KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK SEMESTER /2015 TUGASAN 2 TOKOH PEMIKIRAN KRITIS: IBN HAYTHAM

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 834/14 ANTARA KOLANDAN A/L RAMASAMY DAN BELTON SDN. BHD. AWARD NO. 981 TAHUN 2017

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KONSEP RABBANI DALAM GERAK KERJA PENYELIDIKAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Arkeologi Islam: Suatu Penilaian Semula

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

berkait rapat dengan kebangkitan sains moden. Konsep modeniti yang didirikan oleh

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Takrifan Etika ethos

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

1 Yahya 1:1 1 1 Yahya 1:9. 1 Yahya

ABSTRACT. Despite the fact that Islam and Judaism are both monotheistic religions, they embrace

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAB 6 KONSEP ILMU DALAM ISLAM. 1. Menerangkan takrif dan ciri-ciri ilmu dalam Islam dengan jelas. (PLO1, C2)

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Islam Sebagai Rahmatan Lil Alamin. ISSN Edisi Khas (Special Edition) 2008 M/1429H

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

RUJUKAN KEPADA MAZHAB DALAM KETETAPAN FATWA: ANALISA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN TEACHING AND LEARNING OF AKIDAH IN PONDOK PASIR TUMBOH, KELANTAN

Keywords: Objectivity, Research, Value-free, Islam, Social Science

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Khadher Ahmad * Ishak Suliaman ** Sedek Ariffin ***

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA TERHADAP TOPIK CAHAYA DI KUCHING

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

Matlamat. Wadah Maklumat. Simposium 2014 Methodologi Pengambilan Ilmu Dalam Islam. Buku. Internet. Ceramah TV/Radio 22/10/14&

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN PERSEKITARAN

Ulasan Buku / Book Review

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (PENGELUARAN PERMIT, LESEN DAN PERAKUAN) 2013

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

Faktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkah laku Beragama Menurut al-ghazali dan Sigmund Freud

PENGGUNAAN LATIHAN KEPELBAGAIAN GARISAN 4+3x1 DALAM MEMBANTU MEMPERBAIKI TULISAN HURUF KECIL g, p DAN y MURID TAHUN EMPAT. Oleh

Pembentukan Teori dan Amalan Kaunseling dari Perspektif Islam

Kata kunci: Keadilan, pemimpin, faktor motivasi pekerja, Islam

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

Amar Makruf Nahi Mungkar

KEMAJUAN MALAYSIA. Abstrak

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri Diploma in Educational Studies and Teaching

Transcription:

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK SEMESTER 1 2014/2015 TUGASAN 2 TOKOH PEMIKIRAN KRITIS: IBN HAYTHAM DISEDIAKAN OLEH : NURUL HUDA BINTI MOHD FARITH (A146914) NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DR. ZAKIAH MUHAMMADDUN BINTI MOHAMED

ISI KANDUNGAN Bil Kandungan Muka surat 1 Pengenalan 3 2 Latar Belakang 4 3 Sumber-sumber Pembentukan Falsafah Pemikiran Saintifik Ibn 6 Haytham 4 Analisis Falsafah Pemikiran Saintifik Ibn Haytham 10 5 Kesimpulan 15 6 Rujukan 15 2

PENGENALAN Bagi tugasan ini, saya memilih Ibn al-haytham sebagai tokoh untuk tajuk ini. Ibn Al- Haytham merupakan seorang ilmuwan Islam yang sangat mempengaruhi kepada ketamadunan dunia pada zaman kegemilangannya sehingga kini. Sepertimana yang kita tahu, ketamadunan dunia kini kebanyakkannya berasal daripada penemuan-penemuan ilmuwan Islam terlebih dahulu pada zaman Gelap. Oleh itu, saya memilih Ibn Al-Haytham sebagai tokoh untuk tajuk ini untuk meneliti sifatsifat dan pengaruh salah seorang ilmuwan Islam yang mahir dalam pelbagai bidang disiplin ilmu (polymath). Pemikiran saintifiknya dikatakan telah mempengaruhi cendekiawan-cendekiawan Barat yang terkenal seperti Roger Bacon, Frederick of Fribourg, Johannes Kepler dan René Descartes dalam penyelidikan mereka. Manakala pada pandangan orientalis pula, mereka mengatakan sistem pemikiran Ibn al-haytham diceduk daripada mazhab Aristotle semata-mata. Malah, terdapat juga sejarawan Barat yang mengatakan Ibn al-haytham merupakan seorang ilmuwan Islam yang berpemikiran sekular. Oleh itu, terdapat beberapa persoalan yang timbul daripada pandangan-pandangan orientalis. Antaranya ialah adakah benar Ibn al-haytham telah memisahkan elemen ketuhanan dalam melaksanakan kajian-kajian saintifik beliau sehinggakan tuduhan sekular ini dilemparkan kepadanya? Bagaimanakah pula dengan falsafah pemikiran saintifik beliau? 3

