PENILAIAN REKABENTUK LAMAN WEB BERBINGKAI BERDASARKAN PRINSIP KEBOLEHGUNAAN

Similar documents
Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FACTORS THAT AFFECT KNOWLEDGE SHARING AMONG EMPLOYEES IN MULTINATIONAL ORGANIZATION YASER HASSAN HASSAN AL-QADHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UTILITY CONSUMPTION PATTERN AMONG MALAYSIAN ELECTRICITY USERS NURHIDAYAH BT MAHUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN LAMAN WEB ZAKAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR DAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN

VISUALISASI MAKLUMAT PENGURUSAN PENCAPAIAN RANGSANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK LAMBAT BERTUTUR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

vii KANDUNGAN PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI GAMBAR SENARAI LAMPIRAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

MANUAL PENGGUNA (USER MANUAL) PELUPUSAN ASET/INVENTORI (DISPOSAL ASSET/INVENTORY)

SISTEM E-PELAPORAN PEMANTAUAN LAMAN WEB JABATAN STANDARD MALAYSIA. Maggery Roxane Dennis Dr. Mohd Ridzwan Yaakub

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

BIMBINGAN OLEH GURU PEMBIMBING KEPADA GURU PELATIH UTM LIM WEE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

LAMAN WEB PERBANDINGAN HARGA PAKAIAN. Ainul Suhana Binti Abd. Rahim Dr. Umi Asma Binti Mokhtar

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

KECEKAPAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DALAM KALANGAN GURU KEMAHIRAN HIDUP NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERDASARKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI TAJUK ANIMASI 2D DAN 3D SHAHRUL ANUAR BIN AZIMAN

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

MUZIUM : PENGURUSAN KOLEKSI PAMERAN DI RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

SISTEM PENJADUALAN SYIF. Nurul Iddayu Bahari Idrus. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERPUSTAKAAN KUi TTHO 3 OOOO

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

PEMBANGUNAN APLIKASI PANDUAN SOLAT UNTUK PLATFORM ANDROID (MUSLIM SOLAH) SHAHDATUNNAIM BINTI AZMI. Universiti Teknologi Malaysia

THE EFFECTS OF INFLUENTIAL BEHAVIOURAL FACTORS ON INVESTORS DECISION MAKING IN STOCK MARKET OF PAKISTAN MISBAH SADIQ

Jamalludin Bin Harun & Khairun Nisak Binti Basaruddin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

MEROKOK DAN IMPLIKASINYA DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA BAHROINI BIN BADRON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

M I M M M M M TERHADAP SARIS PANDUAN LAMAN WEB P & P M S S M BAG? PEHSYARAH - PENSYARAH DI JABATAN KEJURUTERAAN EUKTRIK. POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

MESHFREE FORMULATION FOR BUCKLING OF COMPOSITE BEAM WITH SLIP MOHD HAMIDI BIN HARUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM MAKLUMAT PENDAFTARAN KURSUS PENDEK ABDUL HADI BIN AUGUST FOUZY DR. NOOR HASRINA BINTI BAKAR

AUDIT SYARIAH: TEORI DAN PELAKSANAAN. Azizi Che Seman Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Abstrak. Kajian ini adalah satu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan

POLA NAFS DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU REMAJA DI SEBUAH SEKOLAHMENENGAH NEGERI MELAKA MOHAMED AZRI BIN MOHAMED ZABIDI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

SISTEM PEMBANGUNAN LAMAN WEB AKOMODASI BERASASKAN AWAN. Muhammad Nazmi Bin Anuar Zamri Murah

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

TONG SAMPAH PINTAR BERASASKAN INTERNET PELBAGAI PERKARA (IOT)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P013 PROSEDUR PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

~~2. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia HUBUNGAN GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN PERSONALITI ANAK. Anis Akmilah Binti Mat Hassan

Bimbingan Oleh Guru Pembimbing Kepada Guru Pelatih Utm. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali & Lim Wee Mei Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Sistem Permohonan Pinjaman Perkhidmatan dan Kemudahan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA)

