PERISYTIHARAN BANGKOK TENTANG AKTIVITI FIZIKAL UNTUK KESIHATAN SEJAGAT DAN PEMBANGUNAN LESTARI

Similar documents
IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

ISI KANDUNGAN SEKSYEN/ RUJUKAN 1.0 TUJUAN OBJEKTIF DAN SKOP 3

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK 2 BAGI PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP GRED J29

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA: ISU-ISU TERPILIH

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

SADA ADAMU MAIGARI. Faculty of Education. University of Technology, Malaysia JUNE, 2013

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

KEPERLUAN PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN MELALUI MICROSOFT OFFICE SHAREPOINT SYSTEM (MOSS) DIKALANGAN WARGA NUKLEAR MALAYSIA.

Rethinking Prosperity

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN PROF SUBAHAN

PEMERKASAAN POLISI BELIA DI INDONESIA: PELAKSANAAN DAN IMPAK (Empowerment of Youth Policy in Indonesia: Implementation and Impact)

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

KESAN KERJA SYIF MALAM TERHADAP HUBUNGAN SOSIAL DAN KESIHATAN FIZIKAL JURURAWAT

TAHAP PENYERTAAN DAN PENDAYAUPAYAAN PSIKOLOGI: MENJELASKAN HUBUNGAN MENERUSI ORGANISASI BERASASKAN KOMUNITI

PEMBELAJARAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH): KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI SEIMBANG UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA.

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

Travelog Mobiliti Antarabangsa: Dari Universiti di Rimba Hijau Ke Kota Makasssar

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

ZAIZUL B. AB. RAHMAN & KHAIDZIR B. ISMAIL

BAB 6 KESIMPULAN DAN SARANAN. Sektor pelancongan merupakan satu sektor yang telah lama berkembang sejak

Mengukuhkan Tindak Balas Terhadap Krisis Bot Serantau

PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PERKONGSIAN PENGETAHUAN DI KALANGAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA DI MALAYSIA. LOW HOCK HENG SITI ZALEHA OMAIN PM Dr HISHAMUDDIN MD SOM

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

MINI KOLOKIUM KUIS BS SEPT SELASA WAN RAMIZAH BINTI HASAN ( 13PI01008P )

THE OPTIMALLY MOBILE MUSLIM EXPERTS IN THE SERVICE OF THE UMMAH

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

KERTAS KONSEP SEMINAR PELANCONGAN IMT-GT MEMANFAATKAN POTENSI PELANCONGAN SEBAGAI SUMBER PERTUMBUHAN BARU DI BAWAH KERANGKA KERJA PELANCONGAN IMT-GT

BERSIH 2.0 KOD ETIKA PENGLIBATAN DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-13 DAN GARIS PANDUAN KERAJAAN SEMENTARA

PERSEPSI KUALITI HIDUP KOMUNITI BIDAYUH DI DAERAH SERIAN, SARAWAK (THE BIDAYUH PERCEPTION OF THEIR QUALITY OF LIFE IN THE DISTRICT OF SERIAN, SARAWAK)

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Keberkesanan dan Kesesuaian Medium Promosi Agihan Zakat: Kajian kes di Negeri Selangor

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

vii ISI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN KANDUNGAN SEKTOR AWAM

DASAR DAN PELAKSANAAN IHES BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS. Disampaikan Oleh; Tn. Anas Bin Ayob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS

KNOWLEDGE INTEGRATION MECHANISM AS MEDIATOR BETWEEN LEAD ERSHIP STYLES AND ENTERPRISE SYSTEMS SUCCESS RAZATULSHIMA BINTI GHAZALI

KEPERLUAN KEPADA SKIM BANTUAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) ATAU LIFELONG LEARNING UNTUK FAKIR MISKIN MENERUSI ZAKAT

MATA PELAJARAN UMUM (MPU) PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN HOLISTIK. Universiti Selangor (UNISEL)

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembangunan Kerjaya di AlHijra Media Corporation (TV Al-Hijrah)

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN ISLAM:

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di Malaysia: Cabaran dan strategi

TONG SAMPAH PINTAR BERASASKAN INTERNET PELBAGAI PERKARA (IOT)

Peranan Ngo Islam Di Sabah Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat: Satu Tinjauan Awal

