ANALISIS STRUKTUR FOKUS DALAM KOMUNIKASI ARAHAN GURU DALAM BILIK DARJAH

Similar documents
Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstrak. Penggunaan Zaption dalam Latihan untuk Meningkatkan Kemahiran Lisan Berdasarkan Video

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

KESAN KAEDAH ANSUR MAJU DALAM MEMBETULKAN TULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL MURID TAHUN EMPAT. Oleh. Zaharin Bin Liam

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

PENGGUNAAN B-PoP: RASULULLAH, KEKASIH ALLAH DALAM MEMBANTU MURID MEMAHAMI DAN MENGINGAT KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KATA ADJEKTIF DALAM UJARAN MASYARAKAT BANJAR

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

PENGGUNAAN KIT LAMPU ISYARAT QALQALAH (KLIQ) MEMBANTU MURID MEMBEZAKAN QALQALAH SUGHRᾹ DAN KUBRᾹ. NOR AZWA ASSHIFA BINTI ASSERI

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

PSIKOLOGI KOMUNIKASI: SATU TINJAUAN LITERATUR

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

PELAKSANAAN TUGASAN DIALOG TENTANG ISLAM MENERUSI FACEBOOK DALAM KURSUS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAKWAH

Keywords: Ilmu Mantik, Understand, Practice, UniSZA

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

Perlaksanaan program kerjasama latihan kebombaan bersama Institusi dalam dan luar Negara.

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

Kemahiran Rasm Mushaf Uthmani Guru J-QAF Negeri Terengganu

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

PENDEKATAN BIMBINGAN RUKUN SOLAT MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH MNEMONIK BERBANTUKAN MULTIMEDIA. Oleh

Penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) di dalam Terjemahan Maksud Surah Al-Fatihah

Transcription:

346 ANALISIS STRUKTUR FOKUS DALAM KOMUNIKASI ARAHAN GURU DALAM BILIK DARJAH FARAH NUR A.HAMID Universiti Kebangsaan Malaysia farahnur_abd_hamid@yahoo.com.my MASLIDA YUSOF Universiti Kebangsaan Malaysia maslida@ukm.edu.my ABSTRAK Kajian ini meneliti aspek komunikasi lisan bentuk arahan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Arahan merupakan sebahagian daripada komunikasi lisan guru bersama murid di dalam kelas semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Kejelasan dan kesesuaian nada arahan guru amatlah penting untuk guru mengawal kelas serta dapat menyampaikan isi pelajaran kepada murid dengan berkesan. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengenal pasti nada arahan guru dengan membandingkan bahagian-bahagian yang mengalami penekanan atau fokus ketika ujaran arahan diberikan kepada murid. Responden kajian terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Seri Pengkalan, Batu Pahat, Johor. Kajian ini juga melibatkan seramai 6 orang guru yang mengajar subjek Bahasa Malaysia, Matematik, Sains, Kajian Tempatan dan Pendidikan Islam. Secara tidak langsung, makalah ini memperjelaskan hubungan komunikasi lisan terhadap penyampaian arahan dengan makna arahan yang disampaikan guru. Pengumpulan data dilakukan dengan merakam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mendapatkan ujaran arahan yang tepat. Sistem praat digunakan untuk menentukan penekanan arahan guru. Analisis data rakaman juga berpandukan model struktur fokus Van Valin (2005) yang melibatkan fokus ayat, fokus predikat dan fokus sempit. Hasil kajian menunjukkan guru menggunakan teknik struktur fokus iaitu fokus ayat, fokus predikat dan fokus sempit dalam penyampaian arahan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Kata kunci: intonasi; struktur fokus; arahan guru; sistem praat; Van Valin AN ANALYSIS OF FOCUS STRUCTURE IN INSTRUCTION COMMUNICATION BY TEACHERS IN THE CLASSROOM ABSTRACT This study examines the aspects of oral communication in teaching and learning processes in the classroom. Instructions are part of teacher s oral communication with students in the classroom during the teaching and learning process. Clarity and appropriateness of tone in the teacher's instructions are important to control the classroom and to deliver content to students effectively. This study identifies the teacher's instruction tones by comparing part of suppression or focus in speech. The respondents comprised of students from Year 1 to Year 5 at Sekolah Kebangsaan Seri Batu, Batu Pahat, Johor. The study involves Bahasa Malaysia, Mathematics, Science, Kajian Tempatan dan Pendidikan Islam teachers. Incidentally, this paper clarifies the oral

