MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4-292/15 ANTARA NAVINATHAN A/L DORAISAMY DAN BEKAERT SOUTHERN WIRE SDN. BHD. AWARD NO.

Similar documents
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 1729/12 ANTARA WONG CHONG LEONG DAN 2 ORANG PERAYU LAIN DAN NGAI HENG WORKSHOP SDN. BHD.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-70/15 DI ANTARA TANG CHOOI KIM DENGAN WASCO MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD./ WASCO COATINGS LIMITED

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4-708/12 ANTARA ABDUL MANAF BIN HASSAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6(19)/4-402/14 DI ANTARA NOORHAYATI BINTI JARLILL DENGAN MAYA MAJU (M) SDN. BHD. AWARD NO: 1607 TAHUN 2017

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Fakta mengenai pemohon kedua lebih kurang sama, melainkan tarikh-tarikh berkenaan berbeza.

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO: KES: 13(25)(24)/4-1230/13 DI ANTARA WAN NAJIB BIN WAN MOHD NASIR DAN SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD.

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

PENILAIAN PENGETAHUAN

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

FORUM 7 APAKAH PROSES SAH PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN TINDAKAN INDUSTRI (MOGOK, PIKET, LOCK OUT) DI MALAYSIA?

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (8) DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KES SAMAN JABATAN NO. : /2015 ANTARA PENDAKWARAYA

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

AMANAH DAN PROSEDUR Diputuskan: [1] [2] [3]

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO : 24NCVC-45-01/2014 ANTARA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

GARIS PANDU, PROSEDUR PERMOHONAN & PENGELUARAN LESEN AHLI GABUNGAN/ KELAB BENUA UCI

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

ULASAN KES SHAHNAZ MAJID LWN DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB [2018] 6 CLJ 663

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

Muhammad Hafiz Badarulzaman* Abstrak

Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil 1 Tahun 2016 Pengendalian Kes-Kes Jenayah Jalanan Secara Fast-Track di Mahkamah Rendah Malaya

PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PENGISYTIHARAN ENTITI DITENTUKAN DAN KEHENDAK UNTUK MELAPOR) 2014

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. agama Islam oleh hanya satu pihak daripada pasangan perkahwinan bukan Islam akan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA : TUNTUTAN TERHADAP RELIEF SAMPINGAN DI BAWAH AKTA 1976

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

UTHM/PB/100 6/4/ Jld.2 (1) Tarikh: 02 Januari 2012 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2012

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P004. PROSEDUR PEMBELIAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

PERKHIDMATAN UTAMA SISWAZAH

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PROSEDUR KERJA UMUM ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN UKM-SPKP-PKU11

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

KEADILAN RESTORATIF DI BAWAH RESOLUSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: HAK TERTUDUH DAN HAK MANGSA JENAYAH

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA PENERBITAN KHAS SEMPENA FORUM UNDANG-UNDANG 11 April 2017

PROGRAM PENGKERANIAN AKAUN KOLEJ KOMUNITI LEDANG JOHOR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TAJUK PENULISAN: PENILAIAN STOK DALAM PERAKAUNAN PENULIS:

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

TOPIC 8 THE MORAL DIMENSIONS OF AN ECONOMIC SYSTEM (DIMENSI MORAL SISTEM EKONOMI)

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

Arahan Kerja Selamat Bekerja Di Jalanraya. Pen. Pengurus OSHE Management, PPM, ND. No Muka Surat /01/14 All Pages Original issue DCA

KOMEN PELANGGAN DARIPADA SOAL SELIDIK JANUARI HINGGA DISEMBER 2013

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

BAB KETIGA IMPLIKASI PEMELUKAN AGAMA ISLAM TERHADAP NAFKAH MENURUT UNDANG-UNDANG SIVIL

Amalan Pengurusan Pekerja Kurang Upaya dalam Sesebuah Organisasi Berdasarkan Undang-undang di Malaysia

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 : Tinjauan Pelaksanaan Penamaan Dan Hibah Ke Atas Syarikat MAA Takaful Sdn Bhd

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN PERMOHONAN KELUAR ISLAM: KAJIAN UNDANG- UNDANG DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA

DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA (BAHAGIAN RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: D-02(IM)(NCVC) /2017 ANTARA

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

Mohd Faiz Mohamed Yusof a,b,*,nurhanani Romli b, Zulzaidi Mahmod c, Joni Tamkin Borhan b

Transcription:

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4-292/15 ANTARA NAVINATHAN A/L DORAISAMY DAN BEKAERT SOUTHERN WIRE SDN. BHD. AWARD NO. 453 TAHUN 2017 Dihadapan : Y.A. DATO' RASIDAH BINTI HAJI CHIK Pengerusi (Bersidang Berseorangan) Tempat : Mahkamah Perusahaan Malaysia, Cawangan Perak Tarikh Rujukan : 26 Mac 2015 Tarikh Sebutan : 26 Mei 2015, 26 Jun 2015, 4 Ogos 2015, 10 September 2015 & 1 Mac 2016 Tarikh Bicara : 11 April 2016 & 12 April 2016 Perwakilan : Encik Selvam Nadarajah Tetuan Kula & Associates Peguambela & Peguamcara [Peguam Pihak Yang Menuntut] Encik Tan Kee Tett Pegawai Perhubungan Perusahaan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia(MEF) [Wakil Pihak Syarikat] 1

