TEORI PENTERJEMAHAN TIDAK LANGSUNG DALAM TERJEMAHAN ARAB MELAYU

Similar documents
(The Human Soul Based on the Opinion of Fakhr al-din al-razi) ELBAHLOUL MOHAMED HUSSEIN* MOHD NASIR OMAR AHMAD SUNAWARI BINLONG MUDASIR BIN ROSDER

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA QURANIC ONTOLOGY FOR RESOLVING QUERY TRANSLATION DISAMBIGUATION IN ENGLISH-MALAY CROSS-LANGUAGE INFORMATION RETRIEVAL

SCHOOL OF PHYSICS LOGO DESIGN CONTEST

SULIT P2115-EKONOMI DARI PERSPEKTIF ISLAM/JAN 08

IMPROVING ENERGY SAVING EVALUATION IN LIGHTING USING DAYLIGHT UTILIZATION WITH AREA SEGREGATION TECHNIQUE MOHAMMAD ASIF UL HAQ

NOTA 5: PANDUAN MENGHASILKAN LAMAN (SITES) 1.1 Pengenalan

SPM4342 PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB PRINSIP ASAS MEREKA BENTUK WEB

HBT 503 SEMINAR SISWAZAH: ISU-ISU PENTERJEMAHAN

Proses Penyelidikan Tindakan. MTE3133: Penyelidikan Tindakan

ABSTRACT Muslim youth face many challenges today due to the huge scientific development. New information technologies can be considered one of the mos

KOHESI DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : PEMERHATIAN TERHADAP TERJEMAHAN KATA GANTI NAMA DIRI

KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA TERJEMAH, TAFSIR DAN TAKWIL DALAM AL-QURAN. DR. MUHAMMAD FIRDAUS ABDUL MANAF

FEAR OF CRIME WITHIN NON-GATED RESIDENTIAL COMMUNITIES IN THE URBAN CONTEXT SITI AISHAH BINTI AHMAD KAMIL

MOLECULAR PHYLOGENY OF SELECTED MANGO CULTIVARS BASED ON INTERNAL TRANSCRIBED SPACER (ITS) REGION SHAHKILA MOHD ARIF

Keywords : The Khawarij Religious Views- Purposes of poem Traces of the Quran Characteristics

METAPHOR ANALYSIS OF DR. MAHATHIR S BUSINESS SPEECHES ALIAKBAR IMANI

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY MALAYSIA

EVALUATION USABILITY MEASUREMENT INDEX FOR HIGHER EDUCATION INSTITUTE MUHAMMAD ALIIF BIN AHMAD

Latihan MyMesyuarat -PENGERUSI- DibentangkanOleh

Fungsi istilah Islam dalam frasa Islam Liberal, Islam Fundamental, Universiti Islam, dan Sastera Islam

COMMON CONTRACTUAL ISSUES FACED BY MALAYSIAN CONTRACTORS OPERATING IN MIDDLE EAST USING FIDIC FORM OF CONTRACTS

SKRIPSI DEIXIS USED IN ENGLISH TRANSLATION OF SURAH YUSUF

M2-1: Proses Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

A ROBUST ESTIMATION METHOD OF LOCATION AND SCALE WITH APPLICATION IN MONITORING PROCESS VARIABILITY ROHAYU BT MOHD SALLEH

A NOVEL MAGNETORHEOLOGICAL VALVE WITH MEANDERING FLOW PATH STRUCTURE FITRIAN IMADUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

e-jurnal PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-issn KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

THE PREVAILING PRACTICE IN DECIDING THE PRACTICAL COMPLETION OF CONSTRUCTION WORK. MOHAMMAD HARITH BIN MOHD YUNOS

HAK MILIK PmAT mrenajlr.mi mm.u. sum Jl. ! l1hat Sebelah. 'Pe l) tesis

وظاي ف الدولة الا سلامية (The Duties And Function Of An Islamic State)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Bab 2. Polisi e-pembelajaran di IPT Malaysia. Hanafi Atan Mohamed Amin Embi Supyan Hussin. Pengenalan

TINDAKAN PIHAK BERKUASA NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERHADAP KES PELANGGARAN SYARAT GUNA TANAH

Key Words: Lexical materials - Malay Dictionaries - Evaluation - Dictionary Progress - Influence of Dictionaries

ANALISIS TEMATIK KALIMAH MASJID DI DALAM AL-QURAN

MOSAICKING OF TORN IMAGE USING GRAPH ALGORITHM AND COLOR PIXEL MATCHING IBRAHIM THORIG

1.0 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu dan Perkamusan di Malaysia

menjelaskan bahawa ia merujuk kepada doa dan bukan transaksi ekonomi.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