(/, ^3 OOOO

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

Katakunci : kualiti kehidupan, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Pengurusan Sosial Bersepadu Negeri Selangor melalui Sistem Pengurusan Sosial Eletronik (E-SMS) / WEB E-SMS : myegems.org

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SPEECH BY COMRADE ASYIFAH RASHID MARSILING BRANCH PEOPLE S ACTION PARTY CONVENTION NOVEMBER 2017 SINGAPORE S PLACE IN THE WORLD

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

Transcription:

P. KHIDMATMAKLUMATAKADEMIK UNIMAS 11111 INIIIIIIIIIIIIII 1000125632 III PENILAIAN REKABENTUK LAMAN WEB BERBINGKAI BERDASARKAN PRINSIP KEBOLEHGUNAAN Pusat Kiiidmat Makiurnat Akademik jjn]ver"s1ti MALAYSIA SARAWAK 943111t ;()La Samarahan AFFIDA HANIN BINTI ABDULLAH Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Kognitiv Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, UNIVF: RSITI MALAYSIA SARAWAK 2004

Projek bertajuk 'Penilaian Rekabentuk Laman Web Berhingkai Berdasarkan Prinsip Kebolehgunaan' telah disediakan oleh Affida Hanin Binti Abdullah dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Kognitif). Diterima untuk diperiksa oleh: A-I-Trwt (Pua an Nc '' _ iti 5inti Wan Ilashim) llashirr 0-{. y. 2ooy Tarikh:

PENGHARGAAN Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia projek, Puan Wan Norizan binti Wan Hashim yang selama ini telah bersusah-payah dan tidak jemu membantu dan membimbing. Beliau telah banyak memberi panduan dan bantuan tidak hanya kepada tesis ini tetapi juga selama saya berada di UNIMAS. Segala idea, kepakaran, kritikan dan nasihat beliau telah menolong saya dalam menyiapkan tesis Mi. Terima kasih juga ingin ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan terutarnanya Cik Amizah binti Bukhari yang telah bertungkus-lumus membantu saya menyiapkan kajian ini. Tidak dilupakan juga buat Cik Sazura binti Ramli dan Cik Khairatul Akhmam binti Abdul Wahab Sakrani yang banyak memberi sokongan moral dan memahami kesukaran yang dialami sepanjang melaksanakan tesis ini, rakan-rakan sekelas dan individu-individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan tesis im. Akhir sekali, saya juga ingin berterima kasih kepada kedua ibubapa clan keluarga di atas bantuan kewangan clan sokongan moral serta memberi saya peluang untuk menimba pengalaman yang sungguh berharga sepanjang belajar di UNIMAS. 111

r- JADUAL KANDUNGAN Penghargaan Jadual Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Graf Abstrak Abstract 1. Pengenalan 1.0 Pengenalan 1.1 Latar Belakang Kaj ian 1.2 Latar Belakang Antaramuka 1.3 Kenyataan Masalah 1.4 Objektif Kajian 1.4.1 Objektif Umum 1.4.2 Objektif Khusus 1.5 Rangka Konseptual 1.6 Hipotesis Kajian 1.7 Kepentingan Kajian 1.8 Definisi Istilah Konseptual dan Operasional 1.8.1 Laman Web Berbingkai 1.8.2 Laman Web Tidak Berbingkai 1.8.3 Pembangun Laman Weh 1.8.4 Pengguna 1.9 Limitasi Kajian 1.10 Kesimpulan 2. Tinjauan Literatur 2.0 Pengenalan 2.1 Faktor-faktor yang menjadikan laman web berbingkai kurang efektif 2. 1.1 Masalah Aksesibiliti 2.1.2 Masalah Penandaan Buku 2.1.3 Masalah Sejarah Pelayar 2.1.4 Masalah Bar Navigasi 2.1.5 Masalah Percetakan 2.1.6 Masalah Bar Skrol dan Sempadan 2.1.7 Masalah Enjin Carian 2.1.8 Masalah Menentukan Target Sambungan 2.2 Kesimpulan 3. Metodologi 3.0 Pengenalan 3.1 Lokasi Kajian 3.2 Rekabentuk Kajian 3.3 Populasi dan Persampelan Kajian iv

