KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGUASAI ILMU FIKAH MENURUT AL-HAFIZ AL-KHATIB AL-BAGHDADI DALAM KITAB AL-FAQIH WA AL-MUTAFAQQIH.

Similar documents
TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

REVERSE ENGINEERING OF AN ERGONOMIC OFFICE CHAIR

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

I LA:L DAN IBDA:L DALAM PEMBENTUKAN KATA BAHASA ARAB NURUL ASYIKHIN BINTI MOHD HANAFIAH FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

PELARASAN GARIS PANDUAN DALAM PROSEDUR PENYERAHAN LOMBONG KUARI NURUL IZZATI BINTI TARMIZI

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

PERLANTIKAN PENTADBIR HARTA PUSAKA SEBAGAI PENYELESAIAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MUHAMMAD MUHAIZAN BIN ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BUDAYA TEKNO-DA I DALAM KALANGAN MAHASISWA : SATU KAJIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN DI KOLEJ TUN GHAFAR BABA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI DAERAH PONTIAN FAUZI BIN SULEHAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM PENGETUA DAN PERKAITANNYA TERHADAP ATRIBUT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL AHMAD MARZUKI MOHAMAD

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

BORANG PENAMAAN / NOMINATION FORM

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

PROCEEDING 2ND INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC EDUCATION AND LAW (2ND ICIEL)

PERSEPSI KAKITANGAN UNIT PEMBANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT DAN ISTIADAT MELAYU KELANTAN TERHADAP PENGAGIHAN ZAKAT

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KAEDAH PENGAJARAN GURU-GURU PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) KAWASAN BACHOK NORLIZA BINTI ABDUL MANAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM NURULFITRI BINTI ASMAWI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL PENGETUA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERSEPSI BANDUAN TERHADAP PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DI PENJARA MOHD AFEZAN BIN MD GHANI

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

UDT1012 / UDT1022 TITAS 1 / TITAS PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

Amar Makruf Nahi Mungkar

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132) NOOR AINI BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

KHULUK DALAM ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002: KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KOTA BHARU, KELANTAN

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

PERSEPSI PELAJAR SPI YANG BERKAHWIN TENTANG PERKAHWINAN SEMASA BELAJAR NOR RASHIDAH BINTI ABDUL JAMAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

AMALAN KEPIMPINAN ISLAM MENURUT MODEL AL-GHAZALI DALAM KALANGAN GURU BESAR DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERANAN NGO ISLAM TERHADAP PERLAKSANAAN ISLAH DAN DAKWAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT NORSHIELA BINTI MD SAID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS DAN

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Keluarga Bergerak ke Hadapan: Bagaimana ahli profesional boleh menyokong keluarga

PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP WASIAT SITI JUWARIAH BINTI AB. RAZAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

JAWAB LISAN DATO' SRI HASAN BIN MALEK [KUALA PILAH]

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Abstract of thesis presented to the Senate of the Universiti Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

PERSEPSI MAHASISWI TERHADAP AMALAN BERUMAHTANGGA SEMASA BELAJAR

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

PERSEPSI PELAJAR ISLAM FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP ISU PENUKARAN AGAMA (MURTAD) MASRINAH BINTI MASLIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS SUKFAC 2017

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

Transcription:

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGUASAI ILMU FIKAH MENURUT AL-HAFIZ AL-KHATIB AL-BAGHDADI DALAM KITAB AL-FAQIH WA AL-MUTAFAQQIH. SALMIAH BINTI MOHD JUPRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGUASAI ILMU FIKAH MENURUT AL-HAFIZ AL-KHATIB AL-BAGHDADI DALAM KITAB AL-FAQIH WA AL- MUTAFAQQIH SESI PENGAJIAN: 2007/2008 SAYA : SALMIAH BT MOHD JUPRI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (Tandatangan Penulis) (Tandatangan Penyelia) Alamat tetap: E-29 JALAN MASJID, DR. ARIEF SALLEH B. ROSMAN BATU 37 DARAT, Nama Penyelia 45200 SABAK BERNAM, SELANGOR DARUL EHSAN. Tarikh: 7 Mei 2008 Tarikh: 7 Mei 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Tandatangan Nama Penyelia : : Dr. Arief Salleh b. Rosman Tarikh : 7 Mei 2008