International Conference on Arabic Studies & Islamic Civilization

MATROID STRUCTURE OF DYNAMIC GRAPH MODEL OF EVAPORATION PROCESS IN A BOILER SYSTEM NUR SYAHIDAH BINTI KHAMIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AN INVESTIGATION ON VEHICLE OVERLOADING IN MUAR MELAKA ROAD HAZLINA BINTI MARWAN

MANAGEMENT OF VARIATION ORDER IN PUBLIC WORKS DEPARTMENT MALAYSIA CONSTRUCTION PROJECT SHARIL AMRAN BIN AMIR MOHAMED

Tinjauan Literatur Penterjemahan Karya Sastera Arab dan Melayu

TERMINATION OF CONTRACT: ABANDONMENT OF WORK MOHD NUR IMAN AL HAFIZ BIN MOHD JAMIL

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 369 AKTA HARI KELEPASAN (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hari Kelepasan 1951.

SPM4342 KONSEP ASAS DALAM WEBPAGE

(The rise of al-ahbash movement and Its Impact in Malaysia) Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EAST-WEST DIALOGUE ON JALALUDDIN RUMI AND RALPH WALDO EMERSON IN RELATION TO MYSTICISM HOSSEINALI LIVANI

Manual Pengguna. Disediakan Untuk : Audit Korporat

EUFEMISME DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN : SATU TINJAUAN

HBT 105 KAEDAH PENTERJEMAHAN

WPK 213 Wajah sebenar Psikologi Islam Sifat Psikologi Islam Psikologi Moden Persamaan dan Perbezaan Psikologi Islam & Barat

KEPERLUAN MODUL BAHASA ARAB UNTUK TUJUAN HAJI DAN UMRAH: SATU ANALISIS KAJIAN

PEMBANGUNAN APLIKASI CEPAT MEMBACA AL-QURAN UNTUK PLATFORM ANDROID (Mai IQra) YANTI MUNIRAH BINTI JUSOH

TERJEMAHAN KITAB FIQH AL-SIRAH AL-BOUTI: ANALISIS PEMILIHAN PERKATAAN DAN STRUKTUR AYAT

Pengelasan Bahasa Kesat Menggunakan Pemberat Istilah Sebagai Pemilihan Ciri Bagi Kandungan Laman Web

INTERAKSI KOMPUTER PENGGUNA (SCV 1023)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA EEE 320 MIKROPEMPROSES II

HUBUNGKAIT ANTARA TAHAP PENGUASAAN BACAAN DENGAN TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP SURAH AL-FATIHAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Rab a ban a i Syu y m u u m l Umu m m a -taw a az a u z n a -was a h s o h thi h ya y h a -thu h b u ut u iya y h wal m t u a t g a ha h y a i y rat

PERSEPSI MAHASISWA PUSAT ASASI KUIS TERHADAP KEUPAYAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Journal of Nusantara Studies (JONUS)

FLOW IN A PIPELINE WITH LEAKAGE SITI NUR HASEELA BINTI IZANI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA NUMERICAL PERFORMANCE EVALUATION OF PLAIN FIN TUBEHEAT EXCHANGER UNDER FROSTY CONDITIONS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF HIJAB AS ISLAMIC RELIGIOUS SYMBOL ON MUSLIM CONSUMER ATTITUDES TOWARDS ADVERTISEMENTS

Tahap Modul Bahasa Arab Masjid dan Hubungannya dengan Tahap Kemahiran Asas Berbahasa Arab dalam Kalangan Pelajar

THE EFFECTS OF TAPERED SLEEVE IN IMPROVING THE ANCHORAGE BOND OF REINFORCEMENT BAR PAMELA ADELINE LO

Lubna Abd Rahman Universiti Sains Islam Malaysia ABSTRAK

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

ANALISIS STRUKTUR FOKUS DALAM KOMUNIKASI ARAHAN GURU DALAM BILIK DARJAH

UJARAN BERIMPLIKATUR DALAM TEKS SULALATUS SALATIN MOHD ARIS BIN ANIS UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Laman Web Komuniti PANDUAN ADMINISTRATOR 5R STRATEGIC CONSULTANCY SDN BHD. Version History

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Tinjauan Modul Bahasa Arab Untuk Tujuan Haji Dan Umrah: Satu Kajian Keberkesanan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA WESTERN EXISTENTIALISM IN SELECTED TRANSLATED MALAY ABSURD PLAYS FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE COPYRIGHT UPM

PENGIRAAN OBJEK DALAM IMEJ Mah Min Ren Dr Kok Ven Jyn. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