3.4 Ujian Kebolehpercayaan 3.5 Pengumpulan Data 3.5.1 Data Primer 3.5.1.1 Borang Soal Selidik 3.5.1.2 Pemerhatian 3.5.2 Data Sekunder 3.6 Kaedah Penganalisaan Data 3.6.1 Kaedah Deskriptif 3.6.2 Kaedah Inferensi 3.7 Kesimpulan 2> 24 24 24 25 25 25 26 26 26 4. Dapatan Kajian dan Perbincangan 27 4.0 Pengenalan 27 4.1 Analisa Kebolehpercayaan Instrumen 27 4.2 Analisa Kekerapan dan Peratusan Responden Terhadap Masalah Utama Laman Web Berbingkai 28 4.2.1 Masalah Pelayar 28 4.2.2 Masalah Percetakan 35 4.2.3 Masalah Enj in Carian 41 4.2.4 Masalah Bar Skrol dan Sempadan 48 4.3 Analisa Kekerapan Aplikasi Prinsip Kebolehgunaan 54 4.4 Analisa Terhadap Hipotesis Kajian 58 4.4.1 Analisa Perhubungan antara Masalah Utarna dengan Prinsip Kebolehgunaan 59 4.5 Ringkasan Keputusan Hipotesis Kajian 63 5. Perbincangan Rumusan, Kesimpulan dan Cadangan 65 5.0 Pengenalan 65 5.1 Rumusan 65 5.2 Kesimpulan 66 5.3 Cadangan 67 5.3.1 Cadangan kepada pelajar dan pembangun laman \veb 67 5.3.2 Cadangan kepada pengkaji masa hadapan 69 5.4 Penutup 70 BIBLIOGRAFI 71 LAMPIRAN A (BORANG SOAL SELIDIK) 74 LAMPIRAN B (SENARIO TUGAS) 82 LAMPIRAN C (LOG DATA) 84 V

SENARAIJADUAL Jadual Muka Surat Jadual 1 15 Statistik Penggunaan Pelayar Jadual 2 28 Analisa Kebolehpercayaan Instrumen Jadual 3 29 Taburan Kekerapan & Peratusan Responden Terhadap Masalah Pelayar Jadual 4 36 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Terhadap Masalah Percetakan Jadual 5 42 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Terhadap Masalah Enjin Carian Jadual 6 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Terhadap Masalah Bar Skrol dan Sempadan 49 Jadual 7 54 Taburan Kekerapan Aplikasi Prinsip Kebolehgunaan Jadual 8 59 Perhubungan antara Masalah Utama dengan Prinsip kebolehgunaan Jadual 9 64 Ringkasan Keputusan Pengujian Hipotesis Kajian vi

SENARAI RAJAH Rajah Rajah 1 Rangka Konseptual Kaj ian Rajah 2 Contoh Laman Web Tidak Berbingkai Rajah 3 Contoh Laman Web Berbingkai Muka Surat 6 22 23 vii

SENARAI GRAF Graf Graf I Peratusan Responden Untuk Masalah Pelayar Yang Tidak Dapat Sokong Laman Web Berbingkai Graf 2 Peratusan Responden Untuk Masalah Pelayar Yang Tidak Dapat Memuatkan Imej Yang Banyak Muka Surat 30 31 Graf 3 Peratusan Responden Untuk Masalah Pelayar Yang Melangkau Label Jika Tidak Dapat Sokong Bingkai 32 Graf 4 Peratusan Responden Untuk Masalah Pelayar Yang Tidak Dapat Berfungsi Sepenuhnya Dalam Laman Web Berbingkai 33 Graf 5 Peratusan Responden Untuk Masalah Pelayar Yang Gagal dan Tersekat Untuk Kembali ke Laman Utama Graf 6 Peratusan Responden Untuk Masalah Percetakan Walaupun Menggunakan Pelayar Versi Terkini Graf 7 Peratusan Responden Untuk Masalah Percetakan Yang Tidak Dapat Mencetak Seluruh Dokumen Graf 8 Peratusan Responden Untuk Masalah Percetakan Yang "l'erpaksa Membuka Tetingkap Lain Untuk Mencetak 34 36 37 38 Graf 9 Peratusan Responder Untuk Masalah Percetakan Yang Terpaksa Mencetak Dua atau Lebih Fail Serentak 39 Graf 10 40 Peratusan Responden Untuk Masalah Percetakan Yang Mengambil Masa viii