347 communications in delivering instructions by the teacher in the classroom. Definite utterances are recorded during the teaching and learning sessions. Praat system and focused structure model by Van Valin (2005) are used to determine the processes. Consequently, the results show that the teachers use focused structure techniques namely sentence focus, predicate focus and narrow focus in delivering instruction while teaching and learning process occur. Keywords: intonations; focused structure; teacher instructions; Praat system; Van Valin PENGENALAN Komunikasi sentiasa memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia dan penguasaannya akan mempengaruhi keberkesanan kehidupan manusia (Saidatul Nornis, 2011). Komunikasi merujuk kepada pertukaran dan pengaliran maklumat daripada seseorang kepada orang yang lain. Komunikasi dapat menghubungkan dua belah pihak bagi tujuan menyampaikan maklumat (Mohd. Yusof et.al., 2011). Proses penghantaran mesej daripada penghantar kepada penerima dikenali sebagai komunikasi. Komunikasi berkesan hanya akan berlaku apabila penerima memahami mesej yang dihantar dengan tepat. Komunikasi dan interaksi di dalam bilik darjah adalah penting dalam usaha mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Proses komunikasi berlaku dalam hampir segala jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (Mok Soon Sang, 2000). Malah kepentingannya dalam pendidikan juga turut diakui Ee Ah Meng (1999) yang menjelaskan, komunikasi memainkan peranan yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru yang tiada kemahiran komunikasi dan interaksi akan mewujudkan kelas yang tidak kondusif menyebabkan murid-muridnya tidak bermotivasi. Keberkesanan komunikasi lisan berbentuk arahan juga penting dalam memastikan proses pembelajaran di dalam kelas berjalan dengan lancar. Salah satu ciri untuk mewujudkan komunikasi berkesan adalah ciri kefahaman (Abdullah et. al., 1999). Dalam mewujudkan komunikasi berkesan terdapat beberapa perkara, antaranya ialah mewujudkan kefahaman yang sama mengenai ayat-ayat yang diujarkan (Maimunah, 2000). Murid yang dapat memberikan perhatian, memahami serta bertindak balas terhadap komunikasi bersama guru terhadap arahan yang didengarnya adalah kesan dari penggunaan teknik yang digunakan guru. Ini membuktikan bahawa guru tersebut mahir dalam berkomunikasi di dalam kelas. Kajian mendapati bahawa wujud hubungan guru dengan pengaplikasian teknik penyampaian arahan kepada murid di dalam kelas. Terdapat tiga jenis teknik fokus yang diaplikasikan guru iaitu fokus ayat, fokus predikat dan fokus sempit. Guru mengaplikasikan teknik fokus ini semasa menyampaikan arahan dapat membantu murid memahami kehendak guru dan maklumat yang diujarkan dapat difahami. Ini sejajar dengan kenyataan Baker (1982) yang menjelaskan, melalui komunikasi seorang guru bertindak sebagai pencetus utama dalam penyampaian maklumat di dalam kelas. Dalam kajian beliau juga membuktikan bahawa keberkesanan komunikasi arahan secara lisan yang diujarkan guru adalah sebagai pencetus utama dalam kefahaman murid terhadap arahan yang diberikan. Guru yang mempunyai kemahiran ini dapat menjalankan fungsinya sebagai pendidik dan menjadikan interaksi di dalam bilik darjah menjadi lebih menarik dan menjadi petanda kepada komitmen dan kesungguhan guru dalam menyampaikan arahannya.