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGUASAI ILMU FIKAH MENURUT AL-HAFIZ AL-KHATIB AL-BAGHDADI DALAM KITAB AL-FAQIH WA AL-MUTAFAQQIH SALMIAH BINTI MOHD JUPRI Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MEI 2008

ii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :... Nama Penulis : SALMIAH BINTI MOHD JUPRI Tarikh : 7 MEI 2008

iii ~DEDIKASI~ Bismillahirrahmaanirrahim, RODHIETU BILLAHI ROBBA, WA BIL ISLAMI DIENA, WA BI MUHAMMADI NABIEYA WA ROSUULA Ya Allah, kurnialkanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut nama Mu, hati yang penuh segar mensyukuri ni mat Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah Mu. Ya Allah, Kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyu, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami Deen (cara hidup) yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon Ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmat Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Amin... Dedikasi ini ditujukan buat :- Ayahanda & Bonda... Mohd Jupri b. Hj Anuar & Azizah bt. Hj Mokhtar Anakmu yang Dhoif si sisi al- Azim ini hanya mampu merangkai doa yang tidak putus-putus agar kalian sentiasa dalam pelukan kasih sayang al-rahim sehingga alam akhirat Jentera Pendidik.. Kecekalan kalian mendidik dan membimbingku menkagumkan. Qudwah yang dipamerkan menjadi inspirasi Kekanda & Adinda... Zaini, Rohani, Rafaei, Rashidah, Sulaiman dan Norlatifah. Kemenangan dan kecemerlangan kalian menjadi pencetus semangat saudaramu ini untuk terus berjuang di medan ilmu Teman, Rakan & Sahabat... Sedetik Bersama, Seabad Terasa. Hidup ini lebih bermakna dengan teguran dan bimbingan kalian

iv PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran saya panjatkan kepada Rabbul Jalil kerana dengan Rahmat dan Inayah-Nya saya dapat menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini pada masa yang telah ditetapkan. Sekalung penghargaan khusus untuk Dr. Arief Salleh b. Rosman sekeluarga selaku penyelia pembimbing yang bertindak sebagai pemudahcara dan tidak pernah lokek membantu serta menyalurkan idea-idea bernas dalam menzahirkan projek ini dengan jayanya. Keperihatinan beliau sangat dihargai. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada ahli keluarga, warga pendidik, serta keluarga PPIPS yang telah memberi kerjasama yang jitu. Sumbangan rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung serta tidak langsung juga sedikit sebanyak membantu dalam melaksanakan tugasan ini. Seterusnya dengan tulus ikhlas saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat sahabat-sahabat dari Persatuan Mahasiswa Islam yang tidak putus-putus menyuntik semangat, harapan dan dorongan kepada saya, khususnya kepada mantan pimpinan PMI bagi sesi 2007. Keperihatinan kalian menggambarkan keutuhan simpulan ukhuwwah di antara kita. Semoga ia berkekalan.

v Diharapkan laporan kajian ini dapat mencetuskan idea baru dan memberi manfaat kepada pihak-pihak yang berkenaan dan bakal-bakal pendidik yang akan melangkah ke alam profesion yang semakin mencabar. Ya Allah, tetapkanlah kebaikan bagiku di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Engkaulah Pemilik Arasy yang agung. Sekian, terima kasih.

vi ABSTRAK Islam mewajibkan setiap penganutnya menuntut ilmu supaya tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang jahil. Ilmu fikah merupakan antara lapangan ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap individu muslim yang mukallaf kerana di dalamnya terkandung syariat-syariat Allah S.W.T. yang perlu dilunasi. Justeru, kajian ini mengupas dengan lebih lanjut akan kepentingan mempelajari dan menguasai ilmu fikah menurut al-khatib al-baghdadi berdasarkan kitab al-faqih Wa al-mutafaqqih. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menjadikan kajian perpustakaan sebagai asas metodologi kajian penulis. Hasil kajian ini dapat menjawab persoalan tentang apakah pentingnya mempelajari serta menguasai ilmu fikah bagi setiap muslim. Di akhir kajian ini, penulis mengemukakan cadangan kepada beberapa pihak seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, institusi pendidikan, guru dan pensyarah, pendakwah dan individu muslim.