KAJIAN KES PORTFOLIO HARTANAH BERBEZA

FUNGSI-FUNGSI PEKERJA ASUHAN Dl RUMAH KANAK-KANAK Dl PULAU PINANG

PERANAN AMALAN PENGURUSAN RISIKO TERHADAP PERKEMBANGAN AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI DALAM MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN HIDUP MASYARAKAT

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

AKTA MEMBAHARUI (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) AKTA 1976

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

32/,6,.(3(1'8'8.$11(*$5$1(*$5$$6($16$78 7,1-$8$1. Rahmah, M.A * 3(1*(1$/$1

POWER QUALITY IMPROVEMENT BY DYNAMIC VOLTAGE RESTORER AND UNIFIED POWER QUALITY CONDITIONER USING FUZZY LOGIC FARIDULLAH KAKAR

SISTEM PEMBANGUNAN LAMAN WEB AKOMODASI BERASASKAN AWAN. Muhammad Nazmi Bin Anuar Zamri Murah

PENGURUSAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR: PENENTUAN KEPERLUAN ASAS BERASASKAN INDEKS SYARIAH MALAYSIA 1

Transcription:

PERISYTIHARAN BANGKOK TENTANG AKTIVITI FIZIKAL UNTUK KESIHATAN SEJAGAT DAN PEMBANGUNAN LESTARI PERSIDANGAN ANTARABANGSA AKTIVITI FIZIKAL DAN KESIHATAN AWAM ISPAH KALI KE-6 Bangkok, Thailand 16-19 November 2016 Co-

Kami, para perwakilan dan tuan rumah kepada Persidangan Antarabangsa Aktiviti Fizikal dan Kesihatan Awam ISPAH Kali ke-6, pada mesyuarat dwi-tahunan International Society for Physical Activity and Health (ISPAH), berserta wakil daripada 72 buah negara yang berlangsung di Bangkok, Thailand bersama ahli-ahli ISPAH:. a) Memperakui bahawa aktiviti fizikal merangkumi segala bentuk pergerakan dan kehidupan aktif manusia, termasuk aktiviti berjalan, senaman dan sukan, merupakan prilaku semulajadi manusia yang dapat memberi pelbagai manfaat; b) Mengesahkan bahawa masalah penyakit tidak berjangkit (NCDs) perlu ditangani segera, termasuk diabetes jenis 2, penyakit kardiovaskular, pelbagai jenis kanser, penyakit pernafasan dan kesihatan mental yang lemah, merupakan penyebab utama bagi kematian pramatang serta kecacatan, dan menjadi beban sosial dan ekonomi kepada semua negara; c) Menegaskan bahawa ketidakaktifan fizikal merupakan faktor risiko NCDs yang dapat diubah, dan strategi asas bagi mengurangkan beban NCDs, adalah seperti yang dinyatakan dalam Pelan Tindakan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Pencegahan dan Pengawalan NCD 2013-2020 (Global Action Plan for the Prevention and Control of NCDs 2013-2020); d) Menarik perhatian kepada tahap ketidakaktifan tinggi di peringkat sejagat, dan ketaksamaan dalam kitaran hidup untuk memenuhi Rekomendasi Sejagat WHO tentang Aktiviti Fizikal (WHO Global Recommendations on Physical Activity), terutama berkaitan soal gender, ketidakupayaan (kecacatan), dan jurang perbezaan berasaskan sosio-ekonomi dan kawasan; e) Mencatat bahawa peranan utama dalam mengurangkan ketidakaktifan harus dimainkan untuk menyumbang kepada strategi sejagat seperti Jawatankuasa WHO untuk Mengakhiri Obesiti Kanak-kanak (2016) [WHO Commission on Ending Childhood Obesity (2016)], Aksi Dekad Pemakanan (2016-2025) [Decade of Action on Nutrition (2016-2025)], Agenda Baru Kesihatan Kawasan Bandar (New Urban Health Agenda [Habitat III], Penggerakan Pengangkutan Lestari untuk Pembangunan (2016) [Mobilizing Sustainable Transport for Development (2016)]; Setiap Wanita Setiap Anak (2010) [Every Woman Every Child (2010)]; dan Pelan Tindakan Sejagat WHO atas Dementia (draf 2015) [WHO Global Action Plan on Dementia (draft 2015)] yang akan datang; f) Menekankan bahawa tindakan untuk menyediakan persekitaran yang membantu bagi mengurangkan ketidakaktifan fizikal mendatangkan manfaat bersama, mengurangkan kos perubatan secara signifikan, meningkatkan produktiviti ekonomi dan menghasilkan pulangan pelaburan yang berkesan dalam sektor tertentu seperti pengangkutan dan pelancongan; g) Menyerlahkan bahawa pendorong kepada ketidakaktifan fizikal mempunyai perkaitan dengan perubahan sosial dan persekitaran, termasuk teknologi, globalisasi dan urbanisasi, yang mengubah corak kehidupan, cara kerja, perjalanan dan permainan, dan juga meningkatnya cara gaya hidup sedentari; h) Mengakui bahawa usaha sejagat untuk mengurangkan ketidakaktifan fizikal masih belum mencukupi, walaupun ia mempunyai peranan yang penting dalam mencegah penyakit tidak berjangkit (NCDs), dan adanya keperluan segera untuk mengukuhkan dan meluaskan pembangunan, tahap keutamaan, kewangan dan pelaksanaan pelan nasional yang disokong oleh bukti-bukti bagi membolehkan semua negara mencapai matlamat sejagat WHO untuk mengurangkan ketidakaktifan fizikal dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa sebanyak 10% sebelum 2025. Co-

