat dan Uslub Al-Quran

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

ISU DALAM PENDIDIKAN TAHFIZ : SATU ANALISIS ABSTRAK

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

Tahap Pengetahuan dan Persepsi Pelajar terhadap Pengajian Hadith di Universiti Sultan Zainal Abidin

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MASJID

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Penguasaan dan Kesalahan Bacaan dalam Surah Al-Fatihah di kalangan Pelajar DKA 1A Sesi Dis 2012 : Satu Kajian Tindakan

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HAFAZAN MASRUR DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN MINAT DAN PENGUASAAN MURID UNTUK MENGHAFAZ SURAH AL- C ᾹDIYᾹT

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMBELAJARAN ILMU HADITH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SARAWAK, MALAYSIA

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

STUDENTS DIFFICULTIES IN READING COMPREHENSION AT THE EIGHTH GRADE OF MTS NURUL ISLAM BANJARMASIN YEAR 2013/2014

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 10, Issue 1 (2018) 50-65

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

CLASSROOM TECHNIQUES USED TO IMPROVE STUDENTS SPEAKING SKILL: A NATURALISTIC STUDY AT ENGLISH TUTORIAL PROGRAM AT UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH SURAKARTA

MENINGKATKAN KEMAHIRAN HAFAZAN AL-QURAN MURID TAHAP 2 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH. Oleh ABD RAZAK B.

AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

KEBERKESANAN KURIKULUM QIRAAT DI KALANGAN PELAJAR DARUL QURAN: SATU TINJAUAN AWAL

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

SEKOLAH TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR: SATU KAJIAN RINTIS TERHADAP PENGUASAAN ILMU TAJWID

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

FORECASTING REVENUE PASSENGER ENPLANEMENTS USING WAVELET-SUPPORT VECTOR MACHINE MOHAMAD AIMAN ZAINUDDIN

Kemahiran Rasm Mushaf Uthmani Guru J-QAF Negeri Terengganu

ABSTRAK. Kata Kunci : Penghayatan muraja ah al-quran, pelajar tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

Pembangunan Laman Sesawang Kemahiran Mendengar Bahasa Arab (Maharat al-istima wa al-fahm): Mendokong Dasar e-pembelajaran di UKM

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

MODEL PENILAIAN PROGRAM TAHFIZ AL-QURAN DI NUSANTARA BERDASARKAN MODEL PENILAIAN PROVUS (DISCREPANCY EVALUATION MODEL)

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

PENGGUNAAN B-PoP: RASULULLAH, KEKASIH ALLAH DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI DAN MENGINGAT KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Penguasaan Bacaan Hamzah Wasal Menggunakan Kaedah Bafkad (Mastering the Reading of Hamzah Wasal Using Bafkad Method)

Jurnal Hadhari 7 (1) (2015)

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

Transcription:

ISU PENGUASAAN BAHASA ARAB DAN HAFAZAN AL-QURAN 1 Wazzainab Ismail, 1 Ku Fatahiyah Ku Azizan, 1 Hanis Najwa Shaharuddin, 1 Farah Nur Rashida Rosnan, & 2 Norafidah Gordani wazzainab@kuis.edu.my, kufatahiyah@kuiss.edu.my, hanisnajwa@kuis.edu.my farahnurrashida@kuis.edu.my, & abid_dhaif@yahoo.com 1 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS 2 Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM ABSTRAK Kajian-kajian lepas menjelaskan hubungan erat al-quran dan bahasa Arab serta menerangkan bagaimana teknik-teknik tertentu dapat membantu mahasiswa menguasai bahasa Arab dan al- Quran. Namun relevensi kajian ini adalah jelas kerana masih terdapat di sana isu-isu yang masih memerlukan penambahbaikan. Terdapat beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan pembelajaran bahasa Arab membantu kemahiran pembacaan al-quran. Selainnya menyatakan kelemahan pelajar tahfiz menguasai bahasa Arab walaupun telah selesai menghafaz sebahagian atau separuh al-quran. Maka permasalah kajian adalah jelas bahawa terdapat isu antara penguasaan bahasa Arab dan hafazan al-quran. Kajian secara kualitatif melalui analisis dokumen akan meneliti kekurangan yang terdapat pada pembelajaran bahasa Arab dan teknik hafazan al- Quran. Kajian mendapati bahawa teknik P&P kepada pelajar tahfiz perlu berbeza. Pelaksanaan P&P perlu menghubungkan antara kemahiran bahasa, ilmu bahasa dan ilmu al-quran yang bukan semata-mata hafazan. Manakala penekanan hafazan hendaklah seiring penguasaan kemahiran bahasa Arab. Kata kunci: hubungkait; penguasaan; bahasa Arab; hafazan; al-quran. 21