LATAR BELAKANG Dalam mengenal pasti biografi Ibn al-haytham, saya memfokuskan kepada tiga bahagian utama. Pertama, riwayat hidup; kedua, pendidikan dan kerjaya; dan ketiga, sumbangan ilmu dan pengaruh pemikiran Ibn al-haytham. Latar belakang peribadi juga penting untuk ditinjau terlebih dahulu dalam mengenal pasti sumber pembentukan dan corak pemikiran seseorang tokoh. a) Riwayat Hidup Nama penuh Ibn al-haytham ialah Abu Ali al-hasan ibn al-hasan ibn al-haytham. Di dunia Barat, beliau dikenali sebagai Alhazen atau juga Avenetan. Ibn al-haytham turut digelar sebagai Ptolemy Kedua kerana pencapaiannya dalam bidang astronomi. Beliau dilahirkan di Basrah, Iraq pada tahun 965 M. Manakala maklumat berkenaan ibu bapanya sangat kurang dibincangkan. Disebabkan beliau pernah menjawat jawatan dalam kerajaan, maka Ibn al-haytham dikatakan berasal daripada keluarga kelas pertengahan di Basrah. Menurut Steffens, Ibn al-haytham pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Ia diketahui melalui salinan naskah Kitab al-manazir (Buku Optik) yang bertahan dan disalin oleh menantunya sendiri iaitu Ahmad ibn Muhammad ibn Ja far al- Askari. Selain itu, Ibn al-haytham pernah merantau ke Ahwaz sebelum berhijrah ke Baghdad bagi tujuan melanjutkan pengajiannya. Menurut al-bayhaqi (1106 M 1169 M), Ibn al-haytham menderita sakit sebagai akibat daripada penyakit cirit-birit yang teruk seminggu sebelum kematiannya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1038 M ketika berusia 73 tahun. Namun, terdapat dua pendapat mengenai tempat terakhir Ibn al-haytham hidup sebelum beliau meninggal dunia iaitu di Kaherah, Mesir; dan satu lagi pendapat mengatakan di Syria. Pendapat yang kuat adalah di Mesir kerana beliau turut digelar sebagai Abu Ali al-misri. b) Pendidikan dan Kerjaya Ibn al-haytham mendapat pendidikan awalnya dalam bidang akidah, al-qur an dan Hadith di sebuah masjid di Basrah. Menurut Sulaiman Fayyad, Ibn al-haytham pernah bekerja sebagai seorang akauntan ketika di Basrah. Manakala Steffens pula menimbulkan dua perbezaan pendapat oleh sejarawan berkaitan pekerjaan Ibn al-haytham. Ada yang mengatakan beliau merupakan seorang jurutera awam atau mungkin juga seorang akauntan berdasarkan penulisan-penulisan yang pernah dihasilkannya. Walau bagaimanapun, Jamil Ahmad dan Steffens bersetuju menyatakan Ibn 4