Graf 11 Peratusan Responden Untuk Masalah Enjin Carian Yang Gagal Mengindeks Laman Web Berbingkai Graf 12 Peratusan Responden Untuk Masalah Enjin Carian Yang Hanya Berupaya Mengindeks Bar Navigasi Graf 13 Peratusan Responden Untuk Masalah Enjin Carian Yang Gagal Mengesan Pautan Dalam Laman Web Berbingkai Graf 14 Peratusan Responden Untuk Masalah Enjin Carian Yang Gagal Mengalamatkan Halaman dan Pautan Dengan Betul Graf 15 Peratusan Responden Untuk Masalah Enjin Carian Yang Gagal Membuka Laman Web Berbingkai Graf 16 Peratusan Responden Untuk Masalah Bar Skrol Yang Memenuhi Laman Web Berbingkai Graf 17 Peratusan Responden Untuk Masalah Bar Skrol Yang Membantu Paparan Graf 18 Peratusan Responden i Jntuk Masalah Bar Skrol Yang Mernpunyai Masalah Dengan Paparan Resolusi Rendah Graf 19 Peratusan Responden Untuk Masalah Bar Skrol Yang Menggunakan Ruang Laman Web Dengan Banyak Graf 20 Peratusan Responden Untuk Masalah Bar Skrol Yang Mengganggu Pengguna Mencari Maklumat 43 44 45 46 47 49 50 51 52 53 Graf 21 Peratusan Responden Untuk Prinsip Kebolehgunaan Senang Uipelajari ä5 Graf 22 56 Peratusan Responden Untuk Prinsip Kebolehgunaan Senang Digunakan Graf 23 57 Peratusan Responden Untuk Prinsip Kebolehgunaan Senang I)iubah ix

Graf 24 58 Peratusan Responden Untuk Prinsip Kebolehgunaan Sikap X

ABSTRAK MENILAI REKABENTUK LAMAN WEB BERBINGKAI BERDASARKAN PRINSIP KEBOLEHGUNAAN Affida Hanin Abdullah Kajian ini bertujuan menilai rekabentuk laman web berbingkai yang sedia ada memenuhi prinsip kebolehgunaan. Penggunaan laman web berbingkai telah dinilai menggunakan senario tugas dan borang soal-selidik. Pembolehubah bersandar dalam kajian im ialah prinsip kebolehgunaan iaitu senang digunakan, senang dipelajari, senang diubah dan sikap manakala pembolehubah tidak bersandar iaitu masalah utama dalam laman web berbingkai ialah pelayar, percetakan, enjin carian dan bar skrol serta sempadan. Kajian ini diuji menggunakan kaedah regresi linear dan mendapati dua hipotesis diterima dan dua hipotesis ditolak. Hal ini bermakna dua daripada prinsip kebolehgunaan tidak diaplikasi dalam laman web berbingkai iaitu senang dipelajari dan senang diubah. xi