348 PERMASALAHAN KAJIAN Arahan merupakan sebahagian dari komunikasi lisan yang banyak berlaku di dalam kelas sebagai mana dinyatakan Munsyi Mohar (2009) bahawa, antara komunikasi lisan yang digunakan guru ialah arahan. Ketika guru memberikan arahan, guru memerlukan kemahiran dan teknik untuk memastikan arahan tersebut dipatuhi murid. Kajian Nor Shafrin et al. (2009) mendapati murid tidak faham dengan tugasan yang diberikan guru kerana guru tidak dapat memberikan arahan yang tepat serta jelas. Ini bermakna dalam memastikan murid akur dengan arahan guru, guru perlu memberikan arahan yang tepat, jelas serta sesuai dengan tahap murid. Pengawalan suara yang baik dapat meningkatkan keberkesanan dalam komunikasi lisan (Abdul Muati, 2001). Antara pengawalan suara yang dimaksudkan ialah nada, dimana nada arahan kita perlu ada tinggi rendahnya. Nada tinggi digunakan untuk penekanan sesuatu hujah atau perkataan. Ini bermakna guru perlu mempunyai pengawalan suara yang baik ketika memberikan arahan kepada murid. Ini juga dapat dibuktikan Noraini Idris (2005), menyatakan guru perlu menekan dan meninggikan suara untuk memberikan kefahaman kepada murid. Lantaran itu, guru perlu mempunyai kemahiran mengaplikasikan nada suara yang baik ketika memberikan arahan dengan memberikan penekanan kepada bahagian-bahagian yang penting semasa ujaran arahan berlangsung untuk difahami murid. JADUAL 1: Contoh Penekanan Ujaran dalam Ayat BIL Ujaran Makna Saya tidak suka makan ROTI 1 memberi tekanan kepada perkataan ROTI yang membawa maksud penolakkan terhadap roti dengan sekeras-kerasnya. Penolakkan ditekankan kepada roti dan bukannya makanan lain. 2 Saya tidak suka MAKAN roti memberi tekanan kepada perkataan MAKANAN yang membawa maksud penekanan kepada perbuatan sekeras-kerasnya. Dialog yang diujarkan ditekankan kepada perbuatan makan dan bukan perbuatan lain. 3 Saya TIDAK SUKA makan roti memberi tekanan kepada perkataan TIDAK SUKA yang membawa maksud penekanan kepada perasaan atau rasa sekeras-kerasnya. Dialog yang diujarkan ditekankan kepada perasaan tidak suka dan bukan sebaliknya. 4 SAYA tidak suka makan roti memberi tekanan kepada perkataan SAYA yang membawa maksud penekanan terhadap dirinya sendiri. Dialog yang diujarkan ditekankan kepada diri sendiri dan bukan orang lain. Nik Safiah Karim et al. (2008) menyatakan dalam penyampaian arahan, intonasi melibatkan penandaan tekanan pada bahagian-bahagian tertentu ayat. Kamus Dewan (2013), menyatakan makna tekanan suara ialah kata yang diucapkan lebih keras daripada yang lain dan pengucapan kata yang dikuatkan. Muhammad Faisal (2012), menyatakan bahawa penekanan nada keras terhadap kata-kata tertentu akan menyampaikan emosi dan maksud yang berbeza. Tekanan nada ini penting dalam penyampaian kerana ia memberikan maklumat yang berbeza. Penekanan ujaran yang dikemukakan Muhammad Faizal (2012) adalah seperti Jadual 1 untuk menggambarkan aspek tekanan dalam intonasi suara. Kajian ini memperlihatkan komunikasi arahan secara lisan yang diujarkan guru. Komunikasi arahan secara lisan adalah penting untuk menyampaikan sesuatu arahan di dalam kelas. Teknik ini menekankan beberapa aspek intonasi dan gaya pengucapan guru memberikan

349 arahan yang betul, tepat, jelas dan bersesuaian dengan latar dan situasi pada masa itu untuk menyampaikan maksud arahan guru kepada murid. Intonasi tekanan nada atau penonjolan kata pada bahagian-bahagian arahan guru perlulah sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. Teknik ini menekankan beberapa aspek fokus arahan dan gaya pengucapan guru memberikan arahan yang betul, tepat, jelas dan bersesuaian dengan latar dan situasi pada masa itu untuk menyampaikan maksud arahan guru kepada murid. Fokus arahan guru atau penonjolan tekanan pada bahagian-bahagian arahan guru perlulah sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. Penguasaan teknik pengajaran yang berkesan dan menarik harus dititikberatkan guru dan bukan hanya bergantung kepada penyaluran ilmu akademik semata-mata. Lantaran itu, pendekatan komunikasi bilik darjah seperti penyampaian arahan merupakan satu mekanisme hubungan sosial yang menentukan kualiti pengajaran. Dalam penyampaian arahan, guru perlu memberikan arahan yang tepat serta jelas kepada murid agar murid bukan sahaja dapat memahami input yang hendak disampaikan tetapi juga bertindak sebagaimana dikehendaki guru. Ini bermakna guru perlu mempunyai kemahiran mengaplikasi intonasi dan nada suara yang baik semasa memberikan arahan dengan memberikan penekanan kepada bahagian-bahagian yang penting semasa ujaran berlangsung untuk difahami muridnya Kajian ini juga melihat keberkesanan penyampaian (komunikasi lisan) melalui teknik penyampaian arahan yang berkesan dan kena pada tempatnya dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan, iaitu murid berada dalam kawalan guru dan akur dengan arahan guru serta memahami isi pelajaran yang disampaikan guru atau sebaliknya. METODOLOGI Kajian ini meneliti bagaimana guru memberikan arahan kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Data diperolehi dengan merakam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas. Sebanyak 6 orang guru dan 100 orang murid yang terlibat dalam pengumpulan data ini. Kesemua penganalisisan yang dilakukan untuk menentukan cara guru memberikan arahan yang melibatkan intonasi tekanan nada menggunakan program yang dinamakan Praat. Praat merupakan program komputer khusus untuk menganalisis data bunyi. Contoh penggunaan praat seperti Rajah 1. RAJAH 1: Contoh Penggunaan Praat