al-haytham telah berpura-pura kurang waras bagi menggagalkan dirinya daripada memegang jawatan sebagai seorang pegawai kerajaan. Hal ini kerana beliau ingin menumpukan perhatiannya kepada penyelidikan dan penghasilan karya-karya intelektualnya. Seterusnya, Ibn al-haytham meneruskan pengajiannya dalam bidang falsafah terutamanya falsafah Aristotle yang tidak digemari oleh masyarakat ketika itu. Malah, tekanan politik yang diterima oleh Ibn al-haytham ketika itu mengakibatkan beliau mengambil keputusan untuk melarikan diri ke Baghdad. Namun menurut Syed Mahadzir, beliau merantau ke Ahwaz untuk melanjutkan pengajiannya terlebih dahulu sebelum ke Baghdad. Setelah berada di Baghdad, Ibn al-haytham berhijrah ke Mesir. Menurut al-qifti (1172 M 1228 M), beliau berpindah ke Mesir kerana mendapat jemputan oleh Khalifah al-hakim bi Amr Allah yang menjadi ketua kerajaan Fatimiyyat ketika itu. Ia disebabkan oleh kenyataan Ibn al-haytham dalam sebuah karyanya bahawa beliau mampu untuk memulihkan keadaan Sungai Nil yang sering mengalami banjir dengan menggunakan ilmu geometri yang dikuasainya. Namun, Ibn al-haytham tidak mampu melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pemerintah Mesir ketika itu. Sebagai hukuman, Ibn al-haytham dipenjara di dalam rumahnya sendiri Setelah kematian Khalifah al- Hakim bi Amr Allah pada tahun 1021 M, beliau dibebaskan dan bekerja sebagai penyalin bukubuku astronomi dan matematik di Universiti al-azhar. Beliau menerima upah daripada jualan sebuah salinan buku itu sebanyak 150 dinar Mesir. c) Sumbangan Ilmu dan Pengaruh Sewaktu dalam tahanan itu, Ibn al-haytham telah membuat suatu penemuan terkemuka dalam bidang optik. Menurut Yazid Abdul Manap dan Diyan Yulianto & M. Saifullah Rohman, Ibn al-haytham menemui asas kepada penciptaan kamera yang berasal daripada perkataan camera obscura (kamar gelap) dengan pengalamannya ketika dipenjara. Penemuan tersebut diperincikan dalam karya agung yang ditulis oleh Ibn al-haytham iaitu Kitab al- Manazir. Ibn al-haytham merekodkan penemuan tentang kelajuan cahaya, pantulan dan pembiasan cahaya, gerhana dan pergerakan cahaya dengan menggunakan kaedah saintifik di dalam Kitab al- Manazir tersebut. Oleh itu, Ibn al-haytham sebagai ahli sains yang sejati kerana kajian-kajiannya disempurnakan dengan sesuatu yang demonstratif. Sehubungan dengan itu, kepakaran Ibn al-haytham dalam bidang optik membantu ahli perubatan dan juga ahli fizik. Dalam hal ini, sumbangan ini distilahkan sebagai sintesis Ibn al-haytham terhadap optik dan anatomi mata. Ibn al-haytham 5

memperincikan perkara-perkara tersebut dalam empat jilid pertama Kitab al-manazir. Manakala, dalam jilid kelima dan keenam, Ibn al-haytham menumpukan penelitiannya kepada geometri cahaya. Selain itu, Kitab al-manazir turut membincangkan teori paling asas dalam hukum fizik iaitu momentum (quwwat al-harakat). Kajian ini telah membawa kepada penemuan hukum pergerakan pertama (first law of motion) dalam mekanik. Beberapa abad selepas Ibn al-haytham meninggal dunia, karya agungnya tidak menjadi rujukan oleh mana-mana pengkaji berkaitan bidang optik sehinggalah muncul seorang ilmuwan bernama Kamal al-din. SUMBER-SUMBER PEMBENTUKAN FALSAFAH PEMIKIRAN SAINTIFIK IBN AL- HAYTHAM Berdasarkan latar belakang peribadi yang telah dibincangkan sebelum ini dan biobibliografi tersebut, dapatlah dikenal pasti perkara-perkara yang mencorakkan pemikiran saintifik Ibn al-haytham. Antara sumbernya ialah al-qur an dan Hadith, falsafah cendekiawan Yunani dan pengaruh ilmuwan sezaman dengannya. a) Al-Qur an dan Hadith Ibn al-haytham tidak menyebut secara jelas mengenai sumber pembentukan pemikiran saintifiknya bersumberkan al-qur an dan Hadith. Namun, daripada penelitian terhadap perbincangan biografinya sebelum ini mendapati beliau diasuh dengan pendidikan al-qur an dan Hadith di sebuah masjid dalam kota Basrah pada peringkat awal pengajiannya. Selain itu, Ibn al- Haytham merupakan seorang yang sangat mentaati perintah Allah SWT. Hal ini kerana beliau sangat berpegang teguh kepada sifat ubudiyyat atau pengabdian diri yang digambarkan melalui bacaan doanya sebelum saat kematian: Ilmu geometri telah menjadi sia-sia bagiku dan ubat-ubatan tidak berguna lagi. Kini, apa yang tinggal adalah menyerahkan jiwaku kepada Penciptanya. Wahai Tuhanku, aku kembali kepada- Mu, Penguasa segala penguasa. Hanya kepada-mu tempat aku beristirahat dan Engkau-lah tempat tujuanku. (dipetik daripada Abdul Rauf Nowsherwi, 1969) Berdasarkan petikan doa ini jelas menggambarkan sifat ubudiyyat Ibn al-haytham kepada Penciptanya. Dalam al-qur an, sifat ubudiyyat manusia ini diungkapkan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: 6