Rujukan Ini adalah satu rujukan di bawah Seksyen 20(3), Akta Perhubungan Perusahaan 1967, mengenai pembuangan kerja Encik Navinathan a/l Doraisamy (selepas ini disebut sebagai Pihak Menuntut) oleh Bekaert Southern Wire Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai Pihak Syarikat) pada 15.10.2014. Fakta Kes AWARD 1. Pihak Menuntut mula bekerja sebagai Machine Operator pada 13.11.1991 dengan Syarikat Cempaka Raya (rujuk Surat Lantikan Kerja bertarikh 5.9.1991 di mukasurat 1 CLB-1). Pihak Menuntut telah disahkan dalam jawatannya pada 13.2.1992 (rujuk surat bertarikh 20.2.1992 di mukasurat 10 CLB-1). Syarikat Cempaka Raya kemudiannya telah ditukar nama kepada Southern Wire Sdn. Bhd. dan selepas itu Syarikat dikenali sebagai Bekaert Southern Wire Sdn. Bhd. Jawatan terakhir beliau sebelum penamatan kerja ini adalah sebagai Production Supervisor dan gaji terakhir beliau adalah RM 3064.00 sebulan. 2. Pihak Menuntut menyatakan pada 15.10.2014 lebihkurang jam 4.45pm, beliau telah dimaklumkan bahawa perkhidmatan beliau dengan Pihak Syarikat telah ditamatkan dengan serta merta tanpa sebarang notis ataupun sebab. 3. Pihak Syarikat sebaliknya menegaskan perkhidmatan Pihak Menuntut telah ditamatkan atas alasan prestasi yang tidak memuaskan. Mengikut Pihak Syarikat lagi, walaupun beberapa peringatan dan amaran telah diberikan kepada Pihak Menuntut, namun beliau gagal menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya seperti yang diharapkan keatasnya oleh Pihak Syarikat. Oleh itu Syarikat tidak ada 2

pilihan lain selain dari menamatkan perkhidmatan beliau melalui surat penamatan kerja bertarikh 15.10.2004. Isu 4. Isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah adalah: i. Sama ada dakwaan Pihak Syarikat bahawa prestasi Pihak Menuntut tidak memuaskan telah dibuktikan. ii. sekiranya ia telah berjaya dibuktikan, sama ada pembuangan kerja tersebut dengan sebab atau alasan yang adil. Undang-Undang 5. Fungsi Mahkamah Perusahaan berkaitan dengan kes-kes pembuangan kerja di bawah Seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 adalah seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Wong Yuen Hock v. Syarikat Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. & Anor. Appeal [1995] 3 CLJ 344 iaitu: On the authorities, we were of the view that the main and only function of the Industrial Court in dealing with a reference under Section 20 of the Act (unless otherwise lawfully provided by the terms of the reference), is to determine whether the misconduct or irregularities complained of by the management as the grounds of dismissal were in fact committed by the workman, and if so, whether such ground constitute just cause or excuse for the dismissal. 6. Prinsip diatas telah diikuti dalam kes Milan Auto Sdn. Bhd. v. Wong Seh Yen [1995] 3 MLJ 537 dimana telah dinyatakan: the function of the Industrial Court in dismissal cases on a reference under s.20 is twofold firstly, to determine whether the 3

misconduct complained of by the employer has been established, and secondly whether the proven misconduct constitutes just cause or excuse for the dismissal. 7. Dalam kes Goon Kwee Phoy v. J & P Coats (M) Sdn.Bhd. [1981] 2 MLJ 129 Raja Azlan Shah CJ (DYMM Tuanku ketika itu) telah menyatakan: Where representations are made and are referred to the Industrial Court for enquiry, it is the duty of that court to determine whether the termination or dismissal is with or without just cause or excuse. If the employer chooses to give a reason for the action taken by him, the duty of the Industrial Court will be to enquire whether that excuse or reason has or has not been made out. If it finds as a fact that it has not been proved, the inevitable conclusion must be that the termination or dismissal was without just cause or excuse. The proper enquiry of the court is the reason advanced by it and that the court or the High Court cannot go into another reason not relied on by the employer or find one for it. 8. Sementara itu undang-undang mengenai prestasi yang tidak memuaskan adalah mantap, iaitu pekerja tersebut hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu berkaitan dengan prestasinya yang dikatakan tidak memuaskan itu, dengan kata lain pekerja tersebut telah diberikan amaran mengenai prestasinya yang tidak memuaskan dan pekerja tersebut perlu diberi peluang yang secukupnya untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasinya itu. Setelah itu sekiranya pekerja tersebut masih gagal untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasinya seperti yang dikehendaki oleh majikan, maka barulah majikan boleh mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan pekerja tersebut. 9. Dunston Ayadurai didalam bukunya Industrial Relations in Malaysia Law and Practice, 2 nd. Edition di m.s 244 telah merujuk kepada kes IE Project Sdn. Bhd. v Tan Lee Seng (Award No.56 of 1987) dimana di dalam kes ini Mahkamah Perusahaan telah menggariskan keperluankeperluan yang perlu diambil oleh majikan yang munasabah sebelum mengambil keputusan untuk memberhentikan atau menamatkan 4

perkhidmatan seseorang pekerja atas alasan prestasi yang tidak memuaskan iaitu: An employer should be very slow to dismiss upon the ground that the employee is found to be unsatisfactory in his performance or incapable of performing the work which he is employed to do without first telling the employee of the respects in which he is failing to do his job adequately, warning him of the possibility or likelihood of dismissal on this ground and giving him opportunity of improving his performance. It is for the employer to find out from the employee why is he performing unsatisfactorily and to warn him that if he persists in doing so he may have to go. An employer owes his employee the duty to be scrupulous in following the fair procedure which has gradually evolved out of adjudication before the industrial tribunals both locally and in other jurisdictions. If having done all that may reasonably be expected of him, an employer is nevertheless constrained to terminate the service on a non-performing employee who persists in failing to render satisfactory service to his employer, it will not (except in the case of a patently perverse decision) be the office of the Industrial Court to interfere with such decision which had been fairly arrived at. 10. Undang-undang adalah mantap bahawa dalam kes-kes pembuangan kerja, beban pembuktian adalah terletak atas Pihak Syarikat untuk membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa pembuangan kerja Pihak Menuntut adalah dengan sebab atau alasan yang adil. Ini adalah seperti yang diputuskan dalam kes Ireka Construction Berhad v Chantiravathan Subramaniam James [1995] 2 ILR 11 iaitu: It is a basic principle of industrial law jurisprudence that in dismissal case the employer must produce convincing evidence that the workman committed the offence or offences the workman is alleged to have committed for which he has been dismissed. The burden of proof lies on the employer to prove that he has just cause or excuse for taking the decision to impose the disciplinary measures of dismissal upon the employees. The just cause must be either a misconduct, 5