ABSTRACT FRAME-BASED WEBSITE DESIGN EVALUATION BASED ON USABILITY PRINCIPLES Affida Hanin Abdullah This research attempted to evaluate the available frame-based website design to fulfill usability principles. The usage of frame-based website has been evaluated by scenario task and questionnaire forms. The dependent variables in this research are the usability principles of easy to learn, easy to use, easy to manipulate and attitude meanwhile independent variables are the major problems in the frame-based website which are browser, printing, search engine and scroll bar and borders. This research was tested using linear regression method and the researcher found out two of hypothesizes were accepted and the rest were rejected. The two rejected hypothesizes meant that the two usability principles, easy to learn and easy to manipulate were not apply to frame-based website. xii

BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pengenalan Kebolehgunaan merupakan salah satu prinsip asas bagi setiap infrastruktur atau produk. Kebolehgunaan merujuk kepada adakah mudah untuk menggunakan atau mengendalikan alat atau sistem tersebut. Kebolehgunaan akan membolehkan pengguna senang menggunakan sesuatu infrastruktur atau produk tanpa merujuk kepada mana-mana panduan dan tidak menghadapi kesukaran untuk menggunakan kesemua fungsi yang disediakan. Prinsip kebolehgunaan adalah salah satu prinsip asas dalam merekabentuk sesuatu perkara. Walaupun prinsip ini adalah senang diaplikasikan namun masih terdapat kesilapan di mana- mana. Menurut Bennett (1984) dan kemudiannya dioperasikan oleh Shackel (1990), terdapat empat kategori yang perlu ada dalarn memastikan prinsip kebolehgunaan dapat digunapakai iaitu: a) Senang dipelajari Perkara pertama adalah mengenai sistem yang senang dipelajari. Suatu sistem yang dikategorikan sebagai senang dipelajari adalah ia tidak akan mengambil masa dan usaha yang terlalu banyak untuk dikuasai. I

b) Senang digunakan Kategori kedua menyentuh mengenai senang digunakan. Sistem yang digunakan mampu berfungsi dengan baik walaupun digunakan oleh pengguna novis dan tidak menghasilkan banyak kesilapan sewaktu penggunaan. c) Senang diubah Senang diubah merupakan kategori ketiga yang perlu diambilkira. Sesuatu sistern yang senang diubah atau fleksibel akan memudahkan pengguna kembali kepada keadaan asal apabila membuat kesilapan. Sistern sebegini boleh dikategorikan sebagai "open-ended statement". d) Sikap Sikap yang dimaksudkan sikap positif pengguna adalah kesan daripada sistem yang digunakan. Sekiranya perkara ini tidak diambilberat maka sistem terscbut tidak dapat dikategorikan sebagai rekabentuk yang boleh digunakan. Gabungan keempat-empat kategori ini mampu menjadikan sesuatu sistem berfüngsi dengan baik. Penghasilan rekabentuk yang canggih tidak bermakna sekiranya perkara-perkara di atas kurang diheri perhatian kerana prinsip keholehgunaan hergantung kepada empat perkara tersebut. Persoalannya, bagaimanakah peranan keempat-empat perkara di atas mampu menjadikan suatu rekabentuk antaramuka itu botch digunakan`? Menerusi kajian ini, pengkaji tclah mengkaji sejauhmana aplikasi prinsip kebolchgunaan dalam laman web berbingkai dan tidak berbingkai. Setelah membuat pemcrhatian. didapati

rekabentuk laman web yang menggunakan bingkai (frame) memberi kesan negatif terhadap pengguna. Pengguna mengalami kesukaran untuk melaksanakan beberapa tugas yang kebiasaannya mudah dilakukan apabila menggunakan laman web tanpa bingkai (non-frames). Menurut Arnoud, G. E (1997), implementasi laman web yang menggunakan bingkai hanya akan menimbulkan gangguan kepada kebolehgunaan sesebuah laman web. Walaupun begltu, terdapat beberapa perkara yang menjadi punca gangguan disebabkan had-had tertentu pada sintaks bingkai. 1.1 Latar Belakang Kajian Prinsip kebolehgunaan pada masa sekarang sangat dititikberatkan dan penggunaannya sudah semakin meluas terutamanya dalam membangunkan laman web. Hal ini wujud disehahkan kesedaran pembangun di kalangan perekabentuk untuk menghasilkan sesuatu yang botch digunakan sepenuhnya oleh pengguna sama ada pengguna novis atau pakar. Oleh yang demikian. prinsip kebolehgunaan merupakan faktor penting dalam menjamin kesempurnaan sesebuah rekabentuk. 1.2 Latar Belakang Antaramuka Antaranuºka yang dipilih adalah laman web yang menggunakan bingkai (frame) dan tidak menggunakan bingkai (non-frames). Laman web berbingkai (frames-based website) adalah laman weh yang membahagikan antara butang navigasi dan isi kandungannya. Eiutang navigasi akan statik di satu tempat manakala isi kandungannya botch digerakkan ke atas atau