1.0 PENGENALAN Bahasa Arab dan al-quran adalah dua perkara yang sangat berhubung antara satu sama lain. Al- Quran adalah kalam Pencipta Agung Allah S.W.T dan merupakan mukjizat terulung Rasulullah S.A.W sebenarnya tidak berhajat kepada sesuatu pun. Namun untuk memahami mukjizat ini maka perlu didekati elemen yang terdapat padanya iaitu bahasa Arab. Al-Quran dan bahasa Arab adalah dua perkara yang berkait rapat antara satu dengan yang lain (Moh. Maksyufun Nuha, 2015). Mereka yang fasih membaca al-quran akan mudah untuk membaca teks-teks Arab dengan lancar. Bahasa Arab dan al-quran seumpama dua sisi mata wang yang tidak dapat dipisah-pisahkan antara satu dengan yang lainnya. Mempelajari bahasa Arab adalah syarat wajib untuk menguasai isi al-quran dan mempelajari bahasa al-quran bermaksud mempelajari bahasa Arab. Dengan demikian penguasaan pelajaran bahasa Arab dengan kemampuan membaca al- Quran merupakan satu kesepaduan dalam pelajaran pendidikan. (Moh. Maksyufun Nuha, 2015). Bahasa Arab sebagai bahasa al-quran penting dipelajari dan dikuasai sebagai bahasa pengantar menuju pemahaman Al-Quran (Nur Hizbullah, 2012, Mohd Zahimie& Hakim Zainal, 2014). Penguasaan bahasa Arab merupakan salah satu faktor yang sangat penting dalam diri individu dan mempunyai hubungan kuat dengan kemampuan seseorang dalam membaca al- Quran, ini kerana sekiranya seseorang itu mampu menguasai bahasa Arab dengan baik maka akan lebih mudah dalam memahami al-quran, Hadis atau ilmu-ilmu pengetahuan agama lainnya yang menggunakan bahasa Arab. Oleh itu, agak sukar baginya memahami al-quran, Hadis dan ilmu-ilmu pengetahuan agama yang lain sekiranya lemah dalam penguasaan bahasa Arab (Moh. Maksyufun Nuha, 2015). Antara tujuan utama pembelajaran bahasa Arab adalah memahami isi kandungan al- Quran, mendalami ajaran agama Islam dan memahami istilah-istilah Arab yang digunakan di dalam pelbagai bidang ilmu. Dengan adanya pelbagai jenis pendekatan dan metode boleh membantu para pelajar menguasai bahasa (Al-Muslim Mustapa & Zamri Arifin, 2012; Zamri Ahmad & Ibtisam Abdullah, 2014; M. Ilham Muchtar, 2015). 2.0 KAJIAN LITERATUR Beberapa kajian di peringkat sarjana telah dijalankan demi menguji kolerasi di antara penguasaan bahasa Arab dan kaitannya dengan penguasaan al-quran. Kajian yang telah 22