SEISMIC AND PROGRESSIVE COLLAPSE ASSESSMENT OF NEW PROPOSED STEEL CONNECTION IMAN FARIDMEHR

KATA ADJEKTIF DALAM UJARAN MASYARAKAT BANJAR

MTE3133: Penyelidikan Tindakan

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO 9001:2008. PENGURUSAN PEMBELIAN BAHAN PAKAI HABIS (VOT 27000) (PPSP/Pent/CP5)

Genesis Tajribah Miskawayh dalam Tajarib al-umam

Bab 1. Konsep Asas Pemikiran Komputasional. Pemikiran komputasional ialah suatu proses. Penggunaan Teknik Leraian dan Menentukan Langkah Secara Tertib

ANALISIS KEPELBAGAIAN FUNGSI DAN MAKNA KATA PARTIKEL

PEMBANGUNAN LAMANWEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

Abstrak. R.A.F.T. dan Think-Tac-Toe dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Hairani Sani

MANUAL PENGGUNA PENERIMAAN BARANG(ASET/INVENTORI) MELALUI NOTA TERIMAAN BARANG (GRN) MENGGUNAKAN APLIKASI:-

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

PERBANDINGAN METODOLOGI PENULISAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN KARYA PENGANTAR ULUM AL-QURAN DI MALAYSIA

Pengajaran dan Pembelajaran Imbuhan ber- Melalui Aplikasi Nearpod. Abstrak

HUBUNGAN ANTARA GANJARAN DAN ETIKA KERJA ISLAM DENGAN KOMITMEN DALAM KALANGAN PEKERJA DI JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN

NEGERI SELANGOR. Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY

(The Peaceful Coexistence Amongst Religions In Islam)

THE EFFECTS OF RISK MANAGEMENT PRACTICES, RISK BEHAVIOUR ON RESEARCH AND DEVELOPMENT PROJECT PERFORMANCE IN UTM NOR ALIAA BINTI ZAINAL ABIDIN

KECENDERUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT ISLAM TERHADAP PENUBUHAN BANK WAKAF

PERATURAN-PERATURAN PERUBATAN (MENETAPKAN PEPERIKSAAN BAGI PENDAFTARAN SEMENTARA) 2015

Kajian Rintis Penerimaan Mualaf Di Selangor Terhadap Aplikasi Smartsolat

PENTERJEMAHAN ARAB MELAYU BAGI KATA KERJA BERIMBUHAN IFTA c ALA DALAM SURAH AL-BAQARAH

PERBEZAAN BARIS I RĀB DAN KESANNYA DALAM QIRA AT: SATU KAJIAN DALAM SURAH AL-BAQARAH

Transcription:

1059 TEORI PENTERJEMAHAN TIDAK LANGSUNG DALAM TERJEMAHAN ARAB MELAYU Muhammad Firdaus Abdul Manaf, Mohd Zaki Ahmad, Mohamad Redha Mohamad Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor firdaus@kuis.edu.my ABSTRAK Terjemahan bukanlah satu kerja yang mudah kerana penterjemah mestilah memahami teori penterjemahan terlebih dahulu sebelum memilih kaedah terjemahan yang sesuai. Makalah ini memberikan tumpuan kepada teori-teori penterjemahan tidak langsung dalam terjemahan Arab Melayu. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan dalam mengumpulkan data dan kemudiannya dianalisis secara kontrastif antara beberapa teori penterjemahan tidak langsung. Dapatan kajian membolehkan para pengkaji mengetahui latar belakang setiap teori ini secara umum dengan membuat perbandingan antara satu sama lain dalam memilih kaedah terjemahan yang sesuai dengannya. Hasil kajian boleh dijadikan input dalam membangunkan teori penterjemahan Arab Melayu dan mampu memberikan implikasi penting kepada golongan yang terlibat secara langsung dalam bidang penterjemahan iaitu para pelajar, guru serta peminat ilmu terjemahan. Kata Kunci: Perbandingan, Teori, Penterjemahan, Bahasa Arab, Bahasa Melayu 1. PENDAHULUAN Teori terjemahan sebenarnya satu disiplin linguistik yang menjelaskan kerangka pendekatan atau aliran pemikiran yang digunakan dalam sesuatu kaedah penterjemahan yang hendak dilakukan (Newmark 1981: 21). Maheram Ahmad (2008: 128-129) menyebut bahawa teori penterjemahan ini membekalkan semacam kerangka dasar, petunjuk dan peraturan untuk menterjemahkan teks dan menilai terjemahan. Ia juga dianggap sebagai satu gambaran latar untuk menyelesaikan sesuatu masalah terjemahan. Oleh demikian, banyak teori baharu dalam bidang penterjemahan yang ditemui mengikut peredaran zaman. Masing-masing mempunyai pendekatan tersendiri dalam menterjemahkan sesuatu teks bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran. Ada teori yang setia kepada teks bahasa sumber dan ada juga yang setia kepada teks bahasa sasaran. 2. TEORI PENTERJEMAHAN TIDAK LANGSUNG Muhammad Arshad Abdul Majid (2009: 71) membahagikannya teori-teori ini secara umumnya terbahagi kepada dua bahagian besar iaitu teori penterjemahan langsung atau 'direct translation' dan teori penterjemahan tidak langsung atau 'indirect translation'. Kajian ini memberikan tumpuan kepada penterjemahan tidak langsung yang memberikan perhatian kepada teks bahasa sasaran. Teori jenis ini membenarkan penterjemah mengadaptasi, mengubah suai, menokok tambah dan membuang unsur-unsur seperti morfologi, sintaksis, semantik, stilistik serta bentuk keseluruhan wacana asal. Aliran ini menekankan pembaca bahasa sasaran sebagai khalayak utama sesuatu terjemahan dihasilkan. Menurut teori ini, penekanan terhadap keselesaan pembaca dalam memahami sesebuah karya terjemahan amat dititikberatkan. Penterjemahan cara ini tidak setia kepada bahasa sumber sepenuhnya daripada aspek susunan bentuk asalnya, walaupun isi kandungannya dikekalkan. Penterjemah adakalanya mentafsir bagi pihak pembaca serta membina semula susunan kata baharu yang sejadi dengan budaya, bentuk dan kaedah bahasa sasaran. Sebagai contoh perkataan putih seperti salji diterjemahkan dengan perkataan putih seperti salju atau kapas kerana 465