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (al-fatihah, 1:5) Sifat pengabdian diri manusia kepada Allah SWT yang berdasarkan al-qur an dan Hadith inilah yang menggambarkan keseluruhan pemikiran saintifik Ibn al-haytham. Beliau meletakkan asas falsafah Islam yang kukuh untuk menjalankan penyelidikannya dalam bidang sains. Selain itu, terdapat juga sebuah makalah yang ditulis oleh Ibn al-haytham yang menggambarkan pemikiran saintifiknya turut dibentuk oleh al-qur an. Dalam Maqalat fi Daw al-qamar (Makalah tentang Cahaya Bulan), Ibn al-haytham memulakan penulisannya dengan sepotong ayat al-qur an yang bermaksud: Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.. (Yunus, 10:5). Dalam makalah tersebut, Ibn al-haytham menerangkan mengenai cahaya Bulan yang mempunyai kaitan dengan sinaran Matahari dan dihuraikan dengan penjelasan matematik. Hal ini membuktikan bahawa pemikiran Ibn al-haytham dicorakkan oleh sumber wahyu yang mendorong beliau melakukan aktiviti penyelidikan bagi mendapatkan penjelasan secara saintifik daripada sumber yang qat i yakni yang pasti kebenarannya itu. b) Falsafah Cendekiawan Yunani Kerangka penulisan bio-bibliografi Ibn al-haytham ini mempunyai persamaan dengan model bio-bibliografi Galen dalam karyanya, De Libris Propiis. Hakikatnya, Ibn al-haytham sangat meminati corak berfikir cendekiawan Yunani tersebut sehinggakan beliau banyak memetik kata-kata hikmah daripada Galen seperti yang dinyatakan dalam bio-bibliografinya. Antaranya, Ibn al-haytham menonjolkan kata-kata Galen mengenai matlamat penulisan ilmiahnya seperti berikut: 7