350 Analisis Praat akan memperlihatkan bahagian-bahagian ayat yang mengalami tekanan sama ada keseluruhan ayat atau perkataan-perkataan tertentu. Hal ini sejajar dengan Nik Safiah Karim et al. (2008) yang menyatakan dalam penyampaian arahan, intonasi melibatkan penandaan tekanan pada bahagian-bahagian tertentu ayat. Bahagian yang mengalami penekanan merujuk kepada bahagian yang difokuskan penutur ujaran tersebut. Dalam analisis Praat, bahagian yang mengalami tekanan ditunjukkan lakaran yang gelap. Setelah dikenal pasti bahagian-bahagian ayat yang mengalami tekanan ketika penyampaian arahan, kajian ini seterusnya akan menggunakan klasifikasi struktur fokus yang dicadangkan Van Valin (2005) untuk menentukan jenis-jenis fokus yang berlaku dalam ayat tersebut. Van Valin membahagikan struktur fokus ke dalam tiga kategori iaitu fokus ayat, fokus predikat dan fokus sempit. Fokus sempit adalah apabila sesuatu konstituen seperti frasa nama diberi fokus. Dalam keadaan biasa ayat yang mempunyai aturan subjek-predikat, iaitu predikat dijadikan fokus dan subjek merupakan praandaian pragmatik maka predikat tersebut dipanggil sebagai fokus predikat. Dalam fokus ayat pula, pemberian fokus melangkaui kedua-dua subjek dan predikat di mana susunan fokus-ayat keseluruhan klausa adalah dalam fokus domain. berikut ditunjukkan contoh bagi setiap struktur fokus dalam ayat. Fokus Ayat Situasi : Ali baru pulang dari tandas Arahan guru : ALI KELUARKAN BUKU BACAAN Dalam situasi ini, apabila Ali pulang dari tandas, tidak ada praandaian pragmatik yang boleh dikaitkan dengan apa yang berlaku di dalam kelas. Malah, arahan yang diberikan sebagai keseluruhan yang baru. Dengan demikian, struktur ini, domain fokus merupakan keseluruhan klausa dan tidak ada subjek topikal. Struktur maklumat bagi situasi berkenaan adalah seperti berikut : Situasi : Ali baru pulang dari tandas Arahan guru : ALI KELUARKAN BUKU BACAAN Praandaian : tiada Pernyataan : buku bacaan kepunyaan pendengar Fokus : buku bacaan kepunyaan pendengar Fokus domain : ayat Maklumat lama : tiada Maklumat baru : keluarkan buku bacaan Situasi berkenaan, keseluruhan ayat ditegaskan. Arahan guru tidak mempunyai topik yang dipraandaikan. Fokus Predikat Situasi : Ali sedang minum sambil berdiri Arahan guru : Ali, minum DUDUK. Sebagimana yang dapat dilihat pada ayat berkenaan, arahan yang diberikan adalah mengenai perbuatan Ali yang sedang minum. Praandaian arahan guru ialah murid sedang berdiri. Penegasan merangkumi praandaian dan perbuatan Ali yang sedang minum. Oleh itu membentuk hubungan antara situasi dan arahan. Gambaran struktur maklumat adalah seperti berikut:

351 Situasi : Ali sedang minum sambil berdiri Arahan guru : Ali, minum DUDUK. Praandaian : pendengar sedang melakukan sesuatu Penegasan : sesuatu perlu dilakukan oleh pendengar Fokus : duduk Fokus domain : frasa kerja Makumat baru : duduk Maklumat lama : berdiri Analisis kenyataan tersebut berdasarkan situasi semasa guru memberikan arahan serta maklumat lama dan maklumat baru pendengar atau murid. Fokus sempit dan fokus predikat akan terdapat maklumat baru dan maklumat lama. Sementara fokus ayat memerlukan 2 maklumat baru. Kajian ini akan memperlihatkan dua bahagian iaitu dimana kekerapan fokus diberikan guru semasa memberikan arahan dan kesan tindak balas murid yang paling cepat serta menepati arahan guru. Fokus Sempit Situasi : Ali tersilap ambil bola (bola jaring). Arahan guru : Ali pergi ambil BOLA RAGBI. Dalam berkenaan hanya bola sepak yang tidak dipraandaikan. Guru yang memberikan arahan ini, sudah mengetahui bahawa murid tersilap mengambil bola dan perlu melalukan sesuatu ke atas bola tersebut. Penegasan murid pula adalah terhadap bola sepak. Oleh itu, maklumat yang tidak diramalkan di tambah dengan praandaian menyebabkan bola sepak difokuskan. Struktur maklumat bagi situasi berkenaan ialah seperti berikut : Situasi : Ali tersilap ambil ragbi (bola jaring). Arahan guru : Ali pergi ambil BOLA RAGBI. Praandaian : pendengar perlu melakukan sesuatu Kenyataan : x = bola ragbi Fokus : bola ragbi Fokus domain : frasa nama Maklumat baru : bola ragbi Maklumat lama : boa jarring Praandaian perlu melakukan sesuatu dikaitkan dengan ayat dan penegasan adalah terhadap bola sepak dan bukan sesuatu yang lain. Oleh itu, domain fokus adalah terbatas kepada frasa nama bola sepak. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Abdull Sukor Shaari (2008) menyatakan guru berkesan didefinisikan sebagai pendidik yang baik dan mampu membawa perubahan tingkah laku kepada muridnya. Ini bermakna semasa memberikan arahan di dalam kelas, guru mampu mengambil perhatian murid untuk mendengar arahan yang disampaikannya dan pada masa yang sama murid tersebut memberikan tindak balas terhadap arahan yang didengarnya. Teven et al. (2004) menjelaskan kemahiran menyampaikan arahan penting kepada guru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka. Kebolehan guru menyebut dengan jelas merupakan sebahagian komunikasi memberi arahan yang berkesan (Mok, 2006). Oleh itu, kemahiran memberikan arahan merupakan satu teknik penting yang perlu dikuasai setiap guru.

352 Kajian ini mendapati bahawa pelbagai jenis ayat arahan telah dijumpai dalam kajian ini. Ayat arahan yang dikenal pasti ialah ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Nik Safiah Karim et al. (2008) menyatakan bahawa dalam percakapan manusia sehari-hari nada suara adalah berbeza-beza, adakalanya meninggi dan adakalanya merendah. Dalam kajian ini, ayat arahan yang diujarkan guru juga mempunyai unsur tekanan yang berbeza-beza. Terdapat unsur tekanan yang diberikan pada ayat arahan pada awal, tengah, akhir mahupun sekeluruhan ayat tersebut. Di mana sahaja unsur atau bahagian ayat mengalami tekanan, penekanan ini menunjukkan kesan bahagian ayat itu yang dijadikan fokus yang ingin ditonjolkan penutur. Secara keseluruhan, guru di dalam kelas juga menggunakan komunikasi lisan sebagaimana yang digunakan di luar bilik darjah. Namun, dalam komunikasi guru, ayat arahan yang kerap diujarkan oleh kalangan guru khususnya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengujaran ayat arahan, guru didapati memberi penekanan kepada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat arahan yang diujarkan. Penekanan inilah yang dinamakan sebagai fokus ujaran. Van Vallin (2005) membahagikan tiga jenis fokus dalam ayat iaitu fokus predikat, fokus sempit dan fokus ayat. Dalam kajian ini, didapati guru juga menggunakan ayat-ayat arahan yang boleh dibahagikan kepada tiga jenis penekanan ayat arahan iaitu fokus predikat, fokus sempit dan fokus ayat. Fokus Ayat Dalam susunan fokus ayat, keseluruhan klausa adalah dalam fokus domain, maka tiada topik di situ. Tiada andaian pragmatik yang lazimnya diutarakan. Dalam kajian ini, terdapat fokus predikat yang digunakan guru untuk mengujarkan ayat arahan dalam pengajarannya. Ia dapat dilihat seperti Jadual 2. JADUAL 2: Jumlah Bilangan Fokus Ayat Bilangan Data Ujaran Arahan Guru Peratus (%) 87 21.8% Jadual 2 menunjukkan bahawa bilangan ujaran arahan guru yang memberi fokus terhadap ayat adalah sebanyak 87 dan bersamaan 21.8%. Penekanan terhadap fokus ayat yang diujarkan guru ini ialah keseluruhan ayat atau klausa diberi penekanan atau fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam kajian ini ayat suruhan, ayat silaan, ayat permintaan dan ayat larangan ditemui terhadap fokus ayat. Contoh spektogram ayat arahan yang diujarkan guru terhadap fokus ayat ialah:

353 RAJAH 2: Ayat Suruhan RAJAH 3: Ayat Larangan

354 RAJAH 4: Ayat Silaan RAJAH 5: Ayat Permintaan Ayat arahan guru menggunakan teknik fokus ayat kerana keseluruhan klausa diberikan fokus. Ayat arahan ini menjadikan keseluruhan klausa menjadi fokus domain. Selain itu, ayat arahan ini tidak mempunyai topik di situ. Ujaran ayat arahan guru ini tiada andaian pragmatik yang boleh dikaitkan. Dalam penyampaian arahan guru dalam kelas, pemberian kepada fokus ayat dapat membantu murid memahami arahan dengan lebih jelas.

355 Fokus Predikat Dalam fokus predikat, terdapat topik yang memasuki pragmatik andaian dan predikat menyatakan ulasan mengenai topik tersebut. Dalam kajian ini, terdapat fokus predikat yang digunakan oleh guru untuk mengujarkan ayat arahan dalam pengajarannya. Ia dapat dilihat pada Jadual 3. JADUAL 3: Jumlah Bilangan Fokus Predikat Bilangan Data Ujaran Arahan Guru Peratus (%) 100 25.1% Jadual 3 menunjukkan bahawa bilangan ujaran arahan guru yang memberi fokus terhadap predikat adalah sebanyak 100 data arahan guru yang bersamaan 25.1%. Penekanan terhadap fokus predikat yang diujarkan oleh guru ini ialah bahagian yang menerangkan subjek dan ini bermakna guru menekan atau memberikan fokus arahannya terhadap apa yang perlu dilakukan oleh murid atau meminta murid melakukan sesuatu semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam kajian ini ayat arahan silaan dan ayat arahan larangan yang memberi penekanan terhadap fokus predikat tidak ditemui. Ini bermakna ayat arahan suruhan dan ayat arahan permintaan yang wujud dalam arahan guru di dalam kelas. Contoh spektogram ayat arahan yang diujarkan oleh guru terhadap fokus predikat ayat suruhan dan ayat permintaan ialah: RAJAH 6: Ayat Suruhan Frasa tepuk tangan difokuskan dan ditekankan oleh guru dan ia ditujukan kepada semua murid. Didapati bahawa kata ganti diri pertama digugurkan.

356 RAJAH 7: Ayat Permintaan RAJAH 8: Ayat Larangan Kajian mendapati bahawa penyampaian arahan guru di dalam kelas membina rujukan kepada murid. Guru menggunakan teknik fokus predikat semasa memberikan arahan untuk memberikan penegasan terhadap rujukan arahannya. Penyampaian ayat dalam arahan fokus predikat terdapat dua maklumat yang diberikan iaitu maklumat lama dan maklumat baru yang boleh dikaitkan.

357 Fokus Sempit Dalam struktur fokus sempit, fokus domain terhad kepada satu konstituen tunggal. Fokus sempit juga dikenali sebagai fokus argumen. Bertentangan dengan fokus ayat yang meletakkan fokus pada keseluruhan ayat, fokus sempit memberi fokus kepada satu konstituen ayat sahaja dan ia mungkin subjek, objek atau kata kerja. Ia dapat dilihat seperti Jadual 4. JADUAL 4: Jumlah Bilangan Fokus Sempit BIL FOKUS SEMPIT JUMLAH % 1 SUBJEK 13.5% 2 OBJEK 8.0% 3 KATA KERJA 31.5% JUMLAH 53% Jadual 4 menunjukkan bahawa bilangan ujaran arahan guru yang memberi fokus terhadap fokus sempit adalah 53%. Penekanan ayat arahan terhadap fokus sempit yang diujarkan oleh guru ini ialah subjek, objek mahupun kata kerja semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam kajian ini, didapati bahawa tiga jenis ayat arahan iaitu ayat suruhan, ayat permintaan dan ayat larangan ditemui terhadap fokus sempit manakala ayat silaan tidak ditemui. Contoh spektogram ayat arahan yang diujarkan oleh guru terhadap fokus sempit ialah: RAJAH 9: Ayat Suruhan