mungkin budaya bahasa sasaran tersebut tidak mempunyai salji. Lazimnya aliran ini sesuai diterapkan dalam wacana seperti karya ilmiah, akhbar dan ucapan awam. Justeru kebiasaannya, pendekatan ini tidak sesuai untuk terjemahan al-quran kerana dikhuatiri isi, konteks dan kesan teks bahasa al-quran ini akan terjejas kerana terpaksa disejadikan dalam budaya konteks bahasa sasaran kecuali pada beberapa tempat. Terdapat empat pembahagian teori penterjemahan tidak langsung ini. Antaranya ialah komunikatif, dinamik, bebas dan idiomatik (Puteri Rosalina Abdul Wahid 2012: 54). i. Komunikatif Menurut Newmark (1981: 25), teori ini bermaksud menghasilkan terjemahan yang mempunyai kesan atau reaksi sebaik mungkin kepada pembaca teks bahasa sasaran sepertimana yang dirasai oleh pembaca teks bahasa sumber. Beliau yang memperkenalkan teori ini memberi tumpuan kepada aspek kesan dan semangat berbanding dengan isi, pesan atau mesej bahasa sumber. Sebagai contoh perkataan Let s all play yang diterjemahkan sebagai Ayuh! Mari kita bermain mempunyai unsur semangat berbanding dengan terjemahan Mari semua bermain..(ح ي ع ل ى الص الة) al-salah Contoh terjemahan komunikatif lain seperti ayat hayya c ala Perkataan hayya membawa maksud marilah, cepatlah atau ayuh (Kamus Besar Arab Melayu Dewan KBAMD 2006: 559). Perkataan c ala al-salah bermaksud menunaikan solat (KBAMD 2006: 136). Akhirnya perkataan hayya c ala al-salah diterjemahkan sebagai Ayuh! Tunaikan solat dan bukannya Mari laksanakan solat. Terjemahan Ayuh! Tunaikan solat ini dianggap tepat kerana terdapat unsur kesan terhadap reaksi dan semangat pembaca teks bahasa sasaran sebaik mungkin sepertimana yang dirasai oleh pembaca teks bahasa sumber, sedangkan terjemahan Mari laksanakan solat dianggap tidak tepat pula kerana unsur kesan terhadap reaksi dan semangat pembaca teks bahasa sasaran belum dapat dirasai sepenuhnya oleh pembaca teks bahasa sumber. Sillar (1988: 17) menyatakan bahawa penterjemah mempunyai hak untuk menulis dengan gaya bahasanya sendiri dalam bentuk yang lebih baik supaya pembacaannya lancar tanpa kesamaran semasa membaca teks terjemahan. Penterjemahan ini akan dilakukan dengan memindahkan sebanyak mungkin unsur asing ke dalam budaya dan bahasa pembaca sasaran, di samping menghormati bentuk teks dalam bahasa sumber. Menurut Fauzi Jumingan (2001: 53), teori ini popular dalam kalangan penterjemah komersial yang melibatkan terjemahan berbentuk karya kreatif iaitu bukan sastera seperti rencana, akhbar, buku teks, penulisan awam, brosur dan maklumat promosi barang. Namun, Newmark (1981: 26) tidak menggalakkan kaedah ini digunapakai dalam penterjemahan teks suci kerana khuatir beberapa unsur yang sukar diterjemahkan seperti unsur budaya dan adat resam bahasa sumber akan dibuang. Hal ini kerana salah satu pendekatan komunikatif ialah proses pengadaptasian budaya sumber kepada budaya sasaran sehampir mungkin, walaupun kadang-kadang nilai budaya dalam bahasa asal itu diketepikan (Hervey 1992: 42). ii. Dinamik Nida memperkenalkan istilah dinamik atau dinamis ini dalam bukunya Towards A Science of Translation (1964: 166) ketika menterjemahkan kitab Injil. Penterjemahan ini dilakukan dengan menekankan makna mesej teks asal yang hendak disampaikan dan kesan pembacaan, bersesuaian dengan konteks budaya penerima iaitu bahasa sasaran. Proses ini mestilah bersifat natural serta 466