ke bawah. Laman web tidak berbingkai (non-frames website) adalah laman web yang tidak membahagikan ruang navigasi antara butang navigasi dan isi kandungan. Seluruh isi kandungan halaman laman web akan dipaparkan bersama-sama dan halaman tersebut akan bergerak secara serentak. Kedua-dua laman web akan diuji keberkesanannya berdasarkan beberapa faktor. 1.3 Kenyataan Masalah Prinsip kebolehgunaan adalah salah satu prinsip asas dalarn merekabentuk sesuatu perkara. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan terhadap kepentingan kebolehgunaan secara umumnya. Salah satu daripada kajian mengenai prinsip kebolehgunaan adalah menerusi penggunaan laman weh berbingkai di kalangan pengguna internet. Dalarn masalah untuk menilai rekabentuk larnan web berbingkai, aspek kebolehgunaan akan dikaji berdasarkan keberkesanan prestasi pengguna. Pengguna laman web berbingkai telah menimbulkan persoalan di kalangan pakar teknologi maklumat terutamanya di dalam pembangunan sesebuah laman weh yang berkualiti. ýl'erdapat pernyataan yang menyokong penggunaan bingkai dalam pembangunan laman web dan ada yang menentang penggunaan bingkai. Walaubagaimanapun. dalam kajian ini. hanya kesan negatif terhadap penggunaan bingkai dalam lanian web akan diambilkira. Kesan negatif yang muncul disebabkan penggunaan bingkai dalam laman ýýeb adalah sepcrti masalah aksesibiliti, penandaan buku, sejarah pelayar. bar navigasi, pcrcctakan, bar skrol dan sempadan. enjin carian dan menentukan target sambungan. 4

Perkara ini adalah penting untuk dikaji disebabkan pembangunan laman web yang boleh digunakan sepenuhnya amat besar impaknya terhadap prestasi pengguna. Masalah yang dihadapi oleh pengguna akan menjejaskan prinsip kebolehgunaan yang ingin diterapkan dalam sesebuah laman web. 1.4 Objektif Kajian 1.4.1 Objektif Umum Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membuktikan dengan lebih terperinci mengenai rekabentuk laman web berbingkai (frames-based) sama ada memenuhi prinsip kebolehgunaan. 1.4.2 Objektif Khusus a) Menilai masalah utama iaitu pelayar sama ada memenuhi prinsip kebolehgunaan laman web berbingkai b) Menilai masalah utama iaitu percetakan sama ada memenuhi prinsip kebolehgunaan Iaman web berbingkai c) Menilai masalah utama iaitu enjin carian sama ada memenuhi prinsip kebolehgunaan laman web berbingkai d) Menilai masalah utama iaitu bar skrol dan sempadan sama ada mcmenuhi prinsip kebolehgunaan laman web berbingkai 5