Kami telah mengenalpasti peluang untuk keutamaan dan pelaksanaan segera yang dapat membantu dan meningkatkan pengurangan ketidakaktifan fizikal serta menyumbang kepada pencapaian agenda spesifik dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SGDs) dalam Agenda 2030 [2030 Agenda s Sustainable Development Goals (SDGs)], iaitu SDG3 Memastikan kehidupan yang sihat dan meningkatkan kesejahteraan: Tindakan peringkat dasar merangkumi pelbagai bidang yang dapat mengurangkan ketidakaktifan fizikal akan menyumbang kepada penurunan NCDs (Matlamat 3.4); menyediakan infrastruktur yang dapat menyokong aktiviti fizikal yang mudah didekati dengan berjalan kaki, berbasikal dan pengangkutan awam oleh semua lapisan umur, akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya terutamanya yang melibatkan pejalan kaki dan penunggang basikal (Matlamat 3.6); dan mengurangkan penggunaan kereta dapat memperbaiki kualiti udara (Matlamat 3.9) di (Matlamat 3.6); dan pengurangan dalam penggunaan kenderaan bermotor boleh meyumbang kepada kualiti udara yang lebih baik (Matlamat 3.9); SDG4 Pendidikan berkualiti: Tindakan peringkat dasar yang memastikan dan mengawasi penyediaan saksama bagi kurikulum pendidikan fizikal prasekolah dan di sekolah, program aktiviti fizikal dan persekitaran untuk semua yang membolehkan semua kanak-kanak perempuan dan laki-laki mengembangkan literasi fizikal, kemahiran pergerakan asas, pengetahuan, sikap, kebiasaan dan kesukaan dalam aktiviti fizikal, kesemua ini dapat meningkatkan persediaan bagi pendidikan awal (Matlamat 4.2), dan memperbaiki hasil pencapaian pendidikan (Matlamat 4.1); Action on Physical Activity can contribute to achieving 8SDG Co-