vii ABSTRACT All Muslims are expected to seek and learn any type of knowledge fields so that they will not regarded as ignorant people. Jurisprudence (Fikah) is one of the knowledge fields that are compulsory to be learnt by every mukallaf. This is because it holds the rules of Allah S.W.T. which need to be performed. Therefore, the study was carried out to identify the importance of learning and practice fikah knowledge according to al- Khatib al-baghdadi in his kitab al-faqih Wa al- Mutafaqqih. The study implies qualitative type, which adopt library research as the basic methodology. The result of the study answers inquiries about the significance of learning and becoming experts in fikah knowledge to every Muslim. At the end of this study, the researcher comes out with suggestions concerning the discussed issue to the Ministry for Education, education institutions, teachers, lecturers, parsons as well as each and every Muslims.

viii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv vi vii viii xi xii BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 5 1.3 Pernyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 8 1.7 Skop Kajian 9 1.8 Definisi Istilah 9 1.9 Kesimpulan 10

ix BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 12 2.2 Pengenalan Kepada Fikah 12 2.3 Biografi Penulis 17 2.4 Kitab al-faqih Wa al-mutafaqqih 24 2.5 Kepentingan Mempelajari Dan Menguasai Ilmu Fikah 32 2.6 Kajian Lepas 39 2.7 Kesimpulan 40 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 41 3.2 Metode Penentuan Subjek 42 3.3 Metode Pengumpulan Data 42 3.4 Metode Analisis Data 45 3.5 Kesimpulan 46 BAB 4 ANALISIS KAJIAN 4.1 Pengenalan 47 4.2 Fasal-Fasal Yang Menyebut Tentang Kepentingan Mempelajari Dan Mendalami Ilmu Fikah 47 4.3 Hikmah Mempelajari Dan Menguasai Ilmu Fikah 66 4.4 Kesan Tidak Menyahut Seruan Menuntut Ilmu Fikah 67 4.5 Kesimpulan 70

x BAB 5 RUMUSAN, SARANAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 71 5.2 Rumusan 71 5.3 Saranan 73 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 74 5.5 Kesimpulan 75 SENARAI RUJUKAN 76 LAMPIRAN 83

xi SENARAI SINGKATAN ed. - editor b. - bin bt. - binti H - Tahun Hijrah Ibid. - (Latin: Ibidem) pada tempat, kitab atau halaman yang sama k.w.j. - Karamallahu Wajhah PPIPS - Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial r.a. - Radhiallahu Anhu s.a.w. - Sallllahu Alayhi Wasallam S.W.T. - Subhanahu Wa Ta ala t.p. - tanpa penerbit t.pengarang - tanpa pengarang t.t. - tanpa tempat t.thn. - tanpa tahun

3 3 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Islam hanya dapat dibangunkan oleh generasi yang berilmu dan bertakwa. Ilmu merupakan asas penting kepada pembentukan jati diri seseorang muslim kerana penyerahan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. adalah hasil daripada keimanan yang sempurna. Proses keimanan haruslah berasaskan ilmu mengenal Allah S.W.T. dan ia jugalah yang mendorong manusia untuk melakukan sesuatu amal ibadah (Al-Qardhawi, 1996: 77). Firman Allah S.W.T.: (#àσ yϑn=ãèø9$# ÍνÏŠ$t6Ïã ô ÏΒ!$# ý øƒs $yϑ ΡÎ) Maksudnya: Sesungguhnya yang takut kepada Allah dari hamba-hamba- Nya hanyalah ulama (orang berilmu) (Surah Fatir, 35: 28) Ia dilengkapi lagi dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan tentang kewajipan menuntut ilmu. Baginda bersabda:

2 ع ن أ ن س ب ن م ال ك ق ال : ق ال ر س ول ال له ص لى الل ه ع ل ي ه و س لم : " ط ل ب ال ع ل م ف ر يض ة ع ل ى آ ل م س ل م " Maksudnya: Daripada Anas Bin Malik berkata. Rasulullah s.a.w bersabda: Menuntut ilmu pengetahuan itu wajib ke atas setiap muslim (Sunan Ibnu Majah: 224) Sesungguhnya usaha seseorang dalam mengetahui hukum-hukum yang berkaitan dengan halal dan haram serta mengetahui amalan-amalan yang sah dan rosak (batal) merupakan sebaik-baik perkara. Ilmu yang memainkan peranan untuk menjelaskan perkara tersebut ialah ilmu fikah (Al-Bugha et.al, 2006: 4). Menurut Imam al-syafi i r.a., Ilmu itu ada dua jenis. Pertama: ilmu agama iaitu Ilmu Fikah. Kedua: ilmu dunia (Adh-Dhahabi, 1413H: 10/41). Jumhur ulama berpendapat bahawa hukum-hakam Syarak (fikah) itu mempunyai illat (sebab dan alasan), dan di sebalik semua illat tersebut tersimpan maksud-maksud dan tujuan-tujuan tertentu yang hendak dicapai. Allah S.W.T. tidak memerintahkan sesuatu perbuatan itu dengan sia-sia bahkan faedahnya kembali kepada hamba. Allah Ta ala menyatakan tujuan ibadat solat itu dengan firman-nya : Ì s3ζßϑø9$#uρ Ï!$t±ósx ø9$# Ç tã 4 ss Ζs? nο4θn= Á9$# χî) Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar (Surah al-ankabut, 29: 45)

3 Kemudian tujuan diperintahkan mengeluarkan zakat berpandukan firman Allah S.W.T. yang berbunyi: öνîγø n=tæ Èe ¹uρ $pκí5 ΝÍκ Ïj.t è?uρ öνèδã ÎdγsÜè? Zπs%y ¹ öνïλî; uθøβr& ô ÏΒ õ è{ Maksudnya: Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) (Surah al-taubah, 9: 103) Seterusnya, kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan seperti yang termaktub di dalam al-quran mempunyai suatu matlamat. Firman Allah Ta ala: ÏΒ š Ï%!$# n?tã =ÏGä. $yϑx. ãπ$u Å_Á9$# ãνà6ø n=tæ =ÏGä. (#θãζtβ#u t Ï%!$# $yγ ƒr' tƒ tβθà) Gs? öνä3ª=yès9 öνà6î=ö7s% Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu supaya kamu bertaqwa. (Surah al-baqarah, 2: 183) Sebab ibadah Haji difardhukan telah dinyatakan oleh Allah S.W.T. melalui firman-nya:

4 «!$# zνó $# (#ρã à2õ tƒuρ öνßγs9 yìï oψtβ (#ρß yγô±ušïj9 Maksudnya: Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah (Surah al-hajj, 22: 28) Berdasarkan tujuan-tujuan ibadah seperti yang telah diyatakan sebelum ini, memberikan suatu gambaran bahawa ilmu itu tidaklah dituntut melainkan untuk diamalkan di dalam kehidupan manusia. Oleh yang demikian, keutamaan bagi setiap individu muslim adalah untuk mempelajari ilmu fikah kerana ia merupakan sebaik-baik ilmu yang memimpin manusia untuk lebih dekat dengan Allah S.W.T. Ia juga menyatakan keseluruhan syariat dan hukum-hakam agama. Selari dengan apa yang telah diungkapkan oleh Imam Abu Hanifah r.a. mengenai ilmu fikah. Beliau berkata: Bermula ilmu fikah itu mengetahui seorang akan barang yang hasil baginya daripada kebajikan dan akan barang yang hasil atasnya daripada kejahatannya (az-zarnuji, 2006: 8) Maksudnya, menerusi ilmu fikah yang dipelajari menjadikan seseorang individu itu mengetahui tuntutannya sebagai seorang mukallaf.