tidak berbau unsur terjemahan yang melalui tiga peringkat termasuklah proses analisis, pemindahan mesej dan menstruktur semula nahu bahasa sasaran. Setelah sesuatu teks bahasa sumber dianalisis, makna yang difahami akan dipindahkan ke dalam bahasa sasaran dengan melalui proses pengstrukturan semula nahu mengikut bahasa sasaran terlebih dahulu. Rajah berikut menjelaskan secara ringkas kaedah penterjemahan menggunakan teori ini dilakukan. Bahasa sasaran Bahasa penerima Analisis Struktur semula nahu Pemindahan mesej Rajah 2.2 Peringkat penterjemahan mengikut konsep dinamik Menurut Mohd Bakri Aziz @ Saari (2010: 47-48), penterjemahan menggunakan teori ini tidak terikat dengan bentuk asal teks bahasa sumber, malah hasil terjemahan mestilah mempunyai bentuknya yang tersendiri. Ia cenderung kepada bentuk dan struktur bahasa sasaran. Tujuan utamanya ialah penyampaian mesej teks sumber kepada pembaca sasaran sebaik-baiknya. Ia tidak memaksa pembaca teks bahasa sasaran memahami corak budaya dalam konteks bahasa sumber untuk mendapatkan mesej yang disampaikan. Untuk menghasilkan terjemahan yang bersifat dinamik, penterjemah seharusnya membuat pengubahsuaian dalam aspek tatabahasa seperti susunan perkataan, pertukaran bentuk kata nama kepada kata kerja dan sebagainya. Sebagai contoh firman Allah S.W.T: و ب ال و ال د ي ن إح س انا (Surah al-isra 17: 23) Teks Terjemahan: Dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu sebaik-baiknya (Terjemahan Hidayah al- Quran al-karim THQK 2013: 284). Ayat al-quran ini jelas menunjukkan bahawa terjemahan yang dilakukan adalah bersifat dinamik. Perkataan wa diterjemahkan sebagai dan, bi al-walidayn diterjemahkan sebagai pada ibu bapa (KBAMD 2006: 2691) dan ihsana diterjemahkan sebagai berbuat baik (KBAMD 2006: 443). Oleh demikian ayat wa bi al-walidayn ihsana ب ال و ال د ي ن إح س انا) (و diterjemahkan sebagai dan pada ibu bapa berbuat baik. Setelah melalui peringkat analisis dan pemindahan mesej daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran, terjemahan akan melalui proses pengstrukturan semula ayat mengikut nahu bahasa sasaran agar terjemahan yang dihasilkan dapat difahami dan bersifat natural. Akhirnya terjemahan yang dianggap tepat mengikut teori ini ialah Dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu sebaik-baiknya sebagaimana 467