1.5 Rangka Konseptual Rangka konseptual yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti yang terdapat di dalam Rajah I di mana ia menunjukkan pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar adalah prinsip kebolehgunaan laman manakala pembolehubah tidak bersandar adalah rekabentuk laman web berbingkai (frames-based). Pembolehubah Tidak Bersandar Pembolehubah Bersandar V Pelayar V Percetakan "'" Enjin Carian V. Bar Skrol dan Sempadan Prinsip kebolehgunaan Rajah 1: Rangka Konseptual Kajian 1.6 Hipotesis Kajian Hol: Rekabentuk laman weh berbingkai (frames-based) tidak memenuhi prinsip kebolehgunaan - senang dipelajari. Hot: Rekabentuk laman web berbingkai (frames-based) tidak memenuhi prinsip kebolehgunaan - senang digunakan. I1o3: Rekabentuk laman weh berbingkai (frames-based) tidak memenuhi 6

prinsip kebolehgunaan - senang diubah. Ho4: Rekabentuk laman web berbingkai (frames-based) tidak memenuhi prinsip kebolehgunaan - sikap. 1.7 Kepentingan Kajian Melalui kajian ini, pembangun laman web akan mengetahui dengan lebih jelas konsep laman web yang lebih mesra pengguna dan memenuhi prinsip kebolehgunaan. Pembangun laman web juga boleh mengetahui maklum balas daripada pengguna masalah-masalah yang timbul sewaktu pengguna melayari laman web yang berbingkai (frames-based). Di samping itu, pembangun laman web akan lebih prihatin terhadap keperluan dan pilihan pengguna. Pembangun boleh memperbaiki atau memperkenalkan kaedah baru untuk melayari laman weh berbingkai (frames-based) pada masa akan datang. 1.8 Definisi Istilah Konsepsual dan Operasional 1.8.1 Laman Web Berbingkai (frames-based) Uejinisi hnnseh. suul: Laman "'eh herhingkai ialah halanwn \ang mcmhun\ai sehahap, ian maklumat }an, kekal tetap tetapi hahagian-hahai! ian lain holeh herfunosi sehagai interaksi dinamik atau tidak tetap di halaman itu (Venditti. J. 20O? ). Ue%inisi Operusionul: Laman web berbingkai adalah laman web yang mempunyai beberapa bahagian yang berasingan dalam satu paparan di skrin. Penggunaan bingkai 7

adalah salah satu cara untuk memaparkan dua atau tiga halaman hompej serentak. Caranya ialah mempunyai satu fail html yang berfungsi sebagai fail utama yang menetapkan bentuk bingkai yang dikehendaki. Fail utama ini kemudiannya akan memanggil fail-fail html anak clan memasukkan fail-fail tersebut ke dalam bingkai yang telah disediakan. Tujuan utama penggunaan bingkai memudahkan pengguna bergerak dari satu halaman ke satu halaman yang lain, tetapi penggunaan bingkai juga ada keburukannya. Terdapat beberapa jenis pelayar yang tidak menyokong penggunaan bingkai. Penggunaan bingkai juga menjadikan kawasan laman web semakin sempit. Tidak banyak yang boleh dipaparkan pada satu masa. Semakin banyak bingkai yang digunakan maka semakin sempit laman web tersebut. Ini akan menjadi semakin jelas jika pengguna menggunakan resolusi skrin 640x480. 1.8.2 Laman Web tidak Berbingkai (non-frames) Definisi Konsepszral: Laman web tidak berbingkai ialah apabila diklik pada salah satu butang navigasi, ia akan memuatkan satu dokumen baru ke dalam pelayar dan mengakibatkan butang-butang navigasi hilang dari pandangan. Oleh yang demikian, pengguna harus menggunakan butang "Back" di ruangan Toolbar untuk kembali ke halarnan isi kandungan semula (Oliver. A & Hudson, P. 2000). 8