358 RAJAH 10: Ayat Permintaan Guru menggunakan teknik sempit untuk memberikan maklumat baru berdasarkan maklumat lama yang diketahui oleh murid. Hal ini berlaku kerana guru mengetahui bahawa murid mempunyai maklumat lama untuk dikaitkan dengan maklumat baru. Dalam penyampaian arahan yang menggunakan ayat arahan, guru menggunakan ketiga-tiga jenis fokus iaitu fokus predikat, fokus sempit dan fokus ayat seperti yang telah dinyatakan oleh Van Vallin (2005). Carta 1 menunjukkan bilangan dan peratus ujaran arahan guru mengikut tiga kategori yang telah dibahagikan menurut Van Vallin (2005). 250 200 150 100 50 Peratus & Bilangan Jenis Fokus Ujaran Arahan Guru 0 FOKUS PREDIKAT 25.1% FOKUS SEMPIT 53.1% FOKUS AYAT 21.8%

359 CARTA 1: Bilangan dan Peratus Ujaran Arahan Guru Carta menunjukkan bahawa ketiga-tiga fokus iaitu fokus predikat, fokus sempit dan fokus ayat wujud dalam ujaran arahan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sebanyak 100 ujaran arahan iaitu bersamaan 25.1% ujaran arahan yang berfokuskan kepada predikat. Manakala 212 ujaran arahan yang bersamaan 53.1% yang berfokuskan kepada fokus sempit iaitu sebahagian arahan sahaja yang difokuskan. Selain itu, sebanyak 87 ujaran arahan yang bersamaan 21.8% yang berfokuskan kepada ayat atau klausa. Jumlah keseluruhan ujaran arahan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung adalah sebanyak 399. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa guru kerap menggunakan fokus sempit iaitu sebanyak 53.1% berbanding fokus predikat iaitu 25.1% dan fokus ayat iaitu 21.8%. Fokus sempit ini kerap digunakan guru semasa menyampaikan arahan di dalam kelas dan penekanan yang diberikan guru ialah kepada bahagian kata kerja, subjek serta objek. Pengaplikasian fokus arahan yang berkesan dan sesuai ini dapat menimbulkan situasi berkomunikasi dengan membantu menjelaskan arahan yang hendak disampaikan guru dan menjadikan interaksi di bilik darjah lebih menarik serta menjadi petanda kepada komitmen dan kesungguhan guru dalam melaksanakan pengajarannya. Selain itu juga, dalam menyampaikan arahan, wujud perkaitan kreadibiliti guru terhadap strategi yang digunakan terhadap keberkesanan murid memahami arahan yang disampaikan dalam menjamin objektif pengajaran serta kejayaan diri murid tersebut. Ini selari dengan kenyataan Pogue et. al (2006), bahawa pengajaran yang berkesan adalah hasil daripada hubungan komunikasi antara guru dan murid serta kreadibiliti seorang guru itu. Arahan merupakan sebahagian daripada komunikasi lisan yang sering digunakan guru di dalam kelas. Dalam kajian ini, guru telah membuktikan bahawa strategi yang digunakan terhadap penyampaian arahan terhadap fokus sempit dapat membantu murid memahami arahannya. Strategi yang kerap digunakan guru dengan memilih penekanan terhadap fokus sempit kerana terdapatnya perubahan tingkah laku selepas guru memberikan arahan serta dapat mewujudkan pengajaran yang berkesan. Hal ini menunjukkan bahawa strategi arahan guru juga berperanan mengekalkan momentum minat, kesungguhan dan keseronokan setiap murid untuk terus mengikuti pengajaran yang: disampaikan guru serta dapat mempengaruhi kejayaan akademik seseorang murid. Kajian mendapati guru banyak menggunakan ayat suruhan berbanding ayat permintaan, ayat larangan, dan ayat silaan. Ia dapat dilihat seperti Jadual 5. JADUAL 5: Jumlah Penggunaan Ayat Arahan Fokus Ayat Arahan Silaan Larangan Permintaan Suruhan Jumlah Fokus Sempit 0 1 8 207 216 Fokus Predikat 0 1 2 95 98 Fokus Ayat 1 4 5 75 85 Jumlah 1 6 15 377 399 Peratus 0.3% 1.5% 3.8% 94.5% 100% Jadual 5 menunjukkan jumlah penggunaan ayat arahan yang digunakan guru mengikut fokus yang diterapkan menurut Van Valin 2005. Hasil kajian mendapati guru lebih kerap menggunakan ayat suruhan iaitu sebanyak 94.5% berbanding ayat arahan yang lain iaitu ayat