negligence or poor performance based on the facts of the case. 11. Mahkamah Rayuan dalam kes Telekom Malaysia Kawasan Utara v Krishnan Kutty Sanguni Nair & Anor [2002] 3 CLJ 314, memutuskan standard pembuktian yang yang terletak diatas syarikat adalah berdasarkan imbangan kebarangkalian. Y.A. Abdul Hamid Mohamad, HMR, didalam keputusannya telah memutuskan : it is quite clear to us that the Industrial Court should not be burdened with the technicalities regarding the standard of proof, the rules of that are applied in a court of law. The Industrial Court should be allowed to conduct its proceedings as a court of arbitration, and be more flexible in arriving at its decision, so long as it gives special regard to substantial merits and decide a case in accordance with equity and good conscience.. Thus, the Industrial Court, when hearing a claim of unjust dismissal, even where the ground is one of dishonest act, including theft, is not required to be satisfied beyond reasonable doubt that the employee has committed the offence.the standard of proof applicable is the civil standard, ie, proof on a balance of probabilities which is flexible so that the degree of probability required is proportionate to the nature and gravity of the issue. Kes Syarikat 12. Pihak Syarikat telah mengemukakan 3 orang saksi untuk membuktikan kes mereka. Saksi pertama (COW-1) adalah Encik Sukhdeve Singh a/l Mahinder Singh, iaitu pegawai atasan (immediate superior) Pihak Menuntut. Menurut saksi ini, Syarikat mengeluarkan pelbagai produk steel wire untuk kegunaan tempatan dan juga untuk di ekspot ke luar negara. COW-1 adalah Production Specialist dan antara tugas beliau 6

adalah untuk menyelia semua kerja-kerja Penyelia-Penyelia dan Operator-Operator semasa proses pengeluaran. Pihak Menuntut adalah Production Supervisor yang bekerja di bawah seliaan COW-1. Antara tugas Pihak Menuntut adalah beliau perlu mengawasi semua operator di production line, menyemak keperluan pengeluaran, mengadakan perancangan untuk pengeluaran, menyemak kualiti produk dan membimbing operator-operator berkaitan dengan isu kualiti. 13. COW-1 seterusnya menyatakan beliau mendapati prestasi Pihak Menuntut adalah tidak memuaskan, seringkali tidak berada di production line dan ini menyebabkan beliau menghadapi banyak masalah berkaitan dengan hasil pengeluaran. Mengikut COW-1 lagi antara 7.6.2013 dan 10.6.2013 beliau kerapkali mengalami masalah kegagalan ujian zinc dan dip, dengan itu beliau telah mengeluarkan 8D Corrective Action Report (mukasurat 9 COB-1) kepada semua Penyelia supaya Penyelia-Penyelia termasuklah Pihak Menuntut mengambil tindakan pembetulan (corrective action). 14. Menurut COW-1 walaupun beliau telahpun memberikan crew talk kepada Pihak Menuntut pada 5.6.2013, namun Pihak Menuntut masih melakukan kesilapan dimana pada 12.6.2013 telah berlaku zinc failure issue. Oleh sebab itu beliau telah mengeluarkan surat bertarikh 19.6.2013 kepada Pihak Menuntut (mukasurat 8 COB-1) kerana Pihak Menuntut gagal memeriksa paras zinc dan ini menyebabkan banyak line yang mengalami zinc failure issue. Pihak Menuntut telah mengemukakan jawapan kepada surat ini (rujuk mukasurat 10 COB- 1). Namun begitu COW-1 tidak berpuashati dengan penjelasan yang diberikan kerana menurut COW-1 masalah paras zinc tersebut berlaku semasa shift kerja Pihak Menuntut. Dengan itu satu Teguran Bertulis bertarikh 1.7.2013 (mukasurat 11 COB-1) telah dikeluarkan oleh Pihak Syarikat kepada Pihak Menuntut. 7

15. Seterusnya COW-1 menyatakan Pihak Menuntut masih gagal menunjukkan prestasi yang memuaskan walaupun setelah surat teguran dikeluarkan. COW-1 telah beberapa kali memberitahu Pihak Menuntut supaya meningkatkan prestasinya tetapi Pihak Menuntut masih tidak menunjukkan sebarang perubahan dimana Pihak Menuntut didapati tidak melakukan kerja-kerjanya, selalu tidak berada di kawasan kerjanya kerana menghabiskan banyak masa di kantin dan juga di bahagian lain kawasan kilang untuk berbual-bual dengan pekerja-pekerja lain, malah COW-1 juga kadangkala terpaksa melakukan kerja-kerja Pihak Menuntut dan ini menyebabkan pengeluaran gagal mencapai sasaran yang ditetapkan. 16. Melalui surat bertarikh 7.10.2013 (mukasurat 12 COB-1), Syarikat telah mengeluarkan surat kepada Pihak Menuntut untuk memberi peringatan kepada beliau mengenai sasaran pengeluaran yang telah ditetapkan keatasnya. Walau bagaimanapun Pihak Menuntut masih gagal mencapai sasaran tersebut, oleh itu Syarikat memutuskan untuk melakukan pertukaran Pihak Menuntut ke bahagian lain yang lebih ringan bebanan kerja. Walaupun selepas beberapa pertukaran, Pihak Menuntut masih tidak menunjukkan sebarang pembaharuan dan peningkatan. Menurut COW-1 lagi Syarikat cuba memberi kerja yang lebih ringan kepada Pihak Menuntut dengan harapan beliau dapat memperbaiki prestasinya dan dengan itu melalui surat bertarikh 31.12.2013 (mukasurat 20 COB-1) Pihak Menuntut kemudiannya telah ditukarkan ke Factory 1 untuk mengawasi satu line sahaja mulai 2.1.2014. 17. Menurut COW-1 lagi walaupun kerja-kerja Pihak Menuntut telah dikurangkan dan diringankan, namun prestasi beliau masih tidak memuaskan dan masih selalu tidak berada di tempat kerjanya. Berdasarkan penilaian tengah tahun 2014 yang dilakukan pada September 2014 (mukasurat 207 COB-1), didapati Pihak Menuntut masih gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan prestasi beliau adalah tidak memuaskan, oleh itu COW-1 telah memberi 8