Niat dan hasrat saya dalam penulisan ini ada dua, sama ada ia (1) memberi manfaat kepada orang lain, memaklumkan kepadanya (tentang ilmu tersebut) atau (2) memberi manfaat kepada diri saya sendiri sebagai latihan mental, bahkan dengannya saya merasa gembira sewaktu menulis (ilmu tersebut) dan saya akan menjadikannya bekalan untuk hari tua saya. (dipetik daripada Hilloowala, 2000) Penulisan ilmiah yang dimaksudkan di sini merupakan hasil daripada kajian-kajian saintifik yang telah dijalankan. Ibn al-haytham turut menyenaraikan 30 buah karya Galen yang beliau kaji bagi menjelaskan bahawa hal keduniaan dan keagamaan termasuk dalam ilmu falsafah. Secara lebih mendalam, Ibn al-haytham tidak hanya tertarik kepada matlamat penulisan yang digariskan Galen. Malah lebih luas lagi, beliau dipengaruhi oleh kata-kata Galen bahawa dengan mendalami ilmu-ilmu saintifik ini, beliau berjaya mendekatkan diri kepada Tuhan. Selain Galen, pemikiran Ibn al-haytham juga dipengaruhi oleh falsafah Aristotle. Perkara inilah yang menimbulkan pernyataan dalam kalangan orientalis bahawa Ibn al-haytham merupakan pengikut mazhab pemikiran cendekiawan Yunani ini atau dikenali sebagai Aristotelianisme. Hal ini kerana Ibn al-haytham mentafsirkan falsafah kepada tiga cabang ilmu iaitu matematik, teologi dan fizik. Beliau mengulas secara terperinci ketokohan Aristotle yang mendefinisikan falsafahnya kepada tiga cabang ilmu ini. Malah, Ibn al-haytham juga turut membuat penekanan bahawa di akhir kajian Aristotle, beliau bertemu dengan kebenaran dan mengakui keesaan Tuhan yang mencipta alam semesta ini. Walau bagaimanapun, terdapat percanggahan pendapat yang dikemukakan oleh tokoh pemikir Islam, Sayyid Qutb (1906 M 1966 M) mengenai falsafah Aristotle. Pada pandangan Aristotle, beliau mengakui kewujudan Tuhan yang Esa tetapi beliau menganggap Tuhan membiarkan alam ini begitu sahaja selepas menciptanya. Sungguhpun demikian, Ibn al-haytham tidak menerima secara taqlid iaitu tanpa sebarang penilaian terlebih dahulu terhadap sistem falsafah Aristotle tersebut. Buktinya, beliau pernah menulis sebuah risalah bertajuk Risalat fi Butlan ma Yarahu al-mutakallimun min anna All ah Lam Yazal Ghayr Fa il Thumma Fa ala (Risalah berkenaan Kebatilan Ahli Teologi yang Memikirkan bahawa Allah Kekal Tidak Bertindak Kemudiannya Bertindak) bagi menolak pandangan seperti yang dikemukakan oleh Aristotle ini. 8

Meskipun begitu, perkara yang memberi kesan besar kepada pemikiran Ibn al-haytham hanyalah terhadap pernyataan Galen dan Aristotle iaitu melalui kajian saintifik mereka mampu mendekatkan diri kepada Tuhan dan mengakui keesaan Tuhan. c) Pengaruh Ilmuwan Sezaman Ilmuwan sezaman juga memberi kesan kepada pembentukan falsafah pemikiran Ibn al- Haytham. Dalam bio-bibliografinya, Ibn al-haytham memetik kata-kata hikmah daripada seorang tokoh ilmuwan yang menjadi teladan kerana kebijaksanaannya iaitu Abu al-qasim ibn Ali ibn Isa. Abu al-qasim ibn Ali ibn Isa merupakan seorang pegawai (wazir) dalam kerajaan Abbasiyyat ketika itu. Kata-kata hikmah ini menjadi misi kehidupan Ibn al-haytham yang menceritakan tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalam menjalani kehidupan untuk mendapatkan kehidupan yang abadi. Hubungan antara ilmu yang bermanfaat dan kehidupan yang abadi di dunia dan akhirat telahpun digambarkan dalam sebuah Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila seorang Muslim meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali daripada tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya. (Riwayat Abu Daud) Melalui Hadith ini, Rasulullah SAW menggalakkan umatnya menuntut ilmu yang bermanfaat dan menyebarkannya melalui pengajaran, penulisan dan sebagainya. Seterusnya ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain ini akan menambah pahala amalan penyebar ilmu walaupun telah meninggal dunia. Dalam konteks ini, pemikiran Ibn al-haytham turut dibentuk dengan pemikiran ilmuwan pada zamannya yang memotivasikan dirinya untuk bersungguh-sungguh melakukan penyelidikan dan merekodkan melalui karya-karyanya. Oleh yang demikian, penyelidik-penyelidik yang datang sesudah beliau dapat memanfaatkan hasil kajiannya terhadap fenomena alam. 9