dijalankan oleh seorang pelajar sarjana Indonesia ke atas siswa MI Matholiunnajah Sinanggul Mlonggo Jepara sesi 2014-2015, bertujuan untuk meneliti seberapa kuat hubungan penguasaan bahasa Arab terhadap kemampuan membaca al-quran dan signifikan hubungan penguasaan pelajaran bahasa Arab terhadap kemampuan membaca Al-Qur an. Ternyata, terdapat pengaruh sangat signifikan di antara penguasaan pelajaran bahasa Arab terhadap kemampuan membaca al- Quran. Ini bermakna, tinggi rendahnya penguasaan pelajaran bahasa Arab mempunyai hubungan erat dengan kemampuan dalam membaca kitab suci al-quran (Moh. Maksyufun Nuha, 2015). Selain membuktikan bahawa terdapat pengaruh positif antara hafalan al-quran dan prestasi pembelajaran bahasa Arab (Husna Rosidah, 2015). Kajian Nor Syazwina, Suhaila, Salamiah, Ummu Hani dan Zuraida (2012), pula menyatakan bahawa kekerapan pembacaan al-quran dengan memberi penekanan pada subjek tertentu contohnya partikel al-jarr dan al-zarf dapat memperbaiki kemahiran membaca teks Arab. Manakala hasil kajian yang telah dijalankan di Pondok Pesantren Tahaffudzul Quran Purwoyoso Ngaliyan Semarang, menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif antara penguasaan mufradat dengan kemampuan menghafal al-quran. Oleh karena itu, semakin tinggi penguasaan mufradat mahasiswa, semakin tinggi pula kemampuan membaca al-quran mereka, sebaliknya semakin rendah penguasaan mufradat pelajar, semakin rendah pula kemampuan membaca al-quran (Siti Sofiah, 2013). Maka terdapat hubungkait yang sangat rapat di antara penguasaan bahasa Arab dengan pencapaian hafazan al-quran. Beberapa kajian telah dijalankan, antaranya adalah berkaitan kekuatan penguasaan mufradat bahasa Arab dan hubungkaitnya dengan hafazan al-quran. Hafazan al-quran merupakan kaedah terbaik dalam menguasai mufradat dan boleh diaplikasikan penggunaan kalimahnya ketika proses pembelajaran dan pengajaran. (Mohd Zulkifli Bin Muda, Harun Bin Baharudin, Siti Fatimah Salleh, 2015). Kenyataan ini turut disokong oleh Zahriah Hussin, Nik Farhan Mustapha, Che Radiah Mezah, Pabiyah Toklubok@Hajimaming, Normaliza Abd Rahim (2016). Kajian ini dijalankan ke atas pelajar tahfiz untuk mengetahui kepentingan pengetahuan nahu (tatabahasa) Arab dalam proses menghafaz al-quran. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang sangat kuat di antara penguasaan nahu Arab dalam pembelajaran hafazan al-quran. Penguasaan nahu dilihat sangat memberikan impak positif dalam mempengaruhi hafazan al-quran. Bahkan, para pelajar yang menghafaz al-quran mendapat dua kebaikan iaitu melalui hafazan al-quran itu sendiri dan 23

dapat menggunakan ayat-ayat yang dihafaz ketika mempraktikkan bahasa Arab. Manakala guru bahasa Arab pula berperanan penting dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab agar lebih menarik. 3.0 PERMASALAHAN KAJIAN Perkembangan hafazan al-quran di Malaysia sangat pesat. Perkembangan terkini menunjukkan bahawa sekolah aliran menghafal al-quran atau tahfiz al-quran mula mendapat perhatian masyarakat. Maahad tahfiz tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan dan setiapnya menawarkan pendekatan dan reka bentuk kurikulum yang pelbagai dan tersendiri (Noor Hisham, Nur Azuki, Mohd Binyamin & Nasrul Hakim, 2014). Walaupun kajian-kajian lepas menjelaskan hubungan erat al-quran dan bahasa Arab serta menerangkan bagaimana teknik-teknik tertentu dapat membantu mahasiswa menguasai bahasa Arab dan al-quran. Namun relevensi kajian ini adalah jelas kerana masih terdapat di sana isu-isu yang masih memerlukan penambahbaikan. Terdapat beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan pembelajaran bahasa Arab membantu kemahiran pembacaan al-quran. Selainnya menyatakan kelemahan pelajar tahfiz menguasai bahasa Arab walaupun telah selesai menghafaz sebahagian atau separuh al-quran. Maka permasalah kajian adalah jelas bahawa terdapat isu antara penguasaan bahasa Arab dan hafazan al-quran. 3.1 Objektif Kajian i. Mengenalpasti isu penguasaan bahasa Arab dan hafazan al-quran. ii. Mencadangkan bentuk pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar tahfiz. 3.2 Metodologi Kajian Kajian ini adalah kajian kualitatif melalui analisis dokemen. Kajian-kajian lepas yang berkaitan penguasaan bahasa Arab dan hafazan al-quran dikaji dan dilihat kekurangan yang masih memerlukan penambahbaikan selain isu kelemahan pelajar tahfiz dalam penguasaan bahasa Arab. 4.0 DAPATAN KAJIAN Kebanyakan kurikulum tahfiz di Malaysia hanya mengutamakan aspek kemahiran membaca, menghafaz, mengenal hukum-hukum bacaan dan lagu atau tarannum. Namun, aspek kefahaman 24