5 1.2 Latar Belakang Masalah Keimanan seorang hamba itu diterjemahkan melalui amal ibadatnya. Justeru, fikah itu termasuk hukum-hakam mengenai peraturan antara manusia dengan manusia, mengenai hubungan antara manusia dan Tuhannya, iaitu yang dinamakan ibadat yang tidak sah kecuali dengan niat, seperti mengenai Solat, Zakat, Puasa dan Haji. Seterusnya, yang mengatur antara hubungan manusia sesama manusia, serta segala apa yang terjadi antara manusia itu berupa amal dan muamalat, dinamakan ilmu fikah, yang sama dengan erti Qanun (peraturan) ( Aboebakar Atjeh, 1986: 2). Suatu kemusykilan yang menjadi tanda tanya adalah apabila melihat secara makronya, seperti terdapat sesuatu yang tidak kena dengan disiplin ilmu fikah sehinggakan ia menjadi faktor umat Islam tidak termotivasi untuk mempelajari ilmu fikah sedangkan ia merupakan suatu lapangan ilmu yang bersifat semasa, selari dengan perkembangan dan perubahan masyarakat. Namun pada hakikatnya, umat Islam sendiri yang tidak menyedari apakah kepentingan sebenar mempelajari serta menguasai ilmu fikah. Masyarakat Islam di Malaysia telah disedarkan oleh fakta sejarah yang menunjukkan bagaimana apabila umat Islam telah secara pasif menerima budaya taqlid yang menyebabkan kelesuan sistem fikah Islam berhadapan dengan proses permodenan. Dalam kurikulum Pengajian Keilmuan Islam, subjek Fikah Islam seolah-oleh telah dianggap sebagai pelajaran Sejarah Perundangan Islam semata-mata yang bukan lagi mampu menangani situasi semasa. Fikah sudah begitu lama dibiarkan beku dan statik dan ini telah menyebabkan banyak persoalan hidup masyarakat yang tidak menepati kehendak syarak (Muhammad Nabil Muhammad Syukri, 2000: 57). Justeru, penulis yakin dengan menyuntik kembali kefahaman tentang kepentingan mempelajari ilmu fikah kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya

6 akan menjadi titik bidayah kepada pembangunan sistem fikah Islam yang dikatakan lesu serta gagal untuk bersifat semasa. Seterusnya, kecintaan terhadap ilmu fikah dapat dipupuk dan disuburkan. Hal ini telah mendorong penulis untuk mengkaji kepentingan dan keistimewaan menuntut ilmu fikah sepertimana yang telah dihuraikan oleh al-khatib al-baghdadi di dalam kitabnya yang bertajuk al-faqih Wa al-mutafaqqih. 1.3 Pernyataan Masalah Manusia tidak dapat menepis daripada peraturan hidup yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. kerana sememangnya kehidupan insan ini telah diprogramkan seperti yang dikehendaki-nya. Sebagai seorang muslim pula, terdapat tuntutan-tuntutan yang perlu dilaksanakan sebagai memenuhi hak-hak Allah Ta ala selaku Pencipta. Untuk melunasi tanggungjawab mengabdikan diri kepada Allah, tiada lain yang perlu dipelajari serta difahami oleh setiap individu muslim melainkan hanyalah ilmu fikah Islam yang merangkumi syariat Islam. Namun permasalahan yang timbul adalah kurangnya pemahaman kepada fikah Islam itu sendiri dan implikasi daripada masalah tersebut menyebabkan berlaku kepincangan di dalam praktikalnya. Menyoroti apakah punca berlakunya hal ini, penulis yakin bahawa kurangnya kefahaman kepada fikah Islam telah berakar umbi dari ketidaktuntasan mendalami lapangan ilmu fikah Islam itu sendiri. Umum mengetahui, fikah bukanlah ilmu yang bersifat ststik dan jumud, bahkan ia merupakan suatu ilmu yang berkembang mengikut arus semasa. Oleh yang demikian, perlu bagi setiap muslim untuk terus mempelajari serta mendalami ilmu fikah supaya ia dapat memimpin amal ibadat ke arah kesempurnaan.

7 1.4 Objektif Kajian Fokus utama kajian ini adalah untuk: 1.4.1 Menjelaskan biografi al-khatib al-baghdadi. 1.4.2 Memperkenalkan Kitab al-faqih Wa al-mutafaqqih. 1.4.3 Mengenal pasti kepentingan mempelajari dan menguasai Ilmu Fikah menurut al- Khatib al-baghdadi berdasarkan Kitab al-faqih Wa al-mutafaqqih. 1.5 Persoalan Kajian Persoalan di dalam kajian ini ialah: 1.5.1 Siapakah al-khatib al-baghdadi? 1.5.2 Apakah yang terkandung di dalam Kitab al-faqih Wa al-mutafaqqih? 1.5.3 Apakah kepentingan mempelajari dan menguasai Ilmu Fikah menurut al- Khatib al-baghdadi berdasarkan Kitab al-faqih Wa al-mutafaqqih?