ANALISIS FALSAFAH PEMIKIRAN SAINTIFIK IBN AL-HAYTHAM Terdapat tiga perkara penting yang dikenal pasti daripada pembentukan falsafah pemikiran saintifik Ibn al-haytham ini. Pertama, falsafahnya itu bertunjangkan elemen tauhid kepada Allah SWT; kedua, ia mengandungi elemen akhlak yang tinggi sebagai penyelidik; dan ketiga, ia berpaksikan kebenaran. a) Penekanan terhadap Unsur Tauhid Faktor utama Ibn al-haytham begitu berminat untuk mengkaji perkara-perkara dengan pendekatan saintifik ini kerana pengkajian tersebut menjadi alat untuk beliau mendekatkan diri kepada Allah SWT. Beliau turut mempamerkan bahawa dengan tauhid dan sifat ubudiyyat yang menjadikan dirinya taat dan patuh kepada kehendak Allah SWT. Dalam hal ini, beliau melontarkan pandangannya seperti petikan kata-kata berikut: Saya mengambil keputusan untuk mengetahui perkara apakah yang membawa kita lebih dekat kepada Allah, apakah yang paling diredhai-nya dan perkara apakah yang membuat kita tunduk kepada kehendak-nya yang pastinya tidak dapat dihindari. (dipetik daripada Steffens, 2007:27) Berdasarkan petikan kata itu, jelaslah bahawa Ibn al-haytham telah meletakkan matlamat utama dalam melakukan penyelidikan saintifik adalah untuk mencapai keredhaan Allah SWT atau mardatillah. Mardatillah merupakan matlamat seluruh aspek kehidupan manusia. Menurut Muhammad Syukri Salleh lagi, hubungan yang erat antara akidah, ibadah dan akhlak yang dijaga secara bersungguh-sungguh dapat membimbing manusia mencapai keredhaan Allah SWT. Pada dasarnya, falsafah pemikiran saintifik Ibn al-haytham ini ditunjangi oleh ikatan tauhid yang utuh kepada Allah SWT. Perihal tauhid ini telah ditekankan dalam al-qur an sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tidak beranak dan Dia tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa dengannya. (al-ikhlas, 112:14). Selain itu, kecintaan Ibn al-haytham kepada Penciptanya juga dapat dibuktikan melalui ungkapan basmalah (bismi Allah al-rahman al-rahim) pada setiap permulaan dalam karyakaryanya. Dengan berpegang kepada konsep keberkatan ilmu pengetahuan inilah beliau turut 10

mengakhiri penulisannya dengan puji-pujian kepada Allah SWT dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda. b) Penekanan terhadap Unsur Akhlak Ibn al-haytham menggariskan tiga perkara penting dalam sistem etikanya. Ketiga-tiga perkara tersebut boleh diibaratkan dengan sebuah model kerangka input, proses dan output. Menurut Ibn al-haytham, dalam menyempurnakan etika seseorang penyelidik, inputnya perlu dimulakan dengan pencarian ilmu pengetahuan. Dalam meinterpretasikan input tersebut (pencarian ilmu), ia dapat dicapai dengan tiga proses iaitu pemahaman akidah yang jelas, melakukan amalan-amalan kebaikan dan menjauhkan perkara-perkara yang tidak baik. Akhir sekali, proses penyempurnaan tatasusila dengan mencari ilmu pengetahuan itu akan memberikan output iaitu kebahagiaan yang abadi di Akhirat kelak. Kebahagiaan atau kejayaan (al-falah) ini akan dikurniakan oleh Allah SWT setelah manusia mendapat keredhaan Allah. Sekiranya diteliti dari perspektif Islam, etika sama sekali berbeza dengan akhlak. Etika bererti tindakan zahir kemanusiaan melalui perhubungan manusia dengan manusia berdasarkan kepada pemikiran sesuatu kumpulan dan masyarakat pada masa dan tempat tertentu. Malah etika merupakan sistem ciptaan manusia yang diselaraskan dengan kehidupannya. Namun dalam konteks Ibn al-haytham ini, sistem etika tersebut sangat rapat dengan akidah. Ia dapat dilihat daripada proses pertama dan output iaitu memahami akidah dengan teliti dan kepercayaan beliau kepada kehidupan di alam Akhirat. Sifat tawadu yang ada pada Ibn al-haytham ini menunjukkan bahawa ilmu yang beliau peroleh bukanlah bersifat mutlak, sebaliknya semua ilmu pengetahuan yang mutlak datang daripada Allah SWT. Hal ini merupakan suatu manifestasi kepada proses untuk mencapai kesempurnaan akhlak bagi Ibn al-haytham. c) Penekanan terhadap Unsur Kebenaran Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Ibn al-haytham begitu menekankan unsur tauhid dan akhlak untuk mencapai keredhaan Allah. Oleh yang demikian, hasil falsafah pemikiran saintifik yang terbentuk meningkatkan keinginannya untuk mencari kebenaran. Keinginan ini pula sangat berkait rapat dengan usahanya mendekatkan diri kepada Allah SWT. Menurut O Connor & Robertson, kehidupan Ibn al-haytham pada awal usia dewasanya dipengaruhi oleh konflik 11