dan penjanaan berfikir dengan ayat-ayat yang dipelajari tidak dipentingkan. Aspek kefahaman inilah sudah tentu berkait rapat dengan penguasaan bahasa Arab (Mahyuddin Ashaari, 2001). Pelajar tahfiz sepatutnya perlu mengetahui kepentingan menghayati dan memahami ayat dalam menghafaz al-quran. Matlamat dan objektif pendidikan tahfiz tidak akan tercapai sekiranya kaedah kefahaman ayat tidak diberi perhatian yang sewajarnya (Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri, Misnan Jemali & Aderi Che Noh, 2014). Selain itu, pelajar tahfiz kurang berusaha dalam mencari makna kalimah dan maksud ayat. Ini kerana pensyarah-pensyarah tasmik kurang memberikan penekanan terhadap makna kalimah dan maksud ayat yang dihafaz. Kaedah kefahaman ayat kurang diberi perhatian sama ada pelajar mahupun guru (Azmil Hashim & Ab. Halim Tamuri, 2012; Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri & Misnan Jemali, 2013). Secara ringkas dapat disimpulkan bahawa bahasa Arab dan al-quran adalah dua perkara yang mendokong antara satu lain. Terdapat kajian yang signifikan dalam menzahirkan kolerasi antara penguasaan bahasa Arab dan bacaan dan pemahaman al-quran. Namun terdapat perbezaan yang akan dikupas dalam penyelidikan ini kerana senario adalah berbeza antara hafazan al-quran diberi fokus yang tinggi sebaliknya pembelajaran bahasa Arab tidak dijalankan seperti yang sepatutnya. Ini boleh juga dilihat pada keadaan di mana pembelajaran bahasa Arab yang tidak dihubungkan dengan al-quran. Kesannya hafazan al-quran tidak membantu penguasaan pembelajaran bahasa Arab. 5.0 PERBINCANGAN KAJIAN Analisis kajian-kajian lepas menyatakan hubungan antara bahasa Arab dan al-quran. Namun hubungan ini perlu dilihat dengan lebih kritis dan kreatif. Matlamat dan objektif pendidikan tahfiz tidak akan tercapai sekiranya kaedah kefahaman ayat tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Menurut Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri, Misnan Jemali & Aderi Che Noh (2014), pelajar tahfiz sepatutnya perlu mengetahui kepentingan menghayati dan memahami ayat dalam menghafaz al-quran. Maka Isu penguasaan bahasa Arab dan hafazan al-quran menggariskan cadangan tersebut: - Keperluan pengajaran secara kombinasi antara kemahiran bahasa Arab dan hafazan al-quran. - Kreativiti dalam teknik dan metodologi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. - Bentuk latihan dan aktiviti yang membantu penguasaan bahasa melalui perkataan yang dihafaz. 25

- Pembelajaran bahasa Arab untuk pelajar Tahfiz perlu berbeza. - Bahasa Arab dan Hafazan al-quran perlu sentiasa dilihat seiring. - Pelaksanaan P&P perlu menghubungkan antara kemahiran bahasa, ilmu bahasa dan ilmu al-quran yang bukan semata-mata hafazan. - Penekanan hafazan hendaklah seiring penguasaan kemahiran bahasa Arab. - Pengajaran secara peta minda sangat berkesan. - Pengajaran dan pembelajaran berfikir aras tinggi adalah amat diperlukan. - Kesediaan guru Tahfiz dalam usaha membantu pelajar menguasai bahasa dan menghafaz al-quran dengan baik. Contoh Cadangan Pembelajaran Bahasa Arab melalui ayat al-quran. و ف ت ح ت ٱلس م ا ء ف ك ان ت أ ب و ٲب ا )١٩( و س ي ر ت ٱل ج ب ال ف ك ان ت س ر اب ا )٢٠( م ر ص ادا )٢١( إ ن ج ه ن م ك ان ت Terjemahan ayat: Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas, (19) Dan gunung-ganang, setelah dihancurkan, diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir. (20) Sesungguhnya Neraka Jahanam adalah disediakan; (21). Ayat berikut adalah daripada Surah An-Naba. Ayat 19 hingga 21. Pelajar Tahfiz dengan mudah menghafaz ayat ini, namun pengetahuan bahasa juga perlu disemai dan disokong. 26