terjemahan yang didapati pada terjemahan ayat al-quran sebelum ini. Newmark (1981: 127) menyebut bahawa kaedah ini ada masanya berkemungkinan akan menghasilkan terjemahan bersifat tafsiran yang besar sekali. Menurut Nida, pendekatan ini sesuai diterapkan dalam penterjemahan Injil serta teks kreatif lain seperti cerpen dan novel. Puteri Rosalina Abdul Wahid (2012: 59) menyebut bahawa terdapat empat prinsip bagi terjemahan dinamik ini, antaranya ialah: a. Keselarasan konteks pembaca sasaran lebih diutamakan daripada keselarasan perkataan demi perkataan dikemukakan. Dua perkataan yang sama mungkin berlainan ertinya dalam konteks tertentu. Terjemahan mestilah menepati konteks. b. Pembaca teks asal dan pembaca teks terjemahan mestilah mengalami kefahaman, perasaan dan tindakan yang sama. c. Bentuk-bentuk bahasa yang didengari hendaklah diutamakan lebih dahulu daripada bentuk bertulis. d. Keperluan pembaca sasaran hendaklah lebih diutamakan daripada bentuk bahasa asal. Ini akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pembaca teks terjemahan. Oleh kerana konsep dinamik ini termasuk dalam penterjemahan tidak langsung yang lebih menumpukan kepada budaya serta nahu bahasa sasaran, penterjemahan cara ini kurang sesuai diterapkan dalam penterjemahan al-quran kerana ia menekankan kepada makna mesej sematamata serta mengabaikan bentuk teks asal, selain dikhuatiri nilai asli yang terdapat di dalamnya tidak akan dapat diterjemahkan dengan baik kerana kekangan budaya dan bahasa penerima. Namun pada sebahagian ayat al-quran, teori sebegini masih relevan digunakan kerana ia menekankan konsep penterjemahan makna dan kesan yang dapat dirasai oleh pembaca sasaran sama seperti pembaca teks asal. Ainon Muhammad (2001: 72-75) juga memperkenalkan kaedah penterjemahan menggunakan konsep ini. Terjemahan dinamik bagi beliau ialah penyalinan semula ke dalam bahasa penerima maklumat pada bahasa sumber dalam bentuk persamaan terdekat dan sejadi; pertama daripada segi makna dan kedua daripada segi gayanya. Menurut Muhammad Arshad Abdul Majid (2009: 53-56), Nida (1964: 225-226) memperkenalkan enam aspek penting dalam teori terjemahan dinamik ini seperti berikut: a. Penyalinan semula Ia dilakukan melalui penyesuaian semula tatabahasa dan perkataan mengikut bahasa sasaran. Sebagai contoh kata arahan, keep clear yang ditulis pada kawasan letak kereta tidak sepatutnya diterjemahkan sebagai simpan kosong. Memadailah kalau ia diterjemahkan sebagai kosongkan. b. Persamaan lawan keserupaan Tujuan terjemahan menggunakan teori ini ialah mencari bentuk-bentuk yang sama dengan bahasa sasaran dan bukannya menyalin semula maklumat yang serupa. Sebagai contoh, apabila terjemahan yang diperoleh ialah empat kepala kambing, ia mestilah ditukar kepala empat ekor kambing. Hal ini kerana penggunaan istilah kepala bagi penjodoh bilangan dalam bahasa 468