perbezaan fahaman mazhab-mazhab akidah di Basrah. Antaranya mazhab yang berbeza pendapat itu adalah Sunni, Syi ah dan Mu tazilah. Oleh itu, Ibn al-haytham berusaha menyelidik dan mencari titik persamaan antara semua mazhab akidah itu namun usahanya gagal. Menurut Ibn al- Haytham dalam bio-bibliografi terbitan Ibn Abi Usaybi at, beliau menyatakan: Saya menyelidiki perbezaan pendapat dan kepercayaan mazhab-mazhab akidah itu. Saya tidak berjaya dan tidak menemui jalan yang mudah atau sesuai untuk mencari kebenaran dalam kepercayaan yang berbantahan itu. (dipetik daripada Naseer Ahmad Nasir, 1969) Walau bagaimanapun, Ibn al-haytham meyakini bahawa kebenaran itu seharusnya wujud sebagai satu entiti yang datang daripada Allah SWT. Oleh kerana perbezaan itu, beliau mengalami fasa keraguan terhadap perkara yang dikajinya. Dalam hal ini, Ibn al-haytham melontarkan pandangannya: Saya mula merasakan terdapat keraguan tentang semua ini (perbezaan kepercayaan) dan saya sangat yakin bahawa di sana terdapat hanya satu sahaja kebenaran. Apa sahaja perbezaan yang timbul di antara mazhab-mazhab itu bukan pada Rukun Imannya atau kewujudan yang Maha Wujud, tetapi pada kandungan sosiologinya (Syari ah). (dipetik daripada Naseer Ahmad Nasir, 1969) Fasa keraguan yang dialami oleh Ibn al-haytham ini juga pernah dialami oleh Imam al- Ghazali seperti yang dijelaskan dalam kitabnya al-munqidh min al-dalal. Menurut Imam al- Ghazali, kepelbagaian agama dan keimanan yang diwarisi secara taqlid (mengikut tanpa usul periksa) ini tidak membawa manusia kepada fitrah yang sebenar. Hal ini kerana, fitrah ini bertentangan dengan prinsip yang dijelaskan dalam al-qur an sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Kebenaran itu (wahai Muhammad) adalah datangnya dari Tuhanmu. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. (al-baqarat, 2:147) Meskipun begitu, terdapat juga pandangan orientalis yang mengatakan Ibn al-haytham telah kehilangan kepercayaannya terhadap ajaran Islam disebabkan kenyataannya yang meragui semua kepercayaan dalam mazhab-mazhab akidah itu. Namun, perkara yang ingin disampaikan oleh Ibn al-haytham dalam kenyataan ini adalah semata-mata kerana kebenaran yang ingin 12

diperolehnya. Oleh yang demikian, dalam mendapatkan kebenaran itu, Ibn al-haytham sentiasa berkeinginan untuk mencari ilmu pengetahuan. Hal ini dapat digambarkan melalui kata-katanya: Saya sentiasa dihantui oleh keinginan mencari ilmu dan kebijaksanaan. Jelas bagi saya bahawa tidak ada yang lebih daripada dua perkara itu yang dapat mendekatkan diri manusia kepada Allah. (dipetik daripada Ziauddin Sardar, 1992:32). Dalam petikan ini juga, Ibn al-haytham sekali lagi menjelaskan tujuan beliau mendapatkan ilmu pengetahuan adalah untuk mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Secara lebih terperinci, Ibn al-haytham menyenaraikan matlamat pencarian ilmu dan penulisan karya-karya daripada kajian-kajian saintifiknya kepada tiga perkara utama iaitu: Selagi saya masih bernyawa, saya akan menggunakan seluruh tenaga dan kekuatan untuk melakukan kegiatan ilmiah supaya dapat (1) memberikan kebaikan dan manfaat kepada pencari kebenaran; (2) menyatakan persoalan yang berada dalam pemikiran saya; dan (3) menjadi bekalan untuk hari tua. (dipetik dan diolah daripada Yazid Abdul Manap, 2011:149) Daripada matlamat yang ingin dicapai oleh Ibn al-haytham tersebut, beliau mendalami ilmu falsafah yang merangkumi ilmu akidah, matematik dan sains tabii. Rajah 1: Peringkat-peringkat Ilmu Pengetahuan Ibn Haytham dalam Mencari Kebenaran 13