Jadual 1: Contoh pembelajaran bersepadu hafazan ayat dan ilmu bahasa Arab. Perbincangan hanya untuk satu perkataan iaitu (futihat). Perkataan tersebut dianalisis secara kritis dalam ilmu bahasa Arab. Jadual 2: Contoh pembelajaran bersepadu hafazan ayat dan ilmu bahasa Arab. Ayat al-quran Klasifikasi Ilmu Contoh Pembelajaran Bersepadu Ayat al-quran إ ن ج ه ن م ك ان ت م ر ص ادا )٢١( 1- Ilmu al- Quran Surah An Naba Juzuk 30. Terdiri 40 ayat. Makkiyyahditurunkan di Makkah. 2- Ilmu bahasa Segi Nahu: Arab Inna: Perkataan selepas inna Perbincangan daripada segi ilmu tafsir, asbab nuzul dan lain-lain ilmu yang berkaitan. Segi Saraf: Pengetahuan Jahannam bahasa arab adalah membantu muannas pelajar 27

dibaca dengan baris fathah. Kanat: Dibaca kanat kerana perkataan jahannam adalah perempuan. Terdapat isim kanat yang tidak kelihatan secara zahir. majazi. Iaitu kata nama kategori perempuan yang tiada alamat, tetapi secara kiasan. mengingati baris. Mirsoda: Perkataan ini dibaca dengan hukum nasab. 3- Kemahiran bahasa Arab Kemahiran menulis: Menulis ayat lain menggunakan perkataan daripada ayat ini. الجهنم قريبة إن جهنم مرجعة Kemahiran bertutur: فهمتتتتت متتتتن ا يتتتتة أن جهنم قريبة Pembelajaran bersepadu di atas adalah contoh perincian ayat al-quran dengan meneliti maklumat daripada ilmu bahasa dan ilmu al-quran. Seterusnya disemai kreativiti untuk kemahiran bahasa. 28

Jadual 3: Cadangan teknik HUBUNG dalam pembelajaran bahasa Arab bersepadu hafazan al-quran. Teknik HUBUNG ialah teknik menghafaz ayat kemudian menghuraikan segala ilmu di dalamnya. Seterusnya menghayati semua maklumat dan menghidupkan bahasa dan ilmu bahasa melalui praktis dan penggunaan dalam kehidupan. Cadangan jadual pembelajaran ini adalah satu inisiatif kajian ini demi menzahirkan bahawa hubungan bahasa Arab dan al-quran perlu diserlahkan dengan kreatif dan kritis agar kedua-kedua item yang paling utama dalam Islam ini diberi penekanan sebaiknya. 6.0 KESIMPULAN Jelas di sini bahawa penguasaan bahasa Arab dan hafazan al-quran adalah dua perkara yang amat berkait rapat. Keterbatasan ilmu pelajar tidak mudah memahami kombinasi ilmu dan maklumat lengkap yang terdapat dalam ayat al-quran tanpa kesungguhan guru dalam usaha memberi maklumat tersebut. Sesuatu yang berhubung secara luaran tidak dapat memberi kesan yang baik tanpa analisis yang mendalam terhadap kaitan antara dua perkara. Maka tidak hairan semua orang Islam bukan berbangsa Arab hanya akan terus membaca al-quran dan tidak 29

memahami makna dan tidak mengetahui bahasa Arab walaupun sekadar asas. Begitu juga pelajar Tahfiz hanya gah dengan hafazan 30 juzuk yang lancar. Tetapi ayat mudah untuk bertutur dalam bahasa Arab tidak mampu diungkap jika hanya menghafaz tanpa memahami dan mendalami ilmu dan kemahiran bahasa Arab. Oleh itu adalah menjadi misi besar kepada umat Islam untuk memahami al-quran dan bahasa Arab mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing. 30