Melayu tidak sesuai untuk binatang. Justeru, ia diubah kepada ekor untuk terjemahan yang lebih tepat. c. Persamaan yang bersahaja Penggunaan ciri-ciri asli bahasa sasaran dalam terjemahan dilakukan tanpa mengambil bentukbentuk ungkapan bahasa sumber yang asing baginya. Sebagai contoh apabila terjemahan yang diperoleh ialah setelah saya melihatnya, maka kecantikannya itu mengagumkan saya lebih bersahaja dan tepat jika ditukar kepada setelah saya melihatnya, saya kagum dengan kecantikannya. d. Persamaan terdekat Terjemahan yang dilakukan menggunakan persamaan yang paling dekat dengan kehendak dan mesej bahasa sumber. Sebagai contoh perkataan mentally distressed mempunyai banyak maksud termasuklah dirasuk hantu, tekanan jiwa, sakit jiwa dan sebagainya. Justeru, ia diterjemahkan mengikut kehendak ayat bahasa sumber melalui persamaan yang terdekat dengan bahasa sasaran. e. Keutamaan makna Isi atau maklumat dalam teks bahasa sumber menjadi keutamaan dalam terjemahan. Adakalanya penterjemah perlu membuat perubahan supaya ia dapat dikekalkan maknanya dalam bahasa sasaran. Misalnya ungkapan he has a family diterjemahkan sebagai dia sudah berumahtangga dan bukannya dia mempunyai keluarga kerana mungkin konteks ayat adalah sebegitu. f. Kepentingan gaya Kesan negatif timbul apabila unsur gaya yang sepatutnya, tidak ada pada sesuatu teks. Sebagai contoh sesuatu teks puisi tidak sepatutnya diterjemahkan dalam bentuk gaya prosa atau seumpamanya. Terjemahan cara ini sebenarnya mementingkan kesan melalui gaya yang dipersembahkan. Justeru, reaksi yang dialami oleh pembaca terjemahan mestilah serupa dengan reaksi yang dialami oleh pembaca teks bahasa sumber. iii. Bebas Menurut Roman Jakobson (1966: 31), aliran bebas ini juga dikenali sebagai sense of sense translation. Teori ini mengekalkan makna asal tetapi menggunakan bentuk natural bahasa sasaran termasuklah susunan kata dan sintaksisnya agar dapat difahami dengan mudah. Ini bermakna konsep ini dilaksanakan dengan mengambil isi serta maklumat penting sahaja dalam teks sumber tetapi mengubah, mengadaptasi, membuang dan membetulkan segala bentuk struktur nahu teks asal. Proses ini dilakukan agar terjemahan teks tersebut kelihatan bersahaja, ح ي ( al-salah sejadi dan memudahkan pembaca kedua. Sebagai contoh perkataan hayya c ala yang digunakan untuk terjemahan komunikatif sebelum ini. Perkataan hayya (ع ل ى الص الة membawa maksud marilah, cepatlah atau ayuh (KBAMD 2006: 559). Perkataan c ala alsalah bermaksud menunaikan solat (KBAMD 2006: 136). Namun apabila ia diterjemahkan melalui teori bebas ini, ia lebih difahami dengan terjemahan Jom solat dan bukannya Mari tunaikan solat, Mari laksanakan solat atau Ayuh laksanakan solat. Ini kerana terjemahan Jom solat dianggap tepat dalam konteks bersahaja dan ia lebih natural digunakan oleh pembaca bahasa sasaran pada sesuatu tempat dan keadaan. Dalam terjemahan bebas, pesanan, makna dan mesej amat diberikan perhatian dan bentuk bahasa asal pula kurang diberikan tumpuan. 469

Oleh demikian, penterjemahan al-quran melalui konsep ini tidak sesuai dipraktikkan kerana bentuk asal bahasanya kurang ditumpukan dan banyak proses adaptasi ke dalam bahasa sasaran akan mencacatkan nilai bahasa al-quran itu sendiri. Hal ini ditambah lagi dengan terdapat segelintir penterjemah gaya ini yang terlalu bebas menterjemah sehingga menyimpang jauh daripada tugas sebenar penterjemah (Puteri Rosalina Abdul Wahid 2012: 59). iv. Idiomatik Brislin (1976: 71) menyebut bahawa Beekman dan Callow memperkenalkan istilah ini pada tahun 1974. Menurut beliau, idiomatik berasal daripada perkataan idiom yang membawa maksud bentuk ungkapan yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Dalam menterjemah teks asal, seseorang penterjemah ada kalanya berhadapan dengan kesukaran untuk mengagak apa makna ungkapan yang terdapat pada sesuatu ayat. Kemampuan seseorang untuk menterjemah bentuk-bentuk idiom daripada sesuatu bahasa sumber kepada bahasa sasaran sangat bergantung kepada penguasaan bahasa sumbernya. Mildred (1998: 89) menyebut bahawa teori ini merujuk kepada penterjemahan makna teks asal yang mengandungi ungkapan-ungkapan tersebut dengan menggunakan acuan bahasa teks sasaran semurni mungkin. Dengan perkataan lain, ungkapan yang terdapat pada teks bahasa sumber diterjemahkan setepat mungkin dalam keadaan bersahaja, tidak berbau terjemahan dan mempunyai nilai bahasa tertentu. Sebagai contoh ayat When I first learned the news of him, it was as though I'd been covered by a blanket of snow diterjemahkan sebagai Pertama kali aku mendapat tahu berita mengenainya, diriku seram sejuk ketakutan. Ungkapan a blanket of snow diterjemahkan sebagai seram sejuk ketakutan dan bukannya diselubungi oleh sajli kerana terjemahan tersebut menggunakan pendekatan idiomatik yang menuntut terjemahan dilakukan dengan pemahaman yang jelas terhadap ungkapan bahasa sumber ke dalam bentuk ungkapan yang lain ke dalam bahasa sasaran pula. Sebagai contoh yang lain: ر اح ت األ ط ي ا ر ت ش د و ف ي ل ي ال ي ال م و ل د Teks Terjemahan: Burung-burung itu riang berkicauan pada malam kelahirannya. Perkataan rahat bermaksud tenang atau gembira (KBAMD 2006: 985), al-atyar bermaksud burung-burung (KBAMD 2006: 1484), tashdu bermaksud berkicau (KBAMD 2006: 1244), fi bermaksud pada, layali bermaksud malam (KBAMD 2006: 2153) dan al-maulid bermaksud hari kelahiran (KBAMD 2006: 2691). Jadi keseluruhan ayat rahat al-atyar tashdu fi layali almaulid diterjemahkan sebagai Burung-burung itu berkicau dengan gembira pada malam kelahirannya. Namun apabila terjemahan dilakukan mengikut teori idiomatik ini, ia mesti diterjemahkan sebagai Burung-burung itu riang berkicauan pada malam kelahirannya bagi mendatangkan kesan terhadap ungkapan idiom riang gembira pada ayat tersebut. Perkataan rahat diterjemahkan sebagai riang daripada maksudnya yang asal iaitu tenang atau gembira untuk menjelaskan makna tersirat di sebalik perkataan tersebut. 3. KESIMPULAN Berdasarkan teori-teori penterjemahan yang dijelaskan sebelum ini, ada sebahagian daripadanya sesuai digunakan sebagai kerangka sesuatu proses terjemahan. Manakala sebahagiannya pula tidak sesuai dan ia bergantung kepada konteks sesuatu teks sama ada yang memberikan tumpuan kepada bahasa sumber mahupun bahasa sasaran. Teori-teori terjemahan terbahagi kepada dua 470