Rajah 1 menjelaskan peringkat-peringkat yang dilalui oleh Ibn al-haytham dalam menimba ilmu demi mencari kebenaran. Pemilihan bentuk kon adalah kerana Ibn al-haytham merupakan ahli geometri pertama yang melengkapkan hasil kerja Apollonius of Perga berkenaan bentuk geometri kon iaitu sebelum dari tahun 1027 M. Asas didikan yang menjadi dasar (tapak) kepada pencarian ilmu dan kebenaran Ibn al-haytham adalah al-qur an dan Hadith. Beliau mempelajari kedua-dua ilmu tersebut pada usia mudanya. Kemudian, beliau menyelidiki pula cabang-cabang teologi. Namun, penyelidikannya itu menambahkan keraguan terhadap kebenaran yang dicarinya disebabkan oleh perbalahan yang berlaku antara mazhab-mazhab teologi ketika itu. Seterusnya, Ibn al-haytham menemui bakatnya dalam bidang matematik dan mula meminati bidang tersebut khususnya cabang geometri. Hal ini kerana, pada pandangan beliau matematik tidak membawa kepada perbezaan yang besar di antara pengkajinya. Sebelum beliau mengkhusus kepada bidang optik dengan penghasilan karya agungnya iaitu Kitab al-manazir, beliau menceburi bidang astronomi dengan mengaplikasikan bidang geometri ke atas sistem pergerakan objek cakerawala. Hasil daripada penelitiannya dalam bidang astronomi itulah yang membawa beliau kepada penemuan-penemuan agungnya dalam bidang cahaya dan penglihatan. Oleh itu, Ibn al-haytham berjaya menemui jalan melalui kajian saintifik yang membawanya ke arah kebenaran. Walau bagaimanapun, ia tetap didasari dengan akidah tauhid, sifat ubudiyyat dan sifat tawadu. Demikianlah natijah yang terhasil daripada falsafah pemikiran saintifik Ibn al- Haytham ini. 14

KESIMPULAN Berdasarkan keseluruhan perbincangan ini, dapatlah dirumuskan falsafah pemikiran saintifik Ibn al-haytham itu menuruti konsep tauhid dalam Islam. Ia sekali gus mematahkan hujah yang mengatakan Ibn al-haytham merupakan seorang cendekiawan Islam yang sekular semasa melakukan penyelidikan saintifik. Dari sudut yang lain, pengaruh pemikiran cendekiawan Yunani tidak langsung memberi kesan negatif kepada pemikiran Ibn al-haytham. Hal ini kerana pemikiran beliau telah terpaut kuat dengan al-qur an dan Hadith terlebih dahulu. Malah, beliau sangat yakin untuk melakukan aktiviti-aktiviti saintifik kerana dengan usahanya itu, beliau dapat mencapai keredhaan Allah. Selain itu, Ibn al-haytham boleh dijadikan model ilmuwan yang berpemikiran saintifik berteraskan Islam. Hal ini kerana beliau mempunyai matlamat yang jelas ketika melakukan kajian-kajian saintifiknya dan memberi manfaat kepada manusia sejagat. RUJUKAN Mohaini Mohamed (2000). Ibn al-haytham, Abu Ali al-hasan ibn al-hasan (965-1039) dlm. Mohaini Mohamed (Ed.). Great Muslim Mathematics. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Abdul Basir Pal (1969). Ibn al-haitham, dlm. Hakim Mohammad Said (Ed.). Ibn al-haitham: Proceedings of the Celebrations of 1000 th Anniversary Held Under the Auspices of Hamdard National Foundation. Karachi: Hamdard Academy Abdul Rahman Omar (1995). Fizik Menurut Perspektif Islam, dlm. Sulaiman Nordin (Ed.), Sains Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zulkiple Abd. Ghani, Mohd Rushdan Mohd Jailani, Muhammad Yusuf Khalid & Roslizawati Mohd Ramly (2011). Profil Cendekiawan Islam. Negeri Sembilan: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia. 15