RUJUKAN Al-Muslim Mustapa & Zamri Arifin. Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab: Satu Tinjauan Literatur Di Negeri Sembilan. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR 12), disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman, Moktar Hussain, Suhaila Zailani @ Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, HakimZainal, &Zainuddin Ismail. Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 978-967- 5478-49-9. Azmil Hashim & Ab. Halim Tamuri. Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pembelajaran Tahfiz Al- Quran Di Malaysia. Journal Of Islamic And Arabic Education 4(2), 2012 1-10. Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri & Misnan Jemali. Latar Belakang Guru Tahfiz Dan Amalan Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Quran Di Malaysia. O-jIEThe Online Journal of Islamic Education January 2013, Vol. 1 Issue 1, 28-39. Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri, Misnan Jemali & Aderi Che Noh. Kaedah Pembelajaran Tahfiz dan Hubungannya dengan Pencapaian Hafazan Pelajar. Journal of Al-Quran and Tarbiyyah, Vol 1(1) 2014 : 9-16 (e-issn : 2289-6171). Hazrul Affendi Mohmad Razali, Zamri Arifin & Hakim Zainal. Analisis Item Ujian Tahap Penguasaan Ilmu Nahu Pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Jurnal AL- ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT) Volume 2(2), Disember 2016: 1-22. Husna Rosidah, 2015. Pengaruh Kemampuan Menghafal al-quran Terhadap Prestasi Belajar Bahasa Arab Siswa TAhfiz MTs. YAPI PAKEM SLEMAN Yogyakarta Ditinjau dari Perspektif Teori Behavioris. Tesis Sarjana. Program Studi Pendidikan Bahasa Arab, Fakultas Ilmu Tarbiyah dan Keguruan, Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta. M. Ilham Muchtar. 2015. Penerapan Metode Al- ArabiyyahBaynaYadaik Dalam Pembelajaran Bahasa Arab Di Ma had Al-Birr Makassar. Hunafa:Jurnal StudiaIslamika. Vol. 12, No. 1, Juni 2015: 121-140. Mahyuddin Ashaari.Pendidikan Al-Quran Menjana Keupayaan Berfikir. Jurnal Pendidikan Islam, Jilid 9, Bil.4, November 2001/1422. Moh. Maksyufun Nuha.2015. Tesis Sarjana. Studi Korelasi Antara Penguasaan Pelajaran Bahasa Arab Dengan Kemampuan Membaca Al-Qur an Siswa Mi Matholiunnajah SinanggulKec. MlonggoKab. Jepara Tahun Pelajaran 2014/2015. Fakultas Ilmu Tarbiyah Dan Keguruan Universitas Islam Negeri Walisongo, Semarang. Mohd Zahimie Mohd Dzahid & Hakim Zainal. Pengaruh Kelancaran Membaca Al-Quran Terhadap Kelancaran Membaca Teks Arab: Kajian Kes Di KUIM. Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014. (pnyt.) Zamri Arifin, Maheram Ahmad, SuhailaZailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, MohamadZaidin Mat @ Mohamad, Khazri 31

Osman, Al Muslim Mustapa&MohdShahrizalNasir. Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UNISZA. ISBN 978-967-5478-78-9. Mohd Zulkifli Muda, Harun Baharudin, Siti Fatimah Salleh. 2015. Kaedah Penguasaan Mufradat Bahasa Arab Melalui Ayat Lazim Berasaskan Hafazan Al-Quran: Tinjauan Awal. SQ 2015 eproceedings International Seminar on al-quran in Contemporary Society 10 11 October 2015. Faculty of Islamic Contemporary Studies, UniSZA Noor Hisham Md Nawi, Nur Azuki Yusuff, Mohd Binyamin CheYaacob & Nasrul Hakim Salleh. Matlamat Dan Halatuju Sistem Pengajian Tahfiz Di Kelantan; Satu Pengamatan Awal. 4 th International Conference And Exhibition On Islamic Education 2014. Nur Hizbullah. Program Kajian Bahasa Arab Al Qur an dan Pemahamannya dengan Metode Komprehensif. Jurnal Al-Azhar Indonesia Seri Humaniora, Vol. 1, No. 4, September 2012. Nur Syazwina Mustapa, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Ummu Hani Hashim, Zuraida Shaadon. 2012. Kajian Meningkatkan Kemahiran Asas Membaca Teks Arab Melalui Kemahiran Membaca Al-Qur an Dan Kaedah Latih Tubi. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR 12). disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman, Moktar Hussain, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal & Zainuddin Ismail. Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. ISBN 978-967- 5478-49-9. http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm. Siti Sofiah. 2013. Studi Korelasi Antara Penguasaan Mufradat dengan Kemampuan Membaca Al-Quran di Pondok Pesantren Tahaffudzul Qur an Purwoyoso Ngaliyan Semarang. Tesis Sarjana. Jurusan Pendidikan Agama Islam, Fakultas Ilmu Tarbiyah dan Kependidikan IAIN Walisongo Semarang. Zahriah Hussin, Nik Farhan Mustapha, Che Radiah Mezah, Pabiyah Toklubok@Hajimaming, Normaliza Abd Rahim. 2016. Kepentingan Nahu Arab dalam Menghafaz al-quran. GEMA Online Journal of Language Studies Volume 16(2), June 2016 ISSN: 1675-8021. Zamri Ahmad & Ibtisam Abdullah. (2014). Metode Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Empat Kemahiran. Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014. (peny.) Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir. Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA. ISBN 978-967-5478-78-9. Dirujuk pada 19 Julai 2017, dari http://quran.ksu.edu.sa/tafseer/tanweer/sura78-aya21.html Dirujuk pada 19 Julai 2017, dari http://www.quranexplorer.com/quran/ 32