amaran secara lisan kepada Pihak Menuntut. Menurut COW-1 lagi Pihak Menuntut masih gagal memperbaiki dan meningkatkan prestasi kerjanya walaupun Pihak Syarikat telah memberi ruang dan peluang yang banyak kepadanya. Beberapa hari sebelum penamatan kerjanya, Pihak Menuntut didapati masih meluangkan banyak masa kerjanya di kantin dan ini disaksikan sendiri oleh COW-3. Selain daripada itu Pihak Menuntut juga selalu tidak berada ditempat kerjanya dan masalah ini telah dirujuk kepada COW-1 dan COW-3. Menurut COW-1 lagi Pihak Syarikat akhirnya memutuskan untuk untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut atas alasan prestasinya yang amat tidak memuaskan. 18. Saksi Syarikat seterusnya adalah Puan Siti Jamilah Bt. Kamil (COW- 2), Penolong Pengurus Sumber Manusia. Saksi ini menyatakan Pihak Menuntut telah ditamatkan perkidmatannya atas alasan prestasinya yang amat tidak memuaskan. Menurut COW-2 lagi beliau telah berbincang dengan En. Yusop bin Rawi (COW-3) dan mendapati walaupun Pihak Menuntut telah di beri banyak peluang untuk membaiki prestasinya, namun Pihak Menuntut tidak menghiraukan segala nasihat dan amaran lisan yang telah diberikan, sentiasa hilang dari tempat kerjanya dan beliau juga telah dilihat oleh COW-3 berada di kantin pada waktu kerja dengan bermain telefon bimbitnya. COW-2 juga menyatakan berdasarkan Borang penilaian prestasi Pihak Menuntut, didapati Pihak Menuntut tidak mencapai sasaran yang ditetapkan dan prestasi beliau adalah sangat tidak memuaskan. 19. Saksi terakhir Pihak Syarikat (COW-3) adalah Encik Yusop Bin Rawi, yang bertugas sebagai Production Manager dengan Pihak Syarikat. Menurut saksi ini Pihak Menuntut melaporkan kepada beliau dan beliau juga telah melantik COW-1 sebagai immediate superior kepada Pihak Menuntut. COW-3 dalam keterangannya menyatakan berdasarkan rekod Syarikat, didapati prestasi Pihak Menuntut adalah tidak memuaskan. Pihak Menuntut gagal mencapai sasaran yang ditetapkan dan beliau menerima maklumbalas dari COW-1 bahawa 9

Pihak Menuntut selalu tidak berada berada di tempat kerjanya dan ini menyebabkan beberapa line menghadapi isu kegagalan zinc. 20. COW-3 menyatakan beliau telah beberapa kali memberi nasihat kepada Pihak Menuntut untuk memperbaiki prestasinya malah telah meminta pihak sumber manusia mengeluarkan surat amaran kepada Pihak Menuntut (mukasurat 11 COB-1). Menurut COW-3 lagi berdasarkan Performance Review yang telah dilakukan pada September 2014 (mukasurat 2-7 COB-1) didapati daripada 5 sasaran yang telah ditetapkan, Pihak Menuntut gagal mencapai 4 sasaran tersebut, oleh itu prestasinya amat tidak memuaskan. COW-3 telahpun memberi komen dan nasihat kepada Pihak Menuntut dalam borang penilaian tersebut. Selepas penilaian dilakukan, Pihak Menuntut masih tidak menunjukkan sebarang pembaharuan. COW-3 menyatakan beliau pernah melihat Pihak Menuntut menghabiskan masa yang begitu lama di kantin bermain-main dengan telefon bimbitnya dan apabila beliau melakukan rondaan di kilang, beliau mendapati Pihak Menuntut selalu tidak berada di tempat kerjanya. COW-3 berpendapat Pihak Menuntut tidak mengendahkan segala nasihat yang telah diberikan supaya beliau memperbaiki prestasinya, dengan itu beliau memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut. Kes Pihak Menuntut 21. Pihak Menuntut memilih untuk memberi keterangan sendiri dan tidak mengemukakan sebarang saksi. Mengikut beliau sepanjang perkhidmatannya dengan Pihak Syarikat, beliau telah beberapa kali dinaikkan pangkat dan juga dibayar bonus. Pihak Menuntut menyatakan beliau telah menjawab kepada surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Syarikat terhadapnya (mukasurat 8 COB-1) melalui surat yang terdapat di mukasurat 10 COB-1. Dalam surat tersebut 10