SDG5 Kesaksamaan gender: Tindakan peringkat dasar yang meningkatkan aktiviti fizikal dengan menyediakan peluang yang selamat dan tidak membebankan untuk menyertai sukan dan aktiviti fizikal oleh kanakkanak perempuan dan wanita dalam kehidupan seharian, terutamanya bagi mereka yang berada dalam komuniti terpinggir dan kurang bernasib baik, dapat mengakhiri diskriminasi (Matlamat 5.1) dalam sukan dan aktiviti fizikal; SDG10 Mengurangkan ketidaksamaan: Tindakan peringkat dasar yang memaksimumkan potensi program aktiviti fizikal dan sukan, termasuk acara sukan besar-besaran, untuk meningkatkan penglibatan dan pemerkasaan tanpa mengira ciri-ciri individu dapat memerkasakan dan meningkatkan penglibatan semua dalam bidang sosial, ekonomi dan politik (Matlamat 10.2) dan meningkatkan peluang yang saksama (Matlamat 10.3); SDG11 Bandar dan komuniti yang merangkumi semua, selamat, berdaya tahan dan lestari: Pembangunan, pelaksanaan dan pemantauan dasar perancangan bandar dan pengangkutan yang menuntut rekabentuk bandar dan daerah yang menjamin akses kepada semua terhadap infrastruktur yang selamat dan tidak membebankan untuk menjalankan aktiviti berjalan dan berbasikal, dan juga ruangan awam terbuka dan kemudahan rekreasi dapat mencapai sistem pengangkutan yang lestari untuk semua (Matlamat 11.2); meningkatkan sifat inklusif dan lestari dalam urbanisasi (Matlamat 11.3); mengurangkan impak daripada bandar terhadap alam sekitar (Matlamat 11.6) dan mencapai akses kepada ruangan awam hijau untuk semua (Matlamat 11.7); SDG13 Perubahan iklim: Penggunaan tanah dan polisi pengangkutan, digabungkan dengan intervensi fiskal, persekitaran dan pendidikan yang menyokong aktiviti berjalan kaki, berbasikan dan penggunaan pengangkutan awam untuk semua dapat menyumbang kepada pengurangan dalam penggunaan bahan api fosil dan mitigasi perubahan iklim (Target 13.1) dan penambahbaikan pendidikan, kesedaran, serta kapasiti manusia dan institusi dalam mitigasi dan adaptasi perubahan iklim (Target 13.2); SDG15 Kehidupan di bumi: Tindakan peringkat dasar yang menjamin akses yang mencukupi kepada, dan pengguaan, alam sekitar untuk aktiviti fizikal, rekreasi dan permaian oleh kanak-kanak dan orang dewasa dapat menyumbang untuk penggunaan yang lestari, penikmatan, pemeliharaan dan pemuliharaan tanah, kepelbagaian biologi (Matlamat 15.1) dan ekosistem air tawar di dataran dan pedalaman (Matlamat 15.5); SDG16 Adil dan aman serta merangkumi pelbagai masyarakat: Tindakan peringkat dasar yang meningkatkan kemampuan aktiviti sukan dalam memupuk nilai sosial yang positif seperti hormat-menghormati dan keadilan dan menyatukan anggota-anggota masyarakat dari semua lapisan gender, status sosio-eknomi dan kepercayaan politik dapat mengurangkan keganasan dan konflik (Matlamat 16.1) dan juga korupsi dan rasuah (Matlamat 16.5) dan mempromosikan undang-undang dan dasar yang tidak bersifat diskriminatif_(target16.b). Co-

Tindakan-tindakan yang sejajar dengan Perisytiharan Bangkok akan dapat menyumbang ke arah mencapai SDG ini dengan cara yang berdasarkan bukti, kos yang cekap dan lestari, yang akan menggerakkan negara, komuniti dan individu kepada aktiviti fizikal harian. Perisytiharan Bangkok tentang Aktiviti Fizikal untuk Kesihatan Sejagat dan Pembangunan Lestari yang diakui oleh para perwakilan dalam Persidangan ISPAH tentang Aktiviti Fizikal dan Kesihatan Umum mendesak kepada kerajaan-kerajaan, para penggubal dasar dan semua pihak yang berkepentingan termasuk Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) dan semua organisasi bukan kerajaan yang berkenaan untuk: 1. Membaharui komitmen dalam melabur dan melaksanakan tindakan peringkat dasar secara berterusan untuk mengurangkan ketidakaktifan fizikal dalam kehidupan seharian sebagai sumbangan demi mengurangkan beban sejagat daripada NCDs dan demi mencapai Matlamat Agenda 2030 [2030 Agenda Goals] (SDGs 3, 4, 5, 10, 11, 13, 15, dan 16): Tindakan yang diperlukan untuk mengurangkan ketidakaktifan fizikal harus diberikan keutamaan yang lebih dalam kepimpinan merentasi bidang, perkongsian, komitmen yang berterusan dan juga pengagihan sumber berdasarkan matlamat. Pelaburan daripada kementerian kesihatan, serta agensi kerajaan yang lain, harus dimaksimumkan untuk membolehkan keseluruhan sistem, berdsarkan pendekatan berbukti, dapat dilaksanakan di peringkat kebangsaan dan daerah. Pendekatan-pendekatan yang digunakan harus bersifat merintasi sektor, dan menyedari keluasan dorongan politik dan ekonomik seperti pekerjaan, pelancungan, perancangan bandar dan pengangkutan, pendidikan, kesihatan, sukan dan budaya; 2. Mewujudkan keterlibatan multi-sektor di peringkat nasional dan platform untuk penyelenggaraan: Semua negara harus membangunkan sumber dan melaksanakan pelan tindakan nasional bersepadu atas aktiviti fizikal. Untuk memastikan keberkesanan, pelan tersebut harus melibatkan mekanisma dan sumber dengan penyertaan daripada pihak yang berkepentingan dari dalam dan luar sekotor kesihatan, dan melibatkan sinergi yang berkemampuan dengan pembangunan yang lestari serta mengurangkan ketidaksaksamaan dari segi kesihatan yang dikaitkan dengan jantina, umur, ras/etnik, orientasi seksual, status sosio-ekonomi dan mereka yang mengalami kekurangan upaya; 3. Membina kemampuan tenaga kerja: Pelatihan dan pembangunan tenaga kerja amat mustahak untuk mengurangkan ketidakaktifan secara berkesan. Pembinaan kemampuan harus bersifat multi-pekerjaan, termasuk penjagaan kesihatan dan sosial, perancang bandar, jurubina, guru, pembekal sukan dan rekreasi, ahli pendidikan, penggubal dasar dan tenaga kerja bukan kerajaan. Pendekatan-pendekatan harus diintegrasikan kepada mahasiswa, siswazah dan jalur pendidikan professional lanjutan, dan juga perlu mengambil kira keperluan para sukarelawan dan pemimpin komuniti; 4. Menambahkan bantuan teknikal dan berkongsi pengalaman: Banyak negara memerlukan bantuan teknikal dan bimbingan untuk menyokong pembangunan, pelaksanaan dan penilaian pelan tindakan nasional tentang aktiviti fizikal dan bimbingan tentang pembinaan perkongsian yang berkekalan. Ada potensi untuk meningkatkan pencapaian melalui kerjasama dan perkongsian di peringkat sejagat dan perlu ada pelaburan untuk menyokong pemindahan pengetahuan dan jaringan profesional di peringkat sejagat, serantau dan nasional untuk menolong supaya semua negara dapat mencapai matlamat dalam pencegahan NCD sejagat pada 2025 dan mengawal sasaran dan Agenda 2030; Co-