360 permintaan 3.8%, ayat larangan 1.5% dan ayat silaan 0.3%. Didapati bahawa ayat suruhan ini kerap digunakan guru kerana ayat ini merupakan ayat yang diucapkan untuk memberi arahan atau perintah. Ayat ini juga digunakan guru disebabkan untuk meminta murid melakukan sesuatu tindakan. Jelasnya dalam kajian ini mendapati bahawa guru gemar dan sering menggunakan ayat arahan jenis ayat suruhan berbanding ayat yang arahan yang lain. KESIMPULAN Komunikasi lisan terhadap arahan dilihat sebagai proses penyampaian maklumat daripada guru kepada murid selaku penerima.berdasarkan kajian yang telah dilakukan ini, terdapat tiga jenis penekanan ujaran arahan yang dilakukan guru iaitu fokus ayat, fokus predikat dan fokus sempit. Daripada ketiga-tiga jenis fokus tersebut, didapati bahawa arahan yang diberikan guru kerap menggunakan fokus sempit. Ini disebabkan murid sudah mempunyai maklumat lama dan guru hanya perlu menekankan atau memfokuskan kepada maklumat baharu sahaja kepada murid semasa memberikan arahan. Kajian ini menghuraikan penerapan penekanan yang diberikan terhadap ujaran arahan guru dapat membantu murid memahami arahan guru. Oleh yang demikian, murid akan lebih cepat memahami arahan dan akur dengan arahan dengan cepat dan juga dapat membantu guru melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan juga menunjukkan prinsip memberikan arahan semasa pembelajaran berlangsung berdasarkan keperluan murid pada ketika itu. Ia juga menerapkan teknik penyampaian arahan semasa proses pengajaran mempunyai beberapa kepentingannya terhadap beberapa pihak. Kajian ini dapat dijadikan panduan kepada pelbagai pihak terutamanya guru dan bakal guru yang akan menceburi dalam dunia pendidikan. Apabila dilihat menerusi aspek sistem pendidikan negara, kajian ini mempunyai kepentingan untuk penambahbaikan agar penyampaian pengajaran di sekolah menjadi lebih berkesan melalui teknik fokus yang diterapkan. Rujukan Abdul Muati. 2001. Santun komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdull Sukor Shaari. 2008. Guru berkesan: Petua dan panduan. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Abdullah & Ainon Mohd. 1999. Kemahiran interpersonal untuk guru bestari. Kuala Lumpur: Utusan Publication. Baker. 1982. Kinesics and context: Essays on body-motion communication. Victoria: Penguin Books. Ee Ah Meng. 1999. Psikologi: Perkembangan aplikasi dalam bilik darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Kamus Dewan. 2013. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maimunah. 2000. Penggunaan penyoalan di dalam bilik darjah oleh guru-guru Maktab Perguruan Islam. Tesis Sarjana Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd. Nizam, Mohamed Yunos & Norhayati Eng Abdullah. 2006. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan murid-murid tahun 2K di SJK(C) St. Joseph. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor,1-10. Mohd Yusof Hj.Abdullah, Noor Rahamah Abu Bakar, Junaenah Sulehan, Abd Hair Awang Dan Ong Puay Liu. 2011. Komunikasi dan pembangunan komuniti peringkat desa: Berkongsi

361 pengalaman antara Indonesia dengan Malaysia. Jurnal Melayu, 6: 227-237. Mok, Soon Sang. 2006. Ilmu pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Muhammad Faisal. 2012. Teknik seni lakon dalam pengajaran: Satu kajian kes di Negeri Selangor. Tesis Sarjana Sastera. Bangi: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Munsyi Mohar. 2009. Komunikasi berkesan dalam bilik darjah. Muat turun 25 Oktober 2015 dari http://munsyimohar.blogspot.my Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. 2008. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Shafrin Ahmad, Fadzilah Amzah dan Rahimi Che Aman. 2009. Kemahiran komunikasi guru pelatih Universiti Sains Malaysia. Jurnal Pendidik & Pendidikan, 24: 125-142. Noraini Idris. 2005. Penyelidikan dalam pendidikan. Petaling Jaya: McGraw-Hill (M). Saidatul Nornis. 2011. Kalang Mpat sebagai teknik interaksi Bajau Darat di Sabah. Jurnal Melayu, 7: 217-318. Teven J.J & Hanson, T.L. 2004. The impact of teacher immediacy and perceived caring on teacher competence and trustworthiness. Communication Quarterly: University Park, 51(1): 39-54. Van Valin, R. & LaPolla, R. 1997. Syntax structure, meaning and function. Cambridge: Cambridge University Press. Van Vallin. 2005. Exploring the syntax-semantics interface. Cambridge: Cambridge University Press. Biodata Penulis: Farah Nur A.Hamid Penulis merupakan calon Sarjana Falsafah Kajian Bahasa Melayu di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Maslida Yusof Penulis merupakan pensyarah dalam bidang bahasa Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Lulusan Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengkhususan beliau dalam bidang pragmatik.