beliau menjelaskan semasa shift kerja beliau, paras zinc telah menyentuh marker yang dipasang dan tidak ada apa-apa zinc failure issue yang berlaku dalam shift beliau. Pihak Menuntut selanjutnya menyatakan beliau tidak dipanggil semasa pemeriksaan yang didakwa telah dijalankan oleh QA itu dan beliau juga tidak ditunjukkan dengan sebarang keputusan hasil pemeriksaan tersebut. Pihak Menuntut juga dalam keterangannya menyatakan pada 12.6.2013 beliau bekerja pada shift 3.00pm hingga 11.00pm dan pada masa itu tidak ada sebarang penolakan produk yang berlaku dan paras zinc pada hari tersebut adalah pada paras yang telah ditetapkan. Berkaitan dengan borang penilaian pula, Pihak Menuntut menyatakan sasaran telah ditetapkan oleh COW-1 dan COW-3 dan selepas itu ianya akan di masukkan ke dalam komputer bersama dengan COW-3. Pihak Menuntut dalam keterangannya juga menerangkan sebab-sebab sasaran yang ditetapkan itu tidak dapat dicapai antaranya adalah disebabkan mereka kekurangan feed dan penyelia tidak dibenarkan untuk menambah line, bagi purata scrap pula, ianya adalah untuk semua pekerja termasuk jurutera dan Pihak Menuntut. Ini bermakna scrap di kawal oleh semua pihak dan bukan beliau seorang sahaja. 22. Pihak Menuntut juga menafikan dakwaan saksi Syarikat bahawa beliau selalu menghabiskan masanya di kantin dan bermain dengan telefon bimbitnya. Pihak Menuntut tidak menafikan beliau seringkali tidak berada di tempat kerjanya tetapi ini adalah disebabkan beliau ditugaskan di Plant CPA, CPB dan CPC. Oleh itu beliau perlu berada di ketiga-tiga tempat tersebut dan kadang-kadang beliau juga perlu ke stor untuk mengambil barang-barang untuk kegunaan harian. Di samping itu beliau juga perlu mengambil zinc dan untuk maksud tersebut beliau perlu mencari Production Manager untuk mendapatkan tandatangannya. Selanjutnya Pihak Menuntut menyatakan semasa mesyuarat, amaran secara lisan ada diberikan secara keseluruhan kerana line dijalankan oleh Penyelia, leading hand dan operator. Pihak Menuntut menegaskan beliau tidak pernah pada bila-bila masapun diberikan amaran lisan secara khusus oleh COW-1 atau COW-3. 11

Penilaian Keterangan dan Dapatan Mahkamah 23. Undang-undang adalah mantap iaitu sekiranya Pihak Syarikat memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja itu atas sebab atau alasan yang tertentu, maka beban adalah terletak di atas Pihak Syarikat untuk membuktikan dan memberi justifikasi atas alegasialegasi tersebut melalui keterangan yang jelas (cogent) dan meyakinkan. 24. Dalam kes ini Pihak Menuntut telah ditamatkan perkhidmatannya melalui surat bertarikh 15.10.2014. Berdasarkan surat tersebut Pihak Menuntut telah diberhentikan atas alasan prestasi yang tidak memuaskan. Untuk kemudahan rujukan diperturunkan kandungan surat tersebut seperti di bawah ini: ~RUANGAN INI DIBIARKAN KOSONG~ 12

13

25. Dalam kes Sime Darby Bhd. v. Mathi Arasu [1991] 2 ILR 836, Y.A Pengerusi telah merujuk kepada kes James v. Waltham Holycross Urban District Council [1973] ILR R.202 dimana telah dinyatakan seperti berikut: An employer should be very slow to dismiss an employee upon the ground that he is incapable of performing work which he is employed to do without first telling the employee of the aspects in which he is failing to do his job adequately, warning him of the possibility or likelihood of dismissal on this ground and giving him an opportunity of improving his performance. Thus it is clear that in order to justify the dismissal, the company has to establish three things. Firstly, that the claimant was warned about his unsatisfactory performance, secondly, that the claimant was accorded sufficient opportunity to improve and thirdly, notwithstanding the above, the claimant failed to sufficiently improve his performance. 26. Oleh yang demikian sekiranya seseorang pekerja itu telah di berhentikan atas alasan prestasi kerja yang tidak memuaskan, maka beban adalah di atas Pihak Syarikat untuk membuktikan mereka telah memenuhi dan mematuhi keperluan-keperluan yang telah ditetapkan sepertimana yang dinyatakan didalam kes Sime Darby (supra). Sementara itu dalam kes Zy Nan Fang Holidays (M) Sdn. Bhd. v. Ching Pei Ling [2007] 3 ILR 103 pula telah diputuskan seperti berikut: On poor or unsatisfactory performance, the general criteria to be satisfied by the employer are recognized as follows: (a) (b) (c) the claimant must be warned of his poor performance; he is given sufficient opportunity to improve; and notwithstanding the above, he failed to sufficiently improve his performance. 27. Berdasarkan kepada nas-nas diatas, adalah jelas beban adalah terletak di atas Pihak Syarikat untuk membuktikan bahawa mereka telahpun mematuhi keperluan-keperluan yang telah ditetapkan sebelum 14

mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja atas alasan prestasi yang tidak memuaskan iaitu: (i) (ii) (iii) Pihak Menuntut telah diberi amaran berkaitan dengan prestasi beliau yang dikatakan tidak memuaskan itu; Pihak Menuntut telah diberi peluang yang secukupnya untuk memperbaiki prestasinya; dan meskipun telah diberi amaran dan peluang, Pihak Menuntut masih gagal untuk memperbaiki prestasinya. Sama ada dakwaan prestasi yang tidak memuaskan itu telah dibuktikan 28. Pihak Syarikat telah mengemukakan COW-3 dan COW-1 untuk membuktikan prestasi Pihak Menuntut yang dikatakan tidak memuaskan itu dimana COW-3 adalah Ketua Jabatan beliau dan COW-1 adalah pegawai atasan beliau. Mengikut COW-1 memandangkan prestasi Pihak Menuntut yang tidak memuaskan, maka satu surat bertarikh 7.10.2013 (mukasurat 12 COB-1) telah dikeluarkan khusus kepada Pihak Menuntut yang memaklumkan mengenai sasaran kerja beliau yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun Pihak Menuntut masih gagal memperbaiki prestasinya dan ini jelas dapat dilihat melalui penilaian yang dibuat pada September 2014. Selain daripada itu Pihak Menuntut juga didapati mempunyai sikap yang buruk terhadap kerjanya dimana beliau didapati sentiasa tidak berada di tempat kerjanya, meluangkan banyak masa di kantin dan bermain dengan telefon bimbitnya. 29. Adalah tidak dinafikan Pihak Menuntut mula bekerja sebagai Machine Operator sejak 13.11.1991 lagi dan gaji yang diterima pada masa itu adalah RM300.00 sebulan. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah beberapa kali dinaikkan pangkat dan jawatan terakhir yang 15

disandang olehnya sebelum penamatan kerja ini adalah sebagai Production Supervisor dan gaji yang diterima adalah RM3064.00 sebulan. Pihak Menuntut juga menerima kenaikan gaji dan pemberian bonus setiap tahun sepanjang tempoh perkhidmatannya yang lama dengan Syarikat. 30. COW-1 dalam keterangannya menyatakan prestasi Pihak Menuntut adalah tidak memuaskan dan beliau menyatakan beliau menghadapi masalah mengenai kekerapan kegagalan zinc dan dip, oleh itu beliau telah mengeluarkan 8D Corrective Action Report. Walau bagaiamanpun sekiranya keterangan beliau diteliti, beliau menyatakan laporan ini dikeluarkan untuk semua penyelia dan beliau berkehendakkan semua penyelia termasuklah Pihak Menuntut untuk mengambil tindakan pembetulan. Beliau langsung tidak menyatakn laporan ini hanya ditujukan khas kepada Pihak Menuntut sahaja. Oleh yang demikian rumusan yang dapat dibuat adalah laporan tersebut adalah secara umumnya meminta semua penyelia melakukan tindakan pembetulan dan ianya tidak bermaksud untuk ditujukan kepada Pihak Menuntut semata-mata. Laporan tersebut langsung tidak mengaitkan mengenai isu prestasi Pihak Menuntut yang dikatakan tidak memuaskan itu. 31. Pihak Syarikat selanjutnya menyatakan berikutan daripada satu pemeriksaan yang dijalankan oleh QA pada 12.6.2013 mendapati hanya terdapat penambahan 24 keping zinc ketul sahaja dimana jumlah yang sepatutnya dimasukkan ialah sebanyak 40 keping dan Pihak Menuntut juga dikatakan gagal membuat pemeriksaan bagi mempastikan paras zinc sepatutnya mencapai marker yang dipasang dan ini telah menyebabkan zinc failure issue. Oleh itu satu surat tunjuk sebab telah dikeluarkan oleh Pihak Syarikat kepada Pihak Menuntut dan Pihak Menuntut telahpun mengemukakan jawapan kepada surat tunjuk sebab tersebut. Syarikat yang tidak berpuashati dengan penjelasan yang diberikan telah mengeluarkan surat teguran bertulis kepada Pihak Menuntut. 16

32. Mahkamah mendapati dalam kes ini walaupun Pihak Syarikat mendakwa terdapat satu pemeriksaan yang telah dijalankan, namun begitu tidak ada sebarang dokumen yang dikemukakan di Mahkamah untuk menunjukkan hasil pemeriksaan tersebut untuk membuktikan sememangnya pemeriksaan yang didakwa tersebut telah dijalankan. Mahkamah berpendapat laporan tersebut adalah penting dalam kes ini untuk menunjukkan dan mengesahkan bahawa satu pemeriksaan sememangnya telah dijalankan dan hasil pemeriksaan menunjukkan zinc failure issue berlaku dalam shift Pihak Menuntut. Keterangan juga menunjukkan hasil pemeriksaan tersebut langsung tidak ditunjukkan kepada Pihak Menuntut. Pihak Menuntut dalam jawapan kepada surat tunjuk sebab telah menjelaskan pada hari tersebut (12.6.2013) beliau bekerja di shift kedua dan semasa shift beliau tidak ada apa-apa zinc failure issue yang berlaku. Oleh itu laporan tersebut adalah amat penting dan perlu ditunjukkan kepada Pihak Menuntut dan dikemukakan di Mahkamah ini bagi membuktikan terdapatnya pemeriksaan yang telah dijalankan dan daripada hasil pemeriksaan tersebut menunjukkan zinc failure issue itu telah berlaku semasa shift Pihak Menuntut. Kegagalan Pihak Syarikat untuk mengemukakan laporan hasil penyiasatan tersebut dengan sendirinya menunjukkan dakwaan yang dibuat oleh Pihak Syarikat keatas Pihak Menuntut bahawa zinc failure issue berlaku dalam masa shift Pihak Menuntut adalah tanpa sebarang dokumen sokongan dan tidak dibuktikan. Oleh yang demikian Mahkamah mendapati dakwaan Pihak Syarikat bahawa prestasi Pihak Menuntut adalah tidak memuaskan apabila zinc failure issue berlaku telah tidak disokong dengan sebarang keterangan yang kukuh. 33. COW-1 juga dalam keterangannya menyatakan walaupun surat amaran telah dikeluarkan keatas Pihak Menuntut, namun prestasi beliau masih lemah dan langsung tidak menunjukkan sebarang peningkatan. Beliau juga mendakwa Pihak Menuntut selalu tidak berada di tempat kerjanya, meluangkan lebih banyak masa kerja di 17

