REFLEKSI
PENGERTIAN REFLEKSI Pemikiran reflektif ialah pemeriksaan yang dilakukan secara aktif, teliti dan bersungguh terhadap kepercayaan, atau suatu yang didakwa sebagai pengetahuan (ilmu), berdasarkan asas-asas yang menyokong dakwaan itu serta terhadap rumusan yang terhasil daripada pemeriksaan itu.
reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that support it and the further conclusions toward which it tends. (Dewey dalam Stenhouse, L. (1975) An introduction to Curriculum Research and development, Oxford:
Satu aspek central bagi refleksi kritis dalam pendidikan ialah (bila pendidik) merefleksi secara kritis terhadap segala amalan pendidikan mereka, kefahaman mereka serta keadaan dan suasana persejarahan kontemporarinya bagi tujuan meneroka ketegangan-ketegangan yang berkekalan antara pendidikan dengan persekolahan, dan bagi menemui cara-cara mengatasi percanggahan di antaranya untuk menghasilkan bentuk amalan baru.
APAKAH ITU REFLEKSI? Terdapat pelbagai takrifan tentang konsep refleksi seperti yang diberikan oleh tokohtokoh seperti Dewey (1993), Van Manen (1977), Schon (1983) dan Shulman (1987). Shulman (1987) dalam Wong et al (2000: m.s. 13), sebagai contohnya, mendefinisikan refleksi sebagai satu fasa di mana guru pelatih [guru] meninjau semula pengajarannya di dalam bilik darjah, yakni refleksi secara umumnya adalah berkenaan dengan: pembelajaran daripada pengalaman proses yang dipandukan oleh data yang ada
Fokus refleksi amalan/ tingkah laku pengajaran hasil/ akibat/ kesan kepercayaan, pegangan andaian kewajaran, kerasionalan
Hasil kefahaman baru kesedaran keinsafan perubahan persepsi
Prasyarat keterbukaan minda/fikiran kesungguhan penanggungjawaban
Prosedur Kembali kepada pengalaman ( locating oneself in an action frame Kemmis (1987) iaitu melihat apa yang kita lakukan, apakah yang terjadi kepada murid dsb. Teliti perasaan Teliti kewajaran/ kerasionalan Apakah alasan bagi amalan tindakan
Alat bantu refleksi diari / jurnal
Kesan/ akibat Melakukan Refleksi Menjadikan seseorang itu SEDAR tentang: tingkah laku atau amalan pengajarannya makna atau pengertian tingkah laku/amalan pengajarannya tabiat atau kebisaannya tabiat melihat sesuatu, tabiat berfikir, tabiat bertindak perasaannya tentang bagaimana ia berfikir, membentuk tanggapan atau bertindak kecekapannya membuat tanggapan, membentuk makna/memberi pengertian, atau mengenal pasti sebab kepada sesuatu perhubungannya dengan pihak lain dalam sesuatu situasi penghakiman (value judgement) memberi nilai/label terhadap sesuatu mengatakan sesuatu sebagai positif/negatif
Transformasi perspektif Refleksi dalam konteks penyelidikan tindakan Refleksi berlaku sepanjang kitar penyelidikan namun tumpuan ialah pada dua peringkat.
Di peringkat memulakan penyelidikan tindakan membuat tinjauan atau analisis situasi menentukan isu dan bidang keprihatinan menentukan fokus penyiasatan atau perubahan menganalisis kefahaman semasa kendiri dan orang lain
Di peringkat post tindakan dan pemantauan (berdasarkan bukti-bukti yang dikumpul) penyelidik mensintesis perubahan dan peningkatan kendiri dan murid menilai kembali kefahaman dan tanggapan menentukan apakah rumusan yang boleh dibuat menentukan tindakan selanjutnya
Sedutan artikel Goh Lay Huah (2000), sebagai contohnya, menjelaskan maksud refleksi. I was no longer the central figure in their learning. In the first place, place, I was in control of the teaching-learning situation. I was comfortable with that. But at this stage, I no longer control the learners work pace and direction. Collaboration happened among them. I think that the metacognitive awareness I had of carrying out my role as facilitator enabled me to carry out intera[c]tion and input systematically, and this may have contributed the fact that the learners settled in well, which explained why. I did not do as much facilitation today, because the groups have become more focused, more oriented on the task on hand. I felt that they had a lot to discuss after having understood what they had to do. In that sense, I felt that perhaps my input to them the past week had been successful enough to put them on the right track (300300, journal). (Goh, 2000: m.s. 27)
Refleksi dibuat berdasarkan aspek-aspek dalam borang seperti berikut: ASPEK-ASPEK REFLEKSI CATATAN 1.Pengalaman/Perasaan Isu etika Dilema Masalah pelaksanaan penyelidikan Cara-cara mengatasi masalah penyelidikan 1.Kesan Pedagogi Kelemahan Kekuatan 1.Tindakan lanjut Membuat pilihan sama ada: (a)meneruskan tindakan atau (a)mengubah suai tindakan atau (a)menukar tindakan 1.Pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh dalam proses penyelidikan tindakan