5. Menguatkan pemantauan dan pengawasan: Pemantauan dan pelaporan yang tetap atas kemajuan aktiviti fizikal, faktor-faktor penentunya, dan pelaksanaan dasar adalah amat penting bagi semua negara dalam memastikan tanggungjawab semua agensi terhadap komitmennya dan membimbing pengagihan sumber yang berkesan. Walau bagaimanapun masih ada jurang pemisah dalam pengawasan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh kanak-kanak, remaja, warga tua dan dalam kalangan minoriti; 6. Menyokong dan meningkatkan kerjasama, penyelidikan dan penilian dasar: Kerjasama antara para penyelidik, penggubal dasar, termasuk agensi pendana bagi penyelidikan perubatan dan sosial, untuk mempermaju asas bukti dengan memfokuskan kepada usaha untuk menangani jurang pemisah dalam pengetahuan tentang bidang-bidang seperti analisa ekonomi multi-sektor, pelaksanaan penyelidikan di peringkat rakyat, dan penilaian dasar serta proses. Terdapat keperluan khusus untuk bekerjasama dalam menentukan kerja apa yang perlu dilakukan untuk mengurangkan ketidakaktifan, terutamanya bagi mereka yang berada di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Kami mendesak WHO, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, semua agensi dan penggerak kesihadan sejagat, negara anggota, negara dan kerajaan tempatan, dan pegawai perbandaran untuk bekerjasama dengan masyarakat sivil termasuk ahli akademik, badan professional, dan pertubuhan bukan kerajaan serta sektor swasta dan media, supaya menganjur kepimpinan dan memaksimumkan potensi sumber kami yang digabungkan, untuk mencapai matlamat bersama dalam bidang kesihatan dan pembangunan lestari dan melaksanakan semua aspek yang terpahat dalam Perisytiharan Bangkok tentang Aktiviti Fizikal untuk Kesihatan Sejagat dan Pembangunan Lestari. Translation and revision by (Diterjemahkan oleh): 1. Yi Yi Lee United Nations University International Institute for Global Health (UNU-IIGH) UKM Medical Center Jalan Yaacob Latiff, 56000 Cheras Kuala Lumpur, MALAYSIA 2. Wan Abdul Manan Wan Muda Visiting Professor Center for Southeast Asian Studies Kyoto University 46, Shodoamachi-cho, Yoshida Sakyo-ku, Kyoto 606-8501 JAPAN Co-