kantin, bermain-main telefon bimbitnya dan berada di lain-lain kawasan kilang untuk berbual-bual dengan pekerja-pekerja lain dan ini menyebabkan pengeluaran tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan. Sekiranya dakwaan ini benar, ini bermakna Pihak Menuntut telah melakukan salah laku yang serius dan COW-1 juga semasa di soal balas mengakui kesalahan-kesalahan ini adalah serius. Persoalannya adalah jika benar Pihak Menuntut telah melakukan kesalahan-kesalahan serius seperti yang dinyatakan diatas, maka mengapa Pihak Syarikat langsung tidak mengambil sebarang tindakan dengan mengeluarkan surat tunjuk sebab atau surat amaran kepada Pihak Menuntut. Kegagalan Pihak Syarikat untuk mengambil tindakan dengan mengeluarkan surat amaran ataupun surat tunjuk sebab kepada Pihak Menuntut atas kesalahan-kesalahan serius yang didakwa telah dilakukan itu menunjukkan sebenarnya tidak ada kesalahan sedemikian yang telah dilakukan oleh Pihak Menuntut. Tanpa sebarang bukti yang kukuh untuk menunjukkan apakah tindakan yang telah diambil oleh Syarikat ke atas Pihak Menuntut atas kesalahan yang dikatakan serius itu jelas menunjukkan tidak ada sebarang bukti bahawa sememangnya kesalahan-kesalahan tersebut telah dilakukan oleh Pihak Menuntut. 34. Selain daripada itu menurut COW-1, Pihak Menuntut telah beberapa kali ditukarkan ke bahagian lain secara dalaman kerana prestasinya yang tidak memuaskan. COW-1 dalam keterangannya juga menyatakan Pihak Menuntut telah ditukarkan ke bahagian yang lebih ringan supaya beliau dapat menumpukan perhatian kepada kerjakerjanya dan seterusnya dapat memperbaiki prestasinya. Walau bagaimanapun sekiranya surat-surat pertukaran secara dalaman tersebut diteliti, jelas kandungan surat-surat tersebut langsung tidak menyatakan Pihak Menuntut telah ditukarkan atas alasan prestasi yang tidak memuaskan. Oleh itu dakwaan COW-1 adalah tidak berasas sama sekali dan tidak disokong dengan apa-apa keterangan yang kukuh. 18

35. Saksi-saksi Pihak Syarikat dalam keterangan mereka menegaskan prestasi Pihak Menuntut adalah tidak memuaskan dan oleh sebab itu Syarikat memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan beliau pada 15.10.2014. Pihak Menuntut merupakan seorang pekerja yang telah lama berkhidmat dengan Syarikat dan telah menunjukkan sikap taat setianya untuk terus bekerja dengan Syarikat. Kerjaya beliau dengan Syarikat bermula hanya sebagai Machine Operator dan beliau telah menunjukkan peningkatan dan telah beberapa kali dinaikkan pangkat dan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Production Supervisor. Sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan Syarikat, setiap tahun beliau diberikan kenaikan gaji dan juga menerima bayaran bonus. Malah sebelum ini isu prestasi yang tidak memuaskan langsung tidak timbul. Sekiranya dakwaan Syarikat bahawa prestasi beliau tidak memuaskan adalah benar, maka sudah tentu Syarikat tidak akan memberikan bayaran bonus, kenaikan gaji dan pangkat kepada beliau. Oleh itu Mahkamah mendapati pada hakikatnya prestasi Pihak Menuntut yang dikatakan amat tidak memuaskan itu sebenarnya telah gagal dibuktikan oleh Syarikat. 36. Berdasarkan keterangan yang dikemukakan, COW-1 dan COW-3 dengan tegas menyatakan prestasi Pihak Menuntut adalah amat tidak memuaskan dan ini jelas dapat dilihat melalui penilaian yang dibuat pada awal September 2014 (mukasurat 2-7 COB-1). Walau bagaimanapun tindakan Syarikat nampaknya tidak selari dengan penegasan yang dibuat oleh kedua-dua saksi ini. Ini adalah kerana pada masa yang sama, Syarikat telah mengeluarkan satu surat bertarikh 8.9.2014 (mukasurat 76 CLB-1) dimana kandungan surat tersebut dengan jelas menyatakan Syarikat telah memutuskan untuk memberi kenaikan gaji kepada Pihak Menuntut. Sekiranya apa yang dinyatakan oleh COW-1 dan COW-3 bahawa prestasi Pihak Menuntut adalah amat tidak memuaskan, maka sudah tentu Syarikat tidak akan mengambil keputusan untuk menaikkan gaji beliau. Walaupun saksi Syarikat cuba menjelaskan dengan menyatakan kenaikan gaji ini adalah bertujuan semata-mata sebagai inisiatif kepada Pihak 19

Menuntut untuk meningkatkan prestasinya, namun begitu adalah tidak munasabah untuk Syarikat memberi kenaikan gaji walaupun mempunyai pengetahuan sepenuhnya bahawa prestasi Pihak Menuntut adalah amat tidak memuaskan, tambahan pula dalam surat tersebut langsung tidak menyatakan kenaikan gaji tersebut sebagai memberi inisiatif kepada Pihak Menuntut supaya beliau meningkatkan prestasinya. 37. Berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan diatas, Mahkamah mendapati Pihak Syarikat telah gagal membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa prestasi Pihak Menuntut adalah tidak memuaskan dan dengan itu penamatan kerja Pihak Menuntut telah dibuat tanpa sebab atau alasan yang adil. Kesimpulan 38. Setelah menilai segala keterangan dan hujahan bertulis yang dikemukakan secara menyeluruh dan bertindak mengikut ekuiti, perasaan nurani dan merit kes, Mahkamah mendapati Pihak Syarikat telah gagal membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa penamatan kerja Pihak Menuntut adalah dengan sebab atau alasan yang adil. Remedi 39. Setelah mendapati pembuangan kerja tersebut adalah tanpa sebab atau alasan yang adil, adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah seterusnya untuk memutuskan berkaitan dengan jenis remedi yang bersesuaian yang perlu diawardkan kepada Pihak Menuntut. 20