Definisi Operasinnal: Laman web tidak berbingkai adalah berlawanan dengan laman web berbingkai. Laman web ini menggabungkan semua elemen atau bahagian di dalam satu paparan. Jika pengguna skrol ke atas atau ke bawah, semua bahagian akan sama-sama turun ke bawah atau naik ke atas. Laman web ini tidak memisahkan bahagian-bahagian yang ada di dalam satu halaman. Walaupun laman web seperti ini kelihatan menyukarkan pengguna untuk bernavigasi tetapi ia senang digunakan sama ada untuk percetakan dan sehagainya. 1.8.3 Pembangun laman web Definisi Konsepsuul: Pembangun laman web atau pereka laman web ialah seseorang yang menghasilkan sesebuah laman weh yang efektif kemudianya dipaparkan di internet mengikut prosedur tertentu (R. Jade, 1996). Definisi Opercasiunul: Pembangun laman web adalah individu yang bertanggungjawab membangunkan sesebuah laman web berdasarkan tujuan-tujuan tertentu. Setiap orang yang mempunyai kemahiran membangunkan laman web boleh mendaftarkan lanuin weh masing-masing di internet. Kebiasaannya, pembangun laman web akan nlenggunakan perisian-perisian tertentu seperti Microsoft FrontPage, Macromedia Flash. Dreamweaver dan sebagainva untnk 9

membangunkan laman web. Perisian-perisian tertentu menyediakan langkah-langkah mudah untuk membangunkan laman web bagi golongan yang kurang professional. 1.8.4 Pengguna Defrnisi Konsepsicul: Pengguna laman web ialah seseorang yang berinteraksi dengan aplikasi tersebut dan melaksanakan tugas-tugas tertentu di situ (Avouris, N, Tselios, N, Fidas, C & Papachristos, E, 2003). Definisi Operasional: Pengguna laman web adalah golongan yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan di laman-laman weh. Golongan ini tidak membangunkan laman weh sebaliknya hanya menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Walaubagaimanapun, pengguna tidak boleh memecah masuk kepada mana-mana laman web. Pengguna yang memecah masuk sistem keselamatan sesebuah laman ýtieb dikira bersalah dan boleh dipenjarakan. 1.9 Limitasi Kajian Kalian ini hanya akan dijalankan di kalangan pelajar Tahun Tiga, Program Sains Kognitil; Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak sahaja. la hanya akan melibatkan pelajar yang sering menggunakan kemudahan laman ý\eb untuk mencari maklumat. Di samping itu, hanya satu laman web tidak berbingkai (sila rujuk Rajah 10

2) dan satu laman web berbingkai (sila rujuk Rajah 3) digunakan. Oleh yang demikian, pemerolehan data dan tindak balas daripada responden mungkin tidak relevan. 1.10 Kesimpulan Di dalam bab I ini membincangkan aspek-aspek pengenalan kepada kajian yang dijalankan, latar belakang kajian, kenyataan masalah, objektif kajian, hipotesis kajian, definisi istilah, kepentingan kajian dan limitasi kajian semasa menjalankan kajian. Bab 2 akan membincangkan tentang kajian semula penulisan yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji pada masa lepas. 11

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.0 Pengenalan Bab ini akan membincangkan mengenai kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji berkenaan subjek ini. Kajian-kajian ini termasuklah kajian yang menunjukkan kelemahan subjek. 2.1 Faktor-Faktor Yang Menjadikan Laman Web Berbingkai Kurang Efektif Laman web berbingkai adalah laman weh yang membenarkan sesebuah halaman maklumat disusun secara tetap (bar-tajuk statik), sementara bahagian lain sebagai interaksi yang dinamik (panel navigasi atau tetingkap paparan utama). Fungsi-fungsi ini menjadikan sesebuah laman web menarik. Walaubagaimanapun, laman web berbingkai didapati mempunyai kelemahan. Antara kelemahan atau masalah utama yang dihadapi oleh pengguna larnan web berbingkai ialah masalah aksesibiliti, penandaan buku (book marking), sejarah pelayar, bar navigasi, cetakan, bar skrol dan sempadan, enjin carian clan menentukan target sambungan. Kajian untuk mengenalpasti masalah larnan web herbingkai telah dijalankan oleh heherapa pakar teknologi maklumat di antaranya ialah Nielsen. J (1996). Beliau menyatakan bahawa masalah carian, cetakan dan pelayar adalah punca utama laman web herbingkai kurang efektif. Menurut beliau, penggunaan bingkai merupakan salah satu daripada sepuluh 12