bahagian besar iaitu teori penterjemahan langsung dan teori penterjemahan tidak langsung. Teori penterjemahan tidak langsung terdiri daripada komunikatif, dinamik, bebas dan idiomatik merupakan terjemahan yang setia kepada bahasa sasaran. Konsep setiap teori yang dinyatakan sebelum ini seakan-akan sama, namun masing-masing mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Berikut merupakan kesimpulan perbandingan antara kelompok pecahan bagi teori penterjemahan tidak langsung yang dikemukakan sebelum ini: Jadual 2.6 Kesimpulan perbandingan jenis penterjemahan tidak langsung Bil. Jenis Kesimpulan 1. Komunikatif Menumpukan kepada kesan, reaksi dan semangat sebaik mungkin kepada pembacanya sepertimana yang dirasai oleh pembaca teks asal. 2. Dinamik Menekankan makna mesej teks asal yang hendak disampaikan dan kesan pembacaan, bersesuaian dengan konteks budaya penerima iaitu bahasa sasaran. 3. Bebas Mengambil isi serta maklumat penting sahaja dalam teks sumber tetapi mengubah, mengadaptasi, membuang dan membetulkan segala bentuk struktur nahu teks asal. Ini dilakukan agar terjemahan teks tersebut kelihatan bersahaja, sejadi dan memudahkan pembaca kedua. 4. Idiomatik Menterjemah makna teks asal yang mengandungi ungkapan-ungkapan unik atau idiom dengan menggunakan acuan bahasa teks sasaran semurni mungkin. 4. RUJUKAN Al-Quran al-karim. Ainon Muhammad. 2001. Panduan Penterjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Brislin, Ricard W. 1976. Application and Research. New York: Gardner Press. Hervey, Sandor G. J. 1992. Thinking Translation: A Course in Translations Method. London & New York: Routledge. Kamus Besar Arab-Melayu Dewan. 2006. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Larson, Mildred. 1998. Meaning-Based Translation; A Guide to Cross-Language Equivalance. England: University Press of America. Larson, Mildred. 1988. Penerjemahan Berdasarkan Makna: Pedoman Untuk Pemadanan Antarbahasa. Jakarta: Penerbit ARCAN. Maheram Ahmad. 2008. Permasalahan Penterjemahan Arab-Melayu: Satu Analisis Teks Sastera. Tesis Dr. Fal. Universiti Malaya. Mohd Bakri Aziz @ Saari. 2010. Ketepatan Padanan Terjemahan Puisi Arab Dalam Kitab La Tahzan: Satu Analisis Bandingan. Disertasi Sar. Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhammad Arsyad Abdul Majid. 2009. Terjemahan Arab-Melayu Dari Sudut Makna Pengkhususan: Satu Analisis Pendepanan Dalam Surah al-baqarah. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhammad Fauzi Jumingan. 2001. Aliran dan Teori Pentejemahan Moden. Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia Newmark, Peter. 1981. Approaches to Translation. Oxford: Pergamon Press. Nida, Eugene A. 1964. Toward A Science of Translation. Leiden: E. J. Brill. 471

Puteri Roslina Abdul Wahid. 2012. Meneroka Penterjemahan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Roman Jakobson. 1966. On Linguistic Aspects of Translation. England: Oxford University Press. Sillar, S. 1988. Success in Communication. Suffolk: John Murray. 472