40. Pihak Menuntut dalam Pernyataan Kesnya telah memohon kepada Mahkamah untuk pengembalian semula jawatan asal tanpa kehilangan kekananan. Setelah mengambilkira keterangan yang dikemukakan dan perhubungan yang tidak baik yang wujud antara pekerja dengan majikan, Mahkamah berpendapat remedi ini adalah tidak wajar dan tidak sesuai dalam keadaan dan fakta kes ini dan ianya adalah tidak seiring dengan keharmonian perusahaan. Mahkamah berpendapat award pampasan dalam bentuk kewangan adalah lebih sesuai. 41. Mahkamah Rayuan dalam kes Koperasi Serbaguna Sanya Bhd v Dr James Alfred (Sabah) & Anor [2002]3 CLJ 758 telah memutuskan seperti berikut: In Industrial Law, the usual remedy for unjustified dismissal is an order of reinstatement. It is only in rare cases that reinstatement is refused. For example, as here, where the relationship between the parties had broken down so badly that it would not be conducive to industrial harmony to return the workman to his place of work. In such a case, the Industrial Court may award monetary compensation. Such an award is usually in two parts. First, there is the usual award for the arrears of wages, or back wages, as it is sometimes called. It is to compensate the workman for the period that he has been unemployed because of the unjustified act of dismissal. Second, there is an award of compensation in lieu of reinstatement. 42. Sementara dalam kes Hotel Jayapuri v. National Union Of Hotel Bar & Restaurant Workers [1980] 1 MLJ 105, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan sekiranya terdapat asas undang-undang untuk membayar pampasan, maka persoalan berkaitan dengan jumlah pampasan tersebut adalah terletak di bawah budibicara Mahkamah itu untuk menetapkannya di bawah Seksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan 1967. 21

Bayaran Gaji Kebelakang 43. Pihak Menuntut telah ditamatkan perkhidmatannya pada 15.10.2014. Pihak Menuntut mula bekerja dengan Pihak Syarikat mulai 13.11.1991 (rujuk surat lantikan di mukasurat 1-9 CLB-1). Gaji terakhir yang diterima oleh Pihak Menuntut pada masa pembuangan kerja beliau adalah RM 3064.00 sebulan (rujuk mukasurat 76 dan 81 CLB-1). 44. Adalah menjadi amalan Mahkamah apabila mengawardkan bayaran gaji kebelakang, bayaran ini hendaklah tidak melebihi 24 bulan dari tarikh pembuangan kerja tersebut dengan berdasarkan kepada gaji terakhir Pihak Menuntut yang telah di buang kerja tanpa sebab atau alasan yang adil seperti yang digariskan dalam Jadual Kedua Akta. Selain dari itu sekiranya terdapat pendapatan selepas pembuangan kerja, maka Mahkamah boleh membuat penolakan sebahagian dari bayaran gaji kebelakang tersebut. 45. Pihak Menuntut dalam keterangannya menyatakan beliau kini tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Menurut beliau lagi selepas penamatan kerja, beliau ada berusaha untuk mencari pekerjaan-pekerjaan lain tetapi semuanya tidak berhasil disebabkan oleh faktor usia beliau. Oleh itu untuk bayaran gaji kebelakang, ia adalah seperti berikut: RM3064.00 x 24 bulan = RM 73,536.00 Pihak Menuntut ketika ditamatkan perkhidmatan hanya berumur 49 tahun dan Mahkamah percaya sekiranya beliau berusaha dengan lebih gigih lagi, sudah tentu beliau akan memperolehi pekerjaan lain bagi menyara keluarganya. Pihak Menuntut sepatutnya mengurangkan kerugiannya dengan mencari pekerjaan lain yang sesuai dengan pengalaman beliau. Beliau juga tidak menunjukkan sebarang bukti untuk menyokong keterangan beliau bahawa beliau telah berusaha untuk mencari pekerjaan lain setelah ditamatkan perkhidmatan oleh Pihak Syarikat. Oleh itu ekuiti dan perasaan nurani memerlukan sedikit penolakan perlu dibuat untuk bayaran gaji kebelakang ini. Setelah menimbang secara teliti, Mahkamah berpendapat pemotongan sebanyak 20% adalah wajar dan munasabah dalam kes ini. Dengan itu untuk bayaran gaji kebelakang 22

Mahkamah mengawardkan bayaran sebanyak RM 58,828.80 (RM73,536.00 RM14,707.20) Pampasan Sebagai Pengembalian ke Jawatan Asal 46. Adalah juga menjadi amalan Mahkamah untuk mengawardkan pampasan sebagai gantirugi pengembalian ke jawatan asal berlandaskan kepada formula satu bulan gaji bagi setiap tahun genap perkhidmatan Pihak Menuntut dengan Syarikat. Pihak Menuntut telah berkhidmat dengan Syarikat selama 22 tahun lebih iaitu mulai dari 13.11.1991 sehingga pembuangan kerja pada 15.10.2014. Untuk pampasan sebagai gantirugi pengembalian ke jawatan asal, Mahkamah mengawardkan seperti berikut: RM 3064.00 x 22 bulan = RM 67,408.00 Perintah 47. Mahkamah dengan ini memerintahkan Pihak Syarikat untuk membayar kepada Pihak Menuntut sebanyak RM 126,236.80 (RM 58,828.80 + RM 67,408.00), melalui peguamcara Pihak Menuntut, Messrs Kula & Associates dalam tempoh 30 hari dari tarikh award ini diperturunkan. DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH 28 MAC 2017. ~SIGNED~ (DATO' RASIDAH BINTI HAJI CHIK) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA CAWANGAN PERAK 23